Anda di halaman 1dari 60

Khamis, Oktober 06, 2011

Kesusasteraan Melayu
Apa yang dimaksudkan dengan sastera?
Apakah ciri-ciri yang menandai kesusasteraan Melayu.
Definisi Sastera

Perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit castra yang membawa

maksud kitab suci. Kesusasteraan pula membawa pengertian sebagai segala penghasilan

sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun

melalui lisan dan pendengaran.(Harun Mat Piah et al;2006 hlm 6). Sastera merupakan satu

bidang seni kreatif yang medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi

lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.

Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983:2) yang

mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau

bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang

bersifat kreatif, menurut Ismail Husein (1998:23). Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid

(1997:13) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan

gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan

fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya

yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan

daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh

masyarakat. Menurut Syed Ali Ashraf (1989:36) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang

berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif.


Meneliti pandangan yang diutarakan oleh para sarjana memperlihatkan bahawa

sastera ditandai dengan pelbagai ciri khusus. Justeru, tugasan ini akan membincangkan dan

menjelaskan konsep kesusasteraan, ciri-ciri khusus sastera, kategori serta fungsinya dengan

contoh-contoh yang bersesuaian.

Dalam hal ini perbincangan akan ditumpukan kepada kategori sastera mengikut masa

dan bentuk seperti yang dijelaskan oleh Harun Mat Piah (2003). Untuk maksud ini, beberapa

bahan dan teks sastera akan dirujuk sebagai bahan analisis yang mewakili karya tradisional

mahupun moden. Antara sumber petikan yang akan diketengahkan bagi kategori sastera

tradisional genre prosa ialah dari Sejarah Melayu dan Sastera Rakyat. Manakala rangkap dari

Gurindam Dua Belas akan dikaji untuk mewakili sastera tradisional genre puisi. Sastera

Melayu moden yang berbentuk prosa pula akan diwakili oleh karya-karya Abdullah Munsyi

manakala sajak Kamala yang bertajuk Telok Gong pula akan mewakili puisi Melayu moden.

KONSEP KESUSASTERAAN

Sastera merupakan satu bidang seni kreatif di mana bahasa adalah medium

pengantarnya. Sastera ditandai dengan beberapa unsur khusus yang mampu membentuk

tamadun dan peradaban sesuatu masyarakat selain memperlihatkan sikap dan pandangan

pengarangnya. (Arbaie et al,2008) Secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur

yang berikut:

S Seni bahasa yang indah

A Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarang

S Sensori atau daya sensitiviti pengarang


T Tersurat & tersirat

E Estetika atau keindahan dari segi bahasa

R Realiti kehidupan

A Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang

digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan

kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan

makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan

sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera

juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan

perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi

bersama oleh pembaca. (Arbaie et al,2008 hlm 1) Unsur akaliah ini merupakan langkah

pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu

mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau

sensitiviti mereka. (Arbaie et al,2008 hlm 1) Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat

sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan

masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan

pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada

pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan

dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya

apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.


Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan

kekosongan.(Araie et al,2008 hlm 5) Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan

menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang

berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak

semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna

simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa,

bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika

sesebuah karya itu.

Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-

persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam

masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan

secara halus dan berhemah. (Arbaie,2008 hlm 2)

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk

meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada.

Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri

kehidupan manusia sejagat. (Arbaie et al,2008 hlm 3)

KATEGORI KESUSASTERAAN MELAYU

Dalam kesusasteraan Melayu, pengkategorian sastera dilakukan berdasarkan zaman

atau masa sesebuah hasil sastera itu dikesan atau wujud. (Arbaie et al,2008 hlm 8) Secara
umumnya, pengkategorian sastera akan merujuk kepada tradisional dan moden. Sastera

Melayu tradisional meliputi dua genre iaitu prosa dan puisi. Genre prosa dan puisi tradisional

adalah seperti yang tersenarai:

Prosa Puisi

Sastera Rakyat Pantun

Sastera Pengaruh Hindu Syair

Sastera Zaman Peralihan Peribahasa

Sastera Pengaruh Islam Teromba

Sastera Panji Talibun

Sastera Ketatanegaraan Nyanyian Kanak-kanak

Sastera Undang-undang Jampi Mentera

Sastera Saduran Gurindam Zikir

Cerita Berbingkai Seloka, KitahMasnawi

Manakala bagi kategori Sastera Moden, genre prosa dan puisi moden pula adalah seperti

berikut:

Prosa Puisi

Cerpen Sajak

Novel

Drama

Walaupun kedua-dua sastera tradisional dan moden mempunyai genre prosa

dan puisi, namun, ciri-ciri khusus akan dibincangkan selanjutnya untuk membandingkan
sastera tradisional dan moden.

CIRI-CIRI SASTERA MELAYU TRADISIONAL

Sastera Melayu tradisional merupakan karya-karya yang telah diwarisi secara

turun-temurun. Sastera tradisional disebarluaskan melalui lisan dan memberi gambaran cara

hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Ia bersifat kolektif atau hak milik bersama. Tiada

sesiapa yang tahu siapa pengarangnya dan tidak diketahui tarikh sesuatu sastera itu

dihasilkan. Ianya lahir di kalangan masyarakat masa lampau dan disampaikan secara lisan

dari satu generasi ke satu generasi yang lain kerana pada umumnya masyarakat pada

zaman tersebut masih belum mengenal huruf dan tidak tahu menulis. Penyebaran sastera

Melayu tradisional juga terhad disebabkan khalayak yang terbatas dan bersifat esklusif.

Oleh kerana ianya disampaikan melalui lisan, banyaklah berlakunya perubahan

dan tokok tambah serta penyesuaian. Tema, latar serta watak dalam sastera tradisional

berpusat kepada masyarakat yang mewarisinya dan dipandang tinggi oleh masyarakat

tersebut sehinggakan karya-karya itu dianggap suci dan keramat.

CIRI-CIRI SASTERA MELAYU MODEN

Sastera Melayu Moden pula mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan sastera

Melayu tradisional. Jika sastera Melayu tradisional tersebar melalui lisan, maka sastera

Melayu moden pula disebarkan melalui tulisan. Penyebaran hasil-hasil sastera yang

berbentuk tulisan ini semakin berkembang dengan kehadiran mesin cetak. Penyebaran ini

semakin meluas dan berjaya menembusi masyarakat pembaca yang ramai. Ini berbeza

dengan sastera tradisional yang hanya diketahui oleh golongan tertentu sahaja. Jika sastera
Melayu tradisional terhad kepada sesebuah masyarakat tertentu sahaja yang bersifat

esklusif, sastera Melayu moden pula merupakan sebaliknya. Ianya bersifat individu atau

perseorangan kerana disertakan dengan nama pengarangnya. Ianya tidak lagi bersifat

kolektif atau kepunyaan umum tetapi khusus dimiliki oleh pengarangnya. Bahkan sastera

Melayu moden mempunyai sistem hak cipta terpelihara.

