Anda di halaman 1dari 28

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Perbincangan yang akan dilakukan dalam bab yang kedua akan memberikan tumpuan
dan fokus terhadap kajian – kajian yang telah dilakukan sebelum terhadap topik ini.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa kajian literatur yang berkaitan adalah
sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan yang berguna dalam proses
melakukan kajian ini. Ini adalah kerana kaedah – kaedah kajian yang digunakan oleh
kajian yang lepas mungkin sesuai untuk digunakan serta diaplikasikan di dalam kajian
ini. Pada masa yang sama, kajian literatur ini juga sangatlah penting untuk membina
pengetahuan latarbelakang bagi topik serta sesuatu bidang seperti bidang pendidikan
sebelum melakukan kajian yang berkaitan.

Untuk tujuan penyelidikan ini, kajian literatur yang dilakukan dalam bab ini akan
lebih tertumpu kepada proses pengajaran yang menggunakan strategi pengajaran
VAKT. Sesungguhnya, proses pembelajaran yang bercorakkan VAKT adalah lebih
fokus kepada tahap penguasaan seseorang murid dalam sesuatu topik yang dipelajari
oleh mereka dengan menggunaan deria seperti pendengaran, penglihatan dan sentuhan
di dalam kelas. Oleh yang demikian, guru di sekolah akan memainkan peranan yang
sangat penting untuk menwujudkan dan memberikan rangsangan yang sesuai untuk
membolehkan murid- murid lebih memahami sesuatu konsep Matematik yang telah
diajarkan oleh guru di dalam kelas. Pada masa yang sama, definisi terhadap konsep
dan istilah yang penting juga akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini. Semua
perbincangan kajian literatur dalam bahagian kertas kajian ini akan disokongkan
dengan menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan.
2.2 DEFINISI KAJIAN

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan
dan fokus akan diberikan terhadap definisi yang akan dilakukan terhadap istilah dan
konsep yang penting dalam seluruh proses penyelidikan ini. Semua perbincangan akan
disokongkan dengan menggunakan contoh yang sesuai dan juga relevan

2.2.1 Pembelajaran

Menurut penerangan yang telah diberikan oleh Dr. Ragbir Kaur Joginder Sig (2010),
pembelajaran merupakan suatu proses dalaman di mana menghasilkan perubahan pada
tingkah laku yang agak kekal. Dalam perkataan yang lain, pembelajaran merupakan
sesuatu yang agak kekal di mana mempertingkatkan keupayaan seseorang individu.

Pada masa yang sama, pembelajaran mempunyai pelbagai peringkat yang penting dan
ia akan dimulakan dengan penerimaan rangsangan melalui organ deria manusia seperti
penglihatan, sentuhan dan pendengaran. Selepas itu, konsep akan terbentuk dalam
pemikiran pelajar sebelum diakhiri dengan perubahan pada tingkah laku mereka.
Sesungguhnya, pembelajaran boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
 Pembelajaran formal
o Ia merupakan pembelajaran yang mengikut dasar pendidikan kerajaan.

 Pembelajaran tidak formal


o Ia merupakan pembelajaran tambahan dan tidak mempunyai sebarang
sukatan yang tertentu.
2.2.2 VAKT

Secara lazimnya, penerangan yang telah diberikan oleh Mok Soon Sang (2010) telah
menunjukkan bahawa VAKT merupakan suatu kaedah pengajaran yang menggunakan
prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran di mana rangsangan ke atas beberapa deria
yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran. Beliau juga mengatakan bahawa
VAKT ini akan melibatkan empat proses yang utama iaitu, penglihatan (Visual),
pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic) dan sentuhan (tactile). Dalam
perkataan yang lain, murid akan mempelajari sesuatu konsep pembelajaran melalui
penglihatan secara visual, pendengaran secara audio, pergerakan dan sentuhan
terhadap sesuatu objek yang diberikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP).
2.3 ASAS TEORI KAJIAN

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan
akan diberikan terhadap asas teori – teori yang relevan dan digunakan dalam kajian
ini. Semua perbincangan akan disokongkan dengan menggunakan bahan ilmiah yang
relevan.

2.3.1 Teori Gaya Pembelajaran VAKT

Seperti yang telah diterangkan oleh Dr. Ragbir Kaur Joginder Sig (2010), Teori gaya
pembelajaran yang berasaskan VAKT adalah memberikan fokus dan tumpuan
terhadap prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa
rangsangan ke atas pelbagai deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran
sesuatu murid. Keterangan ini turut mendapatkan sokongan daripada Entwistle,
Harold (2011) dan beliau telah mengatakan bahawa kaedah VAKT ini akan
mengabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan iaitu Kinestik
ataupun pergerakan. Sesungguhnya, dalam kaedah ini, murid akan berupaya melihat
dan menyebutkan perkataan sambil menuliskan perkataan tersebut berdasarkan
ingatannya.

