Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Definisi Konsep Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Seperti yang telah diterangkan oleh Abdul Aziz Abdul Talib (2010), fonetik boleh didefinisikan
sebagai ilmu bahasa (linguistic) yang relevan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Keterangan ini turut dipersetujui oleh Asmah Haji Omar (2014) dan
beliau telah mengatakan bahawa fonetik lebih kepada fenomena bunyi ataupun pertuturan
manusia sejagat. Dalam perkataan yang lain, fonetik adalah berfokus kepada aspek pembelajaran
dari segi bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi
manusia, mahupun bunyi marginal, dan juga memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

Pada masa yang sama, dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Dubrin, A.J. (2017)
juga menunjukkan bahawa fonetik lebih berfokus terhadap penyelidikan yang telah dilakukan
terhadap bunyi fizikal percakapan seseorang individu dan ia adalah relevan dengan sifat fizikal
penghasilan bunyi (fon) serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori dan juga persepsi
neurofizikal.

Manakala, tafsiran yang telah diberikan oleh Malamah–Thomas (2017) telah menunjukkan
bahawa fonologi sebagai suatu penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan sistem bunyi
bahasa serta sifat – sifat semulajadi sistem tersebut secara umumnya. Dalam perkataan yang lain,
fonologi juga boleh didefinisikan sebagai suatu bidang dalam linguistic yang menyelidik bunyi –
bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Dalam pada itu, pandangan yang telah dikemukakan oleh Mazlan Rais. (2010) juga
menunjukkan bahawa fonologi boleh dijelaskan sebagai suatu kajian dan penyelidikan yang telah
dilakukan terhadap pola bunyi bahasa Melayu iaitu bunyi – bunyi yang berfungsi dalam sesuatu
bahasa tersebut. Dalam perkataan yang lain, fonologi boleh ditaksirkan sebagai suatu bidang
yang khas untuk mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan
sesuatu aspek sebutan tersebut.
Sejajar dengan itu, suatu kajian yang terperinci akan dirancangkan dan dilakukan untuk
menghuraikan seluruh proses dan aktiviti yang relevan dengan penghasilan bunyi vokal serta
bunyi konsonan dengan menggunakan alat-alat artikulasi manusia yang relevan. Selain itu,
aplikasi untuk prinsip-prinsip fonetik dan fonologi yang terlibat juga akan dikenalpasti dan
dibincangkan dengan sistematik dalam kertas kajian ini. Sesungguhnya, semua perbincangan
dalam kertas kajian ini akan diakhiri dengan suatu kesimpulan yang menyeluruh mengenai
konsep fonetik dan fonologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mata
pelajaran Bahasa Melayu.
2.0 Penghasilan Bunyi – Bunyi Vokal Bahasa oleh Alat- Alat Artikulasi Manusia

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan dan fokus
akan diberikan terhadap penghasilan bunyi vocal bahasa oleh alat-alat atrikulasi manusia. Semua
perbincangan akan disokongkan dengan menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan.

Menurut definisi yang diberikan oleh Abdul Aziz Abdul Talib (2012), vokal merupakan segmen
bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita
suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral. Beliau juga menerangkan bahawa
vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, /i/. Pada masa yang sama,
pandangan yang telah diberikan oleh Rankin, J.A (2009) telah menunjukkan bahawa bunyi vocal
boleh dikategorikan sebagai bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang
sekatan pengaliran udara.

Secara lazimnya, Mazlan Rais (2010) juga menerangkan bahawa bunyi vokal boleh dibahagikan
kepada beberapa jenis seperti mana yang telah disenaraikan berikut:

(A) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [a]

Secara lazimnya, pandangan yang telah diberikan oleh Rankin, J.A (2009) telah menunjukkan
bahawa penghasilan bunyi vokal depan luas akan melibatkan proses – proses yang berikut:
 Bibir dalam keadaan yang tampar
 Bahagian hadapan lidah akan diturunkan dengan serendah yang mungkin
 Lelangit lembut dalam mulut dan anak tekak akan dinaikkan untuk menutupkan rongga
hidung supaya udara dari paru-paru tidak akan keluar melalui rongga hidung
 Pita suara akan dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita
suara ke rongga mulut
Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 1.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Luas [a]

