Anda di halaman 1dari 102

Jom Ulang kaji Tajuk-Tajuk Karangan Bahagian ABC 2019

Bahagian A mengikut tema

Tema Sekolah

1. Hari Gotong-royong / Amalan Gotong-royong


2. Hari Guru
3. Hari Kanak-kanak
4. Hari Kebangsaan / Aktiviti Sempena Hari Kemerdekaan
5. Hari Anugerah
6. Kelebihan Sukan / Riadah
7. Hari Kantin
8. Hari Kokurikulum
9. Hari Raya
10. Pusat Sumber
11. Hari Sukan
12. Suatu Majlis / Program di Sekolah
13. Suatu Pertandingan / Persiapan Suatu Pertandingan

Tema Masyarakat / Keluarga Tema Kegunaan / Faedah / Kepentingan


1. Di Stesen Bas 1. Kegunaan Air / Kepentingan Air
2. Amalan Gotong-royong 2. Kegunaan Pokok Pisang
3. Majlis Perkahwinan 3. Kegunaan Pokok Balak
4. Rumah Terbuka / Persiapan Hari Raya 4. Kegunaan Pokok Buluh
5. Menziarahi Jiran 5. Kegunaan Komputer
6. Membantu Jiran Berpindah 6. Kegunaan Telefon Bimbit
7. Membina Jambatan /Rumah 7. Faedah Membaca Surat khabar / Faedah
Membaca
8. Program anti-denggi / 8. Faedah Menyertai Gotong-royong
9. Sukaneka 9. Kelebihan Sukan / Riadah
10. Membantu Mangsa Banjir 10. Membaca Jambatan Ilmu
11. Suasana di Kaunter 11. Mematuhi peraturan di Pusat Sumber
12. Gaya hidup sihat 12. Mematuhi Peraturan di Kantin
13. Pemakanan seimbang 13. Mematuhi Peraturan di Padang
14. Halaman rumah 14. Kepentingan Kokurikulum
15. Ruang tamu / Ruang Dapur 15. Kepentingan Menabung
16. Berkelah 16. Kegunaan Pokok Getah / Kelapa Sawit /
Rotan
17. Aktiviti Bersama Keluarga 17. Produk Hasilan Lembu
18. Sahabat Karib 18. Faedah-faedah Mempunyai Hobi

Tema Cara-cara / Langkah-langkah / Punca-punca


1. Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri / Cara-cara Menjaga Kesihatan Gigi
2. Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri
3. Cara-cara Menjaga Alam Sekitar
4. Cara-cara mewujudkan Keluarga Bahagia
5. Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan raya / Keselamatan Diri
6. Cara-cara Menjaga Keselamatan di Rumah / Punca-punca Kebakaran di Rumah / Keselamatan
Semasa Banjir
7. Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang
8. Cara-cara Membuat Layang-layang
9. Cara-cara Membuat Tabung
10. Cara-cara Menceriakan Kelas
11. Cara-cara Mengisi Masa Lapang
12. Cara-cara Berjimat Cermat

1
13. Cara-cara Belajar dengan Berkesan
14. Cara Menghormati Ibu Bapa
15. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam
16. Cara-cara Menabung

ULANG KAJI KARANGAN BAHAGIAN B 2019

Bahagian B ( Ulasan umum / cara-cara / langkah-langkah )

1. Kepentingan Kokurikulum 13. Hari Kebangsaan


2. Kelebihan Sukan / Riadah 14. Pusat Sumber
3. Membaca Jambatan Ilmu 15. Satu Majlis / Program di Sekolah
4. Gaya Hidup Sihat 16. Keselamatan Jalan raya
5. Pemakanan Seimbang 17. Cara-cara Menjaga Keselamatan diri
6. Cara-cara Mengisi Masa Lapang 18. Cara-cara Belajar
7. Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang 19. Cara-cara Menjaga Alam Sekitar
8. Cara-cara Menjaga Kesihatan 20. Kebaikan Menabung
9. Amalan Jimat cermat 21. Faedah Bersenam
10. Amalan Gotong-royong 22. Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam
11. Cara-cara Menghormati ibu bapa 23. Cara-cara Memelihara Alam Sekitar
12. Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia

ULANG KAJI KARANGAN BAHAGIAN C 2019

1. Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan ( Fakta / Syarahan )


2. Kebaikan Amalan Bergotong-Royong / Gotong-royong ( Fakta / Syarahan / Cerita )
3. Kepentingan Kokurikulum ( Fakta / Syarahan )
4. Kepentingan / Kebaikan Sains dan Teknologi ( Fakta / Syarahan )
5. Kepentingan Komputer Kepada Murid ( Fakta / Syarahan / Dialog )
6. Kepentingan Hobi ( Fakta / Syarahan / Dialog )
7. Kepentingan Air ( Fakta / Syarahan / Dialog )
8. Kepentingan ICT ( Fakta / Syarahan / Dialog )
9. Kelebihan Bersukan / Riadah ( Fakta / Syarahan / Dialog )
10. Kelebihan Melayari Internet ( Fakta / Syarahan / Dialog )
11. Faedah Mendengar Radio ( Fakta / Syarahan / Dialog )
12. Faedah-Faedah Mengikuti Kelas Tambahan ( Fakta / Syarahan / Dialog )
13. Faedah-Faedah Bersenam / Bersenam ( Fakta / Syarahan / Dialog )
14. Faedah-Faedah Menabung ( Fakta / Syarahan / Dialog )
15. Faedah- Faedah Membaca Surat khabar ( Fakta / Syarahan / Dialog )
16. Faedah-Faedah Berkebun ( Fakta / Syarahan / Dialog )
17. Faedah Lawatan Sambil Belajar ( Fakta / Syarahan )
18. Faedah Membaca ( Fakta / Syarahan / Dialog )
19. Cara-cara Membalas Jasa Guru ( Fakta / Syarahan / Dialog )
20. Cara-Cara Hendak Menceriakan Kelas ( Fakta / Syarahan / Dialog )
21. Cara Menjadi Murid Yang Cemerlang ( Fakta / Syarahan )
22. Cara-cara menjaga Kemudahan Awam ( Fakta / Syarahan )
23. Cara-cara Mengisi Masa Lapang ( Fakta / Syarahan )
24. Cara-cara Menghormati Ibu bapa / Guru / Orang Tua ( Fakta / Syarahan )
25. Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia ( Fakta / Syarahan )
26. Cara-cara Memelihara Alam Sekitar ( Fakta / Syarahan )
27. Cara-cara Menjaga Kesihatan / Kebersihan ( Fakta / Syarahan )
28. Cara-cara Berjimat Cermat ( Fakta / Syarahan )
29. Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri ( Fakta / Syarahan / Dialog )
30. Langkah-langkah Menjaga Kebersihan Diri ( Fakta / Syarahan / Dialog )

2
31. Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya ( Fakta / Syarahan / Dialog )
32. Sebab-sebab Murid Perlu Mematuhi Peraturan Sekolah ( Fakta / Syarahan / Dialog )
33. Aktiviti di Sekolah ( Minggu Bahasa / Bengkel Kecemerlangan Akademik / Majlis Perpisahan /
Hari Sukan / Perkhemahan / Sambutan Hari Kanak-kanak / Hari Kantin / Hari Kebangsaan / Hari
Guru / Latihan Kebakaran / lain-lain aktiviti atau pertandingan yang diadakan di sekolah )
( Laporan / Berita / Catatan / Cerita )
34. Aktiviti Semasa Cuti Sekolah ( Cerita )
35. Amalan Budi Bahasa ( Fakta / Syarahan / Dialog )
36. Barangan Buatan Malaysia ( Fakta / Syarahan / Dialog )
37. Gaya Hidup Sihat ( Fakta / Syarahan / Dialog )
38. Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan ( Cerita / Catatan )
39. Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan ( Cerita / Catatan )
40. Pengalaman Manis bersama-sama dengan keluarga ( Cerita / Catatan )
41. Pengalaman Melawat Pameran Buku ( Cerita / Catatan)
42. Lawatan ke Rumah Kebajikan ( Cerita / Catatan )
43. Perkelahan yang Menarik ( Cerita / Catatan )
44. Biografi ( Bapa / Guru / Ibu / Sahabat Karib) ( Cerita )
45. Tokoh Yang Dikagumi ( Cerita )
46. Temu ramah / Wawancara ( Dialog )
47. Cerita Tindakan / Situasi ( Bantuan Kecemasan ) ( Cerita )
48. Melengkapkan Cerita Awal ( Cerita )
49. Melengkapkan Cerita Akhir ( Cerita )
50. Suasana di Pasar Malam / Pasar Tani ( Cerita )
51. Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan ( Fakta / Syarahan )
52. Gaya Hidup Sihat ( Fakta / Syarahan )
53. Kepentingan Makanan Seimbang ( Fakta / Syarahan )
54. Surat Kiriman Rasmi

3
Tajuk 1 ( Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan )

Murid-murid digalakkan belajar secara berkumpulan. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. ( Fakta )

Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran. Kebiasaannya ahli kumpulan terdiri daripada empat hingga lima orang.
Mereka bebas memilih tempat untuk belajar sama ada di rumah, sekolah ataupun perpustakaan.

Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana murid-murid dapat bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan.
Murid-murid juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan tersendiri dalam menguasai sesuatu
mata pelajaran. Kebiasaannya mereka lebih seronok belajar secara berkumpulan.

Selain itu, murid-murid juga dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih faham
dapat membantu mereka. Suasana pembelajaran yang ceria dapat merangsang murid-murid untuk mencapai kejayaan. Belajar secara
berkumpulan juga dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat menghilangkan kebosanan dan menjimatkan masa. Hal ini kerana setiap ahli
kumpulan akan membaca tajuk yang berlainan. Nota-nota ringkas yang dicatat ketika perbincangan lebih mudah diingati ketika mengulang
kaji pelajaran. Justeru, murid-murid akan berasa lebih yakin pada diri sendiri.

Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan. Keselamatan diri juga
terpelihara kerana mereka sering membantu antara satu dengan yang lain. Mereka juga tldak bersendirian terutama dalam perjalanan pergi
dan balik ke tempat perbincangan. Mereka yang belajar secara berkumpulan mempunyai satu matlamat dan akan belajar bersungguh-
sungguh.

Sesungguhnya, belajar secara berkumpulan banyak kebaikannya. Belajar secara berkumpulan membolehkan murid memperbaiki
kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan murid-murid untuk belajar secara berkumpulan.

Tajuk 1.1 ( Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan )

Murid-murid digalakkan belajar secara berkumpulan. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang
saya kasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kebaikan Belajar Secara Berkumpulan”.

Hadirin yang saya kasihi,

Belajar secara berkumpulan adalah salah satu kaedah pembelajaran. Kebiasaannya ahli kumpulan terdiri daripada empat hingga
lima orang. Mereka bebas memilih tempat untuk belajar sama ada di rumah, sekolah ataupun perpustakaan.

Belajar secara berkumpulan lebih baik kerana murid-murid dapat bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu tajuk yang dibincangkan.
Murid-murid juga dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan tersendiri dalam menguasai sesuatu
mata pelajaran. Kebiasaannya mereka lebih seronok belajar secara berkumpulan.

Selain itu, murid-murid juga dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas. Rakan-rakan dalam kumpulan yang lebih faham
dapat membantu mereka. Suasana pembelajaran yang ceria dapat merangsang murid-murid untuk mencapai kejayaan. Belajar secara
berkumpulan juga dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang.

Di samping itu, belajar secara berkumpulan dapat menghilangkan kebosanan dan menjimatkan masa. Hal ini kerana setiap ahli
kumpulan akan membaca tajuk yang berlainan. Nota-nota ringkas yang dicatat ketika perbincangan lebih mudah diingati ketika mengulang
kaji pelajaran. Justeru, murid-murid akan berasa lebih yakin pada diri sendiri.

Seterusnya, belajar secara berkumpulan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan. Keselamatan diri juga
terpelihara kerana mereka sering membantu antara satu dengan yang lain. Mereka juga tldak bersendirian terutama dalam perjalanan pergi
dan balik ke tempat perbincangan. Mereka yang belajar secara berkumpulan mempunyai satu matlamat dan akan belajar bersungguh-
sungguh.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan banyak kebaikannya. Belajar secara berkumpulan membolehkan murid
memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan murid-murid untuk belajar secara berkumpulan.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 2 ( Kebaikan Bergotong-royong )

Tuliskan karangan yang bertajuk “Kebaikan Bergotong-royong”. ( Fakta )


4
Bergotong-royong bermaksud tolong-menolong dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara. Bergotong-royong adalah amalan
penduduk setempat sejak dahulu lagi. Terdapat banyak kebaikan amalan bergotong-royong.

Dengan bergotong-royong sesuatu kerja dapat disiapkan dengan cepat. Hasilnya juga lebih baik kerana pelbagai pendapat yang
baik akan dapat dibincang dan dilaksanakan. Contoh amalan bergotong-royong yang sering dilakukan adalah membersihkan balai raya.
Bergotong-royong juga dapat melahirkan perasaan kasih sayang antara jiran tetangga.

Selain itu, dengan bergotong-royong akan dapat menjimatkan kos dan tenaga. Kebiasaannya aktiviti gotong-royong tidak
melibatkan upah. Mereka yang terlibat dengan aktiviti itu biasanya membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang upah. Gotong-
royong dilaksanakan dalam suasana kekeluargaan.

Bergotong-royong juga dapat melancarkan perjalanan sesuatu majlls. Contohnya, majlis kenduri dan majlis perkahwinan.
Sebelum sesuatu majlis berlangsung, pihak tuan rumah akan merancang dan membahagikan tugas terlebih dahulu. Kerja yang berat menjadi
leblh mudah dan perjalanan majlis itu juga lebih teratur dan lancar.

Melalui gotong-royong juga kita dapat mengukuhkan hubungan dengan jiran tetangga. Selain itu, dapat memenuhi tuntutan
agama agar bersikap baik kepada jiran tetangga. Jiran itu diibaratkan saudara kita sendiri. Dengan membantu orang lain, kita pasti mendapat
kebaikannya, bak kata pepatah 'Buat baik dibalas baik'.

Kesimpulannya, amalan bergotong-royong inl perlu diteruskan. Amalan ini juga perlu diamalkan di bandar-bandar. Jadikan
gotong-royong sebahagian daripada amalan hidup kita.

Tajuk 2.1 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bergoyong-royong”. ( Fakta )

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama.
Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta
meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama
melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin.
Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja
dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika
amalan bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada
pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah.
Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

5
Tajuk 2.2 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong-royong” ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Parit 9, Guru-guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang
saya kasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah-faedah Bergotong-royong”.

Hadirin yang saya kasihi,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara
bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai
bergotong-royong.

Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta
meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama
melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin.
Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja
dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika
amaln bergotong-royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada
pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah.
Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, akhir kata daripada saya, amalan bergotong-royong inl
perlu diteruskan. Amalan ini juga perlu diamalkan di bandar-bandar. Jadikan gotong-royong sebahagian daripada amalan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 2.3 ( Laporan Aktiviti Gotong-Royong )

Penduduk tempat kamu tinggal telah mengadakan aktiviti gotong-royong.. Tulis laporan tentang gotong royong di tempat kamu itu
selengkapnya. ( Laporan )

Laporan Aktiviti Gotong-Royong Kampung Parit 9

Pada 24 September yang lalu, penduduk Kampung Parit 9 telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan taman
permainan. Aktiviti gotong-royong tersebut telah disertai oleh 30 orang penduduk kampung.

Pada pukul 8.00 pagi, semua peserta gotong-royong telah berkumpul di taman permainan tersebut. Masing-masing membawa
peralatan seperti mesin rumput penyapu, pongkes, dan cangkul.

Ketua Kampung telah membahagikan peserta gotong-royong kepada beberapa kumpulan kecil. Ada yang ditugaskan untuk
memotong rumput, membersihkan longkang, mengumpulkan sampah, dan menanam pokok di sekeliling taman permainan tersebut.

Setelah diberi taklimat, masing-masing memulakan tugas. Rumput yang telah dipotong dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam
plastik sampah untuk dibuang. Longkang yang berlumut disental supaya bersih.

Pokok-pokok baharu ditanam supaya dapat meredupkan kawasan taman permainan. Semua peserta menjalankan tugas yang
diberi bersama-sama. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

6
Pada pukul 12.00 tengah hari semua tugas yang diberi siap dilakukan. Masing-masing menikmati makan tengah hari yang
disediakan oleh kaum ibu. Walaupun letih, semua peserta gembira kerana taman permainan sudah bertukar wajah. Ketua Kampung
mengucapkan terima kasih kepada anak buahnya dan berharap agar aktiviti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh, 20 SEPTEMBER 2018.

Ayden Hadif
(MUHAMMAD AYDEN HADIF)
Setiausaha Kampung Parit9.

Tajuk 2.4 ( Faedah-faedah Bergotong-royong )

Sekolah anda telah mengadakan gotong-royong. Andaikan anda sidang redaksi majalah sekolah. Anda diminta menyediakan berita lengkap
tentang gotong-royong tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis berita aktiviti gotong-royong tersebut. ( Berita )

SEKINCHAN, 15 Jun - Sekolah Kebangsaan Parit 9, telah mengadakan gotong-royong secara besar-besaran bersempena Minggu Kebersihan
dan Keceriaan sekolah. Sebanyak 700 orang murid dan 60 orang tenaga pengajar yang terlibat dalam gotong-royong tersebut.

Aktiviti gotong-royong yang bermula dari jam 7.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang itu bertujuan untuk menanam sikap cinta
akan kebersihan dalam kalangan warga sekolah.

Persekitaran sekolah bersih dan menarik dengan lukisan-lukisan mural yang berwarna-warni. Mural dllukis pada dinding dengan
pelbagai motif yang bertemakan alam semula jadi. Puan Hafizah dan Encik Mohd Khairul Lizan selaku guru penasihat Kelab Seni Lukis telah
mengetuai kumpulan melukis mural.

Turut memberikan kerjasama pada hari berkenaan ialah pihak Majlis Daerah Sabak Bernam. Penyediaan peralatan seperti
cangkul, pongkes, dan tong sampah banyak memudahkan murid-murid.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh
murid-murid. Murid-murid sekolah ini mudah untuk memberikan kerjasama. Hal ini terbukti dengan kejayaan aktiviti gotong-royong pada
hari ini," kata beliau sewaktu memberikan ucapan sobagai mengakhiri aktiviti gotong-royong tersebut.

Secara keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini berjalan lancar dan mendapat pujian daripada semua pihak.

Tajuk 2.5 ( Aktiviti gotong-royong )

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Tuliskan cerita tentang aktiviti
gotong-royong yang telah kamu lalui itu. ( Cerita )

Saya, bapa dan kira-kira tiga puluh orang penduduk kampung telah menyertai aktiviti gotong-royong. Gotong-royong pada tahun ini
diadakan sempena sambutan Hari Pekerja. Selain itu, gotong-royong ini telah dirancang oleh ketua kampung kami sejak tiga bulan yang
dahulu.

7
Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah berkumpul di luar balai raya. Ada yang membawa
cangkul, sabit, parang, dan pongkes. Peralatan ini digunakan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Kami dibahagi-bahagi kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau,
parit, dan balai raya. Kumpulan-kumpulan kecil ini memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur.

Pada masa yang sama, kaum ibu dan wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di pekarangan balai raya. Pelbagai jenis
juadah seperti mi goreng, nasi tomato, dan kari ayam disediakan. Mereka bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk
berehat dan menjamu selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara
semua yang terlibat menjayakan gotong-royong.

Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk
setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan penduduk
dapat diperkasakan.

Tajuk 2.6 ( Aktiviti gotong-royong )

Aktiviti gotong-royong telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu terlibat menjayakan aktiviti tersebut. Tuliskan cerita tentang aktiviti
gotong-royong yang telah kamu lalui itu. ( Cerita )

Hari ini, kami akan bergotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah bersempena cuti Hari Pekerja. Ketua kampunglah yang menjadi
penggerak utama aktiviti gotong-royong ini.

Tepat pada pukul lapan pagi, saya dan kawan-kawan saya sudah berkumpul di luar balai raya. Kami membawa cangkul, sabit,
parang, dan pongkes.

Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Antara kawasan yang akan dibersihkan termasuklah taman permainan,
surau dan balai raya. Pembentukan kumpulan kecil ini bertujuan untuk melancarkan kerja-kerja gotong-royong.

Pada masa yang sama, kaum ibu sibuk menyediakan juadah jamuan ringan di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis makanan
disediakan. Mereka bersatu hati memasak makanan beramai-ramai untuk dihidangkan kepada para peserta gotong-royong.

Pada pukul 11.45 pagi, semua kerja pembersihan telah selesai. Kami berkumpul semula di balai raya untuk berehat dan menjamu
selera. Walaupun tampak letih tetapi semangat kerjasama, kemesraan dan suasana muhibah telah terjalin antara kami.

Aktiviti gotong-royong merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan yang mampu menjalin ikatan silaturahim penduduk
setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni sejagat juga dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk bertambah erat.

Tajuk 3 ( Kepentingan Kokurikulum )

Setiap murid perlu menyertai kokurikulum di sekolah. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Menyertai Kokurikulum”. ( Fakta )
8
Kokurikulum ialah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik darjah. Persatuan Pengakap, Kelab Sukan dan
Rekreasi dan Kelab Pencinta Alam adalah antara kegiatan kokurikulum yang terdapat di sekolah. Banyak faedah yang diperoleh dengan
menyertai kokurikulum.

Dengan menyertai kokurikulum, masa lapang dapat diisi dengan aktiviti berfaedah. Kita tidak akan mudah melakukan aktiviti
yang tidak bermoral seperti melepak, merokok dan sebagainya. Setiap masa akan terisi dengan aktiviti yang baik.

Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin kita. Dengan menyertai kokurikulum, kita akan terdidik untuk menepati
masa. Kita juga perlu mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan. Secara tidak langsung, kita menjadi seorang yang berdisiplin.

Aktiviti kokurikulum juga dapat mengeratkan hubungan antara kawan. Aktiviti yang diadakan secara berkumpulan memupuk sifat
kerjasama antara ahli kumpulan. Kita juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baharu.

Kesimpulannya, setiap murid harus menyedari bahawa aktiviti kokurikulum banyak faedah. Oleh itu, kokurikulum perlu disertai
oleh setiap murid.

Tajuk 3.1 ( Kepentingan Kegiatan Kokurikulum )

Setiap murid perlu menyertai kokurikulum di sekolah. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”. ( Fakta )

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru penasihat. Pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di
sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum
perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingan dan manfaatnya.

Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk melepak dan
bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gejala sosial.
Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia atau dipantau oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti persatuan, sukan atau
unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin amat penting untuk mencapai
kejayaan. Murid yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih murid menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan
seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan
belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan
belajar menjadi pemimpin.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum mampu mengukuhkan lagi perpaduan kaum. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli
yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama ahli.

Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka
terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

9
Tajuk 3.1 ( Kepentingan Kokurikulum )

Kamu menyertai pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “Faedah Menyertai Kokurikulum”. Tulis syarahan
kamu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-
guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah “Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum”.

Hadirin yang saya hormati,

Kokurikulum adalah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan kokurikulum dibahagikan kepada tiga, iaitu pasukan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua kegiatan kokurikulum ini berfaedah kepada murid.

Bagi kegiatan pasukan beruniform, antara faedahnya ialah meningkatkan tahap disiplin murid. Selain itu, aktivitinya juga dapat
menambah pengetahuan dan persefahaman. Antara aktivitinya ialah Pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Hadirin yang saya kasihi,

Kelab dan persatuan juga tidak kurang faedahnya. Antaranya dapat memupuk asas kepimpinan dalam kalangan murid. Contoh
kelab dan persatuan ialah Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Bahasa Inggeris dan Iain-Iain lagi.

Demikian juga dengan kegiatan sukan dan permainan. Antara faedah aktiviti ini yang tidak dapat dinafikan ialah meningkatkan
tahap kesihatan. Selain itu, kita juga akan mahir dalam sesuatu acara atau permainan.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum banyak faedahnya yang bukan saja dapat meningkatkan pencapaian diri malah kesihatan
dan persefahaman. Oleh itu, diharapkan semua murid tidak mengabaikannya.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 3.2 ( Kepentingan Kokurikulum )

Anda memasuki pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”. Sediakan teks syarahan anda . (
Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-
guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”.
Hadirin yang saya hormati,

Kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti persekolahan. Aktiviti kokurikulum meliputi unit beruniform, kelab, persatuan
dan sukan. Terdapat banyak kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum.
Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, murid akan dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan menyertai unit beruniform,
murid akan mengetahui tentang aktiviti unit beruniform tersebut. Ilmu seperti berkawad dan berkhemah tidak diajar di bilik darjah. Melalui
aktiviti kokurikulum, murid-murid akan diajar cara berkawad dan berkhemah.
Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum juga dapat mengisi masa lapang mereka. Mereka dapat berkumpul dengan rakan-rakan
dan melakukan pelbagai aktiviti. Justeru, masa lapang murid tidak terbuang dengan sia-sia. Hal ini dapat mengelakkan murid terjerumus
dalam gejala sosial seperti melepak dan merokok.
Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih seseorang murid itu berdikari. Murid akan diberi tunjuk ajar dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Justeru, bakat murid dapat dikesan dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi murid yang berkebolehan, mereka akan
dilantik sebagai pemimpin untuk membimbing rakan sebaya.
Faedah lain yang boleh dlperoleh apabila menyertai kokurikulum adalah murid akan mendapat ramai kawan. Hal ini kerana
sesuatu aktiviti itu akan disertai oleh ramai murid. Jika murid berjaya mewakili sekolah, maka bertambah ramailah kawan mereka. Di
samping itu, murid dapat menambahkan kemahiran berkomunikasi dengan orang lain.
Kesimpulannya, menyertai kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan faedah, Oleh sebab itu, semua murid perlu menyertai
aktiviti kokurikulum demi kecemerlangan diri. Pihak sekolah pula perlu memastikan keselamatan murid semasa beraktiviti.

Sekian, terima kasih.

10
Tajuk 4 ( Kepentingan / Kebaikan Sains dan Teknologi )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kemajuan Sains dan Teknologi banyak membawa kebaikan”. ( Fakta )

Kemajuan sains adalah pembaharuan dalam bidang sains. Kini, bidang sains diajar dengan meluas di sekoiah-sekolah. Kemajuan sains banyak
membawa kebaikan kepada kita.

Kemajuan sains dalam bidang perubatan amat ketara. Dengan adanya perubatan moden, pelbagai penyakit berbahaya dapat
dikesan dengan cepat. Antaranya, penyakit barah, penyakit jantung dan kencing manis. Pelbagai jenis ubat dicipta untuk merawat penyakit
ini dan teknik pembedahan yang semakin canggih turut dicipta.

Kemajuan sains juga dapat dimanfaatkan dalam bidang pertanian dan penternakan. Hasil pertanian menjadi lebih banyak dan
berkualiti. Banyak baka haiwan yang lebih baik telah dihasilkan seperti lembu, ayam dan kambing. Justeru, hasil pertanian dan penternakan
negara semakin meningkat dan bermutu.

Selain itu, kemajuan sains banyak membantu dalam kehidupan kita seharian. Pelbagai mesin baru dicipta untuk kemudahan kita
seperti mesin basuh, periuk nasi dan komputer. Penciptaan pelbagai kenderaan memudahkan kita untuk bergerak. Kini, kehidupan kita
menjadi lebih mudah dan selesa.

Ekoran kemajuan dalam bidang sains, kapal angkasa sudah dicipta. Beberapa orang manusia sudah sampai ke bulan. Pada 10
Oktober 2007, Malaysia berjaya menghantar seorang angkasawan negara ke angkasa lepas. Selain itu, Malaysia juga telah menghantar
beberapa satelit ke angkasa lepas untuk kemudahan komunikasi.

Sesungguhnya, kemajuan sains banyak membawa kebaikan dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita perlu menggunakan
kemudahan ini dengan sebaik mungkin. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mempelajari sains di sekolah dan mendalaminya.

Tajuk 4.1 ( Sumbangan Sains dan Teknologi kepada Manusia )

Anda telah terpilih mewakili kelas dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah “Sumbangan Sains dan Teknologi dalam
kehidupan manusia”. Tulis syarahan kamu itu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-
guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Sumbangan Teknologi dalam Kehidupan Harian".

Hadirin yang saya hormati,

Sains dan teknologi banyak memberikan sumbangan dalam kehidupan manusia. Sains dan teknologi telah membolehkan manusia
hidup dengan lebih selesa juga. Hal ini demikian kerana banyaknya barang kelengkapan rumah yang dicipta demi memudahkan kehidupan
harian kita.

Sumbangan teknologi tidak terbatas keperluannya. Antaranya, sumbangan sains dan teknologi dalam bidang pembinaan.
Teknologi pembinaan pada masa kini membolehkan bangunan tinggi, terowong, dan lebuh raya dibina dengan cepat berserta dengan
pelbagai ciri keistimewaan. Bahkan ada antaranya yang dibina dengan merentasi bukit, sungai, dan pinggir laut.

Dalam bidang komunikasi pula, pelbagai alat seperti telefon bimbit dan satelit telah direka. Hal ini menjadikan komunikasi antara
manusia di seluruh dunia semakin mudah, murah, dan cepat.

Manakala, dalam bidang industri pula, komputer dan robot telah dicipta bagi menggantikan fungsi manusia dalam perindustrian.
Penggunaan komputer dan robot ini dapat memudahkan kerja manusia dan mengurangkan tenaga kerja.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa sains dan teknologi memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam kehidupan kita.

Sekian, terima kasih.

Cadangan Isi-isi Penting Kepentingan Sains dan Teknologi

1. Memudahkan urusan manusia


2. Menjimatkan kos
11
3. Memajukan ekonomi negara – memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara – dipandang tinggi oleh masyarakat dunia

Tajuk 5 ( Kepentingan Komputer kepada Murid )

Penggunaan komputer wajar digalakkan dalam kalangan murid-murid. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Komputer
kepada Murid-murid”. ( Fakta )

Komputer merupakan salah satu alat komunikasi yang penting pada masa kini. Individu yang tahu menggunakan komputer akan dipandang
tinggi ilmu pengetahuannya dalam bidang teknologi maklumat. Malah, dianggap tidak ketinggalan dalam arus kemajuan. Oleh itu, murid-
murid wajar didedahkan dengan teknologi ini sejak pada peringkat rendah lagi.

Komputer dapat memudahkan proses mengulang kaji pelajaran. Murid-murid dapat membuat tugasan dan nota dengan lebih
kemas. Hal ini disebabkan komputer dapat menyimpan data yang lebih banyak malah sebarang kesilapan mahupun penambahan dapat
diselenggarakan dengan mudah.

Selain itu, murid-murid dapat melayari internet untuk mencari maklumat tambahan. Di samping itu juga, murid-murid dapat
bertukar-tukar pendapat serta maklumat melalui e-mel.

Pengetahuan tentang komputer juga menambah keyakinan diri pelajar untuk bersaing dalam pelajaran. Contohnya, murid-murid
yang mahir dalam menggunakan komputer dapat bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dengan mudah dan cepat.

