Anda di halaman 1dari 28

PEKELILING PERMOHONAN

UPUOnline KEMASUKAN KE
UNIVERSITI AWAM (UA),
POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI
DAN INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI
AKADEMIK 2016/2017
Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program
Pengajian Asasi & Diploma UA dan
Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM/
Setaraf Sesi Akademik 2016/2017
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

07 Disember 2015

ISI KANDUNGAN
1. PENYELARASAN PENGAMBILAN ......................................................... 2
Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera ............. 2
Penyelarasan Penawaran ............................................................................ 3
2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID .............................................................. 4
3. e-PANDUAN ............................................................................................. 5
Syarat Am Kemasukan ................................................................................. 5
Syarat Khas .................................................................................................. 5
4. PERMOHONAN ........................................................................................ 6
Kategori Permohonan .................................................................................. 6
Sah & Hantar ................................................................................................ 7
Semakan Permohonan ................................................................................. 8
Kemaskini Permohonan ............................................................................... 8
5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN .............................................................. 9
Penentuan Aliran .......................................................................................... 9
Dasar & Kriteria Pemilihan ........................................................................... 9
Markah Kokurikulum ................................................................................... 10
Pengiraan Merit .......................................................................................... 10
Proses pemilihan jaya ................................................................................ 12
6. HEBAHAN .............................................................................................. 13
Surat Tawaran ............................................................................................ 13
7. RAYUAN ................................................................................................. 14
8. TARIKH-TARIKH PENTING ................................................................... 14
9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016 ..................... 15
10. SOALAN LAZIM (FAQ) ........................................................................... 16
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS ......................... 24
CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA ................... 26

Dasar dan Prosedur Kemasukan ke Program


Pengajian Asasi dan Diploma UA dan Politeknik
Premier Bagi Lepasan SPM/Setaraf

1. PENYELARASAN PENGAMBILAN
1.1 BPKP JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan
kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di 17 buah UA
dan tiga (3) buah Politeknik Premier bagi Ambilan Jun sahaja seperti
berikut :17 Universiti Awam (UA)
Universiti Penyelidikan
1.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2.
Universiti Putra Malaysia (UPM)
3.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

3 Politeknik Premier
1. PUO - Politeknik Ungku
Omar, Ipoh, Perak
2. PSA - Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam,
Selangor

Universiti Komprehensif
4.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
5.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
3. PIS - Politeknik Ibrahim
6.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Sultan, Pasir Gudang,
7.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Johor
Universiti Berfokus
8.
Universiti Utara Malaysia (UUM)
9.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
10. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM)
11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM)
12. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
13. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
14. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
15. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
16. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
17. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM)

Program Pengajian Untuk Calon Bumiputera & Bukan Bumiputera


1.2 Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja

Semua program pengajian di UiTM;


Asasi UIAM
Asasi Sains UM;
2

Asasi UNIMAS; dan


Asasi UMS

1.3 Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera dan Bukan


Bumiputera

Asasi Pengajian Islam UM;


Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
Tahmidi USIM
Asasi UKM, UUM dan
Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan
Politeknik Premier

Penyelarasan Penawaran
1.4 Melaksanakan tawaran terbuka dengan Bahagian Matrikulasi KPM,
Bahagian Pendidikan Guru KPM dan Penaja. Pemohon boleh memilih
mana-mana tawaran berdasarkan minat pemohon ke atas program
pengajian yang ditawarkan.
1.5 Melaksanakan penyelarasan penawaran bersama agensi yang
mengendalikan program TVET bagi Lepasan SPM/Setaraf untuk
kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan
Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Pemohon yang berjaya
ditawarkan tempat di UA dan Politeknik Premier TIDAK akan
ditawarkan dengan program pengajian Sijil/ Diploma di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.
1.6 Bagi pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya ditawarkan
ke program Diploma Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti &
ILKA tidak dibenarkan mengemukakan rayuan ke UA.

2. PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID


2.1 Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli
Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah
pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:
a) Pembelian mulai 19 Januari hingga 04 April 2016. Jualan
Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup
permohonan.
b) Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin
Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet.
Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM)
dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki
Akaun GIRO BSN.
c) Bayaran Wang Proses sebanyak RM15.60 (tidak termasuk GST).
Pihak BSN akan mengenakan caj GST tersebut. Pemohon perlu
membayar RM15.64 untuk membeli No. Unik ID.
d) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan
semasa pembelian.
e) Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan
Nombor Kad Pengenalan/MyKad pemohon. BSN akan
mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan
Nombor Unik ID.
2.2 Jangan dedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya
adalah SULIT.

