Anda di halaman 1dari 8

Kesusasteraan Melayu

Abd. Rahim Ismail

Dr. Khairuddin Mohamad

Sasbadi Sdn BHd

Selangor 2017

Teori Kesusasteraan Sastera

Konsep teori astera

Perkataan teori berasl daripada bahasa Yunani, iaitu theoria yang bermaksud
pemandangan. Makna ini semakin berkembang kepada pandangan, penglihatan, dan
kepercayaan. Plato mendefinisikan teori sebagai pencerapan intuitif tentang bentuk-bentuk
abadi yang diketahui. Proses pengabdian ini dinamakan sebagai komtemplasi, iaitu proses
munajat dan berfikir. Aristotle pula menyatakan bahawa teori ialah pengetahuan abstrak dan
intelektual.

Definisi teori sentiasa diperbaharui. Pada masa ini, teori difahami sebagai epistemology
tentang definisi, prinsip dan gagasan dalam sesuatu ilmu yang menjelaskan pandangan
sistematis terhadap sesuatu objek. Teori juga dikatakan sebagai prinsip atau model umum
yang dapat menjelaskan tentang sesuatu fenomena secara idealistic dan empiric.

Teori sastera pula ialah pandangan, rumusan dan prinsip yang dapat menegaskan tentang
dunia sastera. Rene Welleck menyatakan bahawa teori sastera ialah pengajian tentang
prinsip kesusasteraan, kategori dan kriteria. Bagi Michael Payne dalam buku Reading
Theory (1993), sesuatu teori hanya digunakan sebagai landasan. Perkara yang penting ialah
orang yang mengaplikasikan teori tersebut banyak melakukan kajian terhadap kerja
akademik orang lain. Teori yang sederhana tetapi dapat menyelesaikan sesuatu masalah
adalah lebih baik daripada teori yang kompleks dan kurang jelas. Suatu teori perlulah dapat
menjelaskan tentang fenomena sesuatu kajian, menyampaikan suatu penemuan dan
kesimpulan serta bergerak secara tegas, bersahaja dan sistematis.

Di Malaysia, teori sastera dicipta sekitar tahun 1990-an. Kelahiran teori sastera tempatan
disebabkan oleh pengkaji dan pengkritik sastera tempatan sudah bosan menggunakan teori
dari Negara luar. Selain itu, teori dari Negara luar juga tidak sesuai digunakan untuk
mengkaji karya-karya tempatan. Hal ini telah mendorong beberapa orang pengkaji untuk
membina teori sendiri. Antara teori sastera tempatan ialah teori puitika Melayu, teori
pengkaedahan Melayu, teori takmilah dan teori teksdealisme.

Justeru, usaha kea rah memperkasakan teori kesusasteraan sastera melalui penyelidikan
dan penerapannya sangat sedikit hingga menyebabkan teori sastera tempatan kaku serta
tidak bermaya. Perdebatan dan penelitian serta pelbagai usaha untuk mengaplikasikan teori
sastera ke dalam karya-karya sastera menyebabkan dialogisme mampu berkembang dan
menjadi asas kepada teori intertekstualiti.

Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972

Anwar Ridhwan

Dewan Bahasa dan Pustaka

KL 1981

Cerpen sebagai bentuk sastera yang bernilai seni seperti juga dalam mana-mana
kesusasteraan, merupakan genre yang terbaharu sekali dalam persuratan Melayu. Watak
dalam cerpen Melayu pada keseluruhannya membayangkan masyarakat yang hendak
dicerminkan.

Untuk menganalisa, mentafsir dan memberikan penilaian terhadap sesebuah karya sastera,
memerlukan teori-teori sasteram konsep-konsep sastera yang tertentu untuk menjadi dasar
pada pentafsiran dan penilaian hasil-hasil kesusasteraan tersebut.

Teori sastera bukan sahaja membicarakan aspek-aspek structural (bentuk) genre


kesusasteraan dan hubungannya dengan estetika yang juga berubah menurut masa, tapi
juga ia dipengaruhi perkembangan ilmu pengetahuan. Baik sosiologi, falsafah, psikologi,
politik yang menonjol pada zaman tertentu.

Apresiasi Sastera Novel Jeriji Kasih

Asmiaty Amat

Zanariah Abdol

DBP 2014 KL
Watak ialah pelaku yang memainkan peranan dalam sesebuah cerita. Wataklah yang akan
menggerakkan dan mengembangkan cerita dari awal hingga akhir. Selalunya, pengarang
akan menggunakan watak manusia untuk menggerakkan dan mengembangkan cerita.