Di samping itu, murid-murid yang mahir mengendalikan komputer akan lebih mudah mempelajari perisian-perisian baru.
Pengetahuan tentang perisian-perisian ini akan memantapkan kemahiran mereka dalam teknologi komputer. Malahan kini, pasaran
pekerjaan amat memerlukan pekerja amat yang mahir dalam bidang pengkomputeran.

Oleh itu, murid-murid hendaklah digalakkan dan disedarkan tentang faedah dan kepentingan komputer. Banyak faedah yang
diperoleh jika tahu menggunakan komputer.

Tajuk 5.1 ( Komputer dan Peranannya )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Komputer dan Peranannya’. ( Fakta )

Komputer sudah menjadi sinonim dengan kehidupan moden zaman ini. Hampir semua pejabat malah individu memiliki sebuah komputer
untuk menjalani kehidupan hariannya. Jadi, apakah peranan-peranan komputer yang sebenarnya?

Komputer juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi pendidikan pelajar di sekolah. Kalau kita lihat sudah ada banyak
halaman web yang menjadikan subjek pelajaran sekolah sebagai bahan kandungannya bersama-sama penggunaan komputer yang semakin
meluas dalam kalangan guru ketika mengajar pelajar. Oleh itu, komputer berperanan untuk mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih
mudah dan menarik.

Malah, komputer juga boleh merapatkan atau memudahkan hubungan antara manusia terutama hubungan jarak jauh. Ibu bapa
yang tinggal berjauhan dengan anak mereka kerana anak melanjutkan pelajaran di luar negara boleh menggunakan program tertentu di
komputer untuk berkomunikasi lalu menjalin hubungan rapat dengan anak mereka. Jadi, komputer memastikan hubungan antara sesama
manusia itu terus berlaku walaupun faktor geografi memisahkan mereka.

Tambahan pula, komputer memudahkan seseorang untuk mendapatkan apa-apa maklumat terkini dengan cara yang pantas serta
mudah. Semua maklumat sudah siap wujud di dalam rangkaian internet yang boleh diakses menerusi komputer di mana-mana tempat pun
di dunia ini. Jelaslah, komputer membolehkan seseorang itu memperoleh maklumat yang betul lalu tidak melakukan kesilapan dalam
keputusannya.

Kesimpulannya, komputer menjadikan kehidupan manusia lebih selesa dan mampu mencapai satu tahap yang memuaskan.
Semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan penggunaan komputer ini dialami oleh semua lapisan masyarakat. Rakyat negara
ini harus celik komputer jika mahu bersaing dengan masyarakat luar.

12
Tajuk 6 ( Kepentingan / Kebaikan Hobi kepada Murid )

Hobi merupakan kegiatan yang dilakukan ketika masa lapang. Banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan mempunyai hobi. Tuliskan
sebuah karangan tentang sumbangan hobi kepada murid-murid. ( Fakta )

Hobi merupakan kegiatan yang dilakukan ketika masa lapang. Pelbagai jenis hobi dapat dilakukan oleh murid-murid seperti bersukan,
menghasilkan kerja tangan, membaca, menulis cerpen, dan sebagainya.

Aktiviti hobi menggalakkan murid-murid memanfaatkan masa lapang secara berfaedah selepas penat menelaah. Masa tersebut
akan diisi dengan aktiviti seperti membaca atau menyertai permainan yang dapat menghiburkan dan menenangkan fikiran.

Hobi juga memupuk kemahiran dalam sesuatu bidang. Murid-murid yang hobinya gemar menulis dapat memantapkan dirinya
dalam bidang penulisan. Tatabahasa dan hasil tulisannya akan menjadi lebih sempurna.

Selain itu, hobi dapat mengeratkan hubungan persahabatan juga. Murid-murid yang menggemari hobi bersukan akan melakukan
aktiviti riadah seperti bermain bola sepak bersama-sama dan saling bekerjasama untuk menumpaskan pasukan lawan.

Hobi dapat memberikan kecergasan pada tubuh badan dan kecerdasan pada fikiran juga. Bermain bola sepak merupakan hobi
yang dapat menyihatkan badan. Manakala aktiviti bermain catur pula dapat mencerdaskan fikiran.

Setiap murid haruslah meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti yang diminati. Hal ini demikian kerana hobi banyak
menyumbang dalam melahirkan golongan murid yang cemerlang dan gemilang.

Tajuk 7 ( Kepentingan Air )

Tulis sebuah karangan tentang kepentingan air . ( Fakta )

Air sangatlah penting untuk kehidupan di muka bumi yang serba indah ini. Ini
kerana tanpa air tiadalah hidupan. Semua makhluk ciptaan Tuhan memerlukan air untuk hidup. Manusia sangat memerlukan air untuk hidup.

Manusia memerlukan airuntuk makan, minum, membasuh pakaian dan bermacam-macam perkara lain. Selain itu,
manusia juga menggunakan air sebagai pengangkutan utama mereka. Contohnya masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak.
Merekasangat bergantung kepada sungai untuk bergerak.

Air juga diperlukan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik. Manusia sangat memerlukan tenaga hidroelektrik bagi
menggantikan minyak dan arangbatu yang semakin kehabisan. Malaysia telah membina Empangan Bakun di Sungai Rajang bagi menjana
elektrik ke rumah-rumah dan juga kilang-kilang.

13
Air juga diperlukan tumbuhan untuk hidup. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan akan layu dan mati. Bumi akan jadi kering kontang jika
tiada tumbuhan. Bumi juga akan menjadi panas kerana kekurangan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Manusia juga akan mati sebab
tiada oksigen untuk bernafas.

Sebagai kesimpulannya, air adalah nyawa bagi semua hidupan di dunia ini.
Oleh itu, kita haruslah menghargai air dengan cara berjimat cermat. Elakkan pembaziran air supaya jangan menyesal di kemudian hari.

Tajuk 8 ( Kepentingan Teknologi Maklumat )

Tulis sebuah karangan tentang kepentingan teknologi maklumat . ( Fakta )

Pada era globalisasi ini, negara kita telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini
demikian, kini di negara kita ,terdapat banyak teknologi maklumat yang masyarakat di Malaysia boleh dapatkan. Contohnya,telefon bimbit
yang sering digunakan untuk mencari pelbagai maklumat secara berterusan melalui internet. Maklumat yang hendak kita cari semuanya
berada di hujung jari sahaja. Hakikatnya,terdapat banyak kepentingan teknologi maklumat kepada kita.

Antaranya ialah kecanggian teknologi maklumat pada masa kini mampu mempercepatkan untuk kita mencari maklumat yang
dikehendaki .Hal ini demikian, masyarakat di Malaysia kini boleh mencari pelbagai bahan atau maklumat hanya di internet atau laman –
laman web yang didapati. Sebagai contohnya, Google yang membolehkan kita untul mencari pelbagai maklumat hanya dengan satu klik
sahaja dan tidak mengambil masa yang lama seperti mencari bahan-bahan bacaan di perpustakaan yang memakan banyak masa. Jelaslah
kepada kita bahawa,kecanggihan teknologi kini dapat menjimatkan masa seseorang itu untuk mencari maklumat serta
mempercepatkannya.

Selain itu, kita juga dapat berhubung dan berkomunikasi dengan rakan-rakan atau saudara mara yang berjauhan dengan kita.
Dengan berbuat demikian, caranya adalah dengan menggunakan kemudahan laman sosial yang semakin banyak muncul pada zaman kini
seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang boleh memuat naik . Sebagai contohnya, Facebook, twitter dan instagram yang boleh
berkomunikasi antara satu sama lain dan jika kita rindu dengan orang yang berjauhan dengan kita juga boleh menggunakan panggilan video
iaitu secara bersemuka dengan rakan-rakan atau saudara mara kita yang sudah lama tidak berjumpa.Sememangnya,dengan kemudahan ini,
hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun berjauhan.
Di samping itu,kita juga boleh menggunakan internet untuk membantu kita dalam pembelajaran. Dengan
berbuat demikian ,kerana banyak maklumat yang mudah didapati dan mempercepatkan kita untuk mencarinya . Misalnya,
mencari maklumat tentang mata pelajaran Bahasa Malaysia iaitu tips-tips membuat karangan berformat .Sesungguhnya, kita boleh
mendapat sedikit sebanyak maklumat bagi membantu dalam meningkatkan kefahaman dalam sesuatu pembelajaran.

Seterusnya, kita juga dapat berkongsi maklumat antara satu sama lain.Dengan berbuat demikian, supaya kita dapat maklumat yang lebih
terperinci dan lebih efektif dari laman-laman web yang berbeza.Buktinya,mengambil isi penting dalam sesebuah karangan yang sama
tajuknya tetapi berbeza dari segi kepakaran karangannya. Sesungguhnya, kita boleh mendapat pelbagai maklumat daripada perkongsian
yang telah diberi oleh guru-guru mahupun pelajar di internet.

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan teknologi kini semakin menjadi rebutan masyarakat kerana mempunyai banyak kelebihan yang
boleh digunakan dan memaikan peranan yang baik kepada masyarakat. Teknologi maklumat kini seharusnya digunakan dengan sebaik yang
mungkin kerana banyak manfaat yang boleh kita peroleh melalui teknologi maklumat tersebut .

14
Tajuk 9 ( Kelebihan Bersukan )

Tuliskan karangan tentang “Kepentingan Sukan”.

Otak yang cerdas terdapat pada tubuh badan yang sihat. Kata-kata ini menunjukkan bahawa kesihatan tubuh badan merupakan pemangkin
kepada seluruh sistem badan. Oleh itu, bersukan adalah satu daripada cara untuk menyihatkan tubuh badan.

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mengisi masa yang terluang. Hal ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa dengan
sia-sia. Hal ini kerana kita dapat berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan dengan cara yang sihat. Selain mengeratkan hubungan
sesama kenalan, aktiviti sukan juga dapat mengurangkan masalah sosial.

Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti sukan di sekolah. Pelbagai jenis sukan disediakan mengikut pilihan murid-murid.
Menerusi aktiviti sukan, murid-murid dapat mengetengahkan kebolehan diri di samping dapat mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri
atau kebangsaan. Secara tidak langsung, mereka dapat mengharumkan nama sekolah dan meningkatkan prestasi diri.

Pada zaman ini, sukan dilihat sebagai suatu kerjaya yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan. Misalnya, pemain bola
sepak mampu memiliki pendapatan yang tinggi setanding golongan profesional yang lain.

Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti bersukan banyak faedahnya. Jadikanlah sukan sebagai aktiviti riadah yang menyihatkan badan.

Tajuk 9.1 ( Kelebihan Bersukan )

15
Tuliskan karangan tentang “Kepentingan Bersukan”.

Banyak orang melakukan kegiatan sukan sebagai satu daripada amalan hidup. Mereka melakukannya kerana menyedari kegiatan sukan
seperti senaman dan berjoging, mendatangkan banyak faedah.

Antara faedahnya ialah dapat menjadikan badan sihat termasuk menguatkan sendi dan tulang. Sewaktu bersukan badan kita
berpeluh. Oleh itu, bahan yang tidak diperlukan badan dikeluarkan bersama peluh itu.

Apabila badan sihat, otak pasti cerdas. Berikutan itu, kita dapat berfikir secara positif dan melakukan sesuatu tindakan dengan
baik. Ini merupakan satu lagi faedah yang diperoleh apabila kita bersukan.

Selain meningkatkan daya ketahanan diri, faedah lain ialah dapat menjadikan badan cantik serta tidak bermasalah. Contohnya,
orang yang menghadapi masalah kegemukan, mereka boleh mengatasinya dengan banyak bersukan.

Satu lagi faedah ialah mewujudkan persahabatan. Dengan bersukan, secara tidak langsung kita berdepan dengan orang lain.
Contohnya, perkenalan sewaktu berjoging mungkin akan mewujudkan persahabatan yang berterusan.

Dengan pelbagai faedah bersukan seperti yang dinyatakan, sewajarnya masyarakat negara ini menjadikan sukan sebagai satu
daripada kegiatan harian. Untuk mendapat manfaatnya, bersukan perlulah dilakukan secara berterusan.

Tajuk 9.2 ( Kelebihan / Faedah-faedah Bersukan )

Setiap tahun semua sekolah diwajibkan mengadakan kejohanan sukan tahunan olahraga. Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila
kita menyertai aktiviti tersebut.

Saban tahun sekolah kita akan menganjurkan kejohanan sukan tahunan olahraga. Pesta sukan biasanya diadakan pada hari Sabtu atau hari
Ahad untuk memberi peluang kepada ibu bapa hadir. Aktiviti tersebut memang ditunggu-tunggu oleh setiap murid.

Menerusi penyertaan dalam acara sukan, badan kita akan sihat. Hal yang demikian kerana apabila kita berlari badan kita akan
berpeluh. Kesannya kita akan memperoleh ketenangan dan memudahkan kita untuk mengulang kaji pelajaran.

Aktiviti sukan juga boleh menambahkan rakan atau kenalan. Sebagai contoh, pelbagai kaum turut terlibat dalam pelbagai acara
sukan yang dipertandingkan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia.

Penyertaan dalam acara sukan turut dapat menaikkan nama baik sekolah. Oleh yang demikian apabila kita terpilih mewakili
sekolah dan muncul sebagai juara, nama sekolah kita akan terkenal. Justeru, apabila dewasa, kita terus berusaha untuk mengharumkan
nama negara pula.

Penyertaan dalam acara sukan bermakna kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Jika tidak bersukan, mungkin kita
bercampur gaul dengan budak-budak nakal yang menyebabkan kita menjadi 'kacang hantu' dan 'muka tembok'. Kesannya, diri kita tidak
terlibat dengan gejala yang tidak sihat, sekali gus kita tidak berfikiran negatif bagai 'katak di bawah tempurung.'

Sesungguhnya sukan merupakan aktiviti berfaedah yang perlu disertai oleh setiap murid. Dalam usaha menjadi murid yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang, kita janganlah sekadar menjadi ulat buku. Oleh itu, kita jangan melepaskan peluang untuk menyertai
aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

16
Tajuk 9.2 ( Kepentingan Sukan dan Permainan kepada Murid )

Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan yang penuh
warna-warni dan dijalankan dalam suasana yang meriah. Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti
bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik.

Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan
melupakan pelajaran buat seketika dan mampu mengelak diri mereka daripada menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih
akrab. Contohnya dengan menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan
akan lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap
untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya mewakili sekolah ke peringkat negeri. Secara tidak langsung, aktiviti sukan juga
dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara.

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun
kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG juga haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.

Tajuk 9.3 ( Faedah-faedah Bergiat Aktif dalam Bidang Sukan )

Tuliskan cerita tentang faedah-faedah yang diperoleh apabila seseorang murid bergiat aktif dalam bidang sukan. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya. ( Fakta )

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang boleh menyihatkan fizikal dan mental kita. Aktiviti yang mudah dilakukan adalah seperti
bersenam, berjoging, berbasikal, berenang dan sebagainya. Malahan kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia sentiasa melibatkan diri
dengan aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui aktiviti sukan banyak faedah yang dapat kita peroleh.

Satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berbasikal atau bermain badminton, badan akan
mengeluarkan peluh. Aktiviti ini dapat membakar lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita akan menjadi sihat dan cergas se rta
tidak mudah berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Fizikal yang cergas amat berkait rapat dengan minda yang cerdas.

Seterusnya, melalui aktiviti sukan kita boleh mendapat banyak kenalan tidak mengira peringkat umur, bangsa mahupun
agama. Sebagai contoh, semasa kita berjoging di kawasan taman perumahan biasanya kita dapat bertegur sapa dengan individu yang berada
di kawasan berkenaan.

Selain itu, bersukan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Sesi latihan sukan atau permainan biasanya
dijalankan selepas waktu persekolahan atau ketika waktu lapang pada cuti hujung minggu. Kesibukan kita mengikuti latihan sukan
ini boleh menghindarkan diri daripada terjebak dengan tidak sihat atau gejala sosial seperti melepak dan berpelesiran.

Jika kita aktif dalam bidang sukan, biasanya kita akan terpilih mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Apabila
kita berjaya memenangi sesuatu kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Nama kita kian dikenali dan rezeki
juga semakin bertambah.

Kesimpulannya, banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila kita bergiat aktif dalam bidang sukan. Marilah kita bersama-sama
menjayakan dasar pendidikan melalui “Satu Murid Satu Sukan” agar rakyat Malaysia menjadi golongan yang cergas dan ceria sepanjang
masa.

Tajuk 10 ( Kelebihan Internet )

17
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Kepentingan Internet kepada Murid-murid Sekolah”. ( Fakta )

Internet ialah rangkaian perhubungan yang banyak digunakan pada masa kinl. Komputer diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan
Internet. Penggunaan Internet telah mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Melalui Internet, pelbagai maklumat boleh kita peroleh seperti maklumat dalam bidang sains dan sejarah. Hal ini dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kita tentang sesuatu perkara. Maklumat juga dapat dicari dengan cepat berbanding surat khabar. Hanya
klik sahaja, pencarian maklumat dapat dimulakan. Maklumat ini juga sentiasa dikemas kini oleh pihak yang menerbitkan bahan tersebut.

Selain itu, kita juga dapat berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan di seluruh dunia. Kita dapat menghubungi mereka
pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui e-mel. Ahli keluarga juga dapat menghubungi kita. Hal ini dapat menjimatkan kos dan mesej
dapat disampaikan dalam masa yang singkat berbanding melalui surat.

Melalui Internet juga kita dapat mengetahui peristiwa semasa dengan segera. Antaranya, fenomena alam seperti letupan gunung
berapi dan gempa bumi. Justeru, kita boleh membuat persediaan awal untuk menghadapi sesuatu kemungkinan. Kita juga boleh berjimat
kerana tidak perlu lagi membeli surat khabar.

Kini, Internet juga digunakan untuk memudahkan urusan harian. Antaranya, digunakan untuk membayar pelbagai jenis bil seperti
bil elektrik dan air. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran. Malahan,
permohonan dan pendaftaran ke universiti juga dapat dilakukan melalui Internet.

Kesimpulannya, penggunaan Internet banyak memberi kebaikan kepada kita. Namun begitu, penggunaan Internet oleh anak-
anak haruslah sentiasa dipantau. Pemantauan ini bertujuan bagi mengelakkan anak-anak melayari laman web yang tidak bermanfaat.

Tajuk 12 ( Kelas Tambahan )

Murid-murid sekolah digalakkan menyertai kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pusat-pusat tuisyen. Tuliskan
faedah-faedah yang diperoleh oleh murid apabila mengikuti kelas tambahan. ( Fakta )

Kelas tambahan ialah kelas bimbingan tambahan bagi mata pelajaran tertentu yang diadakan di luar waktu persekolahan. Semua murid
digalakkan mengikuti kelas tambahan. Terdapat banyak faedah mengikuti kelas tambahan.

Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Murid-murid juga dapat meningkatkan penguasaan terhadap sesuatu
mata pelajaran. Hal ini kerana bimbingan di kelas tambahan lebih menumpukan dalam sesuatu mata pelajaran sahaja. Murid akan dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran tersebut dengan lebih baik.

Selain itu, suasana pembelajaran di kelas tambahan juga amat berbeza berbanding di kelas biasa. Bilangan murid yang sedikit
membolehkan guru memberikan lebih tumpuan kepada seseorang murid. Justeru, murid akan dapat memahami sesuatu mata pelajaran
dengan lebih mendalam. Murid juga boleh bertanya sebarang masalah yang mereka hadapi kepada guru secara terus. Oleh yang demikian,
segala masalah dalam pembelajaran dapat diselesaikan dengan cepat.

Faedah ketiga mengikuti kelas tambahan adalah dapat mengisi masa lapang murid. Hal ini dapat mengelakkan murid-murid
daripada terjerumus dalam pelbagai gejala sosial. Ekoran itu, murid akan dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pelajaran. Kelas
tambahan yang diadakan pada hujung minggu dan waktu malam lebih sesuai kerana suasananya yang tenang.

Selain itu, kelas tambahan yang diadakan dapat meningkatkan pencapaian sekolah di dalam peperiksaan. Murid-murid akan
berasa bangga apabila mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. Ibu bapa juga akan berasa gembira dan bangga dengan
kejayaan anak mereka. Pihak sekolah turut mendapat pujian daripada Kementerian Pendidikan.

Kesimpulannya, kelas tambahan banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Namun begitu, ibu bapa perlu memberi
sokongan terhadap usaha pihak sekolah untuk mengadakan kelas tambahan. Melalui kerjasama semua pihak, pasti murid akan cemerlang
dalam peperiksaan yang bakal dihadapinya.

Tajuk 12.1 ( Faedah-faedah Kelas Tambahan )

Tuliskan faedah-faedah apabila murid-murid mengikuti kelas tambahan di sekolah. ( Fakta )

18
Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan di sekolah, banyak sekolah telah mengadakan kelas tambahan khas untuk murid-murid yang
akan menduduki peperiksaan. Kelas tambahan ini sebenarnya memberi banyak faedah kepada murid-murid.

Antara faedah menyertai kelas tambahan ini ialah murid-murid akan dapat mengisi dengan begitu bermakna. Ini adalah kerana
biasanya pada waktu lapang murid-murid lebih suka merayau-rayau, menonton televisyen atau bermain permainan komputer.

Selain itu, dengan menyertai kelas tambahan ini murid-murid akan terdedah kepada soalan-soalan perbincangan yang terus
berfokus ke arah peperiksaan. Dengan cara ini murid-murid akan lebih bersedia.

Selanjutnya murid-murid yang menyertai kelas tambahan ini akan dikumpulkan berdasarkan tahap kepintaran mereka. Dengan
cara ini, guru-guru akan mudah mengajar dan sudah tentu ilmu yang akan disampaikan amat bermanfaat.

Faedah selanjutnya menyertai kelas tambahan ialah murid-murid dapat menjimatkan wang .Murid-murid tidak lagi mencari kelas
tuisyen di luar kerana pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan.

Kesimpulannya kelas tambahan yang diadakan di sekolah sememangnya memberi banyak kebaikan kepada murid-murid.

Tajuk 12.2 ( Faedah-faedah Kelas Tambahan )

Kelas tambahan banyak mendatangkan kebaikan. Tuliskan faedah-faedah mengikuti kelas tambahan kepada murid-murid. ( Fakta )

Kelas tambahan ialah kelas bimbingan tambahan yang diberikan kepada murid-murid bagi mata pelajaran tertentu. Kelas tambahan ini
diadakan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kelas tambahan ini diadakan secara berbayar dan ada juga yang percuma.

Kelas tambahan ini diadakan selepas waktu sekolah atau semasa cuti sekolah. Tetapi, ada juga ibu bapa yang menghantar anak-
anak mereka ke kelas tambahan, iaitu di pusat-pusat tuisyen yang mengenakan jumlah bayaran tertentu bagi satu-satu mata pelajaran.
Kebanyakan murid yang mengikuti kelas tambahan ini ialah calon yang akan menduduki peperiksaan.

Sememangnya, kelas tambahan ini banyak faedahnya kepada murid-murid. Pertamanya ialah mereka dapat membaiki
kelemahan dalam sesuatu mata pelajaran. Antara mata pelajaran yang sering diberi tumpuan ialah mata pelajaran Sains, Matematik, dan
Bahasa Inggeris. Dengan adanya kelas tambahan ini, murid-murid dapat membaiki kelemahan masing-masing.

Faedah yang kedua ialah kelas tambahan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Di sekolah, masa yang
diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran adalah terhad. Dengan adanya kelas tambahan ini, murid-murid dapat memahami mata
pelajaran itu dengan lebih mendalam.

Faedah yang ketiga ialah guru yang mengajar di dalam kelas tambahan dapat memberi tumpuan yang lebih kepada seseorang
murid. Jumlah murid yang kurang akan memudahkan guru mengetahui kelemahan dan kelebihan seseorang murid. Oleh itu, guru dapat
memberi tunjuk ajar kepada murid tersebut. Di samping itu, murid-murid dapat juga bertanya tentang sesuatu perkara yang kurang
difahami.

Kesimpulannya, kelas tambahan banyak memberi faedah kepada murid-murid.

19
Tajuk 12.3 ( Kepentingan Kelas Tambahan )
Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan. Tulis faedah-faedah mengikuti kelas tambahan. ( Fakta )

Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan kerana banyak faedah yang mereka peroleh apabila mengikuti kelas sebegini.
Kelas tambahan sudah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan murid-murid kini.

Faedah yang ketara apabila seseorang murid itu mengikuti kelas tambahan ialah pemahaman mereka terhadap pelajaran akan
menjadi semakin kukuh. Kelas ini begitu penting buat murid yang lemah dalam sesuatu pelajaran.

Salah satu kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan
keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada
murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.

Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam
menghadapi peperiksaan pula. Mereka yang sudah banyak kali membuat soalan yang hampir serupa berasa yakin untuk menjawab dengan
tenang dan tepat setiap soalan yang diberikan itu.

Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang
diadakan selepas waktu sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
menghabiskan masa menonton televisyen.

Kesimpulannya, murid-murid sekolah perlu digalakkan mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka cerah.
Namun, jumlah kelas yang dihadiri oleh murid ini juga harus dikawal supaya mereka tidak menghabiskan sepanjang masa dengan menghadiri
kelas tambahan sahaja. Kualiti lebih penting daripada kuantiti menghadiri kelas.

Tajuk 13 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )


Kamu telah menyertai aktiviti senaman yang diadakan di kawasan kediaman kamu. Kamu dikehendaki menyampaikan maklumat tentang kepen tingan
bersenam kepada rakan-rakan sekelas kamu. Tulis karangan selengkapnya.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri. Antara cara tersebut termasuklah bersenam. Bersenam perlu dijadikan amalan oleh setiap
anggota masyarakat kerana aktiviti senaman memberikan faedah kepada kita.

Bersenam dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. Kita akan mengeluarkan peluh selepas bersenam. Selain itu, organ
dalaman tubuh kita juga dapat berfungsi dengan baik hasil daripada amalan bersenam. Lantaran itu, kita akan sentiasa aktif dan bersemangat untuk melakukan
pelbagai aktiviti harian. Jelaslah bahawa tubuh badan kita akan sentiasa sihat dan cergas jika kita rajin bersenam.

Seterusnya, bersenam juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan mental kita. Fizikal dan mental yang kuat akan membina daya ketahanan diri
yang utuh dalam diri kita. Kita tidak akan mudah tertewas apabila berhadapan dengan cabaran, dugaan, dan kegagalan. Kesannya, kita bukan sahaja dapat
menumpukan perhatian semasa belajar, malahan tidak mudah berputus asa apabila gagal dalam peperiksaan. Sebaliknya, kegagalan yang dihadapi akan
dijadikan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita akan berhadapan dengan pelbagai tekanan. Oleh sebab itu, kita perlu rajin bersenam kerana bersenam
dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi. Hal ini demikian kerana semasa bersenam, fikiran kita akan tertumpu dengan sepenuhnya terhadap aktiviti
tersebut. Keadaan ini menjadikan diri kita tenang dan sentiasa bersikap positif. Kita juga dapat berfikir secara matang ketika menghadapi masalah.

Seterusnya, seseorang yang rajin bersenam dapat mengisi masa lapangnya dengan aktiviti yang berfaedah. Masa lapang tidak akan berlalu begitu
sahaja atau terbuang dengan sia-sia sahaja. Sebagai serampang dua mata, bersenam boleh dijadikan sebagai jambatan atau batu loncatan untuk menambahkan
kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, sesuatu acara senaman disertai oleh pelbagai kaum. Oleh itu, interaksi dan komunikasi antara mereka
dapat memupuk perpaduan kaum.

Kesimpulannya, pelbagai faedah akan kita peroleh jika kita menjadikan aktiviti bersenam sebagai aktiviti utama kita. Setiap faedah tersebut
membawa makna yang tersendiri, dan seterusnya menjadi pemangkin kepada diri kita untuk mencapai keseimbangan dan kecemerlangan dalam segenap aspek
kehidupan. Kita bukan sahaja akan sentiasa bermotivasi tinggi, malahan akan sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan.

20
Tajuk 13.1 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )
Bersenam sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bersenam”. ( Fakta )

Bersenam merupakan suatu kegiatan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kita digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
dalam seminggu. Banyak faedah yang diperoleh jika kita rajin bersenam.

Salah satu faedah bersenam ialah badan kita menjadi sihat dan cergas.
Bersenam dapat mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung, kita dapat mengelakkan obesiti. Jantung kita juga sihat dan kuat jika kita rajin
bersenam.
Jika badan sihat, otak pun cerdas.

Selain itu, bersenam dapat mengelakkan kita daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Masa yang terluang diisi dengan
melakukan aktiviti senaman. Jika kita mendisiplinkan diri untuk bersenam, masa kita tidak akan terbuang begitu sahaja.

Bersenam juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan ataupun sesama rakan. Aktiviti senaman seperti berjoging, aerobik
dan sebagainya lebih seronok jika dilakukan bersama-sama. Kemesraan juga dapat dipupuk semasa bersenam.

Oleh itu, kita tidak harus memandang ringan terhadap senaman. Kita harus menjadikan senaman sebagai aktiviti harian kita.

Tajuk 13.2 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )


Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bersenam”. ( Fakta )

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh
bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan
perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk,
selesema dan lain-lain lagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana
badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar
membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

21
Tajuk 13.3 ( Kepentingan / Faedah-faedah Bersenam )
Bersenam sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Faedah Bersenam”. ( Fakta )

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh
bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot menjadi kuat dan melancarkan
perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk,
selesema dan lain-lain lagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus. Penampilan diri akan lebih menarik kerana
badan yang langsing akan memudahkan pergerakan kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar
membuktikan senaman dapat mencerdaskan pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Tajuk 14 ( Faedah-faedah Menabung )


Tulis karangan tentang faedah-faedah menabung. ( Fakta )

Menabung bermaksud menyimpan wang di bank ataupun membuat simpanan sendiri. Menabung banyak memberikan kesan positif kepada
seseorang, keluarga, masyarakat, dan negara.

Menabung ialah amalan yang tidak asing lagi dengan konsep kewangan demi masa hadapan yang teijamin. Oleh itu, anak-anak
perlu dididik sejak kecil lagi. Kata orang, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Menabung amat penting untuk menjamin kesejahteraan
hidup pada hari mendatang kerana kita perlu "sediakan payung sebelum hujan".

Amalan menabung dapat mendatangkan pelbagai manfaat khususnya kepada murid yang bercita-cita tinggi untuk melanjutkan
pelajaran sehingga melangkahkan kaki ke universiti. Ibu bapa tidak akan terbeban untuk menyara kos pembelajaran.

Selain itu, amalan yang dituntut oleh agama ini dapat digunakan apabila berlaku sesuatu kecemasan. Dengan adanya wang
simpanan, seseorang yang dilanda kecemasan tidak akan mudah panik. Banyak kelebihannya jika seseorang itu menyimpan wang.

Seterusnya sikap suka berhutang dengan rakan juga dapat dielakkan kerana amalan itu akan menyusahkan kita kemudian hari.
Melalui simpanan, wang kita akan bertambah melalui keuntungan simpanan yang ditawarkan oleh pihak bank. Secara tidak langsung, kita
dapat mempelajari dunia perbankan.