Walaupun ciri-ciri sastera tradisional dan moden ini bertentangan, namun masih

terdapat persamaan dari segi fungsi sesebuah karya sastera itu dihasilkan.

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Menurut Zaba, puisi adalah karangan berangkap yang khas dipakai untuk

melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta

kecantikan bahasa.(Arbaie et al,2008 hlm 9) Pendapat yang sama juga diutarakan oleh

Samuel Taylor Coleridge yang mengemukakan puisi sebagai kata-kata terindah dalam

susunan terindah. (Arbaie et al,2008 hlm10)

Salah satu bentuk puisi tradisional adalah gurindam. Menurut Md Ali Bachik

(2003), gurindam adalah sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama

dimana isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Gurindam juga membawa

erti sesuatu perkara itu berlaku kerana ada penyebabnya dan melalui penyebab itulah

perkara tersebut terjadi.

Gurindam Dua Belas merupakan karya hasil karangan Raja Ali Haji yang

termasyhur. Beliau merupakan seorang sasterawan negara dari Pulau Penyegat, Riau,

Indonesia. Gurindam Dua Belas menyentuh perihal ketuhanan, keagamaan, budi pekerti,
kewajipan antara anak dan ibu bapa dan sebaliknya serta hidup bermasyarakat.

Salah satu tujuan terhasilnya Gurindam Dua Belas adalah untuk menyedarkan

masyarakat tentang pentingnya beragama, berilmu, berbudi pekerti mulia, mentaati dan

menghormati ibu bapa serta banyak lagi. Berikut adalah berapa baris daripada petikan

Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.

GURINDAM DUA BELAS

...

Jika hendak mengenal orang berbangsa,

Lihat kepada budi dan bahasa,

...

Jika hendak mengenal orang yang berilmu,

Bertanya dan belajar tiadalah jemu

...

Apabila anak tidak dilatih,

Ketika besar, bapanya letih.

...

Berdasarkan petikan tersebut, dengan cara mengenali atau mempelajari budi

dan bahasa seseorang itu maka ketahuilah kita akan bangsanya. Budi dan bahasa dalam

baris ini bukan sahaja menyentuh pada sistem linguistik semata-mata tetapi merangkumi

juga sistem budaya dan adat sesebuah bangsa. Cara kita menggunakan bahasa Melayu

akan mempamerkan kelakuan budaya dan taraf sosial kita dalam masyarakat. Seperti kata
peribahasa Melayu, bahasa melambangkan bangsa, bangsa melambangkan budaya. Dari

bangsa seseorang kita akan kenali bahasanya dan dari bahasanya pula, barulah kita kenali

budayanya.

Begitu juga dengan cara mengenali seseorang yang berilmu. Dengan

bermodalkan pertanyaan dan sifat ingin tahu, seseorang yang berilmu itu tidak akan berhenti

untuk mempelajari apa yang tidak diketahuinya. Seseorang yang dahagakan ilmu itu tidak

akan pernah jemu untuk mencarinya walau sejauh manapun seperti hadits yang berbunyi,

menuntutlah ilmu sekalipun sejauh di negeri Cina.

Berdasarkan petikan di atas, Raja Ali Haji juga menyentuh tentang pendidikan

anak-anak. Ianya merupakan nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengabaikan

tanggungjawab mendidik anak-anak dari kecil supaya tidak meletihkan atau menyusahkan

kedua ibu bapanya ketika dewasa kelak. Memang seharusnya, anak-anak dari kecillah yang

perlu diasuh, dididik dan diberi teguran akan tingkah lakunya agar sentiasa berkelakuan baik

dan berbudi bahasa. Jika tidak dilentur buluh dari rebungnya, atau dari kecil lagi, maka ketika

dewasa, segala tingkah laku dan peribadi seseorang itu sukar diubah dan diperbaiki.

PROSA MELAYU TRADISIONAL

Salah satu genre prosa Melayu tradisional adalah sastera rakyat. Sastera rakyat

berfungsi sebagai salah satu wadah hiburan. Ia lazimnya diceritakan oleh tukang-tukang

cerita pada waktu malam untuk menghilangkan penat selepas bekerja di siang hari. Sastera

rakyat juga dikenali dengan nama, penglipur lara. Lazimnya cerita penglipur lara ini diiriingi

dengan alat muzik tertentu (ms 92), ciri umum tertentu seperti berkisar di sekitar istana,

mengenai putera-putera raja yang tampan, gagah, berani dan sakti dan puteri-puteri raja
yang cantik jelita tiada bandingannya seperti dalam contoh Hikayat Malim Deman dan

Hikayat Anggun Cik Tunggal di mana watak-wataknya berpusat kepada anak-anak raja.

Cerita-cerita penglipur lara ini penuh dengan kisah-kisah kesaktian dan dewa dewi. Ini kerana

masyarakat Melayu ketika dahulu mempunyai sistem kepercayaan tradisinya yang amat

ketara perbezaannya jika dibandingkan dengan masyarakat moden sekarang. Justeru itu,

rata-rata penceritaan serta konteks cerita sesebuah karya itu menyentuh kepada unsur-unsur

ghaib, dongeng dan mitos serta alam yang luar biasa. Sepertimana fungsinya sebagai

penglipur lara, cerita ini lazimnya bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati dan

peperangan-peperangan yang terpaksa dihadapi oleh wira dalam mencapai sesuatu tujuan.

Selain hiburan, sastera juga membawa unsur didaktik atau pengajaran. Cerita-

cerita teladan merupakan salah satu sastera tradisional yang berbentuk prosa. Cerita-cerita

ini bertemakan pendidikan moral sama ada berlandaskan peraturan kehidupan sosial dan

budaya atau pengajaran agama. (Arbaie et al,2008 hlm 104) Jika cerita penglipur lara

berkisar kepada anak-anak raja, cerita teladan ini pula lazimnya terdiri daripada manusia

biasa. Kebanyakannya berlatar belakangkan dunia nyata dan menggunakan gaya pertuturan

seharian. Di samping memberikan didikan moral , cerita teladan ini lazimnya memberikan

kesan yang mendalam di jiwa kanak-kanak.