3. e-PANDUAN
3.1 Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA dan Politeknik
Premier bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh didapati dalam e-Panduan
dengan melayari pautan URL seperti berikut :https://online.mohe.gov.my/upu/emas/epanduan/ipta
3.2 Pemohon hanya pilih Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan
SPM/Setaraf Klik butang MASUK. Pemohon boleh mendapatkan
maklumat program pengajian yang ditawarkan mengikut IPTA, Aliran dan
Bidang.
3.3 Selain daripada senarai program pengajian yang ditawarkan, pemohon
juga boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarat am dan
khas yang telah ditetapkan.
3.4 Selain e-Panduan, pemohon juga boleh menyemak kelayakan melalui
Aplikasi IMASCU di URL http://www.semaksyarat.info berdasarkan
keputusan peperiksaan.

Syarat Am Kemasukan
3.5 Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja
yang layak mengemukakan permohonan.
3.6 Pemohon mestilah mempunyai kelayakan SPM/Setaraf dengan
mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa
Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013
dalam peperiksaan SPM.

Syarat Khas
3.7 Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti
yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke UA dan Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

4. PERMOHONAN
4.1 Iklan Permohonan Kemasukan ke UA bagi Program Pengajian Lepasan
STPM/Setaraf Sesi Akademik
2016/2017 akan disiarkan pada hari
Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 17 Januari 2016 dan 06 Mac
2016.
4.2 Permohonan akan dibuka mulai 18 Januari 2016 jam 12.00 tengah
hari dan ditutup pada 05 April 2016 jam 04.00 petang.
4.3 Pemohon Lepasan SPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan
kemasukan ke UA dan Politeknik Premier melalui Sistem Permohonan
Kemasukan Pelajar (UPUOnline) sahaja di http://upu.mohe.gov.my.
4.4 Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon
dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak
melepasi syarat khas program.

Kategori Permohonan
4.5 Permohonan kemasukan ke UA dan Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 hanya
dibuka untuk kategori berikut :Kategori A

Kategori B

Pemohon Lepasan
SPM 2015

Pemohon Lepasan SPM


2014 atau 2013

4.6 Pemohon wajib memasukkan lapan (8) item login berikut untuk
mengemukakan permohonan kali pertama :a) No. Kad Pengenalan/ My Kad;
b) No. Kad Pengenalan/ My Kad Semasa Pendaftaran Peperiksaan
SPM
c) No. Unik ID;
d) Kata Laluan (alphanumeric - 6 hingga 8 aksara);
e) Pengesahan Kata Laluan;
f) Nama Ibu;
g) Kategori; dan
h) Kod Imej

Login

Isi Maklumat
Peribadi

Isi Maklumat
Keluarga

Isi Maklumat Status


Sosioekonomi (SES)

Isi Maklumat Lainlain

Isi Maklumat Pilihan


Program Pengajian

Isi Maklumat
Kokurikulum (jika
berkaitan)

Isi Maklumat
Akademik

Semak semua
maklumat yang
dimasukkan adalah
betul

Klik Sah & Hantar

Paparan Slip
Permohonan dalam
format PDF

Rajah 1 - Carta Alir Permohonan UPUOnline

4.7 Pemohon wajib memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza.


Jika berminat dengan program pengajian yang bertemu duga, pemohon
boleh mengemukakan pilihan pada Pilihan 1 hiingga 4 sahaja.
4.8 Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan
tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.
4.9 Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan
tanda (*) dalam borang sistem permohonan kemasukan pelajar.
Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu
medan maklumat.

Sah & Hantar


4.10 Pemohon wajib klik butang Sah & Hantar bagi memastikan maklumat
permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak
sebelum klik butang Sah & Hantar tidak boleh dijadikan sebagai bukti
bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
4.11 Setelah klik butang Sah & Hantar, penyataan Terima Kasih!
Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem dan Slip
Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan.
4.12 Emel makluman akan dihantar kepada alamat emel yang telah diisi
memaklumkan bahawa pemohon telah mengemukakan permohonan
dan perlu mencetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar.

