Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Konsep Dasar Fiskal

Menurut penjelasan yang mana diberikan oleh Auerbach, Alan J. (1983), dasar fiskal
merupakan salah sejenis polisi ekonomi kerajaan untuk mengubahkan perbelanjaan kerajaan
(G) dan cukai yang dipungut (T) untuk mengatasi masalah – masalah makroekonomi serta
mencapai matlamat makroekonomi yang ditetapkan. Seperti yang diterangkan di atas, alat
yang paling penting untuk digunakan dalam dasar fiskal ialah cukai dan juga perbelanjaan di
mana kerajaan akan mengubahkan kedua – dua elemen ini mengikut keperluan dari masa ke
semasa. Antara tiga cara yang mana kerajaan boleh menggunakan cukai (T) dan juga
perbelanjaan kerajaan (G) ialah seperti yang disenaraikan berikut:
 Mengubahkan perbelanjaan kerajaan (perubahan G)
 Mengubahkan cukai (T)
 Mengubahkan perbelanjaan kerajaan (G) dan cukai (T) pada masa yang sama

Objektif utama seluruh dasar fiskal ini ialah membantu kerajaan untuk menstabilkan ekonomi
negara terutamanya dalam usaha untuk menyelesaikan masalah inflasi dan deflasi yang
berlaku dalam sesebuah negara tersebut. Maka, ia merupakan suatu alat penstabil ekonomi
yang baik dan dasar ini akan dijalankan oleh kerajaan sendiri mengikut keperluan dari masa
ke semasa. Dalam perkataan lain, dasar fiskal dijalankan bertujuan untuk mengutipkan hasil
negara dan juga membelanjakan hasil tersebut bagi memaksimumkan kebajikan ekonomi
serta kebajikan rohani rakyat – rakyat sesebuah negara tersebut. Objektif ekonomi yang lain
di mana ingin dicapai dengan menggunakan dasar fiskal adalah termasuklah mencapai
pertumbuhan ekonomi yang tinggi serta pada tahap guna tenaga penuh. Selain itu, kerajaan
juga ingin menwujudkan agihan pendapatan yang lebih seimbang dan adil dalam masyarakat.

Kerajaan boleh menjalankan dasar fiskal mengembang dan menguncup secara langsung
untuk mempengaruhi permintaan aggregat sesebuah negara. Contohnya, dasar fiskal
mengembang akan meningkatkan perbelanjaan cukai dan penurunan cukai untuk
mempertingkatkan permintaan aggregat dalam sesebuah negara dan seterusnya ia juga akan
mempertingkatkan pendapatan negara tersebut. Ia merupakan alat fiskal yang baik untuk
digunakan semasa negara mengalami kemelesetan ekonomi.
Sebaliknya, tindakan menurunkan perbelanjaan kerajaan (G) dan meningkatkan cukai (T)
merupakan dasar fiskal menguncup di mana ia akan secara langsung menurunkan permintaan
aggregat dalam sesebuah negara dan seterusnya pendapatan negara atau output negara akan
diturunkan. Ia adalah sesuai digunakan semasa sesebuah negara inflasi.

Salah satu contoh perubahan perbelanjaan (G) yang mana dilakukan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah deflasi (menutup lompang deflasi) adalah seperti yang ditunjukkan dalam
rajah 1.0

Rajah 1.0 Penambahan Perbelanjaan Kerajaan (G)

Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.0, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
iaitu G untuk menutupkan lompang deflasi sebanyak AB. Sesungguhnya, AE akan menjadi
lebih kecil daripada AS pada tahap guna tenaga penuh apabila berlakuknya deflasi.
Peningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) akan menyebabkan keluk suntikan I+G meningkat
ke atas menjadi I+G+ ∆G dan ia akan menyebabkan tingkat pendapatan negara meningkat
dari Ye ke Yf iaitu Y pada tahap guna tenaga penuh. Maka, seluruh lompang deflasi akan
ditutupkan dan diselesaikan.
2.0 Kegunaan Perbelanjaan Kerajaan (G)

Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan boleh mengubahkan perbelanjaan kerajaan (G)
untuk mengurangkan ataupun meningkatkan permintaan aggregat (AD) dan seterusnya ia
akan mempengaruhi pendapatan negara untuk sesebuah negara tersebut.