Perwatakan pula ialah identity watak. Perwatakan memberikan gambaran keseluruhan yang
terdapat pada seseorang atau sesuatu watak bagi memperkenalkannya dan
membezakannya dengan watak yang lain. Perwatakan terdiri daripada perwataan luaran
dan perwatakan dalaman. Perwatakan luaran meliputi perkara-perkara yang dapat dilihat
atau diketahui secara fizikal misalnya rupa paras, usia, pekerjaan dan pengalaman.
Perwatakan dalaman pula meliputi aspek kejiwaan sama ada yang baik seperti penyayang,
prihatin, adil dan jujur, mahupun yang buruk seperti penghasut, pendendam dan cemburu.
Perwatakan dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi dapat diketahui melalui
pelbagai cara pelukisan atau penggambaran watak sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu

Khairuddin Mohamad

Wan Zaliha Wan Othman

Amanah Mohd Noor

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd 2014 Selangor

Sastera merupakan hasil ciptaan manusia yang mengungkapkan gagasan, emosi, perasaan
dan pengalaman kehidupan. Sastera juga adalah suatu bentuk ciptaan seni yang berkait
rapat dengan bahasa. Melalui bahasa, mesej dalam karya kesusasteraan dapat disampai
dan disebarkan. Melalui bahasa juga pembaca dapat menikmati keindahan yang ada dalam
sesebuah karya kesusasteraan.

Penulisan Kreatid Teori, Pengalaman, Cabaran

Othman Puteh 2001 Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd KL

Dalam jagat kesusasteraa, prosa dimaksudkan juga sebagai fiksyen, teks naratif atau
wacana naratif.
Novel dan Puisi dalam Kritikan Sastera

Sohaimi Abdul Aziz

Penerbit Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang 2017

Menulis kritikan sastera merupakan satu usaha yang dilakukan oleh pengkritik untuk
membuat penilaian dan pengamatan ke atas karya sastera berdasarkan pendekatan
tertentu. Pengkritik memerlukan ilmu dan kemahiran tertentu untuk membuat kritikan sastera
yang berasas. Kritikan sastera berfungsi untuk menjelaskan kekuatan dan kelemahan karya
tersebut. Bagi pengarang, kritikan sastera dapat memantapkan ciptaan karya yang
seterusnya, manakala bagi pembaca pula, kritikan ini memberi ruang untuk mereka
memahami karya yang dikritik. Pembaca boleh juga mempunyai pandangan yang berbeza
tetapi dalam ruangan kritikan yang betul

Esei dan Kritikan Kesusasteraan Melayu Alaf Baharu

Ani Haji Omar

Penerbit Mentari

Perak 2012

Beberapa peristiwa penting dan tragedy yang pernah berlaku di tanah air telah terakam
dalam lipatan sejarah sejak zaman penjajah, hinggalah tanah air mencapai
kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 lalu menjadi asset penting bagi para penulis untuk
menyuarakan pemikiran mereka di dalam karya mereka.

Kritikan Karya Sastera Sebagai Karya Seni

Lutfi Abas

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1995

Kritikan karya sastera sebagai karya seni mengkritik kelemahan yang ada pada
kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur sesuatu karya sastera.

Kritikan Sastera Melayu Pendekatan dan Pemikiran

Rahman Shaari
DBP KL 1988

Seperti yang disebutkan oleh Andre Hardjana, kegiatan kritikan sastera lebih tua daripada
istilah kritikan sastera itu sendiri. Kritikan sastera yang pertama dilancarkan oleh
Xenophanes dan Heraclitus dari bangsa Yunani terhadap pujangga besar Homerus yang
gemar mengisahkan cerita-cerita tidak senonoh.

Citra dan Visi Sastera Melayu

Hamzah Hamdani

DBP KL 2013

Takmilah Semiotik Intertekstualiti dalam Karya Sastera Melayu

Kamariah Kamarudin

Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali

Mawar Safei

Penerbit Universiti Putra Malaysia Selangor 2016

Simbol berupaya menggambarkan sesuatu pemikiran masyarakat melalui bahasanya, atau


juga pelbagai peristiwa tertentu dalam masyarakat tersebut. Oleh yang demikian, symbol
dapat dilihat melalui kehidupan seharian manusia, dan symbol boleh bersifat setempat atau
pun universal.

