Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan Café Once Upon a Time

Seperti yang disedia maklum, proses pengurusan sesebuah organisasi adalah penuh dengan
pelbagai cabaran dan juga rintangan. Antara cabaran yang wujud adalah usaha untuk
menwujudkan pelbagai idea yang kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran
sesebuah organisasi. Keterangan ini turut mendapatkan sokongan yang padu daripada Manner D.
F. & Stephen R. M. (2004) dan beliau juga menerangkan bahawa proses inovasi adalah sangat
penting untuk mempertingkatkan kualiti dan juga keunikan produk ataupun perkhidmatan yang
akan ditawarkan oleh sesebuah organisasi. Sejajar dengan itu, suatu kajian yang terperinci
mengenai proses inovasi dalam salah sebuah café yang terletak di Sarawak iaitu Café Once Upon
a Time akan dikajikan dengan terperinci dan sistematik. Pada asasnya, pemilik untuk Café Once
Upon a Time ini adalah bernama Encik Stephen Sim dan beliau telah mengoperasikan café ini
sejak 10 tahun yang lain.

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh Encik Stephen Sim, makanan yang disajikan
dalam Café café adalah berbentuk Fushion iaitu campuran daripada makanan barat dan juga
makanan tempatan. Antara makanan yang terkemuka di Café Once Upon a Time adalah Chicken
Chop Lastic, Cordon Bleu, Kueh Tiau Tomato dan sebagainya. Beliau juga mengatakan bahawa
semua makanan dalam menu adalah diciptakannya dan ia adalah sesuai dengan citarasa dan
selera masyarakat tempatan. Sesungguhnya, terdapat 12 orang pekerja termasuklah 2 orang chef
yang akan menjalankan operasi harian di Café Once Upon a Time ini.

Dalam pada itu, Encik Stephen Sim juga mengatakan bahawa beroperasi dari 10.00 pagi
hinggalah 11.30 malam dan masa operasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad akan dipanjangkan
sehingga 12.00am. Sesungguhnya, rekaan dalaman (interior design) untuk Café Once Upon a
Time ini adalah sangat selesa di mana beliau sendiri yang telah merancangkan segala rekaan
dalaman untuk café ini. Seperti yang telah diterangkan oleh Encik Stephen Sim, tema utama Café
Once Upon a Time adalah lebih kepada nostalgia era 80 – an di mana kebanyakan CD dan juga
poster untuk selebriti 80-an akan digunakan untuk menghiaskan seluruh Café Once Upon a Time
ini.
2.0 Sumber Inovasi untuk Café Once Upon a Time

Seperti yang telah diterangkan oleh Monahan, J. (2005), pengenalpastian sumber inovasi yang
sesuai adalah sangat penting untuk membolehkan proses inovasi dijalankan dengan berkesan
dalam mana – mana organisasi dan ia termasuklah Café Once Upon a Time. Keterangan ini turut
mendapatkan sokongan daripada Justin Optimum (2012) dan beliau telah mengatakan bahawa
semua usahawan seharusnya mempunyai dan memiliki sumber inovasi yang tersendiri untuk
mempertingkatkan tahap berkesanan proses inovasi dalam organisasi masing – masing. Maka,
empat sumber inovasi akan dikenalpasti untuk Café Once Upon a Time dan hasil dapatan
daripada temubual yang telah dilakukan dengen Encik Stephen Sim adalah seperti yang
dibincangkan berikut:

(I) Sumber Idea baru Hasil Kehadiran ke Bengkel Latihan dan Seminar

Menurut dapatan penyelidikan yang telah dikemukakan dan dibincangkan oleh Charton B., Steve
M. J., and Shirley, T.J. (2010), ia adalah sangat penting untuk seseorang usahawan mendedahkan
diri kepada informasi dan juga maklumat yang terbaru mengenai teknik, kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang relevan dalam industri yang beliau terlibat dalam. Ini adalah kerana
perkembangan kemahiran, teknik dan ilmu pengetahuan dalam aspek pengeluaran untuk mana –
mana industri adalah sangat cepat. Keterangan ini telah mendapatkan sokongan daripada pemilik
Café Once Upon a Time iaitu Encik Stephen Sim di mana beliau telah mengatakan bahawa
dirinya akan menghadiri pelbagai workshop yang berkaitan dengan penyediaan makanan dan
juga rekaan dalaman. Ini adalah kerana workshop ataupun bengkel yang seumpama ini akan
memberikan ilham dan idea baru kepada beliau untuk menciptakan menu yang baru untuk Café
Once Upon a Time di masa hadapan. Oleh yang demikian, kehadiran ke aktiviti latihan dan
bengkel serta seminar merupakan salah satu sumber inovasi yang begitu penting untuk usahawan
sesuatu organisasi yang dikajikan iaitu Café Once Upon a Time dalam usaha untuk menjanakan
pelbagai idea yang baru.
(II) Pandangan Pelanggan

