Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Pengenalan kepada Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 2

2.0 Penerangan Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam 4


Pendidikan

3.0 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan di 5


Dalam dan Luar Bilik Darjah
3.1 Cara – Cara Mengaplikasikan Konsep Teknologi Maklumat dan 5
Komunikasi (TMK) di Dalam Bilik Darjah
3.3 Cara – Cara Mengaplikasikan Konsep Teknologi Maklumat dan 6
Komunikasi (TMK) di Luar Bilik Darjah

4.0 Penerangan Persamaan dan Perbezaan antara Pembelajaran Semasa dan 7


Pembelajaran Bukan Semasa

5.0 Perbincangan Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sebagai 10


Penyokong bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan dalam dan Luar
Bilik Darjah

6.0 Kesimpulan 14

7.0 Rujukan 15

1
1.0 Pengenalan kepada Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Secara lazimnya, pandangan dan penjelasan yang telah diberikan oleh Adenan Husin (2010)
telah menunjukkan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan suatu
konsep di mana melibatkan penggunaan aplikasi dan peralatan teknologi maklumat dalam
menjalankan tugasan ataupun aktiviti kehidupan harian. Sesungguhnya, aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) akan membolehkan seseorang individu menjalankan proses
memasuk, mengemaskini, memproses, menyimpan, menganalisis dan mengedarkan informasi –
informasi secara sistematik untuk sasaran yang telah dikenalpasti. Dalam perkataan yang lain,
kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempertingkatkan tahap
keberkesanan proses pengurusan data dan informasi dalam kehidupan harian.

Selain itu, dapatan kajian yang telah dibincangkan oleh Azhar, H. A (2008) juga menunjukkan
bahawa kewujudan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga amatlah penting
untuk membolehkan sesuatu data dan informasi diakses oleh seseorang individu di mana-mana
tempat dan juga masa tanpa wujudnya sebarang had geografi dan juga masa. Ini adalah kerana
kewujudan sistem maklumat dalam talian (online information system) yang membolehkan
seluruh proses pengurusan sumber maklumat menjadi semakin fleksibel dan berkesan
berbanding dengan corak tradisional yang telah dilakukan sebelum ini.

Akhirnya, Hirtle, B (2010) mengatakan bahawa konsep dan aplikasi yang berkaitan dengan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh digunakan dan diaplikasikan pada mana –
mana bidang yang berlainan dan ia secara langsung akan mempertingkatkan tahap keberkesanan
pengurusan dalam bidang tersebut.

2
2.0 Penerangan Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

Pada asasnya, pandangan yang telah dikemukakan oleh Jeyagobi, R. dan Subramaniam, S.
(2007) telah menunjukkan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) digunakan
secara meluas dalam bidang pendidikan dan keterangan ini turut mendapatkan persetujuan
daripada Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan, Noor Azean. (2007) di
mana beliau juga mengatakan bahawa pendidikan memerlukan pengaplikasian teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) supaya seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
menjadi lebih berkesan dan juga menarik. Beliau juga memberikan contoh bahawa guru pada
masa kini akan memaparkan isi kandungan pembelajaran yang ingin di sampaikan kepada murid-
murid melalui pelbagai bahan visual berbantukan komputer yang berlainan. Antaranya ialah slaid
PowerPoint, LCD projektor dan juga video serta pelbagai animasi pendidikan yang relevan.
Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan media ataupun bahan visual
berbantukan komputer ini akan mempertingkatkan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu
konsep pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru di dalam kelas. Ini adalah kerana murid
dapat “melihat” sesuatu konsep pembelajaran sekiranya ia dipaparkan dengan menggunakan
bahan visual yang berbantukan komputer ini.

Pada masa yang sama, pandangan yang telah diberikan oleh Liu, Min, Reed, and Micheal, W.
(2012) telah membuktikan bahawa guru sekolah juga sering menggunakan aplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mempertingkatkan tahap keminatan dan interaksi di
antara murid dengan bahan pengajaran di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang dilaksanakan ini. Contohnya, guru akan menggunakan perisian pendidikan dan animasi
pendidikan yang relevan untuk mengajar sesuatu topic pembelajaran di dalam kelas. Keterangan
ini turut mendapatkan sokongan daripada McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G.
(2009) dan beliau telah mengatakan bahawa penggunaan perisian pendidikan ini akan
memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan perisian pendidikan tersebut
seperti menjawab soalan interaktif dalam komponen tutorial di dalam perisian pendidikan ini.
Oleh yang demikian, ia telah mengubahkan corak pembelajaran tradisional yang sedia ada dan
menjadikan ia sebagai suatu bentuk pembelajaran secara proaktif.