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin,
(2010), kaedah VAKT ini akan mengunakan prosedur pengajaran seperti berikut:
 Melakukan pemerhatian isi kandungan Matematik yang ingin dipelajari di
dalam kelas
 Menyebutkan isi kandungan Matematik yang dimaksudkan
 Mencuba mengaplikasikan teori yang telah diajarkan berdasarkan ingatan
mereka
 Membandingkan isi kandungan Matematik yang dituliskan dengan isi
kandungan yang sebenar.

Beliau juga mengatakan bahawa prosedur VAKT ini akan diulangkan banyak kali
sehinggalah seseorang murid dapat menguasai sesuatu ilmu pengetahuan tersebut.
Rajah 1.0 Model Pembelajaran VAKT

Pada masa yang sama, Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2010) juga mengatakan
bahawa model pembelajaran VAKT boleh diterangkan dalam tiga aspek yang utama
iaitu gaya pembelajaran berdasarkan aspek visual, gaya pembelajaran berdasarkan dari
aspek auditori, dan gaya pembelajaran berdasarkan aspek kinestetik. Kesemua aspek
ini akan dibincangkan secara terperinci dalam bahagian kertas kajian ini.

(I) Gaya pembelajaran berdasarkan aspek visual

Seperti yang telah diterangkan oleh Khalid Mohd. Nor (2013), pelajar akan
menjalankan pembelajaran melalui penglihatan dan pengamatan serta menggunakan
keupayaan visual yang kuat. Melalui keupayaan dalam aspek visual, seseorang pelajar
akan melakukan pengambaran dalam pemikiran mereka terhadap konsep yang
diajarkan oleh guru di dalam kelas. Contohnya, peta minda yang relevan dengan
sesuatu konsep Matematik boleh digunakan untuk mempertingkatkan tahap
kefahaman murid terhadap kemahiran Matematik tersebut.
(II) Gaya pembelajaran berdasarkan dari aspek auditori

Untuk gaya pembelajaran berdasarkan aspek auditori pula, pelajar akan menjalankan
pembelajaran berasaskan pendengaran kepada arahan secara verbal ataupun lisan.
Sesungguhnya, mereka akan mengingat dengan membentu suara – suara dari kata –
kata yang telah dikemukakan oleh guru di dalam kelas. Untuk murid dalam kategori
ini, mereka lazimnya hanya perlu mendengar maklumat dan informasi sekali sahaja
utnuk mengingatinya. Oleh yang demikian, murid dalam kategori ini perlulah
melakukan penerangan untuk diri sendiri supaya informasi lebih senang diingatkan
oleh mereka. Untuk pembelajaran Matematik, Khalid Mohd. Nor (2013) juga
mengatakan bahawa guru perlulah melakukan penerangan yang jelas terutamanya
dalam aspek hukum yang relevan dengan sesuatu kemahiran Matematik tersebut.
Contoh yang sesuai juga perlulah diberikan untuk mempertingkatkan tahap kefahaman
murid terhadap sesuatu konsep Matematik yang diajarkan.

Selain itu, Lee Shok Mee (2012) telah mengatakan bahawa pendengaran merupakan
suatu deria yang sangat penting untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di dalam kelas. Contohnya,
murid yang memberikan perhatian terhadap penerangan yang telah dikemukakan oleh
guru akan lebih senang menguasai kemahiran dan juga ilmu pengetahuan yang
disampaikan oleh guru di dalam kelas.

(III) Gaya pembelajaran berdasarkan aspek kinestetik

Secara lazimnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Mok Soon Sang (2010)
telah menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat dalam pembelajaran secara kinestetik
cenderung belajar melalui perlibatan diri secara fizikal dan mengerjakan sesuatu
dengan apa yang sedang dipelajari oleh mereka. Sesungguhnya, pelajar dalam kategori
ini juga dapat belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan juga pengambilan
bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah tersebut.Guru boleh mengadakan
pelbagai aktiviti pergerakan dan menyanyi untuk mengajar murid- murid konsep
nombor bulat di dalam kelas.
2.3.2 Teori Pembelajaran Jean Piaget

Seperti yang telah diterangkan oleh Selmes, I.P (2011), Teori pembelajaran Jean
Piagat merupakan suatu teori pembelajaran yang menekankan konsep perkembangan,
pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh sosial dan kematangan seseorang
individu. Sesungguhnya, prinsip yang telah ditekankan dalam Teori ini adalah
menunjukkan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza
mengikut keupayaan dan kebolehan masing – masing. Piaget juga mengatakan
bahawa terdapat empat tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak –
kanak dan keempat tahap yang dimaksudkan akan diterangkan seperti yang berikut:
 Tahap sensorimotor
o Sesungguhnya, Mok Soon Sang (2010) telah mengatakan bahawa ia
merupakan tahap di mana sejak seseorang dilahikan sehinggalah
berumur 2 tahun. Untuk peringkat ini, kanak – kanak akan melakukan
pemerhatian dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang
dilihat, dirasa dan disentuhkan. Pada peringkat ini, kanak – kanak akan
menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan
persekitaran.