(B) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Separuh Sempit [e]

Secara lazimnya, pandangan yang telah diberikan oleh Rivers, W.M (2017) telah menunjukkan
bahawa penghasilan bunyi vokal depan separuh sempit [e] akan melibatkan proses – proses yang
berikut:
 Bahagian bibir akan dihamparkan ke hadapan
 Untuk bahagian hadapan lidah, ia akan dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi
 Lelangit lembut dan anak tekak pula akan dinaikkan untuk menutupkan hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung
 Kemudiannya, pita suara akan bergetar
 Akhirnya, bunyi [e] akan dihasilkan oleh individu tersebut

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 2.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Separuh Sempit [e]
(C) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Tengah

Untuk bahagian ini, seluruh proses penghasilan bunyi vokal tengah akan dijelaskan seperti yang
berikut:
 Untuk proses ini, bibir seseorang individu tersebut juga akan dalam keadaan yang hampar
 Selepas itu, bahagian tengah lidah individu tersebut akan dinaikkan sedikit ke arah
lelangit keras.
 Untuk bahagian lelangit lembut dan anak tekak pula, ia akan dinaikkan supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung
 Akhirnya, pita suara akan dirapatkan supaya udara yang terkeluar dari paru-paru dapat
menggetarkan pita suara.
 Contoh perkataan adalah termasuklah emak, sentuh dan emas.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 3.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Tengah

(D) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depen Sempit [i]

Pada asasnya, seluruh proses penghasilan bunyi vokal depan sempit akan dijelaskan seperti yang
berikut:
 Bahagian bibir manusia akan dihamparkan
 Untuk bahagian depan lidah, ia akan dinaikkan setinggi yang mungkin
 Untuk bahagian lelangit lembut dan anak tekak pula, ia akan dinaikkan supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung
 Pita suara akan dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.
Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 4.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Depan Sempit (i)

(E) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Pada asasnya, seluruh proses penghasilan bunyi vokal belakang separuh sempit akan dijelaskan
seperti yang berikut:
 Bahagian bibir manusia akan dibundarkan
 Untuk bahagian belakang lidah, ia akan dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
 Untuk bahagian lelangit lembut dan anak tekak pula, ia akan dinaikkan supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung
 Pita suara akan dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 5.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
(F) Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Sempit [u]

Pada asasnya, seluruh proses penghasilan bunyi vokal belakang sempit akan dijelaskan seperti
yang berikut:
 Bahagian bibir manusia akan dibundarkan
 Untuk bahagian belakang lidah, ia akan dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit
lembut.
 Untuk bahagian lelangit lembut dan anak tekak pula, ia akan dinaikkan supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung
 Pita suara akan dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita suara.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 6.0 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Belakang Sempit [u]
3.0 Penghasilan Bunyi – Bunyi Konsonan Bahasa oleh Alat- Alat Artikulasi Manusia

Pada masa yang sama, Yahya Othman (2015) juga menerangkan bahawa konsonan merupakan
bunyi selain daripada bunyi vokal. Terdapat 2 jenis konsonan dalam BM iaitu konsonan oral dan
konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral dan konsonan nasal terhasil melalui
rongga nasal. Konsonan Bahasa Melayu terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli Bahasa Melayu ialah konsonan yang sedia ada pada penutur Melayu itu
sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi.

