Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pengenalan

Perkataan sastera berasal daripada bahasa sanskrit iaitu "castra". Maksud bagi sastera adalah
lebih baik dan berfaedah. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan harian kita dapat
diseimbangkan melalui peranan yang dimainkan oleh sastera. Tentu sastera juga merupakan
sebahagian daripada kehidupan kita Oleh itu, pendedahan kanak – kanak kepada elemen sastera
sejak kecil adalah sangat penting. Yang mana, akan memastikan seseorang kanak – kanak
tersebut dapat berkembangan dengan lebih sempurna dari pelbagai aspek termasuklah rohani dan
emosi.

Seperti yang dinyatakan di atas iaitu kepentingan sastera memang tidak dapat dinafikan terutama
terhadap pembangunan bangsa dan negara. Yang mana, pandangan ini turut dipersetujui oleh
Aristotle. Beliau juga berpendapat bahawa sastera lebih penting berbanding dengan sejarah. Ini
kerana, bagi beliau sastera seseorang individu bagi meramalkan masa hadapan sesebuah
masyarakat tersebut. Manakala, bagi Muhammad Haji Salleh (2000) berpendapat bahawa
peranan dan fungsi sastera pada zaman tradisional lebih luas dan pelbagai cabarannya. Beliau
berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan
fungsinya pada zaman moden yang agak menipis. Selain itu, berdasarkan dua pandangan yang
dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya kreatif dan imaginatif berfungsi dan
mempunyai tujuan dan fungsi tertentu dalam penghasilannya. Turut tidak dapat dinafikan adalah
pada masa depan sesebuah masyarakat ada kaitannya dengan keupayaan saster tersebut dalam
usaha untuk menyalurkan elemen kebijaksanaan kepada pembacanya supaya pembaca boleh
melihat dirinya serta persekitarannya secara teliti dan prihatin.

Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu
memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan
karya sastera senang difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya
sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil
mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera pula
terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir
bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya
sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan
keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Malah, sastera juga berperanan sebagai satu
cabang kesenian yang berteraskan cinta. Yang mana, perkataan cinta ini adalah merujuk kepada
keindahan dan cinta kepada kebenaran.

Dengan melalui kepentingan-kepentingan yang dinyatakan di atas, kita seharusnya lebih lagi
menghargai sumbangan – sumbangan yang mana telah dicurahkan oleh sasterawan - sasterawan
yang terkenal di Malaysia. Ini kerana, generasi muda yang akan datang akan menggunakannya
sebagai rujukan sastera yang paling penting. Walaupun hasil karya yang ditinggalkan oleh
mereka merupakan harta yang tidak ternilai. Oleh itu, suatu kajian yang khusus berkaitan dengan
konsep kesusasteraan Melayu di dalam negara Malaysia akan dijalankan. Dalam kajian ini ciri –
ciri utama bagi kesusasteraan Melayu yang dimaksukan akan dikenalpasti. Ini juga merupakan
tujuan utama kajian ini dijalankan. Selain itu, dalam kajian ini ciri – ciri kesusasteraan akan
dijelaskan dalam dua aspek yang utama. Dua aspek yang dimaksudkan ialah kesusasteraan
sebagai karya dan sebagai seni. Malah , aspek jenis dan bentuk juga akan diterangkan dalam
bahagian perkembangan untuk kesusasteraan Melayu Klasik. Untuk bahagian kertas ini, fungsi
sastera dalam masyarakat tradisional dan masyarakat moden akan diterangkan dengan lebih
terperinci. Yang mana, fungsi sastera sebagai pengajaran dan pendidikan turut akan disertakan
dalam kajian ini.
2.0 Konsep Kesusasteraan dan Ciri – Ciri Kesusasteraan

Menurut pandangan dan penerangan yang telah dikemukakan oleh Tokoh Melayu. (2010), istilah
kesusasteraan boleh merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi
hurufiahnya, perkataan kesusasteraan adalah bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik dari segi isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh
bermaksud sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis mahupun tidak.
Tentu kesusasteraan juga boleh digunakan dalam konteks pendidikan. Contohnya dalam dalam
Bahasa Melayu berunsurkan keindahan serta kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen,
drama, sajak, prosa tradisional ataupun puisi tradisional.

