Anda di halaman 1dari 14

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam pembangunan bangsa dan


masyarakat dalam sesebuah negara. Ini adalah kerana sistem pembangunan yang baik
dan sistematik akan melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi serta
dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran yang berlainan. Menurut penerangan
yang diberikan Abdul Rahim bin Abd. Rashid (2000), pemahaman dan minat
merupakan kekunci utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam
kelas. Ini adalah kerana ia dapat menjamin keberkesanan proses penghantaran
informasi daripada guru kepada murid ketika dalam proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP) di dalam kelas.

Dengan itu, kaedah pengajaran yang digunakan oleh seseorang guru di dalam kelas
adalah sangat penting dan ia boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran
dan pengajaran (PdP) di dalam kelas tersebut. Salah satu kaedah pengajaran yang
sesuai dan dicadangkan oleh Abdul Rahim bin Abd. Rashid (2000) akan diaplikasikan
di dalam kelas terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik
ialah pendekatan pembelajaran berasaskan VAKT. Beliau juga mengatakan bahawa
teknik VAKT merupakan suatu pendekatan pengajaran yang berasaskan empat elemen
yang utama iaitu penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic)
dan sentuhan (tactile). Keterangam ini turut dipersetujui oleh Boon Poon Ying (2008)
dan beliau telah mengatakan bahawa pengajaran yang berasaskan teknik VAKT
adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keminatan murid serta pemahaman mereka
dalam sesi pengajaran di dalam kelas.

Menurut salah seorang pakar pendidikan iaitu Abd. Rahim Abd Rashid (2010), teknik
VAKT boleh ditakrifkan sebagai sejenis kaedah pengajaran yang menggunakan
prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran di mana rangsangan ke atas beberapa deria
yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran. Secara langsung, pendekatan
pembelajaran yang berasaskan VAKT ini juga akan memainkan peranan yang penting
untuk melibatkan murid secara aktif dalam seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Pada masa yang sama, Abd. Rahman Aroff (2010) juga berpendapat bahawa
pembelajaran berasaskan teknik VAKT juga merupakan antara faktor ang utama untuk
mengelakkan murid berasa bosan ketika dalam proses pembelajaran mata pelajaran
seperti Sains dan Matematik.
1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Secara lazimnya, kemahiran mengira merupakan salah satu elemen yang begitu
penting dan ditekankan dalam metodologi pengajaran pada hari ini. Ini adalah kerana
ilmu pengetahuan dalam Matematik seperti topik wang dalam sekolah rendah
merupakan kemahiran yang sangat penting untuk membangunkan negara kita
terutamanya dari segi teknologi pada masa hadapan. Sesungguhnya, terdapat pelbagai
jenis kaedah pembelajaran yang boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran
Matematik di peringkat sekolah rendah.

Penyediaan pelbagai jenis aktiviti yang berkaitan di dalam kelas adalah penting untuk
menarik perhatian murid di dalam kelas supaya terus memberikan perhatian di dalam
kelas. Ini adalah kerana murid-murid pada masa sekarang gagal memberikan tumpuan
yang baik dalam sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas.
Keadaan menjadi lebih serious pada 30 minit selepas kelas bermula. Konsentrasi
murid-murid mula akan menurun. Sehubungan dengan itu, prestasi akademik murid
terutamanya dalam mata pelajaran Matematik akan terjejas. Secara langsung, ia juga
akan memberikan impak terhadap penguasaan kemahiran mengira dan Matematik di
peringkat sekolah menengah di masa hadapan. Sesungguhnya, ia merupakan suatu
masalah yang serious dan perlulah mendapatkan penyelesaian yang sewajarnya sejak
peringkat sekolah rendah tersebut.

Sebelum pengenalan kepada pendekatan teknik VAKT, pendekatan pengajaran


tradisional adalah digunakan di sekolah kajian ini. Menurut Bloom (1980), pengajaran
tradisional merupakan cara pengajaran yang mana berpusatkan guru dan murid hanya
mendengar sahaja. Dalam proses pengajaran ini, tiada alat bantuan akan digunakan
dan kebanyakkan guru akan mengajar di depan kelas sahaja. Murid-murid tidak
mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas. Ini telah menyebabkan seluruh
proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas menjadi sangat bosan dan
tidak menarik. Akan tetapi, proses pengajaran yang berdasarkan teknik VAKT
merupakan satu kaedah pembelajaran yang lebih berfokus terhadap penguasaan
objektif pembelajaran di kalangan murid- murid. Di bawah teknik baru ini, semua
murid akan diberikan peluang untuk mendedahkan diri terhadap empat proses yang
penting dalam pembelajaran. Keempat- empat empat proses yang dimaksudkan adalah
termasuklah penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic) dan
sentuhan (tactile)
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mencapai dan
memenuhi objektif-objektif objektif yang berikut:

a. Mengenalpasti keberkesanan teknik VAKT dalam meningkatkan pencapaian


mata pelajaran Matematik murid-murid murid Tahap 2 di Daerah Kanowit.

