Anda di halaman 1dari 23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Pada asasnya, metodologi penyelidikan merupakan suatu elemen yang begitu penting
dalam seluruh proses kajian yang akan dijalankan. Ini adalah kerana metodologi
penyelidikan merupakan suatu proses di mana merangkakan dan merancangkan seluruh
proses kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Untuk proses kajian yang akan
dilakukan ini, perbincangan dalam bab ini akan meliputi bentuk kajian yang akan
dijalankan di mana bentuk kajian yang digunakan iaitu secara kuantitatif. Pada masa yang
sama, bahagian kertas ini juga akan membincangkan secara teliti tentang populasi dan
juga sampel kajian yang telah dikenalpasti untuk menjalankan kajian yang ditetapkan ini.
Cara – cara dan prosedur untuk pemilihan sampel kajian juga akan dikenalpasti dan
diterangkan secara jelas dalam bab yang ketiga ini. Di samping itu, bab ini juga akan
menjelaskan aspek – aspek yang lain dalam metodologi penyelidikan. Antara aspek yang
dimaksudkan adalah seperti instrumen kajian yang digunakan serta prosedur
pengumpulan data serta penganalisasian data yang telah dikenalpasti dan akan digunakan
di sepanjang proses perjalanan kajian ini. Suatu kesimpulan secara menyeluruh mengenai
seluruh proses kajian yang direkakan ini akan digunakan untuk mengakhiri perbincangan
dalam bab yang ketiga ini.
3.1 Reka Bentuk Kajian

Sesungguhnya, bentuk kajian yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah
bentuk kuantitatif. Untuk proses kajian yang akan dilakukan ini, murid – murid akan
dibahagikan kepada dua kelas yang berlainan di mana kedua – dua kelas akan
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap topik Matematik yang
sama. Walau bagaimanapun, teknik pengajaran yang akan digunakan dalam kedua – dua
kelas ini adalah berlainan iaitu teknik pengajaran tradisional akan digunakan dalam kelas
kawalan manakala teknik pengajaran VAKT akan diaplikasikan dalam kelas eksperimen.
Selepas itu, murid dalam kedua-dua kelas akan diberikan suatu ujian untuk mengenalpasti
tahap pencapaian mereka dalam topik – topik Matematik yang telah diajarkan.
Sesungguhnya, borang soal selidik yang sama juga akan diberikan untuk kedua – dua
kelas untuk mengkaji persepsi murid terhadap teknik pengajaran yang telah digunakan
oleh guru Matematik di dalam kelas. Kemudiannya, semua data dalam borang soal selidik
akan dianalisiskan dengan menggunakan perisian SPSS.
3.2 Sampel Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, 60 orang murid yang sedang belajar di tahap 2 di salah
sebuah sekolah kajian kawasan kanowit, Sarawak akan dijadikan sebagai sampel kajian.
Pemilihan 60 orang murid adala berikutan jumlah murid maksimum untuk Tahap 2 dalam
sekolah kajian di kawasan Kanowit hanya terdiri daripada 60 orang sahaja.
Sesungguhnya, 60 orang murid responden ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan
yang utama iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Untuk murid dalam
kumpulan kawalan, mereka akan menjalankan pembelajaran mata pelajaran Matematik
berasaskan corak pengajaran tradisional yang sedia ada. Manakala, corak pengajaran
yang berasaskan VAKT akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk murid- murid dalam kumpulan eksperimen. Taburan murid berdasarkan
kumpulan adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut:
Kumpulan Jumlah Murid
Terkawal 30
Eksperimen 30
JUMLAH 60
Jadual 3.1 Taburan kumpulan Sasaran Berdasarkan Kumpulan

3.3 Lokasi Kajian


Secara lazimya, kajian ini akan dijalankan di salah sebuah sekolah yang berlokasi di
kawasan Kanowit, Sarawak.

3.4 Instrumen Kajian


Secara umumnya, instrumen kajian merupakan suatu aspek yang begitu penting untuk
menjayakan seluruh proses kajian yang dijalankan tersebut. Dalam perkataan yang lain,
instrumen kajian yang dipilih dan digunakan seharusnya sesuai dan sepadan dengan
objektif kajian yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, proses kajian ini akan
dijalankan dengan menggunakan dua jenis instrumen kajian yang mana dikategorikan
dalam kategori kuantatif dan juga kualitatif. Dua jenis instrumen kajian yang berlainan di
mana digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah seperti yang disenaraikan berikut:

 Borang Soal Selidik


 Ujian Matematik

Semua instrumen yang akan digunakan untuk melakukan kajian akan dibincangkan
secara terperinci dalam laporan kertas kajian ini. Semua perbincangan juga akan
disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh yang sesuai dan juga relevan.

