Anda di halaman 1dari 6

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan

tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
Takrifan tentang nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan
kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk
kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia

Penerapan nilai nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan
hasrat kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Hasrat
dan matlamat kerajaan ini telah dilakarkan melalui Penyata Razak pada tahun 1956
dan diteruskan dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru
melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus
terhadap perpaduan dan memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras
keduanya yang bertujuan membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta
berkemahiran dalam menghayati nilai nilai murni , bermoral serta bersikap positif

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang
baik dengan mengemukakan ciri ciri seperti percaya dan patuh kepada tuhan,
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersikap penyayang, bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberikan sumbangan
kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Serta memiliki sahsiah yang
seimbang dan sepadu.

Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi
bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan
pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi
yang mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah
masyarakat. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat
diatasi dengan langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran
apresiasi nilai nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan
sebagainya yang membabitkan bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan
pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara pelajar
yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan melahirkan kesefahaman
dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai nilai
murni.

Dasar Kurikilum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat kira kira 17 jenis
nilai nilai murni yang akan diterapkan terhadap pelajar dengan 63 cabang nilai
yang wajar diditeladani oleh setiap pelajar, oleh sebab karya sastera kaya dengan
nilai nilai murni, pengajaran komsas dapat membentuk pelajar yang berperibadi
baik.

Rasional pengenalan nilai nilai murni dalam pengajaran sastera akibat dasar
kerajaan Inggeris pada suatu masa dahulu. Sikap penjajah yang menjalankan dasar
pecah dan perintah telah menyebabkan berlaku peristiwa 13 Mei. Rusuhan kaum
berlaku akibat tiada kepekaan dalam kalangan penduduk yang mengaku sebagai
rakyat Malaysia. Struktur masyarakat yang terpisah akibat polarisasi kaum
menyebabkan dasar pendidikan yang dimulakan oleh Tun Abdul Razak tidak dapat
dijalankan sepenuhnya. Pengajaran kesusasteraan Melayu dalam kalangan pelajar
yang terdiri daripada berbilang kaum dilihat sebagai sebuah wadah yang dapat
menyatukan pelbagai bangsa yang seterusnya dapat melahirkan sebuah masyarakat
yang bersatu.

Jawatankuasa Penddikan Aklak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti
beberapa nilai akhlak yang terdapat di dalam beberapa agama yang terdapat di
Malaysia. Penerapan nilai tersebut bertujuan membentuk murid yang seimbang dan
menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak. Penekanan bagi
penerapan nilai ini diteruskan melalui pelaksanaan KBSR dan KBSM.

Pembentukan nilai nilai murni melalui teks sastera berdasarkan peranannya
sebagai agen masyarakat. Nilai murni dapat diterapkan berdasarkan pembelajaran
teks Kesusasteraan Melayu ( KS ). Pembelajaran pelbagai jenis genre seperti puisi
iaitu pantun, syair, teromba, gurindam, cerpen , novel dan drama kesemuanya
menjuruskan ke arah membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berbudi
pekerti. Contoh puisi Melayu seperti pantun banyak memaparkan tentang adat resam
seperti penggunaan pantun di bawah.


Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja ditepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi.

Penggunaan pantun di atas, jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang
berada dalam ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Manusia yang hidup
hendaklah sentiasa berbudi perkerti yang baik.

Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai menari
Biar buruk kain di pakai
Asal hidup pandai berbudi

Begitu juga dengan penggunaan pantun di atas yang memaparan tentang kebijaksaan
masyarakat pada suatu masa dahulu yang berpandangan jauh dalam melontarkan
idea dan pengajaran masyarakat pada masa tersebut. Idea tersebut terakam melalui
pemilihan kata yang puitis dan merdu apabila diucapkan secara idak langsung
memainkan peranan mendidik masyarakat dengan cara yang halus.

Sebagai sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama,
secara tidak langsung akan menyebabkan masyarakat Malaysia akan terdedah
kepada amalan yang menjuruskan kepada ketegangan dan sensitivi kaum. Kurang
kepekaan terhadap isu semasa tidak mustahil peristiwa berdarah 13 mei akan
berulangan. Tindakan Majlis peguam yang menganjur pelbagai forum yang
menyentuh sensitivi kaum secara terbuka lebih bersifat mencurah minyak ke api.
Peristiwa seperti ini dapat diatasi jika masyarakat Malaysia menerima pakai nilai
nilai murni yang terdapat dalam teks kesusasteraan Melayu. Teks kesusasteraan
Melayu seperti Pemberontakan yang pernah menjadi teks kajian pelajar dahulu
turut memaparkan tentang permasalahan masyarakat di Malaysia berkaitan dengan
pengambilan tanah oleh sesuatu kaum.