3
3.0 Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan di dalam dan
Luar Bilik Darjah

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, tumpuan dan juga
fokus akan diberikan terhadap cara – cara untuk mengaplikasikan konsep teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di
luar bilik darjah. Contoh yang sesuai juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan
yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini.

3.1 Cara – Cara Mengaplikasikan Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Di dalam Bilik Darjah

Untuk pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah, konsep teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) telah digunakan secara meluas dan menyeluruh untuk mempertingkatkan
tahap penguasaan murid terhadap sesuatu konsep pembelajaran yang disampaikan oleh guru
tersebut. Contohnya, guru akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) seperti LCD projektor dan juga slaid powerpoint untuk memaparkan konsep
pembelajaran yang ingin diajarkan oleh mereka di dalam bilik darjah. Keterangan ini turut
dipersetujui oleh McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (2009) dan beliau sendiri
telah mengatakan bahawa penggunaan aplikasi yang relevan dengan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) adalah sangat penting untuk menvisualisasikan sesuatu konsep pembelajaran
yang ingin disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh menggunakan
animasi pendidikan untuk memaparkan konsep yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik
(seperti bentuk tiga dimensi dan statistik) dan penggunaan bahan visual yang berbantukan
komputer ini akan menjadikan seluruh konsep Matematik yang ingin disampaikan lebih jelas dan
senang difahami oleh murid yang menjalankan pembelajaran di dalam bilik darjah.

4
Dalam pada itu, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun.
(2008) juga mengatakan bahawa konsep teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh
digunakan dalam menilai tahap pencapaian seseorang murid dalam sesuatu mata pelajaran
tersebut. Sebagai contoh, guru sekolah boleh menggunakan aplikasi ujian dan penilaian dalam
talian seperti tutorial dalam talian ataupun kuiz dalam talian untuk menguji tahap kefahaman
murid- murid di dalam kelas terhadap sesuatu konsep pembelajaran yang telah disampaikan oleh
beliau di dalam bilik darjah. Malah, Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2012) juga mengatakan
bahawa penggunaan aplikasi ujian yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
adalah jauh lebih berkesan dan tepat untuk menilai tahap kefahaman murid terutamanya dalam
bahagian – bahagian kecil untuk sesuatu topik pembelajaran. Contohnya, aplikasi ujian yang
digunakan boleh memberitahu guru- guru peratusan murid yang boleh menguasai sesuatu
bahagian kecil dalam sesuatu topik pembelajaran. Ia secara langsung akan dijadikan sebagai
suatu panduan yang berguna untuk guru – guru sekolah merancangkan aktiviti pemulihan pada
peringkat selepas ini.

3.2 Cara – Cara Mengaplikasikan Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi Di Luar
Bilih Darjah

Di samping itu, konsep teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga digunakan dengan luas
di luar bilik darjah sama ada oleh murid mahupun guru sekolah. Sesungguhnya, kenyataan ini
terbukti benar berikutan dapatan penyelidikan yang telah dibincangkan oleh Jeyagobi, R. dan
Subramaniam, S. (2007) di mana beliau telah mengatakan bahawa para pelajar pada zaman
sekarang sering menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang
disediaka secara online untuk melakukan pembelajaran di luar bilik darjah. Ini adalah kerana
kebanyakan university tempatan sama ada IPTA (institusi pengajian tinggi awam) ataupun IPTS
(institusi pengajian tinggi swasta) cenderung untuk membangunkan portal pendidikan yang
sistematik untuk membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara online di luar bilik
darjah. Secara langsung, ia membolehkan pelajar terutamanya mereka yang bekerja melanjutkan
pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa pergi ke kampus sekolah. Dalam perkataan

5
yang lain, kewujudan pelbagai aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang
digunakan dalam pembelajaran telah menjadikan proses pembelajaran semakin fleksibel.

Selain itu, Hirtle, B (2010) juga mengatakan bahawa konsep teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) juga digunakan secara meluas dalam proses pencarian maklumat dan
informasi yang diperlukan dalam pembelajaran. Kenyataan ini telah mendapatkan persetujuan
daripada Jeyagobi, R. dan Subramaniam, S. (2007) dan beliau telah mengatakan bahawa
perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah menyebabkan
kewujudan banyak portal pendidikan yang penuh dengan pelbagai sumber akademik dan ilmiah
yang berlainan. Contohnya, pihak universiti tempatan juga akan menyediakan perkhidmatan
perpustakaan dalam talian (online library) supaya pelajar boleh memuat turun pelbagai bahan
ilmiah yang berkualiti seperti journal dan artikel untuk tujuan rujukan semasa melakukan kerja
khusus dan assignment. Ini telah memudahkan seseorang murid dalam usaha melengkapkan
kerja tugasan yang telah diamanahkan oleh guru sekolah dalam sesuatu mata pelajaran tersebut.