Pastinya ramai kanak-kanak yang mengenali cerita Si Tanggang, Batu Belah

Batu Bertangkup dan Cerita Bawang Putih dan Bawang Merah. Ajaran utama dalam cerita-

cerita teladan ini ialah balasan baik terhadap setiap kebaikan dan sebaliknya seperti mana

yang dapat kita lihat dalam cerita Si Tanggang. Tanggang adalah seorang anak yang tidak

mengenang jasa ibunya dan durhaka. Bukan sahaja Tanggang tidak mengakui ibunya, dia

juga telah menolak ibunya hingga jatuh ketika ibunya berjumpa dengan Tanggang. Anak

durhaka dan biadap terhadap ibunya ini telah akhirnya disumpah menjadi batu. Satu
pengajaran yang cukup meninggalkan kesan betapa mabrurnya doa seorang ibu dan balasan

yang setimpal yang diterima oleh seorang anak yang durhaka.

Pengajaran yang sama juga dapat kita lihat dalam cerita Batu Belah Batu

Bertangkup di mana ibu Melur telah ditelan oleh batu belah kerana kecewa dengan perbuatan

anaknya yang tidak meninggalkan walaupun secebis telur ikan tembakul. Kekecewaan itu

telah mengakibatkan ibunya berlari menyerah diri agar ditelan oleh batu belah.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, pandangan yang diberikan oleh para

sarjana bersifat pelbagai antaranya pandangan Usman Awang yang mengaitkan sastera

sebagai hasil tulisan yang mencerminkan kehidupan manusia. Antara fungsi utama

terhasilnya sesebuah karya oleh seorang pengarang ialah dengan tujuan didaktik atau

pengajaran kepada masyarakatnya. Dalam hubungan ini Usman Awang berpendapat bahawa

sesuatu karya sastera itu bukan hanya untuk tujuan keseronokan sahaja tetapi juga

mengungkapkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Ini juga ditegaskan oleh A. Samad

Said (1996) yang menjelaskan bahawa sastera adalah rasa dan jerit naluri kehidupan

manusia sejagat, ianya merupakan satu refleksi kehidupan yang diterjemahkan secara halus

dan berhemah oleh pengarangnya.

Sastera juga berfungsi memberikan gambaran tentang kehidupan

masyarakatnya. Dalam Sejarah Melayu , Sultan Melaka dikatakan sanggup memenuhi

tuntutan Puteri Gunung Ledang demi mencapai hasrat untuk memperisterikannya. Tuntutan

Puteri Gunung Ledang ialah 7 dulang hati nyamuk, 7 dulang hati kuman, jambatan emas dan

istana di puncak gunung Ledang dan semangkuk darah Raja Muda. Segala permintaan

Puteri Gunung Ledang dapat dilaksanakan oleh Sultan walaupun ianya bermakna

mengorbankan rakyat jelata. Hanya semangkuk darah Raja Muda yang memisahkan Sultan
Melaka daripada mencapai hasrat hatinya. Ini kerana semua yang terlaksana atau yang

dapat dipersembahkan merupakan hasil penat lelah rakyat . Manakala, untuk mengambil

semangkuk darah Raja Muda, adalah satu pengorbanan yang tidak dapat ditunaikan oleh

Sultan Melaka sendiri.

Peristiwa ini juga memberikan gambaran kehidupan masyarakat pada waktu itu

yang terikat dengan kepercayaan, adat dan tradisi selain memperlihatkan sejauh mana

ketaatan rakyat terhadap raja yang disembah. Sultan Melaka mengenepikan belas ihsannya

terhadap masyarakatnya demi mencapai keinginannya memperisterikan Puteri Gunung

Ledang. Peristiwa ini juga memperlihatkan pengabdian rakyat kepada seorang raja sewaktu

dikerahkan membina jejambat emas dari puncak Gunung Ledang.

PROSA MELAYU MODEN

Prosa Melayu Moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama. Dalam

tugasan ini, perbincangan akan tertumpu kepada karya-karya Munsyi Abdullah.

Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13) hubungan

masyarakat dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang terhasil

didorong oleh sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat persoalan,

isu-isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke dalam coretan rasa,

daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran yang terungkap merupakan

luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,keprihatinan serta pengalaman peribadi

pengarang melihat dunia dan masyarakat dari kaca matanya.

Karya-karya Abdullah Munsyi merupakan salah satu contoh yang


memperlihatkan gagasan dan pemikiran pengarangnya. Abdullah Munsyi merupakan seorang

pengarang yang menjalinkan pengalaman, sikap dan pemikirannya dalam semua karya-

karyanya. Berbeza dengan sastera tradisional, karya-karya Abdullah Munsyi bertitik tolak dari

pengalaman pengarangnya sendiri. Beliau memperlihatkan ciri-ciri keindividuan yang tidak

ditemui dalam karya-karya kesusasteraan sebelumnya. Abdullah Munsyi merupakan orang

yang pertama mencatatkan pengalaman kehidupannya serta pelayarannya pada ketika itu.

Jika sastera melayu tradisional menampakkan unsur-unsur didaktik serta

cerminan kehidupan, sastera melayu moden umumnya serta karya-karya Abdullah Munsyi

khususnya, pula menyentuh kepada kritikan sosial masyarakatnya.

Dalam Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah, ada disebutkan tentang sikap orang

Melayu yang tidak menghiraukan bahasa mereka sendiri.

Adalah suatu hairan akan sebab melihatkan dan memikirkan hal


orang Melayu ini, belum sedarkan dirinya tinggal dalam bodohnya itu,
oleh sebab tiada mahu belajar bahasanya sendiri, tiada mahu
menaruh tempat belajar bahasanya itu: maka mustahil pada akal,
adakah orang yang tiada belajar boleh menjadi pandai sendirinya.
(Hikayat Abdullah, 1963)

Abdullah Munsyi tidak membenci orang-orang Melayu tetapi beliau tidak

mengerti tentang sikap dan perilaku orang Melayu sendiri terhadap bahasanya yang

diabaikan. Beliau juga mengutarakan persoalan tentang bahasa Melayu yang akan pupus jika

tidak dimartabatkan oleh bangsa Melayu itu sendiri.

Keberanian Abdullah Munsyi mengkritik masyarakat Melayu khususnya pada

ketika itu disebabkan beliau mendapat naungan Inggeris. Ini bermakna, beliau bebas dari

cengkaman feudal dan tidak terikat dengan lingkungan istana. Oleh itu, beliau berani
memberikan pendapat serta pandangannya terhadap permasalahan orang Melayu ketika itu.

Bahkan beliau juga mengakui karya serta kritikan yang ditulisnya dengan membubuhkan

nama beliau sebagai pengarang karya-karyanya. Ini bermakna, beliau memikul

tanggungjawab tentang apa yang dikaryakan.