Dalam pada itu, pandangan dan pendapat yang telah dikemukakan oleh Wikipedia (2012)
merujuk bahasa melayu yang disampaikan oleh orang ramai di khalayak ramai. Sebenarnya,
kesusasteraan melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan
merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Malah ,
kesusasteraan melayu ini turut mendapat persetujuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
(2012) yang menyatakan kesusasteraan adalah suatu wahana pembentuk kepada kehidupan yang
harmoni serta bahagia. Malah, pelbagai kelompok bangsa dan budaya yang terdapat di negara
kita juga dapat dihubungi dengan karya – karya yang berkualiti dalam kesusasteran. Ini dapat
dijayakan dengan melalui penekanan serta penonjolan nilai – nilai yang dikongsikan bersama.

Akhirnya, Tokoh Melayu. (2010) juga menerangkan bahawa pengajaran Kesusasteraan Melayu
sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan
juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk
melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai
dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah
pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat yang tidak mengira bangsa. Yang
mana, ini adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) dan melahirkan perpaduan
dalam maysrakat. Di samping itu, karya-karya unggul juga dapat memberi pelbagai pengetahuan
dan input berguna kepada setiap pembaca. Pada masa yang sama, dapat melahirkan insan-insan
yang penuh dengan nilai, semangat dan sensitiviti dalam mengharungi arus globalisasi. Dengan
ini dapat disimpulkan, etnik di antara kaum yang berlainan dalam masyarakat majmuk Malaysia
dapat dieratkan dengan melalui peranan-peranan yang dimainkan oleh kesusasteraan.

Menurut Awang Sariyan (2003), kesusasteraan mempunyai beberapa ciri yang tertentu.
Contohnya adalah seperti ciri – ciri yang ditunjukkan di bawah:
 Keindahan
 Mencerminkan pengalaman
 Pengalaman seni
 Karya seni

(A) Keindahan

Secara lazimnya, sesuatu hasil karya yang mematuhi syarat keindahan kebiasaannya mempunyai
unsur yang mempunyai unsur – unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus sesuatu
unsur terkandung dalamnya. Pandangan ini juga dipersetujui oleh Abdul Hamid Mahmood dan
Ab Rahman Ab Rashid (2002). Selain itu, beliau juga berkata bahawa kesatuan unsur yang
membentukkan suatu susunan ataupun struktur sehinggalah menjadikan sebagai sesuatu yang
bulat dan juga utuh adalah syarat utama dalam menentukan keindahan

(B) Mencerminkan pengalaman

Tindak balas yang utuh daripada jiwa seseorang manusia yang digambarkan secara realiti adalah
ciri utama dalam kesusasteraan.Isitlah uth adalah merujuk kepada keadaan yang sempurna. Di
sini istilah ini adalah merujuk kepada kegiatan pemikiran dan kegiatan perasaan serta imaginasi
seseorang manusia. Menurut Muhammad Haji Salleh (2004) pengalaman dalam sesuatu
peristiwa sastera dapat diwujudkan melalui gagasan, perasaan dan juga gambaran khayalan atas
kesedaran penulis. Kesimpulannya adalah pengalaman kehidupan untuk seseorang penulis dapat
mencerminkan sesuatu hasil kesusasteraan.
(C) Pengalaman seni

Sebenarnya perkara yang disampaikan dan pada cara serta bentuk penyampaian adalah penentu
dalam nilai karya sastera. Pandangan ini juga dipersetujui oleh Mohd Taib Osman (1977). Beliau
juga berkata kepuasan yang diterima oleh pembaca dan memahami isi hati yang disampaikan
oleh seseorang penulis merupakan penentu dalam sebuah hasil kesusasteraan yang baik. Bukan
itu saja, beliau juga memberi pandangan bahawa sesbuah karya yang baik penkarya juga perlu
melibatkan unsur-unsur gagasan dan fikiran, pengalaman serta nilai seni yang akan
mengagumkan pembaca.