Seperti yang telah ditegaskan oleh Encik Stephen Sim dalam sesi temuramah yang telah
dilaksanakan, pandangan yang telah disumbangkan oleh para pelanggan juga memainkan
peranan yang cukup penting untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan proses inovasi yang
wujud dalam Café Once Upon a Time. Beliau juga mengatakan bahawa pandangan pelanggan
sama ada secara bersemuka ataupun melalui laman sosial iaitu Facebook amatlah dihargai dan
disimpan secara sistematik. Ini adalah kerana beliau sendiri akan menggunakan komen dan
pandangan yang telah diberikan oleh pelanggan sebagai rujukan yang penting untuk
mempertingkatkan kualiti makanan dan minuman yang disajikan dalam Café Once Upon a Time
di masa hadapan. Dengan itu, beliau kerap kali akan berinteraksi dengan pelanggan semasa
mereka memakan di Café Once Upon a Time. Interaksi yang baik ini akan membolehkan beliau
mendapatkan pelbagai jenis pandangan yang bernas daripada pelanggan. Selain itu, beliau juga
akan kerap kali menyemak komen yang telah diberikan oleh pelanggan ataupun orang ramai di
laman sosial seperti FACEBOOK. Malah, beliau akan mencatatkan komen tersebut untuk
dijadikan sebagai rujukan di masa hadapan.

(III) Produk daripada Café Lain

Secara lazimnya, rujukan kepada produk dan perkhidmatan yang serupa dalam sesuatu industry
merupakan salah satu cara yang akan mencetuskan ilham dan idea seseorang usahawan supaya
mempertingkatkan kreativiti produk ataupu8n perkhidmatan yang ditawarkan. Sesungguhnya,
keadaan yang sama juga berlaku dalam organisasi yang dikajikan iaitu Café Once Upon a Time
di mana pemilik café ini iaitu Encik Stephen Sim akan menziarahi ke café – café yang lain untuk
melihat dan mencuba makanan yang telah disajikan oleh mereka. Selepas itu, beliau akan
melakukan pengubahsuaian dan penambahan elemen yang baru ke dalam menu makanan yang
sedia ada untuk dijadikan sebagai suatu makanan yang baru dan boleh disajikan di dalam menu
untuk Café Once Upon a Time. Oleh yang demikian, produk dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh para pesaing juga boleh dijadikan sebagai suatu sumber idea yang penting.
(IV) Idea daripada Rakan dan Ahli Keluarga

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa Encik Stephen Sim juga kerap mendapatkan komen
dan juga pandangan daripada rakan – rakan dan juga ahli keluarga terutamanya terhadap
makanan baru yang belum disajikan dan diletakkan dalam menu Café Once Upon a Time. Pada
kebiasaannya, Encik Stephen Sim akan melakukan perbincangan dengan Chef ataupun tukang
masak utama untuk Café Once Upon a Time dan mencuba untuk memasak sesuatu masakan dan
makanan yang baru. Kemudiannya, ahli keluarga dan rakan – rakan karib akan dijemput untuk
mencuba makanan yang baru ini. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk memberikan markah
dan komen terhadap makanan baru yang telah disajikan tersebut. Sesungguhnya, pengubahsuaian
akan dilakukan ke atas makanan baru ini selepas ini mengikut komen dan pandangan yang telah
diberikan oleh rakan – rakan ataupun ahli keluarga. Proses ini mungkin akan diulangi beberapa
kali untuk mendapatkan resipi yang terbaik dalam menghasilkan sesuatu makanan baru tersebut.
5.0 Halangan terhadap Proses Inovasi

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa proses inovasi adalah sangat penting untuk
dilaksanakan dalam mana – mana organisasi dan ia termasuklah Café Once Upon a Time. Akan
tetapi, Monahan, J. (2005) juga mengatakan bahawa bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk
melaksanakan proses inovasi dalam sesebuah organisasi berikutan kewujudan beberapa halangan
yang berlainan. Sejajar dengan itu, empat halangan yang utama di mana wujud dalam Café Once
Upon a Time dan menjejaskan proses inovasi yang cuba dilakukan oleh Encik Stephen Sim akan
dikenalpasti dan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian ini. Bahan ilmiah
dan juga contoh yang relevan akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan ini.