6
4.0 Perbincangan Persamaan dan Perbezaan antara Pembelajaran Semasa dan
Pembelajaran Bukan Semasa

Pada asasnya, pembelajaran dalam talian boleh dibahagikan kepada dua jenis mod iaitu
pembelajaran semasa dan juga pembelajaran bukan semasa. Sesungguhnya, kedua – dua jenis
pembelajaran mempunyai persamaan dan juga perbezaan. Semua persamaan dan perbezaan
untuk kedua – dua pembelajaran ini akan diterangkan dengan sistematik dan jelas di bahagian
kertas kajian ini.

(A) Persamaan Pembelajaran Semasa dan Pembelajaran Bukan Semasa

Untuk persamaan yang utama di mana wujud dalam kedua – dua mod pembelajaran iaitu
pembelajaran semasa dan pembelajaran bukan semasa, ia adalah merujuk kepada penggunaan
elemen multimedia untuk memaparkan isi kandung pembelajaran kepada para pelajar di dalam
bilik darjah. Sesungguhnya, Hirtle, B (2010) juga bersetuju akan pandangan ini di mana beliau
telah mengatakan bahawa bahan pengajaran yang dibangunkan dalam kedua – dua mod
pembelajaran iaitu pembelajaran semasa dan pembelajaran bukan semasa adalah dilakukan
berasaskan konteks multimedia. Dalam perkataan yang lain, bahan ilmiah ini akan dipaparkan
dalam bentuk gabungan teks, grafik, audio dan video. Para pengajar akan memuat naik bahan
pengajaran yang dibangunkan berasaskan konsep multimedia ke server dan pelajar – pelajar
boleh melihat bahan / sumber pengajaran tersebut secara LIVE ataupun memuat turun untuk
dilihat dan digunakan bagi tujuan ulangkaji. Maka kedua – dua pembelajaran ini adalah lebih
interaktif dan menarik minat pelajar – pelajar berbanding dengan pembelajaran yang telah
dilakukan secara tradisional sebelum ini.

7
Akhirnya, idea yang telah dikemukakan oleh Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2012) telah
menunjukkan bahawa kedua – dua mod pembelajaran yang dikajikan iaitu secara semasa dan
bukan semasa akan menyediakan tempat perbincangan untuk pelajar dan guru yang terlibat
dalam pembelajaran dalam talian ini. Contohnya, pihak Wawasan University (WoU) telah
membangunkan forum untuk membolehkan tutor dan juga pelajar yang mengambil program
serta khusus di bawah universiti ini boleh melakukan pebincanagn secara intensif di antara suatu
sama lain. Secara langsung, ia akan mempertingkatkan tahap keberkesanan seluruh proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sesebuah institusi pendidikan tersebut. Ia merupakan suatu
persamaan yang penting untuk dalam pengurusan pembelajaran semasa dan bukan semasa untuk
sesebuah institusi pendidikan dalam masyarakat Malaysia.

(B) Perbezaan Pembelajaran Semasa dan Pembelajaran Bukan Semasa

Dalam pada itu, kedua – dua mod pembelajaran yang dikajikan iaitu pembelajaran semasa dan
juga pembelajaran bukan semasa masih mempunyai pelbagai perbezaan yang berlainan. Antara
perbezaan yang penting adalah masa interaksi dan menjawab soalan oleh guru dan juga murid
dalam kedua – dua mod pembelajaran adalah tidak sama. Untuk pembelajaran semasa, guru dan
murid adalah diwajibkan untuk duduk di hadapan komputer dan menjawab serta mengambil
bahagian dalam perbincangan di bawah sesuatu topic. Contohnya, guru dan murid mungkin
perlulah melakukan soal jawab dan perbincangan pada setiap hari Khamis Malam 8.00pm –
10.00pm. Untuk pembelajaran bukan semasa pula, McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and
Mulhern, G. (2009) telah mengatakan bahawa kedua – dua pihak iaitu guru dan pelajar
mempunyai kebebasan untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam forum pada bila – bila
masa dan tidak terhad kepada sesuatu tarikh dan masa sahaja. Malah, tutor yang terlibat hanya
perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh murid apabila mereka tidak sibuk dan
mempunyai masa yang mencukupi. Oleh yang demikian, ia adalah berbeza berbanding dengan
pembelajaran semasa.

