Anda di halaman 1dari 24

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Pada asasnya, metodologi penyelidikan meurpakan suatu elemen yang begitu penting
dalam seluruh proses kajian yang akan dijalankan. Ini adalah kerana metodologi
penyelidikan merupakan suatu proses di mana merangkakan dan merancangkan seluruh
proses kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Sesungguhnya, metodologi
penyelidikan ini juga akan menetapkan dan mengariskan semua prosedur dan langkah –
langkah penting untuk mengumpulkan dan juga menganalisiskan data yang diperolehi
daripada sumber – sumber sama ada secara sekunder ataupun primer.

Untuk proses kajian yang akan dilakukan ini, perbincangan dalam bab ini akan meliputi
bentuk kajian yang akan dijalankan di mana bentuk kajian yang digunakan boleh sama
ada secara kuantitatif ataupun kualitatif. Pada masa yang sama, bahagian kertas ini juga
akan membincangkan secara teliti tentang populasi dan juga sampel kajian yang telah
dikenalpasti untuk menjalankan kajian yang ditetapkan ini. Cara – cara dan prosedur
untuk pemilihan sampel kajian juga akan dikenalpasti dan diterangkan secara jelas dalam
bab yang ketiga ini.

Di samping itu, bab ini juga akan menjelaskan aspek – aspek yang lain dalam metodologi
penyelidikan. Antara aspek yang dimaksudkan adalah seperti instrumen kajian yang
digunakan serta prosedur pengumpulan data serta penganalisasian data yang telah
dikenalpasti dan akan digunakan di sepanjang proses perjalanan kajian ini. Suatu
kesimpulan secara menyeluruh mengenai seluruh proses kajian yang direkakan ini akan
digunakan untuk mengakhiri perbincangan dalam bab yang ketiga ini.
3.1 Reka Bentuk Kajian

Untuk bahagian yang pertama dalam bab yang ketiga ini, perbincangan akan tertumpu
kepada reka bentuk kajian yang akan dijalankan ini. Sesungguhnya, kajian yang akan
dijalankan ini adalah tertumpu kepada murid – murid untuk tahap 2 di sekolah kajian
yang telah dikenalpastikan..
  
Untuk peringkat yang pertama dalam kajian yang akan dijalankan, penentuan skop kajian
akan dilakukan untuk memastikan seluruh proses kajian yang akan dijalankan tersebut
tidaklah terkeluar daripada topik ataupun tidak memenuhi objektif kajian yang telah
ditetapkan sebelum ini. Selepas itu, jadual masa yang lengkap dan sistematik akan
dirancangkan dan disediakan untuk memastikan seluruh proses kajian ini akan dihabiskan
tepat pada masa. Pada masa yang sama, penentuan untuk jenis – jenis instrumen yang
akan digunakan juga akan dilakukan untuk memastikan data yang diingini dapat
dikumpulkan melalui sumber yang paling dekat dan senang diperolehi.

Sesungguhnya, bentuk kajian yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah
campuran di antara bentuk kuantitatif dan juga kualitatif. Untuk proses kajian yang akan
dilakukan ini, semua murid akan diberikan suatu set ujian PRA kajian untuk
mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Matematik untuk Tahap 2
di dalam kelas sebelum menjalankan corak pengajaran yang berasaskan VAKT ini.
Selepas itu, guru akan menjalankan corak pengajaran baru yang berasaskan VAKT.
Untuk langkah yang seterusnya, guru akan memberikan suatu set ujian POS kajian untuk
mengenalpasti tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Matematik untuk Tahap 2
selepas menjalankan corak pengajaran yang berasaskan VAKT. Borang soal selidik juga
akan diberikan kepada murid yang terlibat dalam kajian ini untuk mengkaji persepsi
mereka terhadap proses pembelajaran mata pelajaran Matematik di dalam kelas. Semua
dapatan daripada borang soal selidik ini akan dianalisiskan dengan menggunakan perisian
SPSS.
3.2 Sampel Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, 60 orang murid yang sedang belajar di tahap 2 di salah
sebuah sekolah kajian kawasan kanowit, Sarawak akan dijadikan sebagai sampel kajian.
Sesungguhnya, 60 orang murid responden ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan
yang utama iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Untuk murid dalam
kumpulan kawalan, mereka akan menjalankan pembelajaran mata pelajaran Matematik
berasaskan corak pengajaran tradisional yang sedia ada. Manakala, corak pengajaran
yang berasaskan VAKT akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk murid- murid dalam kumpulan eksperimen. Taburan murid berdasarkan
kumpulan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
Kumpulan Jumlah Murid
Terkawal 30
Eksperimen 30
JUMLAH 60
Jadual 3.1 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Kumpulan