Semakan Permohonan
4.13 Jika pemohon tidak menyimpan/ mencetak Slip Permohonan ketika
mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap
permohonan boleh dicetak melalui pautan SEMAKAN. Sekiranya
pemohon berjaya mengemukakan permohonan, laman ini akan
memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar untuk simpanan dan
cetakan.
4.14 Proses Semakan boleh dibuat dengan pemohon hanya memasukkan
No. Kad Pengenalan/ MyKad sekiranya ingin membuat semakan/
cetakan maklumat permohonan yang telah berjaya diisi oleh pemohon.

Kemaskini Permohonan
4.15 Proses kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon
selepas berjaya mengemukakan permohonan.
4.16 Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon
tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang
pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.
4.17 Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa
mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon
boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan Lupa Kata Laluan.
Kata Laluan akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

5. PEMPROSESAN & PEMILIHAN


5.1 Pemohon yang telah memilih program pengajian bertemu duga akan
diproses dan dihantar kepada UA dan Jabatan Pendidikan Politeknik
(JPP) untuk UA dan JPP memilih pemohon yang akan dipanggil untuk
menghadiri ujian/ temu duga pada tarikh, masa dan tempat yang telah
ditetapkan oleh UA dan JPP.
5.2 Surat panggilan temu duga akan dikeluarkan oleh UA dan JPP
melalui laman web masing-masing yang turut akan dipautkan dari laman
web http://upu.mohe.gov.my.

Penentuan Aliran
5.3 Aliran Sains
Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana
EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi atau mata pelajaran berikut;
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/
Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/
Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/
Prinsip
Akaun/
Perdagangan/
Ekonomi
Asas/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan

5.4 Aliran Sastera


Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik
dimasukkan ke Aliran Sastera.

Dasar & Kriteria Pemilihan


5.5 Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip
meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
5.6 Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:a) Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM/Setaraf;
b) Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;
c) Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program
pengajian dipohon;
d) Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan;
e) Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA;
f) Lulus temu duga/ujian bagi program bertemu duga/ujian;
g) Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan; dan
h) Bilangan tempat yang disediakan oleh UA.

Markah Kokurikulum
5.7 Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian
Seni dan Ko-Kurikulum KPM kepada BPKP JPT.
5.8 Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan
maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
5.9 Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang
terbaik dengan markah 10%.

Pengiraan Merit
5.10 Markah Akademik
Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti
berikut:
GRED
A+

MARKAH
18

16

A-

14

B+

12

10

C+

5.11 Kaedah Pengiraan Markah Akademik


a) 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
b) 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain
5.12 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sains
a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i.
Matematik
ii.
Matematik Tambahan
iii. Fizik
iv. Kimia
v.
Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/
Mekanikal/ Reka CUA/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi
Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/
Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/
Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan
Makanan; Dan
10

b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.


5.13 Kaedah Pengiraan Markah Akademik bagi Aliran Sastera
a) 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i.
Bahasa Melayu
ii.
Matematik
iii. Sains
iv. Sejarah
v.
Pendidikan Islam atau salah satu mata pelajaran
berikut;
Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-Quran & AlSunnah / Pendidikan Moral; dan
b)

30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

5.14 Pengiraan Markah Merit melibatkan komponen berikut :-

Markah
Akademik

Markah
Mata
Pelajaran
Utama
Aliran

Markah
Mata
Pelajaran
Terbaik

Rajah 2 - Pengiraan Markah Akademik

Markah
Akademik
(90%)

Markah
Akademik
--------------

90

120

Rajah 3 - Pengiraan Markah Akademik (90%)

Markah
Merit

Markah
Akademik
(90%)

Markah
Kokurikulum

(10%)

Rajah 4 - Pengiraan Markah Merit


11

5.15 Contoh Pengiraan Merit adalah seperti di Lampiran A.

Proses pemilihan jaya


5.16 Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan
Markah Merit yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
5.17 Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan
pengesahan pemilihan oleh semua UA. Berikut adalah gambaran
pemprosesan pemilihan :Merit