Antara nilai nilai murni yang terpancar melalui teks kesusasteraan melayu seperti
nilai baik hati, kepahlawanan, hormat menghormati, kerajinan, patriotisme,
berdikari dan juga berkaitan dengan hukum hukum islam.

Nilai baik hati yang diterapkan melalui teks Kesusasteraan Melayu banyak
terangkum dalam media seperti drama, novel, puisi dan cerpen. Berdasarkan novel
Perlumbaan Kedua karangan yang memaparkan tentang kehidupan masyarakat
binatang selepas berlakunya peristiwa di antara Kura Kura dengan Arnab.
Berdasarkan teks ini, pengajaran yang diterapkan ialah , sikap baik hati, melupakan
segala persengketaan yang tercetus pada masa dahulu dan melakukan muhasabah
diri agar dapat mwujudkan satu masyarakat yang harmoni. Begitu juga di dalam
novel Julia karangan Abu Morad Hassan. Yang memaparkan tentang seorang kakak
yang terpaksa menanggung keluarga dan mengambil alih perniagaan keluarga
setelah kematian kedua orang tuanya dalam satu kemalangan. Kesanggupan Julia
memikul tanggungjawab dalam usia yang masih mentah menunjukkan sikap yang
baik dan matang dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.


Sikap yang rajin berusaha dan berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
banyak dipaparkan dalam teks sastera spm. Watak seperti Julia ( Julia ) dan Tuan
Faridah Syed Abdullah ( Seteguh Karang ) yang memaparkan tentang kecekalan dan
kerajinan sorang wanita dalam mengubah nasib dan persepsi masyarakat. Citra
wanita yang dilambangkan melalui teks tersebut sebagai seorang yang cekal, gigih,
bijak dan rajin berusaha. Awanis atau Anis yang kematian keluarga akibat
kemalangan jalanraya menjadi pemurung dan kemudian bertukar menjadi seorang
yang cekal dan tabah. Manakala Julia pula merupakan seorang pelajar yang bijak
dalam membahagikan masa dalam menguruskan perniagaan keluarga, pendidikan
dan di samping menjadi ayah dan ibu kepada adik- adiknya.

Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Nilai patriotisme banyak
digambarkan tentang bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut
kemerdekaan, menghargai dan memelihara dan pengertian sebenar tentang
kemerdekaan. Gambaran ini terpancar lewat novel Putera Gunung Tahan karya Ishak
Hj. Mohamad. Novel ini berjaya memaparkan tentang masyarakat Melayu yang
bersifat anti penjajah dan menyedari kelicikan Inggeris menguasai ekonomi orang
Melayu.

Persoalan yang sering dipaparkan dalam sesebuah novel seringkali berkaitan dengan
permasalahan masyarakat. Contohnya Novel Julia, memaparkan tentang kecekalan,
ketabahan dan sikap bertanggungjawab seorang anak terhadap keluarga yang
sanggup menggantikan kedua ibubapa yang meninggal dunia untuk mememelihara
adik- adiknya. Kecekalan dan ketabahan Julia wajar di contohi oleh Masyarakat, yang
mengutamakan keluarga melebihi dirinya. Watak Julia atau Awanis mempunyai
sedikit sebanyak sedikit persamaan dengan Filem Abang 92 arahan Dato Rahim
Razali yang dilakonkan oleh Azhar Sulaiman dan Hasliza Misbun. Kecekalan dan
ketabahan Julia menyebabkannya dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Menurut Asmad, (1990:3) menyatakan satu daripada bidang kehidupan yang utama
dalam kehidupan sesuatu masyarakat ialah kesenian. Kesenian dibahagikan pula
kepada beberapa cabang tertentu. Seni atau kesenian pada dasarnya adalah sesuatu
yang indah pada pandangan pancaindera manusia iaitu melalui penglihatan,
pendengaran dan citarasa. Keindahan yang wujud pada setiap hasil kesenian itulah
yang memberikan rasa kepuasan di dalam jiwa manusia. Kehalusan jiwa manusia
turut menentukan nilai sesuatu hasil kesenian. Sehubungan dengan itu kehalusan
rasa seni di dalam jiwa manusia pula berasaskan ketinggian budinya.

