Anda di halaman 1dari 133

Ulang kaji Tajuk-Tajuk Karangan Bahagian ABC

Bahagian A mengikut tema

Tema Sekolah

1. Hari Gotong-royong / Amalan Gotong-royong


2. Hari Guru
3. Hari Kanak-kanak
4. Hari Kebangsaan / Aktiviti sempena Hari Kemerdekaan
5. Hari Anugerah
6. Hari Sukan /
7. Hari Kantin
8. Hari Kokurikulum
9. Hari Raya
10. Pusat Sumber
11. Pertandingan-pertandingan /

Tema Masyarakat / Keluarga Tema Kegunaan / Faedah / Kepentingan


1. Di stesen bas 1. Kegunaan air
2. Gotong-royong 2. Kegunaan pokok pisang
3. Majlis perkahwinan 3. Kegunaan pokok balak
4. Rumah terbuka 4. Kegunaan pokok buluh
5. Menziarahi Jiran 5. Kegunaan komputer
6. Membantu jiran berpindah 6. Kegunaan telefon bimbit
7. Membina jambatan / rumah 7. Faedah membaca surat
khabar
8. Program anti-denggi / 8. Faedah menyertai gotong-royong
9. Sukaneka 9. Kelebihan sukan / riadah
10. Membantu mangsa banjir 10. Membaca Jambatan Ilmu
11. Suasana di Kaunter 11. Mematuhi peraturan di pusat sumber
12. Gaya hidup sihat 12. Mematuhi peraturan di kantin
13. Pemakanan seimbang 13. Mematuhi peraturan di padang
14. Halaman rumah 14. Kepentingan kokurikulum
15. Ruang tamu 15. Kepentingan menabung
16. Berkelah 16. Kegunaan getah / kelapa sawit / rotan
/
17. Aktiviti bersama keluarga kelapa

Tema Cara-cara
1. Cara-cara menjaga kebersihan diri
2. Cara-cara menjaga kesihatan diri
3. Cara-cara menjaga alam sekitar
4. Cara-cara membentuk keluarga bahagia
5. Cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya / keselamatan diri
6. Cara-cara menjaga keselamatan di rumah
7. Cara-cara menjadi murid yang cemerlang
8. Cara-cara membuat layang-layang
9. Cara-cara membuat tabung
10. Cara-cara menceriakan kelas
11. Cara-cara mengisi masa lapang
12. Cara-cara berjimat cermat
13. Cara-cara belajar dengan berkesan
Bahagian B ( Ulasan umum / cara-cara / langkah-langkah )

1. Kepentingan kokurikulum 11. Hari Kebangsaan


2. Kelebihan sukan / riadah 12. Pusat sumber
3. Membaca Jambatan Ilmu 13. Satu majlis / program di sekolah
4. Gaya Hidup Sihat 14. Keselamatan Jalan raya
5. Pemakanan Seimbang 15. Keselamatan diri
6. Cara-cara mengisi masa lapang 16. Cara Belajar
7. Cara-cara menjadi murid cemerlang 17. Alam sekitar
8. Cara-cara menjaga kesihatan 18. Kebaikan menabung
9. Amalan Jimat cermat 19. Faedah bersenam
10. Gotong-royong

TOPIK PENTING KARANGAN BAHAGIAN C 2018

1. Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan ( Fakta / Syarahan )


2. Kebaikan Amalan Bergotong-Royong ( Fakta / Syarahan )
3. Kepentingan Kokurikulum ( Fakta / Syarahan )
4. Kepentingan / Kebaikan Sains dan Teknologi ( Fakta / Syarahan )
5. Kepentingan Komputer Kepada Murid ( Fakta / Syarahan / Dialog )
6. Kepentingan Hobi ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
7. Kepentingan Air ( Fakta / Syarahan / Dialog )
8. Kepentingan ICT ( Fakta / Syarahan / Dialog )
9. Kelebihan Bersukan ( Fakta / Syarahan / Dialog )
10. Kelebihan Melayari Internet ( Fakta / Syarahan / Dialog )
11. Faedah Mendengar Radio ( Fakta / Syarahan / Dialog )
12. Faedah-Faedah Mengikuti Kelas Tambahan ( Fakta / Syarahan / Dialog )
13. Faedah-Faedah Bersenam ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
14. Faedah-Faedah Menabung ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
15. Faedah- Faedah Membaca Surat khabar ( Fakta / Syarahan / Dialog )
16. Faedah-Faedah Berkebun ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
17. Faedah Lawatan Sambil Belajar ( Fakta / Syarahan )
18. Faedah Membaca ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
19. Cara-cara Membalas Jasa Guru ( Fakta / Syarahan / Dialog )
20. Cara-Cara Hendak Menceriakan Kelas ( Fakta / Syarahan / Dialog )
21. Cara Menjadi Murid Yang Cemerlang ( Fakta / Syarahan )
22. Cara-cara menjaga Kemudahan Awam ( Fakta / Syarahan )
23. Cara-cara Mengisi Masa Lapang ( Fakta / Syarahan )
24. Cara-cara Menghormati Ibu bapa / Guru / Orang Tua ( Fakta / Syarahan )
25. Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia ( Fakta / Syarahan )
26. Cara-cara Memelihara Alam Sekitar ( Fakta / Syarahan )
27. Cara-cara Menjaga Kesihatan ( Fakta / Syarahan )
28. Cara-cara Berjimat Cermat ( Fakta / Syarahan )
29. Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri ( Fakta / Syarahan / Dialog )
30. Langkah-langkah Menjaga Kebersihan Diri ( Fakta / Syarahan / Dialog )
31. Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
32. Sebab-sebab Murid Perlu Mematuhi Peraturan Sekolah ( Fakta / Syarahan / Dialog )
33. Aktiviti di Sekolah ( Minggu Bahasa / Bengkel Kecemerlangan Akademik / Majlis
Perpisahan /
Hari Sukan / Perkhemahan / Sambutan Hari Kanak-kanak / Hari Kantin / Hari
Kebangsaan / Hari Guru dan lain-lain aktiviti yang diadakan di sekolah ) ( Laporan
/ Berita / Catatan / Cerita )
34. Aktiviti Semasa Cuti Sekolah ( Cerita )
35. Amalan Budi Bahasa ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
36. Barangan Buatan Malaysia ( Fakta / Syarahan /
Dialog )
37. Gaya Hidup Sihat ( Fakta / Syarahan / Dialog )
38. Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan ( Cerita / Catatan )
39. Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan ( Cerita / Catatan )
40. Pengalaman Manis bersama-sama dengan keluarga ( Cerita / Catatan )
41. Pengalaman Melawat Pameran Buku ( Cerita / Catatan)
42. Lawatan ke Rumah Kebajikan ( Cerita / Catatan )
43. Perkelahan yang Menarik ( Cerita / Catatan )
44. Biografi ( Bapa / Guru / Ibu / Sahabat Karib) ( Cerita )
45. Tokoh Yang Dikagumi ( Cerita )
46. Temu ramah / Wawancara ( Dialog )
47. Cerita Tindakan / Situasi ( Cerita )
48. Melengkapkan Cerita Awal ( Cerita )
49. Melengkapkan Cerita Akhir ( Cerita )
Tajuk 1 ( Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan )

Murid-murid digalakkan belajar secara berkumpulan. Tulis sebuah karangan tentang


kebaikan belajar secara berkumpulan. ( Fakta )

Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran. Kebiasaannya ahli
kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang. Mereka bebas memilih tempat untuk
belajar sama ada di rumah, sekolah ataupun perpustakaan.

Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana murid-murid dapat bertukar-tukar


fikiran tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan. Murid-murid juga dapat berkongsi ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan tersendiri dalam menguasai
sesuatu mata pelajaran. Kebiasaannya mereka lebih seronok belajar secara berkumpulan.

Selain itu, murid-murid juga dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas.
Rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih faham dapat membantu mereka. Suasana
pembelajaran yang ceria dapat merangsang murid-murid untuk mencapai kejayaan. Belajar
secara berkumpulan juga dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat menghilangkan kebosanan dan


menjimatkan masa. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan akan membaca tajuk yang berlainan.
Nota-nota ringkas yang dicatat ketika perbincangan lebih mudah diingati ketika mengulang
kaji pelajaran. Justeru, murid-murid akan berasa lebih yakin pada diri sendiri.

Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan


silaturahim sesama rakan. Keselamatan diri juga terpelihara kerana mereka sering membantu
antara satu dengan yang lain. Mereka juga tldak bersendirian terutama dalam perjalanan pergi
dan balik ke tempat perbincangan. Mereka yang belajar secara berkumpulan mempunyai satu
matlamat dan akan belajar bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya, belajar secara berkumpulan banyak kebaikannya. Belajar secara


berkumpulan membolehkan murid memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, guru
hendaklah menggalakkan murid-murid untuk belajar secara berkumpulan.

Tajuk 1.1 ( Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan )


Murid-murid digalakkan belajar secara berkumpulan. Tulis sebuah karangan tentang
kebaikan belajar secara berkumpulan. ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji
Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong
Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan
yang saya kasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan”.
Hadirin yang saya kasihi,
Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran. Kebiasaannya
ahli kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang. Mereka bebas memilih tempat untuk
belajar sama ada di rumah, sekolah ataupun perpustakaan.
Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana murid-murid dapat bertukar-tukar
fikiran tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan. Murid-murid juga dapat berkongsi ilmu
pengetahuan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan tersendiri dalam menguasai
sesuatu mata pelajaran. Kebiasaannya mereka lebih seronok belajar secara berkumpulan.
Selain itu, murid-murid juga dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas.
Rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih faham dapat membantu mereka. Suasana
pembelajaran yang ceria dapat merangsang murid-murid untuk mencapai kejayaan. Belajar
secara berkumpulan juga dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang.
Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat menghilangkan kebosanan dan
menjimatkan masa. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan akan membaca tajuk yang berlainan.
Nota-nota ringkas yang dicatat ketika perbincangan lebih mudah diingati ketika mengulang
kaji pelajaran. Justeru, murid-murid akan berasa lebih yakin pada diri sendiri.
Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama rakan. Keselamatan diri juga terpelihara kerana mereka sering membantu
antara satu dengan yang lain. Mereka juga tldak bersendirian terutama dalam perjalanan pergi
dan balik ke tempat perbincangan. Mereka yang belajar secara berkumpulan mempunyai satu
matlamat dan akan belajar bersungguh-sungguh.
Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan banyak kebaikannya. Belajar secara
berkumpulan membolehkan murid memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, guru
hendaklah menggalakkan murid-murid untuk belajar secara berkumpulan.
Sekian, terima kasih.

Tajuk 2 ( Kebaikan Bergotong-royong )

Tuliskan karangan yang bertajuk “Kebaikan Bergotong-royong”. ( Fakta )

Bergotong-royong bermaksud tolong-menolong dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu


perkara. Bergotong-royong adalah amalan penduduk setempat sejak dahulu lagi. Terdapat
banyak kebaikan amalan bergotong-royong.

Dengan bergotong-royong sesuatu kerja dapat disiapkan dengan cepat. Hasilnya juga
lebih baik kerana pelbagai pendapat yang baik akan dapat dibincang dan dilaksanakan.
Contoh amalan bergotong-royong yang sering dilakukan adalah membersihkan balai raya.
Bergotong-royong juga dapat melahirkan perasaan kasih sayang antara jiran tetangga.

Selain itu, dengan bergotong-royong akan dapat menjimatkan kos dan tenaga.
Kebiasaannya aktiviti gotong-royong tidak melibatkan upah. Mereka yang terlibat dengan
aktiviti itu biasanya membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang upah. Gotong-
royong dilaksanakan dalam suasana kekeluargaan.

Bergotong-royong juga dapat melancarkan perjalanan sesuatu majlls. Contohnya,


majlis kenduri dan majlis perkahwinan. Sebelum sesuatu majlis berlangsung, pihak tuan
rumah akan merancang dan membahagikan tugas terlebih dahulu. Kerja yang berat menjadi
leblh mudah dan perjalanan majlis itu juga lebih teratur dan lancar.

Melalui gotong-royong juga kita dapat mengukuhkan hubungan dengan jiran


tetangga. Selain itu, dapat memenuhi tuntutan agama agar bersikap baik kepada jiran
tetangga. Jiran itu diibaratkan saudara kita sendiri. Dengan membantu orang lain, kita pasti
mendapat kebaikannya, bak kata pepatah 'Buat baik dibalas baik'.

Kesimpulannya, amalan bergotong-royong inl perlu diteruskan. Amalan ini juga perlu
diamalkan di bandar-bandar. Jadikan gotong-royong sebahagian daripada amalan hidup kita.

Tajuk 2.1 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong”. ( Fakta )

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau
mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja
yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat,


mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih
mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain
menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat
pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi
amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari
ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi
mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika
amalan bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai
rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini
supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan
yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini
dilakukan.

Tajuk 2.2 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong” ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji
Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong
Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan
yang saya kasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang
bertajuk “Faedah-faedah Bergotong-royong”.

Hadirin yang saya kasihi,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan


atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti
kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat,


mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih
mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain
menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat
pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi
amalan yang murni ini.
Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari
ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi
mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika
amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai
rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini
supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan
yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini
dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, akhir kata
daripada saya, amalan bergotong-royong inl perlu diteruskan. Amalan ini juga perlu
diamalkan di bandar-bandar. Jadikan gotong-royong sebahagian daripada amalan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 2.3 ( Laporan Aktiviti Gotong-Royong )

Penduduk tempat kamu tinggal telah mengadakan aktiviti gotong-royong.. Tulis laporan
tentang gotong royong di tempat kamu itu selengkapnya. ( Laporan )

Laporan Aktiviti Gotong-Royong Kampung Parit 9

Pada 24 September yang lalu, penduduk Kampung Parit 9 telah mengadakan aktiviti gotong-
royong membersihkan kawasan taman permainan. Aktiviti gotong-royong tersebut telah
disertai oleh 30 orang penduduk kampung.

Pada pukul 8.00 pagi, semua peserta gotong-royong telah berkumpul di taman
permainan tersebut. Masing-masing membawa peralatan seperti mesin rumput penyapu,
pongkes, dan cangkul.

Ketua Kampung telah membahagikan peserta gotong-royong kepada beberapa


kumpulan kecil. Ada yang ditugaskan untuk memotong rumput, membersihkan longkang,
mengumpulkan sampah, dan menanam pokok di sekeliling taman permainan tersebut.

Setelah diberi taklimat, masing-masing memulakan tugas. Rumput yang telah


dipotong dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam plastik sampah untuk dibuang. Longkang
yang berlumut disental supaya bersih.

Pokok-pokok baharu ditanam supaya dapat meredupkan kawasan taman permainan.


Semua peserta menjalankan tugas yang diberi bersama-sama. Bak kata pepatah, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.

Pada pukul 12.00 tengah hari semua tugas yang diberi siap dilakukan. Masing-masing
menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh kaum ibu. Walaupun letih, semua peserta
gembira kerana taman permainan sudah bertukar wajah. Ketua Kampung mengucapkan
terima kasih kepada anak buahnya dan berharap agar aktiviti ini dapat diadakan lagi pada
tahun hadapan.

Disediakan oleh, 20 SEPTEMBER 2018.

Ayden Hadif
(MUHAMMAD AYDEN HADIF)
Setiausaha Kampung Parit9.

Tajuk 2.4 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Sekolah anda telah mengadakan gotong-royong. Andaikan anda sidang redaksi majalah
sekolah. Anda diminta menyediakan berita lengkap tentang gotong-royong tersebut untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis berita aktiviti gotong-royong tersebut. ( Berita )

SEKINCHAN, 15 Jun - Sekolah Kebangsaan Parit 9, telah mengadakan gotong-royong


secara besar-besaran bersempena Minggu Kebersihan dan Keceriaan sekolah. Sebanyak 700
orang murid dan 60 orang tenaga pengajar yang terlibat dalam gotong-royong tersebut.

Aktiviti gotong-royong yang bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang
itu bertujuan untuk menanam sikap cinta akan kebersihan dalam kalangan warga sekolah.

Persekitaran sekolah bersih dan menarik dengan lukisan-lukisan mural yang


berwarna-warni. Mural dllukis pada dinding dengan pelbagai motif yang bertemakan alam
semula jadi. Puan Hafizah dan Encik Mohd Khairul Lizan selaku guru penasihat Kelab Seni
Lukis telah mengetuai kumpulan melukis mural.

Turut memberikan kerjasama pada hari berkenaan ialah pihak Majlis Daerah Sabak
Bernam. Penyediaan peralatan seperti cangkul, pongkes, dan tong sampah banyak
memudahkan murid-murid.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan
berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh murid-murid. Murid-murid sekolah ini
mudah untuk memberikan kerjasama. Hal ini terbukti dengan kejayaan aktiviti gotong-
royong pada hari ini," kata beliau sewaktu memberikan ucapan sobagai mengakhiri aktiviti
gotong-royong tersebut.

Secara keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini berjalan lancar dan mendapat


pujian daripada semua pihak.
Tajuk 2.5 ( Aktiviti gotong-royong )

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan
aktiviti tersebut. Tuliskan cerita tentang aktiviti gotong-royong yang telah kamu lalui itu.
( Cerita )

Saya, bapa dan kira-kira tiga puluh orang penduduk kampung telah menyertai aktiviti gotong-
royong. Gotong-royong pada tahun ini diadakan sempena sambutan Hari Pekerja. Selain itu,
gotong-royong ini telah dirancang oleh ketua kampung kami sejak tiga bulan yang dahulu.

Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah
berkumpul di luar balai raya. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes.
Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang


dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan balai raya. Kumpulan-kumpulan
kecil ini memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur.

Pada masa yang sama, kaum ibu dan wanita sibuk menyediakan makanan dan
minuman di pekarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan
kari ayam disediakan. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas
telah berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak
letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara semua
yang terlibat menjayakan gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang


mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai
murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat
diperkasakan.
Tajuk 2.6 ( Aktiviti gotong-royong )

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan
aktiviti tersebut. Tuliskan cerita tentang aktiviti gotong-royong yang telah kamu lalui itu.
( Cerita )

Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti
Hari Pekerja. Ketua kampunglah yang menjadi penggerak utama aktiviti gotong-royong ini.

Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar
balai raya. Kami membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes.

Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan
dibersihkan termasuklah taman permainan, surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan
kecil ini bertujuan untuk melancarkan kerja-kerja gotong-royong.

Pada masa yang sama, kaum ibu sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan disediakan. Mereka bersatu hati memasak
makanan beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Kami berkumpul
semula di balai raya untuk berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi
semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara kami.

Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang


mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai
murni sejagat juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk bertambah erat.

Tajuk 3 ( Kepentingan Kokurikulum )

Setiap murid perlu menyertai kokurikulum di sekolah. Tulis sebuah karangan yang bertajuk
“Faedah Menyertai Kokurikulum”. ( Fakta )

Kokurikulum ialah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik
darjah. Persatuan Pengakap, Kelab Sukan dan Rekreasi dan Kelab Pencinta Alam adalah
antara kegiatan kokurikulum yang terdapat di sekolah. Banyak faedah yang diperoleh dengan
menyertai kokurikulum.
Dengan menyertai kokurikulum, masa lapang dapat diisi dengan aktiviti berfaedah.
Kita tidak akan mudah melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti

melepak, merokok dan sebagainya. Setiap masa akan terisi dengan aktiviti yang baik.

Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin kita. Dengan menyertai
kokurikulum, kita akan terdidik untuk menepati masa. Kita juga perlu mematuhi setiap
peraturan yang ditetapkan. Secara tidak langsung, kita menjadi seorang yang berdisiplin.

Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara kawan. Aktiviti yang
diadakan secara berkumpulan memupuk sifat kerjasama antara ahli kumpulan. Kita juga
dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.

Kesimpulannya, setiap murid harus menyedari bahawa aktiviti kokurikulum banyak


faedah. Oleh itu, kokurikulum perlu disertai oleh setiap murid.

Tajuk 3.1 ( Kepentingan Kokurikulum )

Kamu menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah
“Faedah Menyertai Kokurikulum”. Tulis syarahan kamu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji
Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah “Faedah Menyertai Kegiatan
Kokurikulum”.

Hadirin yang saya hormati,

Kokurikulum adalah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan


kokurikulum dibahagikan kepada tiga, iaitu pasukan beruniform, kelab dan persatuan serta
sukan dan permainan. Semua kegiatan kokurikulum ini berfaedah kepada murid.
Bagi kegiatan pasukan beruniform, antara faedahnya ialah meningkatkan tahap
disiplin murid. Selain itu, aktivitinya juga dapat menambah pengetahuan dan persefahaman.
Antara aktivitinya ialah Pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Hadirin yang saya kasihi,

Kelab dan persatuan juga tidak kurang faedahnya. Antaranya dapat memupuk asas
kepimpinan dalam kalangan murid. Contoh kelab dan persatuan ialah Persatuan Bahasa
Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris dan Iain-Iain lagi.

Demikian juga dengan kegiatan sukan dan permainan. Antara faedah aktiviti ini yang
tidak dapat dinafikan ialah meningkatkan tahap kesihatan. Selain itu, kita juga akan mahir
dalam sesuatu acara atau permainan.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum banyak faedahnya yang bukan saja dapat


meningkatkan pencapaian diri malah kesihatan dan persefahaman. Oleh itu, diharapkan
semua murid tidak mengabaikannya.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 3.2 ( Kepentingan Kokurikulum )

Anda memasuki pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan Kegiatan
Kokurikulum”. Sediakan teks syarahan anda . ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji
Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah “Kepentingan Kegiatan
Kokurikulum”.
Hadirin yang saya hormati,

Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum


meliputi unit beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai
aktiviti kokurikulum.

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat menambah ilmu


pengetahuan. Dengan menyertai unit beruniform, murid akan mengetahui tentang aktiviti unit
beruniform tersebut. Ilmu seperti berkawad dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah.
Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid akan diajar cara berkawad dan berkhemah.
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka.
Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan dan melakukan pelbagai aktiviti. Justeru, masa
lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus
dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.

Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan
diberi tunjuk ajar dalam melakukan sesuatu aktiviti. Justeru, bakat murid dapat dikesan dan
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan
dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.

Faedah lain yang boleh dlperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan
mendapat ramai kawan. Hal ini kerana sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika
murid berjaya mewakili sekolah, maka bertambah ramailah kawan mereka. Di samping itu,
murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.

Kesimpulannya, menyertai kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan faedah, Oleh


sebab itu, semua murid perlu menyertai aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri. Pihak
sekolah pula perlu memastikan keselamatan murid semasa beraktiviti.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 4 ( Kepentingan / Kebaikan Sains dan Teknologi )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kemajuan Sains dan Teknologi banyak membawa
kebaikan”. ( Fakta )

Kemajuan sains adalah pembaharuan dalam bidang sains. Kini, bidang sains diajar dengan
meluas di sekoiah-sekolah. Kemajuan sains banyak membawa kebaikan kepada kita.

Kemajuan sains dalam bidang perubatan amat ketara. Dengan adanya perubatan
moden, pelbagai penyakit berbahaya dapat dikesan dengan cepat. Antaranya, penyakit barah,
penyakit jantung dan kencing manis. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk merawat penyakit ini
dan teknik pembedahan yang semakin canggih turut dicipta.

Kemajuan sains juga dapat dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan penternakan.
Hasil pertanian menjadi lebih banyak dan berkualiti. Banyak baka haiwan yang lebih baik
telah dihasilkan seperti lembu, ayam dan kambing. Justeru, hasil pertanian dan penternakan
negara semakin meningkat dan bermutu.

Selain itu, kemajuan sains banyak membantu dalam kehidupan kita seharian. Pelbagai
mesin baru dicipta untuk kemudahan kita seperti mesin basuh, periuk nasi dan komputer.
Penciptaan pelbagai kenderaan memudahkan kita untuk bergerak. Kini, kehidupan kita
menjadi lebih mudah dan selesa.

Ekoran kemajuan dalam bidang sains, kapal angkasa sudah dicipta. Beberapa orang
manusia sudah sampai ke bulan. Pada 10 Oktober 2007, Malaysia berjaya menghantar
seorang angkasawan negara ke angkasa lepas. Selain itu, Malaysia juga telah menghantar
beberapa satelit ke angkasa lepas untuk kemudahan komunikasi.
Sesungguhnya, kemajuan sains banyak membawa kebaikan dalam kehidupan kita.
Oleh sebab itu, kita perlu menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin. Ibu bapa
hendaklah menggalakkan anak-anak mempelajari sains di sekolah dan mendalaminya.

Tajuk 4.1 ( Sumbangan Sains dan Teknologi kepada Manusia )

Anda telah terpilih mewakili kelas dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda
ialah “Sumbangan Sains dan Teknologi dalam kehidupan manusia”. Tulis syarahan kamu
itu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji
Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Sumbangan Teknologi dalam
Kehidupan Harian".

Hadirin yang saya hormati,

Sains dan teknologi banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia. Sains
dan teknologi telah membolehkan manusia hidup dengan lebih selesa juga. Hal ini demikian
kerana banyaknya barang kelengkapan rumah yang dicipta demi memudahkan kehidupan
harian kita.

Sumbangan teknologi tidak terbatas keperluannya. Antaranya, sumbangan sains dan


teknologi dalam bidang pembinaan. Teknologi pembinaan pada masa kini membolehkan
bangunan tinggi, terowong, dan lebuh raya dibina dengan cepat berserta dengan pelbagai ciri
keistimewaan. Bahkan ada antaranya yang dibina dengan merentasi bukit, sungai, dan pinggir
laut.

Dalam bidang komunikasi pula, pelbagai alat seperti telefon bimbit dan satelit telah
direka. Hal ini menjadikan komunikasi antara manusia di seluruh dunia semakin mudah,
murah, dan cepat.

Manakala, dalam bidang industri pula, komputer dan robot telah dicipta bagi
menggantikan fungsi manusia dalam perindustrian. Penggunaan komputer dan robot ini dapat
memudahkan kerja manusia dan mengurangkan tenaga kerja.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sains dan teknologi memberikan sumbangan yang


tidak ternilai dalam kehidupan kita.

Sekian, terima kasih.

Cadangan Isi-isi Penting Kepentingan Sains dan Teknologi


1. Memudahkan urusan manusia
2. Menjimatkan kos
3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

Tajuk 5 ( Kepentingan Komputer kepada Murid )

Penggunaan komputer wajar digalakkan dalam kalangan murid-murid. Tuliskan sebuah


karangan yang bertajuk “Kepentingan Komputer kepada Murid-murid”. ( Fakta )

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi yang penting pada masa kini. Individu yang
tahu menggunakan komputer akan dipandang tinggi ilmu pengetahuannya dalam bidang
teknologi maklumat. Malah, dianggap tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Oleh itu,
murid-murid wajar didedahkan dengan teknologi ini sejak pada peringkat rendah lagi.

Komputer dapat memudahkan proses mengulang kaji pelajaran. Murid-murid dapat


membuat tugasan dan nota dengan lebih kemas. Hal ini disebabkan komputer dapat
menyimpan data yang lebih banyak malah sebarang kesilapan mahupun penambahan dapat
diselenggarakan dengan mudah.

Selain itu, murid-murid dapat melayari internet untuk mencari maklumat tambahan.
Di samping itu juga, murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat serta maklumat melalui e-
mel.