Justeru, marilah kita menabung supaya hidup kita lebih ceria dan bahagia. Meskipun wang yang kita peroleh sedikit tetapi jika
dikumpul, wang itu akan menjadi semakin banyak. "Sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit".

22
Tajuk 14.2 ( Kepentingan Amalan Berjimat Cermat )

Amalan menabung mendatangkan manfaat dan faedah yang besar kepada setiap orang. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan
amalan menabung. ( Fakta )

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia. Banyak faedah dan kepentingan yang akan diperoleh melalui amalan ini. Amalan
menabung akan dapat menyemai budaya berjimat cermat.

Kita akan dapat mengelakkan pembaziran dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan bulanan sekiranya amalan ini
dipraktikkan secara konsisten.

Selain itu, amalan menabung akan dapat meringankan bebanan ibu bapa. Kita dapat menyimpan wang saku di dalam tabung.
Sekiranya kita membawa bekal makanan ke sekolah, sudah pasti matlamat kita untuk menabung akan tercapai dengan lebih mudah.

Melalui amalan menabung, kita akan dapat menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Wang yang disimpan dapat digunakan
pada masa hadapan. Wang tersebut turut dapat digunakan ketika kita berhadapan dengan waktu kecemasan.

Di samping itu, kita akan mendapat keuntungan daripada simpanan yang kita lakukan. Sebagai contoh, wang yang kita simpan di
bank akan diberikan dividen dan bonus dan sudah pasti amalan ini memberikan keuntungan yang lebih banyak. Apatah lagi, wang yang kita
simpan itu terjamin dari segi keselamatannya.

Kesimpulannya, semua orang perlu mengamalkan tabiat menabung. Kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
dan sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Tajuk 14.1 ( Faedah-faedah Menabung )


Amalan menabung ialah langkah bijak dalam merancang merancang masa depan seseorang. Tulis karangan tentang faedah-faedah
menabung. ( Fakta )

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung
memberi banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala
perbelanjaan harian. Kita digalakkan membawa bekalan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan di dalam
tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan
kita untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti. Selain itu, wang simpanan juga dapat membantu kita membeli barang
keperluan dlri ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang tersebut boleh digunakan untuk
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru, kita tidak
perlu meminta-minta daripada orang lain.

23
Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan atau faedah daripada simpanan wang tersebut. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa
hadapan. Justeru, kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya, menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sementara belum kena, jimat
sementara belum habis'. Oleh sebab itu, mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.

Tajuk 14.2 ( Menabung Amalan Mulia )


Kamu akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Menabung Amalan Mulia”. Sediakan teks syarahan kamu.
( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi yang berbahagia
ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk "Menabung Amalan Mulia".

Hadirin yang saya hormati,

Menabung bermaksud menyimpan atau mengumpul wang sedikit demi sedikit. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung,
bank atau di mana sahaja asalkan selamat. Setiap hari ibu bapa akan memberi wang saku kepada kita. Kita hendaklah merancang
perbelanjaan dengan teratur dan cermat.

Janganlah kita menghabiskan semua wang saku yang diberi oleh ibu bapa. Baki wang saku hendaklah dimasukkan ke dalam
tabung untuk kegunaan masa hadapan kita. Setelah wang banyak terkumpul, masukkan ke dalam bank agar lebih selamat.

Sidang hadirin yang dihormati,

Dengan menabung, kita dapat mengumpul wang simpanan kita. Wang yang terkumpul makin lama makin banyak. Kata orang,
sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Kita tentu sudah maklum bahawa kos pengajian pada hari ini sangat mahal. Sekiranya kita
menabung dari awal, sudah tentu dapat meringankan bebanan ibu bapa. Anak yang baik adalah anak yang tidak menyusahkan ibu bapanya.

Selain itu, kita dapat menggunakan wang simpanan pada saat-saat kecemasan tanpa bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Dengan ini kita tidak akan menyusahkan orang lain dan ibu bapa tentu bangga dengan sikap bertimbang rasa kita terhadap mereka.

Akhir kata, marilah kita menabung untuk masa hadapan yang lebih cemerlang dan gemilang.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 14.3 ( Faedah dan Kebaikan Menabung )


Kamu akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Faedah dan Kebaikan Menabung”. Sediakan teks syarahan
kamu. ( Syarahan )

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Guru Besar, guruguru serta rakan-rakan sekalian. Terima
kasih kepada Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, Cikgu Zaiton binti Alifiah yang telah memilih saya untuk menyampaikan syarahan
semasa perhimpunan pagi pada hari ini. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah “Faedah Menabung”.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang kita untuk masa hadapan. Sikap suka dan gemar menabung amat perlu
dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat
cermat.

Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Contohnya, kita bolehlah membawa bekalan minuman
dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit saku yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam tabung.

24
Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang simpanan ini juga boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kita
untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Kita juga boleh membeli barangt-barang keperluan diri kita dengan wang simpanan tersebut.

Hadirin yang dihormati sekalian.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang itu juga boleh digunakan untuk
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.

Sebagai mengakhiri syarahan saya, sesungguhnya menabung merupakan amalan mulia serta banyak manfaatnya, bak kata
pepatah, “beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis”. Oleh itu, mulalah menabung dari sekarang kerana “sedikit-sedikit, lama-
lama jadi bukit”. Izinkan saya melabuh tirai bagi mengundur diri.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 14.4 ( Kepentingan Menabung Amalan Mulia )


Pihak sekolah kamu bercadang untuk mengadakan satu program kesedaran tentang kepentingan amalan menabung. Kamu diminta oleh
guru kamu untuk menulis sepucuk surat undangan kepada seorang pegawai bank untuk menyampaikan ceramah tersebut. Tulis surat itu
selengkapnya.

Kelab Usahawan Muda,


Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan Pengurus,
Bank Kerjasama Rakyat Berhad,
54300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan. 2 FEBRUARI 2019.

Tuan,

Undangan Menyampaikan Ceramah Bersempena Kempen Menabung

Merujuk perkara di atas, saya mewakili pihak sekolah bercadang untuk mengundang pihak tuan bagi menyampaikan ceramah bersempena dengan Kempen
Menabung yang dianjurkan oleh pihak sekolah kami.

2. Untuk makluman pihak tuan, ceramah ini dicadangkan untuk diadakan pada 15 Februari 2019, iaitu pada hari Selasa. Ceramah akan bermula pada
pukul 9.00 pagi dan akan berlangsung selama dua jam. Ceramah ini akan diadakan di Dewan Mutiara dan akan disertai oleh semua murid dan guru.

3. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan murid dan menyemai amalan berjimat cermat. Selain itu,
program ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengurusan wang yang cekap.

4. Program ini merupakan program tahunan pihak sekolah untuk membudayakan amalan menabung dan berjimat cermat. Program ini dilaksanakan
kerana pihak sekolah percaya bahawa program ini mendatangkan manfaat yang besar kepada murid.

5. Pihak kami berharap agar pihak tuan dapat membantu pihak sekolah dalam hal ini. Pihak kami memohon kerjasama dan pertimbangan daripada
pihak tuan. Kami, menunggu jawapan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Rohana
(ROHANA BINTI ARIFFIN)
Setiausaha Kelab Usahawan Muda.
Tajuk 15 ( Faedah-faedah Membaca Surat khabar )
Tulis karangan tentang faedah-faedah membaca surat khabar. ( Fakta )

Di Malaysia terdapat banyak surat khabar yang diterbitkan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo dan New Straits Times. Surat
khabar ini diterbitkan pada setiap hari dalam pelbagai bahasa. Terdapat banyak kebaikan membaca surat khabar.

Membaca surat khabar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ruangan berita semasa di dalam surat khabar dapat memberi
pelbagai ilmu pengetahuan. Pembaca juga boleh mengemukakan pendapat mereka di dalam surat khabar. Gambar sesuatu peristiwa boleh
digunting dan disimpan untuk rujukan masa hadapan ataupun dijadikan buku skrap.

Sekiranya kita rajin membaca surat khabar, kita akan dapat mengetahui banyak peristiwa yang berlaku. Sedikit sebanyak
peristiwa yang kita baca dapat mematangkan pemikiran kita. Selain itu, kita dapat menjadikan peristiwa itu sebagai teladan dan pengajaran.
Kita juga dapat membandingkan sesuatu kejadian di tempat lain dengan di tempat sendiri.

Dengan membaca surat khabar murid dapat menambahkan perbendaharaan kata mereka. Selain itu, murid juga dapat mengisi
masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial seperti

25
melepak. Sekiranya mereka rajin membaca 'Majalah Didik' dan 'Minda Pelajar' yang dikhaskan untuk murid akan dapat meningkatkan
pencapaian mereka di dalam peperiksaan.

Rajin membaca surat khabar juga akan dapat melahirkan insan yang bermaklumat. Di dalam surat khabar terdapat pelbagai iklan.
Melalui iklan ini, pembaca mempunyai pilihan tentang sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang diingini. Di dalam surat khabar juga
terdapat intisari rancangan televisyen.

Sesungguhnya, membaca surat khabar banyak kebaikannya. Ibu bapa perlu merangsang minat anak-anak membaca surat khabar.
Sewajarnya, pihak syarikat surat khabar menurunkan harga surat khabar supaya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Tajuk 16 ( Faedah-faedah Berkebun )


Masa lapang seseorang boleh diisi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Salah satu daripadanya ialah berkebun. Tulis karangan tentang
faedah-faedah berkebun. ( Fakta )

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripada aktivitinya ialah berkebun. Berkebun boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori. Antaranya yang paling popular ialah menanam sayur-sayuran atau menanam bunga.

Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh menyihatkan badan. Semasa menjalankan
aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh dan ini baik untuk kesihatan. Di samping itu, berkebun juga dapat menghindarkan kita daripada
melakukan perkara yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak, berpelesiran, dan aktiviti yang kurang sihat. Masa
senggang kita dapat diurus dengan aktiviti yang mampu memberi manfaat.

Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Perkara ini boleh diperoleh melalui kerja-kerja membuat
batas, menabur baja, dan menanam anak benih. Kita dapat mengetahui kaedah pertanian moden masa kini.

Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh
menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian atau disimpan sebahagiannya.

Sebagai kesimpulannya, berkebun mendatangkan banyak kebaikan kepada kita. Berkebun juga dapat menjana kesihatan jasmani
dan rohani seseorang. Oleh itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu daripada cara mengisi masa lapang.

Tajuk 17 ( Faedah-faedah Lawatan sambil Belajar )


Sekolah kamu sering mengadakan program lawatan sambil belajar. Nyatakan kebaikan yang dapat diperoleh apabila seseorang murid
menyertai program tersebut. ( Fakta )

Melancong merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa aktiviti lawatan, kita berpeluang memperoleh
ilmu pengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, 'banyak berjalan luas pengalaman.'

Negeri Melaka misalnya, merupakan suatu destinasi yang amat menarik. Kita akan dapat melihat kesan-kesan peninggalan
sejarah oleh penjajah di kota tersebut. Pengalaman yang kita lalui boleh membuka minda kita tentang sejarah tempat tersebut.

Semasa berada di sekitar Bandar Hilir Melaka, kita berpeluang untuk melawat Kota A Famosa. Kota ini dibina oleh tentera Portugis
dan merupakan kubu pertahanan mereka pada ketika itu.

26
Lawatan ke Negeri Melaka tidak lengkap sekiranya tidak melawat Perigi Hang Tuah. Perigi ini mempunyai legendanya tersendiri.
Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Keseronokan kunjungan ke sesebuah destinasi lebih terserlah apabila berpeluang menikmati keenakan masakan di tempat
tersebut. Di Melaka, keenakan ikan bakar di Umbai amatlah terkenal. Para pelancong menjamu selera sambil menikmati keindahan suasana
malam di tepi pantai Melaka.

Kesimpulannya, banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat diperoleh semasa mengikuti program lawatan sambil belajar.
Lawatan ke Melaka contohnya, dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memulihara kesan-kesan peninggalan sejarah. Semua
peninggalan sejarah ini menjadi daya tarikan kepada pelancong.

Tajuk 17.1 ( Kebaikan Program Lawatan sambil Belajar )


Lawatan adalah salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan. Berikan sebab-sebab mengapa program lawatan sambil belajar paling
berkesan kepada murid-murid. ( Fakta )

Murid-murid digalakkan menyertai lawatan sambil belajar. Kebiasaannya, pihak sekolah akan menganjurkan lawatan ini semasa cuti sekolah.
Lawatan sambil belajar banyak memberi kebalkan kepada murid-murid.

Antara kebaikan program lawatan sambil belajar adalah murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Murid-murid dapat
melihat sendiri keadaan sebenar tempat yang dilawati. Ini adalah salah satu kaedah pembelajaran yang amat menyeronokkan. Selain itu,
murid juga dapat keluar dari bilik darjah yang sempit ke tempat yang lebih luas.

Dengan menyertai lawatan ini, pengalaman murid-murid akan bertambah. Contohnya, lawatan ke Cameron Highland dapat
mendedahkan mereka pada pemandangan yang indah. Mereka juga dapat melihat tanaman yang jarang mereka temui seperti strawberi,
asparagus dan brokoli. Justeru, dapat meluaskan pengalaman mereka.

Lawatan sambil belajar juga dapat mengisi masa lapang murid. Selain itu, murid dapat belajar cara berinteraksi yang lebih baik
antara rakan dan guru. Tugasan yang diberikan semasa lawatan pula akan dapat melatih murid bekerjasama. Murid Juga dapat menunjukkan
kebolehan memimpin rakan-rakan jika dipilih menjadi ketua.

Sekiranya mengadakan lawatan sambil belajar ke sekolah berasrama penuh pula dapat memberi suntikan semangat kepada
mereka. Ini kerana, sekolah berasrama penuh mempunyai banyak kemudahan pembelajaran. Lawatan ini sangat sesuai bagi murid-murid
yang akan menduduki UPSR. Ekoran Itu, guru perlu menggalakkan murid mengambil gambar untuk dijadikan perangsang kepada mereka.

Sesungguhnya, program lawatan sambil belajar Ini balk untuk murid. Murid dapat keluar dari kawasan tempat tinggal mereka
yang berbeza dengan tempat yang dilawati. Hal ini akan menjadikan murid lebih bermaklumat dan berwawasan.

Tajuk 17.2 ( Faedah Program Lawatan sambil Belajar )


Kamu telah menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah kamu. Tajuk syarahan yang kamu sampaikan ialah “ Faedah
Lawatan sambil Belajar “. Tuliskan syarahan tersebut selengkapnya. ( Syarahan )

Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, barisan Guru
Penolong Kanan, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada
hari ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Faedah Lawatan sambil Belajar".
Hadirin sekalian,
Sebagaimana yang kita ketahui, melalui lawatan sambil belajar, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Aktiviti lawatan
juga merupakan salah satu cara belajar yang menyeronokkan kerana kita dapat memperoleh banyak pengetahuan. Oleh hal yang demikian,
pengetahuan seseorang akan bertambah dan tidaklah menjadi seperti "katak di bawah tempurung".

27
Melalui aktiviti lawatan sambil belajar, seseorang itu akan dapat menambahkan pengalaman hidup. Dengan adanya pengalaman
yang banyak akan menjadikan fikiran seseorang bertambah matang. Dengan demikian, kita dapat meluaskan pemikiran tentang sesuatu
perkara. Hal ini bertepatan dengan pepatah iaitu "jauh berjalan luas pemandangan". Pengalaman yang diperoleh dapat dijadikan sesuatu
yang lebih bermakna dalam kehidupan.
Hadirin yang dihormati,
Selain itu, kita juga dapat memanfaatkan masa terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah. Contohnya apabila aktiviti lawatan
ini diadakan pada musim cuti persekolahan, masa dapat diisi dengan sebaik-baiknya kerana masa itu amat berharga. Kebanyakan sekolah
mengadakan aktiviti ini untuk memastikan masa murid-murid tidak terbuang.
Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat meningkatkan semangat patriotik dalam diri seseorang. Keadaan ini berlaku
apabila seseorang itu melawati tempat-tempat bersejarah di dalam negara. Dengan demikian, aktiviti ini dapat menyemai perasaan cinta
akan negara yang tercinta ini. Kerajaan juga turut memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia bagi menggalakkan rakyatnya melancong.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri syarahan pada hari ini, ingin saya tegaskan bahawa banyak faedah diperoleh dengan
mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar.
Sekian, terima kasih.
Tajuk 18 ( Faedah-faedah Membaca )
Membaca suatu amalan yang baik. Banyak faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Tulis suatu karangan bertajuk “Kebaikan
Membaca”. ( Fakta )

Membaca banyak faedahnya. Oleh sebab itu kita digalakkan mengamalkan tabiat suka membaca. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang
dapat diperoleh dengan mudah seperti buku, majalah, dan surat khabar.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara
baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara.
Contohnya, isu kegawatan ekonomi, bencana alam, peperangan, krisis air, dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru,
kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Seterusnya, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri
daripada terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat seperti melepak. Kegiatan seperti ini hanya membuang masa dan merugikan diri sendiri.

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan
sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih kritis dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan
seharian. Kita perlu mencontoh sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Tajuk 18.1 ( Kepentingan Budaya Membaca )


Tuliskan karangan tentang pentingnya budaya membaca dalam kehiupan seseorang.

Budaya membaca ialah sikap suka menelaah bahan bacaan dalam aktiviti harian seseorang. Bahan bacaan itu meliputi novel, majalah, dan
akhbar. Sebenarnya, budaya membaca ini sangat penting dalam kehidupan setiap orang. Pembacaan ini boleh dilakukan di perpustakaan
mahupun di rumah.

Melalui pembacaan, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka dapat mengetahui isu-isu semasa sama
ada yang berlaku di dalam negara atau di luar negara. Oleh hal yang demikian, mereka tidak akan menjadi "seperti katak di bawah
tempurung". Malah, mereka berpeluang untuk mempelajari sejarah dan budaya masyarakat dunia yang unik dan berbeza.

Selain itu, budaya membaca dapat menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Dengan membaca, kita akan
menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Misalnya, jika kita membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang sains, kita akan
mengenali lebih banyak istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan.

Budaya membaca juga dapat membantu murid-murid lulus dalam peperiksaan dengan keputusan yang cemerlang. Hal ini
demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Contohnya,
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Sejarah memerlukan pembacaan yang luas. Dengan mengamalkan budaya membaca,
murid-murid akan mendapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei.

28
Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah apabila membaca. Bahan bacaan tidak sepatutnya terhad
kepada buku teks sahaja. Surat khabar dan majalah juga sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan. Masa yang terluang harus diisi oleh remaja
dengan aktiviti membaca. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengelakkan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil dengan memberikan
galakan atau membelikan bahan bacaan yang berkualiti. Kata-kata "membaca itu jambatan ilmu" membuktikan bahawa budaya membaca
ini penting dilaksanakan oleh semua orang tanpa mengira batasan usia.

Tajuk 18.2 ( Faedah Membaca )


Tulis karangan yang bertajuk, “Faedah Membaca” ( Fakta )

Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak
faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut.

Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah.
Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini.

Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang.
Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam
lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan
bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah.

Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin
banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan
bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Kesimpulannya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka
menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Tajuk 18.3 ( Membaca Jambatan Ilmu )


Tulis karangan yang bertajuk, “ Membaca Jambatan Ilmu” ( Fakta )

Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita
mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia di samping mampu
membangunkan dan memajukan sesuatu masyarakat.

Insan yang mempraktikkan budaya suka membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat membaca berkait rapat dengan
budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang
berorientasikan sains dan teknologi.

Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya
terbatas di sekolah, kolej atau universiti semata -mata tetapi juga patut dikembangluaskan dalam kehidupan masyarakat termasuklah
masyarakat di luar bandar.

Hal ini penting agar masyarakat luar bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menimba dan
menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan pembangunan global.

Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan ataupun kejayaan dalam sesuatu bidang tidak berdaya
tahan sekiranya rakyat ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan mutakhir. Sebaliknya, masyarakat yang
ketinggalan atau yang terabai budaya ilmu akan bergantung harap kepada orang lain atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia.

29
Kesimpulannya, kita dapat tegaskan bahawa kehidupan yang lebih baik dan sempurna akan dapat dibentuk sekiranya
masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari. Amalan murni ini secara langsung akan
melahirkan modal insan dan masyarakat Malaysia yang berilmu, berwawasan dan bertamadun tinggi.

Tajuk 18.4 ( Kepentingan Ilmu Pengetahuan )

Tulis karangan yang bertajuk, “ Kepentingan Ilmu Pengetahuan ”. ( Fakta )

Proses pembelajaran boleh didefinisikan apabila guru mengajar dan murid belajar. Murid -murid perlulah ada kesungguhan dan
ketekunan menelaah pelajaran. Menelaah atau mengulang kaji pelajaran pula merangkumi mencatat nota dan membuat rujukan.

Mengulang kaji pelajaran memerlukan seseorang murid menjalankan latih tubi yang kerap dan berterusan. Latih tubi dapat
membangkitkan kesegaran sesuatu topik yang kita pelajari. Apabila berlaku pembugaran ilmu, amat mudah untuk kita memahami pelajaran
itu.

Faktor masa juga antara penyebab berlakunya pencairan dan keciciran ilmu. Bagi mengatasi masalah pencairan dan keciciran
ilmu, menelaah perlu dilakukan lebih kerap. Semakin hampir hari dan masa peperiksaan, semakin rancak proses menelaah diamalkan.

Menelaah pelajaran dapat dijadikan kayu ukur penentu tahap kefahaman kita terhadap sesuatu topik pelajaran. Jika kita
kurang memahami sesuatu tajuk itu, kita mesti bertanya kepada guru. Impaknya, kita akan memperkukuh pengetahuan terhadap topik
tersebut.

Namun demikian, faktor emosi perlu diambil kira semasa menelaah pelajaran. Ketenangan jiwa dan persekitaran yang
sesuai akan mempengaruhi minda kita. Minda yang tenang akan memudahkan ilmu bertapak di ruang pemikiran kita. Ketenangan jiwa
dan kedamaian persekitaran dapat seseorang murid boleh temui di pusat sumber sekolah. Justeru, pusat sumber sekolah adalah tempat
yang sesuai untuk mengulang kaji pelajaran dan untuk sesi perbincangan dalam kumpulan.

Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa menelaah merupakan satu kunci kejayaan dalam pelajaran. Oleh itu, moleklah kita
menyediakan jadual belajar sendiri di rumah bagi menelaah pelajaran mengikut keutamaan. Di samping itu, disiplin diri juga amat penting
untuk merealisasikan agar impian murni ini membuahkan hasil yang diidam-idamkan.

Tajuk 19 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru merupakan insan penting dalam kehidupan setiap murid. Sebagai murid, kita seharusnya membalas jasa dan pengorbanan guru.
Langkah-langkah berikut merupakan cara untuk kita membalas jasa guru.

Antara cara untuk kita membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi
arang. Hal ini demikian kerana setiap guru sentiasa ingin melihat kejayaan murid-muridnya. Oleh itu, apabila guru mengajar, kita perlu
memberikan perhatian sepenuhnya dan tidak menimbulkan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru umpama ibu bapa kedua bagi kita. Justeru, kita mestilah
mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar akan arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada
guru tidak akan berkat.

Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Kita hendaklah ringan tulang untuk
membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita seperti menghantar buku dari kelas ke bilik guru atau sebaliknya. Melalui cara ini,
kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Kita perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan
dan kesihatan yang baik untuk mereka juga.

30
Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh
kepada kita pada malam yang gelap gelita. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap
masa.

Tajuk 19.1 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Kira-kira lima jam tiga puluh minit, kita menghabiskan masa di sekolah. Dalam tempoh itu, kita dijaga, diberi pendidikan, dibentuk menjadi
manusia berguna oleh guru. Guru laksana ibu dan ayah kita di sekolah, sudah sewajarnya jasa guru patut kita balas.

Salah satu cara untuk membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, latihan yang diberi oleh
guru hendaklah disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Guru kita akan berasa berbesar hati apabila anak muridnya berjaya
kerana apa yang diajarnya dimanfaatkan oleh anak didiknya.

Pada Hari Guru pula, berilah hadiah kepada guru yang mengajar kita. Sebagai contoh memberi pen, bunga, kad ataupun ucapan
penghargaan. Perbuatan yang kita lakukan membuatkan guru terasa dirinya dihargai dan terharu, kerana apa yang dilakukan selama ini
rupa-rupanya menjadi ingatan kepada anak muridnya.

Cara membalas jasa guru juga boleh ditunjukkan dengan menjadi manusia yang berkeperibadian mulia. Apabila bertemu guru,
lemparkanlah senyuman dan ucapkan salam. Jika sikap berhemah ini kita amalkan, sudah tentu guru berasa gembira.

Kita perlu mengenang jasa mereka sepanjang hayat. Kejayaan seorang pemimpin mentadbir negara dan kejayaan seorang doktor
melakukan pembedahan adalah hasil kegigihan seorang guru menyuntik ilmunya. Kejayaan anak didiknya itulah yang memberi semangat
kepada seorang guru untuk terus mengasuh dan mendidik.

Sesungguhnya pengorbanan guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi orang lain dengan membakar dirinya sendiri. Oleh itu,
sewajarnyalah kita menghargai jasa dan pengorbanan para guru. Tanamkanlah dalam hati untuk menjadi insan yang berjaya dalam bidang
akademik, kokurikulum, dan berkeperibadian yang mulia.

Tajuk 19.2 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita. Melalui guru kita bukan sahaja dapat membaca, menulis, dan mengira malah kita dididik
oleh mereka untuk menjadi insan yang mulia. Oleh itu, sewajarnyalah kita membalas jasa-jasa guru yang telah mendidik kita.

Antara cara terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah
misalnya, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap sambil lewa semasa proses pengajaran sedang
dijalankan. Sikap belajar bersungguh-sungguh ini sudah tentulah dapat menyenangkan hati guru-guru kita.

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti mereka menghormati ibu bapa kita. Misalnya, apabila kita berbicara dengan
mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Natijahnya, guru kita tentulah amat menyayangi kita seperti mereka
menyayangi anak-anak mereka sendiri.

31
Seterusnya, jika guru memerlukan bantuan kita, bersegeralah menghulurkan bantuan. Janganlah bersikap berat tulang untuk
menawarkan bantuan, misalnya menolong guru mengangkat buku dan membersihkan kelas. Sikap ringan tulang ini sudah tentunya disukai
oleh guru kita.

Akhir sekali, kita seharusnya menyiapkan segala tugasan yang guru berikan. Kerja rumah umpamanya, hendaklah kita selesaikan
dan siapkan sebaik mungkin. Dengan berbuat demikian, guru kita akan sentiasa berbangga dengan anak-anak muridnya yang kelaknya nanti
akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Oleh hal yang demikian, jasa-jasa guru perlu kita balas dan kita sanjungi. Janganlah sesekali hendaknya kita melupakan jasa-jasa
mereka yang telah mendidik kita.

Tajuk 19.3 ( Perlunya Menghormati Guru )

Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “Perlunya Para Pelajar
menghormati Guru”. Tuliskan karangan itu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk "Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru".

Hadirin yang saya hormati,

Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.

Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut


nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang saya kasihi,

Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.

Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Kesimpulannya, tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja
syarahan saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 20 ( Cara-cara Menceriakan Kelas )

32
Tulis karangan tentang cara-cara menceriakan kelas kamu. ( Fakta )

Kelas yang kondusif membolehkan murid-murid belajar dalam suasana selesa. Kelas yang sentiasa bersih, kemas dan ceria dapat menjana
pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam iklim yang sangat baik. Pelbagai inisiatif perlu digembleng untuk merealisasikan kelas
Impian ini.

Bagi menyelaraskan pertandingan keceriaan kelas, panel hakim khas biasanya akan ditubuhkan. Guru kelas akan berperanan
untuk membuat pembahagian kumpulan tenaga kerja harian dan pengagihan tugasan. Perencanaan ini perlu bagi memastikan setiap murid
akan berperanan dalam melaksanakan dan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Antara pengisian pintar dalam slot jadual tugasan harian termasuklah tanggungjawab untuk menyapu lantai, mengelap dan
membersihkan cermin tingkap. Murid-murid mestilah mengenyahkan habuk dan sawang pada cermin tingkap, kipas dan lampu. Maklumat
pada papan tulis juga sentiasa dibersihkan selepas sesuatu pengajaran dijalankan.

Bagi menonjolkan kelainan dan keunikan panorama hiasan dalaman kelas. Kedudukan susun atur perabot seperti almari dan
kerusi meja juga mestilah dalam penampilan malar ceria. Dengannya, suasana kemenjadian murid untuk menimba ilmu akan terlaksana.

Budaya tampalan carta dengan input ilmu mutakhir pada dinding juga akan menambahkan seri dan keindahan kelas. Gambar
rajah atau poster yang melayut-layut dan sarat dengan informasi bestari dapat menambahkan keceriaan kelas. Penyediaan sudut bacaan
yang dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan sumber teks yang kreatif pastinya memeriahkan personaliti bilik darjah.

Malah, kelas juga akan menjadi lebih versatil sekiranya setiap jendela dihiasi oleh langsir yang menepati trend fesyen terkini.
Justeru, seandainya semua usaha dan iltizam ini dapat disempurnakan semaksimum mungkin, maka sudah pasti suasana di bilik darjah akan
sentiasa menjadi lebih bersih, ceria, kemas, selesa dan harmoni.

Tajuk 20.1 ( Cara-cara Hendak Menceriakan Kelas )

Tulis syarahan tentang cara-cara hendak menceriakan kelas. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-
guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Cara-cara Hendak Menceriakan Kelas".

Hadirin yang saya hormati,

Kelas perlu diceriakan. Keceriaan kelas dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa, menarik, dan berkesan.

Kelas hendaklah sentiasa bersih dan dihiasi supaya nampak cantik dan kemas. Kerja ini dapat dilakukan secara gotong-royong.
Susun jadual bertugas secara sistematik agar sebelum kelas bermula, bilik darjah sudah dibersihkan.

Suasana pembelajaran menjadi seronok kalau langsir dipasang menutupi jendela. Hiasan langsir dapat melindungi suasana
pembelajaran daripada terganggu. Cahaya matahari terlindung oleh langsir ketika suria memancar keras dan panas.

Kelas menjadi lebih ceria apabila murid sanggup berbelanja sedikit untuk
membeli pasu bunga. Seelok-eloknya pasu bunga ini diletakkan di penjuru kelas.

Pastikan juga meja disusun teratur dan kemas. Meja yang tersusun lurus
memang kelihatan kemas dan sedap pula mata memandang.

Akhir kata, kita hendaklah selalu menceriakan kelas. Keceriaan kelas mendatangkan keseronokan untuk belajar.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 20.2 ( Faedah Menjaga Kebersihan Bilik Darjah )

33
Membersihkan bilik darjah merupkan tanggungjawab semua murid. Tuliskan karangan kamu tentang faedah-faedah menjaga kebersihan
bilik darjah. (Fakta)

Bilik darjah yang bersih merupakan antara faktor yang membolehkan kita belajar dengan selesa dan seronok. Membersihkan bilik daijah
merupakan tanggungjawab semua murid. Terdapat banyak faedah jika menjaga kebersihan bilik darjah.