8
Akhirnya, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008)
telah mengatakan bahawa pembelajaran yang dijalankan secara semasa tidak mempunyai
fleksibiliti yang baik terutamanya dari segi masa berbanding dengan pembelajaran bukan
semasa. Ini adalah kerana beliau telah mengatakan bahawa guru dan murid tidak mempunyai
pilihan tetapi perlulah mengambil masa dalam sesi perbincangan dan tutorial dalam talian pada
tarikh dan masa yang telah ditetapkan dalam mod pembelajaran semasa. Dalam perkataan yang
lain, guru dan murid akan menjawab ataupun menyoal pada masa yang sama. Akan tetapi,
pembelajaran bukan semasa pula mempunyai fleksibiliti yang tinggi terutamanya dalam aspek
pengaturan masa. Ia turut dipersetujui oleh Jeyagobi, R. dan Subramaniam, S. (2007) di mana
beliau telah mengatakan bahawa murid sendiri boleh mengaturkan masa untuk melibatkan diri
dalam perbincangan forum yang telah disediakan oleh pihak Universiti (sama ada IPTA atapun
IPTS). Ia merupakan suatu perbezaan yang signifikan di antara pembelajaran semasa dan juga
pembelajaran bukan semasa.

9
5.0 Perbincangan Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Sebagai
Penyokong bagi Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan dalam dan Luar Bilik
Darjah

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Adenan Husin (2010), teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) juga akan memainkan peranan yang penting sebagai penyokong dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sama ada dalam ataupun luar bilik
darjah. Oleh yang demikian, perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini
akan memberikan fokus terhadap pelbagai peranan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
sebagai penyokong untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam dan juga luar bilik
darjah.

(A) Di dalam Bilik Darjah

Pertamanya, Azhar , H. A (2008) telah mengatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) akan memainkan peranan sebagai alat komunikasi untuk membolehkan guru – guru
berkomunikasi dengan berkesan dengan murid- murid di dalam bilik darjah. Sesungguhnya,
proses komunikasi yang berkesan adalah sangat penting untuk memastikan informasi dan
maklumat yang berkaitan dengan sesuatu topic pembelajaran boleh disampaikan secara berkesan
oleh seseorang guru di dalam bilik darjah. Keterangan ini juga dipersetujui oleh Jeyagobi, R. dan
Subramaniam, S. (2007) di mana beliau telah mengatakan bahawa penerangan secara spontan di
dalam kelas kerap kali akan mengelirukan murid dan menyebabkan mereka salah faham akan
sesuatu tafsiran ataupun penerangan yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Tetapi,
penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti bahan visual
berbantukan komputer, semua teori dan juga konsep pembelajaran dapat dipaparkan dengan jelas
dan jitu. Oleh yang demikian, salah faham dan kekeliruan yang wujud di kalangan murid – murid
sekolah tersebut terhadap bahan pengajaran yang telah dipaparkan d dalam kelas

10
Di samping itu, McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (2009) juga mengatakan
bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sering digunakan sebagai alat motivasi
yang penting di dalam bilik darjah. Seperti yang disedia maklum, proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) secara tradisional adalah sangat membosankan dan secara langsung
menyebabkan pelajar hilang motivasi untuk belajar di dalam bilik darjah. Akan tetapi,
penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang berkaitan seperti perisian
pendidikan akan memberikan peluang kepada murid supaya berinteraksi dengan sumber
pengajaran dan menjadikan seluruh proses pembelajaran lebih interaktif dan menarik.
Contohnya, murid- murid boleh bermain pelbagai permainan kecil yang disediakan dalam
perisian pendidikan di samping mempelajari sesuatu konsep pembelajaran. Ia secara langsung
telah mempertingkatkan motivasi pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dirancangkan dan dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2012)
dan beliau juga mengatakan bahawa penggunaan aplikasi teknologi maklumat ini akan
memberikan sesuatu yang baru dan berlainan berbanding dengan corak pembelajaran yang
dilaksanakan secara tradisional. Oleh yang demikian, ia lebih senang untuk menarik minat
mereka untuk mempelajari sesuatu konsep pembelajaran.