Kesenian umum yang dimaksudkan oleh Asmad adalah mempunyai perkaitan
kehidupan manusia dan masyarakat. Masyarakat telah menggunakan unsur kesenian
untuk membentuk atau menyalurkan nilai nilai murni. Masyarakat Melayu pada
zaman awal banyak menghasilkan puisi puisi tradisi dalam usaha mendidik
masyarakat pada masa itu dan tetap relevan sehinga sekarang ini.

Winckelmann dalam Johari Ab. Hamid (2000) menegaskan, keindahan mesti
mengandungi ciri-ciri kesatuan, kesederhanaan dan perasaan. Keindahan ini mesti
dinikmati oleh deria dan difahami oleh para intelek. Perasaan yang lahir dari deria
dalaman dan luaran adalah penting untuk mengenal dan menikmati keindahan.
Keupayaan pengarang dalam melukiskan watak dengan menggunakan unsur
kesenian yang indah dan menarik menyebabkan nilai nilai yang ingin disampaikan
dapat diterapkan kepada pelajar. Terdapat sebanyak 17 nilai yang terdapat didalam
teks sastera pada peringkat SPM. Antara nilai tersebut seperti kasih sayang, baik hati,
tolak ansur , bertanggungjawab, cekal, tabah dan sebagainya. Kesemua ini terpancar
melalui pelukisan watak oleh pengarang.

Penggunaan dialog yang sesuai dengan pemilihan dan penyusunan kata yang
menarik telah menjadikan teks tersebut hidup. Penggunaan dialog yang bersahaja
dan seharian menjadikan kita berasa amat rapat dengan suasana tersebut. Pembaca
berasa dialog tersebut seperti diucapkan sendiri olehnya. Kebijaksanaan pengarang
dalam memilih dan menyusun kata menjadikan dialog yang diucapkan tersebut lebih
bermakna dan sarat dengan pelbagai nilai nilai murni dan nilai estetika.

Pemilihan dan penggunaan gaya bahasa yang dilakukan oleh pengarang di dalam
sesebuah teks banyak membantu dalam melahirkan dan membentuk sebuah
masyarakat yang harmoni. Penggunaan gaya bahasa yang pelbagai seperti
pengulangan kata, perlambangan, paradoks dan sebagainya sedikit sebanyak telah
melahirkan unsur puitis dalam pelukisan watak secara tidak langsung nilai nilai
murni yang cuba diterapkan oleh pengarang dapat dilakukan dengan secara tidak
langsung. Konsep masyarakat melayu yang berpegang kepada adat seperti melentur
buluh biar dari rebungnya atau ular menyusur akar tidak akan bisanya.

Hubungan unsur dan kebudayaan yang terpancar melalui teks kesusasteraan
mempunyai banyak perkaitan yang erat dengan nilai kemasyarakatan. Keeupayaan
sesebuah masyarakat mengubahsuai unsur budaya dengan menggunakan medium
kesusasteraan akan dapat mengembangkan warisan. Hubungan unsur atau sistem
kebudayaan dengan perlakuan mempunyai perkaitan yang erat. Warisan budaya
akan berkekalan jika pengaruh unsur ini masih dapat dipertahankan. Andainya unsur
atau sistem budaya ini telah dipengaruhi, maka budaya warisan ini akan berubah
atau mungkin lenyap ditinggal zaman. Masyarakat Melayu tradisional biasanya
menyampaikan ilmu melalui adat resam mereka juga dalam perkataan seperti
peribahasa, pantun, teka teki dan lain-lain. Ismail Hamid (1991:140) menyatakan jika
diselidiki dalam puisi Melayu lama atau adat istiadat Melayu lama, kita akan temui
unsur-unsur pengajaran dan falsafah pendidikan untuk membentuk dan memberi
pendidikan secara informal khususnya kepada orang-orang muda yang tidak
berpengalaman

Kesimpulan.
Penerapan nilai-nilai murni dalam teks sastera Melayu atau komsas diharap akan
dapat membantu melahirkan sebuah masyarakat yang madani. Kesungguhan pihak
yang berwajib dalam merealitikan impian masyarakat tidak harus dipandang enteng.
Pengemblengan pihak yang berwajib dan masyarakat diharap dapat mewujudkan
satu rantaian murni untuk merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan
melalui pembudaya

Anda mungkin juga menyukai