(I) Peningkatan Kos dalam Penyediaan Makanan

Seperti yang telah diterangkan oleh Encik Stephen Sim iaitu pemilik kepada Café Once Upon a
Time, kos yang diperlukan untuk menyediakan makanan adalah semakin meningkat berikutan
masalah inflasi yang serious telah berlaku dalam negara Malaysia. Beliau telah memberikan
contoh bahawa harga ikan Salmon, lembu dan kambing telah meningkat secara mendadak dan
peningkatan harga ini telah menyebabkan kos yang diperlukan untuk melakukan kajian makanan
baru juga semakin meningkat. Beliau juga mengatakan bahawa proses untuk mencuba dan
mencipta sesuatu makanan yang baru memerlukan percubaan banyak kali dan setiap percubaan
akan melibatkan kos yang tinggi. Dalam perkataan yang lain, beliau terpaksa menanggung beban
kos untuk melakukan proses inovasi iaitu menghasilkan makanan yang baru untuk disajikan
kepada pelanggan dari masa ke semasa. Maka, beban kos yang tinggi ini telah menjejaskan
semangat beliau untuk terus mencipta makanan yang baru dalam Café Once Upon a Time ini.
Oleh yang demikian, peningkatan kos dalam penyediaan makanan merupakan suatu faktor
penting untuk menjejaskan proses inovasi dalam Café Once Upon a Time.
(II) Perasaan Takut Akan Kegagalan

Seperti yang telah diterangkan oleh Encik Stephen Sim, kos pengeluaran ataupun kos penyediaan
makanan yang tinggi telah memberikan tekanan yang besar kepada beliau terutamanya untuk
mencuba makanan yang baru untuk Café Once Upon a Time. Ini adalah kerana sebarang
peningkatan dalam kos operasi terutamanya kos yang diperlukan untuk mencuba makanan yang
baru akan menyebabkan seluruh kos syarikat telah meningkat. Secara langsung, ia akan
meningkatkan beban kewangan yang dihadapi oleh Café Once Upon a Time ini. Sesungguhnya,
tekanan dalam aspek kewangan ini telah menyebabkan Encik Stephen Sim tertekan dan tidak
berani melakukan sebarang percubaan untuk makanan yang baru. Semua ini adalah kerana beliau
takut akan kegagalan memandangkan setiap kegagalan dalam mencuba makanan yang baru akan
melibatkan kos yang tinggi. Oleh yang demikian, perasaan takut akan kegagalan merupakan
halangan yang kedua untuk Encik Stephen Sim melakukan proses inovasi dalam Café Once
Upon a Time.

(III) Kesusahan untuk mendapatkan Bahan mentah

Pada masa yang sama, pemilik kepada Café Once Upon a Time iaitu Encik Stephen Sim juga
mengatakan bahawa kebanyakan bahan mentah yang diperlukan untuk membolehkan beliau
menciptakan makanan yang baru tidak mudah diperolehi terutamanya dalam pasaran tempatan.
Contohnya, bahan mentah seperti Tuffles hitam, dan daging lembu yang bergred tidak tidak
mempunyai pasaran yang besar di negeri Sarawak dan secara langsung ia telah menyebabkan
bahan mentah ini tidak diperolehi di negeri Sarawak. Sesungguhnya, kesusahan untuk
mendapatkan bahan mentah ini telah menyebabkan beliau tidak ingin menciptakan makanan
yang baru berasaskan bahan mentah ini. Secara langsung, ia telah menjejaskan proses inovasi
yang ingin dilakukan oleh Encik Stephen Sim di Café Once Upon a Time ini.
(IV) Sikap Pekerja yang Sedia Ada

Seperti yang telah dikatakan oleh Encik Stephen Sim dalam proses temuramah, beliau tidak
begitu mahir dalam memasak. Dengan itu, semua aktiviti mencuba makanan yang baru amatlah
bergantung kepada chef dan tukang masak yang bekerja di Café Once Upon a Time. Pada masa
yang sama, kebanyakan aktiviti mencuba masakan yang baru akan dilakukan di sebelah pagi
untuk mengelakkannya menjejaskan operasi harian untuk Café Once Upon a Time ini. Akan
tetapi, bukan semua pekerja seperti tukang masak sanggup untuk bekerja di sebelah pagi untuk
menolong Encik Stephen Sim bagi memasak dan mencuba masakan yang baru. Oleh yang
demikian, ia telah menjejaskan kelancaran seluruh proses inovasi yang berlaku dalam Café Once
Upon a Time terutamanya dalam mencuba masakan yang baru.
6.0 Cadangan untuk Memperbaiki Proses Inovasi dalam Café Once Upon a Time