Bilik darjah yang bersih boleh menyebabkan kita berasa lebih kondusif semasa belajar. Suasana bilik darjah yang bersih dengan
meja dan kerusi yang disusun dengan teratur serta tidak berhabuk boleh menyebabkan kita lebih selesa untuk belajar.

Selain itu. dengan menjaga kebersihan bilik darjah, kita juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong antara
satu sama lain. Ini juga dapat membentuk din kita menjadi murid yang bertanggungjawab dan dapat melatih kita menjadi murid yang
berdisiplin.

Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah apabila kita membersihkan bilik darjah. Secara
tidak langsung juga, dengan menjaga kebersihan. Kita dapat memberi kesedaran kepada murid-murid lain tentang kepentingan menjaga
kebersihan.

Kesimpulannya, kita dapat banyak kebaikan jika kita menjaga kebersihan bilik darjah. Selain tidak membuang masa dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah, kita juga dapat mengeratkan hubungan sesama rakan-rakan sekelas. Seterusnya kelas yang bersih
menjamin kesihatan kita dan kita dapat belajar dalam suasana yang aman, tenang, dan selesa di samping dapat menyedut udara yang bersih
dan segar.

Tajuk 21 ( Langkah –langkah / Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang )

Tulis karangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi murid yang cemerlang. ( Fakta )

Semua murid pastinya bercita-cita untuk menjadi murid yang cemerlang. Ibu bapa pasti berbangga jika anak mereka menjadi murid yang
cemerlang. Beberapa langkah perlu dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang ialah murid perlu menyediakan jadual waktu
pembelajaran yang lengkap. Jadual tersebut hendaklah mengandungi waktu belajar, mengulang kaji, bermain, berehat dan tidur. Murid-
murid hendaklah mematuhi jadual waktu tersebut pada setiap masa. Masa lapang juga mestilah dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.

Selain itu, murid hendaklah rajin membaca buku pelajaran di sekolah mahupun di rumah. Melalui pembacaan, pengetahuan murid akan
bertambah, seperti kata pepatah 'membaca itu jambatan ilmu'. Murid juga perlu menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh pihak
sekolah. Hal ini kerana sikap
mengulang kaji pelajaran dari awal tahun salah satu sikap yang amat baik.

Sekiranya murid-murid tidak memahami sesuatu pelajaran, mereka hendaklah bertanya kepada guru. Selain itu, murid juga boleh
menubuhkan kumpulan belajar sendiri. Dengan adanya kumpulan belajar Ini, murid dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat.
Sebenarnya, belajar secara berkumpulan lebih baik daripada belajar secara sendirian.

Selain itu, murid juga perlu menghormati guru di sekolah dan ibu bapa di rumah. Murid hendaklah sentiasa berfikiran positif dan
menganggap sesuatu masalah yang dihadapi ketika belajar sebagai satu cabaran. Semasa menjawab soalan peperiksaan, murid perlu
memahami kehendak soalan terlebih dahulu. Ketika menjawab soalan, murid tidak perlu gopoh. Setelah berusaha bersungguh-sungguh,
murid hendaklah berdoa kepada Tuhan semoga apa yang diusahakan akan berjaya.

Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang patut dilakukan untuk menjadi murid yang cemerlang. Ibu bapa perlu
menyediakan keperluan asas untuk anak mereka belajar. Sesungguhnya, usaha yang berterusan akan membuahkan kejayaan yang
cemerlang.

Tajuk 21.1 ( Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang” ( Fakta )

34
Kecemerlangan pasti mampu meningkatkan imej seseorang murid tersebut. Oleh itu, setiap murid harus tahu cara-cara tertentu untuk
mencapai kecemerlangan pendidikan ini.

Langkah awal ialah setiap murid perlu sedar akan kelemahan diri mereka. Kefahaman akan kelemahan diri ini membolehkan
murid menyedari subjek yang perlu diberi penekanan lebih mendalam. Oleh itu, murid akan belajar secara sistematik bagi menangani
kelemahan tersebut.

Selain itu, murid harus memiliki jadual belajar yang efektif. Kewujudan jadual sebegini menjadikan murid tahu masa yang sesuai
untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berkaitan dengan pelajaran tetapi aktiviti lain yang turut penting seperti berbual-bual
dengan rakan dan bersukan. Kepatuhan mematuhi jadual ini menjadikan murid akan mengalami satu kehidupan belajar yang seimbang.

Setiap murid juga semestinya memiliki satu teknik ulang kaji yang berkesan. Semua subjek harus diteliti dan latihan yang cukup
dilaksanakan untuk memastikan murid memahami subjek itu secara mendalam. Latihan yang sistematik menjadikan murid lebih yakin untuk
menghadapi peperiksaan kelak.

Malah, aspek kesihatan diri secara peribadi harus ditekankan. Amalan pemakanan seimbang bersama-sama ketenangan emosi
penting dalam kejayaan seseorang murid itu. Keadaan ini boleh menjadikan murid lebih yakin dan tenang menghadapi sebarang cabaran
peperiksaan yang muncul.

Sesungguhnya, kecemerlangan tidak mungkin diperoleh dengan mudah sahaja. Semua murid harus berusaha dan mematuhi
amalan-amalan positif tertentu. Tanpa usaha sudah pasti kejayaan tidak akan muncul begitu sahaja.

Tajuk 21.2 ( Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang )

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang” ( Fakta )

Setiap murid inginkan keputusan yang cemerlang dan gred terbaik dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut
tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha, iltizam dan kesungguhan. Kita perlu menyemai tekad dan
keazaman yang tinggi untuk memburu kejayaan.

Bagi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, seseorang murid perlu tekun belajar. Contohnya ketika di dalam
kelas, kita sangat perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa-apa yang disampaikan oleh guru. Dengan ini, kita dapat memahami
dan mengingati pelajaran yang diajarkan.

Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita perlu membaca nota serta mengulang kaji
pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topik itu akan kekal dalam ingatan dan minda kita.

Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas bimbingan
ini, guru-guru akan memberi penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman terhadap sesuatu pelajaran itu akan
meningkat.

Di samping itu, kita juga perlu banyak membuat rujukan dan latihan ilmiah. Contohnya, melakukan pelbagai latihan yang
berbentuk soalan peperiksaan perlu kita lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan kerana
sudah biasa dengan p ola-pola mahupun teknik-teknik penskoran markah bagi soalan tersebut.

Kesimpulannya, tiada jalan singkat untuk berjaya. Kita perlu berusaha bersungguh -sungguh untuk menjadi murid yang
cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan yang kita rangkul dan peroleh itu nanti pasti akan menggembirakan ibu bapa, kaum keluarga, dan
guru-guru kita.

Tajuk 21.3 ( Cara-cara untuk Berjaya dalam Pelajaran )


Semua orang ingin berjaya dalam pelajaran, tetapi bagaimanakah caranya? Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Cara-cara untuk Berjaya
dalam Pelajaran”. ( Fakta )

35
Semua orang ingin berjaya dalam pelajaran. Kejayaan ini penting demi masa hadapan yang cemerlang.

Namun begitu, banyak juga yang gagai kerana tidak tahu cara belajar yang betul. Perkara utama untuk mencapai kejayaan dalam
pelajaran ialah semangat tidak mudah putus asa. Kita harus sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemajuan dalam pelajaran.

Salah satu faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dalam pelajaran ialah kerajinan dan kesungguhan dalam mencapai
sesuatu matlamat. Belajar secara konsisten mengikut penyediaan jadual waktu yang tersusun adalah perkara yang amat penting. Kita perlu
berdisiplin mengulang kaji pelajaran mengikut jadual.

Untuk berjaya dalam pelajaran, perbincangan dalam kumpulan menyumbang ke arah kecemerlangan. Setiap masalah
pembelajaran dikongsi dan cuba diselesaikan bersama-sama. Semangat berkumpulan juga dapat member suntikan semangat untuk terus
berusaha sehingga berjaya.

Semasa belajar, kita hendaklah menumpukan perhatian terhadap perkara yang diajarkan oleh guru. Jika tidak faham, eloklah
bertanya kepada guru. Jadikan guru sebagai rakan dan tempat mengadu segala masalah dalam pembelajaran.

Di rumah pula, kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran. Seterusnya kita perlu banyak membuat latihan. Dengan cara itu,
barulah kita mudah memahami pelajaran yang diajar oleh guru di sekolah.

Setelah kita berusaha, kita perlulah berdoa kepada Tuhan agar Tuhan memberkati apa yang kita usahakan. Dengan cara ini sudah
tentu kita akan berjaya.

Kesimpulannya, semua orang boleh berjaya jika itu yang mereka inginkan dan janganlah suka memberi alasan jika kita gagal.

Tajuk 21.3 ( Cara-cara untuk Cemerlang dalam Pelajaran )

Semua murid inginkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran. Tulis karangan tentang cara-cara untuk memperoleh kecemerlangan
dalam pelajaran. ( Fakta )

Setiap murid mempunyai impian untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran. Pencapaian 6A dalam UPSR merupakan puncak
kecemerlangan seorang murid tahun enam. Kecemerlangan tidak akan datang menggolek tetapi merupakan hasil ketekunan dan
kesungguhan.

Ketekunan, ketika belajar merupakan kunci pemerolehan keputusan yang cemerlang. Kita mesti memberi perhatian semasa guru
mengajar dan mencatat nota penting. Jika kita memberi tumpuan, mudahlah kita memahami dan menguasai pelajaran tersebut.

Selain itu, kita perlu banyak mengulang kaji pelajaran. Ketika berada di rumah, kita perlu membaca nota pelajaran yang guru beri. Latih tubi
yang kita lakukan akan membantu mendalamkan ingatan kita terhadap sesuatu pelajaran.

Mengikuti kelas bimbingan merupakan satu cara untuk mengatasi kelemahan kita dalam pelajaran. Kita boleh mengikuti kelas
bimbingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau yang disediakan oleh pusat tuisyen. Impaknya, pemahaman terhadap sesuatu topik yang
guru ajar mudah untuk dikuasai.

Di samping itu, kita juga perlu lebih banyak membuat latihan bagi memperkasa penguasaan terhadap sesuatu pelajaran. Latihan tersebut
boleh kita peroleh daripada buku-buku yang ada di pasaran atau melalui penerokaan di Internet. Latihan sebegini akan mendedahkan kita
kepada item yang seakan-akan dengan soalan peperiksaan.

Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Umpama kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan.' Ibu
bapa dan guru-guru pasti akan berasa gembira dengan kejayaan tersebut.

Tajuk 22 ( Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam )


Tulis syarahan tentang cara-cara menjaga kemudahan awam. ( Syarahan )

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-
guru Penolong Kanan, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati dan rakan-rakan yang saya kasihi. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya ialah "Cara-cara Menjaga Kemudahan Awam".

Hadirin yang saya hormati,

36
Kemudahan awam ialah perkhidmatan dan peralatan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak tertentu untuk digunakan oleh orang ramai.
Contoh kemudahan awam ialah tandas awam, stesen bas, stesen komuter dan lapangan terbang. Namun, sering kali ada sahaja berita yang
kita dengar tentang kerosakan harta benda awam ini.

Amalan menjaga kemudahan awam menjadi tanggungjawab kita. Antaranya termasuklah mengepam air setelah menggunakan
tandas. Amalan ini akan dapat menghindar bau yang tidak menyenangkan dan tandas akan kelihatan lebih bersih.

Selain itu, tabiat membuang sampah merata-rata tempat akan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kotor. Sudah tentu
orang ramai yang menggunakan kemudahan awam tersebut berasa tidak selesa.

Kita juga dilarang menconteng kemudahan awam, contohnya pada dinding, papan tanda, perhentian bas, tandas dan pondok
telefon. Ini akan menimbulkan pandangan negatif dalam kalangan pelancong asing terhadap rakyat tempatan.

Akhir kata, kemudahan awam ialah hak semua orang. Oleh itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
sepatutnya menjaga kemudahan awam yang disediakan demi kepentingan bersama.

Sekian, terima kasih.

Cadangan isi-si menjaga kemudahan awam

1. Menggunakan kemudahan awam dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
2. Mengetatkan undang-undang – mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan kemudahan awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut rosak.
4. Mengadakan kempen ‘Sayangi Kemudahan Awam’ melalui media massa dan media sosial.

Tajuk 23 ( Cara-cara Mengisi Masa Lapang )


Tulis karangan tentang cara-cara mengisi masa lapang. ( Fakta )

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang. Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti
emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang boleh kita lakukan untuk
mengisi masa

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada
kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan
bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi.

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-
tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar.
Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau
di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika
dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam
melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti memancing juga membolehkan
seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan
nilai kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama
keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat.

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang
semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan
kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat
mewujudkan keluarga bahagia.

Kesimpulannya, masa lapang hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang berfaedah agar masa yang terluang itu tidak
dibazirkan begitu sahaja.

Cadangan isi-isi penting

1. Membaca bahan bacaan – surat khabar – buku – majalah-untuk menambah pengetahuan


2. Bersukan – beriadah-menyihatkan badan-otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah-mengumpul setem
4. Melayari Internet – mencari maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa – mengemas rumah – bergotong royong – meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas dan bersih.

37
Tajuk 23.1 ( Cara-cara Mengisi Masa Lapang )
Tulis karangan tentang cara-cara mengisi masa lapang. ( Fakta )

Pelbagai istilah tentang masa yang kita gunakan. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa Amat Berharga" dan sebagainya. Ini menunjukkan
masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya
tidak dibazirkan begitu sahaja.

Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya,
bersukan, melancong, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan
kepuasan kepada kita.

Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain
dapat bersiar-siar, melihat tempat orang, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku
rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan
bacaan ini.

Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah.
Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah,
menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa
sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

Tajuk 24 ( Cara-cara Menghormati Ibu bapa )


Tulis karangan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.

Semua orang mempunyai ibu bapa kecuali yang sudah meninggal. Terdapat banyak cara untuk menghormati ibu bapa.

Antaranya kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa. Mereka menasihati kita untuk kebaikan kita juga. Oleh sebab itulah kita
mesti menuruti nasihat mereka.

Seterusnya, kita juga harus menjaga adab kita terhadap mereka. Contohnya apabila kita lalu di hadapan mereka kita mestilah
membongkokkan sedikit badan kita. Itu menandakan kita menghormati mereka.

38
Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang hal mereka. Terutamanya tentang kesihatan mereka. Sekiranya
mereka jatuh sakit, kita mestilah menghantar mereka ke hospital.

Kita juga perlu menghulurkan bantuan kepada mereka setakat yang mampu. Contohnya, jika tidak mempunyai wang yang
cukup untuk membayar hutang mereka. Kita boleh menghulurkan sedikit wang untuk membayar hutang mereka.

Akhirnya, kita harus balas jasa baik mereka dengan menjaga hati mereka kerana mereka telah menjaga kita sewaktu kita kecil
hingga besar.

Kesimpulannya, itulah antaranya cara menghormati ibu bapa kita yang telah menjaga kita dengan baik. Semoga jasanya akan
dikenang.

Tajuk 24.1 ( Cara-cara Menceriakan hati ibu bapa )


Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan menghargai jasa-jasa mereka. Tulis suatu karangan tentang perkara-perkara yang patut
anda lakukan untuk menceriakan hati ibu bapa anda. ( Fakta )

Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kita. Sejak kecil lagi, kita diasuh dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh insan-
insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita ini. Oleh itu, sewajarnya kita mengembirakan hati mereka.

Sebagai anak, kita berkewajiban mendengar kata-kata ibu bapa. Nasihat dan teguran mereka adalah untuk kebaikan kita juga.
Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu mereka mahu sesuatu yang terbaik buat anak-anak mereka.

Selain itu, kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh ibu bapa. Hal ini demikian kerana perkara yang tidak
baik akan menyebabkan mereka berasa susah hati. Sudah tentu, hal ini akan mengganggu tugasan harian mereka.

Kita juga hendaklah belajar sungguh-sungguh agar mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan seumpama
itu merupakan hadiah yang paling berharga untuk ibu bapa yang begitu banyak berkorban kepada kita.

Akhir sekali, sebagai anak kita haruslah membantu ibu dan bapa membuat kerja-kerja rumah khususnya pada hari cuti. Sikap
tersebut bukan saja dapat meringankan tugas mereka, malah dapat menggembirakan mereka serta mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam
keluarga.

Oleh itu, sewajarnya kita sebagai anak melakukan perkara-perkara yang dapat menceriakan hati ibu bapa kita. Anak yang baik
adalah anak yang menyenangkan kedua-dua orang tuanya. Tanpa ibu bapa siapalah kita. .

Tajuk 24.2 ( Cara-cara Menunjukkan Kasih Sayang kepada Ibu bapa )


Anak-anak haruslah menghormati ibu bapa dan menghargai jasa-jasa mereka. Tulis suatu karangan tentang cara-cara yang patut anda
lakukan untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa anda. ( Fakta )

39
Ibu bapa lalah insan yang paling istimewa dalam hidup kita. Ibu bapa banyak berjasa kepada kita mendidik kita daripada kecil hingga dewasa.
Terdapat banyak cara untuk menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

Antara cara menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah sentiasa membantu ibu bapa membantu kerja rumah. Kita boleh
membantu mereka mencuci pinggan mangkuk, menyapu sampah dan mengemas rumah. Hal ini dapat meringankan tugas harian ibu bapa.
Secara tidak langsung akan membantu kita belajar berdikari.

Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa. Setiap teguran dan nasihat mereka adalah untuk
kebaikan kita pada masa hadapan. Kita hendaklah sentiasa mengucapkan terima kasih di atas setiap pemberian mereka. Janganlah kita
menyusahkan mereka dan sentiasalah menjaga nama baik mereka pada setiap masa.

Ibu bapa adalah insan yang mulia. Segala apa yang mereka berikan kepada kita adalah ikhlas dan tidak pernah minta dibalas.
Sebagai anak, kita hendaklah memberikan mereka hadiah sempena hari-hari istimewa seperti Hari Bapa dan Hari Ibu bagi menghargai
pengorbanan mereka selama ini. Hal ini pastinya akan menambahkan kasih sayang antara kita dengan ibu bapa.

Kita perlu menjaga ibu bapa yang sudah tua atau sakit dengan baik. Jangan menghantar mereka ke rumah orang-orang tua kerana
perbuatan ini akan melukakan hati mereka. Jika kita tinggal jauh, selalulah menghubungi mereka melalui telefon. Jika ada cuti atau hari
minggu selalulah pulang menziarahi mereka.

Ingatlah bahawa ibu bapa tidak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi kasih sayang dan perhatian daripada kita itulah
yang mereka mahukan. Oleh sebab itu, tunjukkanlah kasih sayang kita kepada mereka. Ibu bapa adalah insan mulia yang perlu disayangi dan
dihormati.

Tajuk 24.3 ( Sebab-sebab Kita perlu Menghormati Guru )


Tulis karangan tentang sebab-sebab kita perlu menghormati guru. ( Fakta )

Guru adalah orang yang mendidik kita sejak di tadika lagi. Tanpa guru, kita pasti tidak dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran. Oleh sebab itu, guru perlu dihormati dan disayangi.

Guru telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik kita. Tugas guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru
perlu mengajar sambil mendidik kita. Guru terpaksa mendidik dan mengajar murid dalam jumlah yang ramai. Justeru, kita perlu
menghormati dan menyayanginya.

Tugas guru bukan hanya pada waktu persekolahan. Tetapi mereka juga sanggup mengadakan kelas tambahan kepada murid-
murid yang akan menduduki peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka tidak pernah mengharapkan apa-
apa balasan. Segala pengorbanan mereka perlu kita hargai.

Sambil mengajar guru terpaksa mengawal murid-murid yang ramal. Mereka terpaksa melayan pelbagai kerenah murid-muridnya
tanpa rasa jemu. Mereka mendidik murid-murid mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa membezakannya. Guru akan memastikan
semua murid mendapat ilmu yang diajar.

Guru juga mempunyai sikap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah murid-muridnya. Semasa berada di dalam kelas,
terdapat murid yang nakal dan tidak membuat latihan yang diberikan. Kadangkala guru terpaksa memarahi murid-murid agar mereka
menyedari kesilapan mereka. Sikap kesabaran guru patut dipuji.

Sesungguhnya, kerjaya guru amat mulia walaupun tidak menjanjikan kekayaan. Guru akan gembira apabila murid-muridnya
berjaya menjawat jawatan yang tinggi daripada mereka. Oleh sebab itu, hormati dan sayangilah guru-guru yang telah banyak berjasa pada
kita.

Tajuk 24.4 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )


Tulis karangan tentang cara-cara membalas guru. ( Fakta )

Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita. Melalui guru kita bukan sahaja dapat membaca, menulis, dan mengira malah kita dididik
oleh mereka untuk menjadi insan yang mulia. Oleh itu, sewajarnyalah kita membalas jasa-jasa guru yang telah mendidik kita.

40
Antara cara terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah
misalnya, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap sambil lewa semasa proses pengajaran sedang
dijalankan. Sikap belajar bersungguh-sungguh ini sudah tentulah dapat menyenangkan hati guru-guru kita.

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti mereka menghormati ibu bapa kita. Misalnya, apabila kita berbicara dengan
mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Natijahnya, guru kita tentulah amat menyayangi kita seperti mereka
menyayangi anak-anak mereka sendiri.

Seterusnya, jika guru memerlukan bantuan kita, bersegeralah menghulurkan bantuan. Janganlah bersikap berat tulang untuk
menawarkan bantuan, misalnya menolong guru mengangkat buku dan membersihkan kelas. Sikap ringan tulang ini sudah tentunya disukai
oleh guru kita.

Akhir sekali, kita seharusnya menyiapkan segala tugasan yang guru berikan. Kerja rumah umpamanya, hendaklah kita selesaikan
dan siapkan sebaik mungkin. Dengan berbuat demikian, guru kita akan sentiasa berbangga dengan anak-anak muridnya yang kelaknya nanti
akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Oleh hal yang demikian, jasa-jasa guru perlu kita balas dan kita sanjungi. Janganlah sesekali hendaknya kita melupakan jasa-jasa
mereka yang telah mendidik kita.

Tajuk 24.5 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )

Tuliskan karangan tentang cara-cara membalas jasa guru.

Guru merupakan insan penting dalam kehidupan setiap murid. Sebagai murid, kita seharusnya membalas jasa dan
pengorbanan guru. Langkah-langkah berikut merupakan cara untuk kita membalas jasa guru.

Antara cara untuk kita membalas jasa guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api
biar sampai jadi arang. Hal ini demikian kerana setiap guru sentiasa ingin melihat kejayaan murid-muridnya. Oleh itu, apabila
guru mengajar, kita perlu memberikan perhatian sepenuhnya dan tidak menimbulkan masalah disiplin yang boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan.

Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru umpama ibu bapa kedua bagi kita. Justeru, kita
mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar akan arahan guru, ilmu atau pengajaran
yang kita terima daripada guru tidak akan berkat.

Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Kita hendaklah ringan
tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita seperti menghantar buku dari kelas ke bilik guru atau
sebaliknya. Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Kita perlulah membalas jasa
guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka juga.

Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadi
penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala
pengorbanannya pada setiap masa.

Tajuk 24.6 ( Cara-cara Membalas Jasa Guru )


Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “ Perlunya Para Pelajar
Menghormati Guru”.
Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.

41
Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Guru-guru
Penolong Kanan, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ”Perlunya Para Pelajar
Menghormati Guru”.

Hadirin sekalian,

Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.

Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut


nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.

Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Para hadirin sekalian.

Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada
kali ini.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 24.7 ( Sebab-sebab Kita perlu Menghormati Orang Tua )


Tulis karangan tentang sebab-sebab kita perlu menghormati orang tua. (Fakta).

Orang tua ialah orang yang lebih tua daripada kita seperti ibu, bapa, datuk dan nenek. Menghormati orang tua adalah amalan mulia.
Terdapat beberapa sebab kita perlu menghormati orang tua.

Kita mesti menghormati orang tua kerana mereka banyak berjasa kepada kita dan negara. Mereka sanggup berkorban nyawa
dan harta benda untuk kemerdekaan negara. Tanpa mereka, pasti hidup kita masih di bawah penjajah. Kini, kita dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai.

Orang tua juga perlu dihormati kerana mereka mempunyai banyak pengalaman hidup. Mereka banyak melalui peristiwa suka
dan duka. Pengalaman mereka dapat membantu kita menyelesaikan banyak masalah seharian. Pengalaman yang mereka miliki amat
berharga buat kita.

Kita juga perlu menghormati orang tua kerana mereka mempunyai banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tanpa mereka,
hidup kita kurang pedoman. Tunjuk ajar mereka amat bermakna buat kita untuk meneruskan kehidupan yang berliku ini. Kemahiran mereka
dalam pelbagai bidang patut kita pelajari ketika mereka masih hidup.

Bagi anak-anak, ibu bapa adalah orang tua yang perlu dihormati. Merekalah yang membesar dan mendidik kita sehingga dewasa.
Dengan kasih sayang dan pengorbanan merekalah, kita dapat membina kehidupan yang sempurna. Jadilah anak yang mengenang budi
dengan menyayangi dan menghormati mereka.

Kesimpulannya, orang tua mestilah dihormati dan disayangi. Tanamkan cita-cita di hati kita untuk menjaga dan menyayangi
mereka dengan sepenuh hati. Jangan sesekali abaikan mereka kerana kita mungkin akan diabaikan oleh anak kita suatu hari nanti jika
bersikap begitu.

42
Tajuk 25 ( Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia )
Mempunyai keluarga bahagia adalah impian setiap manusia. Tulis karangan tentang cara-cara mewujudkan keluarga bahagia. (Fakta).

Sebuah keluarga yang bahagia menjadi impian semua orang. Namun begitu, kebahagiaan itu tidak datang dengan sendirinya. Terdapat
beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Keluarga bahagia dapat diwujudkan melalui didikan ibu bapa yang sempurna kepada anak-anak. Setiap keluarga perlu
melaksanakan peraturan di rumah. Peraturan ini perlu dipatuhi oleh anak-anak. Antaranya, tidak pulang lewat ke rumah dan mengemas
bilik tidur masing-masing.

Keluarga yang bahagia juga dapat diwujudkan apabila semua anggota keluarga bekerjasama melakukan kerja rumah. Antaranya,
membasuh baju dan menyapu sampah. Dengan cara ini, rumah akan menjadi bersih dan kemas. Malah, hubungan yang erat akan terjalin
antara ahli keluarga.

Selain itu, setiap ahli keluarga mestilah memiliki sikap bertolak ansur. Dengan memiliki sikap bertolak ansur, pergaduhan dapat
dielakkan. Ahli keluarga juga perlu mengamalkan sikap sabar dan jujur. Sikap sabar dan jujur akan dapat mengharmonikan lagi hubungan
kekeluargaan.

Anak-anak adalah penyeri dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang adil kepada anak-anak.
Pendapat mereka juga perlu diberi perhatian dalam menentukan sesuatu keputusan. Anak-anak yang dikasihi dan dihargai pasti akan
menyayangi ibu bapa mereka.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk mewujudkan keluarga bahagia. Keluarga yang bahagia dapat mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat. Keharmonian masyarakat pula dapat menyumbang kepada keamanan negara.

Tajuk 26 ( Sebab Kita Perlu Menjaga Alam Sekitar )


Tulis karangan yang bertajuk “Sebab Kita Perlu Menjaga Alam Sekitar”.

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan, dan bukit-bukau. Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih
dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas
oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sumber
makanan.

Selain itu, bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.
Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawal
agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada
kita. Lautan yang terbentang luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar
tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya, kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih
baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang

43
Tajuk 26.1 ( Langkah-langkah/Cara-cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar )
Tulis karangan yang bertajuk “Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar”. ( Fakta )

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang
telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka
serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat
khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah
dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan
alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Kesimpulannya, tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau
dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Tajuk 26.2 ( Kepentingan Menjaga Alam Sekitar )


Tulis karangan yang bertajuk “ Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”. (Syarahan)

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
“Kepentingan Menjaga Alam Sekitar”.

Hadirin sekalian,

Alam sekitar ialah alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam agar kehidupan kita terus aman dan harmoni. Alam sekitar
yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita Misalnya, sungai amat penting untuk kehidupan kita seharian kerana sumber
air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar akibat sisa buangan kilang dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang
bersih. Lautan pula boleh tercemar akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari dermaga minyak atau kapal tangki ke lautan. Hal
ini akan menjejaskan kehidupan lautan yang menjadi sumber makanan kita Justeru, semua haruslah sedar dan mengambil berat akan
pemeliharaan sungai dan lautan yang menjadi sumber air dan makanan kita ini.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para pelancong Kedatangan para pelancong
akan menjadi sumber ekonomi negara dan akan memajukan sektor-sektor perniagaan di negara kita. Hotel-hotel, syarikat-syarikat
pelancongan, para peniaga dan gedung-gedung perniagaan tentu mendapat keuntungan dengan kedatangan para pelancong yang
berbelanja di negara kita ini. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga alam sekitar untuk menarik kedatangan para pelancong, lantas memajukan
ekonomi negara kita.

Hadirin sekalian,

Pemeliharaan alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Sains menyatakan bahawa oksigen yang diperlukan untuk
bernafas diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kita. Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan menjadikan udara
di sekeliling kita lebih bersih. sejuk dan segar. Hutan pula menjadi habitat semula jadi haiwan Oleh sebab itu, alam sekitar yang terpelihara
akan memastikan haiwan tidak pupus agar generasi seterusnya juga dapat melihat pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.

44
Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar Pencemaran alam seperti pencemaran udara, air dan Iain-Iain lagi akan
menyebabkan kita mudah jatuh sakit seperti demam, batuk dan sebagainya. Selain itu, banyak tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga
merupakan sumber ubat-ubatan kepada manusia. Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan ini perlu sentiasa dipelihara supaya kita mudah untuk
mendapatkan sumber ubat-ubatan di sekeliling kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang
terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan
menyelamatkan alam sekitar daripada dimusnahkan.

Sekian, terima kasih.

Cadangan isi-isi cara-cara memelihara alam sekitar

1. Mengitar semula bahan buangan seperti kertas – mengurangkan penebangan hutan – alam sekitar terpelihara.
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam sekitar.

Tajuk 26.3 ( Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar )

Tulis syarahan yang bertajuk “Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar”. ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian. Tajuk syarahari saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam
sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar
supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat
khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah
dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap prihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan
alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Kesimpulannya, tanggungjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau
dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 27 ( Cara-cara Menjaga Kesihatan )

45
Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. ( Fakta )

Kesihatan merupakan satu anugerah bagi setiap insan di dunia ini. Hal ini demikian kerana jika kita sentiasa sihat, kita mampu melakukan
banyak perkara. Justeru, kita perlu menjaga kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk kita menjaga kesihatan.