Pengetahuan tentang komputer juga menambah keyakinan diri pelajar untuk bersaing
dalam pelajaran. Contohnya, murid-murid yang mahir dalam menggunakan komputer dapat
bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dengan mudah dan cepat.

Di samping itu, murid-murid yang mahir mengendalikan komputer akan lebih mudah
mempelajari perisian-perisian baru. Pengetahuan tentang perisian-perisian ini akan
memantapkan kemahiran mereka dalam teknologi komputer. Malahan kini, pasaran pekerjaan
amat memerlukan pekerja amat yang mahir dalam bidang pengkomputeran.

Oleh itu, murid-murid hendaklah digalakkan dan disedarkan tentang faedah dan
kepentingan komputer. Banyak faedah yang diperoleh jika tahu menggunakan komputer.

Tajuk 5.1 ( Komputer dan Peranannya )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya’. ( Fakta )


Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir semua
pejabat malah individu memiliki sebuah komputer untuk menjalani kehidupan hariannya.
Jadi, apakah peranan-peranan komputer yang sebenarnya?

Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di


sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak halaman web yang menjadikan subjek pelajaran
sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan komputer yang semakin
meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh itu, komputer berperanan untuk
mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih mudah dan menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudahkan hubungan antara manusia
terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa yang tinggal berjauhan dengan anak mereka kerana
anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan program tertentu di komputer
untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat dengan anak mereka. Jadi, komputer
memastikan hubungan antara sesama manusia itu terus berlaku walaupun faktor geografi
memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa


maklumat terkini dengan cara yang pantas serta mudah. Semua maklumat sudah siap wujud
di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di mana-mana tempat pun
di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang itu memperoleh maklumat yang
betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya.

Kesimpulannya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu


mencapai satu tahap yang memuaskan. Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk
memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat negara
ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat luar.

Tajuk 6 ( Kepentingan / Kebaikan Hobi kepada Murid )

Hobi merupakan kegiatan yang dilakukan ketika masa lapang. Banyak manfaat yang dapat
diperoleh dengan mempunyai hobi. Tuliskan sebuah karangan tentang sumbangan hobi
kepada murid-murid. ( Fakta )

Hobi merupakan kegiatan yang dilakukan ketika masa lapang. Pelbagai jenis hobi dapat
dilakukan oleh murid-murid seperti bersukan, menghasilkan kerja tangan, membaca, menulis
cerpen, dan sebagainya.
Aktiviti hobi menggalakkan murid-murid memanfaatkan masa lapang secara
berfaedah selepas penat menelaah. Masa tersebut akan diisi dengan aktiviti seperti membaca
atau menyertai permainan yang dapat menghiburkan dan menenangkan fikiran.

Hobi juga memupuk kemahiran dalam sesuatu bidang. Murid-murid yang hobinya
gemar menulis dapat memantapkan dirinya dalam bidang penulisan. Tatabahasa dan hasil
tulisannya akan menjadi lebih sempurna.

Selain itu, hobi dapat mengeratkan hubungan persahabatan juga. Murid-murid yang
menggemari hobi bersukan akan melakukan aktiviti riadah seperti bermain bola sepak
bersama-sama dan saling bekerjasama untuk menumpaskan pasukan lawan.

Hobi dapat memberikan kecergasan pada tubuh badan dan kecerdasan pada fikiran
juga. Bermain bola sepak merupakan hobi yang dapat menyihatkan badan. Manakala aktiviti
bermain catur pula dapat mencerdaskan fikiran.

Setiap murid haruslah meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti yang diminati.
Hal ini demikian kerana hobi banyak menyumbang dalam melahirkan golongan murid yang
cemerlang dan gemilang.

Tajuk 7 ( Kepentingan Air )

Tulis sebuah karangan tentang kepentingan air . ( Fakta )

Air sangatlah penting untuk kehidupan di muka bumi yang serba indah ini. Ini
kerana tanpa air tiadalah hidupan. Semua makhluk ciptaan Tuhan memerlukan air untuk
hidup. Manusia sangat memerlukan air untuk hidup.

Manusia memerlukan airuntuk makan, minum, membasuh pakaian dan bermacam-


macam perkara lain. Selain itu, manusia juga menggunakan air sebagai pengangkutan
utama mereka. Contohnya masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak. Merekasangat
bergantung kepada sungai untuk bergerak.
Air juga diperlukan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik. Manusia sangat
memerlukan tenaga hidroelektrik bagi menggantikan minyak dan arangbatu yang semakin
kehabisan. Malaysia telah membina Empangan Bakun di Sungai Rajang bagi menjana
elektrik ke rumah-rumah dan juga kilang-kilang.

Air juga diperlukan tumbuhan untuk hidup. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan akan layu
dan mati. Bumi akan jadi kering kontang jika tiada tumbuhan. Bumi juga akan menjadi panas
kerana kekurangan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Manusia juga akan mati sebab
tiada oksigen untuk bernafas.

Sebagai kesimpulannya, air adalah nyawa bagi semua hidupan di dunia ini.
Oleh itu, kita haruslah menghargai air dengan cara berjimat cermat. Elakkan pembaziran air
supaya jangan menyesal di kemudian hari.

Tajuk 8 ( Kepentingan Teknologi Maklumat )

Tulis sebuah karangan tentang kepentingan teknologi maklumat . ( Fakta )

Pada era globalisasi ini, negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian, kini di negara kita ,terdapat banyak
teknologi maklumat yang masyarakat di Malaysia boleh dapatkan. Contohnya,telefon bimbit
yang sering digunakan untuk mencari pelbagai maklumat secara berterusan melalui internet.
Maklumat yang hendak kita cari semuanya berada  di hujung jari sahaja. Hakikatnya,terdapat
banyak kepentingan teknologi maklumat kepada kita.

  Antaranya ialah kecanggian teknologi maklumat pada masa kini mampu


mempercepatkan untuk kita mencari maklumat yang dikehendaki .Hal ini demikian,
masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai bahan  atau maklumat hanya di internet
atau laman –laman web yang  didapati. Sebagai contohnya, Google yang membolehkan kita
untul mencari pelbagai maklumat hanya dengan satu klik sahaja dan tidak mengambil masa
yang lama seperti mencari bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang memakan banyak masa.
Jelaslah kepada kita bahawa,kecanggihan teknologi kini dapat menjimatkan masa seseorang
itu untuk mencari maklumat serta mempercepatkannya. 

  Selain itu, kita juga dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau
saudara mara yang berjauhan dengan kita. Dengan berbuat demikian, caranya adalah dengan
menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul pada zaman kini seperti
cendawan tumbuh selepas hujan yang boleh memuat naik . Sebagai contohnya, Facebook,
twitter dan instagram yang boleh berkomunikasi  antara satu sama lain dan jika kita rindu
dengan orang yang berjauhan dengan kita juga boleh  menggunakan panggilan video iaitu
secara bersemuka dengan rakan-rakan atau saudara mara kita yang sudah lama tidak
berjumpa.Sememangnya,dengan kemudahan ini, hubungan kekeluargaan tidak akan putus
walaupun berjauhan.   
                                                               Di samping itu,kita juga boleh menggunakan internet
untuk membantu kita dalam pembelajaran. Dengan berbuat demikian ,kerana banyak
maklumat yang mudah didapati dan mempercepatkan kita untuk mencarinya . Misalnya,
mencari maklumat tentang  mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu tips-tips membuat karangan
berformat .Sesungguhnya, kita boleh mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi membantu
dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.

  
     Seterusnya, kita juga dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain.Dengan berbuat
demikian, supaya kita dapat maklumat yang lebih terperinci dan lebih efektif dari laman-
laman web yang berbeza.Buktinya,mengambil isi penting dalam sesebuah karangan yang
sama tajuknya tetapi  berbeza  dari segi kepakaran karangannya. Sesungguhnya, kita boleh
mendapat pelbagai maklumat daripada perkongsian yang telah diberi oleh guru-guru
mahupun pelajar di internet.

     Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan  teknologi kini semakin menjadi rebutan
masyarakat kerana mempunyai banyak kelebihan yang boleh digunakan dan memaikan
peranan yang baik kepada masyarakat. Teknologi maklumat kini seharusnya digunakan
dengan sebaik yang mungkin kerana banyak manfaat yang boleh kita peroleh melalui
teknologi maklumat tersebut .
Tajuk 9 ( Kelebihan Bersukan )

Tuliskan karangan tentang “Kepentingan Sukan”.

Otak yang cerdas terdapat pada tubuh badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa
kesihatan tubuh badan merupakan pemangkin kepada seluruh sistem badan. Oleh itu,
bersukan adalah satu daripada cara untuk menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mengisi masa yang terluang. Hal ini dapat
mengelakkan kita daripada membuang masa dengan sia-sia. Hal ini kerana kita dapat
berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan dengan cara yang sihat. Selain mengeratkan
hubungan sesama kenalan, aktiviti sukan juga dapat mengurangkan masalah sosial.

Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan di sekolah. Pelbagai jenis sukan


disediakan mengikut pilihan murid-murid. Menerusi aktiviti sukan, murid-murid dapat
mengetengahkan kebolehan diri di samping dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah,
negeri atau kebangsaan. Secara tidak langsung, mereka dapat mengharumkan nama sekolah
dan meningkatkan prestasi diri.

Pada zaman ini, sukan dilihat sebagai suatu kerjaya yang dapat memberikan
pendapatan yang lumayan. Misalnya, pemain bola sepak mampu memiliki pendapatan yang
tinggi setanding golongan profesional yang lain.

Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti bersukan banyak faedahnya. Jadikanlah sukan
sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan badan.
Tajuk 9.1 ( Kelebihan Bersukan )

Tuliskan karangan tentang “Kepentingan Bersukan”.

Banyak orang melakukan kegiatan sukan sebagai satu daripada amalan hidup. Mereka
melakukannya kerana menyedari kegiatan sukan seperti senaman dan berjoging,
mendatangkan banyak faedah.

Antara faedahnya ialah dapat menjadikan badan sihat termasuk menguatkan sendi dan
tulang. Sewaktu bersukan badan kita berpeluh. Oleh itu, bahan yang tidak diperlukan badan
dikeluarkan bersama peluh itu.

Apabila badan sihat, otak pasti cerdas. Berikutan itu, kita dapat berfikir secara positif
dan melakukan sesuatu tindakan dengan baik. Ini merupakan satu lagi faedah yang diperoleh
apabila kita bersukan.

Selain meningkatkan daya ketahanan diri, faedah lain ialah dapat menjadikan badan
cantik serta tidak bermasalah. Contohnya, orang yang menghadapi masalah kegemukan,
mereka boleh mengatasinya dengan banyak bersukan.

Satu lagi faedah ialah mewujudkan persahabatan. Dengan bersukan, secara tidak
langsung kita berdepan dengan orang lain. Contohnya, perkenalan sewaktu berjoging
mungkin akan mewujudkan persahabatan yang berterusan.

Dengan pelbagai faedah bersukan seperti yang dinyatakan, sewajarnya masyarakat


negara ini menjadikan sukan sebagai satu daripada kegiatan harian. Untuk mendapat
manfaatnya, bersukan perlulah dilakukan secara berterusan.
Tajuk 9.2 ( Kelebihan / Faedah-faedah Bersukan )

Setiap tahun semua sekolah diwajibkan mengadakan kejohanan sukan tahunan olahraga.
Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita menyertai aktiviti tersebut.

Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan kejohanan sukan tahunan olahraga. Pesta sukan
biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari Ahad untuk memberi peluang kepada ibu bapa
hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.

Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal yang

demikian kerana apabila kita berlari badan kita akan berpeluh. Kesannya kita akan
memperoleh ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.

Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh, pelbagai
kaum turut terlibat dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara tidak
langsung dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.

Penyertaan dalam acara sukan turut dapat menaikkan nama baik sekolah. Oleh yang
demikian apabila kita terpilih mewakili sekolah dan muncul sebagai juara, nama sekolah kita
akan terkenal. Justeru, apabila dewasa, kita terus berusaha untuk mengharumkan nama negara
pula.

Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita.
Jika tidak bersukan, mungkin kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang
menyebabkan kita menjadi 'kacang hantu' dan 'muka tembok'. Kesannya, diri kita tidak
terlibat dengan gejala yang tidak sihat, sekali gus kita tidak berfikiran negatif bagai 'katak di
bawah tempurung.'

Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti berfaedah yang perlu disertai oleh setiap
murid. Dalam usaha menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah
sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti
sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Tajuk 10 ( Kelebihan Internet )

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Internet kepada Murid-murid


Sekolah”. ( Fakta )
Internet ialah rangkaian perhubungan yang banyak digunakan pada masa kinl. Komputer
diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan Internet. Penggunaan Internet telah
mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Melalui Internet, pelbagai maklumat boleh kita peroleh seperti maklumat dalam
bidang sains dan sejarah. Hal ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu
perkara. Maklumat juga dapat dicari dengan cepat berbanding surat khabar. Hanya klik
sahaja, pencarian maklumat dapat dimulakan. Maklumat ini juga sentiasa dikemas kini oleh
pihak yang menerbitkan bahan tersebut.

Selain itu, kita juga dapat berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di seluruh
dunia. Kita dapat menghubungi mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui e-
mel. Ahli keluarga juga dapat menghubungi kita. Hal ini dapat menjimatkan kos dan mesej
dapat disampaikan dalam masa yang singkat berbanding melalui surat.

Melalui Internet juga kita dapat mengetahui peristiwa semasa dengan segera.
Antaranya, fenomena alam seperti letupan gunung berapi dan gempa bumi. Justeru, kita
boleh membuat persediaan awal untuk menghadapi sesuatu kemungkinan. Kita juga boleh
berjimat kerana tidak perlu lagi membeli surat khabar.

Kini, Internet juga digunakan untuk memudahkan urusan harian. Antaranya,


digunakan untuk membayar pelbagai jenis bil seperti bil elektrik dan air. Hal ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran.
Malahan, permohonan dan pendaftaran ke universiti juga dapat dilakukan melalui Internet.

Kesimpulannya, penggunaan Internet banyak memberi kebaikan kepada kita. Namun


begitu, penggunaan Internet oleh anak-anak haruslah sentiasa dipantau. Pemantauan ini
bertujuan bagi mengelakkan anak-anak melayari laman web yang tidak bermanfaat.

Tajuk 12 ( Kelas Tambahan )

Murid-murid sekolah digalakkan menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah mahupun pusat-pusat tuisyen. Tuliskan faedah-faedah yang diperoleh oleh murid
apabila mengikuti kelas tambahan. ( Fakta )

Kelas tambahan ialah kelas bimbingan tambahan bagi mata pelajaran tertentu yang diadakan
di luar waktu persekolahan. Semua murid digalakkan mengikuti kelas tambahan. Terdapat
banyak faedah mengikuti kelas tambahan.

Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Murid-murid juga dapat


meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu mata pelajaran. Hal ini kerana bimbingan di kelas
tambahan lebih menumpukan dalam sesuatu mata pelajaran sahaja. Murid akan dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran tersebut dengan lebih baik.
Selain itu, suasana pembelajaran di kelas tambahan juga amat berbeza berbanding di
kelas biasa. Bilangan murid yang sedikit membolehkan guru memberikan lebih tumpuan
kepada seseorang murid. Justeru, murid akan dapat memahami sesuatu mata pelajaran dengan
lebih mendalam. Murid juga boleh bertanya sebarang masalah yang mereka hadapi kepada
guru secara terus. Oleh yang demikian, segala masalah dalam pembelajaran dapat
diselesaikan dengan cepat.

Faedah ketiga mengikuti kelas tambahan adalah dapat mengisi masa lapang murid.
Hal ini dapat mengelakkan murid-murid daripada terjerumus dalam pelbagai gejala sosial.
Ekoran itu, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pelajaran. Kelas tambahan
yang diadakan pada hujung minggu dan waktu malam lebih sesuai kerana suasananya yang
tenang.

Selain itu, kelas tambahan yang diadakan dapat meningkatkan pencapaian sekolah di
dalam peperiksaan. Murid-murid akan berasa bangga apabila mendapat keputusan cemerlang
di dalam peperiksaan. Ibu bapa juga akan berasa gembira dan bangga dengan kejayaan anak
mereka. Pihak sekolah turut mendapat pujian daripada Kementerian Pendidikan.

Kesimpulannya, kelas tambahan banyak memberikan faedah kepada murid-murid.


Namun begitu, ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap usaha pihak sekolah untuk
mengadakan kelas tambahan. Melalui kerjasama semua pihak, pasti murid akan cemerlang
dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya.

Tajuk 12.1 ( Faedah-faedah Kelas Tambahan )

Tuliskan faedah-faedah apabila murid-murid mengikuti kelas tambahan di sekolah. ( Fakta


)

Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan di sekolah, banyak sekolah telah mengadakan
kelas tambahan khas untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan. Kelas tambahan
ini sebenarnya memberi banyak faedah kepada murid-murid.

Antara faedah menyertai kelas tambahan ini ialah murid-murid akan dapat mengisi
dengan begitu bermakna. Ini adalah kerana biasanya pada waktu lapang murid-murid lebih
suka merayau-rayau, menonton televisyen atau bermain permainan komputer.

Selain itu, dengan menyertai kelas tambahan ini murid-murid akan terdedah kepada
soalan-soalan perbincangan yang terus berfokus ke arah peperiksaan. Dengan cara ini murid-
murid akan lebih bersedia.

Selanjutnya murid-murid yang menyertai kelas tambahan ini akan dikumpulkan


berdasarkan tahap kepintaran mereka. Dengan cara ini, guru-guru akan mudah mengajar dan
sudah tentu ilmu yang akan disampaikan amat bermanfaat.
Faedah selanjutnya menyertai kelas tambahan ialah murid-murid dapat menjimatkan
wang .Murid-murid tidak lagi mencari kelas tuisyen di luar kerana pihak sekolah telah
mengadakan kelas tambahan.

Kesimpulannya kelas tambahan yang diadakan di sekolah sememangnya memberi


banyak kebaikan kepada murid-murid.

Tajuk 12.2 ( Faedah-faedah Kelas Tambahan )

Kelas tambahan banyak mendatangkan kebaikan. Tuliskan faedah-faedah mengikuti kelas


tambahan kepada murid-murid. ( Fakta )

Kelas tambahan ialah kelas bimbingan tambahan yang diberikan kepada murid-murid bagi
mata pelajaran tertentu. Kelas tambahan ini diadakan sama ada secara individu atau
berkumpulan. Kelas tambahan ini diadakan secara berbayar dan ada juga yang percuma.

Kelas tambahan ini diadakan selepas waktu sekolah atau semasa cuti sekolah. Tetapi,
ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan, iaitu di pusat-pusat
tuisyen yang mengenakan jumlah bayaran tertentu bagi satu-satu mata pelajaran. Kebanyakan
murid yang mengikuti kelas tambahan ini ialah calon yang akan menduduki peperiksaan.

Sememangnya, kelas tambahan ini banyak faedahnya kepada murid-murid.


Pertamanya ialah mereka dapat membaiki kelemahan dalam sesuatu mata pelajaran. Antara
mata pelajaran yang sering diberi tumpuan ialah mata pelajaran Sains, Matematik, dan
Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelas tambahan ini, murid-murid dapat membaiki
kelemahan masing-masing.

Faedah yang kedua ialah kelas tambahan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan
murid-murid. Di sekolah, masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran adalah
terhad. Dengan adanya kelas tambahan ini, murid-murid dapat memahami mata pelajaran itu
dengan lebih mendalam.
Faedah yang ketiga ialah guru yang mengajar di dalam kelas tambahan dapat memberi
tumpuan yang lebih kepada seseorang murid. Jumlah murid yang kurang akan memudahkan
guru mengetahui kelemahan dan kelebihan seseorang murid. Oleh itu, guru dapat memberi
tunjuk ajar kepada murid tersebut. Di samping itu, murid-murid dapat juga bertanya tentang
sesuatu perkara yang kurang difahami.

Kesimpulannya, kelas tambahan banyak memberi faedah kepada murid-murid.

Tajuk 12.3 ( Kepentingan Kelas Tambahan )


Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan. Tulis faedah-faedah mengikuti
kelas tambahan. ( Fakta )

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang
mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini. Kelas tambahan sudah menjadi satu
kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah
pemahaman mereka terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu
penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini
juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk
menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan


satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang
sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan
tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan


aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan


untuk memastikan masa depan mereka cerah. Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid
ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan
menghadiri kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.
Tajuk 13 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )
Kamu telah menyertai aktiviti senaman yang diadakan di kawasan kediaman kamu. Kamu
dikehendaki menyampaikan maklumat tentang kepentingan bersenam kepada rakan-rakan
sekelas kamu. Tulis karangan selengkapnya.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri. Antara cara tersebut
termasuklah bersenam. Bersenam perlu dijadikan amalan oleh setiap anggota masyarakat
kerana aktiviti senaman memberikan faedah kepada kita.

Bersenam dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Kita akan
mengeluarkan peluh selepas bersenam. Selain itu, organ dalaman tubuh kita juga dapat
berfungsi dengan baik hasil daripada amalan bersenam. Lantaran itu, kita akan sentiasa aktif
dan bersemangat untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Jelaslah bahawa tubuh badan kita
akan sentiasa sihat dan cergas jika kita rajin bersenam.

Seterusnya, bersenam juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan mental kita.
Fizikal dan mental yang kuat akan membina daya ketahanan diri yang utuh dalam diri kita.
Kita tidak akan mudah tertewas apabila berhadapan dengan cabaran, dugaan, dan kegagalan.
Kesannya, kita bukan sahaja dapat menumpukan perhatian semasa belajar, malahan tidak
mudah berputus asa apabila gagal dalam peperiksaan. Sebaliknya, kegagalan yang dihadapi
akan dijadikan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita akan berhadapan dengan pelbagai tekanan.
Oleh sebab itu, kita perlu rajin bersenam kerana bersenam dapat mengurangkan tekanan yang
kita hadapi. Hal ini demikian kerana semasa bersenam, fikiran kita akan tertumpu dengan
sepenuhnya terhadap aktiviti tersebut. Keadaan ini menjadikan diri kita tenang dan sentiasa
bersikap positif. Kita juga dapat berfikir secara matang ketika menghadapi masalah.

Seterusnya, seseorang yang rajin bersenam dapat mengisi masa lapangnya dengan
aktiviti yang berfaedah. Masa lapang tidak akan berlalu begitu sahaja atau terbuang dengan
sia-sia sahaja. Sebagai serampang dua mata, bersenam boleh dijadikan sebagai jambatan atau
batu loncatan untuk menambahkan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya,
sesuatu acara senaman disertai oleh pelbagai kaum. Oleh itu, interaksi dan komunikasi antara
mereka dapat memupuk perpaduan kaum.

Kesimpulannya, pelbagai faedah akan kita peroleh jika kita menjadikan aktiviti
bersenam sebagai aktiviti utama kita. Setiap faedah tersebut membawa makna yang
tersendiri, dan seterusnya menjadi pemangkin kepada diri kita untuk mencapai keseimbangan
dan kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan. Kita bukan sahaja akan sentiasa
bermotivasi tinggi, malahan akan sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan.
Tajuk 13.1 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )
Bersenam sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah
Bersenam”. ( Fakta )

Bersenam merupakan suatu kegiatan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kita
digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Banyak faedah yang
diperoleh jika kita rajin bersenam.

Salah satu faedah bersenam ialah badan kita menjadi sihat dan cergas.
Bersenam dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, kita dapat mengelakkan obesiti.
Jantung kita juga sihat dan kuat jika kita rajin bersenam.
Jika badan sihat, otak pun cerdas.

Selain itu, bersenam dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak
berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan melakukan aktiviti senaman. Jika kita
mendisiplinkan diri untuk bersenam, masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja.

Bersenam juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ataupun sesama rakan.


Aktiviti senaman seperti berjoging, aerobik dan sebagainya lebih seronok jika dilakukan
bersama-sama. Kemesraan juga dapat dipupuk semasa bersenam.

Oleh itu, kita tidak harus memandang ringan terhadap senaman. Kita harus
menjadikan senaman sebagai aktiviti harian kita.

Tajuk 13.2 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )


Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bersenam”. ( Fakta )

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan
kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging,
berbasikal, berenang dan lain-lain lagi. 

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan
berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini
menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam,
batuk, selesema dan lain-lain lagi.
Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau
kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan
pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan
masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti
melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin
kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan
pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Tajuk 13.3 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )


Bersenam sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah
Bersenam”. ( Fakta )

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan
kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging,
berbasikal, berenang dan lain-lain lagi. 

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan
berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini
menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam,
batuk, selesema dan lain-lain lagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau
kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan
pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan
masyarakat.
Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita
daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti
melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin
kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan
pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Tajuk 14 ( Faedah-faedah Menabung )


Tulis karangan tentang faedah-faedah menabung. ( Fakta )

Menabung bermaksud menyimpan wang di bank ataupun membuat simpanan sendiri.


Menabung banyak memberikan kesan positif kepada seseorang, keluarga, masyarakat, dan
negara.

Menabung ialah amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi masa
hadapan yang teijamin. Oleh itu, anak-anak perlu dididik sejak kecil lagi. Kata orang,
"melentur buluh biarlah dari rebungnya". Menabung amat penting untuk menjamin
kesejahteraan hidup pada hari mendatang kerana kita perlu "sediakan payung sebelum hujan".

Amalan menabung dapat mendatangkan pelbagai manfaat khususnya kepada murid


yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran sehingga melangkahkan kaki ke
universiti. Ibu bapa tidak akan terbeban untuk menyara kos pembelajaran.

Selain itu, amalan yang dituntut oleh agama ini dapat digunakan apabila berlaku
sesuatu kecemasan. Dengan adanya wang simpanan, seseorang yang dilanda kecemasan tidak
akan mudah panik. Banyak kelebihannya jika seseorang itu menyimpan wang.

Seterusnya sikap suka berhutang dengan rakan juga dapat dielakkan kerana amalan itu
akan menyusahkan kita kemudian hari. Melalui simpanan, wang kita akan bertambah melalui
keuntungan simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank. Secara tidak langsung, kita dapat
mempelajari dunia perbankan.
Justeru, marilah kita menabung supaya hidup kita lebih ceria dan bahagia. Meskipun
wang yang kita peroleh sedikit tetapi jika dikumpul, wang itu akan menjadi semakin banyak.
"Sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit".

Tajuk 14.2 ( Kepentingan Amalan Berjimat Cermat )

Amalan menabung mendatangkan manfaat dan faedah yang besar kepada setiap orang. Tulis
sebuah karangan tentang kepentingan amalan menabung. ( Fakta )

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. Banyak faedah dan kepentingan yang
akan diperoleh melalui amalan ini. Amalan menabung akan dapat menyemai budaya berjimat
cermat.

Kita akan dapat mengelakkan pembaziran dan dapat mengurangkan perbelanjaan


harian dan bulanan sekiranya amalan ini dipraktikkan secara konsisten.

Selain itu, amalan menabung akan dapat meringankan bebanan ibu bapa. Kita dapat
menyimpan wang saku di dalam tabung. Sekiranya kita membawa bekal makanan ke sekolah,
sudah pasti matlamat kita untuk menabung akan tercapai dengan lebih mudah.

Melalui amalan menabung, kita akan dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah.
Wang yang disimpan dapat digunakan pada masa hadapan. Wang tersebut turut dapat
digunakan ketika kita berhadapan dengan waktu kecemasan.