Pil1 Pil2 Pil3 Pil4 Pil5 Pil6 Pil7 Pil8 Pil9 Pil10 Pil11 Pil12 Jaya

000101
Pil 1 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada

PIL3
Pil 2 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga

Pil 3 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga

000102
Pil 1 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada

PIL5
Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada
Ada perakuan temu duga

Pil 5 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada

000103
Pil 1 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada

PIL9
Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat
Unjuran Ada
Ada temu duga dan UA/ JPP
tidak peraku temu duga

Pil 5 - 8 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada

000104

Pil 1 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada

Pil 2 - 4 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada
Ada temu duga dan UA/ JPP
tidak peraku temu duga

Pil 5 - 12 = Melepasi Syarat


Unjuran Ada

Tidak
Berjaya

12

6. HEBAHAN
6.1 BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk
memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan
kemasukan ke UA.
6.2 Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan
pada Minggu Ke-2 Mei 2016 (Tentatif) melalui saluran hebahan seperti
berikut:
a) Internet
http://upu.mohe.gov.my
https://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
b)
c)
d)
e)

TALIAN AM 1 : 03-8870 6755


HELPLINE UPU : 03-8870 6777
HOTLINE UPU : 03-8870 6767
SMS 15888 (IOD)

6.3 Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di
alamat dan talian seperti berikut :Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 6767, (03) 8870 6777
upu@mohe.gov.my

Surat Tawaran
6.4 Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai sehari selepas
keputusan permohonan diumumkan melalui laman web UA dan JPP
masing-masing.
6.5 Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran
melalui Laman Web UA dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas
keputusan permohonan diumumkan.
6.6 Tawaran adalah muktamad.

13

7. RAYUAN
7.1 Hanya pemohon yang GAGAL mendapat tawaran ke UA/Politeknik
Premier serta TIDAK mendapat tawaran Diploma di Politeknik
Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA sahaja yang boleh
mengemukakan permohonan rayuan.
7.2 Permohonan rayuan hanya dalam tempoh 5 hari selepas keputusan
permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, & ILKA
diumumkan.
7.3 Pemohon dibenarkan mengemukakan DUA (2) pilihan program
pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan. Pemohon
dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga
tarikh tutup permohonan rayuan.
7.4 Pemilihan bagi permohonan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan
tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA/
Politeknik Premier.

8. TARIKH-TARIKH PENTING
8.1 Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan permohonan
kemasukan ke UA dan Politeknik Premier Bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/ Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 :Tarikh
Siaran Iklan

17.01.2016 dan 06.03.2016

Jualan No. Unik ID

18.01.2016 hingga 04.04.2016

Permohonan

18.01.2016 hingga 05.04.2016

Semakan Panggilan Temu Duga

Minggu Ke-2 April 2016

Hebahan Keputusan

Minggu Ke-2 Mei 2016

Permohonan Rayuan

Minggu Akhir Mei 2016


(Rayuan dalam tempoh 5 hari)

Hebahan Keputusan Rayuan

Minggu Ke-2 Jun 2016

14

9. KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016


Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Kali Ke-12 Tahun 2016 akan
diadakan di enam (6) zon mulai Januari hingga April 2016. Objektif utama
pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut :
i.

Mempromosi serta menyebar luas maklumat mengenai program


pengajian sedia ada serta program baru yang ditawarkan oleh
Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA, Bahagian
Matrikulasi (BMKPM) dan institusi lain bagi Sesi Akademik 2016/2017;

ii.

Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan


masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke
UA dan Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA melalui UPUOnline.

iii.

Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan


kemasukan ke UA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan
10% markah kokurikulum; dan

iv.

Memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas


maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan
ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan
pendidikan tinggi.
JADUAL PELAKSANAAN
KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA (KPTN) 2016

ZON

TARIKH

NEGERI

LOKASI

30-31
Jan.
2016

Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak (Utara)