3.4.1 Ujian Matematik

Ujian Matematik adalah ujian yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap prestasi dan
pencapaian murid (kumpulan terkawal dan kumpulan eksperimen) dalam beberapa topik
utama untuk mata pelajaran Matematik selepas menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berlainan. Untuk ujian Matematik ini, semua murid akan
diberikan masa selama 60 minit untuk menjawap 30 soalan dalam mata pelajaran
Matematik. Semua markah yang diperolehi oleh murid- murid ini akan dicatatkan dan
digunakan sebagai rujukan dan pengiraan untuk menentukan pencapaian mereka dalam
topik Matematik tersebut.

3.4.2 Borang Soal Selidik


Pada masa yang sama, borang soal selidik juga digunakan dalam penyelidikan yang akan
dilakukan ini. Sesunguhnya, Borang soal selidik akan dibentuk dan diedarkan kepada
sampel kajian untuk dijawab. Borang ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama,
iaitu Bahagian A, B dan C. Terdapat tiga item dalam Bahagian A dan 10 item dalam
Bahagian B. Manakala, Bahagian C akan terdiri daripada 5 soalan untuk mengkaji
persepsi murid terhadap teknik pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran
Matematik di dalam kelas.

Bahagian Aspek Soalan


A Butir-butir peribadi responden
B Persepsi responden terhadap pembelajaran Matematik dalam
kelas
C Persepsi responden terhadap corak pembelajaran Mematik di
dalam kelas.
Jadual 3.4: Isi Kandungan Borang Soal Selidik

Soalan-soalan yang akan dikemukakan dalam bahagian A adalah butir-butir peribadi


responden. Soalan-soalan di bahagian B dapat membantu pengkaji untuk mengetahui
persepsi responden dengan lebih teliti terhadap proses pembelajaran yang dijalankan
dalam kelas untuk mata pelajaran Matematik. Bahagian C pula dapat membantu pengkaji
untuk mengetahui sikap responden terhadap teknik pengajaran yang telah digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas masing – masing.
Sesungguhnya, semua butiran yang terperinci dalam setiap bahagian borang soal selidik
ini akan dibincangkan dengan jelas seperti yang berikut:

Bahagian A: Butir-butir peribadi responden


Secara lazimnya, bahagian A dalam borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk
mendapat data terhadap butir- butir peribadi responden yang terlibat dalam kajian ini.
Oleh yang demikian, tiga kategori informasi perlulah diisikan oleh responden dan ia
adalah seperti yang disenaraikan dan ditunjukkan dalam jadual yang berikut:

Bil Kategori Pilihan yang ada


1 Jantina Lelaki
Perempuan
2 Bangsa Melayu
Cina
India
Iban
Murut
Lain – lain
3 Tahap pendidikan tertinggi ibubapa Tidak menerima sebarang pendidikan
formal
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Diploma
Sarjana Muda
Sarjana
Doktor Falsafah
Jadual 3.5: Isi Kandungan Bahagian A dalam Borang Soal Selidik

Bahagian B: Persepsi responden terhadap keberkesanan pembelajaran Matematik


Tahap 2

Untuk soalan – soalan dalam bahagian B pula, ia bertujuan untuk mengkajikan persepsi
responden terhadap pembelajaran Matematik Tahap 2 di dalam kelas. Semua soalan yang
akan dikemukakan adalah diterangkan dengan jelas. Sesungguhnya, responden akan
diberikan lima kategori pilihan untuk setiap soalan dan kelima – lima kategori pemilihan
adalah seperti yang ditunjukkan berikut:
Nombor Kategori
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju
Jadual 3.6: Petanda dalam Bahagian B Borang Soal Selidik

SOALAN 1
Saya selalu mendapatkan markah lebih daripada 80% dalam ujian topik pecahan
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 1 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti prestasi serta tahap
penguasaan seseorang responden dalam kemahiran Matematik di sekolah.

SOALAN 2
Saya selalu gagal untuk menyelesaikan masalah Matematik di dalam ujian yang telah
dilaksanakan.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 2 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pelajar
ataupun murid (responden) dapat menyelesaikan maslah yang berkaitan dengan
Matematik ataupun sebaliknya.
SOALAN 3
Saya tidak memahami konsep asas Matematik yang telah diajarkan oleh guru di dalam
kelas.
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan 3 pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada respon memahami
konsep asas dalam mata pelajaran Matematik ataupun tidak.