b. Mengenalpasti persepsi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran


Matematik yang berasaskan teknik VAKT

c. Mengenalpasti perbezaan minat murid-murid Tahap 2 di Daerah Kanowit


terhadap pembelajaran Matematik sebelum dan selepas penggunaan teknik
VAKT melalui pemerhatian dalam kelas.
1.4 PERSOALAN KAJIAN

Sejajar dengan objektif kajian yang telah ditetapkan, tiga soalan kajian yang utama
juga akan ditetapkan dan seperti yang disenaraikan berikut:

a. Adakah teknik VAKT dapat mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran


Matematik murid – murid Tahap 2 di Daerah Kanowit?

d. Apakah persepsi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik yang


berasaskan teknik VAKT?

b. Adakah wujudnya perbezaan tahap keminatan di kalangan murid – murid


Tahap 2 di Daerah Kanowit terhadap pembelajaran Matematik sebelum dan
selepas penggunaan teknik VAKT melalui pemerhatian dalam kelas?
1.5 HIPOTESIS KAJIAN

Lazimnya, hipotesis kajian juga akan ditentukan dan disenaraikan seperti di bawah
sebelum menjalankan proses kajian tersebut. Untuk tujuan itu, hipotesis ini akan
ditentukan dan disenaraikan seperti di bawah:

a. Teknik VAKT tidak dapat mempertingkatkan pencapaian mata pelajaran


Matematik murid – murid Tahap 2 di Daerah Kanowit.

b. Murid tidak suka akan pembelajaran mata pelajaran Matematik yang


berasaskan teknik VAKT?

c. Tiada wujudnya perbezaan tahap keminatan di kalangan murid – murid Tahap


2 di Daerah Kanowit terhadap pembelajaran Matematik sebelum dan selepas
penggunaan teknik VAKT melalui pemerhatian dalam kelas.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Sesungguhnya, kajian yang bakal dilakukan ini adalah sangat penting untuk
mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) mata
pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah terutamanya dalam kalangan murid-
murid Tahap 2 di Daerah Kanowit. Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran
(PdP) ini akan dinilai dari segi tahap penguasaan murid serta pencapaian objektif
pembelajaran dan minat murid dalam mata pelajaran Matematik ini.

(A) Pengkaji

Untuk pengkaji, hasil kajian ini adalah cukup penting untuk menilai keberkesanan
proses pengajaran yang berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan teknik
VAKT dalam mata pelajaran Matematik di kalangan murid Tahap 2 di Daerah
Kanowit. Ia juga dapat menilai sejauh mana pencapaian objektif pembelajaran
tercapai. Pada masa yang sama, pengkaji akan menggunakan keputusan kajian ini
sebagai rujukan untuk mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) untuk mata pelajaran Matematik di masa hadapan.

(B) Guru Matematik

Pada masa yang sama, dapatan kajian ini juga akan dijadikan sebagai sebagai panduan
yang berguna kepada guru Matematik yang lain di sekolah. Hasil kajian ini akan
memberikan panduan kepada semua guru yang mengajar Matematik supaya dapat
mengimplementasikan unsur-unsur kreativiti seperti yang ditekankan dalam
pendekatan pembelajaran berasaskan VAKT di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Matematik di dalam kelas. Oleh itu, keberkesana proses
pembelajaran dan pengajaran (PdP) guru Matematik ini dapat dipertingkatkan.
1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dihadkan kepada pembelajaran murid yang melibatkan murid- murid di
peringkat Tahap 2 sahaja. Sampel kajian ini terbatas kepada murid di tiga buah
sekolah rendah di kawasan daerah Kanowit dan hasilnya cuma melibatkan 60 orang
murid sahaja. Maka, sampel kajian yang digunakan mungkin tidak cukup banyak
untuk memberikan keputusan kajian yang lebih jitu dan tepat lagi.