Pada masa yang sama, bunyi untuk konsonen boleh dibahagikan kepada beberapa jenis yang
berlainan juga yang mana disenaraikan seperti yang berikut:
 Konsonen letupan
o Konsonen letupan dua bibir [p] dan [b]
o Konsonen letupan gusi [t] dan [d]
o Konsonen letupan lelangit lembut [k] dan [g]
o Konsonen letupan pita suara [ ]
o Konsonen letusan [c] dan [j]
 Konsonen sengau
o Sengau dua bibir bersuara
o Sengau gusi bersuara
o Sengau lelangit keras gusi bersuara
o Sengau lelangit lembut bersuara
 Konsonen geseran
o Geseren gigir bibir [f] dan [v]
o Geseran gusi [s] dan [z]
o Geseran lelangit keras [š] dan [ž]
o Geseren lelangit lembut [x] dan [y]
o Geseran pita suara [h]
 Konsonen Geteran
 Konsonen Sisian
 Separuh Vokal
Pada masa yang sama, pandangan yang telah diberikan oleh Mazlan Rais (2010) telah
menunjukkan bahawa penghasilan bunyi konsonen ada yang sengau dan ada yang tidak sengau.
Semua ini bergantung kepada lelangit lembut apabila bunyi dihasilkan. Dalam perkataan yang
lain, jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi konsonen yang dihasilkan adalah bersifat bunyi oral,
tetapi jika lelangit lembut diturunkan, udara dari peperu akan dapat keluar melalui rongga hidung
dan menghasilkan bunyi nasal ataupun sengau.

Penerangan untuk tempat pengeluaran suara konsonan Bahasa Melayu yang dipaparkan dalam
jadual 1.0 berikut:

Daerah sebutan 1 2 3 4 5 6
Bibir Gusi Gusi – Lelangit Lelangit Pita
Cara sebutan Lelangit Keras Lembut Suara
Keras
Letupan tak bersuara P T K p
bersuara b d g
Letusan tak bersuara C
Bersuara j
Sengauan m m n n
Geseran tak bersuara F S X h
bersuara v z y
Getaran r
Sisian i
Separuh vokal w y
Jadual 1.0 Penerangan Tempat Pengeluaran Suara Konsonan Bahasa Melayu

3.1 Proses Penghasilan Suara Konsonan


3.1.1 Konsonan [P]

 Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan.


 Udara disekatkan pada dua bibir dipaksa keluar dan mulut akan dibukakan dengan cepat.
 Pita suara tidak bergetar

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 7.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

3.1.2 Konsonan [B]

 Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan.


 Udara disekatkan pada dua bibir dipaksa keluar dan mulut akan dibukakan dengan cepat.
 Pita akan digetarkan

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 8.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

3.1.3 Konsonan [D]


 Hujung lidah akan ditingkatkan ke arah gusi untuk menyekatkan udara keluar
 Lelangit lembut dinaikkan untuk menahankan udara .
 Kedua-dua atrikulasi manusia iaitu gusi dan pita suara akan digetarkan dan bersuara.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 9.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Gigi -Gusi Bersuara [d]

3.1.4 Konsonan [T]

 Hujung lidah akan ditingkatkan ke arah gusi untuk menyekatkan udara keluar
 Lelangit lembut dinaikkan untuk menahankan udara .
 Kedua-dua atrikulasi manusia iaitu gusi dan pita suara tidak akan digetarkan dan
bersuara.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 10.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Gigi -Gusi Tidak Bersuara [t]
3.1.5 Konsonan [G]

 Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara


 Lelangit lembut serta anak tekak akan dirapatkan ke rongga dalam usaha untuk
menyekatkan arus udara ke rongga hidung.
 pita suara akan dirapatkan dan arus udara yang keluar dari rongga mulut akan
menggetarkan pita suara

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 11.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

3.1.6 Konsonan [K]

 Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara


 Lelangit lembut serta anak tekak akan dirapatkan ke rongga dalam usaha untuk
menyekatkan arus udara ke rongga hidung.
 Pita suara tidak akan digetarkan.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 12.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]
3.1.7 Konsonan [J]

 Kenaikan bahagian hadapan lidah dan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan
pada arus udara.
 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 Pita suara pula akan direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga mulut tidak
menggetarkan pita suara tetapi udara yang menyekat di hadapan lidah dan lelangit keras
akan dilepaskan perlahan-lahan.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 13.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Letupan Lelangit Keras Bersuara [j]