13-14
Feb.
2016

Terengganu
Kelantan
Pahang

Dataran DABS, Kampus Gong


Badak, UNISZA
Kuala Terengganu,
Terengganu

20-21
Feb.
2016

Johor
Melaka

PERSADA
Johor Bahru, Johor

5-6
Mac
2016

Sabah
WP Labuan

One Borneo Mall,


Kota Kinabalu, Sabah

19-20
Mac
2016

Sarawak

Pullman Hotel & Hill Shopping


Mall

Perkarangan Stadium Darul


Aman, Alor Setar, Kedah

15

2-3
Apr.
2016

Selangor
Perak (Selatan)
WP (KL & Putrajaya)
Negeri Sembilan

Dataran Gemilang, UKM,


Bangi, Selangor

10. SOALAN LAZIM (FAQ)


SOALAN 1:
Apakah peranan utama Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
dalam pembangunan pendidikan?
JAWAPAN 1:
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau lebih dikenali dengan
UPU, adalah salah satu Bahagian di Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) yang menyelaras permohonan kemasukan ke
Program Ijazah Pertama, Asasi, Diploma dan Sijil bagi Pelajar Lepasan
STPM/ Setaraf dan SPM/ Setaraf ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej
Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

SOALAN 2:
Apakah dasar yang digunapakai oleh BPKP dalam pengurusan pengambilan
pelajar ke Universiti Awam?
JAWAPAN 2:
Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke Universiti Awam (UA),
Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah
selaras dengan dasar kerajaan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan
Utama Kementerian (MKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam
pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat melalui prinsip meritokrasi dengan
mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
Penentuan nilai merit dilaksanakan tanpa mengira agama, bangsa,
keturunan, negeri, tempat tinggal dan sebagainya.

SOALAN 3:
KPT telah mengambil pendekatan dan inisiatif dalam menyebar luas
maklumat kemasukan ke UA melalui penganjuran Karnival Pendidikan Tinggi
Negara (KPTN), Jom Masuk IPT pada setiap tahun. Bagaimanakah program
ini dapat membantu pelajar dalam mencapai cita-cita yang akhirnya
mencorakkan negara dengan pembangunan modal insan yang seimbang?
JAWAPAN 3:
Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) adalah sebagai platform untuk
persiapan kemasukan pelajar ke UA dalam menyediakan sistem permohonan
aplikasi dalam talian (20 kiosk permohonan disediakan kepada pemohon di
tapak karnival), khidmat runding cara bersama pegawai daripada
Kementerian, UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA serta edaran bahan
16

bercetak mengenai institusi, program pengajian, sistem dan prosedur


permohonan.
Selain daripada itu, KPT melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP,JPT) juga telah mengambil pendekatan
proaktif dengan memperkenalkan akses komunikasi secara maya bersama
masyarakat di facebook rasmi di Kemasukan BPKP JPT FB rasmi UPU di
laman sosial Facebook. KPM juga melaksanakan taklimat dan seminar di
sekolah kepada pelajar dan kaunselor. UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan
ILKA juga turut bersama turun padang menjalankan promosi bersama-sama
Kementerian.

SOALAN 4:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA?
JAWAPAN 4:
Permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh
dicapai melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 5:
Setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID untuk mengemukakan
permohonan. Bagaimanakah cara untuk membeli nombor unik ID tersebut?
JAWAPAN 5:
Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN), di
mesin ATM BSN sehari selepas iklan permohonan disiarkan.

SOALAN 6:
Semasa mengisi borang permohonan dalam talian, pemohon telah membuat
kesilapan dalam mengisi jenis kategori. Adakah permohonan tersebut masih
diproses oleh pihak BPKP?
JAWAPAN 6:
Ya, masih diproses. Walau bagaimana pun pemohon perlu memaklumkan
kepada pihak BPKP, JPT terlebih dahulu di talian hotline 03-8870
6767/6777/6766/6755 kerana kesilapan dalam mengisi kategori akan
menyukarkan proses permohonan.

SOALAN 7:
Adakah pemohon perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penglibatan dalam Kokurikulum?

17

JAWAPAN 7:
Pemohon tidak perlu sertakan salinan sijil tersebut kerana maklumat
Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kecuali bagi pemohon lepasan
Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C masih perlu kemukakan
dokumen sebagai bukti.

SOALAN 8:
Adakah pelajar Bukan Warganegara boleh memohon untuk kemasukan ke
UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
JAWAPAN 8:
Calon Bukan Warganegara tidak layak memohon kemasukan ke UA,
Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf kerana ia hanya terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
Bagi program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf pula, permohonan adalah
terbuka kepada Bukan Warganegara Malaysia. Calon perlu memohon terus
kepada UA pilihan masing-masing melalui Bahagian Akademik dan
Kemasukan dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh UA
berkenaan. Walau bagaimanapun, pemohon bertaraf Penduduk Tetap boleh
memohon melalui UPUOnline di http://upu.mohe.gov.my

SOALAN 9:
Apakah yang perlu pemohon lakukan jika ibu bapa mereka tiada sijil kelahiran
atau sijil kelahiran telah hilang?
JAWAPAN 9:
Pemohon boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terdekat.