Di samping itu, kita akan mendapat keuntungan daripada simpanan yang kita lakukan.
Sebagai contoh, wang yang kita simpan di bank akan diberikan dividen dan bonus dan sudah
pasti amalan ini memberikan keuntungan yang lebih banyak. Apatah lagi, wang yang kita
simpan itu terjamin dari segi keselamatannya.

Kesimpulannya, semua orang perlu mengamalkan tabiat menabung. Kata peribahasa,


sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain.
Tajuk 14.1 ( Faedah-faedah Menabung )
Amalan menabung ialah langkah bijak dalam merancang merancang masa depan seseorang.
Tulis karangan tentang faedah-faedah menabung. ( Fakta )

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh
sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita digalakkan membawa
bekalan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan di dalam
tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh
digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke
peringkat universiti. Selain itu, wang simpanan juga dapat membantu kita membeli barang
keperluan dlri ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat
cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit,
wang tersebut boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru, kita tidak perlu
meminta-minta daripada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang
di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah daripada simpanan
wang tersebut. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan.
Justeru, kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya, menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata
pepatah, 'ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh sebab itu, mulalah
menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.

Tajuk 14.2 ( Menabung Amalan Mulia )


Kamu akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Menabung
Amalan Mulia”. Sediakan teks syarahan kamu. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan-
rakan yang saya kasihi. Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan syarahan
yang bertajuk "Menabung Amalan Mulia".

Hadirin yang saya hormati,

Menabung bermaksud menyimpan atau mengumpul wang sedikit demi sedikit. Kita
boleh menyimpan wang di dalam tabung, bank atau di mana sahaja asalkan selamat. Setiap
hari ibu bapa akan memberi wang saku kepada kita. Kita hendaklah merancang perbelanjaan
dengan teratur dan cermat.

Janganlah kita menghabiskan semua wang saku yang diberi oleh ibu bapa. Baki wang
saku hendaklah dimasukkan ke dalam tabung untuk kegunaan masa hadapan kita. Setelah
wang banyak terkumpul, masukkan ke dalam bank agar lebih selamat.

Sidang hadirin yang dihormati,

Dengan menabung, kita dapat mengumpul wang simpanan kita. Wang yang
terkumpul makin lama makin banyak. Kata orang, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Kita tentu sudah maklum bahawa kos pengajian pada hari ini sangat mahal. Sekiranya kita
menabung dari awal, sudah tentu dapat meringankan bebanan ibu bapa. Anak yang baik
adalah anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya.

Selain itu, kita dapat menggunakan wang simpanan pada saat-saat kecemasan tanpa
bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Dengan ini kita tidak akan menyusahkan orang lain
dan ibu bapa tentu bangga dengan sikap bertimbang rasa kita terhadap mereka.

Akhir kata, marilah kita menabung untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dan
gemilang.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 14.3 ( Kepentingan Menabung Amalan Mulia )


Pihak sekolah kamu bercadang untuk mengadakan satu program kesedaran tentang
kepentingan amalan menabung. Kamu diminta oleh guru kamu untuk menulis sepucuk surat
undangan kepada seorang pegawai bank untuk menyampaikan ceramah tersebut. Tulis surat
itu selengkapnya.

Kelab Usahawan Muda,


Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan Pengurus,
Bank Kerjasama Rakyat Berhad,
54300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan. 2 FEBRUARI 2018.

Tuan,

Undangan Menyampaikan Ceramah Bersempena Kempen Menabung

Merujuk perkara di atas, saya mewakili pihak sekolah bercadang untuk mengundang pihak
tuan bagi menyampaikan ceramah bersempena dengan Kempen Menabung yang dianjurkan
oleh pihak sekolah kami.

2. Untuk makluman pihak tuan, ceramah ini dicadangkan untuk diadakan pada 15
Februari 2018, iaitu pada hari Selasa. Ceramah akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan akan
berlangsung selama dua jam. Ceramah ini akan diadakan di Dewan Mutiara dan akan disertai
oleh semua murid dan guru.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan murid dan menyemai amalan berjimat cermat. Selain itu, program ini diharapkan
dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengurusan wang yang
cekap.

4. Program ini merupakan program tahunan pihak sekolah untuk membudayakan amalan
menabung dan berjimat cermat. Program ini dilaksanakan kerana pihak sekolah percaya
bahawa program ini mendatangkan manfaat yang besar kepada murid.

5. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat membantu pihak sekolah dalam hal ini.
Pihak kami memohon kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan. Kami, menunggu
jawapan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Rohana
(ROHANA BINTI ARIFFIN)
Setiausaha Kelab Usahawan Muda.

Tajuk 15 ( Faedah-faedah Membaca Surat khabar )


Tulis karangan tentang faedah-faedah membaca surat khabar. ( Fakta )

Di Malaysia terdapat banyak surat khabar yang diterbitkan seperti Berita Harian, Utusan
Malaysia, Kosmo dan New Straits Times. Surat khabar ini diterbitkan pada setiap hari dalam
pelbagai bahasa. Terdapat banyak kebaikan membaca surat khabar.

Membaca surat khabar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ruangan berita


semasa di dalam surat khabar dapat memberi pelbagai ilmu pengetahuan. Pembaca juga boleh
mengemukakan pendapat mereka di dalam surat khabar. Gambar sesuatu peristiwa boleh
digunting dan disimpan untuk rujukan masa hadapan ataupun dijadikan buku skrap.

Sekiranya kita rajin membaca surat khabar, kita akan dapat mengetahui banyak
peristiwa yang berlaku. Sedikit sebanyak peristiwa yang kita baca dapat mematangkan
pemikiran kita. Selain itu, kita dapat menjadikan peristiwa itu sebagai teladan dan
pengajaran. Kita juga dapat membandingkan sesuatu kejadian di tempat lain dengan di
tempat sendiri.

Dengan membaca surat khabar murid dapat menambahkan perbendaharaan kata


mereka. Selain itu, murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang
berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial seperti
melepak. Sekiranya mereka rajin membaca 'Majalah Didik' dan 'Minda Pelajar' yang
dikhaskan untuk murid akan dapat meningkatkan pencapaian mereka di dalam peperiksaan.

Rajin membaca surat khabar juga akan dapat melahirkan insan yang bermaklumat. Di
dalam surat khabar terdapat pelbagai iklan. Melalui iklan ini, pembaca mempunyai pilihan
tentang sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang diingini. Di dalam surat khabar juga
terdapat intisari rancangan televisyen.

Sesungguhnya, membaca surat khabar banyak kebaikannya. Ibu bapa perlu


merangsang minat anak-anak membaca surat khabar. Sewajarnya, pihak syarikat surat khabar
menurunkan harga surat khabar supaya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Tajuk 16 ( Faedah-faedah Berkebun )


Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Salah satu
daripadanya ialah berkebun. Tulis karangan tentang faedah-faedah berkebun. ( Fakta )

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah
berkebun. Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya yang paling
popular ialah menanam sayur-sayuran atau menanam bunga.

Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh
menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini
baik untuk kesihatan. Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak,
berpelesiran, dan aktiviti yang kurang sihat. Masa senggang kita dapat diurus dengan aktiviti
yang mampu memberi manfaat.

Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini
boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih.
Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini.
Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita
mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk
menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.

Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.


Berkebun juga dapat menjana kesihatan jasmani dan rohani seseorang. Oleh itu, jadikanlah
aktiviti berkebun sebagai salah satu daripada cara mengisi masa lapang.

Tajuk 17 ( Faedah-faedah Lawatan sambil Belajar )


Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang
dapat diperoleh apabila seseorang murid menyertai program tersebut. ( Fakta )

Melancong merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa
aktiviti lawatan, kita berpeluang memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata
pepatah, 'banyak berjalan luas pengalaman.'

Negeri Melaka misalnya, merupakan suatu destinasi yang amat menarik. Kita akan
dapat melihat kesan-kesan peninggalan sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman
yang kita lalui boleh membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut.

Semasa berada di sekitar Bandar Hilir Melaka, kita berpeluang untuk melawat Kota A
Famosa. Kota ini dibina oleh tentera Portugis dan merupakan kubu pertahanan mereka pada
ketika itu.

Lawatan ke Negeri Melaka tidak lengkap sekiranya tidak melawat Perigi Hang Tuah.
Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk
tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Keseronokan kunjungan ke sesebuah destinasi lebih terserlah apabila berpeluang


menikmati keenakan masakan di tempat tersebut. Di Melaka, keenakan ikan bakar di Umbai
amatlah terkenal. Para pelancong menjamu selera sambil menikmati keindahan suasana
malam di tepi pantai Melaka.

Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa


mengikuti program lawatan sambil belajar. Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi
kesedaran betapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua
peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong.
Tajuk 17.1 ( Kebaikan Program Lawatan sambil Belajar )
Lawatan adalah salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan. Berikan sebab-sebab
mengapa program lawatan sambil belajar paling berkesan kepada murid-murid. ( Fakta )

Murid-murid digalakkan menyertai lawatan sambil belajar. Kebiasaannya, pihak sekolah


akan menganjurkan lawatan ini semasa cuti sekolah. Lawatan sambil belajar banyak memberi
kebalkan kepada murid-murid.

Antara kebaikan program lawatan sambil belajar adalah murid dapat menambahkan
ilmu pengetahuan. Murid-murid dapat melihat sendiri keadaan sebenar tempat yang dilawati.
Ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang amat menyeronokkan. Selain itu, murid juga
dapat keluar dari bilik darjah yang sempit ke tempat yang lebih luas.

Dengan menyertai lawatan ini, pengalaman murid-murid akan bertambah. Contohnya,


lawatan ke Cameron Highland dapat mendedahkan mereka pada pemandangan yang indah.
Mereka juga dapat melihat tanaman yang jarang mereka temui seperti strawberi, asparagus
dan brokoli. Justeru, dapat meluaskan pengalaman mereka.

Lawatan sambil belajar juga dapat mengisi masa lapang murid. Selain itu, murid dapat
belajar cara berinteraksi yang lebih baik antara rakan dan guru. Tugasan yang diberikan
semasa lawatan pula akan dapat melatih murid bekerjasama. Murid Juga dapat menunjukkan
kebolehan memimpin rakan-rakan jika dipilih menjadi ketua.

Sekiranya mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berasrama penuh pula dapat
memberi suntikan semangat kepada mereka. Ini kerana, sekolah berasrama penuh mempunyai
banyak kemudahan pembelajaran. Lawatan ini sangat sesuai bagi murid-murid yang akan
menduduki UPSR. Ekoran Itu, guru perlu menggalakkan murid mengambil gambar untuk
dijadikan perangsang kepada mereka.

Sesungguhnya, program lawatan sambil belajar Ini balk untuk murid. Murid dapat
keluar dari kawasan tempat tinggal mereka yang berbeza dengan tempat yang dilawati. Hal
ini akan menjadikan murid lebih bermaklumat dan berwawasan.
Tajuk 18 ( Faedah-faedah Membaca )
Membaca suatu amalan yang baik. Banyak faedah yang dapat diperoleh dengan membaca.
Tulis suatu karangan bertajuk “Kebaikan Membaca”. ( Fakta )

Membaca banyak faedahnya. Oleh sebab itu kita digalakkan mengamalkan tabiat suka
membaca. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang dapat diperoleh dengan mudah seperti buku,
majalah, dan surat khabar.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita


dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang
berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya, isu kegawatan ekonomi, bencana
alam, peperangan, krisis air, dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru,
kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Seterusnya, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Secara
tidak langsung kita dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam kegiatan yang kurang
sihat seperti melepak. Kegiatan seperti ini hanya membuang masa dan merugikan diri sendiri.

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk
berfikir secara lebih kritis dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru,


tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontoh sikap masyarakat di
negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Tajuk 18.1 ( Kepentingan Budaya Membaca )


Tuliskan karangan tentang pentingnya budaya membaca dalam kehiupan seseorang.

Budaya membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang.
Bahan bacaan itu meliputi novel, majalah, dan akhbar. Sebenarnya, budaya membaca ini
sangat penting dalam kehidupan setiap orang. Pembacaan ini boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah.

Melalui pembacaan, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka


dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara.
Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan menjadi "seperti katak di bawah tempurung".
Malah, mereka berpeluang untuk mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia yang
unik dan berbeza.

Selain itu, budaya membaca dapat menambahkan perbendaharaan kata yang kita
miliki. Dengan membaca, kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Misalnya,
jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang sains, kita akan mengenali
lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan.

Budaya membaca juga dapat membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan dengan
keputusan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak
dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Contohnya, mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah memerlukan pembacaan yang luas. Dengan
mengamalkan budaya membaca, murid-murid akan mendapat maklumat atau isu semasa
yang amat berguna dalam penulisan esei.

Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah apabila membaca.
Bahan bacaan tidak sepatutnya terhad kepada buku teks sahaja. Surat khabar dan majalah
juga sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan. Masa yang terluang harus diisi oleh remaja
dengan aktiviti membaca. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengelakkan remaja daripada
terjebak dalam gejala sosial.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak
sejak mereka masih kecil dengan memberikan galakan atau membelikan bahan bacaan yang
berkualiti. Kata-kata "membaca itu jambatan ilmu" membuktikan bahawa budaya membaca
ini penting dilaksanakan oleh semua orang tanpa mengira batasan usia.

Tajuk 18.2 ( Faedah Membaca )


Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca” ( Fakta )

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka.
Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya
sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang
itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan
seseorang itu untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan
murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar
atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya
tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu
terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai
bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.
Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus
dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah
peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan
berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Kesimpulannya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini
kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus
wujud dalam diri seseorang itu.

Tajuk 19 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru merupakan insan penting dalam kehidupan setiap murid. Sebagai murid, kita
seharusnya membalas jasa dan pengorbanan guru. Langkah-langkah berikut merupakan cara
untuk kita membalas jasa guru.

Antara cara untuk kita membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-
sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Hal ini demikian kerana setiap guru
sentiasa ingin melihat kejayaan murid-muridnya. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu
memberikan perhatian sepenuhnya dan tidak menimbulkan masalah disiplin yang boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pasti berbangga jika kita mencapai
kejayaan.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru umpama ibu bapa
kedua bagi kita. Justeru, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita
melawan atau ingkar akan arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru
tidak akan berkat.

Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu
guru. Kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan
daripada kita seperti menghantar buku dari kelas ke bilik guru atau sebaliknya. Melalui cara
ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Kita perlulah membalas
jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka juga.

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita.
Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Oleh
itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.
Tajuk 19.1 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu,
kita dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi manusia berguna oleh guru. Guru laksana
ibu dan ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.

Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh.
Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan. Guru kita akan berasa berbesar hati apabila anak muridnya berjaya kerana
apa yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.

Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh
memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan
membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu, kerana apa yang dilakukan selama ini
rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.

Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang
berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru, lemparkanlah senyuman dan ucapkan salam.
Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira.

Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat. Kejayaan seorang pemimpin
mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor melakukan pembedahan adalah hasil
kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi
semangat kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.

Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang lain
dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu, sewajarnyalah kita menghargai jasa dan
pengorbanan para guru. Tanamkanlah dalam hati untuk menjadi insan yang berjaya dalam
bidang akademik, kokurikulum, dan berkeperibadian yang mulia.

Tajuk 19.2 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )


Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita. Melalui guru kita bukan sahaja dapat
membaca, menulis, dan mengira  malah kita dididik oleh mereka untuk menjadi insan yang
mulia.  Oleh itu, sewajarnyalah kita membalas jasa-jasa guru yang telah mendidik kita.

Antara cara terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh.  Di sekolah misalnya, kita hendaklah tekun mendengar ajaran
guru dan janganlah mengamalkan sikap sambil lewa semasa proses pengajaran sedang
dijalankan.  Sikap belajar bersungguh-sungguh ini sudah tentulah dapat menyenangkan hati
guru-guru kita.

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti mereka menghormati ibu bapa kita. 
Misalnya, apabila kita berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh
budi bahasa. Natijahnya, guru kita tentulah amat menyayangi kita seperti mereka menyayangi
anak-anak mereka sendiri.

Seterusnya,  jika guru memerlukan bantuan kita, bersegeralah menghulurkan bantuan. 


Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan, misalnya menolong guru
mengangkat buku dan membersihkan kelas.  Sikap ringan tulang ini sudah tentunya disukai
oleh guru kita.

Akhir sekali, kita seharusnya menyiapkan segala tugasan yang guru berikan.  Kerja
rumah  umpamanya, hendaklah kita selesaikan dan siapkan sebaik mungkin. Dengan berbuat
demikian, guru kita akan sentiasa berbangga dengan  anak-anak muridnya yang kelaknya
nanti akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Oleh hal  yang demikian, jasa-jasa guru perlu kita balas dan kita sanjungi.  Janganlah
sesekali hendaknya kita melupakan jasa-jasa mereka yang telah mendidik kita.

Tajuk 19.3 ( Perlunya Menghormati Guru )

Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah.
Tajuk syarahan kamu ialah “Perlunya Para Pelajar menghormati Guru”. Tuliskan karangan
itu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru
Penolong Kanan, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang saya
kasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk "Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru".

Hadirin yang saya hormati,

     Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.

     Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut


nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang saya kasihi,

      Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.

      Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.

      Kesimpulannya, tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita
berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 20 ( Cara-cara Menceriakan Kelas )

Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas kamu. ( Fakta )

Kelas yang kondusif membolehkan murid-murid belajar dalam suasana selesa. Kelas yang
sentiasa bersih, kemas dan ceria dapat menjana pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dalam iklim yang sangat baik. Pelbagai inisiatif perlu digembleng untuk merealisasikan kelas
Impian ini.

Bagi menyelaraskan pertandingan keceriaan kelas, panel hakim khas biasanya akan
ditubuhkan. Guru kelas akan berperanan untuk membuat pembahagian kumpulan tenaga
kerja harian dan pengagihan tugasan. Perencanaan ini perlu bagi memastikan setiap murid
akan berperanan dalam melaksanakan dan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang
diberikan.
Antara pengisian pintar dalam slot jadual tugasan harian termasuklah tanggungjawab
untuk menyapu lantai, mengelap dan membersihkan cermin tingkap. Murid-murid mestilah
mengenyahkan habuk dan sawang pada cermin tingkap, kipas dan lampu. Maklumat pada
papan tulis juga sentiasa dibersihkan selepas sesuatu pengajaran dijalankan.

Bagi menonjolkan kelainan dan keunikan panorama hiasan dalaman kelas.


Kedudukan susun atur perabot seperti almari dan kerusi meja juga mestilah dalam
penampilan malar ceria. Dengannya, suasana kemenjadian murid untuk menimba ilmu akan
terlaksana.

Budaya tampalan carta dengan input ilmu mutakhir pada dinding juga akan
menambahkan seri dan keindahan kelas. Gambar rajah atau poster yang melayut-layut dan
sarat dengan informasi bestari dapat menambahkan keceriaan kelas. Penyediaan sudut bacaan
yang dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan sumber teks yang kreatif pastinya
memeriahkan personaliti bilik darjah.

Malah, kelas juga akan menjadi lebih versatil sekiranya setiap jendela dihiasi oleh
langsir yang menepati trend fesyen terkini. Justeru, seandainya semua usaha dan iltizam ini
dapat disempurnakan semaksimum mungkin, maka sudah pasti suasana di bilik darjah akan
sentiasa menjadi lebih bersih, ceria, kemas, selesa dan harmoni.

Tajuk 20.1 ( Cara-cara Hendak Menceriakan Kelas )

Tulis syarahan tentang cara-cara hendak menceriakan kelas. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji
Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Cara-cara Hendak Menceriakan
Kelas".

Hadirin yang saya hormati,

Kelas perlu diceriakan. Keceriaan kelas dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang selesa, menarik, dan berkesan.

Kelas hendaklah sentiasa bersih dan dihiasi supaya nampak cantik dan kemas. Kerja
ini dapat dilakukan secara gotong-royong. Susun jadual bertugas secara sistematik agar
sebelum kelas bermula, bilik darjah sudah dibersihkan.

Suasana pembelajaran menjadi seronok kalau langsir dipasang menutupi jendela.


Hiasan langsir dapat melindungi suasana pembelajaran daripada terganggu. Cahaya matahari
terlindung oleh langsir ketika suria memancar keras dan panas.
Kelas menjadi lebih ceria apabila murid sanggup berbelanja sedikit untuk
membeli pasu bunga. Seelok-eloknya pasu bunga ini diletakkan di penjuru kelas.

Pastikan juga meja disusun teratur dan kemas. Meja yang tersusun lurus
memang kelihatan kemas dan sedap pula mata memandang.

Akhir kata, kita hendaklah selalu menceriakan kelas. Keceriaan kelas mendatangkan
keseronokan untuk belajar.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 20.2 ( Faedah Menjaga Kebersihan Bilik Darjah )

Membersihkan bilik darjah merupkan tanggungjawab semua murid. Tuliskan karangan kamu
tentang faedah-faedah menjaga kebersihan bilik darjah. (Fakta)

Bilik darjah yang bersih merupakan antara faktor yang membolehkan kita belajar dengan
selesa dan seronok. Membersihkan bilik daijah merupakan tanggungjawab semua murid.
Terdapat banyak faedah jika menjaga kebersihan bilik darjah.

Bilik darjah yang bersih boleh menyebabkan kita berasa lebih kondusif semasa
belajar. Suasana bilik darjah yang bersih dengan meja dan kerusi yang disusun dengan teratur
serta tidak berhabuk boleh menyebabkan kita lebih selesa untuk belajar.

Selain itu. dengan menjaga kebersihan bilik darjah, kita juga dapat memupuk
semangat bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini juga dapat membentuk
din kita menjadi murid yang bertanggungjawab dan dapat melatih kita menjadi murid yang
berdisiplin.

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah
apabila kita membersihkan bilik darjah. Secara tidak langsung juga, dengan menjaga
kebersihan. Kita dapat memberi kesedaran kepada murid-murid lain tentang kepentingan
menjaga kebersihan.

Kesimpulannya, kita dapat banyak kebaikan jika kita menjaga kebersihan bilik darjah.
Selain tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kita juga dapat
mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan sekelas. Seterusnya kelas yang bersih menjamin
kesihatan kita dan kita dapat belajar dalam suasana yang aman, tenang, dan selesa di samping
dapat menyedut udara yang bersih dan segar.
Tajuk 21 ( Langkah –langkah / Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang )

Tulis karangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi murid yang
cemerlang. ( Fakta )

Semua murid pastinya bercita-cita untuk menjadi murid yang cemerlang. Ibu bapa pasti
berbangga jika anak mereka menjadi murid yang cemerlang. Beberapa langkah perlu
dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang ialah
murid perlu menyediakan jadual waktu pembelajaran yang lengkap. Jadual tersebut
hendaklah mengandungi waktu belajar, mengulang kaji, bermain, berehat dan tidur. Murid-
murid hendaklah mematuhi jadual waktu tersebut pada setiap masa. Masa lapang juga
mestilah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, murid hendaklah rajin membaca buku pelajaran di sekolah mahupun di rumah.
Melalui pembacaan, pengetahuan murid akan bertambah, seperti kata pepatah 'membaca itu
jambatan ilmu'. Murid juga perlu menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh pihak
sekolah. Hal ini kerana sikap
mengulang kaji pelajaran dari awal tahun salah satu sikap yang amat baik.

Sekiranya murid-murid tidak memahami sesuatu pelajaran, mereka hendaklah bertanya


kepada guru. Selain itu, murid juga boleh menubuhkan kumpulan belajar sendiri. Dengan
adanya kumpulan belajar Ini, murid dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat.
Sebenarnya, belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara sendirian.

Selain itu, murid juga perlu menghormati guru di sekolah dan ibu bapa di rumah.
Murid hendaklah sentiasa berfikiran positif dan menganggap sesuatu masalah yang dihadapi
ketika belajar sebagai satu cabaran. Semasa menjawab soalan peperiksaan, murid perlu
memahami kehendak soalan terlebih dahulu. Ketika menjawab soalan, murid tidak perlu
gopoh. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, murid hendaklah berdoa kepada Tuhan
semoga apa yang diusahakan akan berjaya.

Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang patut dilakukan untuk menjadi murid
yang cemerlang. Ibu bapa perlu menyediakan keperluan asas untuk anak mereka belajar.
Sesungguhnya, usaha yang berterusan akan membuahkan kejayaan yang cemerlang.
Tajuk 21.1 ( Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang” ( Fakta )

Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap
murid harus tahu cara-cara tertentu untuk mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman
akan kelemahan diri ini membolehkan murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan
lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani kelemahan
tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual
sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti yang
bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-
bual dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan
mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua
subjek harus diteliti dan latihan yang cukup dilaksanakan untuk memastikan murid
memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih
yakin untuk menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan
seimbang bersama-sama ketenangan emosi penting dalam kejayaan seseorang murid itu.
Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran
peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua


murid harus berusaha dan mematuhi amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti
kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Tajuk 21.2 ( Cara-cara untuk Berjaya dalam Pelajaran )


Semua orang ingin berjaya dalam pelajaran, tetapi bagaimanakah caranya? Tulis sebuah
karangan yang bertajuk “Cara-cara untuk Berjaya dalam Pelajaran”. ( Fakta )
Semua orang ingin berjaya dalam pelajaran. Kejayaan ini penting demi masa hadapan yang
cemerlang.

Namun begitu, banyak juga yang gagai kerana tidak tahu cara belajar yang betul.
Perkara utama untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran ialah semangat tidak mudah putus
asa. Kita harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dalam pelajaran.

Salah satu faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dalam pelajaran ialah
kerajinan dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu matlamat. Belajar secara konsisten
mengikut penyediaan jadual waktu yang tersusun adalah perkara yang amat penting. Kita
perlu berdisiplin mengulang kaji pelajaran mengikut jadual.

Untuk berjaya dalam pelajaran, perbincangan dalam kumpulan menyumbang ke arah


kecemerlangan. Setiap masalah pembelajaran dikongsi dan cuba diselesaikan bersama-sama.
Semangat berkumpulan juga dapat member suntikan semangat untuk terus berusaha sehingga
berjaya.

Semasa belajar, kita hendaklah menumpukan perhatian terhadap perkara yang


diajarkan oleh guru. Jika tidak faham, eloklah bertanya kepada guru. Jadikan guru sebagai
rakan dan tempat mengadu segala masalah dalam pembelajaran.

Di rumah pula, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran. Seterusnya kita perlu
banyak membuat latihan. Dengan cara itu, barulah kita mudah memahami pelajaran yang
diajar oleh guru di sekolah.

Setelah kita berusaha, kita perlulah berdoa kepada Tuhan agar Tuhan memberkati apa
yang kita usahakan. Dengan cara ini sudah tentu kita akan berjaya.

Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya jika itu yang mereka inginkan dan
janganlah suka memberi alasan jika kita gagal.

Tajuk 21.3 ( Cara-cara untuk Cemerlang dalam Pelajaran )

Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran. Tulis karangan tentang
cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. ( Fakta )

Setiap murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran.


Pencapaian 6A dalam UPSR merupakan puncak kecemerlangan seorang murid tahun enam.
Kecemerlangan tidak akan datang menggolek tetapi merupakan hasil ketekunan dan
kesungguhan.

Ketekunan, ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang.


Kita mesti memberi perhatian semasa guru mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita
memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.
Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita perlu
membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi yang kita lakukan akan membantu
mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.

Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita
dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang
guru ajar mudah untuk dikuasai.

Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan
terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut boleh kita peroleh daripada buku-buku yang ada
di pasaran atau melalui penerokaan di Internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita
kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.


Umpama kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan.' Ibu bapa dan guru-guru pasti akan berasa
gembira dengan kejayaan tersebut.

Tajuk 22 ( Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam )


Tulis syarahan tentang cara-cara menjaga kemudahan awam. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji
Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi.
Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Cara-cara Menjaga Kemudahan
Awam".

Hadirin yang saya hormati,

Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak
tertentu untuk digunakan oleh orang ramai. Contoh kemudahan awam ialah tandas awam,
stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun, sering kali ada sahaja berita yang
kita dengar tentang kerosakan harta benda awam ini.

Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya


termasuklah mengepam air setelah menggunakan tandas. Amalan ini akan dapat menghindar
bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan lebih bersih.

Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan
persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu orang ramai yang menggunakan kemudahan awam
tersebut berasa tidak selesa.
Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan
tanda, perhentian bas, tandas dan pondok telefon. Ini akan menimbulkan pandangan negatif
dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan.

Akhir kata, kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu, sebagai anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menjaga kemudahan awam yang
disediakan demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Cadangan isi-si menjaga kemudahan awam

1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang


telah ditetapkan.
2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya
kemudahan awam tersebut rosak.
4. Mengadakan kempen ‘Sayangi Kemudahan Awam’ melalui media massa dan media
sosial.

Tajuk 23 ( Cara-cara Mengisi Masa Lapang )


Tulis karangan tentang cara-cara mengisi masa lapang. ( Fakta )

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang.
Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan
masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang boleh kita lakukan
untuk mengisi masa

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang.
Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan
pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan
perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah
akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi.

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang
baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan
rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar.
Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok
puding.

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti
beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh
mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli
keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging,
menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek
keselamatan perlu diutamakan.
Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa
lapang, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan
makanan keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang
mempraktikkan nilai kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan
di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan
kekeluargaan menjadi semakin erat.   

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan
pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan
kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula
hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau
cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.

Kesimpulannya, masa lapang hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang


berfaedah agar masa yang terluang itu tidak dibazirkan begitu sahaja.

Cadangan isi-isi penting

1. Membaca bahan bacaan – surat khabar – buku – majalah-untuk menambah pengetahuan


2. Bersukan – beriadah-menyihatkan badan-otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah-mengumpul setem
4. Melayari Internet – mencari maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah – bergotong royong – meringankan beban ibu
bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih.
Tajuk 24 ( Cara-cara Menghormati Ibu bapa )
Tulis karangan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.

Semua orang mempunyai ibu bapa kecuali yang sudah meninggal. Terdapat banyak cara
untuk menghormati ibu bapa.

    Antaranya kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa. Mereka menasihati kita untuk
kebaikan kita juga. Oleh sebab itulah kita mesti menuruti nasihat mereka.

Seterusnya, kita juga harus menjaga adab kita terhadap mereka. Contohnya apabila
kita lalu di hadapan mereka kita mestilah membongkokkan sedikit badan kita. Itu
menandakan kita menghormati mereka.

Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang hal mereka.
Terutamanya tentang kesihatan mereka. Sekiranya mereka jatuh sakit, kita mestilah
menghantar mereka ke hospital.  

   Kita juga perlu menghulurkan bantuan kepada mereka setakat yang mampu.
Contohnya, jika tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang mereka. Kita
boleh menghulurkan sedikit wang untuk membayar hutang mereka.

 Akhirnya, kita harus balas jasa baik mereka dengan menjaga hati mereka kerana
mereka telah menjaga kita sewaktu kita kecil hingga besar.

 Kesimpulannya, itulah antaranya cara menghormati ibu bapa kita yang telah
menjaga kita dengan baik. Semoga jasanya akan dikenang.  

Tajuk 24.1 ( Cara-cara Menceriakan hati ibu bapa )


Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan menghargai jasa-jasa mereka. Tulis suatu
karangan tentang perkara-perkara yang patut anda lakukan untuk menceriakan hati ibu
bapa anda. ( Fakta )

Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kita. Sejak kecil lagi, kita diasuh dan dijaga
bagai menatang minyak yang penuh oleh insan-insan yang telah melahirkan dan
membesarkan kita ini. Oleh itu, sewajarnya kita mengembirakan hati mereka.

Sebagai anak, kita berkewajiban mendengar kata-kata ibu bapa. Nasihat dan teguran
mereka adalah untuk kebaikan kita juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu mereka mahu
sesuatu yang terbaik buat anak-anak mereka.

Selain itu, kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa.
Hal ini demikian kerana perkara yang tidak baik akan menyebabkan mereka berasa susah
hati. Sudah tentu, hal ini akan mengganggu tugasan harian mereka.

Kita juga hendaklah belajar sungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang


cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan seumpama itu merupakan hadiah yang paling berharga
untuk ibu bapa yang begitu banyak berkorban kepada kita.

Akhir sekali, sebagai anak kita haruslah membantu ibu dan bapa membuat kerja-kerja
rumah khususnya pada hari cuti. Sikap tersebut bukan saja dapat meringankan tugas mereka,
malah dapat menggembirakan mereka serta mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam
keluarga.

Oleh itu, sewajarnya kita sebagai anak melakukan perkara-perkara yang dapat
menceriakan hati ibu bapa kita. Anak yang baik adalah anak yang menyenangkan kedua-dua
orang tuanya. Tanpa ibu bapa siapalah kita. .

Tajuk 24.2 ( Cara-cara Menunjukkan Kasih Sayang kepada Ibu bapa )


Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan menghargai jasa-jasa mereka. Tulis suatu
karangan tentang cara-cara yang patut anda lakukan untuk menunjukkan kasih sayang
kepada ibu bapa anda. ( Fakta )

Ibu bapa lalah insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Ibu bapa banyak berjasa kepada
kita mendidik kita daripada kecil hingga dewasa. Terdapat banyak cara untuk menunjukkan
kasih sayang terhadap mereka.
Antara cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah sentiasa membantu ibu
bapa membantu kerja rumah. Kita boleh membantu mereka mencuci pinggan mangkuk,
menyapu sampah dan mengemas rumah. Hal ini dapat meringankan tugas harian ibu bapa.
Secara tidak langsung akan membantu kita belajar berdikari.

Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa. Setiap
teguran dan nasihat mereka adalah untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Kita hendaklah
sentiasa mengucapkan terima kasih di atas setiap pemberian mereka. Janganlah kita
menyusahkan mereka dan sentiasalah menjaga nama baik mereka pada setiap masa.

Ibu bapa adalah insan yang mulia. Segala apa yang mereka berikan kepada kita adalah
ikhlas dan tidak pernah minta dibalas. Sebagai anak, kita hendaklah memberikan mereka
hadiah sempena hari-hari istimewa seperti Hari Bapa dan Hari Ibu bagi menghargai
pengorbanan mereka selama ini. Hal ini pastinya akan menambahkan kasih sayang antara kita
dengan ibu bapa.

Kita perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit dengan baik. Jangan
menghantar mereka ke rumah orang-orang tua kerana perbuatan ini akan melukakan hati
mereka. Jika kita tinggal jauh, selalulah menghubungi mereka melalui telefon. Jika ada cuti
atau hari minggu selalulah pulang menziarahi mereka.

Ingatlah bahawa ibu bapa tidak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi
kasih sayang dan perhatian daripada kita itulah yang mereka mahukan. Oleh sebab itu,
tunjukkanlah kasih sayang kita kepada mereka. Ibu bapa adalah insan mulia yang perlu
disayangi dan dihormati.

Tajuk 24.3 ( Sebab-sebab Kita perlu Menghormati Guru )


Tulis karangan tentang sebab-sebab kita perlu menghormati guru. ( Fakta )

Guru adalah orang yang mendidik kita sejak di tadika lagi. Tanpa guru, kita pasti tidak dapat
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Oleh sebab itu, guru perlu dihormati
dan disayangi.

Guru telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik kita. Tugas guru
bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru perlu mengajar sambil mendidik kita. Guru
terpaksa mendidik dan mengajar murid dalam jumlah yang ramai. Justeru, kita perlu
menghormati dan menyayanginya.

Tugas guru bukan hanya pada waktu persekolahan. Tetapi mereka juga sanggup
mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan penting
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa
balasan. Segala pengorbanan mereka perlu kita hargai.

Sambil mengajar guru terpaksa mengawal murid-murid yang ramal. Mereka terpaksa
melayan pelbagai kerenah murid-muridnya tanpa rasa jemu. Mereka mendidik murid-murid
mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa membezakannya. Guru akan memastikan semua
murid mendapat ilmu yang diajar.

Guru juga mempunyai sikap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah murid-
muridnya. Semasa berada di dalam kelas, terdapat murid yang nakal dan tidak membuat
latihan yang diberikan. Kadangkala guru terpaksa memarahi murid-murid agar mereka
menyedari kesilapan mereka. Sikap kesabaran guru patut dipuji.

Sesungguhnya, kerjaya guru amat mulia walaupun tidak menjanjikan kekayaan. Guru
akan gembira apabila murid-muridnya berjaya menjawat jawatan yang tinggi daripada
mereka. Oleh sebab itu, hormati dan sayangilah guru-guru yang telah banyak berjasa pada
kita.

Tajuk 24.4 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )


Tulis karangan tentang cara-cara membalas guru. ( Fakta )

Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita. Melalui guru kita bukan sahaja dapat
membaca, menulis, dan mengira  malah kita dididik oleh mereka untuk menjadi insan yang
mulia.  Oleh itu, sewajarnyalah kita membalas jasa-jasa guru yang telah mendidik kita.

Antara cara terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah dengan
belajar bersungguh-sungguh.  Di sekolah misalnya, kita hendaklah tekun mendengar ajaran
guru dan janganlah mengamalkan sikap sambil lewa semasa proses pengajaran sedang
dijalankan.  Sikap belajar bersungguh-sungguh ini sudah tentulah dapat menyenangkan hati
guru-guru kita.

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti mereka menghormati ibu bapa kita. 
Misalnya, apabila kita berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh
budi bahasa. Natijahnya, guru kita tentulah amat menyayangi kita seperti mereka menyayangi
anak-anak mereka sendiri.

Seterusnya,  jika guru memerlukan bantuan kita, bersegeralah menghulurkan bantuan. 


Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan, misalnya menolong guru
mengangkat buku dan membersihkan kelas.  Sikap ringan tulang ini sudah tentunya disukai
oleh guru kita.

Akhir sekali, kita seharusnya menyiapkan segala tugasan yang guru berikan.  Kerja
rumah  umpamanya, hendaklah kita selesaikan dan siapkan sebaik mungkin. Dengan berbuat
demikian, guru kita akan sentiasa berbangga dengan  anak-anak muridnya yang kelaknya
nanti akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.
Oleh hal  yang demikian, jasa-jasa guru perlu kita balas dan kita sanjungi.  Janganlah
sesekali hendaknya kita melupakan jasa-jasa mereka yang telah mendidik kita.

Tajuk 24.5 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru merupakan insan penting dalam kehidupan setiap murid. Sebagai murid, kita
seharusnya membalas jasa dan pengorbanan guru. Langkah-langkah berikut merupakan cara
untuk kita membalas jasa guru.

Antara cara untuk kita membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-
sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Hal ini demikian kerana setiap guru
sentiasa ingin melihat kejayaan murid-muridnya. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu
memberikan perhatian sepenuhnya dan tidak menimbulkan masalah disiplin yang boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pasti berbangga jika kita mencapai
kejayaan.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru umpama ibu bapa
kedua bagi kita. Justeru, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita
melawan atau ingkar akan arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru
tidak akan berkat.

Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu
guru. Kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan
daripada kita seperti menghantar buku dari kelas ke bilik guru atau sebaliknya. Melalui cara
ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Kita perlulah membalas
jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka juga.

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita.
Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Oleh
itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.

Tajuk 24.6 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )


Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah.
Tajuk syarahan kamu ialah “ Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”.
Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.

Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ”Perlunya Para Pelajar
Menghormati Guru”.

Hadirin sekalian,

     Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.

      Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut


nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

      Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.

      Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Para hadirin sekalian.

      Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita berbuat baik
terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 24.7 ( Sebab-sebab Kita perlu Menghormati Orang Tua )


Tulis karangan tentang sebab-sebab kita perlu menghormati orang tua. (Fakta).
Orang tua ialah orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu, bapa, datuk dan nenek.
Menghormati orang tua adalah amalan mulia. Terdapat beberapa sebab kita perlu
menghormati orang tua.

Kita mesti menghormati orang tua kerana mereka banyak berjasa kepada kita dan
negara. Mereka sanggup berkorban nyawa dan harta benda untuk kemerdekaan negara. Tanpa
mereka, pasti hidup kita masih di bawah penjajah. Kini, kita dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai.

Orang tua juga perlu dihormati kerana mereka mempunyai banyak pengalaman hidup.
Mereka banyak melalui peristiwa suka dan duka. Pengalaman mereka dapat membantu kita
menyelesaikan banyak masalah seharian. Pengalaman yang mereka miliki amat berharga buat
kita.

Kita juga perlu menghormati orang tua kerana mereka mempunyai banyak ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Tanpa mereka, hidup kita kurang pedoman. Tunjuk ajar mereka
amat bermakna buat kita untuk meneruskan kehidupan yang berliku ini. Kemahiran mereka
dalam pelbagai bidang patut kita pelajari ketika mereka masih hidup.

Bagi anak-anak, ibu bapa adalah orang tua yang perlu dihormati. Merekalah yang
membesar dan mendidik kita sehingga dewasa. Dengan kasih sayang dan pengorbanan
merekalah, kita dapat membina kehidupan yang sempurna. Jadilah anak yang mengenang
budi dengan menyayangi dan menghormati mereka.

Kesimpulannya, orang tua mestilah dihormati dan disayangi. Tanamkan cita-cita di


hati kita untuk menjaga dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati. Jangan sesekali
abaikan mereka kerana kita mungkin akan diabaikan oleh anak kita suatu hari nanti jika
bersikap begitu.

Tajuk 25 ( Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia )


Mempunyai keluarga bahagia adalah impian setiap manusia. Tulis karangan tentang cara-
cara mewujudkan keluarga bahagia. (Fakta).

Sebuah keluarga yang bahagia menjadi impian semua orang. Namun begitu, kebahagiaan itu
tidak datang dengan sendirinya. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk
mewujudkan keluarga bahagia.

Keluarga bahagia dapat diwujudkan melalui didikan ibu bapa yang sempurna kepada
anak-anak. Setiap keluarga perlu melaksanakan peraturan di rumah. Peraturan ini perlu
dipatuhi oleh anak-anak. Antaranya, tidak pulang lewat ke rumah dan mengemas bilik tidur
masing-masing.
Keluarga yang bahagia juga dapat diwujudkan apabila semua anggota keluarga
bekerjasama melakukan kerja rumah. Antaranya, membasuh baju dan menyapu sampah.
Dengan cara ini, rumah akan menjadi bersih dan kemas. Malah, hubungan yang erat akan
terjalin antara ahli keluarga.

Selain itu, setiap ahli keluarga mestilah memiliki sikap bertolak ansur. Dengan
memiliki sikap bertolak ansur, pergaduhan dapat dielakkan. Ahli keluarga juga perlu
mengamalkan sikap sabar dan jujur. Sikap sabar dan jujur akan dapat mengharmonikan lagi
hubungan kekeluargaan.

Anak-anak adalah penyeri dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa perlu memberikan
kasih sayang yang adil kepada anak-anak. Pendapat mereka juga perlu diberi perhatian dalam
menentukan sesuatu keputusan. Anak-anak yang dikasihi dan dihargai pasti akan menyayangi
ibu bapa mereka.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk mewujudkan keluarga bahagia.


Keluarga yang bahagia dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Keharmonian
masyarakat pula dapat menyumbang kepada keamanan negara.

Tajuk 26 ( Sebab Kita Perlu Menjaga Alam Sekitar )


Tulis karangan yang bertajuk “Sebab Kita Perlu Menjaga Alam Sekitar”.

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan, dan bukit-
bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan
menjadikan kehidupan kita lebih baik.

    Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat
mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain
itu, alam sekitar yang tidak  tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

     Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan
alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh
manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
sumber makanan.

    Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang
menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian
perlu dikawal agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

    Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.
Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi
tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar
tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

    Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar
yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang

Tajuk 26.1 ( Langkah-langkah/Cara-cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar )


Tulis karangan yang bertajuk “Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar”. ( Fakta )

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan


undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa
mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya
mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen
ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang
ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab.


Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan
kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Kesimpulannya, tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita


bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita
lebih selesa dan sihat.
Tajuk 26.2 ( Kepentingan Menjaga Alam Sekitar )
Tulis karangan yang bertajuk “ Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”. (Syarahan)

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar
sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”.

Hadirin sekalian,

Alam sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam agar
kehidupan kita terus aman dan harmoni. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita Misalnya, sungai amat penting
untuk kehidupan kita seharian kerana sumber air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar
akibat sisa buangan kilang dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang
bersih. Lautan pula boleh tercemar akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari
dermaga minyak atau kapal tangki ke lautan. Hal ini akan menjejaskan kehidupan lautan yang
menjadi sumber makanan kita Justeru, semua haruslah sedar dan mengambil berat akan
pemeliharaan sungai dan lautan yang menjadi sumber air dan makanan kita ini.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan
para pelancong Kedatangan para pelancong akan menjadi sumber ekonomi negara dan akan
memajukan sektor-sektor perniagaan di negara kita. Hotel-hotel, syarikat-syarikat
pelancongan, para peniaga dan gedung-gedung perniagaan tentu mendapat keuntungan
dengan kedatangan para pelancong yang berbelanja di negara kita ini. Oleh sebab itu, kita
mesti menjaga alam sekitar untuk menarik kedatangan para pelancong, lantas memajukan
ekonomi negara kita.

Hadirin sekalian,

Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Sains


menyatakan bahawa oksigen yang diperlukan untuk bernafas diperoleh daripada tumbuh-
tumbuhan di sekitar kita. Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan
menjadikan udara di sekeliling kita lebih bersih. sejuk dan segar. Hutan pula menjadi habitat
semula jadi haiwan Oleh sebab itu, alam sekitar yang terpelihara akan memastikan haiwan
tidak pupus agar generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis kehidupan haiwan
di dunia ini.
Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar Pencemaran alam seperti
pencemaran udara, air dan Iain-Iain lagi akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit seperti
demam, batuk dan sebagainya. Selain itu, banyak tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga
merupakan sumber ubat-ubatan kepada manusia. Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan ini perlu
sentiasa dipelihara supaya kita mudah untuk mendapatkan sumber ubat-ubatan di sekeliling
kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada


pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai
kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan
alam sekitar daripada dimusnahkan.

Sekian, terima kasih.

Cadangan isi-isi cara-cara memelihara alam sekitar

1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan hutan –


alam sekitar terpelihara.
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal
kepada murid tentang alam sekitar.

Tajuk 26.3 ( Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar )

Tulis syarahan yang bertajuk “Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam


Sekitar”. ( Syarahan )
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahari saya pada pagi ini
ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah


menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan.
Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam
sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh
disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen
ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab


menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang
ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab.


Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan
kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Kesimpulannya, tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita


bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita
lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 27 ( Cara-cara Menjaga Kesihatan )

Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. ( Fakta )

Kesihatan merupakan satu anugerah bagi setiap insan di dunia ini. Hal ini demikian kerana
jika kita sentiasa sihat, kita mampu melakukan banyak perkara. Justeru, kita perlu menjaga
kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk kita menjaga kesihatan.

Kita dituntut untuk membudayakan amalan senaman. Jika kita bersenam, bahan toksid
akan keluar melalui peluh daripada badan kita. Seelok-eloknya bersenamlah sekurang-
kurangnya dua kali seminggu dengan kitaran masa selama 30 minit. Bersenam juga
membolehkan otak kita cerdas.

Selain itu, kita perlu makan makanan yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan.
Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan oleh
badan seperti vitamin, protein, kalsium, dan serat yang perlu diambil dalam kuantiti yang
disarankan dalam piramid makanan. Elakkan mengambil makanan yang mengundang risiko
penyakit seperti makanan berlemak dan manis.

Seterusnya, jagalah kebersihan diri dan persekitaran kita kerana persekitaran yang
bersih boleh menjamin kesihatan diri kita juga. Gosoklah gigi sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Apabila mandi, gunakanlah sabun agar daki dan kotoran dari badan kita dapat
disingkirkan. Persekitaran yang bersih pula dapat mengelakkan pembiakan nyamuk dan
serangga yang boleh membawa penyakit.

Selain itu, amalkanlah gaya hidup yang sihat. Elakkan amalan merokok, jauhi dadah
dan minuman keras kerana akan mendatangkan penyakit berbahaya kepada kita.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri kita. Jika kita sihat, hidup kita akan bahagia
dan sejahtera.

Tajuk 27.1 ( Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri )

Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. ( Fakta )

Kesihatan sangat penting kepada kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri pada setiap masa.
Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kesihatan diri kita seperti bersenam, makan makanan
berkhasiat dan menjaga kebersihan diri.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita boleh melakukan
aktiviti ini di mana sahaja kita berada. Lakukan aktiviti senaman tiga kali seminggu.
Bersenam dapat menyihatkan badan, mencerdaskan otak dan mengelakkan kegemukan.

Pemilihan makanan mengikut piramid makanan juga cara menjaga kesihatan diri. Kita
perlulah memilih makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga seperti nasi, ikan dan susu.
Sayur-sayuran dan buah-buahan banyak mengandungi vitamin yang dapat menyihatkan
badan. Makanan yang manis perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit kencing manis.

Kita juga akan sihat jika sentiasa menjaga kebersihan diri. Pastikan kuku sentiasa
pendek dan mencuci tangan sebelum makan dapat mencegah jangkitan kuman. Memberus
gigi dapat mengelakkan kerosakan gigi. Mandi pula dapat menghilangkan segala kekotoran
yang melekat pada anggota badan kita.

Selain itu, kesihatan kita juga akan terpelihara jika kita menjaga kebersihan
persekitaran tempat tinggal. Persekitaran yang bersih dapat menjauhi kita daripada penyakit
berbahaya seperti demam denggi. Kita hendaklah membuang sampah di tempat yang
disediakan. Kebersihan tempat tinggal membolehkan kita hidup dengan selesa.

Sesungguhnya, terdapat beberapa cara menjaga kesihatan diri. Menjaga kesihatan diri
sangat penting dan banyak kebaikan. Hal ini selaras dengan slogan 'Negara bersih, rakyat
sihat' dan 'badan sihat, otak cerdas'.

Tajuk 27.2 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Pada tahun ini kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tulis
syarahan kamu ialah “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri”. Ulis syarahan kamu
selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya dapat saya berdiri di pentas ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
"Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin dan rakan-rakan yang dihormati,

Sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan diri kita setiap masa. Kita
haruslah menjaga kebersihan tubuh badan kita dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Kita perlu mandi untuk menggalakkan badan kita berbau dan berdaki. Dengan mandi
dua kali sehari juga boleh membuatkan badan kita sentiasa terasa segar dan bertenaga.

Selain daripada mandi dua kali sehari, kita juga perlulah mencuci rambut kita
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Rambut kita akan sentiasa bersih dan dapat
mengelakkan rambut kita daripada berkutu jika kita mencuci rambut sekurang-kurangnya dua
hari seminggu.

Di samping itu, kita perlulah menjaga kebersihan gigi. Gigi yang bersih menjadikan
wajah lebih berseri-seri dan menampakkan imej diri kita. Kita perlulah menjaga kebersihan
gigi dengan menggosoknya sekurang-kurang dua kali sehari dan sebaik-baik selepas kita
menjamah makanan.
Memotong kuku setiap minggu juga merupakan satu cara untuk kita menjaga
kebersihan diri. Kuku yang bersih mengelakkan diri kita daripada jangkitan bakteria yang
terdapat di celah-celah kuku. Oleh itu sewajarnya kita menjaga kebersihan kuku.

Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, ingin saya tegas, berdasarkan penerangan
yang saya sampaikan tadi jelaslah kepada kita scmua bahawa haruslah menjaga kebersihan
diri. Kebersihan diri melambangkan identiti dan penampilan diri kita.

Sekian terima kasih.

Tajuk 28 ( Cara-cara Berjimat Cermat )

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang
cara-cara untuk berjimat cermat. ( Fakta )

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu berjimat cermat.
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membudayakan amalan berjimat cermat.

Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan penggunaan air dan
elektrik. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan bil utiliti yang tinggi. Kita dapat
mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal makanan ke
sekolah atau ke tempat kerja. Sudah pasti tindakan ini dapat menjimatkan wang saku kita.
Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.

Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah
membeli sesuatu yang penting sahaja. Hal ini perlu dilakukan untuk mengelakkan
pembaziran.

Janganlah kita membazirkan makanan. Kita perlu memilih makanan yang berkhasiat
sahaja. Elakkan pembelian makanan segera yang tidak berkhasiat itu. Makanan segera dapat
menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat sepanjang masa.


Hal ini merupakan tuntutan agama. Banyak manfaat yang akan diperoleh.
Tajuk 28.1 ( Cara-cara Berjimat Cermat )

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang
cara-cara untuk berjimat cermat. ( Fakta )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang
mulia dan juga salah satu daripada nilai-nilai murni. Amalan ini perlu dipupuk sejak dari
kecil lagi bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Dengan berjimat cermat,
banyak faedah yang kita peroleh dan menguntungkan diri kita.

  Menabung dapat menjimatkan wang ringgit. Hal ini demikian kerana wang yang kita
simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk
masa hadapan. Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan
merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.

  Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air. Elektrik yang dibazirkan boleh
menyebabkan berlakunya litar pintas. Jika hal ini berlaku, ia lebih merugikan kita kerana kita
perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api.
Selain itu, kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros.
Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana mereka anak orang berada. Oleh itu,
janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang
faedah.

   Di samping itu, jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita
membiayai kos rumah tangga. Kita juga dapat menolong ibu bapa yang dalam keadaan susah
dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan
terjamin.

    Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan untuk memasuki universiti.
Ia dapat memudahkan kita untuk menampung kos universiti yang agak tinggi. Kita juga boleh
menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah. Dengan melakukan
amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.

    Kesimpulannya, kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita
untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita. Kita janganlah menggunakan wang semata-mata
untuk kepuasan diri. Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan tersebut
merupakan amalan yang mulia.

Tajuk 28.2 ( Kepentingan Amalan Berjimat Cermat )

Tulis sebuah karangan syarahan yang bertajuk Faedah Berjimat Cermat. ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Faedah Berjimat Cermat”.
Hadirin yang dihormati,

Faedah berjimat cermat bererti kebaikan yang diperoleh apabila kita berhemat dan
berhati-hati ketika membelanjakan wang supaya tidak berlaku pembaziran.

Kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja supaya dapat menyimpan wang yang
lebih di dalam tabung. Kita boleh menyimpan wang tabungan di dalam bank supaya selamat
dan dapat digunakan untuk keperluan pada masa depan.

Berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada sikap membazir. Kita perlu
beringat-ingat dan berhati-hati ketika membeli barang-barang dengan melihat tanda harga.
Amalan ini dapat mengelakkan sikap membazir.

Kita mesti berjimat cermat dengan membeli barang-barang yang perlu sahaja. Kita
perlulah menyenaraikan barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum membeli. Ini dapat
mengelakkan kita daripada membeli barang yang tidak perlu.

Setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa
berjimat cermat dapat memberi banyak faedah kepada kita.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 29 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri )

Cara menjaga keselamatan diri ketika pulang dari sekolah.

Kebelakangan ini banyak disiarkan berita tentang kejadian buruk yang menimpa murid-murid
ketika pulang dari sekolah. Berita-berita itu sangat membimbangkan ibu bapa. Oleh yang
demikian, murid-murid harus pandai menjaga diri sendiri.

        Dalam keadaan jalan raya yang sibuk pada waktu pulang dari sekolah, murid-murid
hendaklah mematuhi arahan pengawal jalan ketika hendak melintas. Dengan cara ini,
keselamatan murid-murid akan lebih terjamin. Kemalangan akan dapat dielakkan.

Jika pulang dari sekolah dengan berbasikal, murid-murid mesti mengayuh basikal
dengan berhati-hati. Patuhi semua peraturan jalan raya seperti berhenti apabila lampu
isyarat merah menyala. Jangan berlumba-lumba di jalan raya kerana boleh mengundang
bahaya.

Untuk murid yang berjalan kaki pula, dinasihatkan supaya berjalan beramai-ramai.
Hal ini kerana penjenayah lebih mudah bertindak terhadap kanak-kanak yang bersendirian.
Menumpang orang yang tidak dikenali juga perlu dielakkan untuk menjauhi perkara yang
tidak dikehendaki seperti penculikan.

Selain itu, jika waris lambat datang menjemput, murid-murid hendaklah menunggu
di tempat yang dikhaskan. Selain terlindung daripada panas matahari, keselamatan murid-
murid juga sentiasa dipantau oleh pengawal bertugas. Lagipun waris tidak akan tercari-cari
apabila mereka datang menjemput.

Semua murid perlu peka terhadap persekitaran dan berfikir sebelum bertindak
demi keselamatan diri sendiri. Sentiasalah beringat –ingat sebelum terkena jangan seperti
pepatah Melayu ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Hal ini kerana malang itu tidak berbau.

Cadangan Isi-is Cara-cara menjaga keselamatan diri semasa pulang dari sekolah

1. Berjalan kaki di tempat sunyi/semak


2. Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
3. Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
4. Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong / cuba pertahankan
diri / lari menyelamatkan diri.
5. Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

Tajuk 29.1 ( Menjaga Keselamatan Diri - di Jalan raya )

Bersempena dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah kamu. Tulis karangan
kamu tentang “Berhemah di Jalan raya”. ( Fakta )

Sesungguhnya amalan berhemah di jalan raya amat penting untuk mengelakkan kemalangan.
Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika setiap pengguna jalan raya sentiasa berhemah.
Sebagai penunggang basikal, kita perlu memastikan bahawa basikal kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Contohnya, brek hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.
Selain itu, kita perlu memakai topi keselamatan dan ves pemantul cahaya. Ves pemantul
cahaya tersebut dapat memudahkan pengguna jalan raya lain melihat penunggang basikal.
Selain itu, penunggang basikal yang berhemah juga akan mengutamakan keselamatan
ketika berada di jalan raya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada membawa basikal secara
bersaing-saing atau berlumba-lumba ketika menunggang basikal. Bak kata pepatah, "malang
tidak berbau". Oleh itu, kita perlu waspada setiap kali berada di jalan raya.
Seterusnya, setiap pemandu mestilah memastikan mereka mendapat rehat dan tidur
yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu tempat. Keadaan pemandu yang
letih dan mengantuk akan menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Untuk menjadi pemandu yang berhemah, elakkanlah diri daripada minum minuman
keras sebelum atau ketika memandu. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan
menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pemanduan. Jika pemandu
hilang tumpuan, maka mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan.
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa berhemah
ketika berada di jalan raya. Sikap tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya
yang lain. "Ingatlah orang yang tersayang".

Tajuk 29.2 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kamu telah dipilih untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Kempen


Keselamatan Jalan Raya di sekolah kamu. Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, guru-guru, barisan hakim yang adil lagi saksama,
dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Pada pagi yang damai ini, saya akan
menyampaikan syarahan yang bertajuk “Berhemah di Jalan Raya”. Sesungguhnya amalan
berhemah di jalan raya amat penting untuk mengelakkan kemalangan.

Hadirin yang saya hormati,

Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika setiap pengguna jalan raya sentiasa
berhemah. Sebagai penunggang basikal, kita perlu memastikan bahawa basikal kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Contohnya, brek hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik.
Selain itu, kita perlu memakai topi keselamatan dan ves pemantul cahaya. Ves pemantul
cahaya tersebut dapat memudahkan pengguna jalan raya lain melihat penunggang basikal.

Selain itu, penunggang basikal yang berhemah juga akan mengutamakan keselamatan
ketika berada di jalan raya. Mereka perlu mengelakkan diri daripada membawa basikal secara
bersaing-saing atau berlumba-lumba ketika menunggang basikal. Bak kata pepatah, "malang
tidak berbau". Oleh itu, kita perlu waspada setiap kali berada di jalan raya.

Seterusnya, setiap pemandu mestilah memastikan mereka mendapat rehat dan tidur
yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu tempat. Keadaan pemandu yang
letih dan mengantuk akan menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang saya hormati,

Untuk menjadi pemandu yang berhemah, elakkanlah diri daripada minum minuman
keras sebelum atau ketika memandu. Hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan
menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pemanduan. Jika pemandu
hilang tumpuan, maka mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan.
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa berhemah
ketika berada di jalan raya. Sikap tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya
yang lain. "Ingatlah orang yang tersayang".

Sekian, terima kasih.

Tajuk 29.3 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. ( Fakta )

Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa
terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah


dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan
raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, murid-
murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-
langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.

    Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan
murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid-murid hendaklah mengayuh basikal dalam
satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh
kenderaan.

    Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur.
Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya
ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-
kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya.
Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-kanak sekolah dapat melintas
dengan selamat.

     Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah


keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak
berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu  agar dapat mengurangkan  kadar
kemalangan jalan raya.

Tajuk 29.4 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita.
Dapat dilihat banyak kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku terutamanya menjelang
musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada golongan
remaja dan belia. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memikirkan dan mengambil
langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

      Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah
melalui kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan dan dipaparkan melalui media
elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan
mengedarkan poster-poster berkaitan kempen ini kepada orang ramai dan ditampal di tempat-
tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan rintihan hati individu yang kehilangan
ahli keluarga akibat terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi
kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa berada di
jalan raya.

       Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan


haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan  dan Polis Diraja Malaysia perlu
menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad
semasa musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya
dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu pelanggaran peraturan jalan raya dapat
dikurangkan. Hal ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di
Negara kita.

       Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan
sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom bagi memastikan
kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan
itu, pemilik kenderaan dapat melalui perjalanan dalam keadaan yang selamat.

       Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting
terutamanya kepada pemandu kenderaan awam dan penunggang-penunggang motosikal.
Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat
mengelakkan mereka daripada keletihan dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat
menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

       Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar
kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, bersama-samalah kita
mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang.
Tajuk 30 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan diri. (Fakta)

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kebersihan diri perlu
dijaga untuk menjamin kesihatan badan.

Kita mesti mandi menggunakan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya
badan kita bersih. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena penyakit kulit dan berbau.
Semasa mandi, kita perlu syampu rambut supaya rambut tidak dihinggapi kelemumur dan
kutu. Badan yang bersih akan menjadikan kita sihat dan selesa.

Kila perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat
penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi dan mulut berbau. Oleh itu, kita akan
lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan
kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman. Hal ini
boleh menyebabkan kita terkena penyakit cirit-birit.

Selain itu, kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh
mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan baik. Kita perlu membersihkan
telinga dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Kesimpulannya. menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita
harus mengambil berat tentang kebersihan diri agar hidup lebih sejahtera.
Tajuk 30.1 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Pada tahun ini kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tulis
syarahan kamu ialah “Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri”. Tulis syarahan kamu
selengkapnya. ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta rakan sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya dapat saya berdiri di pentas ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk
"Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin dan rakan-rakan yang dihormati,

Sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan diri kita setiap masa. Kita
haruslah menjaga kebersihan tubuh badan kita dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali
sehari. Kita perlu mandi untuk menggalakkan badan kita berbau dan berdaki. Dengan mandi
dua kali sehari juga boleh membuatkan badan kita sentiasa terasa segar dan bertenaga.

Selain daripada mandi dua kali sehari, kita juga perlulah mencuci rambut kita
sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Rambut kita akan sentiasa bersih dan dapat
mengelakkan rambut kita daripada berkutu jika kita mencuci rambut sekurang-kurangnya dua
hari seminggu.

Di samping itu, kita perlulah menjaga kebersihan gigi. Gigi yang bersih menjadikan
wajah lebih berseri-seri dan menampakkan imej diri kita. Kita perlulah menjaga kebersihan
gigi dengan menggosoknya sekurang-kurang dua kali sehari dan sebaik-baik selepas kita
menjamah makanan.

Memotong kuku setiap minggu juga merupakan satu cara untuk kita menjaga
kebersihan diri. Kuku yang bersih mengelakkan diri kita daripada jangkitan bakteria yang
terdapat di celah-celah kuku. Oleh itu sewajarnya kita menjaga kebersihan kuku.

Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, ingin saya tegas, berdasarkan penerangan
yang saya sampaikan tadi jelaslah kepada kita scmua bahawa haruslah menjaga kebersihan
diri. Kebersihan diri melambangkan identiti dan penampilan diri kita.

Sekian terima kasih.

Tajuk 30.2 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Kamu dan rakan kamu sedang berbual-bual tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
Tulis perbualan tersebut dengan selengkapnya. ( Dialog )

Kamal : Hai, sedang buat apa tu, Azmi?


Azmi  :  Oh, Kamal! Saya sedang membaca surat khabar.

Kamal : Oh…Tentu banyak cerita menarik di dalam akhbar tersebut.

Azmi  :    Ya, banyak cerita dan maklumat yang boleh kita dapati apabila kita
membacanya. Contohnya tentang kebersihan. Kita perlu menjaga
kebersihan terutamanya kebersihan diri kita.

Kamal : Betul tu. Kita perlu menjaga kebersihan diri agar kita terhindar
daripada penyakit dan diri kita juga bersih serta kemas. Apabila kita
bersih, tentu ramai yang ingin berkawan dengan kita.

Azmi :     Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah mandi. Kita perlu
mandi sekurang- kurangnya tiga kali sehari. Semasa mandi, kita perlu
menggosok badan kita dengan menggunakan sabun. Rambut kita juga
perlu dibasuh dan digosok. Selain itu, kita juga perlu menggosok gigi
kita agar bersih dan putih.

Kamal :    Betul tu. Selain itu, kita juga perlu menyikat rambut kita dengan rapi.
Kita juga perlu memakai pakaian yang bersih dan kemas.

Azmi  :   Jangan lupa untuk memotong kuku seminggu sekali agar bersih. Ini
penting supaya kuman tidak melekat pada makanan ketika kita makan.
Dengan itu, kita dapat menghindari diri kita dari diserang penyakit.

Kamal :     Betul tu. Memang banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga
kebersihan diri kita.

Azmi  :     Memang betul. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan diri agar kita
Sihat sentiasa.

Kamal :     Okeylah, saya balik dulu. Semoga kita  berjumpa lagi.

Azmi  :     Baiklah, terima kasih kerana sudi berbual-bual dengan saya.

Tajuk 31 ( Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. ( Fakta )

Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa
terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah
dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan
raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, murid-
murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-
langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.

     Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam
kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid-murid hendaklah mengayuh
basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada
dilanggar oleh kenderaan.

     Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur.
Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya
ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-
kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya.
Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-kanak sekolah dapat melintas
dengan selamat.

     Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah


keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak
berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu  agar dapat mengurangkan  kadar
kemalangan jalan raya.

Tajuk 31.1 ( Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita.
Dapat dilihat banyak kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku terutamanya menjelang
musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada golongan
remaja dan belia. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memikirkan dan mengambil
langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

      Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah
melalui kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan dan dipaparkan melalui media
elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan
mengedarkan poster-poster berkaitan kempen ini kepada orang ramai dan ditampal di tempat-
tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan rintihan hati individu yang kehilangan
ahli keluarga akibat terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi
kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa berada di
jalan raya.

       Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan


haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan  dan Polis Diraja Malaysia perlu
menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad
semasa musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya
dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu pelanggaran peraturan jalan raya dapat
dikurangkan. Hal ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di
Negara kita.

       Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan
sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom bagi memastikan
kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan
itu, pemilik kenderaan dapat melalui perjalanan dalam keadaan yang selamat.

        Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting
terutamanya kepada pemandu kenderaan awam dan penunggang-penunggang motosikal.
Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat
mengelakkan mereka daripada keletihan dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat
menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

      Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar
kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, bersama-samalah kita
mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang.

Tajuk 32 ( Sebab-sebab Murid perlu Mematuhi Peraturan Sekolah )

Setiap murid perlu mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Tuliskan karangan tentang


peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

Peraturan sekolah merupakan undang-undang yang dilaksanakan bagi membentuk disiplin


murid-murid. Setiap murid haruslah mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Antara peraturan sekolah yang perlu dipatuhi ialah datang awal ke sekolah. Dengan
datang awal ke sekolah, kita akan dapat menggunakan masa yang ada untuk menceria dan
membersihkan kelas. Contohnya. kita boleh menyapu sampah, menyusun meja, mengelap
cermin, dan membuang sampah.

Selain itu, sebagai seorang murid kita haruslah memakai pakaian sekolah yang
lengkap ketika datang ke sekolah. Dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap, kita akan
menjadi murid yang berdisiplin dan kelihatan nampak kemas antara satu sama lain. Kita
perlulah memakai lencana, baju putih, seluar biru, stoking putih, dan seumpamanya.
Di samping itu, sebagai seorang murid, kita mestilah beratur sebelum memasuki
kelas. Apabila kita beratur. setiap murid tidak perlu berebut-rebut untuk memasuki kelas.
Secara tidak langsung ini akan menjadikan kita seorang murid yang lebih berdisiplin dan
pergerakan masuk ke dalam kelas akan lebih teratur dan nampak kemas

Sebagai kesimpulannya, kita perlulah mematuhi peraturan sekolah yang telah


ditetapkan. Mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan akan menjadikan kita seorang murid
yang berdisiplin dan dapat menggalakkan diri kita sentiasa berfikiran positif.

Tajuk 32.1 ( Sebab-sebab Murid perlu Mematuhi Peraturan Sekolah )

Setiap murid perlu mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Tuliskan karangan tentang


peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.

Setiap sekolah mempunyai peraturan yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah. Murid
perlu mematuhi semua peraturan sekolah. Terdapat beberapa sebab murid perlu mematuhi
peraturan sekolah.

Antara sebab murid perlu mematuhi peraturan sekolah adalah dapat menjaga
ketenteraman sekolah. Murid akan takut untuk melanggar peraturan sekolah seperti membuat
bising. Murid yang melanggar peraturan sekolah akan didenda. Justeru, keadaan sekolah akan
menjadi aman dan tenteram.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru
dapat mengajar murid dengan lebih berkesan. Murid pula dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran guru. Justeru, pencapaian murid dalam pelajaran pasti menjadi lebih baik.

Peraturan sekolah juga dapat mengelakkan harta benda sekolah daripada rosak. Murid
yang merosakkan harta benda sekolah akan didenda. Ibu bapa murid tersebut akan turut
dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan tentang kelakuan anak mereka. Ekoran itu, pihak
sekolah tidak akan menghadapi masalah kekurangan kerusi dan meja murid.

Selain itu, peraturan sekolah juga bertujuan menerapkan nilai-nilai murni kepada
murid-murid. Nilai-nilai murni akan diterapkan secara langsung atau tidak langsung. Antara
nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan ialah menghargai waktu dan sikap
bertanggungjawab. Nilai-nilai murni yang diamalkan di sekolah ini diharapkan akan
berterusan diamalkan oleh murid ketika berada di rumah.

Kesimpulannya, terdapat beberapa sebab murid perlu mematuhi peraturan sekolah.


Ibu bapa perlu menasihati anak-anak mereka supaya mematuhi peraturan sekolah. Oleh yang
demikian, pihak sekolah pula perlu mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar
peraturan sekolah.
Tajuk 32.2 ( Kepentingan Melaksanakan Peraturan-peraturan di Sekolah )

Jelaskan kepentingan melaksanakan peraturan-peraturan di sekolah.

Peraturan sekolah merupakan undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah.
Semua murid mesti mematuhi peraturan dan tiada seorang murid pun diberikan pengecualian.

Peraturan sekolah dapat membentuk tingkah laku murid-murid agar menjadi insan
yang berdisiplin dan bersahsiah positif. Dengan wujudnya peraturan, murid-murid tahu
menghormati guru, tidak bergaduh sesama rakan, dan dapat mencegah diri mereka daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang kurang elok.

Peraturan sekolah berperanan membantu guru untuk mengawal murid-murid. Secara


tidak langsung, beban kerja guru dapat dikurangkan. Guru dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dengan pelaksanaan peraturan juga persekitaran sekolah menjadi lebih selesa. Murid-
murid dapat Pelajar dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Pergaulan sesama murid juga
senantiasa terjaga.

Pelaksanaan peraturan sekolah akan dapat mengangkat imej sekolah sebagai institusi
yang disegani. Sekolah yang teguh peraturannya akan dihormati oleh para murid dan
masyarakat keseluruhannya.

Kesimpulannya, pelaksanaan peraturan sekolah adalah untuk kebaikan murid-murid


dan pihak sekolah.

Tajuk 33 ( Laporan Perkhemahan )


Pasukan Pengakap sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan tahunan. Beberapa
aktiviti telah diadakan semasa perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis
laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada hari Jumaat yang lalu, seramai 42 orang murid Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan
Parit 9 dan 4 orang guru pengiring telah mengadakan perkhemahan tahunan di Tapak
Perkhemahan Kampung Ulu Slim. Peserta telah menaiki bas ke tapak perkhemahan
berkenaan.

Tujuan perkhemahan itu dijalankan adalah untuk memupuk semangat berdikari dalam
kalangan ahli pengakap, di samping mendedahkan pengalaman berkhemah di dalam hutan.

Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, guru pengiring, iaitu Cikgu Hasadi dan
Cikgu Imran telah membahagi-bahagikan peserta pengakap kepada beberapa kumpulan dan
diagihkan tugasan. Kumpulan A dikehendaki memasang khemah, manakala Kumpulan B
dikehendaki mengangkat air, Kumpulan C ditugaskan untuk mengumpul kayu api, Kumpulan
D menyediakan makanan dan sebagainya.

Sepanjang perkhemahan, banyak aktiviti menarik telah dilakukan. Contohnya, aktiviti


meredah hutan, pertandingan kawad kaki antara kumpulan, pertandingan membuat gajet dan
sebagainya. Malam terakhir perkhemahan telah diadakan malam kebudayaan, iaitu semua
kumpulan dikehendaki membuat persembahan seperti tarian, nyanyian, atau lakonan.

Pada hari berikutnya, sebelum berangkat meninggalkan tapak perkhemahan, kami


bekerjasama membersihkan tapak perkhemahan. Kami pulang menaiki bas yang sama semasa
datang ke tapak perkhemahan.

Walaupun letih, tetapi kami berasa seronok kerana dapat menyertai aktiviti ini.
Harapan saya semoga Pasukan Pengakap akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ini
pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 14 APRIL 2018.

Adam Danial
(ADAM DANIAL BIN ARIF IKMAL)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.1 ( Laporan Perkhemahan )

Pasukan Pengakap sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan tahunan. Beberapa


aktiviti telah diadakan semasa perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis
laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Aktiviti Perkhemahan Pasukan Pengakap


Pada 7 hingga 8 April 2018, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah
mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Suria. Perkhemahan selama dua hari ini
telah disertai oleh 40 orang pengakap dan 6 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental,
membentuk keyakinan diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggungjawab memimpin ahli kumpulannya.
Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincangkan dengan ketua
kumpulan.

Semua peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Selain itu,


peserta perkhemahan juga bergotong-royong mencari kayu api, memasak makanan dan
membersihkan kawasan persekitaran khemah.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah
merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan
kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta dapat mengutip
pengalaman berharga dan pelbagai ilmu pengetahuan baharu. Malah hubungan antara ahli
pengakap bertambah erat.

Laporan disediakan oleh, 16 APRIL 2018.

Muhammad Hadif
(MUHAMMAD HADIF BIN SYUKERI)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap, SK Parit 9.

Tajuk 33.2 ( Laporan Perkhemahan )

Sekolah kamu baru selesai mengadakan perkhemahan pengakap. Sebagai setiausaha


pasukan pengakap, kamu dikehendaki menyediakan laporan tentang perkhemahan tersebut.
Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pasukan beruniform pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan perkhemahan


pada hari Sabtu, 21 Mac 2018 dan berakhir pada Ahad, 22 Mac. Perkhemahan tersebut
diadakan di padang sekolah. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 88 orang
ahli pengakap dan enam orang guru pemimpin pengakap telah menyertai perkhemahan
tersebut.
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang perkhemahan
kepada semua ahli. Di samping itu, mereka dapat mempelajari beberapa ilmu pengetahuan
yang patut diketahui oleh semua ahli secara asas. Perkhemahan tersebut juga bertujuan untuk
memupuk nilai-nilai murni.

Pendaftaran ahli yang menyertai perkhemahan bermula pada pukul 8:00 pagi. Para
peserta diberikan taklimat oleh Encik Ishak bin Jamil selaku penasihat pasukan pengakap
Sekolah Kebangsaan Parit 9. Kemudian, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Selepas itu, mereka membersihkan tapak perkhemahan serta mendirikan khemah. Selesai
mendirikan khemah, setiap kumpulan mula memasak untuk makan malam menggunakan
bahan-bahan yang dibawa dari rumah masing-masing.

Pembinaan gajet, aktiviti pertolongan cemas, aktiviti kembara, merentas halangan,


dan persembahan kebudayaan turut dilaksanakan mengikut jadual yang telah diatur. Setiap
peserta bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam setiap aktiviti bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Guru Besar amat berpuas hati dengan penglibatan murid-murid. Menurut beliau,
aktiviti tersebut boleh dijadikan agenda tahunan dan boleh dicontohi oleh unit-unit
beruniform yang lain. Semangat kerjasama dan bakat kepemimpinan yang diterapkan akan
menjadikan mereka lebih berdikari pada masa akan datang. Perkhemahan melabuhkan
tirainya pada pukul 5:00 petang.

Disediakan oleh, 25 MAC 2018.

Muhammad Amir
(MUHAMMAD AMIR BIN RAZAK)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Parit.

Tajuk 33.3 ( Laporan Perkhemahan )

Pasukan Pengakap sekolah anda telah mengadakan satu perkhemahan di sebuah kawasan
taman negara. Selaku setiausaha persatuan, sediakan laporan tentang aktiviti perkhemahan
tersebut. ( Laporan )

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9, telah mengadakan satu perkhemahan pada
cuti semester yang lalu yakni dari 28 April hingga 30 April 2018. Perkhemahan kali ini telah
diadakan di kawasan hutan simpan Endau-Rompin, Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap
sekolah ini bersama-sama enam orang guru pengiring.

Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan untuk
mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada ahli persatuan. Pada masa yang sama aktiviti
sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta memupuk semangat
bekerjasama antara mereka pula.

Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah diuji tentang kemahiran
mereka untuk memasang khemah dan mencari kedudukan dalam peta. Aktiviti ini amat
penting buat mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti itu mampu memberikan
satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di dalam hutan.
Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah dijalankan. Lima pasukan telah
dibentuk dengan setiap pasukan mempunyai sepuluh orang ahli pengakap dan seorang guru
yang akan berjalan merentas hutan berpandukan peta yang telah diberikan. Dengan
berbekalkan bahan-bahan asas seperti makanan ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan
mereka terpaksa berjalan hampir 10 km dan kembali ke kawasan perkhemahan mengikut
masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli
pengakap.

Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda sebelum bertolak pulang
ke Selangor pada sebelah petangnya. Perkhemahan ini berakhir pada jam 12 tengah hari.

Laporan disediakan oleh, 14 MEI 2018.

Azman Azali
(AZMAN BIN AZALI)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.
Tajuk 33.4 ( Minggu Pengindahan Sekolah )

Andaikan bahawa kamu setiausaha Kelab Pencinta Alam sekolah. Kamu diminta menulis
laporan tentang Minggu Pengindahan Sekolah yang telah diadakan. Tuliskan laporan kamu
selengkapnya.

Laporan Minggu Pengindahan Sekolah Kebangsaan Parit 9

Kelab Pencinta Alam, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah menganjurkan Minggu

Pengindahan Sekolah bermula pada 5 Mac 2018 dan berakhir pada 9 Mac 2018.

Aktiviti yang diadakan ialah pertandingan Kelas Terbersih. Pertandingan ini


dibahagikan kepada dua kategori, iaitu tahap satu dan tahap dua. Tahap satu melibatkan
murid tahun satu hingga tahun tiga, manakala tahap dua melibatkan murid tahun empat
hingga tahun enam.

Aktiviti lain yang diadakan ialah membuat mural pada dinding-dinding bangunan
sekolah. Mural itu dilukis oleh murid-murid tahap dua. Selain mural, prinsip-prinsip Rukun
Negara dan cogan kata sekolah turut ditulis pada dinding-dinding bangunan sekolah.

Taman bunga yang dilengkapi air pancut pula dibina bersebelahan dengan makmal
komputer sekolah. Selain memperindah kawasan sekolah, taman ini dapat dijadikan tempat
warga sekolah berehat. Setiap kelas menyumbangkan benih-benih bunga untuk menjayakan
projek ini.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya kerana


mendapat kerjasama yang padu daripada seluruh warga sekolah. Kami berasa gembira kerana
matlamat untuk mengindahkan kawasan sekolah telah tercapai.

Saya berharap semoga usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah ini berjalan
sepanjang masa oleh setiap warga sekolah. Sekolah yang bersih dan indah akan menceriakan
suasana persekitaran kawasan sekolah, dan seterusnya menggalakkan murid-murid untuk
datang ke sekolah pada setiap hari.
Laporan disediakan oleh, 12 MAC 2018.

Hazril
(MUHAMAD HAZRIL BIN HASY1M)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.5 ( Karnival Jom Sihat dan Ceria )

Persatuan penduduk di kampung kamu telah mengadakan Karnival Jom Sihat dan Ceria.
Sebagai setiausaha persatuan penduduk , kamu diminta untu menyediakan laporan tentang
karnival tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Karnival Jom Sihat dan Ceria 2018

Persatuan Penduduk Parit 9 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sekichan telah menganjurkan
Karnival Jom Sihat dan Ceria di Dewan Semai Bakti. Karnival ini diadakan pada 8 dan 9
September 2018 bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai agar
mengamalkan gaya hidup sihat. Program yang dijalankan selama dua hari ini dapat menarik
kunjungan orang ramai, termasuklah golongan dewasa dan kanak-kanak.

Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.


Antaranya ialah aktiviti senamrobik yang diketuai oleh jurulatih berpengalaman dilakukan
pada awal pagi. Ramai pengunjung daripada pelbagai peringkat umur melibatkan diri dalam
senaman ini.