(A) Pertumbuhan Ekonomi


Untuk tujuan pertumbuhan ekonomi, kerajaan bolehlah menjalankan dasar fiscal
mengembang iaitu meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dalam usaha untuk
mempertingkatkan suntikan yang diperlulah untuk merangsangkan aktiviti ekonomi sesebuah
negara dan seterusnya ia akan mengalakkan kewujudan pelbagai kegiatan industri dan
akhirnya akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi di dalam sesebuah negara. Ia dapat
dijelaskan dalam rajah seperti di bawah:
Y=AE
Permintaan
Aggregat AE1=C+I+G+∆G

AE=C+I+G

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Ye Yf

S+T

I+G+∆G

I+G

Pendapatan Negara
Ye Yf

Rajah 2.0 Penambahan Perbelanjaan Kerajaan (G)


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Untuk
mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
iaitu G. Ini secara langsung akan menyebabkan jumlah permintaan aggregat (AE) akan
meningkat di mana ia dapat ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan aggregat (AE)
dari AE = C+I+G kepada AE1=C+I+G+∆G. Peralihan keluk permintaan aggregat ini akan
menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Ye ke Yf. Peningkatkan pendapatan negara
ini secara langsung akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara tersebut.
Pada masa yang sama, perbelanjaan kerajaan (G) merupakan salah satu elemen dalam
suntikan negara dan peningkatan perbelajaan kerajaan (G) akan secara langsung
mempertingkatkan tahap suntikan dari I+G ke tahap I+G+∆G. Peningkataan suntikan ini juga
merupakan sesuatu tonik yang penting untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi serta
mempelbagaikan aktiviti ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, ia dapat merangsangkan
perkembangan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan pertumbuhan ekonomi berlaku
dari masa ke semasa. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa tindakan kerajaan untuk
meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) merupakan suatu strategi yang penting dalam dasar
fiskal untuk membangunkan dan memastikan negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang
konsisten.
(B) Penyelesaian Masalah Pengangguran

Untuk tujuan menyelesaikan masalah pengangguran atau deflasi, kerajaan bolehlah


menjalankan dasar fiscal mengembang iaitu meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dalam
usaha untuk mempertingkatkan suntikan yang diperlulah untuk merangsangkan aktiviti
ekonomi sesebuah negara dan seterusnya ia akan mengalakkan kewujudan pelbagai kegiatan
industri dan akhirnya akan membawa kepada kewujudan pelbagai peluang pekerjaan dan
menyelesaikan masalah pengangguran. Ia dapat dijelaskan dalam rajah seperti di bawah:
Y=AE
Permintaan
Aggregat AE1=C+I+G+∆G

AE=C+I+G

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Ye Yf

S+T

I+G+∆G

I+G

Pendapatan Negara
Ye Yf

Rajah 3.0 Penambahan Perbelanjaan Kerajaan (G)


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Untuk
mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
iaitu G. Ini secara langsung akan menyebabkan jumlah permintaan aggregat (AE) akan
meningkat di mana ia dapat ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan aggregat (AE)
dari AE = C+I+G kepada AE1=C+I+G+∆G. Peralihan keluk permintaan aggregat ini akan
menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Ye ke Yf. Peningkatkan pendapatan negara
ini secara langsung akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara tersebut.
Ini akan menyebabkan masalah pengangguran akan diselesaikan kerana lebih banyak peluang
pekerjaan akan diwujudkan dalam masyarakat tersebut. Pada masa yang sama, perbelanjaan
kerajaan (G) merupakan salah satu elemen dalam suntikan negara dan peningkatan
perbelajaan kerajaan (G) akan secara langsung mempertingkatkan tahap suntikan dari I+G ke
tahap I+G+∆G. Peningkataan suntikan ini juga merupakan sesuatu tonik yang penting untuk
mempertingkatkan aktiviti ekonomi serta mempelbagaikan aktiviti ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu, ia dapat merangsangkan perkembangan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan
lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Oleh yang demikian, masalah pengangguran
dapat diselesaikan. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa tindakan kerajaan untuk
meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) merupakan suatu strategi yang penting dalam dasar
fiskal untuk menyelesaikan masalah pengangguran dalam negara.
(C) Penyelesaian Masalah Inflasi