(B) Di Luar Bilik Darjah

Untuk pembelajaran di luar bilik darjah pula, Azhar, H. A (2008) mempercayai bahawa
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga memainkan peranan yang cukup penting
terutamanya dari segi sumber maklumat yang diperlukan untuk seseorang murid mahupun guru
sekolah untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut.
Beliau telah mengatakan bahawa banyak institusi pendidikan telah mula membangunkan
pangkalan sumber pembelajaran sendiri di mana guru akan memuat naik semua bahan dan
sumber pengajaran / pembelajaran ke pangkalan data (server) yang disediakan. Untuk pelajar
pula, mereka juga bebas untuk memuat turun bahan pengajaran dan pembelajaran yang
diperlukan untuk rujukan dalam sesuatu mata pelajaran. Maka, ia telah melancarkan dan
melincinkan seluruh proses pembelajaran di kalangan murid- murid di sekolah.

11
Akhirnya, pandangan yang telah diberikan oleh Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin
Aris dan Jamalludin Harun. (2008) telah membuktikan bahawa aplikasi yang relevan dengan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) juga akan digunakan untuk membangunkan sesuatu
aktiviti dan juga bahan pengajaran oleh guru sekolah. Secara lazimnya, ia bukanlah sesuatu
tugasan yang mudah untuk seseorang guru membangunkan dan menyediakan suatu set
rancangan pengajaran yang berkesan. Keterangan ini turut dipersetujui oleh McMohan, J.,
Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (2009) dan beliau telah mengatakan bahawa rancangan
pengajaran yang berkesan seharusnya melibatkan penggunaan bahan pengajaran yang interaktif
dan berkesan untuk mempertingkatkan tahap kefahaman murid terhadap sesuatu topic
pembelajaran yang tertentu. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan bahawa guru seharusnya
menggunakan pelbagai aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti slaid
PowerPoint, animasi Flash untuk membangunkan bahan pengajaran masing – masing.

12
6.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada masa kini adalah penuh
dengan pelbagai cabaran dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah
sangat penting untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dijalankan dalam kelas. Sesungguhnya, teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) telah memainkan pelbagai peranan yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) sama ada dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah.
Antaranya ialah sebagai alat komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan seluruh
proses komunikasi yang dijalankan di antara guru dengan murid- murid di dalam bilik darjah.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
untuk menguji tahap kefahaman murid dalam sesuatu topic pembelajaran dan murid juga boleh
menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) terutamanya dalam aspek
online untuk mencari pelbagai maklumat dan informasi yang relevan dengan sesuatu mata
pelajaran. Semua ini telah menunjukkan bahawa konsep teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) telah menjadi sebagai alat penyokong yang begitu penting dalam proses pembelajaran di
kalangan murid-murid di sekolah. Pada masa yang sama, pembelajaran dalam talian ini boleh
dijalankan dalam dua mod yang berlainan iaitu pembelajaran semasa dan pembelajaran bukan
semasa. Kedua – dua pembelajaran ini akan memaparkan isi kandungan pembelajaran dengan
menggunakan elemen multimedia seperti teks, grafik, audio dan video. Dalam pada itu, forum
perbincangan juga disediakan untuk para pelajar di bawah kedua – dua mod pembelajaran.
Perbezaan utama antara kedua – dua mod pembelajaran ialah guru dan murid mestilah
mengambil bahagian dalam perbincangan dalam masa serentak dan keadaan ini tidak wujud dala
pembelajaran bukan semasa. Oleh yang demikian, ia juga dapat disimpulkan bahawa
pembelajaran semasa tidak mempunyai fleksibiliti dan darjah kebebasan yang tinggi dalam aspek
masa berbanding dengan pembelajaran bukan semasa.

13
7.0 Rujukan

Adenan Husin (2010). Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan
Komputer.Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia

Azhar , H. A (2008). Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di


Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.

Hirtle, B (2010). Constructing a Collaborative Classroom: Learning and Leading with


Technology 7: 19-21

Jeyagobi, R. dan Subramaniam, S. (2007). BESTARI: Pembestarian Proses Pengajaran dan


Pembelajaran. Shah Alam: Mahir Holdings Sdn. Bhd.

Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan, Noor Azean. (2007). Faktor-
faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Pelajar Tahun
Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning:
Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology 1: 6-12.

Liu, Min, Reed, and Micheal, W. (2012). Teacher, Education, Students and Computers: Gender,
Major, Prior Computer Experience, Occurrence and Anxiety. Journal of Research and
Computing Education, 24(4): 17-24

McMohan, J., Gardner, J., Gray, C. and Mulhern, G. (2009). Barrier to Computer Usage: Staff
and Student Perceptions. Journal of Computer Assisted Learning 15: 56-68.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun. (2008). Kemahiran
ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM: Satu tinjauan. Paper presented at the 1st
International Malaysian Educational Technology Convention. Kuala Lumpur. 28 Ogos

14

Anda mungkin juga menyukai