Selain itu, kempen derma darah juga dilancarkan dalam karnival ini. Ramai
pengunjung mengambil peluang untuk menyertai aktiviti menderma darah. Pihak penganjur
juga menyediakan alat-alat kecergasan untuk digunakan oleh pengunjung. Jurulatih bertauliah
akan membimbing mereka tentang cara mengendalikan alatan tersebut.

Sudut pameran kesihatan dan kecergasan yang dinamakan 'Gerbang Kesihatan' juga
disediakan untuk para pengunjung. Mereka didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan
dengan kesihatan. Para pengunjung boleh mendapatkan risalah kesihatan di sudut pameran ini
juga.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti sepanjang karnival ini berjalan dengan lancar.


Seinua pengunjung berpuas hati dan mahu program seperti ini dijalankan lagi pada masa akan
datang. Pihak penganjur berasa berbesar hati kerana dapat memberikan kerjasama yang baik.

Disediakan oleh, 19 SEPTEMBER 2018.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)
Setiausaha Persatuan Penduduk Parit 9.

Tajuk 33.6 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis laporan tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang pernah kamu sertai atau lihat.

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan SK Parit 9

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan
peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke- 61 pada tahun ini .Majlis ini diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah
dihias dengan cantik.

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Sambutan ini juga telah
dipimpin oleh Encik Nazri bin Sungit selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit turut hadir dalam majlis sambutan ini. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri
Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat
lagu Jalur Gemilang daripada Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Parit 9. Terukir senyuman
di bibir para guru Sekolah Kebangsaan Parit 9 apabila melihat persembahan tersebut.

Seterusnya Guru Penolong Kanan membaca perutusan Hari Kebangsaan. Kemudian,


Guru Besar memberi ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Parit telah menyempurnakan acara perasmian sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2018 .

Seterusnya, pertandingan melukis poster, pertandingan menghasilkan Jalur Gemilang,


kuiz dan Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan
Kemerdekaan Tahun 2018. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk
mencari pemenang-pemenangnya. Pemenang pertandingan diberi hadiah oleh Guru Besar.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan  nyanyian lagu Negaraku
dan jamuan ringan.  Sambutan kali ini  sungguh meriah.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2018.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)

Tajuk 33.7 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis laporan tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang pernah kamu sertai atau lihat.
Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Pada tanggal 31 Ogos yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Dataran Merdeka untuk
menyambut Hari Kemerdekaan. 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan Malaysia yang
disambut pada setiap tahun.

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah bergerak ke Dataran Merdeka. Kami ingin
menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah
Sayangi Malaysiaku.

Sebaik sahaja kami tiba, kelihatan ramai orang telah membanjiri kawasan Dataran
Merdeka. Di bahagian hadapan terdapat pentas yang menempatkan Perdana Menteri dan
tetamu kenamaan yang lain. Kami mengambil tempat duduk yang sesuai. Jalur Gemilang
menghiasi setiap penjuru Dataran Merdeka.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Jalur Gemilang berkibar


megah. Selepas itu pasukan perbarisan yang terdiri daripada pasukan polis, tentera, bomba
dan badan kerajaan yang lain melintasi dataran. Suasana sangat meriah. Pertunjukan pesawat
udara juga diadakan. Enam buah pesawat tentera terbang rendah dan membuat beberapa aksi
yang menarik.

Seterusnya, Perdana Menteri melaungkan ungkapan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"


dan diikuti oleh semua penonton dengan bersemangat. Kami berasa bangga kerana tinggal di
sebuah negara yang merdeka dan aman damai.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2018.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)

Tajuk 33.8 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada
tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat
menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.   
     Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir
ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum
turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

     Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan


bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu bendera dinaikkan lagu “Negaraku”
dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan
sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut
memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

   Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai
oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan
pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara
yang berdiri di atas pentas utama.

    Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta
berhias yang berwarna-warni dan penuh bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan
beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun
dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.
           
   Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan
seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di
Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat
Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak
melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2018.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)

Tajuk 33.9 ( Laporan Projek Jalur Gemilang Gergasi )

Sekolah kamu telah mengadakan projek Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan baru-baru ini. Kamu diminta untuk menulis laporan tentang projek tersebut.
Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Projek Jalur Gemilang Gergasi

Pada 15 Ogos 2016 yang lalu, Kelab Reka Cipta Sekolah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis
telah melaksanakan projek Jalur Gemilang Gergasi sempena bulan kemerdekaan.

Seminggu sebelum projek tersebut bermula, ahli jawatankuasa kelab telah berjumpa
dengan guru penyelaras untuk berbincang tentang projek Jalur Gemilang Gergasi. Sebaik
sahaja mendapat keizinan, ahli kelab terus membuat persiapan.

Masa yang diambil untuk melakar dan melukis Jalur Gemilang pada kain yang bersaiz
10 meter x 20 meter ini adalah selama seminggu. Kerja-kerja dibahagikan mengikut tahun
dan kelas ahli kelab.
Proses mewarnakan Jalur Gemilang Gergasi ini juga memakan masa hampir
seminggu. Kerjasama yang erat antara ahli kelab menjadikan kerja-kerja mewarnai bendera
berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan, ahli kelab sekali lagi bergading bahu. Kali ini
adalah untuk menggantungkan Jalur Gemilang Gergasi itu pada luar koridor yang menghadap
pejabat sekolah.

Semua murid di sekolah ini berbangga kerana pada tahun ini sambutan bulan
kemerdekaan lebih meriah berbanding dengan tahun-tahun lepas.

Laporan disediakan oleh, 21 OGOS 2018.

Batrisya
(BATR1SYIA BINT1 AZHAR)
Setiausaha Kelab Reka Cipta
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

ajuk 33.10 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Pihak sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Kamu diminta oleh
guru kamu untuk menulis berita tentang sambutan tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.

SEKINCHAN, 1 September - Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan sambutan Hari


Kemerdekaan pada minggu lepas. Perayaan sambutan hari kemerdekaan tersebut diadakan
selama seminggu.

Banyak aktiviti telah diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan itu.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar sekolah tersebut, iaitu Tuan Haji
Zaharullai bin Haji Hasan. Beliau menyeru semua murid menanam semangat patriotik dalam
diri masing-masing.

Pada hari tersebut, persembahan daripada murid juga diadakan. Persembahan yang
diadakan ialah puisi hari kemerdekaan dan sketsa tentang peristiwa penjajahan kuasa asing ke
atas Tanah Melayu. Persembahan tersebut telah mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada para penonton.

Selain itu, pertandingan menulis esei dan mengarang puisi turut diadakan
Pertandingan ini disertai oleh semua murid Tahap 2. Pada hari penutup, semua nama
pemenang telah diumumkan. Para pemenang mendapat hadiah dan sijil penyertaan.
Sepanjang minggu sambutan itu, pertandingan melukis poster dan menghias kelas
dengan bendera turut diadakan. Pada hari itu, kami juga menonton video tentang perjuangan
para pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan negara kita daripada penjajah.

Program sambutan bulan kemerdekaan tersebut telah berjaya mencapai tujuannya.


Sambutan itu telah dapat menanam semangat cinta akan negara. Diharapkan sambutan ini
akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Tajuk 33.11 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Sempena Bulan Kemerdekaan. sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang
menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

SEKINCHAN. 16 Ogos - Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah menganjurkan


sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos lalu.

Tujuan Bulan Kemerdekaan mi diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik


dalam kalangan murid-murid. Di samping itu. dapat memberi pendedahan kepada murid-
murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan
bersvukur dan menghargai
kemajuan yang dicapai oleh negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh
Puan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal
di negara yang aman. Kemudian telah diadakan persembahan deklamasi sajak dan koir
bertemakan kemerdekaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah


pertandingan pidato, pertandingan menulis esei. pertandingan melukis poster dan pameran
sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap 2 telah menghantar peserta bagi pertandingan yang
diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis
poster dan menulis esei.

Pada acara penutup pada 16 September, Puan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada
para pemenang pertandingan. Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan.
Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah "Merdeka" dengan penuh
semangat.

Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur
dan berkekalan di jiwa setiap murid. Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid
yang akan menjadi generasi pelapis negara.

Tajuk 33.12 ( Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis pengalaman anda menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada tanggal 31 Ogos yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Dataran Merdeka untuk
menyambut Hari Kemerdekaan. 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan Malaysia yang
disambut pada setiap tahun.

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah bergerak ke Dataran Merdeka. Kami ingin
menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah
Sayangi Malaysiaku.

Sebaik sahaja kami tiba, kelihatan ramai orang telah membanjiri kawasan Dataran
Merdeka. Di bahagian hadapan terdapat pentas yang menempatkan Perdana Menteri dan
tetamu kenamaan yang lain. Kami mengambil tempat duduk yang sesuai. Jalur Gemilang
menghiasi setiap penjuru Dataran Merdeka.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Jalur Gemilang berkibar


megah. Selepas itu pasukan perbarisan yang terdiri daripada pasukan polis, tentera, bomba
dan badan kerajaan yang lain melintasi dataran. Suasana sangat meriah. Pertunjukan pesawat
udara juga diadakan. Enam buah pesawat tentera terbang rendah dan membuat beberapa aksi
yang menarik.

Seterusnya, Perdana Menteri melaungkan ungkapan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"


dan diikuti oleh semua penonton dengan bersemangat. Kami berasa bangga kerana tinggal di
sebuah negara yang merdeka dan aman damai.
Tajuk 33.13 ( Persiapan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan )

Berdasarkan gambar, tulis satu karangan tentang persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada setiap tahun sekolah saya mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Tujuannya agar
semua warga sekolah dapat menyemaikan semangat patriotik dalam diri masing-masing.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku". Sekolah saya tidak
ketinggalan untuk menyambutnya. Kami membuat beberapa persiapan rapi sempena
sambutan Hari Kemerdekaan ini. Majlis ini akan diadakan di dalam dewan. Murid-murid dan
guru- guru berganding bahu menghias dewan sekolah agar kelihatan ceria.

Saya dan Cikgu Kamal menampal logo-logo hari kemerdekaan yang lepas pada
dinding dewan. Kami berharap agar murid-murid akan mengetahui tema dan slogan yang
digunakan. Dengan itu, dapatlah mereka menambah pengetahuan. Selain itu, rakan-rakan
saya turut menolong cikgu menghias dewan dengan menggantung belon yang berwarna-
warni untuk menambah keceriaan sambutan majlis berkenaan.

Raju menyusun kerusi untuk dijadikan tempat duduk para tetamu serta murid-murid
yang akan menyaksikan acara yang akan berlangsung. Mereka akan lebih selesa. Cikgu Wati
menghias pentas. Beliau dibantu oleh Alia. Tempat persembahan dihias dengan banting dan
Jalur Gemilang. Bendera-bendera negeri dalam Malaysia juga diletakkan di hadapan pentas
sebagai hiasan.

Kesungguhan warga sekolah membuat persiapan sambutan Hari Kemerdekaan ini


sudah menunjukkan perasaan cinta akan negara. Ssemoga sambutan yang diadakan ini akan
dapat melahirkan generasi yang menghargai pemimpin. Kita berharap negara kita akan kekal
harmoni selamanya.
Tajuk 33.14 ( Sambutan Hari Kemerdekaan di Sekolah )

Tulis cerita tentang sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah kamu.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan
peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan
Malaysia yang ke- 61 pada tahun ini .Majlis ini diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah
dihias dengan cantik.

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa.Sambutan ini juga telah
dipimpin oleh Encik Nazri bin Sungit selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu Yang
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit turut hadir dalam majlis sambutan ini. 

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri
Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat
lagu Jalur Gemilang daripada Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Parit 9. Terukir senyuman
di bibir para guru Sekolah Kebangsaan Parit 9 apabila melihat persembahan tersebut.

Seterusnya Guru Penolong Kanan membaca perutusan Hari Kebangsaan. Kemudian,


Guru Besar memberi ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Yang Dipertua
PIBG Sekolah Kebangsaan Parit telah menyempurnakan acara perasmian sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2018 .

Seterusnya, pertandingan melukis poster, pertandingan menghasilkan Jalur Gemilang,


kuiz dan Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena Sambutan
Kemerdekaan Tahun 2017. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk
mencari pemenang-pemenangnya. Pemenang pertandingan diberi hadiah oleh Guru Besar.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan  nyanyian lagu Negaraku
dan jamuan ringan.  Sambutan kali ini  sungguh meriah.

Tajuk 33.15 ( Bengkel Kecemerlangan Akademik )


Pihak sekolah kamu telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan Akademik untuk murid-
murid tahun enam. Sebagai setiausaha tahun enam, kamu dikehendaki menulis laporan
tentang majlis yang diadakan. Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Bengkel Kecemerlangan Akademik


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 20 Jun 2016, bertempat di Dewan SK Parit telah berlangsungnya aktiviti bengkel
kecemerlangan akademik bagi tahun 2018. Bengkel kecemerlangan akademik ini berjalan
dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh seramai 120 orang murid
Tahun 6 bersama-sama 20 orang guru Tahun 6 yang dibantu oleh fasilitator dari IQ
Management.

Pada jam 8.00 pagi, semua peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran
Selesai mendaftar, para peserta berkumpul di dewan untuk sesi taklimat yang disampaikan
oleh fasilitator.

Selesai taklimat, acara perasmian diadakan. Bengkel kecemerlangan kali ini dirasmi
oleh YDP PIBG SK Parit 9 iaitu Encik Ridzuan bin Mardan. Selesai acara perasmian aktiviti
pun bermula dengan ceramah teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, dan Sains. Ceramah telan disampaikan oleh guru-guru pakar dan guru-
guru cemerlang.

Pada sebelah petang diadakan sesi bengkel teknik belajar dan cara-cara belajar yang
berkesan oleh pakar motivasi yang terkenal iaitu Dato Doktor Mohd Fadzilah bin Kamsah.

Pada jam 5.00 petang, majlis penutupan dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji
Zaharullai bin Haji Hasan. Beliau menyeru agar murid menggunakan segala ilmu yang
dipelajari hari ini untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada
bulan September nanti.

Disediakan oleh, 22 JUN 2018.

Faizul
(FAIZUL HANIM BIN FARID KAMIL)
Setiausaha Tahun Enam, SK Parit 9.

Tajuk 33.16 ( Program Peningkatan Akademik )

Satu program kecemerlangan akademik untuk meningkatkan prestasi URSR telah diadakan
oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah
kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program tersebut. Tulis karangan
berita kamu itu selengkapnya. ( Berita )
SUNGAI BESAR, 16 Julai - Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan, Selangor dengan
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah mengadakan program kecemerlangan
akademik (UPSR) yang bermula hari ini. Program kecemerlangan ini dihadiri oleh 150 orang
murid. Program tersebut mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada ibu bapa dan
penjaga murid.

Program yang diadakan di bangunan Menara Zakat, Sungai Besar itu berlangsung
selama dua hari satu malam. Program kecemerlangan ini bermula pada 15 Julai dan berakhir
pada 17 Julai 2018. Program kecemerlangan UPSR tersebut telah dirasmikan oleh Ketua
Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Asmawi bin
Haji Tajuddin.

Menurut Tuan Haji Asmawi, objektif program kecemerlangan ini diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada murid teknik belajar yang berkesan. Mereka juga
dibimbing cara menjawab soalan yang betul dan pengurusan masa yang baik. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan yakin diri dalam kalangan
murid-murid.

Program kecemerlangan diisi dengan pelbagai idea dan teknik penyampaian ilmu
yang berkesan. Antaranya, termasuklah ceramah, bengkel, kembara akademik dan sesi
renungan. Seramai enam orang guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing telah
mengendalikan program kecemerlangan akademik ini.

Menurut seorang peserta program Dhia Irdina binti Rafaei, dia berasa amat gembira
kerana berpeluang mengikuti program tersebut. Menurutnya lagi, setelah mengikuti program
dua hari satu malam ini, dia memperoleh banyak tip pembelajaran yang berguna. Di samping
itu, dia juga lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang.

Upacara perasmian penutup Program Kecemerlangan UPSR 2018 telah


disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SK Parit 9, Sekinchan, Encik Ridzuan bin Mardan.
Beliau mengharapkan program ini dapat melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin dan
berpekerti mulia.

Tajuk 33.17 ( Laporan Latihan Kebakaran )

Kamu merupan setiausaha Persatuan Keselamatan Sekolah. Baru-baru ini, persatuan kamu
telah mengadakan satu latihan kebakaran. Kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan
tentang latihan tersebut. Tulis laporan kamu selengkapnya.

Laporan Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bertarikh 25. Mac 2018 satu latihan kebakaran telah diadakan di Sekolah
Parit 9. Latihan kebakaran ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan
Penyelamat. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghantar lima orang ahlibomba
bersama dengan sebuah kereta bomba untuk mengadakan demontrasi kebakaran.
Pada pukul 10.00 pagi loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan. Semua murid
meninggalkan bilik darjah masing-masing dengan segera. Mereka diminta berkumpul di
padang sekolah. Semua ketua kelas diminta membawa jadual kedatangan untuk memeriksa
kedatangan murid.

Selain itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memberi taklimat tentang
tatacara menghadapi kebakaran. Banyak pengetahuan yang telah kami peroleh sepanjang
latihan tersebut diadakan.

Latihan kebakaran ini berakhir pukul 11 pagi. Program ini telah memberi banyak
faedah kepada warga sekolah.

Laporan disediakan oleh, 30 MAC 2018.

Ruslan
(RUSLAN BIN ROSMAN)
Setiausaha,
Persatuan Keselamatan Sekolah.

Tajuk 33.18 ( Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah )

Kamu diminta menulis tentang Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.

Laporan Hari Anugerah Cemerlang


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada
17 November yang lalu di Dewan Sekolah Kebangsaan Parit 9. Ramai tetamu telah hadir ke
majlis tersebut. Majlis tersebut telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi.

Sebaik sahaja semua tetamu jemputan duduk di ruang yang disediakan, acara
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zainol bin Sayuti. Majlis tersebut telah dihadiri
oleh Encik Ridzuan bin Mardan selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru
yang seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada semua murid
yang menerima hadiah kecemerlangan dalam bidang akademik, dan bidang kokurikulum.
Selepas upacara perasmian, hadirin yang hadir dihiburkan dengan persembahan koir daripada
murid-murid Tahap 2.
Selepas itu, sesi penyampaian hadiah kepada murid cemerlang bagi setiap kelas
dijalankan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar dan pengerusi Persatuan Ibu
Bapa dan Guru sekolah iaitu Encik Ridzuan bin Mardan. Amirul Hakim dan Nabila Hana
binti Shamsul telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.

Sebelum majlis tamat, Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Yang


Dipertua PIBG kerana sudi hadir ke majlis tersebut. Pihak sekolah berharap, majlis Hari
Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang akan datang akan diadakan dengan lebih meriah.

Laporan disediakan oleh, 20 NOVEMBER 2018.

Muhammad Aiman
(MUHAMMAD AIMAN BIN AMRAN)
Setiausaha,
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.19 ( Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah )

Sekolah kamu telah mengadakan program Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan
Graduasi Murid Tahun Enam. Kamu dikehendaki menulis karangan tentang program
tersebut untuk dimuatka dalam majalah sekolah. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Laporan Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Dan


Graduasi Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 19 November yang lalu, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan program Hari
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Murid Tahun Enam bagi sesi
persekolahan 2015. Acara yang diadakan di dewan besar sekolah ini hanya melibatkan
murid-murid yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap aliran tahun serta
keseluruhan murid tahun enam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang telah
mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kegiatan kokurikulum, sekali gus menjadi graduasi
untuk muri tahun enam yang akan meninggalkan bangku sekolah rendah dan melangkah ke
tingkatan satu pada tahun depan.

Majlis dimulakan seawal pukul 7:30 pagi apabila murid-murid yang terlibat
mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Kira-kira pada pukul 8:30 pagi, ibu bapa
dan tetamu jemputan pula mengambil tempat di dalam dewan. Selepas itu, acara bermula
dengan nyanyian rangkaian lagu "Negaraku", lagu negeri, dan lagu sekolah.

Sesi ucapan dimulakan oleh Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan. Dalam
ucapannya, beliau berharap agar murid-murid bersedia untuk bersaing dalam pelajaran dan
sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama. Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan
yang dicapai oleh murid-murid. Selepas itu, Pengerusi PIBG pula mengisi slot ucapan. Sesi
ucapan diakhiri oleh wakil murid tahun enam, iaitu Shahrul Anuar. Sebagai mewakili semua
murid tahun enam, Shahrul Anuar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
mendidik mereka, seterusnya melafazkan janji untuk memanfaatkan setiap ilmu yang telah
dipelajari oleh mereka.

Majlis diteruskan dengan graduasi untuk murid tahun enam pula. Semua murid tahun
enam menerima sijil penghargaan tamat pengajian selama enam tahun di sekolah ini. Majlis
diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid tahun satu hingga tahun enam
yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Sijil penghargaan turut
disampaikan kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dan mengharumkan
nama sekolah dalam kegiatan kokurikulum. Majlis diakhiri dengan persembahan tarian dan
nyanyian lagu tradisional oleh murid-murid.

Pada keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Terima kasih dan jutaan penghargaan kepada semua warga sekolah yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Laporan disediakan oleh, 20 NOVEMBER 2018.

Norliza
(NORLIZA BINT1 ABDUL MANAN)
Tajuk 33.20 ( Catatan Program Minggu Bahasa )

Kamu berpeluang mengikuti Program Minggu Bahasa di sekolah kamu. Tuliskan catatan
pengalaman kamu itu selengkapnya.

Selasa, 13 Februari 2018

7.00 pagi

Murid-murid berkumpul dalam dewan mengikut kelas masing-masing bagi mengikuti majlis
perasmian Program Minggu Bahasa dan guru-guru kelas pula sibuk mencatat kehadiran
murid-murid dan mengenal pasti murid-murid yang tidak hadir.

8.00 pagi

Ibu bapa dan penjaga murid-murid mula datang memenuhi ruang hadapan dewan yang
dikhaskan untuk tetamu yang hadir. Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan
Pengerusi Majlis, dan seterusnya diikuti dengan ucapan Guru Besar sekolah iaitu Tuan Haji
Zaharullai bin Haji Hasan. Selepas itu, ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah
telah diadakan. Dalam ucapannya, Pegawai Pendidikan Daerah mengingatkan murid-murid
agar terus berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam bahasa hingga ke peringkat yang
lebih tinggi. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar menggunakan bahasa dengan cara
yang betul.

8.30 pagi

Selepas sahaja ucapan perasmian, persembahan daripada murid-murid Tahap Satu dan Tahap
Dua telah diadakan. Murid-murid Tahap Satu telah membuat persembahan tarian budaya
masyarakat Malaysia, manakala murid-murid Tahap Dua telah membuat persembahan koir
lagu-lagu patriotik. Ibu bapa dan tetamu yang hadir terhibur dengan persembahan yang
diadakan tersebut.

9.30 pagi

Berakhir sahaja persembahan murid, pertandingan cerita, pertandingan sajak atau syair,
pertandingan pantun, dan pertandingan pidato telah diadakan mengikut tempat-tempat yang
telah disediakan seperti di pusat sumber. makmal komputer, dan dewan besar. Setiap
pertandingan berlangsung dengan jaya dan meriah.

12.30 tengah hari

Acara penyampaian hadiah bermula sebaik sahaja semua pertandingan berakhir. Murid-murid
yang cemerlang dan berjaya dalam pertandingan yang disertai telah dipanggil naik ke pentas
untuk menerima hadiah daripada Guru Besar dan Pegawai Pendidikan Daerah. Acara
penyampaian hadiah berakhir dengan penganugerahan murid cemerlang bahasa bagi kategori
lelaki dan perempuan. Mohamad Lukman Hakim dan Nur Naziha Ramli daripada Tahun
Enam telah dipilih sebagai Murid Cemerlang Lelaki dan Perempuan bagi Program Minggu
Bahasa. Kedua-dua murid ini telah diiringi dengan pasukan kompang untuk naik ke pentas
bagi menerima hadiah daripada Pegawai Pendidikan Daerah.
1.00 tengah hari

Sebelum majlis bersurai. tetamu jemputan dan ibu bapa telah dijemput untuk menikmati
jamuan ringan yang diadakan di kantin sekolah Murid-murid telah dibenarkan pulang
mengikuti ibu bapa dan penjaga masing-masing setelah majlis jamuan. Program minggu
bahasa telah berjalan lancar dan kami semua berasa gembira sekali pada hari tersebut.

Tajuk 33.21 ( Catatan Program Minggu Bahasa )

Kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita dan telah menulis catatan tentang hari
pertandingan tersebut. Tuliskan catatan kamu selengkapnya.

Isnin, 20 Ogos 2018

8.00 pagi

Aku tiba di SK Tun Nilam. Aku mengikut Cikgu Diyana membuat pendaftaran di dewan
sekolah. Jantungku berdegup kencang melihat peserta-peserta lain. Tambahan pula, orang
ramai mula memenuhi dewan.

8.30 pagi

Aku mengambil tempat duduk di barisan peserta. Aku bernasib baik kerana mendapat
nombor giliran yang ke-15. Selepas ucapan pengerusi majlis, pertandingan bercerita pun
dimulakan.

9.30 pagi

Kini, tiba giliranku. Aku naik ke atas pentas dengan penuh cermat. Walaupun aku gugup,
namun aku mencuba untuk kelihatan tenang. Selepas mengucapkan salam, aku pun
memulakan ceritaku. Aku mengingati pesanan Cikgu Diyana. Aku perlu bercerita dengan
suara yang lantang. Aku menyampaikan ceritaku dengan gaya yang menarik.

11.00 pagi

Kesemua 30 orang peserta sudah pun menyampaikan cerita masing-masing. Kami menunggu
keputusan juri sambil menyaksikan persembahan. Perasaanku berdebar-debar. Aku tergamam
apabila diumumkan sebagai juara pertandingan tersebut. Aku naik ke atas pentas dan
menerima hadiah dengan penuh bangga.

Tajuk 33.22 ( Catatan Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tuliskan catatan kamu itu
selengkapnya.

Isnin, 16 Mei 2018

7:30 pagi
Semua guru dan murid berkumpul di dalam dewan sekolah untuk meraikan Hari Guru 2018
peringkat sekolah. Kami menyanyikan lagu "Negaraku", lagu negeri, dan lagu rasmi sekolah
dengan bersemangat sekali diikuti bacaan ikrar oleh Muhammad Rosli bin Nazhan, selaku
Ketua Murid. Kemudian, doa dibacakan oleh Ustaz Zainol Rashidi bin Sayuti.

7:50 pagi

Acara dimulakan dengan ucapan oleh GPK 1, iaitu Puan Hajah Siti Arbaiayah binti Salam,
sebelum beliau membacakan perutusan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kemudian, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan menyampaikan ucapan
dan seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia.

8:30 pagi

Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk menjayakan acara sukaneka.
Guru-guru dan murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tetapi tidak semua
murid terlibat dalam acara ini, sebaliknya ada antara mereka hanya menjadi penonton.
Pelbagai pertandingan yang menarik dijalankan dalam acara sukaneka ini. Pertandingan-
pertandingan ini melibatkan guru dan murid. Aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil
daripada kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

10:00 pagi

Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan guru-guru menikmati aiskrim dan pelbagai jenis kuih
yang disediakan di kantin sekolah. Minuman turut disediakan. Guru-guru mengambil peluang
ini untuk beramah mesra dengan murid-murid.

10:40 pagi

Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil
bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan. Setiap persembahan mendapat tepukan yang
gemuruh daripada semua guru dan murid.