Kita dituntut untuk membudayakan amalan senaman. Jika kita bersenam, bahan toksid akan keluar melalui peluh daripada badan
kita. Seelok-eloknya bersenamlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu dengan kitaran masa selama 30 minit. Bersenam juga
membolehkan otak kita cerdas.

Selain itu, kita perlu makan makanan yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang ialah makanan yang
mengandungi kesemua zat yang diperlukan oleh badan seperti vitamin, protein, kalsium, dan serat yang perlu diambil dalam kuantiti yang
disarankan dalam piramid makanan. Elakkan mengambil makanan yang mengundang risiko penyakit seperti makanan berlemak dan manis.

Seterusnya, jagalah kebersihan diri dan persekitaran kita kerana persekitaran yang bersih boleh menjamin kesihatan diri kita
juga. Gosoklah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Apabila mandi, gunakanlah sabun agar daki dan kotoran dari badan kita dapat
disingkirkan. Persekitaran yang bersih pula dapat mengelakkan pembiakan nyamuk dan serangga yang boleh membawa penyakit.

Selain itu, amalkanlah gaya hidup yang sihat. Elakkan amalan merokok, jauhi dadah dan minuman keras kerana akan
mendatangkan penyakit berbahaya kepada kita.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan diri kita. Jika kita sihat, hidup kita akan bahagia dan sejahtera.

Tajuk 27.1 ( Cara-cara Menjaga Kesihatan Diri )

Tuliskan karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. ( Fakta )

Kesihatan sangat penting kepada kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri pada setiap masa. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga
kesihatan diri kita seperti bersenam, makan makanan berkhasiat dan menjaga kebersihan diri.

Bersenam adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan diri. Kita boleh melakukan aktiviti ini di mana sahaja kita berada.
Lakukan aktiviti senaman tiga kali seminggu. Bersenam dapat menyihatkan badan, mencerdaskan otak dan mengelakkan kegemukan.

Pemilihan makanan mengikut piramid makanan juga cara menjaga kesihatan diri. Kita perlulah memilih makanan yang berkhasiat
dan memberi tenaga seperti nasi, ikan dan susu. Sayur-sayuran dan buah-buahan banyak mengandungi vitamin yang dapat menyihatkan
badan. Makanan yang manis perlu dikurangkan bagi mengelakkan penyakit kencing manis.

Kita juga akan sihat jika sentiasa menjaga kebersihan diri. Pastikan kuku sentiasa pendek dan mencuci tangan sebelum makan
dapat mencegah jangkitan kuman. Memberus gigi dapat mengelakkan kerosakan gigi. Mandi pula dapat menghilangkan segala kekotoran
yang melekat pada anggota badan kita.

Selain itu, kesihatan kita juga akan terpelihara jika kita menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Persekitaran yang bersih
dapat menjauhi kita daripada penyakit berbahaya seperti demam denggi. Kita hendaklah membuang sampah di tempat yang disediakan.
Kebersihan tempat tinggal membolehkan kita hidup dengan selesa.

Sesungguhnya, terdapat beberapa cara menjaga kesihatan diri. Menjaga kesihatan diri sangat penting dan banyak kebaikan. Hal
ini selaras dengan slogan 'Negara bersih, rakyat sihat' dan 'badan sihat, otak cerdas'.

46
Tajuk 27.2 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Pada tahun ini kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tulis syarahan kamu ialah “Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri”. Ulis syarahan kamu selengkapnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
saya berdiri di pentas ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin dan rakan-rakan yang dihormati,

Sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan diri kita setiap masa. Kita haruslah menjaga kebersihan tubuh badan
kita dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita perlu mandi untuk menggalakkan badan kita berbau dan berdaki. Dengan mandi
dua kali sehari juga boleh membuatkan badan kita sentiasa terasa segar dan bertenaga.

Selain daripada mandi dua kali sehari, kita juga perlulah mencuci rambut kita sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Rambut
kita akan sentiasa bersih dan dapat mengelakkan rambut kita daripada berkutu jika kita mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari
seminggu.

Di samping itu, kita perlulah menjaga kebersihan gigi. Gigi yang bersih menjadikan wajah lebih berseri-seri dan menampakkan
imej diri kita. Kita perlulah menjaga kebersihan gigi dengan menggosoknya sekurang-kurang dua kali sehari dan sebaik-baik selepas kita
menjamah makanan.

Memotong kuku setiap minggu juga merupakan satu cara untuk kita menjaga kebersihan diri. Kuku yang bersih mengelakkan diri
kita daripada jangkitan bakteria yang terdapat di celah-celah kuku. Oleh itu sewajarnya kita menjaga kebersihan kuku.

Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, ingin saya tegas, berdasarkan penerangan yang saya sampaikan tadi jelaslah kepada kita
scmua bahawa haruslah menjaga kebersihan diri. Kebersihan diri melambangkan identiti dan penampilan diri kita.

Sekian terima kasih.

Tajuk 28 ( Cara-cara Berjimat Cermat )

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk berjimat cermat. ( Fakta )

Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Setiap orang perlu berjimat cermat. Banyak cara yang dapat dilakukan untuk
membudayakan amalan berjimat cermat.

Antara langkah yang dapat dilakukan termasuklah menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Hal ini perlu dilakukan untuk
mengelakkan bil utiliti yang tinggi. Kita dapat mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Selain itu, kita dapat menjimatkan wang melalui amalan membawa bekal makanan ke sekolah atau ke tempat kerja. Sudah pasti
tindakan ini dapat menjimatkan wang saku kita. Selain dapat berjimat, kita juga dapat menikmati makanan yang lebih berkhasiat dan bersih.

Kita disarankan agar tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Kita hendaklah membeli sesuatu yang penting sahaja. Hal ini
perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran.

Janganlah kita membazirkan makanan. Kita perlu memilih makanan yang berkhasiat sahaja. Elakkan pembelian makanan segera
yang tidak berkhasiat itu. Makanan segera dapat menjejaskan kesihatan kita di samping menggalakkan pembaziran.

Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan amalan berjimat cermat sepanjang masa. Hal ini merupakan tuntutan agama. Banyak
manfaat yang akan diperoleh.

Tajuk 28.1 ( Faedah Berjimat Cermat )


47
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang faedah-faedah berjimat cermat. ( Fakta )

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya, kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang
lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya.

Selain itu, sikap berjimat-cermat membolehklan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap
seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang
begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang boros berbelanja biasanya
tidak berfikir panjang sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga
menyusahkan diri mereka sendiri.

Sikap berjimat-cermat membolehkan seseorang mengisi masa lapang dengan bersukan. Bersukan akan menjadikan tubuh kita
sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal
yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga mampu menjadikan seseorang insan itu lebih berdisplin. Mereka sentiasa
mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka peka dan prihatin seperti menutup suis kipas, pendingin hawa
dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan murni berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita
seharian. Amalan ini pasti menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah. Berpaksikan amalan ini juga, kita dapat
hidup dengan kesederhanaan tanpa membazir.

Tajuk 28.2 ( Cara-cara Berjimat Cermat )

Banyak cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk berjimat cermat. ( Fakta )

Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan berjimat cermat adalah satu amalan yang mulia dan juga salah satu daripada nilai-nilai murni.
Amalan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Dengan berjimat cermat, banyak
faedah yang kita peroleh dan menguntungkan diri kita.

Menabung dapat menjimatkan wang ringgit. Hal ini demikian kerana wang yang kita simpan sejak kecil lagi sama ada di dalam
tabung atau di dalam bank boleh digunakan untuk masa hadapan. Sifat boros juga harus dijauhi ketika berbelanja kerana amalan ini akan
merugikan kita kerana kita membeli barang mengikut kemahuan kita.

Kita juga perlu menjimatkan elektrik dan air. Elektrik yang dibazirkan boleh menyebabkan berlakunya litar pintas. Jika hal ini
berlaku, ia lebih merugikan kita kerana kita perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk membaik pulih rumah yang hangus dijilat api. Selain
itu, kita juga boleh menghindar diri daripada bersikap negatif seperti memboros. Sesetengah pengguna seringkali bersikap boros kerana
mereka anak orang berada. Oleh itu, janganlah kita bersikap sedemikian kerana perkara tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah.

Di samping itu, jika kita sudah berumah tangga ini akan memudahkan kita membiayai kos rumah tangga. Kita juga dapat
menolong ibu bapa yang dalam keadaan susah dengan menyumbangkan wang kepada mereka supaya kualiti kehidupan mereka akan
terjamin.

Kita juga dapat menggunakan wang yang kita simpan untuk memasuki universiti. Ia dapat memudahkan kita untuk menampung
kos universiti yang agak tinggi. Kita juga boleh menderma wang kita kepada anak-anak yatim dan orang-orang susah. Dengan melakukan
amal ibadah ini, kita juga mendapat pahala serta keberkatan hidup.

Kesimpulannya, kita perlulah menyemat amalan berjimat cermat dalam diri kita untuk melicinkan lagi perjalanan hidup kita.
Kita janganlah menggunakan wang semata-mata untuk kepuasan diri. Kita perlu ada kesedaran untuk berjimat cermat kerana amalan
tersebut merupakan amalan yang mulia.

Tajuk 28.2 ( Kepentingan Amalan Berjimat Cermat )

48
Tulis sebuah karangan syarahan yang bertajuk Faedah Berjimat Cermat. ( Syarahan )

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Faedah Berjimat Cermat”.

Hadirin yang dihormati,

Faedah berjimat cermat bererti kebaikan yang diperoleh apabila kita berhemat dan berhati-hati ketika membelanjakan wang
supaya tidak berlaku pembaziran.

Kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja supaya dapat menyimpan wang yang lebih di dalam tabung. Kita boleh
menyimpan wang tabungan di dalam bank supaya selamat dan dapat digunakan untuk keperluan pada masa depan.

Berjimat cermat dapat mengelakkan kita daripada sikap membazir. Kita perlu beringat-ingat dan berhati-hati ketika membeli
barang-barang dengan melihat tanda harga. Amalan ini dapat mengelakkan sikap membazir.

Kita mesti berjimat cermat dengan membeli barang-barang yang perlu sahaja. Kita perlulah menyenaraikan barang yang ingin
dibeli terlebih dahulu sebelum membeli. Ini dapat mengelakkan kita daripada membeli barang yang tidak perlu.

Setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa berjimat cermat dapat memberi banyak
faedah kepada kita.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 29 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri )

Cara menjaga keselamatan diri ketika pulang dari sekolah.

Kebelakangan ini banyak disiarkan berita tentang kejadian buruk yang menimpa murid-murid ketika pulang dari sekolah. Berita-berita itu
sangat membimbangkan ibu bapa. Oleh yang demikian, murid-murid harus pandai menjaga diri sendiri.

Dalam keadaan jalan raya yang sibuk pada waktu pulang dari sekolah, murid-murid hendaklah mematuhi arahan pengawal jalan ketika
hendak melintas. Dengan cara ini, keselamatan murid-murid akan lebih terjamin. Kemalangan akan dapat dielakkan.

Jika pulang dari sekolah dengan berbasikal, murid-murid mesti mengayuh basikal dengan berhati-hati. Patuhi semua peraturan
jalan raya seperti berhenti apabila lampu isyarat merah menyala. Jangan berlumba-lumba di jalan raya kerana boleh mengundang bahaya.

Untuk murid yang berjalan kaki pula, dinasihatkan supaya berjalan beramai-ramai. Hal ini kerana penjenayah lebih mudah
bertindak terhadap kanak-kanak yang bersendirian. Menumpang orang yang tidak dikenali juga perlu dielakkan untuk menjauhi perkara
yang tidak dikehendaki seperti penculikan.

Selain itu, jika waris lambat datang menjemput, murid-murid hendaklah menunggu di tempat yang dikhaskan. Selain terlindung
daripada panas matahari, keselamatan murid-murid juga sentiasa dipantau oleh pengawal bertugas. Lagipun waris tidak akan tercari-cari
apabila mereka datang menjemput.

Semua murid perlu peka terhadap persekitaran dan berfikir sebelum bertindak demi keselamatan diri sendiri. Sentiasalah
beringat –ingat sebelum terkena jangan seperti pepatah Melayu ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Hal ini kerana malang itu tidak berbau.

Cadangan Isi-is Cara-cara menjaga keselamatan diri semasa pulang dari sekolah

1. Berjalan kaki di tempat sunyi/semak


2. Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya dua orang.
3. Pelajar perlu ada pengetahuan seni mempertahankan diri.
4. Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panik, menjerit meminta tolong / cuba pertahankan diri / lari menyelamatkan diri.
5. Laporkan kejadian kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

Tajuk 29.1 ( Menjaga Keselamatan Diri - di Jalan raya )

49
Bersempena dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah kamu. Tulis karangan kamu tentang “Berhemah di Jalan raya”. ( Fakta )

Sesungguhnya amalan berhemah di jalan raya amat penting untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika
setiap pengguna jalan raya sentiasa berhemah.
Sebagai penunggang basikal, kita perlu memastikan bahawa basikal kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Contohnya,
brek hendaklah sentiasa berfungsi dengan baik. Selain itu, kita perlu memakai topi keselamatan dan ves pemantul cahaya. Ves pemantul
cahaya tersebut dapat memudahkan pengguna jalan raya lain melihat penunggang basikal.
Selain itu, penunggang basikal yang berhemah juga akan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Mereka perlu
mengelakkan diri daripada membawa basikal secara bersaing-saing atau berlumba-lumba ketika menunggang basikal. Bak kata pepatah,
"malang tidak berbau". Oleh itu, kita perlu waspada setiap kali berada di jalan raya.
Seterusnya, setiap pemandu mestilah memastikan mereka mendapat rehat dan tidur yang mencukupi sebelum memulakan
perjalanan ke sesuatu tempat. Keadaan pemandu yang letih dan mengantuk akan menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Untuk menjadi pemandu yang berhemah, elakkanlah diri daripada minum minuman keras sebelum atau ketika memandu. Hal ini
demikian kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pemanduan. Jika pemandu
hilang tumpuan, maka mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan.
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa berhemah ketika berada di jalan raya. Sikap tersebut dapat
menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain. "Ingatlah orang yang tersayang".

Tajuk 29.2 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kamu telah dipilih untuk menyampaikan syarahan bersempena dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah kamu. Tulis syarahan
kamu itu selengkapnya.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, guru-
guru, barisan hakim yang adil lagi saksama, dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Pada pagi yang damai ini, saya akan menyampaikan
syarahan yang bertajuk “Berhemah di Jalan Raya”. Sesungguhnya amalan berhemah di jalan raya amat penting untuk mengelakkan
kemalangan.

Hadirin yang saya hormati,

Kemalangan jalan raya dapat dielakkan jika setiap pengguna jalan raya sentiasa berhemah. Sebagai penunggang basikal, kita
perlu memastikan bahawa basikal kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Contohnya, brek hendaklah sentiasa berfungsi dengan
baik. Selain itu, kita perlu memakai topi keselamatan dan ves pemantul cahaya. Ves pemantul cahaya tersebut dapat memudahkan
pengguna jalan raya lain melihat penunggang basikal.

Selain itu, penunggang basikal yang berhemah juga akan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Mereka perlu
mengelakkan diri daripada membawa basikal secara bersaing-saing atau berlumba-lumba ketika menunggang basikal. Bak kata pepatah,
"malang tidak berbau". Oleh itu, kita perlu waspada setiap kali berada di jalan raya.

Seterusnya, setiap pemandu mestilah memastikan mereka mendapat rehat dan tidur yang mencukupi sebelum memulakan
perjalanan ke sesuatu tempat. Keadaan pemandu yang letih dan mengantuk akan menggugat keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Hadirin yang saya hormati,

50
Untuk menjadi pemandu yang berhemah, elakkanlah diri daripada minum minuman keras sebelum atau ketika memandu. Hal ini
demikian kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan terhadap pemanduan. Jika pemandu
hilang tumpuan, maka mereka akan berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan.

Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah sentiasa berhemah ketika berada di jalan raya. Sikap tersebut dapat
menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain. "Ingatlah orang yang tersayang".

Sekian, terima kasih.

Tajuk 29.3 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya. ( Fakta )

Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita
haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan memberi didikan tentang
pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR,
murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil
ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.

Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal,
murid-murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh
kenderaan.

Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa
berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak
sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-
kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.

Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan
kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.

51
Tajuk 29.4 ( Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri - Berhemah di Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya.

Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita. Dapat dilihat banyak kemalangan yang
mengorbankan nyawa berlaku terutamanya menjelang musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada
golongan remaja dan belia. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah memikirkan dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan
kadar kemalangan di jalan raya.

Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah melalui kempen keselamatan jalan raya yang
disiarkan dan dipaparkan melalui media elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan mengedarkan
poster-poster berkaitan kempen ini kepada orang ramai dan ditampal di tempat-tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan
rintihan hati individu yang kehilangan ahli keluarga akibat terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi
kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa berada di jalan raya.

Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan dan Polis Diraja Malaysia perlu menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad semasa
musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu
pelanggaran peraturan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di Negara
kita.

Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan
boleh dibuat di Puspakom bagi memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan itu,
pemilik kenderaan dapat melalui perjalanan dalam keadaan yang selamat.

Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting terutamanya kepada pemandu kenderaan
awam dan penunggang-penunggang motosikal. Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat
mengelakkan mereka daripada keletihan dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai
dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi.
Oleh itu, bersama-samalah kita mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Berhati-hati
semasa memandu, ingatlah orang tersayang.

52
Tajuk 30 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Tulis sebuah karangan tentang langkah-langkah menjaga kebersihan diri. (Fakta)

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kebersihan diri perlu dijaga untuk menjamin kesihatan badan.

Kita mesti mandi menggunakan sabun sekurang-kurangnya dua kali sehari supaya badan kita bersih. Ini dapat mengelakkan kita
daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Semasa mandi, kita perlu syampu rambut supaya rambut tidak dihinggapi kelemumur dan kutu.
Badan yang bersih akan menjadikan kita sihat dan selesa.

Kila perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada
kerosakan gigi dan mulut berbau. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang
panjang itu mengandungi kuman. Hal ini boleh menyebabkan kita terkena penyakit cirit-birit.

Selain itu, kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak
dibersihkan dengan baik. Kita perlu membersihkan telinga dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Kesimpulannya. menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita harus mengambil berat tentang kebersihan
diri agar hidup lebih sejahtera.

Tajuk 30.1 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Pada tahun ini kamu terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tulis syarahan kamu ialah “Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri”. Tulis syarahan kamu selengkapnya. ( Syarahan )

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan,
para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat
saya berdiri di pentas ini untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin dan rakan-rakan yang dihormati,

Sebagai seorang murid, kita haruslah menjaga kebersihan diri kita setiap masa. Kita haruslah menjaga kebersihan tubuh badan
kita dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kita perlu mandi untuk menggalakkan badan kita berbau dan berdaki. Dengan mandi
dua kali sehari juga boleh membuatkan badan kita sentiasa terasa segar dan bertenaga.

Selain daripada mandi dua kali sehari, kita juga perlulah mencuci rambut kita sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Rambut
kita akan sentiasa bersih dan dapat mengelakkan rambut kita daripada berkutu jika kita mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari
seminggu.

53
Di samping itu, kita perlulah menjaga kebersihan gigi. Gigi yang bersih menjadikan wajah lebih berseri-seri dan menampakkan
imej diri kita. Kita perlulah menjaga kebersihan gigi dengan menggosoknya sekurang-kurang dua kali sehari dan sebaik-baik selepas kita
menjamah makanan.

Memotong kuku setiap minggu juga merupakan satu cara untuk kita menjaga kebersihan diri. Kuku yang bersih mengelakkan diri
kita daripada jangkitan bakteria yang terdapat di celah-celah kuku. Oleh itu sewajarnya kita menjaga kebersihan kuku.

Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, ingin saya tegas, berdasarkan penerangan yang saya sampaikan tadi jelaslah kepada kita
scmua bahawa haruslah menjaga kebersihan diri. Kebersihan diri melambangkan identiti dan penampilan diri kita.

Sekian terima kasih.


Tajuk 30.2 ( Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri )

Kamu dan rakan kamu sedang berbual-bual tentang cara-cara menjaga kebersihan diri. Tulis perbualan tersebut dengan selengkapnya. (
Dialog )

Kamal : Hai, sedang buat apa tu, Azmi?

Azmi : Oh, Kamal! Saya sedang membaca surat khabar.

Kamal : Oh…Tentu banyak cerita menarik di dalam akhbar tersebut.

Azmi : Ya, banyak cerita dan maklumat yang boleh kita dapati apabila kita membacanya. Contohnya tentang kebersihan. Kita perlu
menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri kita.

Kamal : Betul tu. Kita perlu menjaga kebersihan diri agar kita terhindar daripada penyakit dan diri kita juga bersih serta kemas.
Apabila kita bersih, tentu ramai yang ingin berkawan dengan kita.

Azmi : Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah mandi. Kita perlu mandi sekurang- kurangnya tiga kali sehari. Semasa mandi,
kita perlu menggosok badan kita dengan menggunakan sabun. Rambut kita juga perlu dibasuh dan digosok. Selain itu, kita
juga perlu menggosok gigi kita agar bersih dan putih.

Kamal : Betul tu. Selain itu, kita juga perlu menyikat rambut kita dengan rapi. Kita juga perlu memakai pakaian yang bersih dan kemas.

Azmi : Jangan lupa untuk memotong kuku seminggu sekali agar bersih. Ini penting supaya kuman tidak melekat pada makanan ketika
kita makan. Dengan itu, kita dapat menghindari diri kita dari diserang penyakit.

Kamal : Betul tu. Memang banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjaga kebersihan diri kita.

Azmi : Memang betul. Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan diri agar kita Sihat sentiasa.

Kamal : Okeylah, saya balik dulu. Semoga kita berjumpa lagi.

Azmi : Baiklah, terima kasih kerana sudi berbual-bual dengan saya.

Tajuk 31 ( Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya. ( Fakta )

Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita
haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan memberi didikan tentang
pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR,
murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil
ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.

Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal,
murid-murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh
kenderaan.

Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa
berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak
sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-
kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.

54
Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan
kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.

Tajuk 31.1 ( Langkah-langkah Mengurangkan Kemalangan Jalan raya )

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan
kemalangan jalan raya.

Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara kita. Dapat dilihat banyak kemalangan yang mengorbankan nyawa
berlaku terutamanya menjelang musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi mangsa terdiri daripada golongan remaja dan belia. Oleh yang demikian,
semua pihak haruslah memikirkan dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah melalui kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan dan
dipaparkan melalui media elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan mengedarkan poster-poster berkaitan kempen ini
kepada orang ramai dan ditampal di tempat-tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan rintihan hati individu yang kehilangan ahli keluarga akibat
terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa
berada di jalan raya.

Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja
Malaysia perlu menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad semasa musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan
yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu pelanggaran peraturan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini diharapkan
dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di Negara kita.

Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan boleh dibuat di
Puspakom bagi memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan itu, pemilik kenderaan dapat melalui
perjalanan dalam keadaan yang selamat.

Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting terutamanya kepada pemandu kenderaan awam dan penunggang-
penunggang motosikal. Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat mengelakkan mereka daripada keletihan
dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, bersama-
samalah kita mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang
tersayang.

Tajuk 31.2 ( Berhati-hati Ketika Berada di Jalan Raya )

Kamu akan menyertai suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan kamu ialah “Berhati-hati Ketika Berada di Jalan Raya”. Sediakan teks
syarahan kamu. ( Syarahan )

Assalamualaikum. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, barisan hakim
yang adil lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Pada petang ini saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk "Pentingnya
Sikap Berhati -hati di Jalan Raya".

Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati,

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya. Sebagai penunggang basikal
misalnya, kita tidak digalakkan menunggang secara bersaing dengan rakan-rakan kerana perbuatan ini akan membahayakan diri kita sendiri
dan juga orang lain. Penunggang basikal dan motosikal perlu menunggang di laluan yang telah disediakan. Peraturan ini adalah untuk
kebaikan pengguna jalan raya.

Sebelum kita melintas jalan raya, kita perlu menoleh dahulu ke kiri dan ke kanan. Setelah memastikan tiada kenderaan, barulah
kita melintas dengan berhati-hati. Kita juga tidak seharusnya tergesa-gesa apabila melintas jalan raya kerana perbuatan itu boleh
membahayakan nyawa kita.

Hadirin yang dimuliakan,

55
Kerajaan telah menyediakan jejantas dengan kos perbelanjaan yang begitu tinggi untuk keselamatan pejalan kaki. Di tempat-
tempat yang agak sibuk dengan kenderaan dan berbahaya, sudah semestinyalah kita menggunakan jejantas yang disediakan. Elakkanlah
melintas di tempat-tempat yang sibuk dengan kenderaan bagi menjamin keselamatan kita.

Jalan raya merupakan kemudahan yang disediakan bagi kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kenderaan seperti
lori, van, kereta dan motosikal menggunakan jalan raya ini. Seharusnya kita tidak menjadikan jalan raya sebagai gelanggang untuk
berlumba atau bermain.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menitikberatkan keselamatan nyawa semasa menggunakan jalan raya. Pendek kata kita
perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Setakat
ini inti pati syarahan yang ingin saya sampaikan.
Sekian, terima kasih.
Tajuk 31.3 ( Punca-punca Kemalangan Jalan Raya )

Kamu berbual-bual dengan rakan kamu pada suatu petang. Perkara yang dibualkan ialah punca-punca kemalangan jalan raya. Tulis
perbualan tersebut selengkapnya. ( Dialog )

Pada suatu petang, Harith bertemu dengan Haziq. Mereka berbuil-bual tentang punca-punca kemalangan jalan raya.

Haris : Hai, Haziq! Apakah yang awak lakukan itu?


Haziq : Oh, Haris! Saya sedang membaca akhbar tentang kemalangan yang
banyak berlaku di negara kita.
Haris : Saya sendiri pun masih tertanya-tanya punca kemalangan ini. Wajarlah semua pihak mengetahui punca-puncanya agar langkah yang berkesan dapat
diambil untuk mengatasinya.
Haziq : Banyak sebab berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita ini. Yang pertama ialah kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian
pemandu itu sendiri. Semasa memandu kenderaan, mereka turut menggunakan telefon bimbit. Akibatnya mereka memandu tanpa
tumpuan.
Haris : Selain itu, adakah faktor peraturan juga menjadi sebab kemalangan?
Haziq : Ya, memang benar. Ada pemandu melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya. Mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Ada juga pemandu yang berlagak samseng dengan tidak mematuhi lampu isyarat.
Haris : Apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya?
Haziq : Faktor lain yang menyebabkan kemalangan jalan raya ialah ada golongan yang terbabit dalam perlumbaan haram. Mereka ini lebih dikenali sebagai
'mat rempit'. Mereka terdiri daripada golongan muda.
Haris : Wah, tidak sangka saya awak memang mempunyai banyak maklumat tentang kemalangan jalan raya!
Haziq : Saya mendapat tahu bahawa faktor keadaaan kenderaan yang tidak sempurna juga menjadi faktor. Lampu pada kenderaan mereka tidak bernyala
dengan terang menyebabkan mereka sukar melihat dengan jelasnya ketika memandu. Selain itu, brek kenderaan tidak berfungsi dengan
baiknya, malah tayar kenderaan juga telah haus namun tidak diganti.
Haris : Jelaslah saya kini tentang faktor-faktor yang menjadi punca-punca kemalangan jalan raya. Jadi, semua pihak perlulah mengambil langkah untuk
mengatasinya demi keselamatan semua pengguna jalan raya. Sentiasalah pandu cermat agar jiwa akan selamat.

Tajuk 32 ( Sebab-sebab Murid perlu Mematuhi Peraturan Sekolah )

Setiap murid perlu mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Tuliskan karangan tentang peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi.

Peraturan sekolah merupakan undang-undang yang dilaksanakan bagi membentuk disiplin murid-murid. Setiap murid haruslah mematuhi
setiap peraturan yang telah ditetapkan.

Antara peraturan sekolah yang perlu dipatuhi ialah datang awal ke sekolah. Dengan datang awal ke sekolah, kita akan dapat
menggunakan masa yang ada untuk menceria dan membersihkan kelas. Contohnya. kita boleh menyapu sampah, menyusun meja, mengelap
cermin, dan membuang sampah.

Selain itu, sebagai seorang murid kita haruslah memakai pakaian sekolah yang lengkap ketika datang ke sekolah. Dengan
memakai pakaian sekolah yang lengkap, kita akan menjadi murid yang berdisiplin dan kelihatan nampak kemas antara satu sama lain. Kita
perlulah memakai lencana, baju putih, seluar biru, stoking putih, dan seumpamanya.

Di samping itu, sebagai seorang murid, kita mestilah beratur sebelum memasuki kelas. Apabila kita beratur. setiap murid tidak
perlu berebut-rebut untuk memasuki kelas. Secara tidak langsung ini akan menjadikan kita seorang murid yang lebih berdisiplin dan
pergerakan masuk ke dalam kelas akan lebih teratur dan nampak kemas

Sebagai kesimpulannya, kita perlulah mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Mematuhi peraturan sekolah yang
ditetapkan akan menjadikan kita seorang murid yang berdisiplin dan dapat menggalakkan diri kita sentiasa berfikiran positif.

56
Tajuk 32.1 ( Sebab-sebab Murid perlu Mematuhi Peraturan Sekolah )

Setiap murid perlu mematuhi peraturan-peraturan di sekolah. Tuliskan karangan tentang peraturan-peraturan yang perlu
dipatuhi.

Setiap sekolah mempunyai peraturan yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah. Murid perlu mematuhi semua peraturan sekolah.
Terdapat beberapa sebab murid perlu mematuhi peraturan sekolah.

Antara sebab murid perlu mematuhi peraturan sekolah adalah dapat menjaga ketenteraman sekolah. Murid akan takut untuk
melanggar peraturan sekolah seperti membuat bising. Murid yang melanggar peraturan sekolah akan didenda. Justeru, keadaan sekolah
akan menjadi aman dan tenteram.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Guru dapat mengajar murid dengan lebih berkesan.
Murid pula dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Justeru, pencapaian murid dalam pelajaran pasti menjadi lebih baik.

Peraturan sekolah juga dapat mengelakkan harta benda sekolah daripada rosak. Murid yang merosakkan harta benda sekolah
akan didenda. Ibu bapa murid tersebut akan turut dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan tentang kelakuan anak mereka. Ekoran itu, pihak
sekolah tidak akan menghadapi masalah kekurangan kerusi dan meja murid.

Selain itu, peraturan sekolah juga bertujuan menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Nilai-nilai murni akan diterapkan
secara langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan ialah menghargai waktu dan sikap bertanggungjawab.
Nilai-nilai murni yang diamalkan di sekolah ini diharapkan akan berterusan diamalkan oleh murid ketika berada di rumah.

Kesimpulannya, terdapat beberapa sebab murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak
mereka supaya mematuhi peraturan sekolah. Oleh yang demikian, pihak sekolah pula perlu mengambil tindakan terhadap murid yang
melanggar peraturan sekolah.

Tajuk 32.2 ( Kepentingan Melaksanakan Peraturan-peraturan di Sekolah )

Jelaskan kepentingan melaksanakan peraturan-peraturan di sekolah.