(D) Karya seni

Menurut Marohaini Yusoff. (2001) karya sastera dengan karya bukan sastera dapat dibezakan
dengan tiga elemen yang berlainan. Antara tiga elemen yang dimaksudkan adalah sifat fiksyen,
nilai – nilai estetik dan nilai – nilai bahasa yang khas. Fiksyen boleh dihasilkan dengan melalui
imaginasi yang dimiliki oleh pengkarya. Yang mana, imaginasi ini boleh datang dari pengalaman
ataupun tindak balas terhadap alam realiti yang diperolehi oleh seseorang pengkarya.
3.0 Perkembangan Kesusasteraan Melayu Klasik

Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh Noriah Taslim (1996), klasik boleh
didefinisikan sebagai sesuatu yang serius dan juga secara abadi. Selain itu, beliau juga
mendefinisikan klasik sebagai reka bentuk yang mempunyai gaya yang sederhana dan tidak
berubah mengikut masa. Kebiasaanya klasik ini banyak digunakan misalnya dalam karya-karya
Melayu lama seperti Tuhfat Al-Nafis, Hikayat Inderaputera, Hikayat Kalilah Wal-Daminah,
Sejarah Melayu, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Kanun Melaka dan banyak lagi.

Sememangnya kebudayaan Hindu dan juga Buddha pada zaman dulu merupakan faktor utama
dalam mempengaruhi sastera Melayu klasik. Oleh itu, tulisan yang berbentuk bahasa sanskrit
telah digunakan dalam menghasilkan karya – karya pada zaman itu. Salah satu contoh puisi
klasik yang terkenal pada masa itu adalah ”Jakatamala”. Puisi ini adalah bercerita tentang
sanjungan terhadap dewa – dewa.

Sebenarnya kesusasteraan melayu telah berkembang pada abad ke 14 hinggalah abad ke – 16


seperti yang diterangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Perkembangan ini adalah
disebabkan oleh kedatangan agama Islam serta munculan tulisan jawi pada masa itu. Untuk
pengetahuan semua juga cara penyampaian kesusasteraan melayu kalsik pada masa itu adalah
secara lisan dan ia lebih dikenali sebagai sastera rakyat. Kebiasaannya sastera rakyat ini
dibahagikan kepada dua bahagian. Antaranya ialah naratif dan buka naratif.

Pada masa ini, sastera rakyat mempunyai beberapa ciri yang utama seperti penyebaran dan
pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan kesusasteraan rakyat telah
diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar di kalangan masyarakat
menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya. Pandangan ini juga diberikan oleh
Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Yang mana, beliau juga
menyatakan bahawa salah satu ciri sastera rakyat adalah wujud dalam pelbagai versi.
Menurut pandangan yang telah dikemukakan oleh Mana Sikana (2001), sastera rakyat ini adalah
digunakan sebagai alat untuk mengajar dan mendidik. Contohnya hasil-hasil sastera rakyat
adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada
masyarakat tradisi.Cerita-cerita rakyat ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat
bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati
agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat
pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang.Di samping itu, sastera rakyat ini
juga wujud dalam bentuk lain seperti mitos, lagenda, cerita rakyat, dan puisi rakyat.