Berbeza dengan sastera melayu tradisional, Abdullah Munsyi tidak

mengabaikan tanggung jawabnya terhadap masyarakatnya. Beliau bukan sahaja

memberikan penyedaran kepada masyarakatnya tetapi dengan berani mengolak langkah

mengusulkan beberapa cadangan serta huraian demi mengatasi masalah yang dihadapi.

PUISI MELAYU MODEN

Selain daripada memberikan pengajaran atau hiburan kepada masyarakatnya,

sastera juga berfungsi sebagai satu wadah untuk berkomunikasi tentang kebenaran. Dengan

adanya kepekaan dan sensitiviti dari para penyair, segala peristiwa sosial yang berlaku di

dalam masyarakatnya akan mencetuskan peluang terhasilnya puisi moden yang bertujuan

mendedahkan tentang kebenaran kepada masyarakat pembaca. Penangkapan Hamid Tuah

dan petani-petani miskin oleh kerajaan kerana dikatakan meneroka tanah secara haram di

Telok Gong pada tahun 1967 telah mencetuskan kesan yang mendalam kepada para penyair.

(Arbaie et al,2008 hlm 39) Suara protes dapat dilihat dalam petikan sajak Kemala bertajuk

Telok Gong yang berikut:

Rumah dan tanah saudara, meski buruk

Adalah istana indah kebebasan jiwa

Lihatlah sepuasmu kibaran bendera negara

Dan tanah-tanah rahsia bekas pengkhianatan


Membikin kami lebih berani bertindak

Kami tuntut keadilan! Keadilan yang merata

Suara protes penyair yang diungkapkan dalam sajak bertindak balas sebagai

tanda ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan yang dianggap tidak bertimbang rasa

kepada golongan bawahan.

Begitu juga dengan sajak-sajak yang dihasilkan dalam tahun pemerintahan

Jepun. Rata-rata sajak yang dicipta meniupkan semangat perjuangan dan menyeru kepada

masyarakat umumnya agar menggunakan peluang keemasan yang ada untuk

memperjuangkan hak mereka. Semangat perjuangan yang sedia ada dalam masyarakat

Melayu semakin teguh. Kesediaan mempertaruhkan diri dan sama-sama menegakkan pertiwi

serta cita-cita politik Jepun memberi satu kesedaran dalam masyarakat Melayu.

RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan, didapati bahawa kesusasteraan dapat dirujuk

sebagai hasil karya yang mempunyai mesej dan pemikiran tertentu. Sesebuah hasil karya

adalah pancaran dari kehidupan masyarakat. Selain itu , karya sastera juga dapat

dikategorikan mengikut genre. Setiap genre itu ditandai dengan ciri-ciri khususnya.

Setiap karya mempunyai mesej dan fungsi untuk mendidik dan membina

keperibadian ahli-ahli masyarakatnya. Setiap bahagian daripada unsur dan fungsi di

dalamnya mempunyai makna dalam teks karya selain berfungsi dalam kehidupan

masyarakat.
Arbaie Sujud. 2008. Sastera Melayu Suatu Pengantar . Kuala Lumpur : Tinta Press

Sdn Bhd.

Harun Mat Piah et al. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

ESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU

GENRE KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MELAYU

Pengenalan

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya."
Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala
pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk
lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak
terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu
yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa
dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang
dipertuturkan oleh mereka sendiri.
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan
merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran
Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula
diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu
diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat
menghayati, menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam
bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan
masyarakat.
Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi
pendedahan bahan-bahan sastera seperti;

i. Pantun

Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang
diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi
persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang
maksud yangmengandungi banyak perlambangan.

ii. Syair

Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun
Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair
Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini
melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.

iii. Perambahan

Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia
mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang
bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar
maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.

iv. Hikayat

Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang
Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, dan
banyak lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.

v. Cerpen

Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga
telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen
yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal
Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas,
terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi, sastera
epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru untuk
menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar
PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

Konsep Pendekatan

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi


melaksanakan sesuatu tugas, (Kamus Dewan,2003). Definisi yang diberikan oleh Kamus
Dewan sememangnya umum, penulis memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi
yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau konflik yang timbul dan berbagai-bagai
lagi.
Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan
pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal
mendekati. Bagi lebih memahami, kita lihat contoh terdekat dengan kita iaitu objektif
pembelajaran. Bagi mencapai objektif pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan
beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan muridnya. Menurut
Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari
elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori
pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih mudah
ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk
mencapai objektifnya.

Kaedah Pengajaran

Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan

P&P secara sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-langkah P&P

disusun rapi dan kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau

berfokus untuk menghasilkan proses P&P yang berkesan.

Mangantar Simanjuntak 1982: 72


Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-

peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu
Kaedah Struktural

Rajah 1: Kaedah Struktural


Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah
paling awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan
memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan
penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya.
Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
tema
persoalan
latar
plot
sudut pandangan
watak perwatakan
gaya bahasa
simbol / lambang
bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di
samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji
elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam
diri, imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini
membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.

Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan
sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk
memudahkan lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan
secara langsung dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya
terhasil karya yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini


akan dapat dikesan apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya
kesusasteraan.
Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan
pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui
melalui analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural:

Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot,


watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk
keseluruhan karya. Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan
perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan
menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara
mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang
diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan


kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru.
Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan
itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM)
tidak dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan
perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.

Definisi Kaedah Global

Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama.
Kaedah ini mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana
meliputi kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya
kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global
Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-
aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.
aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.
aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global


1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.
2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.
3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti
di atas untuk lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-
lakonan berasaskan gambar
lakonan berasaskan skrip
lakonan guna topeng
lakonan guna cerita berlagu

Teknik Pengajaran

Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara

sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan

menarik dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai

oleh murid. Kemahiran guru dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan

menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam kelas dan pembelajaran

memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.


Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak

menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan

pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat

pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan.

Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera.

Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara

karya sastera itu dipersembahkan.

Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang

kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan

murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada

murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang

dimaksudkan adalah seperti berikut;

(a)Teater Pembaca

(b) Teater Bercerita

(c) Persidangan Meja Bulat

(d) Monodrama

(e) Balang Kaca

(f) Stesen
(g) Kerusi Panas

(h) Peta Minda

(i) Improvisasi

(j) Mestamu

(k) Dekon

(l) Adaptasi

GRAFIK PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS SASTERA MELAYU


PENGGUNAAN KAEDAH GLOBAL DAN TEKNIK MONODRAMA DALAM P&P
KESUSASTERAAN MELAYU
NOVEL 6:20

Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah dari teori-teori kritikan sastera yang
melihat kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam novel, 6:20 oleh Siti
Jasmina Ibrahim, saya akan menggunakan kaedah Global dan Teknik Monodrama dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Global
Kaedah global merupakan kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini
mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi
kepandaian dan kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah
ini dilakukan secara bebas.
Dalam melaksanakan kaedah ini murid-murid perlu membaca dan menghayati novel
tersebut. Murid-murid juga perlu mencari persoalan yang menarik dalam novel itu. Kemudian,
murid-murid diminta berlakon dengan mengguna skrip yang dibina dengan mengguna Teknik
Monodrama.