3.1.8 Konsonan [S]

 Bahagian hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara
 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 Pita suara pula akan direnggangkan dan arus udara melalui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara dan menghasilkan suara [s]
Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 14.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Geseran Gigi-Gusi Tidak Bersuara [s]

3.1.9 Konsonan [H]

 Bahagian hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara
 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 Bahagian glottis manusia juga tidak akan bersuara.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 15.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Geseran Glotis Tidak Bersuara [h]

3.1.10 Konsonan [R]

 Bahagian hujung lidah seseorang individu diletakkan dekat dengan gusi sehinggalah
udara melalui lidah dan gusi.
 Lidah akan bergetar manakala lelangit lembut pula akan dinaikkan
 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 Bahagian gusi manusia akan bersuara.
Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah
Rajah 16.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Getaran Gigi-gusi Bersuara[r]

3.1.11 Konsonan [L]

 hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat


 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 pita suara akan bergetar serta udara keluar dari bahagian tepi lidah

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 17.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Sisian Gigi-gusi Bersuara[l]

3.1.12 Konsonan [N]

 Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gusi


 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 . Bahagian glottis akan dirapatkan dan pita suara akan bergetar dan menghasilkan bunyi

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 18.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Sengauaun Gigi-Gusi Bersuara[n]

3.1.13 Konsonan [M]

 Dua bahagian bibir akan berbunyi apabila ia dirapatkan


 Lelangit lembut dan anak tekat pula akan dinaikkan ke belakang ataupun ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung.
 Bahagian glottis akan dirapatkan dan pita suara akan bergetar dan menghasilkan bunyi

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 19.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Sengauaun Dua Bibir Bersuara[m]
3.1.13 Konsonan [W]

 Ia merupakan suatu keadaan di mana kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan
membuat luncuran
 Untuk menyuarakan konsonan ini, kedudukan adalah seperti penghasilan suara vokal [U],
 Selepas itu, berlakunya luncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutnya [O]
 lelangit lembut dan juga anak tekak akan dinaikkan untuk memastikan udara yang
dihasilkan dari bahagian peparu tidak boleh dikeluarkan melalui rongga hidung
 Pita suara manusia akan digetarkan.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 20.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

3.1.14 Konsonan [Y]

 Ia merupakan suatu keadaan di mana kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan
membuat luncuran
 Untuk menyuarakan konsonan ini, kedudukan adalah seperti penghasilan suara vokal [I]
iaitu bibir akan dihamparkan dan bahagian hujung lidah akan dinaikkan setinggi yang
boleh.
 Selepas itu, berlakunya luncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutnya [E]
 lelangit lembut dan juga anak tekak akan dinaikkan untuk memastikan udara yang
dihasilkan dari bahagian peparu tidak boleh dikeluarkan melalui rongga hidung
 Pita suara manusia akan digetarkan.
3.1.15 Konsonan [F]

 Bahagian bibir atas dan bawah dirapatkan dan apabila udara melaluinya berlakunya
geseran
 Lelangit lembut dan juga anak tekak akan dinaikkan untuk memastikan udara yang
dihasilkan dari bahagian peparu tidak boleh dikeluarkan melalui rongga hidung.
 Glotis akan direnggangkan dan pita suara tidak berbunyi.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 21.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman Geseran Bibir Tidak Bersuara [f]

3.1.16 Konsonan [V]

 Bahagian bawah bibir akan dirapatkan ke arah gigi atas dan udara yang terkeluar dari
peparu melalui rongga mulut akan mengalami geseran semasa melalui sempitan bibir
bawah dan gusi.
 Lelangit lembut dan juga anak tekak akan dinaikkan untuk memastikan udara yang
dihasilkan dari bahagian peparu tidak boleh dikeluarkan melalui rongga hidung
 Glotis akan dirapatkan supaya pita suara akan berbunyi.
Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 22.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman Geseran Bibir-gusi Bersuara [v]
3.1.17 Konsonan [Z]

 Untuk menghasilkan suara konsonan ini, bahagian hujung lidah akan ditemukan dengan
bahagian gusi dan bahagian lelangit akan dinaikkan.
 Oleh itu, arus udara yang terkeluar dari bahagian peparu melalui rongga mulut akan
bergeser dengan bahagian pertemuan hujung lidah dengan gusi tersebut
 Glotis akan dirapatkan supaya pita suara akan berbunyi.