Peraturan sekolah merupakan undang-undang kecil yang dikuatkuasakan oleh pihak sekolah. Semua murid mesti mematuhi peraturan dan
tiada seorang murid pun diberikan pengecualian.

Peraturan sekolah dapat membentuk tingkah laku murid-murid agar menjadi insan yang berdisiplin dan bersahsiah positif.
Dengan wujudnya peraturan, murid-murid tahu menghormati guru, tidak bergaduh sesama rakan, dan dapat mencegah diri mereka daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang kurang elok.

Peraturan sekolah berperanan membantu guru untuk mengawal murid-murid. Secara tidak langsung, beban kerja guru dapat
dikurangkan. Guru dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dengan pelaksanaan peraturan juga persekitaran sekolah menjadi lebih selesa. Murid-murid dapat Pelajar dengan tenang tanpa
sebarang gangguan. Pergaulan sesama murid juga senantiasa terjaga.

Pelaksanaan peraturan sekolah akan dapat mengangkat imej sekolah sebagai institusi yang disegani. Sekolah yang teguh
peraturannya akan dihormati oleh para murid dan masyarakat keseluruhannya.

Kesimpulannya, pelaksanaan peraturan sekolah adalah untuk kebaikan murid-murid dan pihak sekolah.

57
Tajuk 33 ( Laporan Perkhemahan )

Pasukan Pengakap sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan tahunan. Beberapa aktiviti telah diadakan semasa perkhemahan.
Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Perkhemahan Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada hari Jumaat yang lalu, seramai 42 orang murid Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9 dan 4 orang guru pengiring telah
mengadakan perkhemahan tahunan di Tapak Perkhemahan Kampung Ulu Slim. Peserta telah menaiki bas ke tapak perkhemahan berkenaan.

Tujuan perkhemahan itu dijalankan adalah untuk memupuk semangat berdikari dalam kalangan ahli pengakap, di samping
mendedahkan pengalaman berkhemah di dalam hutan.

Sebaik sahaja tiba di tapak perkhemahan, guru pengiring, iaitu Cikgu Hasadi dan Cikgu Imran telah membahagi-bahagikan peserta
pengakap kepada beberapa kumpulan dan diagihkan tugasan. Kumpulan A dikehendaki memasang khemah, manakala Kumpulan B
dikehendaki mengangkat air, Kumpulan C ditugaskan untuk mengumpul kayu api, Kumpulan D menyediakan makanan dan sebagainya.

Sepanjang perkhemahan, banyak aktiviti menarik telah dilakukan. Contohnya, aktiviti meredah hutan, pertandingan kawad kaki
antara kumpulan, pertandingan membuat gajet dan sebagainya. Malam terakhir perkhemahan telah diadakan malam kebudayaan, iaitu
semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan seperti tarian, nyanyian, atau lakonan.

Pada hari berikutnya, sebelum berangkat meninggalkan tapak perkhemahan, kami bekerjasama membersihkan tapak
perkhemahan. Kami pulang menaiki bas yang sama semasa datang ke tapak perkhemahan.

Walaupun letih, tetapi kami berasa seronok kerana dapat menyertai aktiviti ini. Harapan saya semoga Pasukan Pengakap akan
menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 14 APRIL 2019.

Adam Danial
(ADAM DANIAL BIN ARIF IKMAL)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.
Tajuk 33.1 ( Laporan Perkhemahan )

Pasukan Pengakap sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan tahunan. Beberapa aktiviti telah diadakan semasa perkhemahan.
Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan perkhemahan tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Aktiviti Perkhemahan Pasukan Pengakap

Pada 7 hingga 8 April 2019, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan perkhemahan di Hutan Lipur Bukit Suria.
Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 40 orang pengakap dan 6 orang guru pengiring.

Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan diri dan memupuk
semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang
bertanggungjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul dalam kalangan ahli, akan dibincangkan dengan ketua
kumpulan.

Semua peserta mendirikan khemah mengikut kumpulan masing-masing. Selain itu, peserta perkhemahan juga bergotong-royong
mencari kayu api, memasak makanan dan membersihkan kawasan persekitaran khemah.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan dan
sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.

Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai ilmu
pengetahuan baharu. Malah hubungan antara ahli pengakap bertambah erat.

Laporan disediakan oleh, 16 APRIL 2019.


58
Muhammad Hadif
(MUHAMMAD HADIF BIN SYUKERI)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap, SK Parit 9.

Tajuk 33.2 ( Laporan Perkhemahan )

Sekolah kamu baru selesai mengadakan perkhemahan pengakap. Sebagai setiausaha pasukan pengakap, kamu dikehendaki menyediakan
laporan tentang perkhemahan tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pasukan beruniform pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan perkhemahan pada hari Sabtu, 21 Mac 2019 dan berakhir
pada Ahad, 22 Mac. Perkhemahan tersebut diadakan di padang sekolah. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 88 orang ahli
pengakap dan enam orang guru pemimpin pengakap telah menyertai perkhemahan tersebut.

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang perkhemahan kepada semua ahli. Di samping itu, mereka
dapat mempelajari beberapa ilmu pengetahuan yang patut diketahui oleh semua ahli secara asas. Perkhemahan tersebut juga bertujuan
untuk memupuk nilai-nilai murni.

Pendaftaran ahli yang menyertai perkhemahan bermula pada pukul 8:00 pagi. Para peserta diberikan taklimat oleh Encik Ishak
bin Jamil selaku penasihat pasukan pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9. Kemudian, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Selepas itu, mereka membersihkan tapak perkhemahan serta mendirikan khemah. Selesai mendirikan khemah, setiap kumpulan mula
memasak untuk makan malam menggunakan bahan-bahan yang dibawa dari rumah masing-masing.

Pembinaan gajet, aktiviti pertolongan cemas, aktiviti kembara, merentas halangan, dan persembahan kebudayaan turut
dilaksanakan mengikut jadual yang telah diatur. Setiap peserta bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam setiap aktiviti bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Guru Besar amat berpuas hati dengan penglibatan murid-murid. Menurut beliau, aktiviti tersebut boleh dijadikan agenda
tahunan dan boleh dicontohi oleh unit-unit beruniform yang lain. Semangat kerjasama dan bakat kepemimpinan yang diterapkan akan
menjadikan mereka lebih berdikari pada masa akan datang. Perkhemahan melabuhkan tirainya pada pukul 5:00 petang.

Disediakan oleh, 25 MAC 2019.

Muhammad Amir
(MUHAMMAD AMIR BIN RAZAK)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Parit.

Tajuk 33.3 ( Laporan Perkhemahan )

Pasukan Pengakap sekolah anda telah mengadakan satu perkhemahan di sebuah kawasan taman negara. Selaku setiausaha persatuan,
sediakan laporan tentang aktiviti perkhemahan tersebut. ( Laporan )

Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Parit 9, telah mengadakan satu perkhemahan pada cuti semester yang lalu yakni dari 28 April hingga
30 April 2019. Perkhemahan kali ini telah diadakan di kawasan hutan simpan Endau-Rompin, Johor. Sebanyak 50 orang ahli pengakap sekolah
ini bersama-sama enam orang guru pengiring.

Perkhemahan tersebut berlangsung selama tiga hari dua malam bertujuan untuk mendedahkan aktiviti perkhemahan kepada
ahli persatuan. Pada masa yang sama aktiviti sebegini mampu untuk mengeratkan hubungan antara ahli serta memupuk semangat
bekerjasama antara mereka pula.

Pada hari pertama perkhemahan tersebut, ahli pengakap telah diuji tentang kemahiran mereka untuk memasang khemah dan
mencari kedudukan dalam peta. Aktiviti ini amat penting buat mana-mana diri pengakap kerana kedua-dua aktiviti itu mampu memberikan
satu keyakinan kepada pengakap untuk berdikari di dalam hutan.

Manakala hari kedua pula, satu acara merentas hutan telah dijalankan. Lima pasukan telah dibentuk dengan setiap pasukan mempunyai
sepuluh orang ahli pengakap dan seorang guru yang akan berjalan merentas hutan berpandukan peta yang telah diberikan. Dengan
berbekalkan bahan-bahan asas seperti makanan ringan, kompas, pisau, tali dan ubat-ubatan mereka terpaksa berjalan hampir 10 km dan

59
kembali ke kawasan perkhemahan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mewujudkan semangat tabah dan kerjasama antara ahli
pengakap.

Pada hari terakhir, mereka dibenarkan untuk mandi-manda sebelum bertolak pulang ke Selangor pada sebelah petangnya.
Perkhemahan ini berakhir pada jam 12 tengah hari.

Laporan disediakan oleh, 14 MEI 2019.

Azman Azali
(AZMAN BIN AZALI)
Setiausaha,
Pasukan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.
Tajuk 33.4 ( Minggu Pengindahan Sekolah )

Andaikan bahawa kamu setiausaha Kelab Pencinta Alam sekolah. Kamu diminta menulis laporan tentang Minggu Pengindahan Sekolah
yang telah diadakan. Tuliskan laporan kamu selengkapnya.

Laporan Minggu Pengindahan Sekolah Kebangsaan Parit 9

Kelab Pencinta Alam, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah menganjurkan Minggu Pengindahan Sekolah bermula pada 5 Mac 2019 dan berakhir
pada 9 Mac 2019.

Aktiviti yang diadakan ialah pertandingan Kelas Terbersih. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori, iaitu tahap satu
dan tahap dua. Tahap satu melibatkan murid tahun satu hingga tahun tiga, manakala tahap dua melibatkan murid tahun empat hingga tahun
enam.

Aktiviti lain yang diadakan ialah membuat mural pada dinding-dinding bangunan sekolah. Mural itu dilukis oleh murid-murid
tahap dua. Selain mural, prinsip-prinsip Rukun Negara dan cogan kata sekolah turut ditulis pada dinding-dinding bangunan sekolah.

Taman bunga yang dilengkapi air pancut pula dibina bersebelahan dengan makmal komputer sekolah. Selain memperindah
kawasan sekolah, taman ini dapat dijadikan tempat warga sekolah berehat. Setiap kelas menyumbangkan benih-benih bunga untuk
menjayakan projek ini.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya kerana mendapat kerjasama yang padu daripada seluruh
warga sekolah. Kami berasa gembira kerana matlamat untuk mengindahkan kawasan sekolah telah tercapai.

Saya berharap semoga usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah ini berjalan sepanjang masa oleh setiap warga sekolah.
Sekolah yang bersih dan indah akan menceriakan suasana persekitaran kawasan sekolah, dan seterusnya menggalakkan murid-murid untuk
datang ke sekolah pada setiap hari.

Laporan disediakan oleh, 12 MAC 2019.

Hazril
(MUHAMAD HAZRIL BIN HASY1M)
Setiausaha,
Kelab Pencinta Alam,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.5 ( Karnival Jom Sihat dan Ceria )

Persatuan penduduk di kampung kamu telah mengadakan Karnival Jom Sihat dan Ceria. Sebagai setiausaha persatuan penduduk , kamu
diminta untu menyediakan laporan tentang karnival tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Karnival Jom Sihat dan Ceria 2019

Persatuan Penduduk Parit 9 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Sekichan telah menganjurkan Karnival Jom Sihat dan Ceria di Dewan Semai
Bakti. Karnival ini diadakan pada 8 dan 9 September 2018 bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat. Program yang
dijalankan selama dua hari ini dapat menarik kunjungan orang ramai, termasuklah golongan dewasa dan kanak-kanak.

Sepanjang karnival ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya ialah aktiviti senamrobik yang diketuai
oleh jurulatih berpengalaman dilakukan pada awal pagi. Ramai pengunjung daripada pelbagai peringkat umur melibatkan diri dalam
senaman ini.

60
Selain itu, kempen derma darah juga dilancarkan dalam karnival ini. Ramai pengunjung mengambil peluang untuk menyertai
aktiviti menderma darah. Pihak penganjur juga menyediakan alat-alat kecergasan untuk digunakan oleh pengunjung. Jurulatih bertauliah
akan membimbing mereka tentang cara mengendalikan alatan tersebut.

Sudut pameran kesihatan dan kecergasan yang dinamakan 'Gerbang Kesihatan' juga disediakan untuk para pengunjung. Mereka
didedahkan dengan pelbagai informasi berkaitan dengan kesihatan. Para pengunjung boleh mendapatkan risalah kesihatan di sudut
pameran ini juga.

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti sepanjang karnival ini berjalan dengan lancar. Seinua pengunjung berpuas hati dan mahu
program seperti ini dijalankan lagi pada masa akan datang. Pihak penganjur berasa berbesar hati kerana dapat memberikan kerjasama yang
baik.

Disediakan oleh, 19 SEPTEMBER 2019.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)
Setiausaha Persatuan Penduduk Parit 9.

Tajuk 33.6 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis laporan tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang pernah kamu sertai atau lihat.

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan SK Parit 9

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan adalah
untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-62 pada tahun ini .Majlis ini diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah dihias
dengan cantik.

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Sambutan ini juga telah dipimpin oleh Encik Nazri bin Sungit
selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit turut hadir dalam majlis sambutan ini.

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya,
sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang daripada Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Parit 9. Terukir
senyuman di bibir para guru Sekolah Kebangsaan Parit 9 apabila melihat persembahan tersebut.

Seterusnya Guru Penolong Kanan membaca perutusan Hari Kebangsaan. Kemudian, Guru Besar memberi ucapan dan
mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit telah menyempurnakan acara perasmian sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2019 .

Seterusnya, pertandingan melukis poster, pertandingan menghasilkan Jalur Gemilang, kuiz dan Pertandingan Kelas Paling
Patriotik turut diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2019. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk
mencari pemenang-pemenangnya. Pemenang pertandingan diberi hadiah oleh Guru Besar.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan nyanyian lagu Negaraku dan jamuan ringan. Sambutan kali ini sungguh
meriah.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2019.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)

Tajuk 33.7 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis laporan tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang pernah kamu sertai atau lihat.

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Pada tanggal 31 Ogos yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Dataran Merdeka untuk menyambut Hari Kemerdekaan. 31 Ogos merupakan
Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut pada setiap tahun.

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah bergerak ke Dataran Putrajaya. Kami ingin menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62. Tema
Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’.

61
Sebaik sahaja kami tiba, kelihatan ramai orang telah membanjiri kawasan Dataran Putrajaya. Di bahagian hadapan terdapat
pentas yang menempatkan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan yang lain. Kami mengambil tempat duduk yang sesuai. Jalur Gemilang
menghiasi setiap penjuru Dataran Putrajaya.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Jalur Gemilang berkibar megah. Selepas itu pasukan perbarisan yang
terdiri daripada pasukan polis, tentera, bomba dan badan kerajaan yang lain melintasi dataran. Suasana sangat meriah. Pertunjukan pesawat
udara juga diadakan. Enam buah pesawat tentera terbang rendah dan membuat beberapa aksi yang menarik.

Seterusnya, Perdana Menteri melaungkan ungkapan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" dan diikuti oleh semua penonton dengan
bersemangat. Kami berasa bangga kerana tinggal di sebuah negara yang merdeka dan aman damai.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2019.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)

Tajuk 33.8 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan

Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan. Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh
keramat ini seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan riang gembira dan yang penting dapat
menambah rasa cinta rakyat terhadap negara.

Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri
dan para menteri. Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang”. Sewaktu
bendera dinaikkan lagu “Negaraku” dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji
taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri
daripada murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin
negara yang berdiri di atas pentas utama.

Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh
bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform ,pertunjukan jet di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara
terjun dari helikopter sambil mengibarkan “Jalur Gemilang”.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan.
Persembahan ini dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat
Malaysia yang datang sendiri sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengambil foto peristiwa
yang berlaku pada hari tersebut.

Disediakan oleh, 1 SEPTEMBER 2019.

Mohamad Asraf
(MOHAMAD ASYRAF BIN ISMADI)
Tajuk 33.9 ( Laporan Projek Jalur Gemilang Gergasi )

Sekolah kamu telah mengadakan projek Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan baru-baru ini. Kamu diminta untuk
menulis laporan tentang projek tersebut. Tulis laporan kamu itu selengkapnya.

Laporan Projek Jalur Gemilang Gergasi

Pada 15 Ogos 2019 yang lalu, Kelab Reka Cipta Sekolah Kebangsaan Abi, Kangar, Perlis telah melaksanakan projek Jalur Gemilang Gergasi
sempena bulan kemerdekaan.

62
Seminggu sebelum projek tersebut bermula, ahli jawatankuasa kelab telah berjumpa dengan guru penyelaras untuk berbincang
tentang projek Jalur Gemilang Gergasi. Sebaik sahaja mendapat keizinan, ahli kelab terus membuat persiapan.

Masa yang diambil untuk melakar dan melukis Jalur Gemilang pada kain yang bersaiz 10 meter x 20 meter ini adalah selama
seminggu. Kerja-kerja dibahagikan mengikut tahun dan kelas ahli kelab.

Proses mewarnakan Jalur Gemilang Gergasi ini juga memakan masa hampir seminggu. Kerjasama yang erat antara ahli kelab
menjadikan kerja-kerja mewarnai bendera berjalan dengan lancar.

Sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan, ahli kelab sekali lagi bergading bahu. Kali ini adalah untuk menggantungkan Jalur Gemilang
Gergasi itu pada luar koridor yang menghadap pejabat sekolah.

Semua murid di sekolah ini berbangga kerana pada tahun ini sambutan bulan kemerdekaan lebih meriah berbanding dengan
tahun-tahun lepas.

Laporan disediakan oleh, 21 OGOS 2019.

Batrisya
(BATR1SYIA BINT1 AZHAR)
Setiausaha Kelab Reka Cipta
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.10 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

Pihak sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Kamu diminta oleh guru kamu untuk menulis berita tentang sambutan
tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.

SEKINCHAN, 1 September - Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan pada minggu lepas. Perayaan
sambutan hari kemerdekaan tersebut diadakan selama seminggu.

Banyak aktiviti telah diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan itu. Majlis perasmian telah disempurnakan
oleh Guru Besar sekolah tersebut, iaitu Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan. Beliau menyeru semua murid menanam semangat patriotik
dalam diri masing-masing.

Pada hari tersebut, persembahan daripada murid juga diadakan. Persembahan yang diadakan ialah puisi hari kemerdekaan dan
sketsa tentang peristiwa penjajahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu. Persembahan tersebut telah mendapat sambutan yang
memberangsangkan daripada para penonton.

Selain itu, pertandingan menulis esei dan mengarang puisi turut diadakan Pertandingan ini disertai oleh semua murid Tahap 2.
Pada hari penutup, semua nama pemenang telah diumumkan. Para pemenang mendapat hadiah dan sijil penyertaan.

Sepanjang minggu sambutan itu, pertandingan melukis poster dan menghias kelas dengan bendera turut diadakan. Pada hari itu,
kami juga menonton video tentang perjuangan para pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan negara kita daripada penjajah.

Program sambutan bulan kemerdekaan tersebut telah berjaya mencapai tujuannya. Sambutan itu telah dapat menanam
semangat cinta akan negara. Diharapkan sambutan ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Tajuk 33.11 ( Sambutan Hari Kemerdekaan )

63
Sempena Bulan Kemerdekaan. sekolah kamu telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu
dikehendaki menulis berita tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

SEKINCHAN. 16 Ogos - Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah menganjurkan sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos lalu.

Tujuan Bulan Kemerdekaan mi diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dalam kalangan murid-murid. Di samping itu.
dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah kemerdekaan negara. Murid-murid juga dapat dipupuk amalan bersvukur
dan menghargai
kemajuan yang dicapai oleh negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian sambutan bulan berkenaan telah dilakukan oleh Tuan Guru Besar. Beliau mengingatkan murid-
murid supaya berasa bersyukur dapat tinggal di negara yang aman. Kemudian telah diadakan persembahan deklamasi sajak dan koir
bertemakan kemerdekaan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah pertandingan pidato, pertandingan menulis esei.
pertandingan melukis poster dan pameran sejarah kemerdekaan. Setiap kelas tahap 2 telah menghantar peserta bagi pertandingan yang
diadakan. Penyertaan murid-murid begitu menggalakkan terutama bagi pertandingan melukis poster dan menulis esei.

Pada acara penutup pada 16 September, Tuan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.
Hadiah yang disampaikan berupa trofi dan sijil penghargaan. Sebelum bersurai, semua murid diminta melaungkan kalimah "Merdeka"
dengan penuh semangat.

Diharapkan melalui program sebegini, semangat sayang akan negara sentiasa subur dan berkekalan di jiwa setiap murid.
Semangat patriotisme ini amat penting bagi murid-murid yang akan menjadi generasi pelapis negara.

Tajuk 33.12 ( Pengalaman Menyaksikan Sambutan Hari Kemerdekaan )

Tulis pengalaman anda menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada tanggal 31 Ogos yang lalu, kami sekeluarga telah pergi ke Dataran Putrajaya untuk menyambut Hari Kemerdekaan. 31 Ogos merupakan
Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut pada setiap tahun.

Pagi-pagi lagi kami sekeluarga sudah bergerak ke Dataran Merdeka. Kami ingin menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62. Tema
Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih’.

Sebaik sahaja kami tiba, kelihatan ramai orang telah membanjiri kawasan Dataran Putrajaya. Di bahagian hadapan terdapat
pentas yang menempatkan Perdana Menteri dan tetamu kenamaan yang lain. Kami mengambil tempat duduk yang sesuai. Jalur Gemilang
menghiasi setiap penjuru Dataran Putrajaya.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Jalur Gemilang berkibar megah. Selepas itu pasukan perbarisan yang
terdiri daripada pasukan polis, tentera, bomba dan badan kerajaan yang lain melintasi dataran. Suasana sangat meriah. Pertunjukan pesawat
udara juga diadakan. Enam buah pesawat tentera terbang rendah dan membuat beberapa aksi yang menarik.

Seterusnya, Perdana Menteri melaungkan ungkapan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" dan diikuti oleh semua penonton dengan
bersemangat. Kami berasa bangga kerana tinggal di sebuah negara yang merdeka dan aman damai.

64
Tajuk 33.13 ( Persiapan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan )

Berdasarkan gambar, tulis satu karangan tentang persiapan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Pada setiap tahun sekolah saya mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan. Tujuannya agar semua warga sekolah dapat menyemaikan
semangat patriotik dalam diri masing-masing.

Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah "Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih". Sekolah saya tidak ketinggalan untuk
menyambutnya. Kami membuat beberapa persiapan rapi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ini. Majlis ini akan diadakan di dalam
dewan. Murid-murid dan guru-guru berganding bahu menghias dewan sekolah agar kelihatan ceria.

Saya dan Cikgu Kamal menampal logo-logo hari kemerdekaan yang lepas pada dinding dewan. Kami berharap agar murid-murid
akan mengetahui tema dan slogan yang digunakan. Dengan itu, dapatlah mereka menambah pengetahuan. Selain itu, rakan-rakan saya turut
menolong cikgu menghias dewan dengan menggantung belon yang berwarna-warni untuk menambah keceriaan sambutan majlis
berkenaan.

Raju menyusun kerusi untuk dijadikan tempat duduk para tetamu serta murid-murid yang akan menyaksikan acara yang akan
berlangsung. Mereka akan lebih selesa. Cikgu Wati menghias pentas. Beliau dibantu oleh Alia. Tempat persembahan dihias dengan banting
dan Jalur Gemilang. Bendera-bendera negeri dalam Malaysia juga diletakkan di hadapan pentas sebagai hiasan.

Kesungguhan warga sekolah membuat persiapan sambutan Hari Kemerdekaan ini sudah menunjukkan perasaan cinta
akan negara. Semoga sambutan yang diadakan ini akan dapat melahirkan generasi yang menghargai pemimpin. Kita berharap negara kita
akan kekal harmoni selamanya.

Tajuk 33.14 ( Sambutan Hari Kemerdekaan di Sekolah )

Tulis cerita tentang sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah kamu.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan adalah
untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-62 pada tahun ini .Majlis ini diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah dihias
dengan cantik.

Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa. Sambutan ini juga telah dipimpin oleh Encik Nazri bin Sungit
selaku pengerusi majlis. Tetamu kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit turut hadir dalam majlis sambutan ini.

Acara pada hari itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesaran negeri Selangor dan lagu sekolah. Seterusnya,
sambutan dimeriahkan lagi dengan nyanyian hebat lagu Jalur Gemilang daripada Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Parit 9. Terukir
senyuman di bibir para guru Sekolah Kebangsaan Parit 9 apabila melihat persembahan tersebut.

Seterusnya, Guru Penolong Kanan membaca perutusan Hari Kebangsaan. Kemudian, Guru Besar memberi ucapan dan
mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan. Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit telah menyempurnakan acara perasmian sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2019 .

65
Seterusnya, pertandingan melukis poster, pertandingan menghasilkan Jalur Gemilang, kuiz dan Pertandingan Kelas Paling
Patriotik turut diadakan sempena Sambutan Kemerdekaan Tahun 2019. Guru-guru yang berkenaan akan menilai kelas-kelas ini untuk
mencari pemenang-pemenangnya. Pemenang pertandingan diberi hadiah oleh Guru Besar.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan nyanyian lagu Negaraku dan jamuan ringan. Sambutan kali ini sungguh
meriah.

Tajuk 33.15 ( Bengkel Kecemerlangan Akademik )

Pihak sekolah kamu telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan Akademik untuk murid-murid tahun enam. Sebagai setiausaha tahun enam,
kamu dikehendaki menulis laporan tentang majlis yang diadakan. Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Bengkel Kecemerlangan Akademik


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 20 Jun 2019, bertempat di Dewan SK Parit telah berlangsungnya aktiviti bengkel kecemerlangan akademik bagi tahun 2019. Bengkel
kecemerlangan akademik ini berjalan dengan lancarnya dari awal hingga akhir dengan disertai oleh seramai 120 orang murid Tahun 6
bersama-sama 20 orang guru Tahun 6 yang dibantu oleh fasilitator dari IQ Management.

Pada jam 8.00 pagi, semua peserta dikehendaki mendaftar di kaunter pendaftaran Selesai mendaftar, para peserta berkumpul di
dewan untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh fasilitator.

Selesai taklimat, acara perasmian diadakan. Bengkel kecemerlangan kali ini dirasmi oleh YDP PIBG SK Parit 9 iaitu Encik Ridzuan
bin Mardan. Selesai acara perasmian aktiviti pun bermula dengan ceramah teknik menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, dan Sains. Ceramah telan disampaikan oleh guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang.

Pada sebelah petang diadakan sesi bengkel teknik belajar dan cara-cara belajar yang berkesan oleh pakar motivasi yang terkenal
iaitu Dato Doktor Mohd Fadzilah bin Kamsah.

Pada jam 5.00 petang, majlis penutupan dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan. Beliau menyeru agar
murid menggunakan segala ilmu yang dipelajari hari ini untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada bulan
September nanti.

Disediakan oleh, 22 JUN 2019.

Faizul
(FAIZUL HANIM BIN FARID KAMIL)
Setiausaha Tahun Enam, SK Parit 9.

Tajuk 33.16 ( Program Peningkatan Akademik )

Satu program kecemerlangan akademik untuk meningkatkan prestasi URSR telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang program tersebut. Tulis karangan berita
kamu itu selengkapnya. ( Berita )

SUNGAI BESAR, 16 Julai - Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan, Selangor dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah
mengadakan program kecemerlangan akademik (UPSR) yang bermula hari ini. Program kecemerlangan ini dihadiri oleh 150 orang murid.
Program tersebut mendapat sambutan yang amat memuaskan daripada ibu bapa dan penjaga murid.

Program yang diadakan di bangunan Menara Zakat, Sungai Besar itu berlangsung selama dua hari satu malam. Program
kecemerlangan ini bermula pada 15 Julai dan berakhir pada 17 Julai 2019. Program kecemerlangan UPSR tersebut telah dirasmikan oleh
Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Asmawi bin Haji Tajuddin.

66
Menurut Tuan Haji Asmawi, objektif program kecemerlangan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid
teknik belajar yang berkesan. Mereka juga dibimbing cara menjawab soalan yang betul dan pengurusan masa yang baik. Selain itu, program
ini juga bertujuan untuk meningkatkan disiplin dan yakin diri dalam kalangan murid-murid.

Program kecemerlangan diisi dengan pelbagai idea dan teknik penyampaian ilmu yang berkesan. Antaranya, termasuklah
ceramah, bengkel, kembara akademik dan sesi renungan. Seramai enam orang guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing telah
mengendalikan program kecemerlangan akademik ini.

Menurut seorang peserta program Dhia Irdina binti Rafaei, dia berasa amat gembira kerana berpeluang mengikuti program
tersebut. Menurutnya lagi, setelah mengikuti program dua hari satu malam ini, dia memperoleh banyak tip pembelajaran yang berguna. Di
samping itu, dia juga lebih berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang.

Upacara perasmian penutup Program Kecemerlangan UPSR 2019 telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SK Parit 9,
Sekinchan, Encik Ridzuan bin Mardan. Beliau mengharapkan program ini dapat melahirkan murid yang cemerlang, berdisiplin dan berpekerti
mulia.

Tajuk 33.17 ( Laporan Latihan Kebakaran )

Kamu merupan setiausaha Persatuan Keselamatan Sekolah. Baru-baru ini, persatuan kamu telah mengadakan satu latihan kebakaran. Kamu
telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang latihan tersebut. Tulis laporan kamu selengkapnya.

Laporan Latihan Kebakaran Peringkat Sekolah

Pada hari Rabu bertarikh 25 Mac 2019 satu latihan kebakaran telah diadakan di Sekolah Parit 9. Latihan kebakaran ini telah mendapat
kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghantar lima orang ahlibomba bersama
dengan sebuah kereta bomba untuk mengadakan demontrasi kebakaran.

Pada pukul 10.00 pagi loceng kecemasan dibunyikan secara berterusan. Semua murid meninggalkan bilik darjah masing-masing
dengan segera. Mereka diminta berkumpul di padang sekolah. Semua ketua kelas diminta membawa jadual kedatangan untuk memeriksa
kedatangan murid.

Selain itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah memberi taklimat tentang tatacara menghadapi kebakaran. Banyak
pengetahuan yang telah kami peroleh sepanjang latihan tersebut diadakan.

Latihan kebakaran ini berakhir pukul 11 pagi. Program ini telah memberi banyak faedah kepada warga sekolah.

Laporan disediakan oleh, 30 MAC 2019.

Ruslan
(RUSLAN BIN ROSMAN)
Setiausaha,
Persatuan Keselamatan Sekolah.

Tajuk 33.18 ( Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah )

Kamu diminta menulis tentang Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah.

Laporan Hari Anugerah Cemerlang


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah pada 17 November yang lalu di Dewan Sekolah
Kebangsaan Parit 9. Ramai tetamu telah hadir ke majlis tersebut. Majlis tersebut telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi.

67
Sebaik sahaja semua tetamu jemputan duduk di ruang yang disediakan, acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zainul
bin Sayuti. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Encik Ridzuan bin Mardan selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru yang
seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada semua murid yang menerima hadiah kecemerlangan
dalam bidang akademik, dan bidang kokurikulum. Selepas upacara perasmian, hadirin yang hadir dihiburkan dengan persembahan koir
daripada murid-murid Tahap 2.

