Anda di halaman 1dari 3

Shahnon Ahmad yang lahir pada Januari 1933 adalah merupakan seorang penulis

Malaysia yang telah mendapat gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982.Sepanjang
hidup beliau, beliau telah menghasilkan pelbagai karya sastera seperti novel, cerpen, esei
dan kritikan. Hasil karya sastera beliau banyak yang diangkat menjadi bahan sastera utama
di peringkat sekolah menengah. Antara hasil karya sastera beliau ialah seperti “Ranjau
Sepanjang Jalan”, “Rentong”, “Serengenge” dan banyak lagi. Di dalam karya “Ranjau
Sepanjang Jalan”, Shahnon Ahmad membawa jalan cerita ke sebuah kehidupan di kampung
yang mengisahkan keperitan hidup keluarga petani. Dalam karya ini, Shahnon Ahmad ingin
mengetengahkan erti kasih sayang, kegigihan dalam hidup, ketabahan mengharungi
cabaran hidup kerana kemiskinan dan perjuangan masyarakat tani di desa.

Tujuan Shahnon Ahmad menghasilkan karya “Ranjau Sepanjang Jalan” adalah


untuk membawa mesej kepada generasi akan datang iaitu generasi pada hari ini tentang
kesusahan golongan petani ataupun secara amnya kesusahan golongan miskin untuk
mendapatkan sesuap nasi. Bahkan golongan petani bukan sahaja untuk mencari sesuap
nasi sendiri malah juga adalah untuk berjuang kepada seluruh lapisan masyarakat.
Buktinya,

Jeha teringat pesan Lahuma dulu, “Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tak ada nasi
anak-anak kta akan mati. Makan kita bergantung pada sawah. Pakaian bergantung pada
sawah. Sakit atau sihat bergantung pada sawah. Mati hidup bergantung pada sawah.

Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Ia mesti dipupuk dan dijaga. Biar
siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar siapa datang mengacau, kita wajib
melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita.

Selain itu, dalam karya “Ranjau Sepanjang Jalan”, Shahnon Ahmad juga
menekankan tentang cabaran ketua keluarga dalam mencari hasil rezeki kepada ahli
keluarga. Kita sedia maklum bahawa, dalam sesebuah keluarga ketua keluarganya ialah
suami. Seorang suami perlu melaksanakan tanggungjawab menjaga keluarga dan mencari
nafkah dan rezeki kepada keluarga. Hal ini merangkumi memastikan setiap ahli keluarga
mempunyai wang yang cukup, makanan yang cukup, pakaian yang cukup dan pendidikan
yang terbaik kepada anak-anak. Dalam karya ini, kita boleh lihat bagaimana Lahumu
bekerjsa siang malam tanpa mengenal erti lelah menanam padi dan seterusnya menjual
hasil tersebut kepada pembeli-pembeli di desa. Walaupun jualan padi tidak setanding
dengan jualan sekeping emas namun hasil titik peluh sendiri patut dibanggakan kerana
ianya adalah merupakan hasil yang halal yang akan dinikmati oleh setiap ahli keluarga.
Di samping itu, dalam karya “Ranjau Sepanjang Jalan”, Shahnon Ahmad juga
menekankan kesetiaan isteri demi semua dan anak-anak di rumah. Dalam ajaran agama,
seorang isteri haruslah mentaati suaminya selagi suaminya masih memberi nafkah dan
melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Salah satu sebab Shahnon
Ahmad menekankan kesetiaan isteri kepada suami adalah kerana ianya dapat melahirkan
sebuah keluarga yang bahagia dan seimbang dan seterusnya dapat memberikan sebuah
persekitaran yang baik kepada anak-anak. Dalam karya ini, kita dapat lihat bagaimana Jeha
menunjukkan kesetiaan kepada Lahuma apabila Lahuma ditusuk duri nibung dan tidak
dapat melakukan rutin harian. Maka, pada ketika itu Jeha telah menggalas tanggungjawab
kerja-kerja di bendang dan berjanji kepada Lahuma bahawa mereka tidak akan kebuluran
dan memastikan tanaman padi dapat dituai pada tahun seterusnya.

Manakala, dalam novel “Rentong” pula adalah kisah kehidupan masyarakat di dalam
sebuah kampung, iaitu kampung Banggul Derdap yang menjalani hidup dengan penuh
ketidakamanan, hasad dengki, serta saling memusuhi. Kisah dalam novel “Rentong”
mengisahkan tentang dua watak utama iaitu watak Semaun dan watak Dogol. Dalam novel
ini, Semaun adalah satu yang jahat, suka buat kacau, tak campur masyarakat dan
sebagainya. Manakala, Dogol pula merupakan watak antagonisnya. Dogol selalu membuat
fitnah dan mengadu domba orang kampung yang lain terhadap keluarga Semaun. Dogol
yang telah mengakibatkan Semaun berkelakuan ganas dengan tindakannya tidak
membahagikan lembu-lembu pemberian kerajaan kepada orang kampung dengan adil.
Semaun tidak diberinya seekor lembu pun.

Dalam novel ini sebenarnya pada awalnya orang kampung berasa kurang senang
dengan sikap Semaun. Hal ini kerana, Semaun kelihat panas baran dan tidak mudah
memberi kerjasama kepada orang kampung. Keadaan ini menyebabkan Semaun dibenci
dan difitnah oleh setiap orang kampung. Tetapi, orang kampung tidak mengetahui bahawa
Semaun sebenarnya telah difitnah dan diburuk-burukkan oleh Dogol. Melalui babak ini,
penulis iaitu Shahnon Ahmad sebenarnya ingin memberikan mesej kepada pembaca
bahawa kita perlu memahami keadaan sebenar sebelum kita mempercayai kata-kata orang
lain. Kita tidak boleh mudah mempercayai kata-kata orang lain walaupun orang itu adalah
saudara mara kita. Sebaik-baiknya kita perlu mendengar pandangan daripada pelbagai
pihak untuk memastikan kita tidak memihak kepada pihak salah dan terus menyalahkan
pihak yang betul.
Selain itu, dalam novel ini juga Shahnon Ahmad menekankan tentang keberanian
pemimpin dalam memastikan keamanan dan keharmonian di sesuatu kawasan. Dalam
novel ini, Shahnon Ahmad menceritakan tentang keberanian Ketua Kampung Banggul
Derdap iaitu Pa’Senik dalam mengawal kemarahan orang kampung terhadap Semaun
kerana pada ketika itu Semaun bertindak tidak ingin memberi kerjasama kepada orang
kampung dan sangat panas baran terhadap orang kampung. Namun, Pa’Senik sebagai
seorang ketua kampung yang bijak dan memahami telah berjaya mengawal kemarahan
orang kampung terhadap Semaun. Di sini, peranan seorang pemimpin adalah sangat
penting. Seorang pemimpin haruslah bijak menangani situasi dan tidak boleh bersikap berat
sebelah. Pa’Senik merupakan contoh terbaik kerana beliau tidak memihak kepada sesiapa
sahaja sama ada Semaun ataupun Dogol.

Anda mungkin juga menyukai