 Tahap pra-operasi
o Dalam tahap pra-operasi pula, Teori Pembelajaran Jean Piaget telah
menyatakan bahawa ia bermula dari 2 tahun hinggalah 7 tahun di mana
kanak – kanak akan mula menggunakan kecekapan motor kasar dan
halus untuk melakukan penerokaan sesuatu yang baru. Keterangan ini
turut dipersetujui oleh Grasha, A.F & Reichmann, S.W (2010) dan
beliau telah mengatakan bahawa kanak – kanak akan mula memahami
simbol dan keupayaan berbahasa yang sangatlah terhad untuk
melakukan gambaran terhadap sesuatu konsep. Sememangnya tidak
boleh dinafikan bahawa perkembangan kognitif akan menjadi lebih
pesat selepas seseorang murid mula fasih dalam pertuturan.
 Tahap operasi konkrit
o Tahap ini adalah untuk kanak – kanak yang berumur 7 tahun hinggalah
11 tahun di mana kanak – kanak akan mula menggunakan pengetahuan
dan akal pemikiran mereka untuk mempelajari sesuatu yang dikatakan
konkrit. Sesungguhnya, kebanyakan kanak – kanak dalam tahap ini
memerlukan objek dan juga peristiwa sebelum mereka dapat
menyelesaikan pelbagai masalah yang berlainan. Dalam pada itu,
kanak – kanak pada tahap ini sudah mampu untuk mempelajari lebih
daripada satu perkara dalam suatu tempoh masa tertentu. Akan tetapi,
keupayaan berfikir secara logik masih lagi terhad kepada konkrit
sahaja.

 Tahap operasi formal


o Tahap ini adalah untuk kanak – kanak yang berumur 11 tahun dan ke
atas di mana mereka akan berupaya untuk mempelajari sesuatu yang
abstrak. Sesungguhnya, ia merupakan peringkat perkembangan kognitif
yang paling penting di mana kanak – kanak akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak.
2.3.3 Teori Perlaziman Klasik Pavlov

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Grasha, A.F & Reichmann, S.W.
(2010), rangsangan – rangsangan yang dihasilkan merupakan pemangkin untuk
menjayakan sesuatu proses pembelajaran tersebut. Beliau mengatakan bahawa prinsip
di bawah Teori Perlaziman Klasik Pavlov telah menunjukkan bahawa rangsangan
seperti suara dan juga bahan visual sangat penting untuk mempertingkatkan tahap
keberkesanan proses pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Oleh yang
demikian, beliau juga mencadangkan guru – guru sekolah supaya memperbanyakkan
rangsangan yang diberikan kepada murid di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam kelas.

2.3.4 Teori Pelaziman J.B. Watson

Untuk Teori Pelaziman J.B. Watson pula, Khalid Mohd. Nor (2013) telah mengatakan
bahawa pembelajaran yang dikatakan berkesan adalah berdasarkan dua prinsip yang
penting iaitu prinsip kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas
terhadap sesuatu rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas
yang sama akan berlaku apabila rangsangan tersebut wujud semula pada masa
hadapan.

Untuk prinsip yang kedua pula, Entwistle, Harold (2011) juga menerangkan bahawa ia
merujuk kepada prinsip tempoh kebaruan di mana semakin baru tempoh seseorang
individu menggunakan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin besar
kemungkinan individu tersebut akan bergerak balas secara serupa terhadap
rangsangan tersebut.
2.3.5 Teori Pembelajaran Gagne

Untuk teori pembelajaran Gagne pula, Cynthia Ulrich Tobias (2016) telah mengatakan
bahawa rangsangan – rangsangan dari persekitaran luar yang diterima oleh seseorang
individu dalam sistem saraf melalui deria – deria manusia seperti penglihatan,
pendengaran dan sentuhan akan memainkan peranan yang sangat penting untuk
menjejaskan keberkesanan seluruh proses pembelajaran terhadap sesuatu ilmu
pengetahuan dalam kelas. Sesungguhnya, semua maklumat yang diterima melalui
rangsangan deria ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, dan kemudiannya akan
dihantarkan kepada stor ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak
tindak balas melalui sistem saraf seseorang individu tersebut. Keterangan ini turut
dipersetujui oleh Khalid Mohd. Nor (2013) dan beliau telah mengatakan bahawa
terdapat lapan fasa yang sangat penting dalam Teori Pemprosesan maklumat yang
dicadangkan di bawah Teori Pembelajaran Gagne ini. Lapan fasa yang dimaksudkan
adalah fasa motivasi, fasa tanggapan, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa
mengingat kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas. Semua fasa
ini akan diterangkan secara terperinci dalam laporan kertas kajian ini.

(A) Fasa Motivasi

Untuk fasa motivasi ini, Kolb, D. A (2014) telah mengatakan bahawa seseorang
individu menjalankan pembelajaran kerana telah mendapatkan dorongan oleh sesuatu
sumber motivasi yang tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa sumber motivasi ini
boleh dalam pelbagai bentuk yang berlainan. Antaranya ialah ganjaran, pujian dan lain
– lain. Oleh yang demikian, guru Matematik perlulah melakukan pujian dan
memotivasikan murid supaya mereka lebih bersemangat semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
(B) Fasa Tanggapan

Dalam fasa tanggapan pula, murid akan memberikan tumpuan dan perhatian terhadap
isi kandungan pembelajaran Matematik yang telah disampaikan oleh guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dengan menolak gangguan
yang lain.