SOALAN 4
Saya tidak suka akan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Dalam soalan yang keempat ini, ia adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi murid
terhadap guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di dalam kelas.
SOALAN 5
Saya tidak suka melakukan latihan Matematik dengan banyak
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 5 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid
terhadap kekerapan dalam melakukan latihan yang berkaitan dengan mata pelajaran
Matematik yang diberikan oleh guru.

SOALAN 6
Saya sering berasa bosan semasa menjalankan pembelajaran dalam kelas Matematik.
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan yang keenam ini, ia bertujuan untuk mengkaji pandangan responden sama
ada mereka berasa bosan terhadap pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik
ataupun sebaliknya.

SOALAN 7
Saya tidak sempat menghabiskan kebanyakan soalan ketika ujian.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 7 ini adalah bertujuan untuk mengkaji kepantasan murid
menghabiskan soalan dalam ujian yang diberikan.

SOALAN 8
Saya tidak dapat menguasai kemahiran operasi Matematik yang asas (tambah, tolak,
bahagi dan darab)
1 2 3 4 5

Catatan:
Secara lazimnya, soalan yang kelapan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap
penguasaan murid dalam aspek kemahiran operasi Matematik yang asas seperti
menambah, menolak, membahagi dan juga mendarab.

SOALAN 9
Saya tidak berminat dalam pembelajaran Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan yang kesembilan pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada murid
berminat dalam pembelajaran Matematik ataupun sebaliknya.

SOALAN 10
Saya tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru Matematik kerana
terlalu susah soalannya.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 10 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kerja rumah
yang diberikan adalah tersusah untuk mereka ataupun tidak.
Bahagian C: Persepsi responden terhadap teknik pengajaran Matematik

Untuk soalan – soalan dalam bahagian C pula, ia bertujuan untuk mengkajikan persepsi
responden terhadap teknik pengajaran Matematik Tahap 2 di dalam kelas. Semua soalan
yang akan dikemukakan adalah diterangkan dengan jelas. Sesungguhnya, responden akan
diberikan lima kategori pilihan untuk setiap soalan dan kelima – lima kategori pemilihan
adalah seperti yang ditunjukkan berikut:

Nombor Kategori
1 Sangat tidak bersetuju
2 Tidak bersetuju
3 Tidak pasti
4 Bersetuju
5 Sangat bersetuju
Jadual 3.7: Petanda dalam Bahagian C Borang Soal Selidik
SOALAN 1
Corak pengajaran yang dilalui adalah sangat menarik
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 1 ini adalah bertujuan untuk mengkaji keminatan murid terhadap
teknik pengajaran yang telah digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) untuk mata pelajaran Matematik

SOALAN 2
Corak pengajaran yang digunakan telah membolehkan saya lebih memahami konsep
Matematik yang diajarkan di dalam kelas.
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 2 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pelajar lebih
memahami konsep Matematik yang diajarkan dengan menggunakan corak pengajaran
yang sedia ada ataupun sebaliknya.

SOALAN 3
Saya melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
1 2 3 4 5

Catatan:
Untuk soalan 3 pula, ia adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada corak pengajaran yang
digunakan akan mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
ataupun sebaliknya.

SOALAN 4
Saya berpendapat bahawa pembelajaran secara visual adalah lebih berkesan.
1 2 3 4 5

Catatan:
Dalam soalan yang keempat ini, ia adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi murid
terhadap corak pembelajaran secara visual dalam mata pelajaran Matematik.
SOALAN 5
Saya suka akan pembelajaran melalui sentuhan yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Matematik
1 2 3 4 5

Catatan:
Sesungguhnya, soalan 5 ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi murid
terhadap pembelajaran melalui sentuhan yang dilaksanakan dalam mata pelajaran
Matematik.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data

Untuk bahagian ini, perbincangan akan tertumpu kepada prosedur yang telah ditetapkan
untuk mengumpulkan data. Prosedur pengumpulan data boleh didefinisikan sebagai suatu
langkah dan set peraturan yang sistematik di mana akan diaplikasikan oleh pengkaji
untuk mengumpulkan data daripada sumber seperti sekunder dan primer sebelum
dihantar untuk tujuan penganalisasian.
 
Pada asasnya, semua data yang diperolehi dari borang soal selidik yang telah diisikan
dengan lengkap oleh murid akan dikumpulkan. Untuk memastikan semua jawapan yang
diberikan oleh responden adalah sah dan boleh dipercayai, semua soalan soal selidik yang
mana mempunyai dua jawapan, tiada jawapan ataupun responden sengaja melanggarkan
arahan menjawab adalah dikirakan sebagai keputusan soal selidik yang tidak boleh
diterima sebagai hasil kajian dalam kajian yang dilakukan ini.