Ikon ialah tanda yang merujuk kepada objek yang menunjukkan sifat yang sama seperti
yang digambarkan dan ia mempunyai persamaan. Ikon merupakan tanda berhubung
dengan objek tertentu kerana keserupaan. Ikon merupakan tanda yang berhubungan antara
penanda dengan petandanya bersifat bersamaan bentuk alamiah. Hal ini memperlihatkan
bahawa ikon merupakan persamaan antara objek yang digambarkan yang berhubungan
dengan penanda dan petandanya. Apabila terdapat kemiripan rupa antara tanda dan hal
yang diwakilinya, maka sebuah tanda itu bersifat ikonik. Dalam ikon, hubungan antara tanda
dan objeknya terwujud sebagai kesamaan atau keserupaan rupa yang terungkap oleh
tanda.

Sastera dan ilmu sastera pengantar teori sastera


A. Teeuw

DBP KL 1995

Ferdinand de Saussure yang secara umum diakui sebagai tokoh yang meletakkan dasar
ilmu bahasa moden. Bahasa adalah sitem tanda dan tanda merupakan kesatuan antara dua
aspek yang tidak terpisahkan satu sama lain, penanda dan petanda. Penanda adalah aspek
formal atau bunyi pada tanda itu. Padahal petanda ialah aspek kemaknaan atau konseptual
tetapi penanda tidak identitik dengan bunyi.

Semiotic sebagai ilmu tanda menjadi makin popular dan makin luas bidangnya, kerana
melingkupi tidak hanya ilmu bahasa dan sastera tetapi juga aspek atau pendekatan tertentu
dalam ilmu seni, antropologi budaya, falsafah dan lain lagi.

Semiotic Peirce

Penandaan dan Pemaknaan

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali

Mohamad Shahidan

Quest Ahead Sdn Bhd KL 2009

Peirce dalam menyusun teori semiotiknya sangat sedar bahawa kehidupan manusia
dikelilingi tanda dan tanda berperanan penting dalam kegiatan manusia berfikir. Tanpa
tanda, manusia tidak dapat berkomunikasi dan tidak dapat melakukan aktiviti kehidupan
secara berkesan.

Ikon ialah sesuatu yang melaksanakan fungsi sebagai penanda yang serupa dengan bentuk
objeknya. Dengan erti kata lain ikon ialah tanda yang merujuk pada objeknya berdasarkan
keserupaan.

Semiotik dalam Novel Anwar Ridhwan

Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali

DBP KL 2014

Semiotic menjadi semakin popular pada dekad selepas itu dengan beberapa tulisan mudah
dalam majalah Dewan Sastera khususnya oleh beberapa sarjana tempatan yang mendiami
institusi pengajian tinggi di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Semiotic telah diterima
sebagai satu daripada puluhan pendekatan penelitian teks kesusasteraan sekali gua juga
sebagai satu daripada teori sastera yang diimport daripada Barat bersama0sama yang lain.

Tanda menurut kamus dewan merupakan lambing dan lain-lain yang digunakan untuk
mengenali, mengetahui dan mengecamkan sesuatu. Istilah tanda digunakan untuk
menandakan unsur kenyataan yang ditunjukkan oleh tanda.

Indeks merujuk kepada objek yang menunjukkan kesan daripada objek. Dengan indeks, kita
dapat menghubungkan antara penanda dengan petandanya yang memiliki sifat-sifatnya iaitu
nyata, bertataurut, sebab akibat dan selalu mengisyaratkan sesuatu. Mana Sikana (2001)
menyatakan indeks ialah tanda yang merujuk kepada sesuatu tanda yang mengumpulkan
satu tanda atau beberapa fenomena, sebab-musabab, symptom, isyarat, ikatan dan
sebagainya.

Semiotik

Arbak Othman

Citra Kurnia Enterprise

Seri Kembangan 2008

Suatu tanda u tanda mewakili sesuatu tetapi setiap yang diwakili tidak semestinya tanda.
Benda-benda dapat mewakili dirinya dalam bentuk pengalaman. Pada tahap benda-benda
itu berlaku sedemikian, mereka adalah objek dan tidak lain daripada itu, walaupun dalam
proses menjadi objek tanda dan semiosis telah bersedia untuk bertindak secara yang tidak
ilihat. Untuk menjadi tanda ia perlu mewakili sesuatu selain dirinya. Sebagai tanda, ia adalah
bentuk ikatan kepada yang lain, kepada yang ditandai, objek yang ia bukan tanda tetapi
yang tanda itu wakili.

Semiotik

Arbak Othman

Citra Kurnia Enterprise

Selangor 2008

Semiotik mengkaji tanda secara sistematk dan bahawa yang dikatakan tanda itu ialah
sebarang sesuatu yang dapat kepada seseorang berdiri untuk sesuatu yang lain. Semiotic
semestinya mengenai beberapa jenis tanda, sama ada sebenar ataupun mutlak.

Anda mungkin juga menyukai