(C) Fasa Penyimpanan

Sesungguhnya, Selmes, I.P (2011) telah mengatakan bahawa simpanan awal merujuk
kepada suatu proses di mana seseorang pelajar telah berjaya memilih rangsangan yang
sesuai dan relevan serta mempersepsikannya dengan tepat. Sesungguhnya, rangsangan
yang dimaksudkan ini akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka
pendek pelajar tersebut.

(D) Fasa Penahanan

Dalam fasa penahanan pula, stor ingatan seseorang individu merujuk kepada kod –
kod yang disimpankan dalam stor ingatan jangka panjang dengan satu sistem yang
lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Contohnya, mereka akan
mengingatkan sifir Matematik dan disimpankan dalam ingatan mereka.

(E) Fasa Mengingat Kembali

Sejajar dengan penerangan yang telah diberikan oleh Shahabuddin Hashim dan Dr
Rohizani Yaakub (2014), murid dalam fasa ini akan bertindak untuk tujuan mencari
informasi dan maklumat ataupun pengalaman yang telah disimpankan dalam stor
ingatan jangka panjang.
(F) Fasa Generalisasi

Fasa yang seterusnya dalam proses pemprosesan maklumat adalah fasa generalisasi di
mana ia merujuk kepada suatu fasa pemindahan pembelajaran di mana seseorang
murid akan mengingatkan kembali informasi dan maklumat dalam stor ingatan
panjang serta mengunakannya untuk situasi yang serupa ataupun sama.

(G) Fasa Prestasi

Dalam fasa kedua terakhir iaitu fasa prestasi, ia merujuk kepada tindak balas daripada
murid selepas mengingat kembali informasi dan maklumat yang telah disimpankan
dalam stor ingatan panjang.

(H) Fasa Maklum Balas.

Sesungguhnya, Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub (2014) telah


menerangkan bahawa peneguhan positif akan mempertingkatkan prestasi seseorang
murid dalam pembelajaran.
Rajah 2.0 Proses Pembelajaran di bawah Teori Pembelajaran Gagne
2.3.6 Teori Pembelajaran Connectionism

Pada asanya, pandangan yang telah diberikan oleh Cynthia Ulrich Tobias (2016) telah
menunjukkan bahawa Teori Pembelajaran Connectionism merupakan suatu teori yang
terbentuk pada sistem deria hasil tindakan asal yang bersifat cuba jaya. Sesungguhnya,
beliau telah mengatakan bahawa apabila diletakkan dalam keadaan yang sama, proses
pemikiran sebenarnya adalah mengikut aliran perhubungan deria yang telah terbentuk
dan tindakan yang telah ditunjukkan adalah pembelajaran hasil pemikiran yang
dibentukkan tersebut. Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada
Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub (2014) dan beliau telah mengatakan
bahawa wujudnya tiga prinsip yang penting dalam Teori Pembelajaran Connectionism
dan ketiga – tiga prinsip ini akan diterangkan dengan jelas seperti yang berikut:

 Undang – undang kesediaan


o Ia merujuk kepada proses kesediaan seseorang murid untuk menerima
rangsangan yang diberikan oleh guru melalui deria – deria rangsangan
seperti penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan.

 Undang – undang latihan / ulangan


o Dalam undang – undang ini, murid akan lebih mengingati sesuatu ilmu
pengetahuan sekiranya mereka melakukan latihan secara berulangan
dari masa ke semasa.

 Undang – undang kesan


o Untuk undang – undang ini, sesuatu yang mengembirakan akan
memotivasikan seseorang murid supaya lebih tekun untuk mempelajari
sesuatu konsep tersebut.
Secara kesimpulan, teori pembelajaran yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah
termasuklah:
 Teori gaya pembelajaran VAKT
 Teori pembelajaran Jean Piaget
 Teori Perlaziman Klasik Pavlov
 Teori Perlaziman J.B Watson
 Teori Pembelajaran Gagne
 Teori Pembelajaran Connectionism
2.4 KAJIAN – KAJIAN LEPAS

Untuk bahagian kertas kajian ini pula, perbincangan akan berfokus terhadap semua
dapatan kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Sesungguhnya, perbincangan yang
akan dilakukan ini juga akan disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh yang
sesuai dan juga relevan.

Lazimnya, pelbagai kajian yang berkaitan dengan dilakukan oleh pelbagai pihak yang
mana berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
menggunakan strategi VAKT. Antaranya ialah Cynthia Ulrich Tobias (2016) yang
mana melakukan kajian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) beliau
dalam kelas. Beliau mendapati bahawa murid-murid akan menerima dan mengakui
apa sahaja yang dicurahkan oleh guru. Akan tetapi, bukan semua pengetahuan yang
difahami oleh seseorang murid adalah sama dengan apa yang ingin disampai oleh
seseorang guru di dalam kelas. Ia akan menyebabkan berlakunya salah konsep di
dalam proses pengajaran tersebut.