Pada masa yang sama, semua langkah–langkah yang terlibat dalam penyelidikan terhadap
pengumpulan data akan diterangkan secara terperinci dalam bahagian kertas ini.

(A) Langkah 1
Mendapatkan kelulusan untuk menjalankan kajian daripada bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(B) Langkah 2
Pelajar berjumpa guru besar sekolah kajian dengan membawa dokumen-dokumen :
 Surat kebenaran pelajar
 Borang maklumat pelajar dan guru pembimbing tempat kajian.

(C) Langkah 3
Memohon kebenaran daripada pentadbir sekolah untuk menjalankan kajian di sekolah
tersebut.

(D) Langkah 4
Berjumpa dengan guru kelas dan guru subjek Matematik sekolah di sekolah kajian untuk
mendapatkan sampel.

(E) Langkah 5
Menjalankan kajian di sekolah kajian dan guru pembimbing menyelia sebanyak 3 kali
sepanjang kajian dijalankan.

(F) Langkah 6
Sampel kajian akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang utama iaitu kumpulan
eksperimen dan juga kumpulan kawalan yang terdiri daripada 30 orang satu kumpulan.
Di bawah tajuk Matematik yang sama, kumpulan eksperimen akan diajarkan dengan
menggunakan corak pembelajaran VAKT dan kumpulan kawalan pula akan diajarkan
dengan corak pengajaran tradisional.

(G) Langkah 7
Untuk langkah yang ketujuh ini, semua murid dalam kedua – dua kelas akan diberikan
ujian Matematik yang sama.
(H) Langkah 8
Sesungguhnya, semua murid dalam kedua – dua kumpulan akan diberikan suatu set
borang soal selidik untuk mengkaji pandangan dan persepsi mereka terhadap
pembelajaran Matematik di dalam kelas serta corak pembelajaran yang telah digunakan.

(I) Langkah 9
Membuat analisis data berdasarkan pengumpulan markah ujian serta menganalisis soalan
kaji selidik dengan menggunakan Statistical Package For Social Science For Window
(SPSS). Prosedur pengumpulan data dikedalikan sendiri oleh pengkaji untuk memastikan
kadar respon yang tinggi serta persampelan yang tetap. Ini dapat memberikan kadar
interaksi personal di antara pengkaji dan pelajar yang terlibat.

(J) Langkah 10
Semua dapatan kajian yang telah diperolehi melalui SPSS akan dibentangkan secara jelas
dan sistematik dalam laporan kajian.
3.6 Prosedur Analisis Data

Secara lazimnya, perbincangan dalam bahagian kertas ini akan memberikan fokus kepada
prosedur yang telah ditetapkan untuk proses menganalisiskan data yang dikumpulkan
melalui sumber primer seperti borang soal selidik dan juga proses temuramah. Seperti
mana yang disedia maklum, data yang dikumpulkan akan dianalisiskan secara sistematik
supaya ia akan menjadikan sebagai suatu data yang bermakna untuk digunakan
menyokongkan hipotesis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian tersebut. Untuk
menganalisiskan data yang diperolehi, pengkaji mestilah melalui 5 peringkat yang
berlainan dan ia adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

a. Peringkat pra – analisis


b. Peringkat kemasan data
c. Peringkat pemikiran data
d. Peringkat verifikasi data
e. Peringkat dapatan (termasuk interpresi)

Penjelasan untuk setiap peringkat akan dilakukan secara terperinci dalam jadual 3.3 di
bawah:
Peringkat Item Tanda
I Peringkat Pra – analisis
Di dalam peringkat yang pertama, pengkaji akan cuba
sedaya upaya untuk membaca lebih banyak nota, informasi
latar belakang dan buku yang relevan juga
mempertingkatkan pemahaman dan ilmu pengetahuan latar
belakang tentang bidang kajian yang akan dilakukan
sebelum menjalankan penganalisasian data.
II Peringkat Kemasan Data
Untuk peringkat yang kedua pula, ia adalah suatu peringkat
di mana semua data yang diperolehi akan disusunkan
secara sistematik dan juga teratur.
III Peringkat Penyusunan Data
Di dalam peringkat yang ketiga ini iaitu peringkat
penyusunan data, pengkaji akan memaparkan data yang
telah disusunakn dengan sistematik sama ada dalam bentuk
jadual ataupun graf yang relevan juga ia senang difahami.
IV Peringkat Verifikasi Data
Di dalam peringkat yang keempat ini, pengkaji akan
melakukan triangulasi data di mana ia adalah bertujuan
untuk mengesahkan data yang diperolehi serta tindakan
analitik akan diambil untuk mendapatkan keputusan kajian.
V Peringkat Dapatan
Untuk peringkat kelima ini, pengkaji akan melakukan
semakan dan juga usaha untuk mengintepretasikan hasil
kajian yang didapati.
Jadual 3.8 Peringkat Penganalisian Data