Untuk tujuan menyelesaikan inflasi, kerajaan bolehlah menjalankan dasar fiscal menguncup
iaitu menurunkan perbelanjaan kerajaan (G) dalam usaha untuk mengurangkan permintaan
aggregat yang ada dalam sesebuah negara supaya inflasi seperti inflasi tarikan permintaan
boleh diatasi dengan lebih baik serta berkesan.

Permintaan
Aggregat Y=AE
AE1=C+I+G

A AE=C+I+G-∆G

Lompang inflasi

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Yf Ye
S+T

A
I+G

Lompang inflasi
I+G-∆G
B
Pendapatan Negara
Yf Ye

Rajah 4.0 Pengurangan Perbelanjaan Kerajaan (G)


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Maka,
wujudnya masalah inflasi dan ia boleh ditunjukkan dengan kewujudan lompang inflasi
sebanyak AB. Untuk menyelesaikan masalah inflasi ini, kerajaan perlulah menutupkan
lompang inflasi yang wujud dalam keseimbangan pendapatan ini. Ia dapat dilakukan dengan
menjalankan dasar fiskal menguncup iaitu mengurangkan perbelanjaan kerajaan iaitu G. Ini
secara langsung akan menyebabkan jumlah permintaan aggregat (AE) akan menurun di mana
ia dapat ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan aggregat (AE) dari AE = C+I+G
kepada AE1=C+I+G-∆G. Peralihan keluk permintaan aggregat ini akan menyebabkan
pendapatan negara menurun dari Ye ke Yf. Peningkatkan pendapatan negara ini secara
langsung akan menutupkan lompang inflasi sebanyak AB tersebut. Perkara yang sama boleh
diterangkan dalam gambarajah suntikan dan bocoran di mana pada asalnya keseimbangan
pendapatan negara tercapai pada tahap suntikan = bocoran iaitu S+T=I+G dan pendapatan
negara ialah Ye. Pada tahap ini, lompang inflasi sebesar AB akan wujud. Untuk
menyelesaikan masalah ini, kerajaan perlulah menjalankan dasar fiskal menguncup iaitu
menurunkan perbelanjaan kerajaan dan ia akan menurunkan keluk suntikan daripada I+G
kepada I+G-∆G. Maka, pendapatan negara akan menurun dari Ye kepada Yf dan lompang
inflasi sebanyak AB akan ditutupkan. Oleh yang demikian, masalah inflasi negara dapat
diatasi dengan menggunakan dasar fiskal menguncup (penurunan perbelanjaan kerajaan, G)
ini.
3.0 Kegunaan Cukai (T)

Elemen yang kedua di mana memainkan peranan yang penting dalam dasar fiscal yang akan
dijalankan oleh kerajaan adalah cukai. Perubahaan cukai (T) yang mana dilakukan oleh
kerajaan boleh secara langsung mempengaruhi jumlah permintaan aggregate (AD) dan ia
akan mempengaruhi aktiviti ekonomi negara.

(A) Pertumbuhan Ekonomi

Untuk tujuan pertumbuhan ekonomi, kerajaan bolehlah menjalankan dasar fiscal


mengembang iaitu meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dalam usaha untuk
mempertingkatkan suntikan yang diperlulah untuk merangsangkan aktiviti ekonomi sesebuah
negara dan seterusnya ia akan mengalakkan kewujudan pelbagai kegiatan industri dan
akhirnya akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi di dalam sesebuah negara. Ia dapat
dijelaskan dalam rajah seperti di bawah:
Y=AE
Permintaan
Aggregat AE1=C+I+G+∆C