Di samping itu, hasil penyelidikan yang telah dibentangkan oleh Akhiar Pardi
Shamsina Bt Shamsudin, (2010) telah menunjukkan bahawa kebanyakan murid
sekolah rendah masih gagal memahami dan menguasai konsep Matematik
terutamanya dalam topik yang mana relevan dengan perwakilan dan pentafsiran data
dengan menggunakan statistik untuk matematik menengah rendah di Malaysia. Ini
telah menyebakan mereka menjadi semakin lemah dan gagal menguasai kemahiran
Matematik. Antara masalah yang sering dihadapi oleh seseorang murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik ialah miskonsepsi dan gagal
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran Matematik. Oleh yang
demikian, beliau telah mencadangkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang sistematik dan sesuai mestilah dirancangkan oleh guru untuk murid –
murid supaya mereka boleh menguasai kemahiran asas dalam matapelajaran
Matematik ini. Menurut penjelasan daripada beliau, proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dijalankan seharusnya memberikan fokus terhadap
rangsangan seperti deria pendengaran, penglihatan dan sentuhan untuk seseorang
murid tersebut.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan peta minda merupakan salah
satu strategi yang penting dalam pembelajaran secara visual di mana menunjukkan
semua konsep yang ingin disampaikan secara berkesan. Keterangan ini turut
disokongkan oleh hasil penyelidikan yang diperolehi oleh Lee Shok Mee (2012) di
mana beliau telah mengemukakan empat kelebihan pembelajaran visual dengan
menggunakan peta minda. Ia adalah seperti yang ditunjukkan berikut:

(A) Pemaparan Konsep Pengajaran yang lebih Jelas

Seperti mana yang dikemukakan oleh beliau, penerangan secara spontan di hadapan
kelas (berdasarkan corak pengajaran tradisional) adalah gagal untuk memaparkan
sesuatu konsep pengajaran dengan jelas. Kenyataan ini turut mendapatkan persetujuan
daripada Khalid Mohd. Nor (2013) di mana beliau berpendapat bahawa penggunaan
peta minda melalui pemaparan dalam slaid PowerPoint adalah sangat penting untuk
memberikan suatu gambaran yang lebih jelas dan terperinci kepada pelajar- pelajar di
dalam kelas. Dengan itu, mereka akan lebih memahami konsep yang diajarkan oleh
seseorang guru tersebut.

Contohnya, guru boleh memaparkan peta minda tentang logaritma ataupun pembezaan
untuk tujuan penerangan konsep yang berkaitan dengan kedua – dua topik
pembelajaran ini. Dengan itu, pelajar – pelajar di dalam kelas dapat membayangkan
konsep keseluruhan untuk kedua – dua topik pembelajaran ini. Oleh yang demikian, ia
telah membuktikan bahawa penggunaan peta minda adalah berkesan untuk
memperbaiki tahap keberkesanan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam mata pelajaran Matematik.
(B) Menjimatkan Masa Penerangan

Selain daripada itu, beliau juga berpendapat bahawa penggunaan peta minda adalah
sangat penting untuk menjimatkan masa penerangan dan penjelasan di dalam kelas.
Ini adalah kerana guru boleh menerangkan suatu konsep pembelajaran dengan jelas
dengan menggunakan suatu peta minda yang bersaiz besar dan senang dilihat oleh
semua pelajar di dalam kelas. Maka, guru tidak perlulah melakukan perbincangan
dalam kumpulan yang kecil terhadap sesuatu konsep yang akan diajarkan di dalam
kelas. Secara langsung, ia akan mejimatkan masa untuk seseorang guru dalam
penerangan dan pengajaran di dalam kelas. Selain daripada itu, guru juga tidak perlu
membazirkan masa untuk mengulangi penerangan dan penjelasan dengan banyak kali
kerana pelajar telahpun memahami konsep tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan
peta minda adalah sangat penting untuk membolehkan seseorang guru menerangkan
suatu konsep di hadapan kelas dengan lebih berkesan terutamanya dalam aspek
menjimatkan masa yang diperlukan oleh seseorang guru untuk melakukan penerangan
yang terperinci di dalam kelas. Maka, guru boleh menggunakan masa yang terlebih ini
untuk aktiviti – aktiviti kelas yang lain seperti aktiviti latihan tubi dan lain – lain.

(C) Memberikan Pengalaman kepada Pelajar untuk Mengaplikasikan Konsep ke


dalam Kehidupan Harian

Secara lazimnya, pandangan yang telah diterangkan oleh beliau telah menunjukkan
bahawa penggunaan peta minda yang sesuai adalah penting untuk memberikan
pengalaman kepada pelajar untuk merasai cara – cara bagaimana sesuatu konsep
pembelajaran diaplikasikan dalam kehidupan harian. Sesungguhnya, ia merupakan
suatu kemahiran di mana ditekankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) iaitu melahirkan seseorang pelajar bukan sahaja celik dari segi ilmu
pengetahuan tetapi juga berupaya untuk mengintegrasikan dan mengaplikasikan
pelbagai ilmu pengetahuan yang berlainan dalam aktiviti kehidupan harian.
Contohnya, guru boleh menggunakan peta minda buatan sendiri untuk mengajar topik
– topik dalam mata pelajaran Matematik. Ini boleh memberikan mereka suatu
gambaran yang lebih jelas mengenai konsep secara keseluruhan untuk sesuatu topik
pembelajarna dalam mata pelajaran Matematik tersebut. Dengan itu, ia akan
mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar dalam topik – topik Matematik di
peringkat sekolah menengah ini.