Teknik Monodrama.
Monodrama merupakan karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Ia
merupakan salah satu teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk
melakonkan watak-watak yang dipilih dalam sesebuah novel atau cerpen. Seseorang pelakon
itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di dalam novel atau cerpen yang dipilih oleh
guru. Maka, seseorang pelakon itu perlu membaca dan menghayati sesebuah novel yang
dibacanya.
Pelakon perlu berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan
tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasar lakonan itu, murid lain dapat menilai
perwatakannya dan perwatakan individu lain. Oleh itu, sebelum melakonkan semula watak-
watak yang dipilih, guru dan murid perlu menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan
dihayati. Hal ini, boleh mendidik murid-murid bertutur dengan intonasi yang sesuai dengan
satu-satu situasi.

Sinopsis Novel 6:20

Novel 6:20 mengisahkan pelajar universiti yang berusaha untuk menyelesaikan masalah
yang berlaku di daerahnya. Sukma adalah anak pengerusi persatuan penduduk di daerah
itu. Dia anak tunggal dalam keluarga yang berjaya dan berpendidikan. Sukma pelajar yang
aktif dan bijak di kampusnya. Disenangi oleh rakan-rakannya seperti Iskandar, Teja, Jerry,
Alvin dan Rafik.

Sukma berasa hairan apabila setiap pukul 6:20 pagi ada sahaja tetamu yang datang ke
rumahnya. Apa yang lebih menghairankan tetamu-tetamu itu hanya muncul dan tidak mahu
berbicara dan enggan diajak masuk ke rumahnya.

Sukma akhirnya mengetahui ada sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap
memperjuangkan satu gagasan kebebasan mutlak. Jerry kawan baiknya telah menyertai
kumpulan ini. Tambah merisaukan Sukma, sejak Jerry terlibat dengan kumpalan ini,
kehidupannya tidak terurus. Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan
permasalahan ini.

Ruang sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan mengatur agenda. Licik dan sukar
dikesan. Ahlinya adalah terdiri daripada mereka yang terpilih, intelektual dan bijak.

Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu persatu rahsia disebalik gagasan itu. Sukma
mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran
tetamu misteri setiap 6:20 membawa pertemuan demi pertemuan. Tanpa disedari dan
memeranjatkan Sukma mengesyaki ibunya terlibat dalam kegiatan kumpulan ini.

Prosedur Pelaksanaan Teknik Monodrama


Dalam melaksanakan prosedur pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu membuat
perancangan dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksana dengan
lancar. Pada langkah pertama, guru perlu membuat set induksi yang menarik dan sesuai
dengan apa yang hendak diajar. Kemudian, guru perlu menentukan beberapa objektif yang
sesuai untuk dicapai pada hari itu.
Seterusnya, untuk melaksanakan teknik monodrama guru perlu menyuruh murid-murid
membaca karya yang hendak diajar terlebih dahulu (beberapa hari sebelum hari pengajaran).
Contohnya, Novel 6:20. Tujuannya supaya murid-murid memahami dan menghayati isi
kandungan novel tersebut dan mengenali watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut.
Contohnya watak Sukma, Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.
Setelah semua murid membaca, memahami dan menghayati novel tersebut, guru
perlu memilih seorang pelakon untuk melakonkan watak yang terdapat dalam novel tersebut.
Pelakon tersebut mesti memahami dan menghayati watak-watak yang dipilih.
Sebelum melakonkan watak tersebut, guru perlu membantu murid-murid menyediakan
skrip dan menghafal skrip tersebut. Tujuannya agar pelakon tersebut dapat meluahkan rasa
hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
Contohnya, dalam Novel 6:20, guru boleh memilih beberapa watak untuk dilakonkan.
Contohnya watak Iskandar dan watak Rafik. Antara contoh dialog yang diungkapkan oleh
Iskandar ialah;
Kamu sangat kuat Sukma. Sikap kamu yang bersungguh-sungguh dan peribadimu
yang terpelihara telah menyedarkan saya. Saya silap. Saya mahu membantu. (6:20 : 227)
Begitu juga dengan ungkapan Rafik yang ingin menyedarkan Iskandar yang telah memiliih
jalan yang salah;
Istigfarlah Iskandar, kembalilah. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk bertaubat.
Sesungguhnya Allah suka akan orang tua yang bertaubat tetapi Allah amat suka akan orang
muda yang bertaubat. Marilah kita sama-sama bantu ibu Sukma, ya. (6:20 ; 230)
Petikan dialog ini boleh digunakan dalam lakonan semula oleh pelakon yang dipilih.
Pelakon berkenaan perlu menghayati kata-kata ini agar audion dapat menilai akan peranan
watak tesebut. Begitu juga dengan watak-watak lain.

Selepas teknik monodrama ini dilaksanakan, guru boleh membuat beberapa aktiviti
lain yang dapat menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu.

Salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru perlu membentuk beberapa kumpulan
murid untuk membincangkan bagi mencari perkataan berimbuhan dalam bab-bab tertentu.
Kemudian, guru perlu meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan
mereka. Setelah pembentangan, guru perlu memperbetulkan kesilapan murid-murid .

Selain daripada itu, guru boleh mengadakan sesi soal jawab dalam kalangan murid.
Tujuannya untuk menilai kefahaman murid-murid terhadap isi kandungan novel tersebut.

Kemudian, untuk menilai penguasaan murid-murid terhadap nada dan intonasi bahasa, guru
boleh meminta beberapa orang murid membaca dialog yang terdapat dalam novel tersebut.
Jika terdapat kesalahan, guru perlu memperbetulkannya dengan cara menunjukkan contoh
bacaan yang betul.

Akhirnya, guru perlu latihan dan membuat kesimpulan serta rumusan hasil pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu.

Kesimpulan

Sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu
dilaksanakan dengan teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan rancangan pengajaran dan
pembelajaran terhadap penggabungjalinan kemahiran-kemahiran agar pembelajaran lebih
menarik dan berkesan. Selain itu, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka
agar memudahkan murid-murid memahami apa yang diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu
kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka.