SOALAN 10:
Adakah pemohon diberi peluang untuk membuat kemaskini permohonan
disebabkan kesilapan dalam mengisi permohonan?
JAWAPAN 10:
Ya, pemohon masih boleh membuat kemaskini kerana tiada sebarang had
dalam pengemaskinian permohonan tetapi kemaskini tesebut hanya boleh
dilakukan semasa tempoh permohonan.

SOALAN 11:
Adakah pemohon perlu menghantar salinan borang permohonan bersama
dokumen sokongan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA pilihan?
JAWAPAN 11:
18

Hanya bagi Kategori Diploma/Setaraf (Program Pengajian Lepasan


STPM/Setaraf - Ijazah Pertama) dan Kategori C bagi Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf sahaja yang perlu menghantar salinan dan dokumen
tersebut. Pemohon perlu mencetak maklumat permohonan dan menghantar
bersama-sama dengan salinan dokumen berketerangan sendiri yang telah
disahkan ke UA/ IPTA pilihan kecuali UiTM.

SOALAN 12:
Setiap pemohon perlu memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas Program
Pengajian yang telah ditetapkan oleh setiap UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA sebelum mengemukakan permohonan. Di manakah semakan
tersebut boleh dilakukan oleh pemohon?
JAWAPAN 12:
Semakan syarat am dan syarat khas program pengajian boleh disemak di epanduan
kemasukan
di
http://upu.mohe.gov.my
dan
IMASCU
http://www.semaksyarat.info dan pemohon perlu memastikan mereka
memohon program pengajian yang mengikut aliran masing-masing semasa
menduduki peperiksaan SPM. Contohnya, pelajar aliran sains perlu memohon
program pengajian aliran sains.

SOALAN 13:
Adakah pemohon layak mengemukakan permohonan ke UA, Politeknik, Kolej
Komuniti dan ILKA melalui aplikasi dalam talian walaupun bukan pelajar SPM
tahun semasa (tahun 2015)?
JAWAPAN 13:
Ya, pemohon masih layak memohon. Kategori permohonan adalah seperti
berikut:
Kategori A: Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja.
Kategori B: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2013 atau
2014.
Kategori C: Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau
sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
Kategori D: Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil
ulangan SPM 2014 atau, SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015 atau,
SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015.

SOALAN 14:
Apakah syarat am dan khas kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti
dan ILKA?
JAWAPAN 14:
19

Syarat kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bergantung


kepada kursus dan peringkat pengajian. Secara umumnya, pemohon mestilah
warganegara Malaysia dan lulus SPM. Bagi kursus peringkat diploma,
pemohon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk
matapelajaran matematik/matematik tambahan manakala bagi peringkat sijil,
pemohon perlu mendapat kepujian sama ada matematik/matematik tambahan
atau matapelajaran sains/teknikal/vokasional/sastera. Maklumat secara
terperinci
berkenaan
syarat
kemasukan
boleh
diperolehi
di
www.politeknik.edu.my

SOALAN 15:
Bagaimanakah pemohon boleh mendapatkan status keputusan permohonan
kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf atau program pengajian Lepasan
SPM/Setaraf?
JAWAPAN 15:
Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan ke UA/ IPTA
melalui 3 kaedah berikut :
Internet :
http://upu.mohe.gov.my
http://jpt.utm.my
http://jpt.uum.edu.my
https://jpt.unimas.my
http://jpt.ums.edu.my
SMS Taip UPU<space>RESULT<space>NO KP dan hantar ke 15888
Telefon :
Helpline Talian Am Hotline UPU 03-8870 6777 03-8870 6755 / 6766 03-8870
6767

SOALAN 16 :
Setelah membuat semakan status keputusan permohonan ke UA, Politeknik,
Kolej Komuniti dan ILKA keputusan menunjukkan bahawa rekod permohonan
tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?
JAWAPAN 16:
Perkara ini berlaku kerana pemohon tidak mengemukakan permohonan dan
setiap permohonan perlu Klik Sah & Hantar. Oleh yang demikian, setiap
pemohon perlu mencetak slip permohonan tersebut sebagai rujukan.