Bibir

Lelangit
Pita Suara
Lidah

Rajah 23.0 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Pinjaman Geseran Gigi-gusi Bersuara [z]
4.0 Aplikasi Prinsip – Prinsip Fonetik dan Fonologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Bahasa Melayu

Seperti yang telah dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2014), ia adalah sangat penting untuk
seseorang guru bahasa dalam usaha untuk mengintegrasikan prinsip-prinsip fonetik dan juga
fonotik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesuatu bahasa dan ia adalah termasuklah
Bahasa Melayu. Sejajar dengan itu, perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas
kajian ini akan memberikan fokus terhadap aplikasi pelbagai prinsip utama fonetik dan fonologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam
bilik darjah. Semua penerangan dalam bahagian kertas kajian ini akan disokongkan dengan
menggunakan contoh dan juga kajian ilmiah yang sesuai.

Seperti yang telah dikemukakan oleh Abdul Aziz Abdul Talib (2010), guru yang sedang
mengajar bahasa Melayu sebenarnya boleh menggunakan kemahiran dan juga prinsip yang
relevan dengan fonetik dan juga fonologi untuk menentukan kesukaran pembelajaran murid
dalam mata pelajaran ini. Sesungguhnya, guru bahasa Melayu boleh melakukan penyusunan dan
perancangan supaya seseorang murid akan belajar bermula dari bahagian yang senang
sehinggalah ke bahagian yang lebih rumit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Contohnya,
guru Bahasa Melayu bolehlah memulakan proses pengajaran dalam Bahasa Melayu melalui
pengenalan murid terhadap system huruf vokal sebelum maju ke bahagian konsonan ataupun
bermula dari suku kata seperti kata ganda, kata adjektif, kata kerja dan sebagainya sebelum
berkembang ke arah frasa dan akhirnya ayat yang lengkap. Dengan itu, ia akan menyenangkan
seluruh proses pembelajaran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini.
Pada masa yang sama, Mazlan Rais. (2010) telah mengatakan bahawa keupayaan fonetik dan
fonologi di kalangan murid-murid sekolah boleh dibangunkan dan dilatih melalui penggunaan
pelbagai sumber pengajaran yang berlainan seperti sumber pengajaran yang berasaskan teknologi
maklumat. Contohnya, guru mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan peralatan seperti
video untuk memaparkan cara-cara untuk menyebut sesuatu vokal dan konsonan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Secara langsung, ia akan
mempertingkatkan keupayaan murid dalam menguasai kemahiran yang relevan dengan aspek
fonologi dan juga fonetik. Sesungguhnya, ia perlulah dilakukan dari masa ke semasa untuk
memperkukuhkan kemahiran mereka dalam bertutur dan berkomunikasi dengan menggunakan
sebutan bahasa Melayu yang tepat dan mengelakkan berlakunya pelbagai masalah salah faham
yang tidak diperlukan.
.
Secara lazimnya, dapatan penyedikan yang telah diperolehi dan dibincangkan oleh Abdul Aziz
Abdul Talib. (2010) telah menunjukkan bahawa penguasaan murid dalam ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan fonologi dan juga fonetik adalah sangat penting untuk membangunkan
kemahiran kognitif, psikomotor dan afektif seseorang murid terutamanya di peringkat sekolah
rendah. Sebagai contohnya keupayaan untuk menggunakan atrikulasi manusia untuk
menghasilkan sebutan vokal dan juga konsonan dengan tepat adalah sangat penting untuk
membolehkan mereka membangunkan domain psikomotor kendiri manakala keupayaan untuk
menguasai ilmu pengetahuan mengenai fonologi seperti struktur ayat pula telah dijadikan
sebagai platform yang begitu penting untuk membangunkan aspek kognitif di kalangan murid
sekolah. Akhirnya, perlibatan diri dalam aktiviti pembelajaran yang relevan dengan prinsip
fonologi dan fonetik juga dilihat sebagai suatu usaha yang penting untuk membangunkan nilai
murni seperti kesungguhan dan kerajinan dalam pembelajaran di kalangan murid-murid sekolah.