(D) Mempertingkatkan tahap keminatan Pelajar dalam Pembelajaran

Menurut penerangan yang telah dikemukakan oleh beliau, kebanyakan pelajar di


dalam kelas telah menghadapi masalah kekurangan minat dalam pembelajaran.
Mereka akan berpendapat bahawa pembelajaran di dalam kelas merupakan suatu
proses yang membosankan terutamanya mendengar penerangan yang panjang lebar
daripada guru di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, penggunanan peta minda yang
sesuai dan berwarna – warni akan mempertingkatkan keminatan pelajar kerana
mereka sendiri akan melibatkan diri dalam menggunakan peta mindater sebut untuk
mempelajari sesuatu konsep pembelajaran yang tertentu. Ini telah menunjukkan
bahawa peta minda telah memainkan peranan yang cukup penting untuk
membangkitkan semangat dan tahap keminatan pelajar dalam pembelajaran
kemahiran Matematik di peringkat sekolah menengah. Sesungguhnya, peningkatan
tahap keminatan pelajar dalam pembelajaran adalah sangat penting supaya mereka
boleh memberikan tumpuan dan fokus ke atas seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam mata pelajaran Matematik. Ini telah membuktikan
kegunaan dan kepentingan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk mata pelajaran Matematik di sekolah menengah.
Sukatan Matapelajaran Matematik

Menurut sumber dan laporan daripada pihak Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin,
(2010), pelbagai objektif dan strategi pengajaran telah ditetapkan di bawah sukatan
kurikulum Pendidikan Matematik Malaysia. Sesungguhnya, objektif utama bagi
seluruh sukatan kurikulum Matematik adalah bertujuan untuk melahirkan murid –
murid yang mana memiliki pelbagai jenis pengetahuan dan pemahaman yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran pengiraan, kemahiran pemikiran logik
dan kemahiran manipulatif di samping dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di
persekitaran berdasarkan pengaplikasian konsep Matematik tersebut.

Pada masa yang sama, Kementerian Pelajaran Malaysia juga menerangkan bahawa
kurikulum adalah suatu rancangan yang mana akan meliputi segala ilmu pengetahuan
serta kemahiran, nilai-nilai norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat Malaysia.

Menurut penjelasan daripada Mok Soon Sang (2010), kurikulum telah memainkan
peranan yang sangat penting di dalam sistem pendidikan sesebuah negara seperti
Malaysia. Antaranya ialah kurikulum berperanan untuk mengembangkan potensi
pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh,
membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, semua sukatan matapelajaran dan standard kurikulum sekolah mestilah
dirancang dengan baik supaya ia adalah sejajar dengan kehendak atau keperluan
masyarakat. Menurut penjelasan daripada Khalid Mohd. Nor (2013) pula, beliau telah
mengatakan bahawa sekolah berfungsi untuk mengembangkan individu dan juga
merupakan tempat yang paling efektif untuk memperbaiki masyarakat.
Peranan Guru dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Matematik

Menurut penjelasan yang diberikan oleh Cynthia Ulrich Tobias (2016), guru – guru di
sekolah seharusnya melengkapi diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dan
pengalaman terutamanya dalam proses pengendalian aktiviti yang berkaitan dengan
kemahiran pengiraan untuk menjadikan seluruh proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) matapelajaran Matematik di dalam kelas lebih menarik dan berkesan.

Pada masa yang sama, Entwistle, Harold (2011) juga menyuarakan pendapat bahawa
kelemahan guru – guru yang mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di dalam kelas akan mengakibatkan murid tidak berminat dalam pembelajaran
sesuatu matapelajaran seperti Matematik. Maka, ia secara langsung akan
menyebabkan mereka terlibat dalam gejala seperti ponteng sekolah.

Selain daripada itu, Dr. Ragbir Kaur Joginder Sig (2010) berpendapat bahawa peranan
guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Ia turut
dipersetujui oleh Grasha, A.F & Reichmann, S.W. (2010) di mana mereka
berpendapat bahawa guru seharusnya mampu menggunakan pelbagai pendekatan dan
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Sesungguhnya,
penggunaan cara pengajaran yang kreatif dan pelbagai ini akan memberikan peluang
kepada murid agar lebih memahami isi kandungan yang diajarkan tersebut.

Khalid Mohd. Nor (2013) telah menjelaskan bahawa guru adalah tulang belakang bagi
sesuatu struktur dasar pendidikan kerajaan. Ini adalah kerana guru – guru di sekolah
adalah diamanahkan untuk menterjemahkan dan menghayati matlamat pendidikan
untuk menjadi kenyataan. Untuk meningkatkan keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam matapelajaran Matematik, minat dan
kreativiti guru merupakan kekunci yang utama.