AE=C+I+G

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Ye Yf
S+T
S+T-∆T

I+G

Ye Yf I+G

Pendapatan Negara

Rajah 5.0 Pengurangan Cukai (T)


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 5.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Untuk
mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan akan menggunakan dasar fiskal mengembang
iaitu menurunkan cukai, T. Ini secara langsung akan menyebabkan pendapatan boleh guna
penduduk dalam masyarakat telah meningkat. Ia akan menyebabkan juga penggunaan, C isi
rumah dalam masyarakat meningkat pada masa yang sama, Oleh itu, permintaan aggregat
(AE) akan meningkat di mana ia dapat ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan
aggregat (AE) dari AE = C+I+G kepada AE1=C+I+G+∆C. Peralihan keluk permintaan
aggregat ini akan menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Ye ke Yf. Peningkatkan
pendapatan negara ini secara langsung akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di
dalam negara tersebut. Pada masa yang sama, cukai merupakan salah satu elemen dalam
suntikan negara dan penurunan cukai, (T) akan secara langsung menurunkan bocoran di
dalam ekonomi daripada W=S+T kepada W=S+T-∆T. Penurunan bocoran ini akan
mempertingkatkan aktiviti ekonomi serta mempelbagaikan aktiviti ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu, ia dapat merangsangkan perkembangan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan
pertumbuhan ekonomi berlaku dari masa ke semasa. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa
tindakan kerajaan untuk mengurangkan cukai merupakan suatu strategi yang penting dalam
dasar fiskal untuk membangunkan dan memastikan negara mencapai pertumbuhan ekonomi
yang konsisten.
(B) Penyelesaian Masalah Pengangguran

Untuk tujuan menyelesaikan masalah pengangguran atau deflasi, kerajaan bolehlah


menjalankan dasar fiscal mengembang iaitu menurunkan cukai (T) dalam usaha untuk
mengurangkan bocoran yang berlaku pada aktiviti ekonomi negara. Ia merupakan langkah
yang berkesan untuk merangsangkan aktiviti ekonomi sesebuah negara dan seterusnya ia
akan mengalakkan kewujudan pelbagai kegiatan industri dan akhirnya akan membawa
kepada kewujudan pelbagai peluang pekerjaan dan menyelesaikan masalah pengangguran. Ia
dapat dijelaskan dalam rajah seperti di bawah:
Y=AE
Permintaan
Aggregat AE1=C+I+G+∆C

AE=C+I+G

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Ye Yf

S+T

S+T-∆T
I+G

Pendapatan Negara
Ye Yf

Rajah 6.0 Penurunan Cukai (T)


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Untuk
mempertingkatkan pendapatan negara, kerajaan akan menurunkan cukai iaitu T. Ini secara
langsung akan menyebabkan jumlah permintaan aggregat (AE) akan meningkat di mana ia
dapat ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan aggregat (AE) dari AE = C+I+G
kepada AE1=C+I+G+∆C. Peralihan keluk permintaan aggregat ini akan menyebabkan
pendapatan negara meningkat dari Ye ke Yf. Peningkatkan pendapatan negara ini secara
langsung akan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi di dalam negara tersebut. Ini akan
menyebabkan masalah pengangguran akan diselesaikan kerana lebih banyak peluang
pekerjaan akan diwujudkan dalam masyarakat tersebut. Pada masa yang sama, cukai
merupakan salah satu elemen dalam bocoran negara dan menurunkan cukai, T akan secara
langsung menurunkan jumlah bocoran yang wujud dalam aktiviti ekonomi dari S=T ke tahap
S+T-∆T. Penurunan jumlah bocoran ini juga merupakan sesuatu tonik yang penting untuk
mempertingkatkan aktiviti ekonomi serta mempelbagaikan aktiviti ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu, ia dapat merangsangkan perkembangan ekonomi sesebuah negara dan menyebabkan
lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Oleh yang demikian, masalah pengangguran
dapat diselesaikan. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa tindakan kerajaan untuk
menurunkan cukai (T) merupakan suatu strategi yang penting dalam dasar fiskal untuk
menyelesaikan masalah pengangguran dalam negara.
(C) Penyelesaian Masalah Inflasi

Untuk tujuan menyelesaikan inflasi, kerajaan bolehlah menjalankan dasar fiscal menguncup
iaitu meningkatkan cukai, T dalam usaha untuk mengurangkan permintaan aggregat yang ada
dalam sesebuah negara supaya inflasi seperti inflasi tarikan permintaan boleh diatasi dengan
lebih baik serta berkesan.