Kajian dijalankan ini adalah di sekolah kawasan Kanowit sahaja di mana ia tidak
dapat mencerminkan keadan sebenar untuk semua murid sekolah rendah (Tahap 2)
dalam proses pembelajaran untuk mata pelajaran Matematik tersebut. Oleh itu, ia akan
menjejaskan keputusan kajian yang diperolehi.
1.8 DEFINISI OPERASIONAL

Untuk memastikan kajian yang dijalankan lebih difahami oleh semua pihak, pelbagai
istilah yang berkenaan akan dijelaskan dalam bahagian ini.

(A) Keberkesanan

Menurut tafsiran daripada Kamus Dewan (2012), keberkesanan adalah merujuk


kepada perubahan dalam sesuatu tindakan. Keberkesanan dalam kajian ini membawa
perubahan sikap dan pemahaman serta pencapaian objektif murid. Menurut Boon
Poon Ying (2008) keberkesanan sesuatu kurikulum dapat dinilai berdasarkan objektif
pendidikan, metodologi yang diguna, berasaskan falsafah pendidikan supaya dapat
membawa perubahan kepada pelajar dalam pembelajaran.

(B) Pembelajaran

Menurut takrifan daripada Carlson (2017), proses pembelajaran adalah merujuk


kepada perubahan tingkahlaku individu yang dihasilkan oleh pengalaman dan alam
sekitarnya. Pada masa yang sama, Abdul Rahim bin Abd. Rashid (2010) telah
menjelaskan pembelajaran sebagai satu proses di mana seseorang murid atau individu
memperolehi maklumat serta kemahiran baru yang akan digunakan di masa hadapan.

(C) Pemahaman

Tafsiran yang diberikan oleh Kamus Dewan (2012) telah menyatakan bahawa istilah
pemahaman adalah merujuk kepada kecekapan atau keupayaan yang dicapai dalam
sesuatu bidang. Pemahaman dalam kajian ini boleh dirujuk kepada skor gred yang
dicapai oleh murid dalam ujian pra dan ujian pos.
(D) Minat

Menurut Rohani Nasir (1981) minat akan wujud apabila sedar tentang kecenderungan
terhadap pembelajaran Matematik. Ia juga boleh bermaksud tahap kecenderungan
seseorang individu dalam pembelajaran Matematik tanpa paksaan daripada mana-
mana pihak luar.

(E) Pencapaian

Hasan Hamzah (1997) telah menjelaskan bahawa pencapaian adalah apa yang telah
dicapai (dihasilkan atau diperolehi). Dalam kajian ini pencapaian murid merujuk
kepada markah ujian dalam mata pelajaran Matematik.

(F) Teknik Pengajaran VAKT

Boon Poon Ying (2008) telah mengatakan bahawa teknik VAKT merupakan suatu
teknik pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan empat proses yang utama iaitu
penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic) dan sentuhan
(tactile).
1.9 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di sekolah


bukanlan sesuatu perkara yang mudah. Kebanyakan murid adalah gagal untuk
mengimaginasikan konsep Matematik yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh
itu, Kurikulum pendidikan Matematik sangat mementingkan perlibatan murid dalam
proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas. Untuk itu, salah satu
kaedah pengajaran yang mana berdasarkan VAKT akan dipilih untuk mengkaji
keberkesanannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam mata
pelajaran Matematik untuk murid- murid Tahap 2 di kawasan Kanowit.
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publicatin & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Aroff (1997). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan (2007). “Mengusai Penyelidikan Dalam Pendidikan”. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn Bhd

Ausubel, D. P. (1960). The use of advance organizers in the learning and retention of
meaningful verbal materials. Journal of Educational Psychology, 51(5), 267-272.

Bloom. B.S. (1968). Learning for Mastery. Dalam Modul Pembelajaran.Kuala


Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Boon Pong Ying (1998). Diploma Perguruan, Pedagogi 1. Shah Alam: Penerbitan
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Carlson, N.A. (1987). Psychology. The Science Behavior. Allyn & Bacon: Mc Graw
Hill, Boston.

Dworkin, M. S (1959). Dewey on education. New York: Teachers College Press.

Ee Ah Meng (2004). Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Fajar


Bakti.

Fraser.B.J, Griddings.G.J, & Mcrobbie.C.J (1995). Evolution & Validation of a


Personal Form of Instrument For Accessing Science Laboratory Classroom
Environment. Classrooms Science Activities. N.W.Washingtin: Hull Ref
Publication.
Hasan Hamzah (1997). Kamus Melayu Global. Selangor: Piramid Perdana (M) Sdn.
Bhd., m.s. 206

Kamus Dewan (2002). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2002). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman.

Mok Soon Sang (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman.

Anda mungkin juga menyukai