Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN MENJAWAB UJIAN DALAM TALIAN JFP312

 Anda WAJIB membaca SEMUA arahan di bawah sebelum anda mula membuka
pautan ujian dalam talian bagi kursus JFP312.

 Pastikan rangkaian internet anda dalam keadaan stabil. Untuk itu, PILIH MASA DAN
TEMPAT YANG TERBAIK bagi memastikan capaian internet tanpa gangguan.
Sebarang masalah berkaitan internet semasa menjalankan dan menghantar ujian
dalam talian adalah TANGGUNGJAWAB PELAJAR SENDIRI.

 Bagi mengelakkan masalah kelajuan internet, pelajar disarankan untuk membuat


capaian portal PPPJJ USM sahaja semasa menjawab soalan. TUTUP semua
capaian pada website atau applikasi lain untuk mengurangkan gangguan internet.

 Format atau bentuk soalan bagi ujian dalam talian ini adalah subjektif /esei.

 Terdapat DUA (2) soalan yang diberikan dan anda perlu menjawab kedua-dua
soalan tersebut (tiada pilihan soalan).

 PERINGATAN PENTING:

o Ujian dalam talian ini akan dibuka selama 2 JAM, bermula dari jam 11
pagi hingga 1 tengah hari (3 MAC 2021 - Rabu). Walaubagaimanapun,
tempoh menjawab ujian dalam talian ini dan memuat naik jawapan
adalah SATU SETENGAH JAM (atau 90 minit) sahaja. Tempoh masa
menjawab (1.5 jam) akan bermula sebaik saja anda ‘log in’ atau
melakukan capaian masuk pada pautan tersebut.

o Tiada masa tambahan akan diberikan. Oleh itu, pelajar MESTI pastikan
tempoh masa menjawab mencukupi sebelum ujian dalam talian ditutup
secara automatik.

o Anda diberikan SEKALI sahaja peluang untuk menjalankan ujian dalam


talian ini.

o Pelajar mesti menulis jawapan dengan TULISAN TANGAN pada kertas


A4 bergaris. Sertakan maklumat diri anda sebelum mula menjawab.

o Pelajar MESTI menghuraikan jawapan dengan jelas untuk menunjukkan


tahap kefahaman berkenaan soalan tersebut. Jawapan 100% dari nota
slaid kelas webex tidak akan diberi markah.

o Markah juga tidak akan diberikan jika terdapat persamaan jawapan di


kalangan pelajar dan tindakan sewajarnya akan diambil atas kesalahan
meniru jika dibuktikan bersalah.

1
CARA MENGHANTAR JAWAPAN

1. Pelajar mesti memuat naik jawapan melalui ruangan yang sama di mana soalan
diberikan di portal PPPJJ. Hanya fail ‘pdf’ diterima. Oleh itu, pastikan pelajar mempunyai
kemahiran untuk memuat naik jawapan yang ditulis tangan dalam bentuk pdf ke dalam
portal. Perlu diingatkan juga yang pelajar hanya dibenarkan memuat naik 1 (SATU) fail
sahaja.

2. Pastikan anda menekan butang ‘submit’ atau ‘finish attempt’ selepas memuat naik
jawapan anda.

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA!

Anda mungkin juga menyukai