Rujukan

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajara
Bahasa dan Sastera.Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Arbaie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala
Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

A s m a h H j O m a r. ( 1 9 8 4 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa


K u a l a L u m p u r : D e w a n Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005).Kamus Komprehensif Bahasa


Melayu.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi
Kerusi & Novel Julia.Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rozaiman Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran


Bahasa.Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distrubutors Sdn.


Bhd.

Sidang Penyusun. (2006).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah Negara Brunei Darussalam.Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

Posted by mofa1190 at 7:32 AM


Reactions:
Object 1

11
4.0 Kesimpulan
Pengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi usaha
melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia. Pembelajaran dapat
mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan sastera boleh melahirkan pelajar
yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan pelajar
menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak langsung melahirkan
pelajar yang suka membaca. Ini kerana di Malaysia, sukar mencari orang yang suka membaca.
Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari aktiviti membaca perlu
disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke sekolah menengah
iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih penting iaitu nilai-nilai kemanusiaan. Ini
dapat diketahui melalui karya-karya atau genre sastera yang dipelajari. Pelajar adalah aset utama yang
memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu khazanah yang bernilai tinggi kerana masih ada
nilai-nilai kesantunan tersembunyi di celah-celah kehidupan masyarakat. Ini adalah salah satu cara
mengangkat darjat bahasa Melayu di peringkat global.

(3060
KOLEKSI ARTIKEL 2

http://cikgulim.blogspot.com/

<MENU UTAMA> <GAMBAR> <ANALISIS> <CERAMAH> <TUGASAN> <ARTIKEL>


<BERITA>
KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARAN
BAHASA MELAYU

Pengenalan

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.-
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor
pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang
seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi
mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yang
bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan
modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilah
penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa
dilakukan.

Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dan kurikulum
pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1988. Dalam
KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadah merealisasikan
matlamat FPK memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranan tersebutlah maka
sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubal dengan menekankan
pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insan yang tidak hanya
unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya.

Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkan pada
tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah melengkapkan program
pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan mata pelajaran wajib
bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil
pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu aspek
kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sastera didapati sesuai digunakan
untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputi mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM
ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkan bahasa pelajar, di samping menimbulkan
kesedaran pelajar terhadap unsur nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui
pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.

Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antara
mata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yang
sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapat
dibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individu yang
mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.

Kesan Positif Penggunaan Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sastera yang
penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan dan bahasanya
bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuan tentang hal-hal
kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolong mengembangkan daya
pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis.
Dalam konteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan penggunaan
bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sastera yang
ditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.

Perkataan drama berasal daripada perkataan dran (bahasa Greek Kuno) yang
bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama juga dapat didefinisikan sebagai
karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupan
dengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkan
realiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek ) berpendapat bahawa drama ialah
peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Menurut
The American Colledge Dictionary dalam kertas kerja seminar Bengkel Penggunaan
Bahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM,
drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimim
atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabang sastera,
drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik, seni bina,
seni busana dan seni tari).

Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untuk
dibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan.
Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip,
dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhah
drama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatu situasi
atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini disebabkan sifat sesebuah
naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiran atau
sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksi dalam
sesebuah drama.
Menurut Omar Mamat(1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenai
kehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuan aktiviti,
iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secara menyeluruh.
Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar merupakan
input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaran pelbagai ilmu
terutamanya dalam pengajaran bahasa.

Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepada kehidupan
yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individu menjadi berani.
Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta oleh gurunya melakonkan
watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Mereka melakonkan cerita kanak-
kanak yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Dengan melakonkan watak-watak
tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadi lebih berani, tidak malu, tidak
gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapan orang ramai.

Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan


teknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaran
bahasa, antaranya:

i) Vokal : Unsur ini adalah latihan pernafasan dan vokal untuk


meletuskan bentuk pengucapan, pertuturan yang jelas, betul dan tepat. Hal ini
sering menjadi masalah kepada pelajar yang sukar menyatakan sesuatu
penyebutan yang baik.

ii) Pengucapan dialog: Ini merupakan latihan pertuturan yang


menekankan beberapa aspek laras bahasa, intonasi dan gaya pengucapan yang
betul dan sesuai dengan latar situasi dalam kandungan sesuatu dialog itu.
Contohnya, situasi orang marah, situasi emak memberikan nasihat kepada
anak, dan lain-lain lagi.

iii) Unsur ekspresi: Unsur ini memberikan latihan kepada pelajar untuk
melahirkan pertuturan yang sesuai dengan gaya atau mimik muka. Sebagai
contoh, mimik muka orang yang riang, berduka, bersedih dan pelbagai mimik
muka yang lain. Pelajar dapat meramal atau meneka mimik tertentu dan
membayangkan bagaimana pertuturan atau bahasa yang akan diucapkan oleh
orang yang berada dalam situasi atau keadaan tertentu.

Menurut beliau lagi, melalui drama pelajar akan didedahkan kepada pemelajaran secara
tidak langsung iaitu melalui aksi. Pelajar diberi peluang bermain dengan gerak badan
yang bermakna. Misalnya, melalui lakonan bisu, pelakon akan menggayakan tangan
mereka untuk makan, pelajar akan menyebut perlakuan pelakon itu. Melalui drama juga,
pelajar dapat mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni muzik, seni lukis, seni
reka cipta dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat diterapkan melalui
aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang semuanya menjurus kepada kemahiran
berbahasa. Melalui teknik berdrama juga, pelajar didedahkan kepada cara
berkomunikasi yang berkesan dan bermakna dan mengikut situasi yang tertentu.

Menurut Lutfi Abas (1987:1), terdapat beberapa kebaikan yang diperoleh melalui
penggunaan bahan sastera dalam pendidikan bahasa. Antaranya termasuklah seperti
yang berikut:

1. Memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini adalah kerana karya sastera itu
adalah karya yang indah dan mempunyai huraian-huraian tentang hal-hal yang
aneh dan ajaib yang telah disusun dalam keselarasan yang jitu dan sekali gus
menyeronokkan pelajar kerana kelucuannya.
2. Karya sastera itu boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut
peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat
kesukaran pelajaran. Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu
untuk membuat pemilihan, penilaian dan penyesuaian bahan yang digunakan.

Menurut Subadrah Nair (1989:135) pula, penggunaan bahan-bahan sastera dalam


pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca
di jiwa pelajar-pelajar. Oleh sebab pelajar-pelajar ingin mengetahui kesudahan sesuatu
kisah atau cerita yang dibaca di dalam kelas, mereka akan membaca novel, cerpen,
drama atau prosa klasik itu dengan penuh minat di perpustakaan atau di rumah. Dalam
jangka panjang, pembacaan yang luas akan menambahkan kemahiran mereka dalam
aspek bacaan dan kefahaman.