Selepas itu, sesi penyampaian hadiah kepada murid cemerlang bagi setiap kelas dijalankan. Hadiah-hadiah telah disampaikan
oleh Guru Besar dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah iaitu Encik Ridzuan bin Mardan. Amirul Hakim dan Nabila Hana binti
Shamsul telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid.

Sebelum majlis tamat, Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir ke majlis tersebut.
Pihak sekolah berharap, majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah yang akan datang akan diadakan dengan lebih meriah.

Laporan disediakan oleh, 20 NOVEMBER 2019.

Muhammad Aiman
(MUHAMMAD AIMAN BIN AMRAN)
Setiausaha,
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah,
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.19 ( Laporan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah )

Sekolah kamu telah mengadakan program Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Murid Tahun Enam. Kamu dikehendaki
menulis karangan tentang program tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Laporan Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Dan


Graduasi Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 19 November yang lalu, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan program Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dan
Graduasi Murid Tahun Enam bagi sesi persekolahan 2019. Acara yang diadakan di dewan besar sekolah ini hanya melibatkan murid-murid
yang mendapat tempat pertama hingga ketiga bagi setiap aliran tahun serta keseluruhan murid tahun enam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk meraikan murid-murid yang telah mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kegiatan
kokurikulum, sekali gus menjadi graduasi untuk muri tahun enam yang akan meninggalkan bangku sekolah rendah dan melangkah ke
tingkatan satu pada tahun depan.

Majlis dimulakan seawal pukul 7:30 pagi apabila murid-murid yang terlibat mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.
Kira-kira pada pukul 8:30 pagi, ibu bapa dan tetamu jemputan pula mengambil tempat di dalam dewan. Selepas itu, acara bermula dengan
nyanyian rangkaian lagu "Negaraku", lagu negeri, dan lagu sekolah.

Sesi ucapan dimulakan oleh Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar murid-murid
bersedia untuk bersaing dalam pelajaran dan sentiasa mengamalkan sikap bekerjasama. Beliau turut mengucapkan tahniah atas kejayaan
yang dicapai oleh murid-murid. Selepas itu, Pengerusi PIBG pula mengisi slot ucapan. Sesi ucapan diakhiri oleh wakil murid tahun enam, iaitu
Shahrul Anuar. Sebagai mewakili semua murid tahun enam, Shahrul Anuar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
mendidik mereka, seterusnya melafazkan janji untuk memanfaatkan setiap ilmu yang telah dipelajari oleh mereka.

Majlis diteruskan dengan graduasi untuk murid tahun enam pula. Semua murid tahun enam menerima sijil penghargaan tamat
pengajian selama enam tahun di sekolah ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid tahun satu hingga tahun
enam yang mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada murid-murid yang
telah mencapai kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah dalam kegiatan kokurikulum. Majlis diakhiri dengan persembahan tarian
dan nyanyian lagu tradisional oleh murid-murid.

Pada keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih dan jutaan penghargaan
kepada semua warga sekolah yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Laporan disediakan oleh, 20 NOVEMBER 2019.

Norliza
68
(NORLIZA BINT1 ABDUL MANAN)

Tajuk 33.20 ( Catatan Program Minggu Bahasa )

Kamu telah terlibat dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di sekolah kamu. Tulis catatan tentang
pengalaman kamu sepanjang mengikuti majlis tersebut.

Khamis, 25 April 2019

8.00 pagi

Majlis Anugerah Kecemerlangan peringkat sekolah telah diadakan di dewan sekolah saya pada hari ini. Majlis tersebut telah dihadiri oleh
semua guru, murid dan ibu bapa. Selepas pendaftaran, majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh seorang guru.

8.30 pagi

Selepas itu, Guru Besar telah menyampaikan ucapan perasmian bersempena dengan majlis itu. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua
guru, ibu bapa, dan murid agar sentiasa mengutamakan pencapaian yang terbaik. Beliau merasmikan majlis tersebut selepas selesai
menyampaikan ucapannya.

9.30 pagi

Persembahan murid juga telah diadakan pada hari itu. Antara persembahan yang diadakan ialah persembahan tarian zapin dan pertunjukan
kebudayaan. Saya juga turut mengambil bahagian dalam persembahan itu. Persembahan kami mendapat tepukan gemuruh daripada
penonton yang memenuhi dewan itu.

Usai persembahan itu, acara penyampaian hadiah dan sijil diadakan. Saya tampil ke pentas apabila nama saya disebut oleh
pengacara majlis. Saya berasa bangga kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu. Ibu bapa saya
turut hadir dan mereka berasa bangga dengan pencapaian saya dalam pelajaran.

11.00 pagi

Semua penerima hadiah pada hari itu turut mengikuti sesi fotografi. Sesungguhnya aktiviti pada hari itu meninggalkan kenangan yang manis
kepada saya kerana saya dapat membuat persembahan dan juga menerima hadiah kecemerlangan akademik. Saya bertemu dengan semua
guru untuk mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka.

12.30 tengah hari

Majlis pada hari itu bersurai. Saya bertolak pulang ke rumah dengan ibu bapa. Mereka mengucapkan tahniah atas kejayaanku. Aku
tersenyum bangga dan menzahirkan rasa kesyukuran. Saya memeluk mereka kerana sentiasa memberikan dorongan, nasihat dan teguran
untuk memastikan saya mencapai kejayaan dalam semua lapangan.

Tajuk 33.21 ( Catatan Program Minggu Bahasa )

Kamu berpeluang mengikuti Program Minggu Bahasa di sekolah kamu. Tuliskan catatan pengalaman kamu itu
selengkapnya.

Selasa, 13 Februari 2019

7.00 pagi

Murid-murid berkumpul dalam dewan mengikut kelas masing-masing bagi mengikuti majlis perasmian Program Minggu Bahasa dan guru-
guru kelas pula sibuk mencatat kehadiran murid-murid dan mengenal pasti murid-murid yang tidak hadir.

8.00 pagi
Ibu bapa dan penjaga murid-murid mula datang memenuhi ruang hadapan dewan yang dikhaskan untuk tetamu yang hadir. Majlis telah
dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, dan seterusnya diikuti dengan ucapan Guru Besar sekolah iaitu Tuan Haji Zaharullai
bin Haji Hasan. Selepas itu, ucapan perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah telah diadakan. Dalam ucapannya, Pegawai Pendidikan
Daerah mengingatkan murid-murid agar terus berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam bahasa hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Beliau juga mengingatkan murid-murid agar menggunakan bahasa dengan cara yang betul.
8.30 pagi

69
Selepas sahaja ucapan perasmian, persembahan daripada murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah diadakan. Murid-murid Tahap Satu
telah membuat persembahan tarian budaya masyarakat Malaysia, manakala murid-murid Tahap Dua telah membuat persembahan koir
lagu-lagu patriotik. Ibu bapa dan tetamu yang hadir terhibur dengan persembahan yang diadakan tersebut.
9.30 pagi
Berakhir sahaja persembahan murid, pertandingan cerita, pertandingan sajak atau syair, pertandingan pantun, dan pertandingan pidato
telah diadakan mengikut tempat-tempat yang telah disediakan seperti di pusat sumber. makmal komputer, dan dewan besar. Setiap
pertandingan berlangsung dengan jaya dan meriah.
12.30 tengah hari
Acara penyampaian hadiah bermula sebaik sahaja semua pertandingan berakhir. Murid-murid yang cemerlang dan berjaya dalam
pertandingan yang disertai telah dipanggil naik ke pentas untuk menerima hadiah daripada Guru Besar dan Pegawai Pendidikan Daerah.
Acara penyampaian hadiah berakhir dengan penganugerahan murid cemerlang bahasa bagi kategori lelaki dan perempuan. Mohamad
Lukman Hakim dan Nur Naziha Ramli daripada Tahun Enam telah dipilih sebagai Murid Cemerlang Lelaki dan Perempuan bagi Program
Minggu Bahasa. Kedua-dua murid ini telah diiringi dengan pasukan kompang untuk naik ke pentas bagi menerima hadiah daripada Pegawai
Pendidikan Daerah.
1.00 tengah hari
Sebelum majlis bersurai. tetamu jemputan dan ibu bapa telah dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang diadakan di kantin sekolah
Murid-murid telah dibenarkan pulang mengikuti ibu bapa dan penjaga masing-masing setelah majlis jamuan. Program minggu bahasa telah
berjalan lancar dan kami semua berasa gembira sekali pada hari tersebut.

Tajuk 33.22 ( Catatan Program Minggu Bahasa )

Kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita dan telah menulis catatan tentang hari pertandingan tersebut. Tuliskan
catatan kamu selengkapnya.

Isnin, 20 Ogos 2019

8.00 pagi

Aku tiba di SK Tun Nilam. Aku mengikut Cikgu Diyana membuat pendaftaran di dewan sekolah. Jantungku berdegup kencang melihat peserta-
peserta lain. Tambahan pula, orang ramai mula memenuhi dewan.

8.30 pagi

Aku mengambil tempat duduk di barisan peserta. Aku bernasib baik kerana mendapat nombor giliran yang ke-15. Selepas ucapan pengerusi
majlis, pertandingan bercerita pun dimulakan.

9.30 pagi

Kini, tiba giliranku. Aku naik ke atas pentas dengan penuh cermat. Walaupun aku gugup, namun aku mencuba untuk kelihatan tenang.
Selepas mengucapkan salam, aku pun memulakan ceritaku. Aku mengingati pesanan Cikgu Diyana. Aku perlu bercerita dengan suara yang
lantang. Aku menyampaikan ceritaku dengan gaya yang menarik.

11.00 pagi

Kesemua 30 orang peserta sudah pun menyampaikan cerita masing-masing. Kami menunggu keputusan juri sambil menyaksikan
persembahan. Perasaanku berdebar-debar. Aku tergamam apabila diumumkan sebagai juara pertandingan tersebut. Aku naik ke atas pentas
dan menerima hadiah dengan penuh bangga.

Tajuk 33.23 ( Kempen Bulan Bahasa Melayu )

70
Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Bulan Bahasa Melayu. Ceritakan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Kempen Bulan Bulan
Bahasa Melayu . Tuliskan cerita kamu selengkapnya. ( Cerita )

Guru Besar SK Kampong Bahagia telah merasmikan Kempen Bulan Bahasa Melayu pada waktu perhimpunan yang diadakan di sekolah kami.
Beliau berharap semoga murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan Bahasa Melayu dengan mengamalkan penggunaan bahasa
secara sopan.

Pelbagai aktiviti bahasa telah dijalankan sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan
mengarang esei, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata dan pertandingan syarahan. Kesemua acara yang
dipertandingkan itu mendapat penyertaan yang menggalakkan sekali daripada murid-murid.

Saya juga tidak ketinggalan untuk menyertai aktiviti Jejak Maklumat. Aktiviti ini lebih kurang sama dengan acara "treasure
hunt" tetapi acara ini memerlukan kita mencari perkataan-perkataan yang disembunyikan di sekitar kawasan sekolah. Perkataan-
perkataan ini pula perlu dicantumkan untuk membentuk satu peribahasa Melayu yang tepat dan membawa maksud tertentu.

Sepanjang Minggu Bahasa Melayu, pada setiap hari waktu perhimpunan pagi, guru-guru akan mengadakan kuiz ringkas
Bahasa Melayu untuk murid-murid. Guru yang bertugas pula akan mengutarakan soalan-soalan yang mudah dan ringkas. Walaupun
hadiahnya kecil, namun aktiviti inilah yang mendapat sambutan paling hangat.

Selain itu, persembahan seni tarian Melayu seperti tarian zapin dan tarian lilin turut diadakan bagi memeriahkan Kempen
Bulan Bahasa Melayu tersebut. Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan
sopan apabila bertemu, berkomunikasi, dan bertegur sapa di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.

Semasa perasmian penutup aktiviti Bulan Bahasa Melayu, para pemenang setiap pertandingan telah menerima hadiah
yang disampaikan oleh Guru Besar, Puan Hajah Anita Salmi binti Yang Ghazali. Beliau berharap agar permata hati-permata hati SK
Kampong Bahagia terus memartabatkan dan mencintai Bahasa Melayu walaupun kempen tersebut telah berakhir.

Tajuk 33.24 ( Catatan Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tuliskan catatan kamu itu selengkapnya.

Isnin, 16 Mei 2019

7:30 pagi

Semua guru dan murid berkumpul di dalam dewan sekolah untuk meraikan Hari Guru 2019 peringkat sekolah. Kami menyanyikan lagu
"Negaraku", lagu negeri, dan lagu rasmi sekolah dengan bersemangat sekali diikuti bacaan ikrar oleh Muhammad Rosli bin Nazhan, selaku
Ketua Murid. Kemudian, doa dibacakan oleh Ustaz Zainul Rashidi bin Sayuti.

7:50 pagi

Acara dimulakan dengan ucapan oleh GPK 1, iaitu Puan Hajah Siti Arbaiayah binti Salam, sebelum beliau membacakan perutusan Ketua
Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian, Tuan Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan menyampaikan ucapan dan
seterusnya membacakan perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia.

8:30 pagi

Semua guru dan murid berkumpul di padang sekolah untuk menjayakan acara sukaneka. Guru-guru dan murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan tetapi tidak semua murid terlibat dalam acara ini, sebaliknya ada antara mereka hanya menjadi penonton. Pelbagai
pertandingan yang menarik dijalankan dalam acara sukaneka ini. Pertandingan-pertandingan ini melibatkan guru dan murid. Aktiviti ini
berjalan dengan lancar hasil daripada kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

10:00 pagi

Majlis berhenti rehat. Murid-murid dan guru-guru menikmati aiskrim dan pelbagai jenis kuih yang disediakan di kantin sekolah. Minuman
turut disediakan. Guru-guru mengambil peluang ini untuk beramah mesra dengan murid-murid.

10:40 pagi

Acara persembahan diadakan di dewan sekolah. Beberapa orang murid dan guru mengambil bahagian dalam acara nyanyian dan lakonan.
Setiap persembahan mendapat tepukan yang gemuruh daripada semua guru dan murid.

12:00 tengah hari

71
Upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang acara sukaneka. Kumpulan lima telah menjadi johan bagi keseluruhan acara. Hadiah-
hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ridzuan bin Mardan.

12:40 tengah hari

Murid-murid beratur untuk menyampaikan hadiah masing-masing kepada guru-guru mereka. Kemudian, semua murid beratur untuk
bersalaman dengan guru-guru secara bergilir-gilir.

1:00 tengah hari

Semua murid dibenarkan pulang. Para guru diraikan pula dalam majlis jamuan makan tengah hari bersempena dengan Hari Guru.

Tajuk 33.25 ( Catatan Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada
hari tersebut.

Rabu, 16 Mei 2019

7.45 pagi

Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2018. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah
pada hari itu.

8.00 pagi

Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Arbaiayah membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Selepas itu, Cikgu Nazri pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

8.45 pagi

Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari dalam guni. Perlawanan bola jaring juga
diadakan antara murid dan guru.

9.45 pagi

72
Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid.
Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama yang berjudul “Guru Agung”.

11.00 pagi

Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG
yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.

11.45 pagi

Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG,
Encik Ridzuan bin Mardan.

Tajuk 33.26 ( Sambutan Hari Guru )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah laporan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada
hari tersebut. ( Laporan )

Laporan Sambutan Hari Guru SK Parit 9, 45400 Sekinchan , Selangor

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun adalah tarikh penting buat golongan pendidik. Sambutan Hari Guru diraikan di setiap sekolah. Pada hari
ini, guru-guru tidak mengajar tetapi diraikan dengan meriah.

Acara sambutan akan dimulakan dengan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Ini diikuti perutusan daripada Ketua
Pengarah Pendidikan dan seterusnya Pengarah Pendidikan Negeri. Ucapan daripada guru besar menyusul selepas itu.

Persembahan guru-guru menggamatkan suasana. Ada yang mendeklamasikan sajak, ada guru yang menyanyi, ada yang berlakon
dan tidak kurang pula yang menggayakan pakaian beragam. Bakat yang ada pada guru-guru ditonjolkan dalam majlis sambutan Hari Guru.

Acara sukan juga diadakan. Perlawanan antara guru-guru dan murid-murid. Sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola
jaring, bola tampar dan bola baling. Acara sukaneka juga diadakan. Acara ini paling menghiburkan kerana pelbagai ragam dapat disaksikan.

Selepas acara permainan, acara penyampaian hadiah kepada guru-guru dimulakan. Pada hari ini, guru-guru mendapat banyak
hadiah daripada murid-murid. Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi jasa guru-guru yang telah berkorban demi anak bangsa.

Acara terakhir adalah jamuan tengah hari. Guru-guru berasa dihargai kerana diberi sambutan yang sebegini meriah. Ini
menguatkan azam mereka untuk menjalankan amanah dengan penuh dedikasi.

Disediakan oleh, 17 MEI 2019.

Azman Ali
(AZMAN BIN ALI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Parit 9.

Tajuk 33.27 ( Sambutan Hari Kantin / Keusahawanan )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kantin. Tulislah laporan lengkap tentang sambutan Hari Kantin yang dijalankan pada hari
tersebut. ( Laporan )

Laporan Hari Kantin SK Parit 9, 45400 Sekinchan

Pada 13 Mac 2019, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin itu telah diadakan bertempat di kantin
dan kawasan perkarangan sekolah. Hari Kantin itu telah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Hari Kantin telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ridzuan bin Mardan. Objektif Hari Kantin ini diadakan untuk
mengumpul dana bagi membeli komputer bagi kegunaan pusat sumber sekolah. Selain itu, bertujuan untuk membaik pulih dan menceriakan
kawasan sekolah.

73
Beberapa hari sebelum Hari Kantin tersebut diadakan, guru-guru, AJK PIBG serta murid-murid begitu sibuk membuat persiapan.
Antaranya, menyediakan bahan-bahan jualan dan juga menyusun atur gerai-gerai jualan di kantin sekolah. Masing-masing berganding bahu
melaksanakan tugas demi memastikan kejayaan Hari Kantin tersebut.

Sebanyak 20 buah gerai telah dibuka untuk mengadakan jualan. Selain daripada makanan dan minuman yang dijual, diadakan
juga pertandingan teka kacang, rumah hantu dan aktiviti menunggang kuda. Sebagai menarik perhatian para pengunjung, telah diadakan
cabutan nombor bertuah. Pelbagai hadiah menarik telah disediakan.

Kehadiran para ibu bapa dan murid-murid sungguh memberangsangkan.Ini mungkin disebabkan promosi yang meluas dilakukan
oleh guru-guru melalui kertas edaran dan gantungan sepanduk.

Hari Kantin ini telah berakhir pada pukul 3.00 petang. Sebelum bersurai guru-guru dan murid-murid bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Secara keseluruhannya, Hari Kantin telah berjaya mencapai sasarannya.

Disediakan oleh, 24 MAC 2019.

Ahmad Idzham
( AHMAD BIN IDZHAM )
Murid Tahun 6 Maju

Tajuk 33.28 ( Sambutan Hari Kanak-Kanak )

Sebagai ketua murid, kamu diminta oleh guru kamu untuk menyampaikan ucapan bersempena dengan sambutan Hari kanak-kanak
peringkat sekolah kamu. Tulis ucapan selengkapnya. ( ucapan )

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru yang dihormati dan rakan-rakan yang dihormati. Terlebih dahulu saya,
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru kerana telah melantik saya untuk berucap pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita ketahui, pada hari ini diadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah kita. Tujuan sambutan
diadakan adalah untuk menghargai segala sumbangan dan pencapaian kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan aset negara yang penting pada
masa akan datang.

Pada hari ini, saya berasa sangat gembira dan bangga. Hal ini dikatakan demikian kerana sekolah kita sangat menghargai
sumbangan murid-murid dalam semua bidang. Sehubungan dengan hal itu, saya dan rakan-rakan berjanji akan terus berbakti kepada ibu
bapa, sekolah dan masyarakat.

Hadirin yang dihormati,

Pada kesempatan ini, saya juga berharap agar semua murid terus berusaha dengan tekun. Kami akan belajar dengan bersungguh-
sungguh dan menumpukan perhatian pada pelajaran di samping bertekad dalam hati untuk mencapai kejayaan dalam semua lapangan yang
diceburi.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada guru-guru yang tidak jemu membimbing dan mengajar kami sehingga berjaya.
Kami bertekad akan mengharumkan nama sekolah dan menjadi murid yang cemerlang sepanjang masa. Jasa semua pendidik akan terus
dikenang sehingga akhir hayat.

Akhir kata sebelum saya mengundur diri, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon maaf jika sepanjang bicara saya
ada terkasar bahasa.

Sekian, terima kasih.

Tajuk 33.29 ( Sambutan Hari Kanak-Kanak )

Pihak sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak pada minggu lalu. Tulis catatan yang lengkap sepanjang majlis itu
berlangsung. ( Catatan )

74
Rabu, 17 April 2019

8.30 pagi

Pada minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah. Sebelum majlis bermula, kami
berkumpul di dewan besar. Acara pada pagi tu dimulai dengan ucapan daripada Guru Besar, iaitu Encik Harun bin Mat Piah. Beliau meminta
semua murid terus berusaha untuk memajukan diri masing-masing. Kami mendengar ucapan beliau dengan teliti.

9.00 pagi

Saya dan rakan-rakan mengadakan persembahan. Kami telah mempersembahkan deklamasi puisi tentang kanak-kanak. Saya
menyampaikan puisi itu dengan penuh keyakinan. Persembahan saya ini mendapat tepukan yang gemuruh daripada para penonton. Saya
berasa sangat bangga. Selepas itu, rakan-rakan saya mengadakan pelbagai persembahan seperti sketsa dan nyanyian.

9.30 pagi

Selepas itu, kami menyaksikan persembahan murid-murid Tahap 1. Persembahan itu sungguh menghiburkan. Pertandingan melukis dan
mewarna poster juga diadakan pada hari tersebut. Saya telah menyertainya dan berjaya mendapat tempat ketiga.

11.30 pagi

Majlis pada hari itu diakhiri dengan jamuan ringan. Semua murid mendapat makanan yang ditaja oleh PIBG sekolah. Majlis pun bersurai
selepas jamuan makan berakhir.

12.00 tengah hari

Saya dan rakan-rakan pun pulang ke rumah masing-masing. Saya telah mendapat suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan akan
diingati sampai bila-bila.

Tajuk 33.30 ( Sambutan Hari Kana-kanak )

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha sebuah persatuan, kamu diminta oleh guru kamu untuk
menulis laporan tentang aktiviti tersebut. Tulis laporan selengkapnya. ( Laporan )

Sambutan Hari Kanak-kanak


SekoLah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan.

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Sambutan ini
diadakan dalam suasana yang meriah di dewan sekolah.
Pada awal pagi, murid-murid diarahkan berkumpul di dewan besar. Majlis sambutan dimulai dengan bacaan doa oleh guru yang
bertugas. Selepas itu, semua murid mendengar ucapan perasmian daripada Guru Besar, Tuan Haji Zaharullai binti Haji Hassan. Beliau
menegaskan bahawa sambutan ini diadakan adalah untuk menghargai setiap pencapaian dan sumbangan kanak-kanak.
Pada hari itu, guru-guru membuat persembahan untuk murid-murid. Antara persembahan yang diadakan ialah deklamasi puisi,
nyanyian dan lakonan yang sungguh menghiburkan. Persembahan pada kali ini menampilkan tema zaman kanak-kanak.
Murid-murid juga tidak ketinggalan membuat persembahan pada hari itu. Persembahan murid yang diadakan pada hari itu ialah
nyanyian, tarian zapin, dan sketsa. Persembahan mereka sungguh menghiburkan dan para penonton bertepuk tangan dan bersorak riang.
Selepas itu, acara penyampaian hadiah kepada murid-murid turut diadakan. Anugerah Tokoh Kanak-kanak telah dirangkul oleh
Ketua Murid, iaitu Haris Farhan bin Abdul ghani. Dia mendapat sijil dan piala iringan. Majlis pun bersurai selepas majlis penyampaian hadiah.

Pihak kami berharap agar sambutan Hari Kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Majlis pada hari itu berjalan
lancar seperti yang dirancang. Pihak jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan
ini.

Laporan disediakan oleh, 19 MAC 2019

Hanez Batrisya
(HANEZ BATRISYA BINTI ZAINUDIN)
Setiausaha,
Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak.
Tajuk 33.31 ( Kejohanan Sukan )

Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan temasya sukan. Andaikan bahawa anda ketua pengarang majalah sekolah anda. Tulis laporan
tersebut. ( Laporan )

75
Laporan Sambutan Temasya Sukan yang ke-30
Sekolah Kebangsaan Parit 9, Sekinchan

Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan Temasya Sukan yang ke - 30 pada 10 Mac 2019 yang lalu. Temasya tersebut yang diadakan
di padang sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi.

Sebelum temasya sukan ini diadakan, pelbagai persiapan telah dibuat. Murid- murid yang mengambil bahagian begitu giat berlatih.
Kawasan padang dihias dengan cantik. Khemah-khemah untuk para peserta dan para jemputan didirikan. Surat-surat jemputan kepada ibu
bapa dan para jemputan diedarkan.

Pada pukul 8.00 pagi, semua murid, guru, dan jemputan hadir. Mereka duduk di bawah khemah yang disediakan. Temasya ini
dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar dan dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Ketibaan beliau disambut
dengan paluan kompang.

Tepat pada 9.00 pagi, acara sukan pun bermula. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan rumah-rumah sukan serta pasukan
beruniform. Pelbagai acara yang diadakan, antaranya termasuklah acara lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh, dan lontar peluru.

Acara untuk guru-guru dan pegawai sukan turut diadakan. Setelah acara-acara tersebut selesai, hadiah-hadiah disampaikan kepada para
pemenang oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam. Olahragawan pada tahun ini ialah Mohd Yusri bin Yusof dan olahragawati pula
ialah Siti Norizma binti Kosin.

Temasya sukan yang diadakan itu berjalan dengan lancar. Temasya tersebut berakhir pada jam 6 petang dengan kegembiraan.
Temasya sukan yang ke-30 ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam beberapa acara tertentu.

Kami berharap semoga sukan tahunan yang akan datang nanti lebih meriah lagi.

Laporan disediakan oleh , 13 MAC 2019.

Anis Syahirah
( ANIS SYAHIRAH BINTI SAIFUL BAHRIN )
Ketua Pengarang Majalah Penawar.
Tajuk 33.32 ( Kejohanan Sukan )

Sekolah anda telah mengadakan temasya sukan tahunan. Pelbagai aktiviti diadakan sempena menyambut temasya tersebut. Tulis sebuah
karangan tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan buat kali yang ke-30. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang
temasya sukan tersebut. Saya sangat teruja untuk menyambut sukan tahunan pada tahun ini kerana saya turut mengambil bahagian untuk
mewakili pasukan rumah merah dalam acara perbarisan.

Hari sukan tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi. Semua hadirin termasuklah ibu bapa dan dif-dif jemputan mula memenuhi
ruang tempat duduk
di bawah kanopi yang telah disediakan. Murid-murid yang tidak mengambil bahagian pula beratur mengikut rumah sukan masing-masing.
Suasana di padang ketika itu sungguh meriah sekali.

Acara temasya sukan tersebut dimulakan dengan nyanyian lagu "Negaraku", lagu "Negeri Selangor" dan lagu sekolah. Majlis
diteruskan lagi dengan bacaan ikrar oleh ketua pengawas sekolah. Kemudian, ucapan perasmian daripada Pegawai Pendidikan Daerah Sabak
Bernam.

Acara temasya sukan dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan unit beruniform dan rumah sukan. Acara perbarisan tersebut
diiringi dengan persembahan pancaragam sekolah. Hati saya berdebar-debar ketika melintasi kanopi pihak pengadil.

Seterusnya, acara sukan dimulakan dengan pelbagai acara balapan dan acara padang. Antara acara tersebut termasuklah lumba
lari 200 meter, 400 meter, dan 4X100 meter, lompat jauh, dan lompat tinggi. Semua peserta bertanding dengan penuh sungguh-sungguh
demi mendapatkan kemenangan.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi menyempurnakan lagi temasya sukan sekolah saya. Guru Besar menyampaikan
hadiah dan piala kepada para pemenang. Pasukan rumah merah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara perbarisan serta berjaya
menjadi johan keseluruhan temasya sukan pada tahun ini. Saya berasa sungguh bangga dan gembira.

Tepat pada pukul 1:00 petang, temasya sukan sekolah saya pun berakhir. Semua murid dan para hadirin beransur pulang. Saya
berharap agar temasya sukan pada tahun hadapan akan lebih meriah.

Tajuk 33.33 ( Sukanan Tahunan )

Tulis sebuah karangan tentang kemeriahan kejohanan sukan tahunan sekolah kamu.

Pada 10 Mac 2019, sekolah saya telah mengadakan kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan itu telah berlangsung dengan cukup
meriah. Kejohanan pada kali ini diadakan di padang sekolah.

76
Semua murid dan guru hadir awal ke sekolah dan keadaan cuaca pada pagi kejohanan sukan itu sangat baik. Pada pukul 8.00
pagi, semua hadirin termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan di bawah khemah di sebelah tepi padang
sekolah.

Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta yang mengambil bahagian mengikut rumah masing-masing. Guru
Besar menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan dan seterusnya merasmikan acara kejohanan sukan tahunan sekolah.

Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh dan lumba lari. Para penonton bersama ibu bapa turut bersorak
untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing. Hal ini menyebabkan suasana di padang menjadi riuh-rendah dari meriah.

Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dan Rumah Kuning muncul sebagai juara keseluruhan. Guru besar berbesar
hati menyampaikan piala kepada para pemenang. Murid-murid pulang dengan perasaan yang sangat gembira walaupun keletihan.
Kejohanan sukan tahunan sekolah sangat menyeronokkan.

Tajuk 33.34 ( Kempen Kebersihan di Sekolah )

Tulis sebuah laporan tentang Kempen Kebersihan yang telah diadakan di sekolah kamu.

Laporan Kempen Kebersihan Sekolah Kebangsaan Parit 9

Pada 4 Mac 2019, Sekolah Kebangsaan Parit 9 telah mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2019. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Guru
Besar, Tuan Haji Zaharullai bin Haji Hasan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang diadakan di dewan sekolah.

Dalam ucapan perasmian, Guru Besar berharap aktiviti yang dijalankan selama seminggu ini mampu melahirkan murid yang
mencintai kebersihan. Beliau menyatakan bahawa menjaga kebersihan merupakan budaya murid yang prihatin dan cemerlang. Oleh itu,
beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai kebersihan.

Selepas majlis pelancaran itu, semua murid membersihkan persekitaran sekolah bersama-sama. Murid-murid menunjukkan sikap
bertanggungjawab dengan mengutip sampah, mencabut rumput, dan menyusun kedudukan pasu bunga. Setiap kelas dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk membersihkan kawasan tertentu yang diawasi oleh guru kelas masing-masing.

Sekolah juga mengadakan pertandingan kebersihan. Pertandingan itu melatih murid-murid berlumba-lumba membersih,
menghias dan menceriakan kelas masing-masing. Tiga orang guru telah ditugaskan untuk memeriksa semua kelas bagi menentukan kelas
yang layak dinobatkan sebagai juara.