Seperti yang telah diterangkan dalam seksyen sebelum ini, proses inovasi yang berlaku dalam
organisasi kajian iaitu Café Once Upon a Time adalah penuh dengan pelbagai cabaran dan
rintangan. Sejajar dengan itu, empat langkah dan strategi yang penting akan dicadangkan untuk
membantu Encik Stephen dalam usaha memperbaiki proses inovasi yang berlaku dalam Café
Once Upon a Time ini. Contoh yang sesuai akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan
dalam bahagian kertas kajian ini.

(I) Menyediakan Ganjaran untuk Pekerja

Menurut idea yang telah diberikan oleh EuDaly, K, Schafer, M, Boyd, Jim, Jessup, S, McBridge,
A, Glischinksi, S. (2009), kerjasama daripada semua pihak terutamanya pekerja adalah sangat
penting untuk menjayakan sesuatu proses inovasi dalam sesebuah organisasi. Sejajar dengan itu,
Encik Stephen Sim mestilah mendapatkan kerjasama daripada pekerja untuk menjalankan proses
menciptakan makanan yang baru. Untuk tujuan ini, Encik Stephen Sim adalah dicadangkan
supaya menyediakan ganjaran yang sesuai untuk pekerja supaya menyemarakkan semangat
mereka untuk bekerjasama dengan Encik Stephen Sim dan menciptakan pelbagai jenis makanan
yang berlainan.

Pada masa yang sama, sistem ganjaran yang diwujudkan ini mestilah adil dan juga saksama
untuk semua pekerja. Antara contoh ganjaran yang boleh diberikan adalah seperti insentif
kerajinan, bayaran bekerja lebih masa, bonus tahunan dan juga insentif prestasi cemerlang di
kalangan pekerja. Sesungguhnya, Charton B., Steve M. J., and Shirley, T.J. (2010) juga
berpendapat bahawa ganjaran sama ada wang dan bukan wang merupakan sumber motivasi yang
begitu penting untuk membolehkan seseorang pekerja mendengar dan akur terhadap arahan yang
diberikan untuk mereka.
(II) Menganjurkan Pertandingan Memasak

Selain daripada itu, pemilik Café Once Upon a Time iaitu Encik Stephen Sim juga dicadangkan
agar menganjurkan pertandingan memasak dari masa ke semasa di mana pertandingan ini adalah
terbuka kepada semua warga tempatan sama ada pelanggan ataupun bukan pelanggan kepada
Café Once Upon a Time. Sesungguhnya, aktiviti seperti pertandingan memasak telah memainkan
peranan yang cukup penting untuk dijadikan sebagai platform yang begitu bagi membolehkan
Café Once Upon a Time berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli masyarakat tempatan. Pada
masa yang sama, semua hasil pertandingan ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan yang penting
untuk Encik Stephen Sim dalam usaha untuk menciptakan makanan yang baru di masa hadapan.
Dalam perkataan yang lain, beliau boleh menyimpankan resipi yang digunakan oleh para peserta
dalam pertandingan memasak ini untuk rujukan dan kegunaan masa hadapan. Oleh yang
demikian, ia akan mengelakkan Encik Stephen Sim daripada menghadapi masalah ketandusan
idea.

(III) Menghantarkan Pekerja ke Seminar dan Latihan

Secara lazimnya, pandangan yang telah diberikan oleh Show Luke (2012) telah menunjukkan
bahawa kehadiran ke seminar dan latihan merupakan suatu peluang yang baik untuk
mendedahkan seseorang individu kepada pelbagai informasi dan kemahiran yang baru dan
relevan dengan industri yang dilibatkan. Sejajar dengan itu, pemilik untuk Café Once Upon a
Time iaitu Encik Stephen Sim dicadangkan supaya menghantarkan pekerja terutamanya tukang
masak untuk menghadiri pelbagai bengkel latihan yang berlainan dan berkaitan dengan
kemahiran memasak (sama ada masakan barat mahupun tempatan). Sesungguhnya, ia boleh
mempertingkatkan tahap kemahiran tukang masak ini terutamanya dalam menyediakan makanan
yang berkualiti. Secara langsung, ia akan memungkinkan tukang masa ini melahirkan idea yang
baru dan kreatif untuk mencipta makanan yang baru di masa hadapan.
(IV) Mengalakkan Penyertaan dan Maklum Balas Pelanggan