Permintaan
Aggregat Y=AE
AE1=C+I+G

A AE=C+I+G-∆C

Lompang inflasi

Pendapatan Negara
Suntikan - Bocoran Yf Ye
S+T+-∆T S+T

A I+G
S+T

Lompang inflasi
B
Pendapatan Negara
Yf Ye

Rajah 7.0 Peningkatan Cukai T


Seperti yang ditunjukkan dalam rajah 7.0, pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap di mana AE=AS iaitu pada tahap pendapatan sama dengan Ye. Maka,
wujudnya masalah inflasi dan ia boleh ditunjukkan dengan kewujudan lompang inflasi
sebanyak AB. Untuk menyelesaikan masalah inflasi ini, kerajaan perlulah menutupkan
lompang inflasi yang wujud dalam keseimbangan pendapatan ini. Ia dapat dilakukan dengan
menjalankan dasar fiskal menguncup iaitu meningkatkan cukai, T. Ini secara langsung akan
menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah menurun dan penurunan kuasa beli mereka
akan menyebabkan jumlah penggunaan, C juga menurun. Secara langsung, ia akan
menyebabkan jumlah permintaan aggregat (AE) akan menurun di mana ia dapat ditunjukkan
melalui peralihan keluk permintaan aggregat (AE) dari AE = C+I+G kepada AE1=C+I+G-
∆C. Peralihan keluk permintaan aggregat ini akan menyebabkan pendapatan negara menurun
dari Ye ke Yf. Peningkatkan pendapatan negara ini secara langsung akan menutupkan
lompang inflasi sebanyak AB tersebut. Perkara yang sama boleh diterangkan dalam
gambarajah suntikan dan bocoran di mana pada asalnya keseimbangan pendapatan negara
tercapai pada tahap suntikan = bocoran iaitu S+T=I+G dan pendapatan negara ialah Ye. Pada
tahap ini, lompang inflasi sebesar AB akan wujud. Untuk menyelesaikan masalah ini,
kerajaan perlulah menjalankan dasar fiskal menguncup iaitu meningkatkan cukai, T dan ia
akan menurunkan keluk suntikan daripada I+G kepada I+G-∆G. Maka, pendapatan negara
akan menurun dari Ye kepada Yf dan lompang inflasi sebanyak AB akan ditutupkan. Oleh
yang demikian, masalah inflasi negara dapat diatasi dengan menggunakan dasar fiskal
menguncup (penurunan perbelanjaan kerajaan, G) ini.
4.0 Perbandingan di antara Kegunaan Perbelanjaan Kerajaan (G) Dan Cukai (T)

Sesungguhnya, Dimand, Robert W. (2008) telah memberikan penjelasan bahawa kesan


pengubahan perbelanjaan kerajaan (G) adalah lebih besar berbanding dengan kesan
pengubahan cukai, T dalam dasar fiskal yang akan dijalankan. Ini adalah kerana perubahan
yang berlaku terhadap perbelanjaan kerajaan, G akan memberikan kesan secara langsung
kepada permintaan aggregat (AE) dan ia akan mempengaruhi pendapatan negara secara terus.
Manakala, perubahan terhadap cukai akan mempengaruhi pendapatan boleh guru isi rumah
kepada mempengaruhi penggunaan, C sebelum mempengaruhi permintaan aggregat, AE dan
juga pendapatan negara,Y. Di dalam perkataan lain, kuasa dan kesan perubahan cukai
terhadap keseimbangan pendapatan negara amatlah bergantung kepada nilai MPC iaitu
kecenderungan mengguna sut dalam sesebuah negara. Ia dapat ditunjukkan seperti di bawah:

Katakan nilai MPC ialah 0.6 dan kerajaan telah menjalankan dasar fiskal mengembang di
mana kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan kerajaan , G sebanyak 100 dan juga
menurunkan cukai, T sebanyak 100. Tujuan kita adalah untuk mengkaji perubahan jumlah
perbelanjaan kerajaan, G dan cukai, T yang sama banyak akan memberikan impak yang
berlainan kepada perubahan pendapatan negara.