12:00 tengah hari

Upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang acara sukaneka. Kumpulan lima telah
menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua
PIBG, Encik Ridzuan bin Mardan.

12:40 tengah hari

Murid-murid beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka.


Kemudian, semua murid beratur untuk bersalaman dengan guru-guru secara bergilir-gilir.

1:00 tengah hari

Semua murid dibenarkan pulang. Para guru diraikan pula dalam majlis jamuan makan tengah
hari bersempena dengan Hari Guru.
Tajuk 33.23 ( Catatan Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang
aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

Rabu, 16 Mei 2018

7.45 pagi

Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2018.
Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah pada hari itu.

8.00 pagi

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Arbaiayah membaca
perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Selepas itu, Cikgu Nazri pula membaca
perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

8.45 pagi

Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari
dalam guni. Perlawanan bola jaring juga diadakan antara murid dan guru.
9.45 pagi

Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid


tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula
mempersembahkan drama yang berjudul “Guru Agung”.

11.00 pagi

Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama
guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut
dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.

11.45 pagi

Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ridzuan bin Mardan.

Tajuk 33.24 ( Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah laporan lengkap tentang
aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut. ( Laporan )

Laporan Sambutan Hari Guru SK Parit 9, 45400 Sekinchan , Selangor

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan
Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan
dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pendidikan


Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua Pengarah Pendidikan dan seterusnya Pengarah
Pendidikan Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.

Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak,


ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon dan tidak kurang pula yang menggayakan
pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari
Guru.

Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan
yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola baling. Acara
sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat
disaksikan.

Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan.


Pada hari ini, guru-guru mendapat banyak hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah
yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.
Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi
sambutan yang sebegini meriah. Ini menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah
dengan penuh dedikasi.

Disediakan oleh, 17 MEI 2018.

Azman Ali
(AZMAN BIN ALI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.25 ( Sambutan Hari Kantin / Keusahawanan )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kantin. Tulislah laporan lengkap tentang
sambutan Hari Kantin yang dijalankan pada hari tersebut. ( Laporan )

Laporan Hari Kantin SK Parit 9, 45400 Sekinchan

Pada 13 Mac 2018, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin 
itu telah diadakan bertempat di kantin dan  kawasan perkarangan  sekolah. Hari Kantin itu
telah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ridzuan bin Mardan.
Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membeli komputer bagi
kegunaan pusat sumber sekolah. Selain itu, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan
kawasan sekolah.

Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta
murid-murid begitu sibuk membuat persiapan. Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan
dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah. Masing-masing berganding bahu
melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut.

Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain daripada
makanan dan minuman yang dijual, diadakan juga pertandingan teka kacang, rumah hantu
dan aktiviti menunggang kuda. Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan
cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan.

Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan.Ini mungkin


disebabkan promosi yang meluas dilakukan oleh guru-guru melalui kertas edaran dan
gantungan sepanduk.

Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru
dan murid-murid bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya,
Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.
Disediakan oleh,          24 MAC 2018.

Ahmad Idzham
( AHMAD BIN IDZHAM )
Murid Tahun 6 Maju

Tajuk 33.26 ( Kejohanan Sukan )

Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan temasya sukan. Andaikan bahawa anda ketua
pengarang majalah sekolah anda. Tulis laporan tersebut. ( Laporan )

Laporan Sambutan Temasya Sukan yang ke-19


Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan

Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Temasya Sukan yang ke - 30 pada 10 Mac
2018 yang lalu. Temasya tersebut yang diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.00
pagi.

Sebelum temasya sukan ini diadakan, pelbagai persiapan telah dibuat. Murid- murid yang
mengambil bahagian begitu giat berlatih. Kawasan padang dihias dengan cantik. Khemah-
khemah untuk para peserta dan para jemputan didirikan. Surat-surat jemputan kepada ibu
bapa dan para jemputan diedarkan.

Pada pukul 8.00 pagi, semua murid, guru, dan jemputan hadir. Mereka duduk di
bawah khemah yang disediakan. Temasya ini dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar dan
dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Ketibaan beliau disambut
dengan paluan kompang.

Tepat pada 9.00 pagi, acara sukan pun bermula. Acara sukan dimulakan dengan
perbarisan rumah-rumah sukan serta pasukan beruniform. Pelbagai acara yang diadakan,
antaranya termasuklah acara lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru.

Acara untuk guru-guru dan pegawai sukan turut diadakan. Setelah acara-acara tersebut
selesai, hadiah-hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh Pegawai Pendidikan Daerah
Sabak Bernam. Olahragawan pada tahun ini ialah Mohd Yusri bin Yusof dan olahragawati
pula ialah Siti Norizma binti Kosin.

Temasya sukan yang diadakan itu berjalan dengan lancar. Temasya tersebut berakhir
pada jam 6 petang dengan kegembiraan. Temasya sukan yang ke-30 ini telah berjaya
mencungkil bakat-bakat baharu dalam beberapa acara tertentu.

Kami berharap semoga sukan tahunan yang akan datang nanti lebih meriah lagi.

Laporan disediakan oleh , 13 MAC 2018.

Anis Syahirah
( ANIS SYAHIRAH BINTI SAIFUL BAHRIN )
Ketua Pengarang Majalah Penawar.

Tajuk 33.27 ( Kejohanan Sukan )

Sekolah anda telah mengadakan temasya sukan tahunan. Pelbagai aktiviti diadakan
sempena menyambut temasya tersebut. Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang
diadakan.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan buat kali
yang ke-30. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang temasya sukan tersebut. Saya sangat teruja
untuk menyambut sukan tahunan pada tahun ini kerana saya turut mengambil bahagian untuk
mewakili pasukan rumah merah dalam acara perbarisan.

Hari sukan tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi. Semua hadirin termasuklah ibu
bapa dan dif-dif jemputan mula memenuhi ruang tempat duduk
di bawah kanopi yang telah disediakan. Murid-murid yang tidak mengambil bahagian pula
beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Suasana di padang ketika itu sungguh meriah
sekali.

Acara temasya sukan tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", lagu
"Negeri Selangor" dan lagu sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh ketua
pengawas sekolah. Kemudian, ucapan perasmian daripada Pegawai Pendidikan Daerah Sabak
Bernam.

Acara temasya sukan dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan unit beruniform dan
rumah sukan. Acara perbarisan tersebut diiringi dengan persembahan pancaragam sekolah.
Hati saya berdebar-debar ketika melintasi kanopi pihak pengadil.

Seterusnya, acara sukan dimulakan dengan pelbagai acara balapan dan acara padang.
Antara acara tersebut termasuklah lumba lari 200 meter, 400 meter, dan 4X100 meter, lompat
jauh, dan lompat tinggi. Semua peserta bertanding dengan penuh sungguh-sungguh demi
mendapatkan kemenangan.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi menyempurnakan lagi temasya sukan
sekolah saya. Guru besar menyampaikan hadiah dan piala kepada para pemenang. Pasukan
rumah merah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara perbarisan serta berjaya menjadi
johan keseluruhan temasya sukan pada tahun ini. Saya berasa sungguh bangga dan gembira.

Tepat pada pukul 1:00 petang, temasya sukan sekolah saya pun berakhir. Semua
murid dan para hadirin beransur pulang. Saya berharap agar temasya sukan pada tahun
hadapan akan lebih meriah.

Tajuk 33.28 ( Sukanan Tahunan )

Tulis sebuah karangan tentang kemeriahan kejohanan sukan tahunan sekolah kamu.
Pada 10 Mac 2018, sekolah saya telah mengadakan kejohanan sukan tahunan sekolah.
Kejohanan itu telah berlangsung dengan cukup meriah. Kejohanan pada kali ini diadakan di
padang sekolah.

Semua murid dan guru hadir awal ke sekolah dan keadaan cuaca pada pagi kejohanan
sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00 pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula
memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di bawah khemah di sebelah tepi padang
sekolah.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil
bahagian mengikut rumah masing-masing. Guru besar menerima tabik hormat daripada
peserta perbarisan dan seterusnya merasmikan acara kejohanan sukan tahunan sekolah.

Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh dan lumba lari. Para
penonton bersama ibu bapa turut bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan
masing-masing. Hal ini menyebabkan suasana di padang menjadi riuh-rendah dari meriah.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan Rumah Kuning muncul
sebagai juara keseluruhan. Guru besar berbesar hati menyampaikan piala kepada para
pemenang. Murid-murid pulang dengan perasaan yang sangat gembira walaupun keletihan.
Kejohanan sukan tahunan sekolah sangat menyeronokkan.

Tajuk 33.29 ( Kempen Kebersihan di Sekolah )

Tulis sebuah laporan tentang Kempen Kebersihan yang telah diadakan di sekolah kamu.

Laporan Kempen Kebersihan Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 4 Mac 2018, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan aktiviti Kempen
Kebersihan 2017. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai bin
Haji Hasan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di dewan sekolah.

Dalam ucapan perasmian, Guru Besar berharap aktiviti yang dijalankan selama
seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai kebersihan. Beliau menyatakan
bahawa menjaga kebersihan merupakan budaya murid yang prihatin dan cemerlang. Oleh itu,
beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai
kebersihan.

Selepas majlis pelancaran itu, semua murid membersihkan persekitaran sekolah


bersama-sama. Murid-murid menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan mengutip
sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan pasu bunga. Setiap kelas dibahagikan
kepada beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan tertentu yang diawasi oleh guru
kelas masing-masing.

Sekolah juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan itu melatih murid-


murid berlumba-lumba membersih, menghias dan menceriakan kelas masing-masing. Tiga
orang guru telah ditugaskan untuk memeriksa semua kelas bagi menentukan kelas yang layak
dinobatkan sebagai juara.

Murid-murid juga diminta untuk menyumbang pokok bunga kepada sekolah. Kempen
tersebut mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa. Sejumlah 334 pohon pokok bunga
telah diterima oleh pihak sekolah.

Majlis perasmian penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2018 di dewan sekolah. Kelas
6 Maju diumumkan sebagai kelas terbersih. Kempen yang diadakan telah mencapai matlamat
untuk mewujudkan suasana sekolah yang indah dan ceria.

Laporan disediakan oleh , 11 MAC 2018.

Anis Syahirah
( ANIS SYAHIRAH BINTI SAIFUL BAHRIN )
Setiausaha Kebersihan dan Keceriaan Sekolah
Tajuk 33.30 ( Laporan Tahunan )

Andaikan bahawa anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu. Anda diarahkan untuk
menyediakan laporan aktiviti persatuan tersebut.

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Guru Penasihat : Puan Azlizah binti Ibrahim


Pengerusi : Zara Aisyah binti Ibrahim
Naib Pengerusi : Hilmi bin Sahrom
Setiausaha : Atikah binti Yusof
Bendahari : Shahnil bin Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa : Mohd Alif Tasnin bin Ali
: Nur Syafiqah binti Taib

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Matlamat penubuhan
persatuan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan ahli
dan murid-murid di sekolah ini.

Pada penggal pertama, persatuan ini telah menganjurkan Kempen Bahasa Melayu.
Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah
seperti pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair dan syarahan.
Pada penggal kedua pula persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis tulisan
berangkai, kuiz antara rumah-rumah sukan dan pertandingan drama antara kelas untuk
penyertaan murid-murid tahap 2.

Persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara dan
Perpustakaan Negara. Seramai 40 orang murid dan empat orang guru pengiring terlibat dalam
lawatan itu.

Sebelum cuti persekolahan, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan jamuan akhir
tahun untuk ahli-ahli persatuan dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas. Jamuan
tersebut telah diadakan di Resort Tasik Kenyir dengan hidangan makanan yang enak.

Kami berharap agar persatuan ini akan terus aktif dan menganjurkan pelbagai aktiviti
menarik yang dapat mengembangkan bakat dan minat ahli persatuan.

Disediakan oleh, 15 OKTOBER 2018.


Atikah
(ATIKAH BINTI YUSOF)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan 9.
.Tajuk 34 ( Aktiviti Semasa Cuti Sekolah )
Tulis sebuah karangan tentang aktiviti murid semasa cuti sekolah. ( Fakta )

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menghabiskan masa cuti dengan melakukan pelbagai
kegiatan. Saya menggunakan masa yang terluang dengan membuat perkara yang berfaedah.

Saya mengulang kaji pelajaran. Mengulang kaji pelajaran atau membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita. Oleh yang demikian, saya dapat meningkatkan
prestasi dan lulus dalam peperiksaan.

Selain itu, saya mengamalkan hobi-hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.
Contohnya, saya membaca, mengumpul setem, melukis dan sebagainya. Dengan cara ini,
saya bukan sahaja berasa terhibur, malah saya dapat menambahkan ilmu. Saya juga dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak
dan merosakkan harta benda awam.

Di samping itu juga, saya telah membantu ibu dan bapa di rumah untuk meringankan
beban mereka. Saya membantu ibu bapa seperti mengemas rumah, menjaga adik, mencuci
kereta dan sebagainya. Kesannya, saya lebih disayangi dan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim.

Seterusnya, saya dapat melakukan kegiatan yang berfaedah seperti pergi berkelah
bersama keluarga atau membuat lawatan ke sesuatu tempat. Saya pergi ke pantai Port
Dickson, di Negeri Sembilan. Ini dapat memberi keseronokan dan semangat belajar kepada
saya.
Akhir sekali, saya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti. Saya dapat
melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung. Saya harus mengelakkan daripada
membuang masa. Bak kata pepatah,’ Masa Itu Emas’.

Tajuk 35 ( Kepentingan Amalan Berbudi Bahasa )

Tuliskan karangan tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kalangan


masyarakat. ( Fakta )

Berbudi bahasa merupakan amalan yang mulia. Namun begitu, amalan berbudi bahasa kian
lenyap dalam jiwa golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja terlibat dalam
perbuatan jenayah sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini menunjukkan
betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita
pada hari ini.

Amalan berbudi bahasa perlu kita amalkan kerana amalan ini banyak kepentingannya.
Amalan berbudi bahasa dapat mewujudkan keluarga bahagia. Anak-anak yang telah dididik
dengan amalan positif seperti menghormati orang yang lebih tua, mengucapkan terima kasih,
dan sebagainya tidak akan bersikap biadab terhadap ibu bapa. Hubungan yang akrab antara
ibu bapa dengan anak-anak menjadi asas pembentukan keluarga bahagia.

Sudah terang lagi bersuluh amalan berbudi bahasa dapat mengurangkan gejala sosial
dalam kalangan remaja. Bilangan remaja yang terlibat dalam gejala sosial seperti pergaulan
bebas, gengsterisme, dan penagihan dadah akan berkurang jika golongan remaja di negara
kita mengamalkan amalan berbudi bahasa.

Seterusnya, amalan berbudi bahasa dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan


masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Masyarakat yang berbudi bahasa
sentiasa hormat-menghormati tanpa mempedulikan perbezaan warna kulit, bangsa, dan
agama. Oleh itu, perbalahan dapat dielakkan.

Selain itu, amalan berbudi bahasa penting untuk menarik kedatangan pelancong ke
negara kita. Sebagai contoh, jika kita melayan para pelancong dengan baik, mereka akan
berasa gembira. Layanan tersebut memberikan gambaran bahawa kedatangan mereka ke sini
dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Kesannya, lebih banyak pelancong akan memilih
Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama.

Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa banyak faedahnya. Pelbagai langkah perlu


diambil agar amalan ini terus subur dalam kalangan masyarakat.
Tajuk 35.1 ( Amalan-amalan Baik di Sekolah )

Kita perlu mengamalkan amalan-amalan yang baik ketika berada di sekolah supaya kita
boleh memperoleh banyak manfaat dariapada amalan tersebut. Tuliskan karangan tentang
amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan di sekolah.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu melakukan amalan-amalan yang baik sama
ada ketika berada di rumah mahu pun di sekolah. Amalan-amalan ini penting untuk
membentuk diri supaya menjadi murid yang berakhlak terpuji.

Antara amalan baik yang boleh kita lakukan di sekolah ialah kita hendaklah mendengar
nasihat guru. Teguran yang diberikan oleh guru wajar kita patuhi. Murid yang sentiasa patuh
akan arahan guru pasti akan beroleh kejayaan dalam hidup.

Selain itu, murid-murid perlu hadir ke sekolah setiap hari dan elakkan diri daripada
ponteng sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya prestasi kehadiran yang
cemerlang kita boleh menguasai semua mata pelajaran dengan baik.

Selain itu, amalan baik lain yang boleh diamalkan oleh murid ketika di sekolah ialah
kita perlulah bersikap baik dengan rakan-rakan. Contohnya, jika rakan kita mempunyai
masalah kita perlulah bantu rakan tersebut untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Kesimpulannya, untuk menjadi insan yang berperibadi mulia kita perlu mengamalkan
amalan-amalan baik dalam kehidupan seharian. Amalan-amalan ini akan menjadikan kita
dipandang mulia oleh guru dan murid-murid lain.

Tajuk 36 ( Langkah-langkah Menggalakkan Pembelian Barangan Tempatan )


Tuliskan karangan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan pembelian barangan
tempatan dalam kalangan masyarakat.

Barangan buatan Malaysia ialah produk atau barangan yang dihasilkan di Malaysia. Produk
atau barangan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan ini setanding dengan barangan yang
dihasilkan di luar negara. Pelbagai langkah perlu diambil untuk menggalakkan pembelian
barangan tempatan dalam kalangan masyarakat.

Langkah pertama untuk menggalakkan pembelian barangan tempatan dalam kalangan


masyarakat ialah media cetak dan media elektronik perlu menerangkan kebaikan-kebaikan
barangan tempatan secara meluas. Pihak terbabit juga perlu menyebarkan pelbagai maklumat
tentang barangan tempatan untuk membuka mata masyarakat akan kewujudan produk
tersebut.

Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh mengadakan ekspo barangan tempatan di


seluruh negara. Dalam hal ini, pengeluar barangan tempatan perlu mengambil peluang ini
untuk memperkenalkan produk mereka. Mereka perlu meyakinkan masyarakat bahawa
produk mereka berkualiti dan dijamin halal.

Selain itu, karnival membeli-belah barangan buatan tempatan juga wajar diadakan
untuk memperkenalkan pelbagai produk tempatan kepada masyarakat. Karnival ini akan
menggalakkan pelancong asing untuk membeli barangan tempatan yang setanding dengan
barangan luar negara. Dalam hal ini, potongan harga istimewa boleh ditawarkan untuk
memikat hati masyarakat dan pelancong untuk membeli barangan tempatan.

Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan pula perlu diadakan kerana dapat
memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada masyarakat. Kempen ini perlu dijalankan
sepanjang tahun agar masyarakat menyedari kewujudan pelbagai produk tempatan yang tidak
perlu dipertikaikan kualitinya.

Jelaslah bahawa pelbagai langkah perlu diambil oleh pelbagai pihak terbabit untuk
menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia dalam kalangan masyarakat. Sebagai
rakyat yang cinta akan negara pula, kita perlu menyatakan sokongan dengan membeli
barangan buatan tempatan.

Tajuk 37 ( Gaya Hidup Sihat )

Tulis sebuah karangan tentang gaya hidup sihat. ( Fakta )

Isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap dibincangkan di dalam televisyen. Kerajaan
sangat menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan. Gaya
hidup sihat ini dapat mengelakkan daripada mendapat penyakit berbahaya seperti sakit
jantung.
Gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga. Kawasan persekitaran
rumah mestilah sentiasa bersih. Rumah yang bersih dapat memberi keselesaan kepada
penghuninya. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit yang dibawa oleh serangga seperti
lalat, nyamuk aedes dan tikus.

Setiap ahli keluarga perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Sebaik-baiknya,


makan mengikut piramid makanan. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
Pastikan ahli keluarga tidak berkongsi peralatan membersihkan diri seperti tuala agar
penyakit berjangkit seperti panau dan kudis tidak berjangkit.

Aktiviti beriadah dan berekreasi bersama keluarga juga adalah gaya hidup sihat.
Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, aktiviti senaman
yang teratur dapat menjamin kecergasan badan. Aktiviti ini juga dapat mengelakkan anak-
anak daripada terjebak dengan gejala sosial
seperti merokok dan melepak.

Makanan segera semakin mendapat perhatian dalam masyarakat hari ini. Makanan ini
perlu dikurangkan kerana kurang baik untuk kesihatan. Ibu patut menyediakan makanan
untuk keluarga terutama pada hujung minggu. Elakkan juga memakan makanan berlemak dan
pengambilan gula yang berlebihan.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat patut diamalkan dalam kehidupan seharian. Ibu
bapa memainkan peranan penting untuk menjadi contoh kepada anak-anak. Amalan gaya
hidup sihat dapat menjadikan
rakyat sihat dan ceria.

Tajuk 38 ( Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan )

Tuliskan pengalaman anda menghadiri majlis perkahwinan. ( Cerita )

Saya telah mengikut ibu bapa saya ke majlis perkahwinan anak lelaki sahabat bapa saya.
Setibanya di sana, saya melihat ramai tetamu yang datang meraikan majlis tersebut. Kami
disambut oleh ibu bapa pengantin.

Selepas bersalaman, kami diberikan sedikit buah tangan . Saya mendapat sekotak
gula-gula. Ibu bapa pengantin kelihatan sungguh gembira menyambut para tetamu. Kami
dipelawa masuk ke dalam rumah.
Emak mengajak saya masuk ke dalam rumah pengantin . Bilik pengantin dihias indah
dengan pelbagai hiasan yang menarik . Saya nampak banyak hadiah tersusun di atas meja
kopi di dalam bilik tersebut.

Di luar rumah , telah didirikan beberapa buah khemah untuk para tetamu menjamu
selera. Selepas itu, saya dan ibu keluar untuk menikmati hidangan yang sungguh istimewa .
Kami beratur untuk mengambil makanan .

Kami makan di dalam khemah yang disediakan. Pelbagai lauk pauk terhidang di atas
meja. Semasa sedang makan, kedengaran bunyi paluan kompang. Saya cepat-cepat
menghabiskan makanan.

Pasangan pengantin masuk ke dalam rumah dan duduk bersanding di atas pelamin.
Ramai orang mengambil kesempatan mengambil gambar pengantin. Saya turut mengambil
gambar pasangan pengantin untuk kenangan.

Ibu mengajak saya pulang kerana bapa telah lama menunggu. Saya sungguh gembira
kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan yang sungguh meriah.

Tajuk 38.1 ( Catatan Menghadiri Majlis Perkahwinan )

Baru-baru ini, kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu.
Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut. ( Catatan )

Ahad, 20 Ogos 2018

6.00 pagi

Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga bersiap-siap untuk bertolak
keTaman Mulia. Hari ini bakal berlangsung majlis kenduri kahwin sepupu saya.

7.15 pagi

Kami memulakam perjalanan ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa
buah pekan, antaranya ialah Sabak Bernam, Tanjung Karang,
Kuala Selangor, darn Meru.

10.30 pagi
Kami tiba di Taman Medan. Kami disambut oleh Pak Ngah Salman dengan penuh
kegembiraan. Kami bertukar-tukar perkhabaran dengan pak ngah dan mak
ngah. Kemudian, saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada
pengantin, iaitu Kak Farhana.

12.00 tengah hari

Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara-mara yang lain turut
membantu mengangkat hidangan untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis
itu. Setiap jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.

2.00 petang

Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar.
Kemudian, pasangan "Raja Sehari" ,menikmati hidangan "Makan Beradab" bersama-sama
keluarga terdekat. pasangan yang sama cantik, sama padan itu mengenakan pakaian songket
berwarna hijau.

5.00 petang

Kami bersalam-salaman dengan Pak Ngah Salman sekeluarga sebelum bertolak


pulang. Mak Ngah Raudhah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kami
mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.

Tajuk 39 ( Pengalaman yang Dapat Dilupakan )

Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. (Cerita)

Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan
sebagai seorang yang keras kepala. Memang benar gelaran tersebut diberikan kepadaku
kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.  

Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan
beberapa biji mangga yang telah masak di kebun jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun
segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun
itu.

         Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan
tidak sengaja aku merosakkan sarang itu. Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan
menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dari atas pohon mangga itu untuk
menyelamatkan diri.

          Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan


jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan. Aku dihantar ke hospital.

Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa
menanggung kesakitan yang amat sangat.
Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa
tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

Tajuk 40 ( Pengalaman Manis Bersama-sama dengan Keluarga )

Kamu telah bercuti ke sebuah tempat yang menarik pada cuti persekolahan yang lalu. Tulis
sebuah karangan tentang pengalaman kamu berkunjung ke tempat tersebut.

Cuti persekolahan telah bermula. Aku dan keluarga bercadang untuk pelancong ke Tanah
Tinggi Cameron, Pahang.

Pada awal pagi Lagi, aku dan keluarga bertolak ke destinasi impian kami. Sepanjang
perjalanan, aku menyaksikan pemandangan yang indah. Tidak sabar rasanya untuk aku
melihat panorama indah di puncak bukit itu nanti.

Setelah tiga jam menempuh perjalanan, kami pun tiba di Tanah Tinggi Cameron.
Kami mendaftar masuk di hotel penginapan kami yang tersergam indah. Selepas itu, kami
menikmati makan tengah hari. Aku berasa kesejukan. Begitu juga dengan ahli keluargaku
yang lain. Kedinginan udara di situ mencengkam tubuh.

Pada sebelah petang, aku dan ahli keluarga telah berkunjung ke ladang teh. Di situ
aku berpeluang untuk memetik daun teh di ladang teh yang sungguh luas. Kami juga turut
menikmati teh yang segar di situ. Rasanya sungguh enak. Kami juga telah berkunjung ke
taman bunga. Pemandangan di situ sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.

Selepas itu, aku dan keluarga pergi pula ke ladang buah-buahan. Di ladang buah-
buahan itu terdapat pelbagai jenis buah. Aku memetik buah strawberi sehingga puas. Kami
juga membeli sayur-sayuran yang segar yang banyak dijual di situ. Setelah malam tiba, kami
menikmati keindahan malam di tanah tinggi.

Setelah penat, kami pun balik ke hotel. Aku tidur nyenyak kerana keletihan setelah
seharian menghabiskan masa di situ. Esok kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Tajuk 41 ( Pengalaman Melawat Pameran Buku )

Kamu telah melawat suatu pameran buku pada cuti persekolahan yang lalu. Tulis sebuah
karangan tentang pengalaman kamu itu. ( Cerita )

Pameran buku yang saya lawati ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur pada cuti penggal bulan Ogos.

Buku yang dipamerkan pelbagai judul. Beratus-ratus gerai dibuka bagi menjayakan
pameran itu. Pameran dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan.

Buku-buku itu termasuklah buku kerja dan latihan semua peringkat, buku
umum, bacaan remaja khususnya novel. Tiap-tiap penerbit memberi potongan harga yang
istimewa.

Suasana pameran meriah. Pengunjung bertali arus. Ada yang masuk dan
ada pula yang keluar. Paling tidak, mereka meluangkan masa dua jam
mengunjungi gerai demi gerai.

Saya sendiri membeli beberapa judul, khususnya yang belum pernah saya
temui. Azam saya hendak membuat latihan seberapa banyak yang boleh menjelang UPSR.

Pameran ini meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Buku pendidikan


dan pengetahuan am mendapat sambutan hangat. Pameran ini patut dianjurkan
tiap-tiap tahun.