Menurut penjelasan daripada Kolb, D. A. (2014), pembelajaran akan menjadi


berkesan dengan pendekatan guru yang sesuai. Oleh itu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru memainkan peranan selaku sumber terpenting dengan
menterjemah, menghayati dan mempraktikkan matlamat pendidikan.
Masalah Ketidakminatan Murid dalam Pembelajaran Mata Pelajaran
Matematik

Menurut penjelasan daripada Lee Shok Mee (2012), murid di sekolah adalah semakin
tidak berminat dalam pembelajaran matapelajaran Matematik di sekolah dan ia telah
sampai satu tahap yang membimbangkan semua pihak termasuklah guru dan ibubapa.
Oleh yang demikian, pelbagai langkah dan strategi haruslah digunakan oleh guru
dalam kelas untuk mempertingkatkan keminatan murid dalam pembelajaran
matapelajaran Matematik tersebut. Antara langkah yang disarankan oleh Mok Soon
Sang (2010) ialah penggunaan alat bantuan terutamanya alat bantuan visual yang
sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam matapelajaran
Matematik. Contohnya, LCD projektor dan perisian animasi pendidikan. Ini adalah
penting untuk menarik perhatian para pelajar dan justeru mereka akan menjadi lebih
berminat dalam mempelajari matapelajaran tersebut. Pada masa yang sama, Selmes,
I.P (2011) juga berpendapat bahawa guru perlulah lebih sabar ketika mengajar murid
– murid konsep – konsep Matematik di dalam kelas. Ini adalah kerana penguasaan
konsep pengiraan ini bukanlah mudah dan ia memerlukan masa yang lebih panjang
lagi.Maka tugasan sebagai seorang guru matapelajaran Matematik adalah penuh
dengan cabaran dan rintangan.  

Akhirnya, kajian yang dilakukan oleh Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub
(2014) telah menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang paling berkesan dalam
proses mengajar subjek Matematik iaitu kaedah pengajaran yang bercorak VAKT di
mana berpusatkan murid dan bukan guru yang mengajar. Beliau telah menjelaskan
bahawa guru perlulah menggunakan pelbagai rangsangan yang berlainan sama ada
dalam bentuk pendengaran, visual ataupun sentuhan. Kenyataan ini telah terbukti
dengan kajian yang dilakukan oleh beliau terhadap 100 orang murid – murid di salah
sebuah sekolah di Singapura. Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa penggunaan
bahan visual yang berasaskan pendidikan dalam mengajar mata pelajaran Matematik
telah membawa kesan yang begitu mengalakkan berbanding dengan cara pengajaran
secara tradisional. Beliau berpendapat bahawa penggunaan elemen interaktif ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah penting untuk
mempertingkatkan tahap keminatan para murid dalam mempelajari matapelajaran ini.
Seperti mana yang telah diterangkan oleh Lee Shok Mee (2012), ketidakminatan
murid dalam pembelajaran juga merupakan antara faktor yang begitu penting untuk
menyebabkan seseorang murid gagal menguasai sesuatu topik Matematik seperti
wang. Sehubungan dengan itu, beliau juga menyarankan guru agar menggunakan
corak pengajaran yang menarik untuk meningkatkan minat murid dalam pembelajaran
dan seterusnya ia akan juga meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran mereka
dalam mata pelajaran Matematik ini.

Masalah Penguasaan Murid dalam Mata Pelajaran Matematik

Secara lazimnya, banyak cabaran dan juga dugaan yang wujud di sepanjang proses
menjalankan pengajaran dalam mata pelajaran Matematik sama ada di peringkat
sekolah menengah mahupun sekolah menengah. Ini adalah berikutan kegagalan
pelajar dalam menguasai konsep – konsep Matematik yang diterangkan oleh guru di
dalam kelas. Dalam perkataan yang lain, masalah miskonsepsi telah menyebabkan
kebanyakan pelajar gagal untuk menguasai cara – cara untuk menyelesaikan sesuatu
masalah Matematik dengan berkesan. Sesungguhnya, kenyataan ini turut mendapatkan
persetujuan daripada Kolb, D. A (2014), di mana beliau telah berpendapat bahawa
corak pengajaran secara tradisional iaitu penerangan guru di hadapan kelas adalah
terlalu bosan dan gagal untuk memberikan suatu gambaran yang jelas dan terperinci
terhadap konsep – konsep Matematik yang ingin diajarkan kepada pelajar – pelajar di
dalam kelas. Secara langsung, ia akan menjejaskan keberkesanan pembelajaran pelajar
dalam topik – topik Matematik.