Dalam pada itu, lagenda pula merupakan suatu cerita yang dogengan sejarah, kerana cerita
lagenda selalunya mengenaii seseorang tokoh yang terkenal pada sesuatu tempat. Masyarakat
percaya bahawa tokoh tersebut pernah hidup dan wujud dalam sejarah. Kebenaran sejarah cuba
dibuktikan dengan mengaitkan beberapa kesan ditempat tersebut yang menarik dan memang
wujd hingga masa sekarang. Kebiasaannya lagenda ini adalah diwujudkan dalam bentuk lagenda
keagamaan, lagenda alam ghaib dan lagenda perseorangan. Manakala, cerita rakyat merupakan
cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada masa lampau yang
menjadi ciri khas setiap bangsa yang memiliki kultur budaya yang beraneka ragam mencakup
kekayaan budaya dan sejarah yang dimiliki masing-masing bangsa. Pada umumnya, cerita rakyat
mengisahkan tentang suatu kejadian di suatu tempat atau asal muasal suatu tempat. Contoh cerita
rakyat yang terkenal adalah seperti cerita binatang, cerita lipur lara, cerita jenaka, dan cerita
teladan. Akhirnya ialah puisi rakyat yang menggambarkan masyarakat pada zaman itu. Yang
mana, masyarakat pada masa itu, adalah statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang –
undang yang mestilah dipatuhi. Kebiasaannya bentuk puisi rakyat yang terkenal di negara kita
ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka.

Selain itu, sastera istana merupakan sastera klasik melayu yang telah digunakan pada masa
lampau lagi. Yang mana, pada abad ke 15 sastera istana telah mula diperkenalkan di negara kita.
Pada masa itu, sastera hikayat adalah dibahagikan kepada tiga kelompok yang meliputi hikayat
berunsur Hindu, berunsur campuran Hindu dan Islam serta Hikayat berunsur Islam.
Malah, pada masa itu sastera undang-undang juga diperkenalkan. Sastera undang-undang ini
adalah satu kumpulan hasil penulisan tradisional Melayu yang menjadi bahan kajian tentang
sistem pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Sastera undang-
undang ini juga boleh ditakrfi sebagai sejenis peraturan hidup orang Melayu yang didasarkan
kepada adat resam yang diwarisi secara turun-temurun digunakan untuk menjaga negeri dan
kedudukan raja-raja Melayu. Fungsinya ialah sebagai panduan dalam hal pelayaran dan
peraturan di kapal, sebagai alat kawalan sosial, alat menjaga keamanan masyarakat dan sebagai
bahan untuk melihat gambaran masyarakat

Bentuk sastera yang seterusnya ialah sastera epik. Untuk sastera jenis ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu sebagai sastera pahlawam dan bersifat sejagat. Genre sastera ini dapat dibahagikan
kepada tiga bahagian utama iaitu drama, epik dan lirik. Selain itu, epik di sini adalah merujuk
kepada puisi naratif yang panjang dan berbentuk ucapan yang tulen

Sastera agama ataupun sastera kitab merupakan bentuk sastera yang terakhir wujud dalam
masyarakat dulu. Yang mana, untuk sastera agama ini karya coraknya adalah berbentuk cereka
dan mengisarkan tokoh-tokoh islam yang terdapat dalam sejarah perkembangan islam. Bahkan
kebiasaannya cerita yang difokuskan adalah berkaitan dengan cerita-cerita Nabi Muhammad dan
tokoh-tokoh Islam yang tergolong dalam hikayat-hikayat sumber Islam atau lagenda Islam.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa sastera klasik di zaman masyarakat tradisional telah
perkembangan pesat seperti yang dinyatakan di bahagian atas.Contohnya adalah seperti pelbagai
jenis dan bentuk karya sastera klasik seperti mitos, lagenda, sastera kitab dan lain – lain telah
menunjukkan perkembangan sastera kalsik . Selain itu, keindahan dan keistimewaan karya
sastera ini masih diwarisi sehinggalah ke masyarakat pada hari ini adalah hasil daripada
keutuhan sastera klasik ini. Bahkan, ia sewajarnya diteruskan dengan lebih giat lagi pada masa
hadapan.
4.0 Fungsi Sastera dalam Masyarakat Tradisional dan Masyarakat Moden

Dalam masyarakat moden dan juga masyarakat tradisional sememangnya fungsi sastera adalah
sangat penting. Oleh itu, fungsi dan sumbangan komponen sastera terhadap masyarakat
tradisional dan masyarakat moden ini akan diberi fokus dalam perbincangan kertas kajian ini.
Tentu contoh yang relevan dan sesuai akan turut digunakan untuk menyokong penerangan dalam
kertas kajian ini.

Sastera adalah suatu rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia
daripada pelbagai dimansi dan sudut pandang yang terdiri daripada berbeza-beza. Sesuatu yang
dipaparkan dalam sastera adalah merupakan sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality
kehidupan manusia. Ini kerana sastera adalah merupakan gambaran kehidupan manusia
sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu,
karya sastera bukan sahaja boleh merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi juga pekara yang
biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.

Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera adalah berfokuskan masyarakat, kehidupan dan
manusia, tentunya mempunyai hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari
menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan
susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Dalam
masyarakat juga terdapat pelbagai watak yang sememangnya mempunyai peranan tertentu dalam
masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak dapat melaksanakan tugas
sebagaimana yang telah diamanahkan. Misalnya adalah berhubung dengan konsep perjuang
terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah
dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel menggunakan landasan
yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun terdapat perbezaan dari aspek cara
perjuangan tersebut dipaparkan dalam karya.Selain itu, seperti yang dinyatakan sastera ini adalah
bertujuan memberikan hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut
juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran. Ini boleh dijalankan dengan melalui cerita-
cerita jenaka yang disampaikan oleh guru seperti cerita Pak Pandir di gambarkan bagaimana
keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul.

Selain itu, peranan yang dimainkan oleh sastera dalam mayarakat moden juga sangat penting.
Malah, sastera juga memberikan pengajaran atau hiburan kepada masyarakatnya, sastera turut
berfungsi sebagai satu wadah untuk berkomunikasi tentang kebenaran. Dengan adanya kepekaan
dan sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku di dalam masyarakatnya
akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang bertujuan mendedahkan tentang
kebenaran kepada masyarakat pembaca. Penangkapan Hamid Tuah dan petani-petani miskin
oleh kerajaan kerana dikatakan meneroka tanah secara haram di Telok Gong pada tahun 1967
telah mencetuskan kesan yang mendalam kepada para penyair. Bahkan, turut tidak dapat
dinafikan adalah kefahaman terhadap pelajar dari aspek penikmatan hasil karya yang indah,
pelahiran emosi, serta pelajar dapat membuat apresiasi dan penghayatan terhadap karya sastera
boleh ditingkatkan melalui penggunaan bahan sastera.

Sebenarnya keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang penuh estetika adalah
terletak pada kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa yang melahirkan kesan mendalam
terhadap pembaca. Pengarang berkemampuan untuk menjadikan bahasa beranekaragam atas
kesan penggunaannya serta melahirkan kesan rasa dalaman terhadap pembaca. Pengarang
menggunakan kata bagi melahirkan makna konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau frasa
yang digunakan. Hidupnya dalam karya sastera bergantung kepada hidupnya bahasa yang
digunakan oleh seseorang pengarang. Selain estetika bahasa, sastera juga mengandungi unsur
keindahan yang terkandung dalam susunan cerita seperti perwatakan, plot, sudut pandangan,
latar, dan bentuk. Sastera mempunyai bentuk berdasarkan genrenya sama ada pantun, syair,
sajak, drama, cerpen, atau novel. Meskipun bahasa menjadi wahana karya sastera namun ia
terbina atas organisasi atau strkutur yang tersendiri. Dalam puisi terdapat imej dan bunyi sebagai
unsur yang menyumbang kepada pembentukan makna puisi itu sendiri. Dalam cerpen pula ia
dibina oleh urutan plot, latar, watak dan perwatakan serta nilai yang dibawa oleh karya
berkenaan. Seperti yang dinyatakan di atas iaitu sastera bukan sahaja memainkan peranan
penting dalam aspek akademik sahaja tetapi juga dijadikan sebagai elemen hiburan pada masa
lapang.Bahkan, ia juga boleh dijadikan sebagai elemen yang menyatupadukan semua ahli
masyarakat Melayu tempatan.
5.0 Kesimpulan