Seperti yang telah diterangkan dalam seksyen sebelum ini, pandangan yang telah diberikan oleh
pelanggan adalah sangat mustahak untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang telah
ditawarkan oleh sesebuah organisasi seperti Café Once Upon a Time. Sejajar dengan itu, pemilik
kepada Café Once Upon a Time iaitu Encik Stephen Sim juga dicadangkan supaya melakukan
pelbagai aktiviti dan acara untuk mengalakkan penyertaan dan maklum balas daripada
pelanggan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah pemberian diskaun yang sesuai untuk
pelanggan yang telah mengisikan borang maklum balas secara sistematik selepas makan di Café
Once Upon a Time. Akhirnya, Encik Stephen Sim juga digalakkan untuk berinteraksi dengan
pelanggan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka
terhadap makanan yang disajikan kepada mereka. Sesungguhnya, semua usaha ini mestilah
dilakukan secara berterusan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan proses inovasi dalam
Café Once Upon a Time.
3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, perbincangan dalam kertas kajian telah menunjukkan bahawa proses
inovasi telah memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha mempertingkatkan daya
pengeluaran sesebuah organisasi seperti Café Once Upon a Time. Dapatan kajian yang telah
diperolehi hasil temuramah yang telah dilaksanakan dengan pemilik Café Once Upon a Time
iaitu Encik Stephen Sim, sumber inovasi untuk Café Once Upon a Time termasuklah kehadiran
ke bengkel latihan, seminar dan workshop yang berlainan, maklum balas daripada pelanggan,
pandangan yang diberikan oleh rakan – rakan dan juga ahli keluarga serta makanan yang telah
ditawarkan oleh café yang sedia ada di Kuching. Walau bagaimanapun, pemilik Café Once Upon
a Time iaitu Encik Stephen Sim juga berpendapat bahawa wujudnya pelbagai halangan yang
telah menjejaskan keberkesanan proses inobasi dalam Café Once Upon a Time ini. Antara
halangan yang telah dikenalpasti termasuklah keenganan bekerjasama daripada pihak pekerja,
peningkatan kos dalam penyediaan makanan, perasaan takut akan kegagalan yang wujud dalam
hati Encik Stephen Sim sendiri dan juga kesusahan untuk mendapatkan bahan mentah yang
diperlukan untuk menyediakan makanan yang baru. Sejajar dengan itu, empat langkah dan
strategi telah dicadangkan untuk membantu Encik Stephen Sim dalam usaha mempertingkatkan
tahap keberkesanan proses inovasi dalam Café Once Upon a Time. Antara langkah yang
dicadangkan adalah seperti menwujudkan sistem ganjaran yang sesuai kepada pekerja untuk
tujuan memotivasikan mereka terlibat dalam proses inovasi secara aktiviti, menganjurkan
pertandingan memasak, mengalakkan maklum balas daripada pelanggan melaluai pelbagai
tawaran istimewa dan juga menghantarkan pekerja terutamanya tukang masa untuk menghadiri
ke pelbagai jenis bengkel latihan dan seminar yang berkaitan. Sesungguhnya, perlaksanaan
keempat – empat langkah ini secara berterusan akan memberikan kesan yang positif terhadap
seluruh proses inovasi dalam Café Once Upon a Time di masa hadapan.
RUJUKAN

EuDaly, K, Schafer, M, Boyd, Jim, Jessup, S, McBridge, A, Glischinksi, S. (2009). The


Complete Book of North American Railroading. Voyageur Press. 1-352 pgs.

Charton B., Steve M. J., and Shirley, T.J. (2010). "Innovation in an organization.” Upper Saddle
River: Wharton School Publishing.

Justin Optimum (2012). Research and Development and Innovation. Business Weekly Reviews
Discovery 2012; 7: 876–78.

Manner D. F. & Stephen R. M. (2004). Entrepreneurship: A contemporary approach. Harcourt


College Publisher.

Monahan, J. (2005). All System Grow. Entrepreneur. Entrepreneur Media. Page 78(4).

Show Luke (2012). "Framework for Managing Innovation in Organization". Journal of


Computers in Industry 47 (1): 77–88.

Anda mungkin juga menyukai