SOALAN 17:
Mengapakah pemohon ditawarkan ke program bukan dalam pilihan semasa
mengemukakan permohonan?
20

JAWAPAN 17:
Pemohon telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima
tawaran luar pilihan (program pengajian).

SOALAN 18:
Adakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi akan ditawarkan kursus luar
pilihan sekiranya pemohon menyatakan tidak di ruangan penyataan khas
untuk menerima tawaran luar pilihan?
JAWAPAN 18:
Pemohon tidak akan ditawarkan kursus luar pilihan jika menyatakan Tidak.
Pemohon perlu membuat rayuan semasa permohonan e-rayuan melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my .

SOALAN 19:
Sekiranya pemohon membuat e-rayuan dan memilih program pengajian yang
sama, adakah pemohon berpeluang untuk mendapat program pengajian
tersebut?
JAWAPAN 19:
Kejayaan mendapat tawaran tertakluk memenuhi syarat dan kekosongan
tempat. Pemohon dinasihatkan memohon program lain. Pemohon juga
dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk belajar dalam programprogram kemahiran kerana peluang untuk belajar bidang kemahiran adalah
sangat besar dan peluang pekerjaan juga adalah luas seperti di Politeknik,
Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam(ILKA) yang lain.

SOALAN 20:
Mengapakah pemohon yang mendapat PNGK tinggi tetapi masih gagal
mendapat tawaran tempat di UA/ IPTA, dan sekiranya pemohon menolak
tawaran ke UA/ IPTA, adakah pemohon boleh membuat e-rayuan?
JAWAPAN 20:
Kejayaan pemohon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan
merit dan pemilihan program pengajian di UA/ IPTA yang dipohon. Jika merit
pemohon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif,
berkemungkinan besar pemohon tidak terpilih untuk ditawarkan program
pengajian dalam pilihan mereka. Begitu juga jika pemohon hanya memohon
di Universiti Awam yang popular, pemohon akan menghadapi persaingan
yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UA
berkenaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) amat prihatin dengan pemohon yang
memperoleh merit tinggi tetapi tidak mendapat tawaran di mana-mana UA.
Pemohon berkaitan berpeluang menerima tawaran mengikut tiga (3) bidang
21

pilihan pemohon semasa mengemukakan permohonan. Tawaran tersebut


tertakluk kepada kekosongan tempat di UA dan penyataan setuju terima
untuk menerima tawaran di luar pilihan program pengajian mereka. Pemohon
yang tidak berjaya ditawarkan ke mana-mana UA boleh mengemukakan
rayuan. Antara beberapa sebab mengapa pemohon tidak ditawarkan ke
mana-mana UA adalah kerana:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Tidak mengemukakan permohonan melalui BPKP, JPT


Tidak memenuhi syarat am UA dan syarat khas program pengajian
Permohonan tidak lengkap
Pemalsuan maklumat atau dokumen semasa mengemukakan
permohonan
Memohon program luar bidang aliran
Tidak tekan butang Sah & Hantar semasa permohonan
Pemohon sedang belajar
Penghantaran dokumen yang lewat selepas tarikh tutup permohonan
(bagi kategori STPM/Setaraf)

SOALAN 21:
Saya mendapat tawaran melalui BPKP, JPT tetapi tidak berminat dengan
kursus yang ditawarkan. Bolehkah saya memohon untuk menukar kursus
lain?
JAWAPAN 21:
Tawaran adalah muktamad. Permohon yang telah berjaya mendapat tawaran
ke UA melalui BPKP tidak dibenarkan untuk memohon sebarang penukaran
kursus yang lain. Keputusan adalah muktamad.

SOALAN 22:
Pemohon telah mendapat tawaran ke UM atau USM dan gagal mendapat
tempat melalui permohonan BPKP, JPT. Adakah pemohon boleh membuat
rayuan melalui BPKP, JPT?
JAWAPAN 22:
Ya, boleh sekiranya pemohon telah membuat permohonan melalui BPKP
pada permohonan kali pertama.