Untuk peningkatan penggunaan kerajaan, G sebanyak 100, kesan ialah:


∆Y = pengganda X ∆G
Pengganda, m = 1 / (1-mpc)
= 1 / (1-0.6)
= 1 / 0.4
= 2.5

Maka, perubahan pendapatan Y ialah:


∆Y = 2.5 X 100
= 250
Untuk penurunan cukai, T sebanyak 100, kesan ialah:
∆Y = pengganda X MPC X ∆T
Pengganda, m = 1 / (1-mpc)
= 1 / (1-0.6)
= 1 / 0.4
= 2.5

Maka, perubahan pendapatan Y ialah:


∆Y = 2.5 X 0.6 X 100
= 150

Oleh itu, kita boleh membuktikan bahawa kesan perubahan perbelanjaan kerajaan, G adalah
lebih kuat berbanding dengan kesan perubahan cukai, T.

Pada masa yang sama, inflasi tarikan permintaan iaitu inflasi yang berlaku apabila
peningkatan tingkat harga umum secara berterusan akibat daripada peningkatan permintaan
aggregat adalah lebih berkesan untuk diselesaikan dengan menggunakan peningkatan cukai
berbanding dengan pengurangkan perbelanjaan kerajaan. Ini adalah kerana peningkatan cukai
secara langsung akan mengurangkan pendapatan boleh guru isi rumah dan mengurangkan
kuasa beli mereka pada masa yang sama. Oleh itu, ia dapat menurunkan permintaan aggregat
untuk seluruh ekonomi dan menyelesaikan ataupun meminimukan masalah inflasi tarikan
permintaan tersebut.
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dasar fiscal merupakan suatu dasar ekonomi yang mana akan
dipratikkan oleh kerajaan untuk menstabilkan ekonomi dan juga menyelesaikan pelbagai
masalah makroekonomi seperti pengangguran dan juga inflasi. Ia merupakan suatu tindakan
yang mana diambil oleh kerajaan untuk mengubahkan perbelanjaan kerajaan (G), ataupun
cukai (T) ataupun mengubahkan kedua – dua elemen ini pada masa yang sama. Semua ini
adalah bergantung kepada masalah makroekonomi yang dihadapi oleh sesebuah negara
tersebut. Perubahan sama ada perbelanjaan kerajaan (G) dan juga cukai akan mempengaruhi
permintaan aggregate sesebuah negara dan perubahan permintaan agregat ini secara langsung
akan mengubahkan pendapatan dalam sesebuah negara. Pada kebiasannya, kerajaan telah
menggunakan cara ini untuk menyelesaikan masalah seperti inflasi, deflasi atau kemelesetan
ekonomi dan juga pengangguran di sesebuah negara.
6.0 RUJUKAN

Auerbach, Alan J. (1983), .Taxation, Corporate Financial Policy and the Cost of
Capital,.Journal of Economic Literature 21(3), September, pp. 905-940.

Auerbach, Alan J. (2003), .Fiscal Policy, Past and Present,. Brookings Papers on Economic
Activity 34(1), pp. 75-122.

Dimand, Robert W. (2008). Durlauf, Steven N.; Blume, Lawrence E., eds. "Macroeconomics,
origins and history of". The New Palgrave Dictionary of Economics. Palgrave
Macmillan. doi:10.1057/9780230226203.100

Dwivedi, D.N. (2001). Macroeconomics: theory and policy. New Delhi: Tata McGraw-
Hill. ISBN 978-0-07-058841-7

Gärtner, Manfred (2006). Macroeconomics. Pearson Education Limited. ISBN 978-0-273-


70460-7

Anda mungkin juga menyukai