Napie Mat dan Noraini Abdullah (ibid), terdapat beberapa kebaikan penggunaan
bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu;

i) Bahan sastera dapat menjadi inspirasi- dapat memupuk dan


membina prihatin manusia kerana bahan sastera menyatakan perasaan dan
membawa pembaca menghayati watak dalam sesebuah karya sastera.

ii) Bahan sastera dapat melahirkan insan yang liberal kerana


dengan mempunyai potensi mendidik, bahan sastera dapat menolong
pembaca memahami kehidupan. Menurut ahli psikologi Bruno Bettelhem,
karya sastera dapat membantu pembinaan sahsiah seseorang.

iii) Bahan sastera juga merangsang pembaca meningkatkan


kebolehan empetik dan kreatif.

iv) Bahan sastera boleh membina perkembangan bahasa. Terdapat


interaksi yang berterusan antara pembaca dengan bahasa tulisan dan lisan.

v) Bahan sastera seperti seni yang lain, memaparkan kehidupan,


menenteramkan keadaan hutu-hara, menerangkan yang gelap dan
mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah.

Berdasarkan aspek kemahiran atau hasil pembelajaran yang ingin diperoleh


seperti yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), yang
menekan aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, penggunaan bahan
sastera seperti drama dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah amat
bersesuaian.

Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Semakan 2003), bidang interpersonal


berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan
kata, frasa, rangka kata, ungkapan dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila.
Penggunaan bahasa dalam bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan
dengan rakan rapat atau orang lain melalui melalui perkongsian idea semasa berinteraksi
sosial atau berurus bagi tujuan komersial. Hasil pembelajaran ini boleh diperoleh
melalui cara berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan
memujuk dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

Menurut Omar Mamat (1995), melalui penggunaan teknik drama dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bahasa, proses interaksi antara pelajar berlaku. Menurut
beliau, bagi sebahagian pelajar proses interaksi adalah satu hal yang sukar dan jarang
dilakukan kecuali dalam keadaan tertentu seperti dengan rakan karib mereka sahaja.
Melalui teknik drama, suasana interaksi antara satu dengan yang lain dapat diwujudkan.
Mereka akan berdialog dan melontarkan suara dengan teratur. Apabila telah wujud
kebiasaan untuk berinteraksi antara satu dengan lain, pelajar mungkin tidak menghadapi
masalah sekiranya mereka ingin berinteraksi dengan kumpulan yang lebih besar.

Selain itu, penggunaan teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
ini mampu melatih setiap murid bekerja dalam satu kumpulan yang lebih besar. Bagi
menjayakan satu persembahan drama misalnya, bilangan pelajar yang terlibat agak
besar. Mereka akan diberi pendedahan bekerja secara berkumpulan , misalnya ketika
proses menghafal skrip, menghayati watak ataupun penggunaan back drop ataupun
penggunaan sesuatu kostum jika lakonan drama itu memerlukan pementasan di depan
khalayak yang ramai. Melalui kerja secara berkumpulan ini, mereka akan lebih mudah
bertukar idea, pengalaman dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Menurut Samat Buang (1996), penggunaan bahan sastera dalam pendidikan


Bahasa Melayu mampu menjadikan pelajar:

i) Meningkatkan dan mengukuhkan ketrampilan berbahasa.

ii) Menghayati karya sastera

iii) Menghayati keindahan bahasa dalam karya sastera dan


menggunakannya dalam penulisan

iv) Menerap dan mengamalkan pengajaran atau nilai positif dalam


kehidupan.

v) Menghasilkan karya sastera sesuai dengan kebolehan masing-


masing

vi) Membina dan memupuk budaya membaca.

Ismail Ahmad (1982:23), pula menegaskan bahawa penggunaan bahan sastera


dalam pendidikan Bahasa Melayu, iaitu melalui bahan kesusasteraan, akan membuka
ruang kepada pelajar untuk melihat dunia yang lebih luas yang bermula dari
pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan
masyarakat dan budayanya.

Menurut Samat Buang (1994), penggunaan bahan sastera dalam pengajaran


bahasa mampu membolehkan pelajar memahami maksud kata dan penggunaannya
dalam pelbagai konteks dan situasi, membolehkan pelajar memahami, mengenal, dan
menggunakan intonasi yang betul dan jelas mengikut pola ayat yang tertentu bagi
menghasilkan sebutan baku dan melatih pelajar menggunakan kata dan ayat dalam
pelbagai situasi.

Selain itu, penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu ini juga berkait rapat dengan Kemahiran Bernilai Tambah(KMT) yang
ditekankan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (semakan
2003). Dalam KMT terkandung Teori Kecerdasan Pelbagai iaitu setiap individu pelajar
tersebut perlu dilatih dengan menggunakan pelbagai kecerdasan yang memang terdapat
di dalam dirinya. Jika dilihat dalam Teori Kecerdasan Pelbagai yang diketengahkan oleh
Howard Gadner terdapat lapan kecerdasan yang tedapat dalam diri individu pelajar itu
sendiri, iaitu kecerdasan verbal-lingusitik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan
visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal,
kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis.
Jika diperhatikan kelapan-lapan jenis kecerdasan ini mampu dimanipulasi oleh
pelajar melalui penggunaan bahan drama dalam pembelajaran bahasa. Kecerdasan
verbal-lingusitik misalnya mampu dikuasai oleh pelajar melalui pengucapan dialog
drama yang dilakonkan, ini kerana kecerdasan ini merupakan kebolehan menggunakan
kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat
maklumat, meyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Selain itu,
melalui kecerdasan kinestetik pula, iaitu kebolehan menggunakan badan untuk
menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal
seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan. Ini amatlah menepati
ketika sesuatu situasi pementasan dan lakonan drama itu dilakukan, kebolehan ini
mampu dilakuakan dan ketengahkan oleh pelajar. Demikian jugalah halnya dengan
kecerdasan muzik, interpersonal, intrapersonal naturalis dan logik matematik.

Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003) ada menyatakan


bahawa bidang maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan
menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat
didapati melalui aktiviti mendengar , berbual, membaca serta mengakses
maklumat daripada multimedia. Berdasarkan pengertian di atas, penggunaan bahan
sastera seperti drama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah amat
bersesuaian.
Dalam satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan drama,
murid dilatih menggunakan kemahiran berfikir dalam memahami sesuatu tajuk sebelum
suatu drama itu dilakonkan. Misalnya, murid diminta meneliti skrip yang diberikan
sebelum cuba mendalami dan memahami segala perkara yang ingin disampaikan oleh
pengarang kepada audien dan agar perkara yang ingin disampaikan itu berjaya sampai
kepada sasaran khalayaknya, murid tadi perlu mendalami dan berusaha mencari segala
bentuk maklumat yang berkaitan dengan watak yang dibawanya.