Pada asasnya, semua prinsip yang relevan dengan fonologi dan fonetik seharusnya dilakukan
melalui proses ”hands on” dan juga ”minds on” iaitu murid sendiri akan terlibat dengan aktif
dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Guru akan memantau dan melakukan pemerhatian terhadap perlibatan murid-murid
dalam pembelajaran tersebut. Contohnya, guru akan menggunakan perisian permainan
pendidikan untuk membangunkan kemahiran fonetik dan juga fonologi di kalangan murid-murid
dan melalui aktiviti seumpama ini, murid akan lebih berminat dalam pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Akhirnya, kemahiran bernilai tambah seperti pembelajaran konstruktivisme, kemahiran berfikir,


pembelajaran kontekstual, kajian masa hadapan, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
dan kecerdasan pelbagai seharusnya diintegrasikan bersama dalam proses pembelajaran untuk
prinsip dan konsep yang berkaitan dengan fonetik dan fonologi. Ia adalah sangat penting supaya
murid bukan sahaja berupaya untuk menguasai kemahiran fonetik serta fonologi Bahasa Melayu
tetapi juga mencapai keseimbangan dalam pelbagai domain yang utama seperti afektif, kognitif,
kreatif, psikomotor, fizikal dan emosi sebagaimana yang telah ditekankan dalam Falsafah
Pendidikan kebangsaan (FPK).
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, fonetik boleh didefinisikan sebagai ilmu bahasa (linguistic) yang relevan
dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala, fonologi
sebagai suatu penyelidikan dan kajian yang berkaitan dengan sistem bunyi bahasa serta sifat –
sifat semulajadi sistem tersebut secara umumnya. Dalam pada itu, vokal merupakan segmen
bunyi yang dihasilkan apabila udara ditekan keluar dari paru-paru dengan menggetarkan pita
suara tanpa penyekatan udara yang signifikan di ruang oral. Selain itu, terdapat 2 jenis konsonan
dalam BM iaitu konsonan oral dan konsonan nasal. Konsonan oral terhasil melalui rongga oral
dan konsonan nasal terhasil melalui rongga nasal. Konsonan Bahasa Melayu terbahagi kepada 2
iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa Melayu ialah konsonan yang
sedia ada pada penutur Melayu itu sendiri dan tidak melalui sebarang perlakuan adaptasi. Secara
lazimnya, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilakukan oleh guru mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah seharusnya melibatkan prinsip dan ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan fonetik dan juga fonologi supaya keupayaan murid dalam penguasaan bahasa Melayu
akan dipertingkatkan. Sesungguhnya, konsep fonetik dan juga fonologi juga memainkan
peranan yang penting untuk membantu guru merancangkan aktiviti pembelajaran dari tahap
senang sehinggalah sukar dan ia adalah sangat penting untuk menjadikan seluruh proses
pembelajaran di kalangan murid sekolah lebih terancang dan sistematik.
6.0 Rujukan

Abdul Aziz Abdul Talib. (2010). Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan
Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Aziz Abdul Talib. (2012). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. (2014). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dubrin, A.J. (2017). Human Relations: Interpersonal Job-Oriented Skills. New Jersey:
Pearson Prentice Hall, edisi ke-9.

Malamah–Thomas. (2017). Classroom Interactive. Oxford: Oxford University Press.

Mazlan Rais. (2010). “Kemahiran Mendengar: Asas Kemahiran Berbahasa” dalam Jurnal
Bahasa, 44(6), ms.701-714.

Rankin, J.A. (2009). Handbook on Problem-Based Learning. New York: Forbes Custome
Publishers.

Rivers, W.M. (2017). Interactive Language Teaching. Cambridge: Cambridge University


Press.
Yahya Othman. (2015). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS
Profesional.

Anda mungkin juga menyukai