Pada masa yang sama, taburan jantina dan juga bangsa bagi kumpulan sasaran kajian ini
adalah seperti yang mana ditunjukkan dalam jadual dan graf yang berikut:

Jantina Jumlah Murid


Lelaki 29
Perempuan 31
JUMLAH 60
Jadual 3.2 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Jantina
Rajah 3.1 Peratusan Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Jantina

Seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 3.2 dan Rajah 3.1 di atas, kumpulan sasaran
kajian ini adalah terdiri daripada 52% (31 orang) murid perempuan dan juga 48% (29
orang) murid lelaki yang sedang mengikuti pembelajaran tahap 2 dalam sekolah kajian
tersebut.

Bangsa Jumlah Murid


Cina 12
Iban 36
Murut 5
Lain – lain 7
JUMLAH 60
Jadual 3.3 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Bangsa
Rajah 3.2 Peratusan Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Bangsa

Seperti mana yang ditunjukkan dalam jadual 3.3dan Rajah 3.2 di atas, kumpulan sasaran
kajian ini adalah terdiri daripada 60% (36 orang) murid bangsa Iban, 20% (12 orang)
untuk bangsa Cina, 8% (5 orang) murid bangsa Murut dan juga 12% bangsa yang
lainyang sedang mengikuti pembelajaran tahap 2 dalam sekolah kajian tersebut.
3.3 Lokasi Kajian

Secara lazimya, kajian ini akan dijalankan di salah sebuah sekolah yang berlokasi di
kawasan Kanowit, Sarawak. Sesungguhnya, lokasi Kanowit adalah seperti yang telah
ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 3.3 Lokasi Kanowit


3.4 Instrumen Kajian

Sesungguhnya, instrumen kajian merupakan suatu aspek yang begitu penting untuk
menjayakan seluruh proses kajian yang dijalankan tersebut. Dalam perkataan yang lain,
instrumen kajian yang dipilih dan digunakan seharusnya sesuai dan sepadan dengan
objektif kajian yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, proses kajian ini akan
dijalankan dengan menggunakan dua jenis instrumen kajian yang mana dikategorikan
dalam kategori kuantatif dan juga kualitatif. Dua jenis instrumen kajian yang berlainan di
mana digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah seperti yang disenaraikan berikut:

 Borang Soal Selidik


 Ujian Matematik

Sesungguhnya, semua instrumen yang akan digunakan untuk melakukan kajian akan
dibincangkan secara terperinci dalam laporan kertas kajian ini. Semua perbincangan juga
akan disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh yang sesuai dan juga relevan.

3.4.1 Ujian Matematik

Ujian Matematik adalah ujian yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap prestasi dan
pencapaian murid (kumpulan terkawal dan kumpulan eksperimen) dalam beberapa topik
utama untuk mata pelajaran Matematik selepas menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berlainan. Untuk ujian Matematik ini, semua murid akan
diberikan masa selama 60 minit untuk menjawap 30 soalan dalam mata pelajaran
Matematik. Semua markah yang diperolehi oleh murid- murid ini akan dicatatkan dan
digunakan sebagai rujukan dan pengiraan untuk menentukan pencapaian mereka dalam
topik Matematik tersebut.
3.4.2 Borang Soal Selidik

Pada masa yang sama, borang soal selidik juga digunakan dalam penyelidikan yang akan
dilakukan ini. Sesunguhnya, Borang soal selidik akan dibentuk dan diedarkan kepada
sampel kajian untuk dijawab. Borang ini dibahagikan kepada dua bahagian yang utama,
iaitu Bahagian A, Bdan C. Terdapat tiga item dalam Bahagian A dan 10 item dalam
Bahagian B. Manakala, Bahagian C akan terdiri daripada 5 soalan untuk mengkaji
responden murid terhadap pembelajaran Matematik berasaskan kaedah VAKT tersebut.

Bahagian Aspek Soalan


A Butir-butir peribadi responden
B Persepsi responden terhadap pembelajaran Matematik dalam
kelas
C Persepsi responden terhadap pembelajaran Matematik
berasaskan teknik VAKT di dalam kelas
Jadual 3.4: Isi Kandungan Borang Soal Selidik

Soalan-soalan yang akan dikemukakan dalam bahagian A adalah butir-butir peribadi


responden. Soalan-soalan di bahagian B dapat membantu pengkaji untuk mengetahui
persepsi responden dengan lebih teliti terhadap proses pembelajaran yang dijalankan
dalam kelas untuk mata pelajaran Matematik. Bahagian C pula dapat membantu pengkaji
untuk mengetahui sikap responden terhadap teknik VAKT dalam pengajaran mata
pelajaran Matematik dengan lebih berkesan. Sesungguhnya, semua butiran yang
terperinci dalam setiap bahagian borang soal selidik ini akan dibincangkan dengan jelas
seperti yang berikut:

Bahagian A: Butir-butir peribadi responden


Secara lazimnya, bahagian A dalam borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk
mendapat data terhadap butir- butir peribadi responden yang terlibat dalam kajian ini.
Oleh yang demikian, tiga kategori informasi perlulah diisikan oleh responden dan ia
adalah seperti yang disenaraikan dan ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

Bil Kategori Pilihan yang ada


1 Jantina Lelaki
Perempuan
2 Bangsa Melayu
Cina
India
Iban
Murut
Lain – lain
3 Tahap pendidikan tertinggi ibubapa Tidak menerima sebarang pendidikan
formal
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
Jadual 3.5: Isi Kandungan Bahagian A dalam Borang Soal Selidik

Bahagian B: Persepsi responden terhadap keberkesanan pembelajaran Matematik


Tahap 2

Untuk soalan – soalan dalam bahagian B pula, ia bertujuan untuk mengkajikan persepsi
responden terhadap pembelajaran Matematik Tahap 2 di dalam kelas. Semua soalan yang
akan dikemukakan adalah diterangkan dengan jelas. Sesungguhnya, responden akan
diberikan lima kategori pilihan untuk setiap soalan dan kelima – lima kategori pemilihan
adalah seperti yang ditunjukkan berikut:
Nombor Kategori
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju
Jadual 3.6: Petanda dalam Bahagian B Borang Soal Selidik

SOALAN 1
Saya selalu mendapatkan markah lebih daripada 80% dalam ujian topik pecahan
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 1 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti prestasi serta tahap
penguasaan seseorang responden dalam kemahiran Matematik di sekolah.

SOALAN 2
Saya selalu gagal untuk menyelesaikan masalah Matematik di dalam ujian yang telah
dilaksanakan.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 2 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pelajar
ataupun murid (responden) dapat menyelesaikan maslah yang berkaitan dengan
Matematik ataupun sebaliknya.

SOALAN 3
Saya tidak memahami konsep asas Matematik yang telah diajarkan oleh guru di dalam
kelas.
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan 3 pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada respon memahami
konsep asas dalam mata pelajaran Matematik ataupun tidak.

SOALAN 4
Saya tidak suka akan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Dalam soalan yang keempat ini, ia adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi murid
terhadap guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di dalam kelas.
SOALAN 5
Saya tidak suka melakukan latihan Matematik dengan banyak
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 5 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid
terhadap kekerapan dalam melakukan latihan yang berkaitan dengan mata pelajaran
Matematik yang diberikan oleh guru.
SOALAN 6
Saya sering berasa bosan semasa menjalankan pembelajaran dalam kelas Matematik.
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan yang keenam ini, ia bertujuan untuk mengkaji pandangan responden sama
ada mereka berasa bosan terhadap pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik
ataupun sebaliknya.

SOALAN 7
Saya tidak sempat menghabiskan kebanyakan soalan ketika ujian.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 7 ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepantasan murid
menghabiskan soalan dalam ujian yang diberikan.

SOALAN 8
Saya tidak dapat menguasai kemahiran operasi Matematik yang asas (tambah, tolak,
bahagi dan darab)
1 2 3 4 5

Catatan:
Secara lazimnya, soalan yang kelapan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap
penguasaan murid dalam aspek kemahiran operasi Matematik yang asas seperti
menambah, menolak, membahagi dan juga mendarab.
SOALAN 9
Saya tidak berminat dalam pembelajaran Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan yang kesembilan pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada murid
berminat dalam pembelajaran Matematik ataupun sebaliknya.

SOALAN 10
Saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru Matematik kerana
terlalu susah soalannya.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 10 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kerja rumah
yang diberikan adalah tersusah untuk mereka ataupun tidak.
Bahagian C: Persepsi responden terhadap pembelajaran Matematik yang
berasaskan Corak Pengajaran VAKT

Untuk soalan – soalan dalam bahagian C pula, ia bertujuan untuk mengkajikan persepsi
responden terhadap pembelajaran Matematik Tahap 2 di dalam kelas dengan
menggunakan corak pengajaran VAKT. Semua soalan yang akan dikemukakan adalah
diterangkan dengan jelas. Sesungguhnya, responden akan diberikan lima kategori pilihan
untuk setiap soalan dan kelima – lima kategori pemilihan adalah seperti yang ditunjukkan
berikut:
Nombor Kategori
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju
Jadual 3.7: Petanda dalam Bahagian C Borang Soal Selidik

SOALAN 1
Corak pengajaran yang dilalui adalah sangat menarik
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 1 ini adalah bertujuan untuk mengkaji keminatan murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan dengan mengunakan corak
pengajaran VAKT ini.

SOALAN 2
Corak pengajaran VAKT telah membolehkan saya lebih memahami konsep Matematik
yang diajarkan di dalam kelas.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 2 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pelajar lebih
memahami konsep Matematik yang diajarkan dengan menggunakan corak pengajaran
VAKT ataupun sebaliknya.

SOALAN 3
Saya melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan 3 pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada corak pengajaran yang
baru ini iaitu VAKT akan mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran ataupun sebaliknya.

SOALAN 4
Saya berpendapat bahawa pembelajaran secara visual adalah lebih berkesan.
1 2 3 4 5

Catatan:
Dalam soalan yang keempat ini, ia adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi murid
terhadap corak pembelajaran secara visual dalam mata pelajaran Matematik.
SOALAN 5
Saya suka akan pembelajaran melalui sentuhan yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 5 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid
terhadap pembelajaran melalui sentuhan yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Matematik.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Untuk bahagian yang seterusnya, perbincangan akan tertumpu kepada prosedur yang
telah ditetapkan untuk mengumpulkan data. Sesungguhnya, prosedur pengumpulan data
boleh didefinisikan sebagai suatu langkah dan set peraturan yang sistematik di mana akan
diaplikasikan oleh pengkaji untuk mengumpulkan data daripada sumber seperti sekunder
dan primer sebelum dihantar untuk tujuan penganalisasian.
 
Di dalam kajian yang akan dijalankan ini, seluruh proses dan prosedur pengumpulan data
ini akan dimulakan dengan menghantarkan borang soal selidik. Sesungguhnya, borang
soal selidik yang diberikan akan disediakan dalam dua set yang utama untuk dua
kumpulan murid yang berlainan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.
Untuk murid kumpulan kawalan, mereka akan diberikan borang soal selidik yang hanya
terdiri daripada dua bahagian sahaja iaitu bahagian A dan juga B. Manakala, responden
dalam kumpulan eksperimen akan diberikan borang soal selidik yang mempunyai tiga
bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Ini adalah kerana bahagian C akan digunakan untuk
mengkaji persepsi mereka terhadap pembelajaran melalui konsep VAKT ini.

Untuk memastikan semua jawapan yang diberikan oleh responden adalah sah dan boleh
dipercayai, semua soalan soal selidik yang mana mempunyai dua jawapan, tiada jawapan
ataupun responden sengaja melanggarkan arahan menjawab adalah dikirakan sebagai
keputusan soal selidik yang tidak boleh diterima sebagai hasil kajian dalam kajian yang
dilakukan ini.

Pada masa yang sama, semua langkah – langkah yang terlibat dalam penyelidikan
terhadap pengumpulan data akan diterangkan secara terperinci dalam bahagian kertas ini.

(A) Langkah 1
Mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian daripada bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(B) Langkah 2
Pelajar berjumpa guru besar sekolah kajian dengan membawa dokumen-dokumen :
 Surat kebenaran pelajar
 Borang maklumat pelajar dan guru pembimbing tempat kajian.

(C) Langkah 3
Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah untuk menjalankan kajian di sekolah
tersebut.
(D) Langkah 4
Berjumpa dengan guru kelas dan guru subjek Matematik sekolah di sekolah kajianuntuk
mendapatkan sampel.

(E) Langkah 5
Menjalankan kajian di sekolah kajian dan guru pembimbing menyelia sebanyak 3 kali
sepanjang kajian dijalankan.

(F) Langkah 6
Sampel kajian akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu kumpulan
eksperimen dan juga kumpulan kawalan yang terdiri daripada 30 orang satu kumpulan.
Di bawah tajuk Matematik yang sama, kumpulan eksperimen akan diajarkan dengan
menggunakan corak pembelajaran VAKT dan kumpulan kawalan pula akan diajarkan
dengan corak pengajaran tradisional.

(G) Langkah 7
Untuk langkah yang ketujuh ini, semua murid dalam kedua – dua kelas akan diberikan
ujian Matematik yang sama.

(H) Langkah 8
Sesungguhnya, semua murid dalam kedua – dua kumpulan akan diberikan suatu set
borang soal selidik untuk mengkaji pandangan dan persepsi mereka terhadap
pembelajaran Matematik di dalam kelas serta corak pembelajaran yang berasaskan
VAKT (untuk responden dalam kumpulan eksperimen sahaja).

(I) Langkah 9
Membuat analisis data berdasarkan pengumpulan markah ujian serta menganalisis soalan
kaji selidik dengan menggunakan Statistical Package For Social Science For Window
(SPSS). Prosedur pengumpulan data dikedalikan sendiri oleh pengkaji untuk memastikan
kadar respon yang tinggi serta persampelan yang tetap. Ini dapat memberikan kadar
interaksi personal di antara pengkaji dan pelajar yang terlibat.

(J) Langkah 10
Semua dapatan kajian yang telah diperolehi melalui SPSS akan dibentangkan secara jelas
dan sistematik dalam laporan kajian.

3.6 Prosedur Analisis Data

Secara lazimnya, perbincangan dalam bahagian kertas ini akan memberikan fokus kepada
prosedur yang telah ditetapkan untuk proses menganalisiskan data yang dikumpulkan
melalui sumber primer seperti borang soal selidik dan juga proses temuramah. Seperti
mana yang disedia maklum, data yang dikumpulkan akan dianalisiskan secara sistematik
supaya ia akan menjadikan sebagai suatu data yang bermakna untuk digunakan
menyokongkan hipotesis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian tersebut. Untuk
menganalisiskan data yang diperolehi, pengkaji mestilah melalui 5 peringkat yang
berlainan dan ia adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

a. Peringkat pra – analisis


b. Peringkat kemasan data
c. Peringkat pemikiran data
d. Peringkat verifikasi data
e. Peringkat dapatan (termasuk interpresi)

Penjelasan untuk setiap peringkat akan dilakukan secara terperinci dalam jadual 3.3 di
bawah:
Peringkat Item Tanda
I Peringkat Pra – analisis
Di dalam peringkat yang pertama, pengkaji akan cuba
sedaya upaya untuk membaca lebih banyak nota, informasi
latar belakang dan buku yang relevan juga
mempertingkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan latar
belakang tentang bidang kajian yang akan dilakukan
sebelum menjalankan penganalisasian data.
II Peringkat Kemasan Data
Untuk peringkat yang kedua pula, ia adalah suatu peringkat
di mana semua data yang diperolehi akan disusunkan
secara sistematik dan juga teratur.
III Peringkat Data
Di dalam peringkat yang ketiga ini iaitu peringkat data,
pengkaji akan memaparkan data yang telah disusunakn
dengan sistematik sama ada dalam bentuk jadual ataupun
graf yang relevan juga ia senang difahami.
IV Peringkat Verifikasi Data
Di dalam peringkat yang keempat ini, pengkaji akan
melakukan triangulasi data di mana ia adalah bertujuan
untuk mengesahkan data yang diperolehi serta tindakan
analitik akan diambil untuk mendapatkan keputusan kajian.
V Peringkat Dapatan
Untuk peringkat kelima ini, pengkaji akan melakukan
semakan dan juga usaha untuk mengintepretasikan hasil
kajian yang didapati.
Jadual 3.8Peringkat Penganalisian Data
Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji akan mengumpulkan semua markah yang
diperolehi oleh murid dalam ujian penyelidikan. Markah yang diperolehi akan
menggambarkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik yang mana
masing – masing diajarkan dengan menggunakan dua cara yang berlainan iaitu corak
pengajaran tradisional dan juga corak pengajaran yang berasaskan VAKT ini.
Sesungguhnya, perbandingan keputusan markah di antara kumpulan kawalan dan juga
kumpulan eksperimen akan dilakukan dalam tiga aspek yang utama, iaitu:
 Min markah (markah purata)
 Peratus murid yang lulus
 Peratus murid yang gagal

(A) Markah Purata (Min)

Sesungguhnya, parameter ini adalah sangat penting untuk mengenalpasti sama ada
wujudnya perbezaan di antara markah purata yang diperolehi oleh murid di bawah corak
pengajaran tradisional dengan corak pengajaran yang berasaskan VAKT ini. Formula
untuk membandingkan markah purata di antara kedua – dua kumpulan adalah
ditunjukkan seperti yang berikut:

Jumlah markah semua pelajar  


Markah purata = jumlah murid

(B) Peratus Murid yang gagal

Untuk peratus murid yang gagal pula, ia adalah sangat penting untuk mengkaji sama ada
corak pengajaran yang baru iaitu VAKT boleh meminimumkan bilangan ataupun peratus
murid yang gagal dalam mata pelajaran Matematik ataupun sebaliknya. Rumus untuk
mencari peratus murid yang gagal boleh ditunjukkan seperti yang berikut:
Bilangan murid yang gagal
X 100%
Peratus murid yang gagal = Jumlah murid

B) Peratus Murid yang lulus

Untuk peratus murid yang gagal pula, ia adalah sangat penting untuk mengkaji sama ada
corak pengajaran yang baru iaitu VAKT boleh memaksimumkan bilangan ataupun
peratus murid yang lulus dalam mata pelajaran Matematik ataupun sebaliknya. Rumus
untuk mencari peratus murid yang lulus boleh ditunjukkan seperti yang berikut:

Bilangan murid yang lulus


X 100%
Peratus murid yang lulus = Jumlah murid

3.6.2 Prosedur Analisis Data dalam SPSS

Prosedur analisis data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Min, sisihan piawai, akan digunakan untuk menggambarkan pencapaian murid
dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

(ii) Frekuensi dan peratusan digunakan untuk menggambarkan latar belakang


responden.

Sistem perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 7 digunakan untuk
menganalis Ujian T untuk mengkaji sama ada wujudnya hubungan yang signifikan di
antara corak pengajaran dan juga persepsi murid terhadap pembelajaran Matematik di
dalam kelas.
**** Kajian rintis anda??????

3.7 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seluruh proses merekakan bentuk kajian yang dijalankan adalah
sangat penting untuk memastikan seluruh proses kajian yang bakal dijalankan tersebut
dapat memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum ini. Selain daripada itu,
instrumen kajian yang digunakan seharusnya sesuai dan sepadan dengan data – data yang
diingini untuk menjalankan sesuatu proses kajian tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian
akan dilakukan ini akan menggunakan dua instrumen kajian yang utama, iaitu borang
soal selidik dan juga soalan temuramah untuk mengkaji hubungan di antara corak
pengajaran yang berlainan dengan keberkesanan pembelajaran secara VAKT untuk
mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik.

Anda mungkin juga menyukai