Sememangnya keberkesanan proses pembangunan sastera terutamanya sastera Melayu di


Malaysia adalah bergantung kepada sumbangan karya daripada para pengkarya – pengkarya
kesusasteraan Melayu. Sepatutnya penghargaan dan pengiktifan yang sewajarnya seharusnya
diberikan kepada beliau yang banyak mencurahkan dalam bidang sastera Melayu. Adalah tidak
dapat dinafikan adalah sasterawan generasi yang baru dan akan datang masih menjadikan karya
– karya yang dihasilkan oleh para pengkarya sebagai panduan dan bacaan utama. Contohnya
adalah seperti medium protes dan kritik sosial merupakan dua sumbangan karya sastera kepada
masyarakat tradisional. Sebenarnya sastera bukan sekadar buku cerita, bukan sekadar puisi. Bagi
saya, sastera ialah suatu seni kata-kata bagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk
tamadun, mengajak pembacanya berfikir dan mendorong pembaca melakukan kebaikan serta
menimbulkan rasa insaf. Seperti yang dinyatakan di atas iaitu sastera ini juga merupakan suatu
medium hiburan dalam masyarakat tradisional. Untuk masyarakat Melayu moden pula, sastera
juga memberikan pengajaran atau hiburan kepada masyarakatnya, sastera turut berfungsi
sebagai satu wadah untuk berkomunikasi tentang kebenaran. Malah, kebanyakan hasil bentuk
sastera ini akan wujud dalam tiga jenis bentuk yang utama, iaitu cerpen, novel dan sajak. Pada
masa yang sama, kebolehan pelajar untuk memahami dan memberi respons peribadi terhadap
karya sastera merupakan aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan bahan sastera.
Tentu juga tidak boleh dinafikan juga adalah sastera juga digunakan sebagai salah satu alat
dalam mengajar, mendidik dan menghibur. Dengan berdasarkan penerangan di atas, jelas
menunjukkan peranan yang dimainkan oleh elemen sastera Melayu memang cukup penting
dalam kedua – dua masyarakat iaitu masyarakat tradisional dan masyarakat moden ini. Oleh itu,
untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid – murid dalam komponen sastera ini guru-
guru adalah digalakkan untuk mengintegrasikan elemen kesusasteraan yang sesuai ke dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di sekolah.
6.0 Rujukan
Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Awang Sariyan (2003). ”Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa”.
Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 – 11

Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik Pengajaran Sastera Dalam
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil 6 : 12 – 17.

Mana Sikana (2001). ”Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa Melayu”. Dewan Bahasa.
Jil 1 Bil 9 : 7 -13.

Muhammad Haji Salleh (2004). “Sastera Di Ambang Globalisasi” Dlm. Ilmu Kesusasteraan
Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia

Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff. (2001). ”Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu”.
Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 – 26.

Noriah Taslim. (1996). ”Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui Penstrukturan
Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran”. Dlm. Pengajaran Sastera. Othman Puteh
(Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Buku Panduan Guru Kesusasteraan Melayu Tingkatan
IV dan V . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Tokoh Melayu. (2010). A. Samad Said. http://dokumentasiipm9.blogspot.com/ (12 Oktober
2014)

Wikipedia (2012). Abdul Samad Bin Muhammad Saleh.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Samad_bin_Muhammad_Saleh (12 Oktober 2014)

Arkib Negara Malaysia. (2012). Datuk Abdul Samad Muhammad Said.


http://www.arkib.gov.my/samad_said (12 Oktober 2014)

Wikipedia (2012). A. Samad Said. http://en.wikipedia.org/wiki/A._Samad_Said (12 Oktober


2014)

Dewan Bahasa dan Pustaka (2012). A. Samad Said.


http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=715 (12 Oktober
2014)

Anda mungkin juga menyukai