Selain daripada itu, Khalid Mohd. Nor (2013) juga berpendapat bahawa pelajar di
sekolah juga akan menghadapi masalah untuk memahami konsep yang mana berkaitan
dengan pelbagai topik yang berlainan dalam mata pelajaran Matematik di dalam kelas.
Salah satu cara pengajaran yang berkesan di mana boleh digunakan oleh guru – guru
di sekolah ialah penggunaan peta minda dalam pengajaran. Menurut penerangan yang
telah dikemukakan oleh Grasha, A.F & Reichmann, S.W. (2010), penggunaan peta
pemikiran dapat mengukuhkan dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang berkesan.
Pada masa yang sama, beliau juga mencadangkan bahawa guru perlulah
merancangkan dan menjalankan suatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang lebih interaktif dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran di dalam
kelas. Ini adalah sangat penting terutamanya dalam usaha untuk mempertingkatkan
tahap keminatan pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep Matematik Ia juga boleh
mempertingkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep yang diajarkan di dalam
kelas tersebut.
2.5 KESIMPULAN KAJIAN

Secara kesimpulannya, kajian – kajian yang lepas dan kajian literatur yang dilakukan
di atas telah membuktikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam peringkat pendidikan sekolah rendah bukan sesuatu yang mudah dan ia adalah
penuh dengan pelbagai cabaran. Ini adalah kerana proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ini telah melibatkan proses perkembangan fizikal dan mental
untuk seseorang kanak – kanak. Dalam pada itu, Matematik merupakan salah satu
mata pelajaran atau bidang yang sangat penting dalam pendidikan sekolah rendah. Ini
adalah kerana kanak – kanak akan dididik kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan konsep Matematik di peringkat ini supaya mereka akan menjadi
lebih peka terhadap pengiraan dan kemahiran logik di masa hadapan semasa mereka
memasuki ke tingkatan 1. Dalam pada itu, masih terdapat banyak murid di peringkat
sekolah rendah akan menghadapi masalah miskonsepsi dalam mata pelajaran
Matematik. Ia adalah disebabkan kegagalan mereka untuk mengimaginasikan konsep
yang diajarkan oleh seseorang guru di dalam kelas. Selain daripada itu, masalah
miskonsepsi ini juga disebabkan oleh penyalahgunaan pelbagai konsep yang mana
telah dipelajari oleh mereka sebelum ini dalam keadaan yang berlainan. Oleh yang
demikian, guru mestilah menggunakan pelbagai cara yang kreatif dan inovatif untuk
mempertingkatkan tahap kefahaman murid dalam topik tersebut. Corak pengajaran
yang memusatkan murid adalah penting untuk memastikan mereka akan melibatkan
diri secara aktif dalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam
kelas dan seterusnya akan mempertingkatkan tahap kefahaman mereka terhadap topik
yang diajarkan tersebut. Pada masa yang sama, guru juga diarahkan untuk
menggunakan pelbagai aktiviti kelas yang berkaitan di mana memberikan peluang
kepada murid – murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kelas tersebut. Guru
akan menjadi sebagai fasilatator untuk membimbing murid menjalankan aktiviti kelas
ini secara sistematik. Sesungguhnya, ia akan membantu untuk mempertingkatkan
tahap kefahaman murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran tersebut. Oleh yang
demikian, guru – guru di peringkat sekolah rendah perlulah memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana direkakan oleh mereka berkesan
untuk mendidik pelajar - pelajar tentang konsep dalam Matematik supaya kemahiran
Matematik yang asas dapat dibinakan di peringkat ini. Walau bagaimanapun, proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran Matematik di peringkat
sekolah ini adalah sangat mencabarkan. Ini adalah disebabkan kebanyakan pelajar
tidak dapat memahami dan membayangkan konsep yang ingin disampaikan oleh guru
di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, guru adalah dinasihatkan supaya menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan lebih kreatif untuk
mempertingkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep pembelajaran di
dalam kelas.
RUJUKAN

Akhiar Pardi Shamsina Bt Shamsudin, (2010). Rancangan Pengajaran Harian dalam


Pengajaran dan Pembelajaran.Selangor : CIPTA Printing & Publishing (M) dn
Bhd

Cynthia Ulrich Tobias (2016). They Way They Learn. Colorado: Focus On The
Family.

Entwistle, Harold (2011). Styles of Learning and Teaching. New York: John Wiley
and Sons.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Sig (2010). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Grasha, A.F & Reichmann, S.W. (2010). A Rational Approach to Developing and
Assessing the Construct Validity of a Student Learning Style Scale Instrument.
Journal of Psychology 87:213-223.

Khalid Mohd. Nor (2013). Kaedah Pembelajaran Berkesan . Kuala Lumpur : Cahaya
Pantai (M) Sdn.Bhd.

Kolb, D. A. (2014). Experiential Learning: Experinces As a Source Of Learning and


Development. New Jersey: Prentice Hall.

Lee Shok Mee, (2012). Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Mok Soon Sang (2010). Psikologi Pendidikan. Ipoh: CIPTA Printing & Publishing


(M) Sdn Bhd
Selmes, I.P (2011). Improving Study Skills. London : Holder and Stoughton.

Shahabuddin Hashim dan Dr Rohizani Yaakub (2014). Psikologi Pembelajaran dan


Personaliti. Shah Alam: PTS Publication Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai