Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkan kehadiran
penulis daripada berbagai multi disiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulis ini telah
menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu, kehadiran penulis dari luar
bidang sastera dianggap suatu yang asing. Mereka ini pernah dikatakan telah
menjungkirbalikkan sastera dan turut dilabelkan sebagai penulis yang suka bereksperimen
dalam karya. Namun, kelainan mereka ini membuatkan nama mereka cepat mendapat
tempat meskipun keluhan-keluhan daripada pengamal sastera yang tulen menyatakan
bahawa penulis ini menghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca. Penilitian ini
menganalisis nilai-nilai murni dalam kehidupan sesebuah keluarga berdasarkan teks
Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah dari perspektif pendekatan moral yang terdapat dalam
Teori Pengkaedahan Melayu. Analisis ini bertujuan untuk melihat penyemaian nilai murni
dalam karya untuk membentuk akhlak dan budi pekerti masyarakat yang hidup secara
berkeluarga. Menerusi pemupukan nilai murni diharap dapat melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berjiwa murni dan berkeupayaan memberi
sumbangan kepada agama, bangsa dan tanah air. Terdapat banyak contoh dan eviden di
dalam novel tersebut yang boleh dijadikan sebagai contoh untuk dijadikan sebagai teladan
dapat secara tidak langsung. Banyak peristiwa yang dilalui oleh manusia menyerlahkan
pelbagai ragam, perlakuan dan hubungan manusia dari aspek positif dan negatif.

2.0 Perbincangan

Nilai yang pertama ialah nilai baik hati.mengikut kamus dewan edisi keempat
menyatakan baik bermaksud tidak jahat kelakuannya dan tidak ada cacatnya. Bagi dalam
konteks baik hati mengitkut novel Ayahanda yang telah dibaca tersebut. Contoh pertiswa
yang menunjukkan nilai bai hati mengkut novel ayahan dan karya Azizi Hj Abdullah ialah
seperti petikan 1.

Bapa yang Cuma berkain pelikat dan berkemeja buruk membawa sebilah
parang menuju ke kaki bukit bersama cucu – cucunya. ( M/S 13)

Petikan 1

Berdasarkan petikan 1, peristiwa menunjukkan watak utama iaitu bapa mengajak dan
membawa cucu – cucunya ke kaki bukit untuk mencari bahan bagi meghasilkan sebuah wau
yang dinginkan oleh cucu – cucunya. Sifat baik hati telah ditunjukkan dalam didir bada iaitu
watak utam tersebut melalui peris penghasilan wau untuk ditunjukkan kepada cucu –
cucunya yang memintanya untuk menghasilkan sebuah wau. Sikap baik hati yang
ditunjukkan oleh watak utama dalam peristiwa seperti petikan 1 seharusnya dijadikan contoh

1
kepada masyarakat.. hal ini dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada kita untuk sentiasa
baik hati semua orang tanpa mengira pangkat umur tidak kira kepada kanak – kanak
mahupun golongan tua.

Nilai yang kedua ialah nilai pengorbanan. Nilai sanggup melalkukan pengorbanan
telah ditunjukkan di dalam novel tersebut. Menurut kamus dewan edisi keempat,
pengorbanan ditakrifkan sebagai perihal mengorbankan (berkorban). Contoh peristiwa yang
dapat dijdikan iktibar iaitu iktibar positif dapat dilihat di dalam novel seperti petikan 2.

Bapa melihat arah rumah. Emak belum balik. Bapa langut tengok wau yang
tersangkut di celah ranting, kemudian bapa tengok muka cucu – cucu yang
masam. Akhirnya, bapa ambil keputusan nekad , bapa menghampiri perdu pokok
keriang tersebut, bapa depa tangan, mengukur sama ada pokok keriang itu
melebihi sepemeluknya, kemudian bapa mengejap tali pinggang. (M/S 22)

Petikan 2
Petikan 2 menunjukkan bapa telah melakukan pengorbanan dengan bertekad untuk
memenjat pokok keriang yang bersaiz sepemeluk untuk mengambil wau cucu – cucunya
yang tersangkut di atas pokok tersebut. Dengan keadaan bapa yang sudah tua beliau masih
lagi sanggup untuk berkorban badannya yang tidak sihat dan tidak berapa kuat akibat
dimamah usia untuk memanjat pokok itu mengambil wau yang tersangkut untuk
mengembirakan cucu – cucunya. Melalui nilai pengorbanan yang ditunjukkan oleh bapa di
dalam novel ayanhanda karya Azizi Hj Abdullah, kita hendaklah bersedia untuk berkorban
sesuatu untuk memberikan kegembiraan kepada orang lain terutamanya orang yang kita
sayang.

Di samping itu, nilai yang ada dan ditunjukkan di dalam novel ayahanda karya Azizi
Hj Abdullah ialah nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Nilai tanggungjawab terhadap
keluarga didefinisikan sebagai kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu
terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga
maruah keluarga (Rika Fatimah dan Abdul Aziz Jemain, 2014). Berdasarkan teks Ayahanda,
nilai tanggungjawab terhadap keluarga disampaikan melalui sikap emak yang amat
mengasihi dan menjaga kesihatan bapa. Contoh dapat dilihat seperti petikan 3.

Emaklah yang menjadi jururawat yang sangat setia. Siang dan malam emak mengurut
badan bapa. Mana-mana tempat bengkak, emak demah dengan pasir lada yang digoreng
dalam bungkusan kain. (M/S 27)

Petikan 3

2
Melalui petikan 3 tersebut, kita dapat lihat nilai tanggungjawab terhadap keluarga
iaitu emak yang menjaga kebajikan bapa yang kurang sihat. Ibu memenuhi
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan menjadi jururawat bapa yang sangat setia
tanpa meminta sebarang balasan. Emak mengurut dan menjaga serta merawat tempat –
tempat bengkak pada badan bapa. Melalui nilai tanggungjawab terhadap keluarga yang
ditunjukkan oleh emak kepada bapa di dalam novel ayahanda karya Azizi Hj Abdullah
jelaslah bahawa kasih sayang sesama keluarga tiada tandingannya. Oleh itu, kita hendaklah
sentiasa menjaga kebajikan dan mengambil berat akan kesihatan dan kebajikan ibu bapa
serta semua ahli keluarga kita agar mereka sentiasa berada dalam kesihatan dan keadaan
yang baik. Selain itu, kita sebagai ahli masyrakat yang berkerjaya perlu mengatur masa dan
kepentingan sebaiknya supaya tanggungjawab terhadap keluarga tidak dilupakan. Hal ini
kerana kesibukkan bekerja dapat memberikan kesan negatif kepada ahli keluarga seperti
anak atau ibu dan bapa akan berasa terasing dan terabai serta menjadikan hubungan dalam
institusi kekeluargaan terganggu.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, novel ayahanda karya Azizi Hj Abdullah ini mepunyai banyak nilai
yang boleh dipelajari dan dihayati di dalamnya. Novel ayahanda karaya Azizi Hj Abdullah ini
banyak menyentuh nilai kekeluargaan dan nilai pengorbanan. Dengan membaca novel ini,
dapat menyemai nilai-nilai murni yang baik seperti yang ditunjukkan dan mampu membentuk
budaya murni, membina sahsiah dan memperbaiki keperibadian seseorang kea rah yang
lebih baik. Selain itu, jalan penceritaan yang baik telah ditunjukkan di dalam novel ayahanda
karya Azizi Hj Abdullah ini yang mampu membuatkan para pembaca novel ini akan berasa
ingin tahu hal yang akan terjadi seterusnya yang membuatkan pembaca akan terus
membaca buku ini sehingga habis.

Anda mungkin juga menyukai