Tajuk 41.1 ( Berita Pameran Buku )

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan
majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.
KOTA BHARU, 2 Disember - Pameran Buku PPD Kota Bharu telah diadakan pada 1
Disember 2016 bertempat di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan
Chepa, Kelantan. Pameran ini telah dirasmikan Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 15 buah syarikat buku dan kedai buku telah menyertai pameran ini.
Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00
malam setiap hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, dan majalah turut
dipamer dan dijual.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat
membaca dalam kalangan murid khasnya dan orang ramai umumnya. Selain itu, pameran ini
merupakan satu daripada langkah untuk merealisasikan Program NILAM di sekolah sekitar
Kota Bharu.

Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut
diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-
murid tahap satu, manakala satu kategori lagi untuk murid-murid tahap dua.

Semua peralatan dan kelengkapan bagi pertandingan bercerita dan peraduan melukis
disediakan oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini ialah Mohd Nasir Johari
dan Azura Sofina Abu Bakar. Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai, buku
cerita, dan alat tulis yang disumbangkan oleh sebuah syarikat buku terkemuka.

Sempena pameran ini juga, pembeli telah diberi potongan harga istimewa
sehingga 50% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Menurut pihak
penganjur hampir lima puluh ribu pengunjung telah membanjiri pameran selama seminggu
itu. Pengurusan pameran bercadang menjadikan majlis ini sebagai majlis tahunan.

Tajuk 42 ( Lawatan ke Rumah Kebajikan / Rumah Orang Tua-tua )

Anda telah menyertai aktiviti di Rumah Orang-orang tua yang telah dianjurkan oleh
Persatuan Puteri Islam. Ceritakan suasana di rumah kebajikan itu dan aktiviti yang telah
dijalankan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu. ( Cerita )

Pagi-pagi lagi, aku dan ahli Persatuan Pandu Puteri berkumpul di pekarangan sekolah. Kami
akan mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua-tua yang terletak di Cheras, Selangor. Kami
bertolak ke sana kira-kira pukul sembilan pagi.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Rumah Orang Tua-tua. Kami disambut
oleh Penyelia rumah tersebut. Beliau mengalu-alukan kedatangan kami. Rumah yang
tersergam indah itu dihuni oleh orang tua-tua yang berbilang bangsa dan agama.
Aku berasa sungguh sayu melihat wajah penghuni Rumah Orang Tua-tua itu.
Daripada air muka mereka, aku dapat merasai kerinduan yang tersimpan di dalam hati.
Mereka mungkin mengharapkan anak cucu datang menjenguk mereka di rumah kebajikan itu.
Aku sempat bertanyakan khabar dan berbual-bual dengan beberapa orang penghuni di situ.
Ada yang tinggal di rumah itu lebih daripada sepuluh tahun.

Kami turut mendermakan pakaian dan makanan kepada penghuni di situ. Meskipun
sumbangan kami tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya niat kami ikhlas untuk
meringankan beban pihak pengurusan rumah kebajikan itu.

Seperti yang dirancang, kami memulakan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan


kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membersihkan persekitaran rumah kebajikan itu.
Kumpulan kedua pula membantu mengemas dan membersihkan segala peralatan di dalam
rumah.

Kami melakukan kerja-kerja itu dengan rela hati. Menjelang petang, barulah segala
kerja selesai. Walaupun agak kepenatan, kami berasa puas hati. Sekurang-kurangnya kami
dapat menabur bakti terhadap warga emas ini yang bukan saja memerlukan perhatian tetapi
jua kasih sayang terutama daripada keluarga yang dirindui mereka.

Tajuk 43 ( Perkelahan yang menarik )

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan karangan
tentang perkelahan kamu itu. ( Cerita )

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson. Kami
menaiki kereta bapa ke sana. Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.

Setibanya di destinasi, bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta. Kami menolong
mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.
Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan banyak
pengunjung berada di pantai. Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.

Tanpa membuang masa lagi, saya dan adik segera menukar pakaian renang. Kami
membawa pelampung besar yang baru dibeli. Saya dan kakak berenang dengan gembira.
Abang pula belajar menyelam. Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik
di pantai. Oleh sebab adik tidak pandai berenang, dia melonggok pasir dan membina istana
pasir di pantai.

Setelah penat berenang, kami menjamu selera di pantai. Ibu menyediakan pelbagai
hidangan di atas tikar mengkuang. Kami menikmati mi goreng, sate, kuih-muih, tembikai dan
jus oren. Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar. Tambahan pula, masakan ibu
sungguh enak dan berkhasiat.
Kemudian, kami bermain bola tampar di pantai. Pemandangan di pantai indah nian.
Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ibu dan bapa juga bersiar-
siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.

Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.


Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.
Selepas itu, kami pulang dengan gembiranya. Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang
menyeronokkan.

Tajuk 43.1 ( Perkelahan yang menarik )

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah
catatan tentang perkelahan kamu itu. ( Catatan )

Ahad, 25 Mei 2018.

7.00 pagi

Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat
persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port Desaru, Kota Tinggi seperti yang dijanjikan
oleh ayah. Ibu sibuk menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa seperti nasi ayam,
kuih-muih, buah-buahan dan minuman.

8.15 pagi

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Proton Saga. Perjalanan ke
Pantai Desaru mengambil masa selama satu jam. Ketika kami sampai, ramai pengunjung
sudah membanjiri Pantai Desaru.

9.45 pagi

Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh. Kemudian aku membentang sebidang
tikar di bawah sepohon pokok yang rendang. Aku, abang dan adik membantu ibu
mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pokok itu. Ibu menyusun barang-
barang dan membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi

Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja.
Ayah memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai langkah berjaga-jaga. Setelah puas
bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.

12.30 tengah hari


Setelah dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, ibu memanggil untuk
menikmati makanan enak yang dimasak oleh ibu. Kami makan dengan berselera kerana
kelaparan dan keletihan. Sambil menjamu selera, kami menikmati suasana nyaman pantai
Desaru dan melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang

Kami mengemas semua barang yang dibawa dan memasukkan ke dalam kereta. Kami pun
bertolak pulang. Kami sungguh gembira dan berpuas hati dapat berkelah di situ. Semasa
dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di Pantai Desaru lagi
pada cuti yang akan datang.

Tajuk 44 ( Biografi Ibu Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Ibu Saya”. Tulis karangan kamu selengkapnya. ( Cerita )

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita ke dunia. Mereka menanggung kesakitan dan
bergadai nyawa ketika melahirkan kita. Kesakitan yang dialami hilang sebaik-baik sahaja
mereka melihat kita lahir ke dunia dengan selamat dan dalam keadaan fizikal yang sempurna.
Sebaik-baik sahaja kita lahir ke dunia, ibu memelihara kita sejak kecil dengan sepenuh kasih
sayang yang tidak berbelah bagi.

Ibu saya bernama Fauziah binti Ahmad. Beliau berumur 34 tahun. Beliau berkulit
cerah dan tinggi lampai. Ibu saya berbadan kurus dan berambut panjang. Saya sangat
menyayangi ibu saya kerana bagi saya, jasa ibu sangat besar. Ibu dengan dibantu oleh ayah
telah menjaga saya dengan baik sekali. Saya tidak merasakan bahawa saya kekurangan kasih
sayang daripada ibu dan ayah saya.

Ibu saya bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Hulu Kelang.
Ibu saya sudah lapan tahun mengajar di sekolah tersebut. Ibu seorang guru yang tegas tetapi
sangat penyayang. Beliau sangat disenangi oleh murid-murid dan rakan sejawatannya. Kasih
sayang murid-murid terhadap ibu saya terserlah semasa sambutan Hari Guru. Beliau akan
menerima pelbagai cenderamata dan kad ucapan daripada murid-muridnya sama ada yang
masih bersekolah di sekolah itu ataupun yang telah meninggalkan bangku sekolah.

Sebagai seorang ibu, beliau sangat tegas dalam mendidik kami empat beradik. Beliau
sentiasa mengutamakan disiplin dalam mendidik kami. Walaupun tegas, beliau sangat
penyayang dan baik hati. Setiap hari selepas pulang dari mengajar, beliau akan memasak
hidangan makan malam untuk kami. Beliau menyajikan makanan yang berkhasiat dan
memastikan kami mengambil makanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan kami.
Beliau mendidik kami bagai menatang minyak yang penuh.

Ibu gemar menanam bunga untuk mengisi masa lapangnya. Oleh sebab itu, halaman
rumah kami sentiasa indah dan keadaan ini memberikan keselesaan kepada kami. Ibu juga
suka membaca buku dan memasak pelbagai jenis resipi pada hari minggu. Ibu sentiasa
mendidik kami agar menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti utama untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Menurut ibu, membaca merupakan aktiviti yang amat
bermanfaat.

Sejak kecil juga, ibu telah mendidik kami agar sentiasa mengutamakan kebersihan
dalam setiap aspek. Ibu mendisiplinkan kami agar menjaga kebersihan kawasan rumah sama
ada di dalam atau di luar rumah. Ibu juga mengingatkan kami agar sentiasa menjaga
kebersihan diri. Menurut ibu, kebersihan asas kesihatan. Jika kita hidup dalam persekitaran
yang bersih, kita akan sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit. Kita juga akan
disenangi ramai jika mengutamakan kebersihan diri.

Hakikatnya, saya berasa bangga kerana mempunyai ibu yang hebat seperti beliau.
Saya sentiasa berdoa agar ibu sentiasa sihat dan hidup dengan bahagia di samping ayah dan
kami empat beradik. Saya berjanji bahawa saya akan membalas jasa ibu setelah saya dewasa
nanti. Saya akan menjaga ibu dengan baik seperti mana ibu menjaga saya dengan sepenuh
kasih sayang.

Tajuk 44.1 ( Biografi Bapa Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Ayah Saya”. Tulis karangan kamu selengkapnya. ( Cerita )

Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Mohammad Nasrul bin Abdul
Kadir. Bapa berumur 40 tahun. Bapa saya seorang yang tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya
merupakan seorang yang rajin dan baik hati.

Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja.
Kerjanya termasuklah membajak tanah, menanam biji benih sayur, menyirami sayur dan
mengutip sayur yang matang. Selepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah
dikutip itu ke pasar untuk dijual bagi menampung kehidupan kami. Bapa rajin bekerja untuk
menyara hidup kami keluarga.

Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini.
Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-kawannya di kedai kopi. Bapa merupakan seorang
yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya.

Selain itu, bapa saya gemar berjoging di kawasan taman rekreasi pada waktu petang
untuk menjaga kesihatan badannya. Justeru, bapa saya sentiasa sihat dan cergas melakukan
kerja-kerja sebagai seorang pekebun.

Bapa saya suka makan nasi lemak. Bapa juga pandai memasak. Kadangkala, bapa
memasak nasi lemak untuk kami. Minuman kegemaran bapa saya ialah teh tarik. Bapa juga
suka makan kuih koci inti kelapa yang dibungkus dengan daun pisang.

Saya sayang akan bapa saya dan berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila
dewasa kelak.

Tajuk 44.2 ( Biografi Guru Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Guru Kesayangan Saya”. Tulis karangan kamu
selengkapnya. ( Cerita )

Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan hidup seseorang murid.
Tanpa bimbingan dan didikan guru, pastinya saya dan rakan-rakan saya tidak akan dapat
menikmati kehidupan yang cerah pada masa depan.

Guru yang paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Khairul. Saya amat
menyayangi Cikgu Khairul kerana beliau seorang guru yang baik hati dan bertanggungjawab.
Beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Semasa mengajar, beliau
begitu tegas tetapi pandai berjenaka. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah
rasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh beliau.

Cikgu Khairul juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami melakukan
kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami. Beliau akan membimbing dan menasihati kami
supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Khairul
akan berbual-bual dengan saya dan rakan-rakan
saya. Cikgu Khairul akan bertanyakan masalah yang kami hadapi terutama dalam bidang
pelajaran. Beliau sangat mengambil berat dan prihatin terhadap anak-anak didiknya.

Pada sebelah petang, Cikgu Khairul akan melatih kami bermain bola baling. Beliau
merupakan jurulatih bola baling di sekolah saya. Teknik permainan yang diajar oleh Cikgu
Khairul banyak membantu pasukan bola baling sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap
pertandingan.

Kami amat bersyukur kerana mempunyai guru yang bertanggungjawab dan


penyayang. Kami sayang akan Cikgu Khairul dan menganggapnya sebagai ibu kami. Segala
jasa dan pengorbanan beliau, amat kami hargai dan akan dikenang sampai bila-bila.

Tajuk 44.3 ( Biografi Sahabat Saya )

Tulis satu cerita tentang sahabat kamu.

Saya mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Siti Suhaila. Umurnya 12 tahun iaitu
sebaya dengan umur saya. Kami selalu bersama-sama baik di sekolah mahupun di luar
sekolah.

Kami bersama-sama menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari. Kami juga
belajar di dalam kelas yang sama. Siti Suhaila merupakan seorang sahabat yang tidak
kedekutilmu. Dia selalu berkongsi ilmu dengan saya dan rakan-rakan.

Kami sering mengunjungi perpustakaan untuk membawa buku pada waktu


rehat. Pada waktu petang juga kami akan pergi ke perpustakaan yang berdekatan dengan
rumah untuk membawa buku.

Selain itu, Siti Suhaila aktif dalam bidang sukan. Dia telah mewakili sekolah dalam
permainan badminton sehingga ke peringkat negeri. Salah satu keistimewaan Suhaila ialah
dia pandai melukis. Dia sering menyertai pertandingan melukis baik di sekolah mahupun di
luar sekolah.

Saya berasa sangat bertuah dapat berkawan dengan Suhaila kerana banyak ilmu
pengetahuan yang saya peroleh daripadanya. Semoga persahabatan kami kekal selama-
lamanya.

Tajuk 44.4 ( Biografi Sahabat Saya )


Tulis satu cerita tentang sahabat kamu.

Sahabat diertikan sebagai orang yang paling rapat dengan kita. Boleh dikatakan semua orang
mempunyai sahabat karib dalam kehidupan seharian. Tanpa sahabat, mungkin seseorang itu
akan digelar kera sumbang.

Sahabat karib saya bernama Azizan bin Razif. Kami belajar di dalam kelas yang
sama. Kami mula berkawan semenjak prasekolah lagi. Azizan selalu membantu saya
terutamanya dalam subjek Sains. Dia amat meminati subjek
Sains dan bercita-cita ingin menjadi angkasawan.

Kami memang kerap dilihat ke mana-mana bersama, sama ada pada waktu
persekolahan ataupun selepas balik dari sekolah. Kebetulan, kami juga rakan sekampung.
Malah, saya turut membantunya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kami kerap
mengulang kaji pelajaran bersama-sama.

Ketika waktu susah, Azizan banyak memberikan perangsang kepada saya. Pernah
suatu ketika saya gagal dalam mata pelajaran Sains kerana kurang bersedia. Dialah insan
yang membakar semangat saya untuk bangkit kembali. Katanya, gagal sekali bukan
bermakna gagal selama-lamanya.

Begitulah akrabnya hubungan kami hingga kadangkala saya bermalam di rumahnya.


Dia juga sudah biasa dengan keluarga saya. Kami sentiasa ingat akan tarikh lahir, minat
masing-masing, dan makanan kegemaran masing-masing.

Saya berasa amat beruntung kerana dikurniakan seorang sahabat sejati. Kami berjanji
akan sentiasa bersahabat selagi hayat dikandung badan.

Tajuk 44.5 ( Biografi Tokoh yang Dikagumi )

Tulis suatu karangan yang bertajuk “Tun Doktor Mahathir Mohamad”.

Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang tegas. Pelantikan beliau merupakan satu kebanggaan bagi negara kita .

Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul
Aman. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun. Selepas itu,
beliau belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Semasa Perang Dunia Kedua,
pelajaran beliau terganggu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, beliau menyambung
pelajarannya semula di sekolah yang sama sehingga lulus peperiksaan "Senior Cambridge" .

Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura dalam
bidang perubatan. Pada tahun 1953, beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS).

Pada tahun 1964, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kota Setar Selatan.
Dengan pemilihan ini, beliau mula bergiat secara aktif dalam bidang politik.
Sewaktu Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau
adalah salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden UMNO Malaysia. Setelah Tun Abdul
Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Kemudian, beliau melantik Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia pula.

Apabila Tun Hussein Onn uzur dan meletakkan jawatannya, Datuk Seri Dr. Mahathir
dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu pada 16 Julai 1981 sehingga
31 Oktober 2003. Pada 10 Mei 2018, beliau sekali lagi ditabalkan sebagai Perdana Malaysia
yang ke-7. Ini merupakan kali kedua beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Beliau kini terus menjalankan tugasnya dengan cemerlang walaupun telah mencapai
usia 93 tahun. Ternyata usia bukan penghalang bagi beliau untuk terus menabur bakti kepada
negara.

Tajuk 46 ( Temu ramah Murid Cemerlang )


Tajuk 46.1 ( Wawancara Olahragawan Sekolah )
Tajuk 47 ( Tindakan Membantu Rakan yang Tercedera )
Kamu dan rakan-rakan sedang melakukan aktiviti semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
Tiba-tiba salah seorang rakan kamu menjerit kesakitan. Ceritakan tindakan kamu dan
rakan-rakan lakukan untuk membantu rakan kamu yang menjerit itu.

Seperti biasa, setiap hari Selasa pagi, saya dan rakan-rakan sekclas menyertai aktiviti
Pendidikan Jasmani. Aktiviti Pendidikan Jasmani ini bermula pada 7.45 pagi hingga 8.45
pagi.

Kami berasa sangat seronok mengikuti kelas Pendidikan Jasmani ini kerana kami
dapat bermain dan mengeluarkan peluh. Ketika sedang seronok mengikuti aktiviti yang
diadakan tiba-tiba rakan saya menjerit kesakitan.

Saya dan beberapa orang rakan saya pun terus berlari ke arah rakan kami yang
menjerit tersebut. Kami bertanya mengapa dia menjerit. Rakan saya yang dikenali dengan
nama Ayu menunjukkan kakinya yang berdarah. Rupa-rupanya Ayu telah terpijak serpihan
kaca yang terdapat di padang tersebut.

Saya dan rakan-rakan pun memapah Ayu ke bilik rawatan dan memintanya bertenang.
Saya mengambil peti kecemasan dan mengeluarkan ubat lalu membersihkan luka pada
kakinya. Selepas itu, saya pun membalut lukanya. Salah seorang rakan saya telah pergi ke
pejabat guru dan memberitahu guru bertugas iaitu Cikgu Zahri tentang kejadian yang berlaku.

Saya telah menasihati Ayu agar berehat sambil menunggu Cikgu Zahri tiba. Cikgu
Zahri telah membawa Ayu yang cedera ke klinik yang berhampiran. Kemudian saya dan
rakan-rakan pun meneruskan pembelajaran kami pada hari tersebut.

Tajuk 47.1 ( Tindakan Membantu Murid yang Kehilangan Duit )

Kamu dan seorang rakan sedang berjalan ke kantin untuk rehat. Semasa dalam
perjalanan kamu ternampak seorang murid tahun satu sedang menangis. Ceritakan tindakan
kamu dan rakan ketika itu.

Loceng rehat berbunyi, aku dan Marina terus menuju ke kantin untuk makan. Sambil beratur
untuk membeli makanan. kami berbual-bual tentang pelajaran. Tiba-tiba kami ternampak
seorang budak lelaki sedang menangis di tepi kantin sekolah.
Aku mengajak Marina ke arah budak lelaki itu untuk mengetahui perkara yang
berlaku. Kami menuju ke arah budak lelaki itu dengan segera. Aku bertanya sebab budak itu
menangis.

Setelah beberapa kali memujuknya dengan pelbagai cara. akhirnya budak lelaki itu
memberitahu bahawa dia kehilangan wang untuk membeli makanan. Dia menangis kerana
sedih dan terasa lapar.

Aku dan rakanku mengajak budak itu mencari wangnya di dalam kelas. Setelah puas mencari
di dalam meja dan begnya, wang tersebut tidak ditemui. Kemudian. kami berdua membawa
budak tersebut bertemu dengan guru kebajikan murid sekolah kami dan menceritakan perkara
yang berlaku. Setelah beliau berpuas hati dengan penerangan aku serta pengakuan budak
tersebut. beliau memberikan wang sebanyak tiga ringgit kepada budak itu.

Kemudian, aku, Marina dan budak lelaki itu segera menuju ke kantin untuk membeli
makanan. Aku membantu budak lelaki itu membeli makanan dan minuman. Selepas itu, kami
duduk di tempat yang disediakan dan makan bersama-sama. Budak lelaki itu mengucapkan
terima kasih atas pertolongan
kami berdua.

Loceng berbunyi sekali lagi menandakan berakhirnya waktu rehat. Kami menuju ke
kelas masing-masing dengan segera untuk meneruskan pelajaran. Aku dan Marina berasa
gembira kerana dapat membantu murid yang ditimpa masalah.

Tajuk 47.2 ( Tindakan Membantu Mangsa Kemalangan )

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu ternampak sebuah kereta melanggar sebatang
pokok di tepi jalan. Ceritakan tindakan- tindakan yang kamu lakukan.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya ternampak sebuah kereta terbabas lalu melanggar
sebatang pokok di tepi jalan. Saya sebenarnya sudah mengagak sesuatu akan berlaku kerana
kereta itu bergerak sangat laju.

Tanpa membuang masa, saya mengayuh basikal lebih laju menuju ke arah kereta itu.
Apabila tiba, saya dapati kereta itu remuk di bahagian depannya. Pemandunya pula cedera
parah.

Saya segera membuka pintu supaya pemandu itu dapat keluar. Bagaimanapun, usaha
saya tidak bermakna kerana pemandu itu telah pengsan. Dia tersandar di kerusinya dengan
darah mengalir di kepala.
Dengan tenaga yang ada, saya memapahnya keluar. Setelah itu, saya baringkannya
agak jauh dari situ. Saya bimbang kalau-kalau kereta itu terbakar dan meletup kerana saya
tercium bau minyak.

Setelah itu, saya ke tepi jalan untuk menahan kereta, lain yang melalui jalan itu. Sebuah
kereta berhenti dan saya menjelaskan keadaan sebenar. Pemandu yang cedera parah itu
kemudian segera dibawa ke hospital.

Pemandu kereta itu selamat. Sewaktu saya melawatnya di hospital, dia mengucapkan
terima kasih. Saya berasa sungguh gembira kerana telah memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Tajuk 48 ( Menyambung Cerita – Awal Cerita )

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat
letak basikal. Tiba-tiba...............
Sambung cerita tersebut.

Aku baru selesai mengikuti kelas tambahan subjek Matematik. Aku segera mengambil
basikal aku di tempat letak basikal. Tiba-tiba, aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku
berasa susah hati dan gelisah.

Aku cuba mencari kunci basikal aku di tempat letak basikal tetapi masih tidak
dijumpai. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul 6.00 petang. Aku berasa takut kerana
kawasan itu sunyi.

Aku menuju ke arah pondok telefon yang berhampiran. Nasib aku baik kerana
mempunyai duit syiling. Aku terus menelefon ibuku untuk memberitahu perkara yang
berlaku. Ibu meminta aku bertenang dan berpesan agar aku menunggunya datang menjemput
aku.

Setengah jam kemudian, ibuku pun tiba. Dengan pantas, aku membantu ibu
mengangkat basikal untuk dimasukkan ke dalam kereta. Kemudian, ibu memandu keretanya
ke kedai membuat kunci untuk menempah kunci basikalku yang baharu.
Aku berasa gembira setelah kunci basikal siap dibuat oleh tuan kedai itu. Semenjak
kejadian itu, aku tidak lagi berbasikal bersama kawan-kawan ke kelas tambahan. Ibu dan
bapaku melarang aku menunggang basikal ke kelas tambahan kerana bimbang akan
keselamatanku jika peristiwa seperti itu berulang. Sebaliknya, aku dihantar oleh ayah setiap
kali ada kelas tambahan.

Aku sungguh sedih kerana tidak dapat menunggang basikal ke sekolah. Inilah
akibatnya orang yang cuai. Mulai hari itu, aku sentiasa berhati-hati apabila melakukan
sesuatu perkara.

Tajuk 49 ( Menyambung Cerita – Akhir Cerita )

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.

....aku bersyukur kepada Tuhan. Kedua-dua rakanku terus memelukku sambil menitiskan air
mata.

Aku sungguh kecewa dengan keputusan peperiksaan yang aku peroleh baru-baru ini. Begitu
juga dengan kedua-dua rakan karibku, iaitu Aisyah dan Mimi. Kami kecewa dengan
keputusan peperiksaan tersebut kerana kurang baik, bahkan merosot berbanding peperiksaan
sebelumnya.

Setelah berbincang bagi membaiki masalah tersebut, akhirnya kami membuat


keputusan untuk belajar bersama-sama dengan menubuhkan kumpulan belajar. Kemudian,
kami berbincang untuk menentukan masa dan tempat yang sesuai untuk kami berkumpul.

Akhirnya kami bersetuju berkumpul pada setiap petang Jumaat di rumah kami secara
bergilir-gilir. Kami belajar bermula pada pukul 4 petang hingga pukul 6 petang. Jika ada
kelapangan pula, kami akan pergi ke perpustakaan untuk membuat rujukan dan sebagainya.

Aku sangat seronok belajar secara berkumpulan kerana melalui cara ini kami dapat
berbincang untuk menyiapkan kerja rumah atau membuat latihan. Kami juga dapat bertukar-
tukar nota. Aku berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana banyak masalah pelajaran
sebelum ini berjaya diatasi setelah kami belajar bersama-sama.

Semakin dekat waktu peperiksaan, kami semakin kerap membuat perbincangan


bersama. Tibalah masanya keputusan UPSR diumumkan. Akhirnya kami berjaya mendapat
keputusan yang sungguh cemerlang iaitu kami mendapat 6A. Aku bersyukur kepada Tuhan.
Kedua-dua rakanku terus memelukku sambil menitiskan air mata.
Tajuk 49.1 ( Menyambung Cerita – Akhir Cerita )

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.

....aku bersyukur kepada Tuhan. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam UPSR.

Aku sungguh kecewa dengan keputusan peperiksaan yang aku peroleh baru-baru ini.
Keputusan peperiksaan tersebut kurang baik, bahkan merosot berbanding peperiksaan
sebelumnya. Cikgu Azam memarahi aku kerana tidak berusaha untuk membaiki kelemahan
aku.

Aku diam. Dalam hati, aku bertekad untuk belajar dengan lebih gigih. Bagiku, kata-
kata Cikgu Azam itu ada benarnya.

Sejak peristiwa itu, sikap aku berubah. Aku tidak mengganggu kawan-kawanku lagi.
Aku menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Selain itu, aku mengulang
kaji pelajaran tanpa jemu.

Perubahan sikap aku disedari oleh kawan-kawanku. Mereka melemparkan pelbagai


sindiran kepadaku. Namun demikian, Aku tetap bersabar. Kini, peperiksaan Percubaan UPSR
bermula. Aku berjaya menjawab setiap soalan dengan yakin. Aku tidak menghadapi masalah
kerana kali ini aku mempunyai persediaan yang cukup.

Apabila keputusan Percubaan UPSR diumumkan, aku tersenyum gembira. Aku


mendapat 6A. Cikgu Azam menghampiriku sambil menepuk-nepuk bahunya. Cikgu Azam
meminta semua murid meneladani sikap aku yang cekal berusaha menuntut ilmu. Oleh sebab
itu, dia berjaya dengan cemerlangnya, kata Cikgu Azam lagi.

Aku bersyukur kepada Tuhan. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan UPSR.

Anda mungkin juga menyukai