Pada peringkat akhir kajian ini, pengkaji akan mengumpulkan semua markah yang
diperolehi oleh murid dalam ujian penyelidikan. Markah yang diperolehi akan
menggambarkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik yang mana
masing – masing diajarkan dengan menggunakan dua cara yang berlainan iaitu corak
pengajaran tradisional dan juga corak pengajaran yang berasaskan VAKT ini.
Sesungguhnya, perbandingan keputusan markah di antara kumpulan kawalan dan juga
kumpulan eksperimen akan dilakukan dalam tiga aspek yang utama, iaitu:
 Min markah (markah purata)
 Peratus murid yang lulus
 Peratus murid yang gagal

(A) Markah Purata (Min)

Sesungguhnya, parameter ini adalah sangat penting untuk mengenalpasti sama ada
wujudnya perbezaan di antara markah purata yang diperolehi oleh murid di bawah corak
pengajaran tradisional dengan corak pengajaran yang berasaskan VAKT ini.

(B) Peratus Murid yang gagal

Untuk peratus murid yang gagal pula, ia adalah sangat penting untuk mengkaji sama ada
corak pengajaran yang baru iaitu VAKT boleh meminimumkan bilangan ataupun peratus
murid yang gagal dalam mata pelajaran Matematik ataupun sebaliknya. Rumus untuk
mencari peratus murid yang gagal boleh ditunjukkan seperti yang berikut:

Bilangan murid yang gagal


X 100%
Peratus murid yang gagal = Jumlah murid

(C) Peratus Murid yang lulus

Untuk peratus murid yang gagal pula, ia adalah sangat penting untuk mengkaji sama ada
corak pengajaran yang baru iaitu VAKT boleh memaksimumkan bilangan ataupun
peratus murid yang lulus dalam mata pelajaran Matematik ataupun sebaliknya. Rumus
untuk mencari peratus murid yang lulus boleh ditunjukkan seperti yang berikut:

Bilangan murid yang lulus


X 100%
Peratus murid yang lulus = Jumlah murid

3.6.2 Prosedur Analisis Data dalam SPSS

Prosedur analisis data yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Min, sisihan piawai, akan digunakan untuk menggambarkan pencapaian murid
dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

(ii) Frekuensi dan peratusan digunakan untuk menggambarkan latar belakang


responden.

Sistem perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 7 digunakan untuk
menganalis Ujian T untuk mengkaji sama ada wujudnya hubungan yang signifikan di
antara teknik pengajaran dan juga persepsi murid terhadap pembelajaran Matematik di
dalam kelas.
3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis akan dilakukan ke atas semua responden yang terlibat dalam soal selidik ini
sebelum mereka menjalankan kajian yang sebenar. Ia adalah untuk mendapatkan indeks
ketekalan atau kebolehpercayaan bagi instrumen dalam nilai pekali Alpha Cronbach
adalah seperti berikut. Untuk keputusan kajian rintis ini, bahagian A untuk soal selidik
telah mendapatkan nilai pekali alpha 0.845, bahagian B soal selidik pula akan
mendapatkan nilai pekali alpha 0.704 dan bahagian C soal selidik pula akan mendapatkan
nilai pekali alpha 0.810. Menurut Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir
(2001), pekali Alpha Cronbach yang bernilai lebih daripada 0.7 menunjukkan soal selidik
ini adalah boleh dipercayai.
3.7 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, seluruh proses merekakan bentuk kajian yang dijalankan adalah
sangat penting untuk memastikan seluruh proses kajian yang bakal dijalankan tersebut
dapat memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan sebelum ini. Selain daripada itu,
instrumen kajian yang digunakan seharusnya sesuai dan sepadan dengan data – data yang
diingini untuk menjalankan sesuatu proses kajian tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian
akan dilakukan ini akan menggunakan dua instrumen kajian yang utama, iaitu borang
soal selidik dan juga soalan temuramah untuk mengkaji hubungan di antara corak
pengajaran yang berlainan dengan keberkesanan pembelajaran secara VAKT untuk
mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik.
RUJUKAN

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Kajian Melalui Kaedah
SPSS. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Gagne, E. D., Yekovich, C. W., dan Yekovich, F. R. (2011). The Research Methodology.
New York: Harper Collins College Publisher.

Anda mungkin juga menyukai