Menurut Omar Mamat (ibid), cara pengajaran Bahasa Melayu dengan


menggunakan teknik drama dapat melatih pelajar mengembangkan idea, iaitu menerusi
jalan cerita atau berdasarkan gerak laku sesuatu watak. Teknik mimos, improvisasi, main
peranan dan beberapa teknik lagi memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan
sebuah cerita melalui karangan atau pembinaan ayat.

Di samping dapat mengalami dan menghayati setiap watak atau peranan yang
dibawa apabila seseorang murid itu terlibat dalam melakonkan sesuatu watak drama,
pelajar yang hanya terlibat sebagai penonton juga berupaya mengenal pasti setiap idea
atau gagasan yang ingin disampaikan dan mampu menilai pengajaran atau nilai murni
yang ingin disampaikan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Hal ini secara tidak
langsung dapat menyatakan yang bahan sastera tersebut bukan sahaja berperanan
sebagai hiburan malahan juga sebagai pendidik.

Abdul Ghalib Yunus (1996), menyatakan dalam sastera yang berbentuk prosa
moden dan klasik banyak terdapat gambaran tentang adat istiadat, world view dan
kebudayaan masyarakat Melayu. Jadi penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran
Bahasa Melayu secara tidak langsung akan mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan
kebudayaan orang-orang Melayu. Begitu juga, bahan sastera yang ditulis dalam dan
mempunyai hubungan dengan masyarakat Cina atau India jika didedahkan kepada
pelajar Melayu, akan membolehkan mereka mengenali dan memahami kebudayaan
kaum-kaum tersebut.

Oleh yang demikian, penggunaan bahan sastera seperti drama dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa mampu mendedahkan pelajar kepada pelbagai maklumat
berkaitan dengan segala yang berlaku di dunia sebenar.

Hasil Pembelajaran Estetik

Bidang Estetik dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (semakan 2003),


berfokus pada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan
bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran
perasaan, membuat apresiasi dan penghayatan. Hasil pembelajaran yang perlu dikuasai
dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif.

Berdasarkan pernyataan di atas, penggunaan drama dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu amatlah bersesuaian. Melalui penggunaan drama dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar didedahkan dengan aspek
penghayatan dan keindahan sesuatu karya drama itu. Hal ini dapat kita lihat secara jelas
apabila kita melibatkan pelajar sepenuhnya dalam pementasan sesebuah drama. Para
pelakon yang memegang sesuatu watak itu perlulah menghayati peranan yang
dibawanya, menikmati perjalanan pemikiran yang ingin disampaikan oleh drama
tersebut agar segala lakonan yang mereka bawa mampu pula dihayati dan dinikmati dan
dirasai oleh para audien. Hal yang demikian secara tidak langsung para pelajar yang
terbabit mampu menghayati dan mengarap setiap nilai dan pengajaran yang mereka
peroleh dalam drama dan mengaplikasikan dengan dunia sebenar.

Selain itu, Menurut Omar Mamat melalui pengunaan drama dalam pengajaran dan
pembelajaran ini juga, pelajar berupaya mempelajari gabungan pelbagai seni seperti seni
muzik, seni lukis, seni reka cipta, dan seni penulisan skrip. Semua kemahiran ini dapat
diterapkan kepada pelajar melalui melalui aktiviti bernyanyi, berpantun, bersyair yang
semuanya menjurus kepada kemahiran berbahasa. Pelajar dapat melakonkan sesuatu
peristiwa juga berdasarkan lakonan atau reka cipta yang dicipta sendiri atau bahan sedia
ada. Selain berlakon dengan skrip yang disediakan, pelajar turut diajar mencipta atau
menulis skrip sendiri.

Menurut beliau lagi, drama adalah cerita yang dilakonkan. Cerita ini mungkin
peristiwa benar yang dilihat, atau dialami oleh manusia. Ketika menjalankan aktiviti
drama, pelajar dilatih menggunakan kemahiran berfikir, menyusun ayat atau dialog, dan
menyampaikannya dalam lakonan berdasarkan situasi sebenar. Latihan bermain dengan
bahasa ini adalah satu proses yang pemelajaran yang menarik minat pelajar terhadap
pelajaran mereka, di sinilah timbulnya unsur keindahan atau estiteka ataupun
keseronokan dalam diri pelajar.

Melalui penggunaan bahan drama dalam aktiviti pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu ini juga, pelajar didedahkan dengan keindahan bahasa
yang digunakan. Hal ini dapat kita perhatikan melalui penggunaan puisi dan kata-kata
indah yang sering kali digunakan dalam drama. Misalnya penggunaan sajak, syair,
nazam, pantun dalam drama mampu mendedahkan pelajar tentang unsur- unsur
keindahan dalam sesebuah karya itu dan mampu menambahkan lagi penghayatan pelajar
dalam sesebuah karya drama.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004), penggunaan bahan sastera (KOMSAS)


dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu merupakan manifestasi kesenian
melalui media bahan yang kreatif dan indah. Melaluinya , pelajar berpeluang menikmati
kehalusan dan keindahan penciptaan hasil karya yang terpilih, seterusnya membantu
pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka terhadap persoalan kehidupan sejagat.
Kenyataan ini amat bersesuaian dengan penggunaan drama dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu kerana pelajar perlu mengalami dan menghayati setiap
pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui penghayatan bahan drama.

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan penggunaan bahan drama dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu melahirkan unsur estetika dalam
diri pelajar itu sendiri dan ini secara tidak langsung membuktikan sifat sastera itu
sendiri yang mempunyai unsur keindahan yang mampu dinikmati dan dihayati di
samping peranan sastera itu sebagai penghibur.

RUMUSAN

Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita perhatikan bahawa


penggunaan unsur sastera terutama genre drama dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu mampu meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan pelajar. Kesan
ini tidak hanya mampu kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor pelajar
tersebut tetapi mampu juga meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan
kognitif pelajar tersebut.

Di samping itu, sastera juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu ke


dalam bentuk yang lebih kreatif dan imaginatif untuk dihayati oleh pelajar. Oleh yang
demikian, hal ini akan mampu membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek
tidak kira jasmani, rohani, emosi mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Keseluruhannya , dapat kita tegaskan di sini, penggunaan bahan sastera dalam


pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu seperti yang terdapat dalam Huraian
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah sememangnya meninggalkan
kesan yang positif dalam diri pelajar terutama dalam melahirkan modal insan yang
mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan negara pada masa akan
datang.

Anda mungkin juga menyukai