SOALAN 23:
Pemohon telah mendapat tawaran ke USM dan tawaran melalui BPKP.
Adakah pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP?
JAWAPAN 23:
Ya. Pemohon boleh menolak tawaran melalui BPKP dan menerima tawaran
ke USM tanpa dikenakan sebarang tindakan.

SOALAN 24:
22

Saya telah mendapat 3 tawaran ke UA. Apakah implikasi sekiranya saya


menolak dua daripada tawaran tersebut?
JAWAPAN 24:
Pemohon hanya dibenarkan membuat satu pilihan program pengajian sahaja
dan tiada sebarang implikasi terhadap pilihan yang telah dibuat.

SOALAN 25:
Mengapakah pemohon yang mendapat keputusan PNGK yang
tinggi/cemerlang tidak mendapat banyak tawaran terutama dalam bidang
perubatan/pergigian/farmasi?
JAWAPAN 25:
Pemohon yang memohon bagi bidang perubatan/pergigian/farmasi hanya
akan ditawarkan satu pilihan (perubatan/pergigian/farmasi) sahaja. BPKP,
JPT akan membuat penyelarasan bagi ketiga-tiga program kompetitif ini.

23

LAMPIRAN A

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SAINS


I.
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

II.

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

III.

BIL.
1.
2.
3.

Contoh Aliran Sains mengambil 9 Mata pelajaran


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Sejarah
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi

GRED
A+
A+
A+
A+
A+
A
AA
A-

Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran


Sains)
MATA PELAJARAN
Matematik
Matematik Tambahan
Fizik
Kimia
Biologi
JUMLAH

GRED
A+
A
AA
A-

NILAI (MARKAH)
18
16
14
16
14
78

Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik


Lain Yang Diambil (Aliran Sains)
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
JUMLAH

GRED
A+
A+
A+

NILAI (MARKAH)
18
18
18
54

24

LAMIRAN A
IV.

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit

Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sains


+
Markah 3 mata Pelajaran Terbaik

Markah MP Aliran Utama

78 x 90 = 78
90

Markah MP Terbaik

54 x 30 = 30
54

Jumlah Markah Akademik

Markah MP UTama Aliran + MP Terbaik x 90


120

(78 + 30) x 90
120

= 81

V.

Markah Merit Calon ialah Markah Akademkik + Markah


Kokurikulum
MARKAH
AKADEMIK

81

MARKAH
KOKURIKULUM

MARKAH
MERIT

89

25

LAMPIRAN A

CONTOH PENGIRAAN MARKAH MERIT ALIRAN SASTERA


I.
BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

II.

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

III.

BIL.
1.
2.
3.

Contoh Aliran Sastera mengambil 9 Mata pelajaran


MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Pengetahuan Moral
Sejarah
Matematik
Sains
Perdagangan
Ekonomi Asas
Ekonomi Rumah Tangga

GRED
A+
A+
B+
C+
B
B
C+
C
A

Pengiraan Markah Akademik 5 mata Pelajaran Utama (Aliran


Sastera)
MATA PELAJARAN
Bahasa Melayu
Matematik
Sains
Sejarah
Pengetahuan Moral
JUMLAH

GRED
A+
B
B
C+
B+

NILAI (MARKAH)
18
10
10
8
12
58

Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik


Lain Yang Diambil (Aliran Sastera)
MATA PELAJARAN
Bahasa Inggeris
Ekonomi Rumah Tangga
Perdagangan
JUMLAH

GRED
A+
A
C+

NILAI (MARKAH)
18
16
8
42

26

LAMIRAN A
IV.

Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Merit

Markah 5 Mata pelajaran Utama Aliran Sastera


+
Markah 3 mata Pelajaran Terbaik

Markah MP Aliran Utama

58 x 90 = 58
90

Markah MP Terbaik

42 x 30 = 23.3
54

Jumlah Markah Akademik

Markah MP UTama Aliran + MP Terbaik x 90


120

(58 + 23.3) x 90
120

= 60.9
V.

Markah Merit Calon ialah Markah Akademkik + Markah


Kokurikulum
MARKAH
AKADEMIK

60.9

MARKAH
KOKURIKULUM

MARKAH
MERIT

67.9

27

Anda mungkin juga menyukai