Murid-murid juga diminta untuk menyumbang pokok bunga kepada sekolah. Kempen tersebut mendapat sambutan yang baik
daripada ibu bapa. Sejumlah 334 pohon pokok bunga telah diterima oleh pihak sekolah.

Majlis perasmian penutupan telah diadakan pada 8 Mac 2019 di dewan sekolah. Kelas 6 Maju diumumkan sebagai kelas terbersih.
Kempen yang diadakan telah mencapai matlamat untuk mewujudkan suasana sekolah yang indah dan ceria.

Laporan disediakan oleh , 11 MAC 2019.

Anis Syahirah
( ANIS SYAHIRAH BINTI SAIFUL BAHRIN )
Setiausaha Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Tajuk 33.35 ( Kempen Cintai Bahasa Kebangsaan )

Tulis sebuah laporan tentang Kempen Cintai Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan Kita” yang telah diadakan di sekolah kamu.

Laporan Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan

77
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam telah menganjurkan kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan.
Kempen ini berlangsung sepanjang minggu terakhir bulan Julai 2019. Objektif utama kempen ini adalah untuk memupuk perasaan sayang
dan bangga akan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan warga sekolah.

Kempen yang julung-julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah iaitu Encik Azhar bin Mohd Hashim. Dalam
ucapan perasmiannya, beliau amat berharap agar seluruh warga sekolah menanamkan semangat cinta akan Bahasa Kebangsaan dan dapat
menggunakannya dalam segala urusan dengan cara yang betul. Selain itu beliau juga berharap agar kempen ini mendapat kerjasama
semua pihak dan mencapai matlamatnya.

Selepas majlis perasmian tersebut, acara mendeklamasi sajak dan berbalas pantun yang bertemakan cinta akan Bahasa
Kebangsaan diadakan. Beberapa orang murid tahap dua dan para guru Bahasa Melayu menjayakan acara ini. Penglibatan mereka
mendapat tepukan yang sangat gemuruh daripada guru-guru dan murid-murid.

Antara program yang dijalankan sepanjang kempen ini ialah pertandingan menulis esei dan cerpen dalam Bahasa Melayu. Acara
ini terbuka kepada murid-murid tahap dua. Pertandingan ini memerlukan murid-murid menulis esei atau cerpen kreatif yang bertemakan
cinta akan Bahasa Kebangsaan. Setiap penyertaan memerlukan murid menghasilkan esei atau cerpen sepanjang seribu hingga seribu lima
ratus patah perkataan.

Selain itu, pertandingan melukis poster juga turut diadakan. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid tahap satu. Dalam
pertandingan ini, murid-murid dikehendaki melukis poster yang menggambarkan kecintaan terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan
dalam segenap lapangan. Pertandingan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Acara penyampaian hadiah kepada para pemenang acara-acara yang dipertandingkan telah disempurnakan oleh Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dalam majlis penutupan rasmi Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan yang dijalankan. Ternyata
kempen ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hasil karya murid seperti esei, cerpen dan poster yang dihasilkan semasa
pertandingan akan dijilid dan disimpan di pusat sumber sekolah.

Sesungguhnya, kempen mencintai Bahasa Kebangsaan ini telah mencapai matlamatnya. Pihak Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong bercadang menjadikan Kempen Mencintai Bahasa Kebangsaan ini sebagai acara tahunan.

Laporan disediakan oleh, 8 OGOS 2019.

Faisal Hakim
(FAISAL HAKIM BIN MOHD AZLAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong.

Tajuk 33.36 ( Laporan Tahunan )

Andaikan bahawa anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu. Anda diarahkan untuk menyediakan laporan aktiviti persatuan tersebut.

Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Melayu


Sekolah Kebangsaan Parit 9

Guru Penasihat : Puan Azlizah binti Ibrahim


Pengerusi : Zara Aisyah binti Ibrahim

78
Naib Pengerusi : Hilmi bin Sahrom
Setiausaha : Atikah binti Yusof
Bendahari : Shahnil bin Kamaruddin
Ahli Jawatankuasa : Mohd Alif Tasnin bin Ali
: Nur Syafiqah binti Taib

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.
Pada penggal pertama, persatuan ini telah menganjurkan Kempen Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memilih
peserta ke pertandingan di peringkat daerah seperti pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair dan syarahan.
Pada penggal kedua pula persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis tulisan berangkai, kuiz antara rumah-rumah sukan
dan pertandingan drama antara kelas untuk penyertaan murid-murid tahap 2.
Persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Arkib Negara dan Perpustakaan Negara. Seramai 40 orang murid
dan empat orang guru pengiring terlibat dalam lawatan itu.
Sebelum cuti persekolahan, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan jamuan akhir tahun untuk ahli-ahli persatuan dan guru-
guru Sekolah Kebangsaan Binjai Kertas. Jamuan tersebut telah diadakan di Resort Tasik Kenyir dengan hidangan makanan yang enak.
Kami berharap agar persatuan ini akan terus aktif dan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang dapat mengembangkan bakat
dan minat ahli persatuan.

Disediakan oleh, 15 OKTOBER 2019.

Atikah
(ATIKAH BINTI YUSOF)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan 9.
.Tajuk 34 ( Aktiviti Semasa Cuti Sekolah )
Tulis sebuah karangan tentang aktiviti murid semasa cuti sekolah. ( Fakta )

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menghabiskan masa cuti dengan melakukan pelbagai kegiatan. Saya menggunakan masa yang
terluang dengan membuat perkara yang berfaedah.

Saya mengulang kaji pelajaran. Mengulang kaji pelajaran atau membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Oleh yang
demikian, saya dapat meningkatkan prestasi dan lulus dalam peperiksaan.

Selain itu, saya mengamalkan hobi-hobi yang berfaedah untuk mengisi masa lapang. Contohnya, saya membaca, mengumpul setem,
melukis dan sebagainya. Dengan cara ini, saya bukan sahaja berasa terhibur, malah saya dapat menambahkan ilmu. Saya juga dapat
menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah, melepak dan merosakkan harta benda awam.

Di samping itu juga, saya telah membantu ibu dan bapa di rumah untuk meringankan beban mereka. Saya membantu ibu bapa seperti
mengemas rumah, menjaga adik, mencuci kereta dan sebagainya. Kesannya, saya lebih disayangi dan dapat mengeratkan hubungan
silaturahim.

Seterusnya, saya dapat melakukan kegiatan yang berfaedah seperti pergi berkelah bersama keluarga atau membuat lawatan ke sesuatu
tempat. Saya pergi ke pantai Port Dickson, di Negeri Sembilan. Ini dapat memberi keseronokan dan semangat belajar kepada saya.

Akhir sekali, saya pulang ke kampung untuk menghabiskan masa cuti. Saya dapat melakukan pelbagai aktiviti semasa di kampung. Saya
harus mengelakkan daripada membuang masa. Bak kata pepatah,’ Masa Itu Emas’.

Tajuk 34.1 ( Aktiviti Pada Hari Minggu atau Semasa Cuti Sekolah )

Tulis catatan tentang aktiviti murid pada hari minggu atau semasa cuti persekolahan. ( Catatan )

79
Ahad, 18 Ogos 2019

6:00 pagi

Saya bangun dari tidur dan terus mandi. Selesai sahaja mandi, saya solat berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Kemudian, saya pergi ke
dapur untuk membantu ibu menyediakan sarapan.

7:30 pagi

Saya dan adik serta ayah berjoging di taman rekreasi bersebelahan rumah kami. Kami berjoging untuk menyihatkan badan dan
menenangkan fikiran. Selepas sahaja berjoging, kami berehat seketika di pondok yang di sediakan di taman rekreasi itu sambil berbual-
bual.

8:30 pagi

Kami tiba di rumah dan terus bersarapan bersama-sama semua ahli keluarga yang lain. Selesai sarapan, saya membantu ibu mengemas
dan mengelap meja makan.

10:00 pagi

Saya membantu ibu menjemur pakaian. Setelah siap, saya mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan kerja sekolah. Abang membantu
saya menyiapkan karangan catatan yang diberikan oleh Cikgu Md. Ramli. Setelah selesai menyiapkan kerja sekolah, ibu membenarkan saya
berehat seketika. Saya mengisi ruang dan mengambil peluang ini dengan menonton televisyen bersama-sama abang dan adik-adik saya.

2:00 petang

Selepas makan tengah hari, saya solat Zohor. Sesudah itu, ayah mengajak kami sekeluarga ke Pusat Beli-belah Mesra. Di sana, saya
menemani ayah mencuci kereta. Ibu dan adik-adik saya pula sibuk membeli belah di pasaraya tersebut.

5:00 petang

Selepas solah Asar, saya bermain bola sepak bersama-sama kawan-kawan saya. Kami bermain bola sepak sehingga lewat petang. Selepas
penat bermain, saya pulang ke rumah untuk mandi. Saya bersiap-siap pula untuk ke masjid bersama-sama ayah.

7:20 malam

Saya mengikut ayah pergi ke masjid. Ibu dan adik juga mengikut kami ke masjid. Di masjid, saya melihat banyak jemaah yang datang untuk
solat Maghrib berjemaah. Saya berjumpa dengan kawan baik saya di masjid itu. Dia juga datang ke masjid bersama-sama ahli keluarganya.

9:00 malam

Kami sekeluarga pulang dari masjid. Selepas itu, saya bersama-sama keluarga makan malam. Selesai makan, saya mengulang kaji
pelajaran. Selepas mengulang kaji, saya mengemas buku dan menyalin jadual kerana esok adalah hari persekolahan.

11:00 malam

Saya masuk ke bilik untuk tidur. Saya membaca doa sebelum tidur.

80
Tajuk 35 ( Kepentingan Amalan Berbudi Bahasa )

Tuliskan karangan tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. ( Fakta )

Berbudi bahasa merupakan amalan yang mulia. Namun begitu, amalan berbudi bahasa kian lenyap dalam jiwa golongan dewasa dan remaja.
Berita tentang remaja terlibat dalam perbuatan jenayah sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini menunjukkan betapa
kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Amalan berbudi bahasa perlu kita amalkan kerana amalan ini banyak kepentingannya. Amalan berbudi bahasa dapat
mewujudkan keluarga bahagia. Anak-anak yang telah dididik dengan amalan positif seperti menghormati orang yang lebih tua,
mengucapkan terima kasih, dan sebagainya tidak akan bersikap biadab terhadap ibu bapa. Hubungan yang akrab antara ibu bapa dengan
anak-anak menjadi asas pembentukan keluarga bahagia.

Sudah terang lagi bersuluh amalan berbudi bahasa dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Bilangan remaja
yang terlibat dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas, gengsterisme, dan penagihan dadah akan berkurang jika golongan remaja di negara
kita mengamalkan amalan berbudi bahasa.

Seterusnya, amalan berbudi bahasa dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa. Masyarakat yang berbudi bahasa sentiasa hormat-menghormati tanpa mempedulikan perbezaan warna kulit, bangsa, dan
agama. Oleh itu, perbalahan dapat dielakkan.

Selain itu, amalan berbudi bahasa penting untuk menarik kedatangan pelancong ke negara kita. Sebagai contoh, jika kita melayan
para pelancong dengan baik, mereka akan berasa gembira. Layanan tersebut memberikan gambaran bahawa kedatangan mereka ke sini
dialu-alukan oleh penduduk tempatan. Kesannya, lebih banyak pelancong akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang utama.

Kesimpulannya, amalan berbudi bahasa banyak faedahnya. Pelbagai langkah perlu diambil agar amalan ini terus subur dalam
kalangan masyarakat.

Tajuk 35.1 ( Amalan-amalan Baik di Sekolah )

Kita perlu mengamalkan amalan-amalan yang baik ketika berada di sekolah supaya kita boleh memperoleh banyak manfaat
dariapada amalan tersebut. Tuliskan karangan tentang amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan di sekolah.

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita perlu melakukan amalan-amalan yang baik sama ada ketika berada di rumah mahu
pun di sekolah. Amalan-amalan ini penting untuk membentuk diri supaya menjadi murid yang berakhlak terpuji.

Antara amalan baik yang boleh kita lakukan di sekolah ialah kita hendaklah mendengar nasihat guru. Teguran yang diberikan
oleh guru wajar kita patuhi. Murid yang sentiasa patuh akan arahan guru pasti akan beroleh kejayaan dalam hidup.

Selain itu, murid-murid perlu hadir ke sekolah setiap hari dan elakkan diri daripada ponteng sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan adanya prestasi kehadiran yang cemerlang kita boleh menguasai semua mata pelajaran
dengan baik.

Selain itu, amalan baik lain yang boleh diamalkan oleh murid ketika di sekolah ialah kita perlulah bersikap baik
dengan rakan-rakan. Contohnya, jika rakan kita mempunyai masalah kita perlulah bantu rakan tersebut untuk mencari jalan
penyelesaiannya.

Kesimpulannya, untuk menjadi insan yang berperibadi mulia kita perlu mengamalkan amalan-amalan baik dalam
kehidupan seharian. Amalan-amalan ini akan menjadikan kita dipandang mulia oleh guru dan murid-murid lain.

81
Tajuk 36 ( Langkah-langkah Menggalakkan Pembelian Barangan Tempatan )

Tuliskan karangan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan pembelian barangan tempatan dalam kalangan
masyarakat.

Barangan buatan Malaysia ialah produk atau barangan yang dihasilkan di Malaysia. Produk atau barangan yang dihasilkan oleh usahawan
tempatan ini setanding dengan barangan yang dihasilkan di luar negara. Pelbagai langkah perlu diambil untuk menggalakkan pembelian
barangan tempatan dalam kalangan masyarakat.

Langkah pertama untuk menggalakkan pembelian barangan tempatan dalam kalangan masyarakat ialah media cetak dan media
elektronik perlu menerangkan kebaikan-kebaikan barangan tempatan secara meluas. Pihak terbabit juga perlu menyebarkan pelbagai
maklumat tentang barangan tempatan untuk membuka mata masyarakat akan kewujudan produk tersebut.

Seterusnya, pihak kerajaan juga boleh mengadakan ekspo barangan tempatan di seluruh negara. Dalam hal ini, pengeluar
barangan tempatan perlu mengambil peluang ini untuk memperkenalkan produk mereka. Mereka perlu meyakinkan masyarakat bahawa
produk mereka berkualiti dan dijamin halal.

Selain itu, karnival membeli-belah barangan buatan tempatan juga wajar diadakan untuk memperkenalkan pelbagai produk
tempatan kepada masyarakat. Karnival ini akan menggalakkan pelancong asing untuk membeli barangan tempatan yang setanding dengan
barangan luar negara. Dalam hal ini, potongan harga istimewa boleh ditawarkan untuk memikat hati masyarakat dan pelancong untuk
membeli barangan tempatan.

Kempen Belilah Barangan Buatan Tempatan pula perlu diadakan kerana dapat memperkenalkan barangan buatan tempatan
kepada masyarakat. Kempen ini perlu dijalankan sepanjang tahun agar masyarakat menyedari kewujudan pelbagai produk tempatan yang
tidak perlu dipertikaikan kualitinya.

Jelaslah bahawa pelbagai langkah perlu diambil oleh pelbagai pihak terbabit untuk menggalakkan pembelian barangan buatan
Malaysia dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat yang cinta akan negara pula, kita perlu menyatakan sokongan dengan membeli
barangan buatan tempatan.

Tajuk 37 ( Gaya Hidup Sihat )

Tulis sebuah karangan tentang gaya hidup sihat. ( Fakta )

Isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap dibincangkan di dalam televisyen. Kerajaan sangat menggalakkan masyarakat
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan. Gaya hidup sihat ini dapat mengelakkan daripada mendapat penyakit berbahaya seperti
sakit jantung.

Gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga. Kawasan persekitaran rumah mestilah sentiasa bersih. Rumah yang
bersih dapat memberi keselesaan kepada penghuninya. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit yang dibawa oleh serangga seperti lalat,
nyamuk aedes dan tikus.

Setiap ahli keluarga perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Sebaik-baiknya, makan mengikut piramid makanan. Minum air
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Pastikan ahli keluarga tidak berkongsi peralatan membersihkan diri seperti tuala agar penyakit
berjangkit seperti panau dan kudis tidak berjangkit.

Aktiviti beriadah dan berekreasi bersama keluarga juga adalah gaya hidup sihat. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Di samping itu, aktiviti senaman yang teratur dapat menjamin kecergasan badan. Aktiviti ini juga dapat mengelakkan anak-
anak daripada terjebak dengan gejala sosial
seperti merokok dan melepak.

82
Makanan segera semakin mendapat perhatian dalam masyarakat hari ini. Makanan ini perlu dikurangkan kerana kurang baik
untuk kesihatan. Ibu patut menyediakan makanan untuk keluarga terutama pada hujung minggu. Elakkan juga memakan makanan berlemak
dan pengambilan gula yang berlebihan.

Kesimpulannya, gaya hidup sihat patut diamalkan dalam kehidupan seharian. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menjadi contoh kepada anak-anak. Amalan gaya hidup sihat dapat menjadikan
rakyat sihat dan ceria.

Tajuk 38 ( Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan )

Tuliskan pengalaman anda menghadiri majlis perkahwinan. ( Cerita )

Saya telah mengikut ibu bapa saya ke majlis perkahwinan anak lelaki sahabat bapa saya. Setibanya di sana, saya melihat ramai tetamu yang
datang meraikan majlis tersebut. Kami disambut oleh ibu bapa pengantin.

Selepas bersalaman, kami diberikan sedikit buah tangan . Saya mendapat sekotak gula-gula. Ibu bapa pengantin kelihatan
sungguh gembira menyambut para tetamu. Kami dipelawa masuk ke dalam rumah.

Emak mengajak saya masuk ke dalam rumah pengantin . Bilik pengantin dihias indah dengan pelbagai hiasan yang menarik . Saya
nampak banyak hadiah tersusun di atas meja kopi di dalam bilik tersebut.

Di luar rumah , telah didirikan beberapa buah khemah untuk para tetamu menjamu selera. Selepas itu, saya dan ibu keluar untuk
menikmati hidangan yang sungguh istimewa . Kami beratur untuk mengambil makanan .

Kami makan di dalam khemah yang disediakan. Pelbagai lauk pauk terhidang di atas meja. Semasa sedang makan, kedengaran
bunyi paluan kompang. Saya cepat-cepat menghabiskan makanan.

Pasangan pengantin masuk ke dalam rumah dan duduk bersanding di atas pelamin. Ramai orang mengambil kesempatan
mengambil gambar pengantin. Saya turut mengambil gambar pasangan pengantin untuk kenangan.

Ibu mengajak saya pulang kerana bapa telah lama menunggu. Saya sungguh gembira kerana dapat menyaksikan majlis
perkahwinan yang sungguh meriah.

Tajuk 38.2 ( Suasana Majlis Kenduri Perkahwinan )

Tulis cerita tentang suasana majlis kenduri perkahwinan yang pernah kamu hadiri bersama-sama keluarga. Tulis karangan kamu itu
selengkapnya.
( Keperihalan )

Pada minggu lepas, saya sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya di pekan Kuala Kangsar. Puluhan khemah
didirikan di perkarangan rumah pengantin perempuan. Suasana ketika itu sungguh meriah sekali sambil disulami dendangan lagu
“Selamat Pengantin Baru”.

Saya berasa amat gembira pada majlis perkahwinan ini kerana dapat bertemu dengan saudara jauh dan dekat. Kami
dapat bertegur sapa dan beramah mesra. Saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah istimewa kepada pengantin, iaitu
kepada Kakak Nurul Nadia. Pada ketika itu, para jemputan sudah mulai sampai dan duduk di dalam khemah tetamu.

83
Semasa majlis berlangsung, saya turut membantu keluarga Pak Long memberikan bunga telur kepada tetamu dan para
jemputan. Pada pukul 12:30 tengah hari, rombongan pengantin lelaki tiba dengan membawa sebelas dulang hantaran raja sehari yang cantik
dan menarik.

Pihak pengantin lelaki turut disambut dengan paluan kompang dan persembahan seni pencak silat. Sejurus selepas itu,
mempelai dibawa bagi menikmati hidangan Makan Beradab bersama-sama keluarga terdekat. Majlis turut diserikan oleh persembahan
kumpulan nasyid.

Pada waktu puncak, saya dan saudara mara yang lain turut membantu mengangkat hidangan untuk pada tetamu dan
jemputan yang hadir dalam majlis itu. Suasana agak sibuk sekali tetapi teratur, semua jemputan dapat menikmati hidangan dengan
selesa. Semua jemputan yang hadir telah dihadiahkan bunga telur yang berwarna-warni.

Kami bersalam-salaman dengan keluarga Pak Long sebelum bertolak pulang. Pasangan pengantin turut menghantar kaum
keluarga yang hendak pulang. Saya teruja melihat pasangan pengantin yang sama cantik, sama padan apabila mengenakan pakaian
songket berwarna ungu. Sebelum pulang, Mak Long turut membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami.

Tajuk 38.2 ( Catatan Menghadiri Majlis Perkahwinan )

Baru-baru ini, kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa peristiwa yang menarik
semasa menghadiri majlis tersebut. ( Catatan )

Ahad, 20 Ogos 2018

6.00 pagi

Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga bersiap-siap untuk bertolak
keTaman Mulia. Hari ini bakal berlangsung majlis kenduri kahwin sepupu saya.

7.15 pagi

Kami memulakam perjalanan ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sabak Bernam,
Tanjung Karang,
Kuala Selangor, darn Meru.

10.30 pagi

Kami tiba di Taman Medan. Kami disambut oleh Pak Ngah Salman dengan penuh kegembiraan. Kami bertukar-tukar perkhabaran dengan
pak ngah dan mak
ngah. Kemudian, saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada
pengantin, iaitu Kak Farhana.

12.00 tengah hari

Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara-mara yang lain turut membantu mengangkat hidangan untuk para
tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Setiap jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.

2.00 petang

Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar.
Kemudian, pasangan "Raja Sehari" ,menikmati hidangan "Makan Beradab" bersama-sama keluarga terdekat. pasangan yang sama cantik,
sama padan itu mengenakan pakaian songket berwarna hijau.

5.00 petang

Kami bersalam-salaman dengan Pak Ngah Salman sekeluarga sebelum bertolak


pulang. Mak Ngah Raudhah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya.

Tajuk 39 ( Pengalaman yang Dapat Dilupakan )

Tulis sebuah karangan tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan. (Cerita)

Apabila disebut nama Aiman, semua kawan kenal akan nama itu. Aku dikatakan sebagai seorang yang keras kepala. Memang
benar gelaran tersebut diberikan kepadaku kerana aku jarang-jarang mendengar nasihat, meskipun nasihat ibuku sendiri.

Pada suatu hari, aku merayau-rayau di sekitar kampung. Aku terpandang akan beberapa biji mangga yang telah masak di kebun
jiranku. Tanpa membuang masa, aku pun segera memanjat pohon mangga itu. Aku tidak meminta kebenaran daripada empunya kebun itu.

Tanpa aku duga, rupa-rupanya terdapat sarang tebuan pada pohon mangga itu. Dengan tidak sengaja aku merosakkan sarang itu.
Sebagai akibatnya, beberapa ekor tebuan menyengat badanku. Terpaksalah aku terjun dari atas pohon mangga itu untuk menyelamatkan
diri.

84
Aku menjerit meminta pertolongan. Mujurlah, orang-orang kampung terdengar akan jeritanku. Mereka segera memberikan bantuan.
Aku dihantar ke hospital.

Aku terpaksa tinggal di wad selama lima hari. Aku berasa terseksa kerana terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.

Aku kesal atas peristiwa yang terjadi pada diriku. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibuku. Semenjak hari itu, aku
berjanji tidak mahu mencuri lagi. Peristiwa tersebut akan aku kenang selagi hayat dikandung badan.

Tajuk 40 ( Pengalaman Manis Bersama-sama dengan Keluarga )

Kamu telah bercuti ke sebuah tempat yang menarik pada cuti persekolahan yang lalu. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu
berkunjung ke tempat tersebut.

Cuti persekolahan telah bermula. Aku dan keluarga bercadang untuk pelancong ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang.

Pada awal pagi Lagi, aku dan keluarga bertolak ke destinasi impian kami. Sepanjang perjalanan, aku menyaksikan pemandangan
yang indah. Tidak sabar rasanya untuk aku melihat panorama indah di puncak bukit itu nanti.

Setelah tiga jam menempuh perjalanan, kami pun tiba di Tanah Tinggi Cameron. Kami mendaftar masuk di hotel penginapan
kami yang tersergam indah. Selepas itu, kami menikmati makan tengah hari. Aku berasa kesejukan. Begitu juga dengan ahli keluargaku yang
lain. Kedinginan udara di situ mencengkam tubuh.

Pada sebelah petang, aku dan ahli keluarga telah berkunjung ke ladang teh. Di situ aku berpeluang untuk memetik daun teh di
ladang teh yang sungguh luas. Kami juga turut menikmati teh yang segar di situ. Rasanya sungguh enak. Kami juga telah berkunjung ke
taman bunga. Pemandangan di situ sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.

Selepas itu, aku dan keluarga pergi pula ke ladang buah-buahan. Di ladang buah-buahan itu terdapat pelbagai jenis buah. Aku
memetik buah strawberi sehingga puas. Kami juga membeli sayur-sayuran yang segar yang banyak dijual di situ. Setelah malam tiba, kami
menikmati keindahan malam di tanah tinggi.

Setelah penat, kami pun balik ke hotel. Aku tidur nyenyak kerana keletihan setelah seharian menghabiskan masa di situ. Esok
kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

Tajuk 41 ( Pengalaman Melawat Pameran Buku )

Kamu telah melawat suatu pameran buku pada cuti persekolahan yang lalu. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu. ( Cerita
)

Pameran buku yang saya lawati ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), Kuala Lumpur pada cuti penggal bulan Ogos.

85
Buku yang dipamerkan pelbagai judul. Beratus-ratus gerai dibuka bagi menjayakan pameran itu. Pameran dianjurkan oleh
Persatuan Penerbit Buku Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Buku-buku itu termasuklah buku kerja dan latihan semua peringkat, buku
umum, bacaan remaja khususnya novel. Tiap-tiap penerbit memberi potongan harga yang istimewa.

Suasana pameran meriah. Pengunjung bertali arus. Ada yang masuk dan
ada pula yang keluar. Paling tidak, mereka meluangkan masa dua jam
mengunjungi gerai demi gerai.

Saya sendiri membeli beberapa judul, khususnya yang belum pernah saya
temui. Azam saya hendak membuat latihan seberapa banyak yang boleh menjelang UPSR.

Pameran ini meninggalkan kesan mendalam kepada saya. Buku pendidikan


dan pengetahuan am mendapat sambutan hangat. Pameran ini patut dianjurkan
tiap-tiap tahun.

Tajuk 41.1 ( Berita Pameran Buku )

Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu
berita tentang pameran buku tersebut.

KOTA BHARU, 2 Disember - Pameran Buku PPD Kota Bharu telah diadakan pada 1 Disember 2016 bertempat di Dewan Utama, Sekolah
Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan. Pameran ini telah dirasmikan Datin Dr. Siti Zaleha binti Abdullah Sani, Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebanyak 15 buah syarikat buku dan kedai buku telah menyertai pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka
dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, dan majalah turut dipamer dan dijual.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid khasnya dan
orang ramai umumnya. Selain itu, pameran ini merupakan satu daripada langkah untuk merealisasikan Program NILAM di sekolah sekitar
Kota Bharu.

Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut
diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu, manakala satu kategori lagi untuk
murid-murid tahap dua.

Semua peralatan dan kelengkapan bagi pertandingan bercerita dan peraduan melukis disediakan oleh pihak penganjur.
Pemenang bagi pertandingan ini ialah Mohd Nasir Johari dan Azura Sofina Abu Bakar. Masing-masing menerima hadiah berupa wang tunai,
buku cerita, dan alat tulis yang disumbangkan oleh sebuah syarikat buku terkemuka.

Sempena pameran ini juga, pembeli telah diberi potongan harga istimewa
sehingga 50% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Menurut pihak penganjur hampir lima puluh ribu pengunjung telah
membanjiri pameran selama seminggu itu. Pengurusan pameran bercadang menjadikan majlis ini sebagai majlis tahunan.

Tajuk 42 ( Lawatan ke Rumah Kebajikan / Rumah Orang Tua-tua )

Anda telah menyertai aktiviti di Rumah Orang-orang tua yang telah dianjurkan oleh Persatuan Puteri Islam. Ceritakan suasana di rumah
kebajikan itu dan aktiviti yang telah dijalankan. Tulis sebuah karangan tentang pengalaman kamu itu. ( Cerita )

86
Pagi-pagi lagi, aku dan ahli Persatuan Pandu Puteri berkumpul di pekarangan sekolah. Kami akan mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua-
tua yang terletak di Cheras, Selangor. Kami bertolak ke sana kira-kira pukul sembilan pagi.

Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Rumah Orang Tua-tua. Kami disambut oleh Penyelia rumah tersebut. Beliau mengalu-
alukan kedatangan kami. Rumah yang tersergam indah itu dihuni oleh orang tua-tua yang berbilang bangsa dan agama.

Aku berasa sungguh sayu melihat wajah penghuni Rumah Orang Tua-tua itu. Daripada air muka mereka, aku dapat merasai
kerinduan yang tersimpan di dalam hati. Mereka mungkin mengharapkan anak cucu datang menjenguk mereka di rumah kebajikan itu. Aku
sempat bertanyakan khabar dan berbual-bual dengan beberapa orang penghuni di situ. Ada yang tinggal di rumah itu lebih daripada sepuluh
tahun.

Kami turut mendermakan pakaian dan makanan kepada penghuni di situ. Meskipun sumbangan kami tidak seberapa, tetapi
sekurang-kurangnya niat kami ikhlas untuk meringankan beban pihak pengurusan rumah kebajikan itu.

Seperti yang dirancang, kami memulakan aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
membersihkan persekitaran rumah kebajikan itu. Kumpulan kedua pula membantu mengemas dan membersihkan segala peralatan di dalam
rumah.

Kami melakukan kerja-kerja itu dengan rela hati. Menjelang petang, barulah segala kerja selesai. Walaupun agak kepenatan, kami
berasa puas hati. Sekurang-kurangnya kami dapat menabur bakti terhadap warga emas ini yang bukan saja memerlukan perhatian tetapi
jua kasih sayang terutama daripada keluarga yang dirindui mereka.

Tajuk 43 ( Perkelahan yang menarik )

Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan karangan tentang perkelahan kamu itu. ( Cerita )

Pada hari Ahad yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana. Kami berbual-bual
sepanjang perjalanan.

Setibanya di destinasi, bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta. Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan
bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang. Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan banyak
pengunjung berada di pantai. Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.

Tanpa membuang masa lagi, saya dan adik segera menukar pakaian renang. Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.
Saya dan kakak berenang dengan gembira. Abang pula belajar menyelam. Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di
pantai. Oleh sebab adik tidak pandai berenang, dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.

Setelah penat berenang, kami menjamu selera di pantai. Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang. Kami
menikmati mi goreng, sate, kuih-muih, tembikai dan jus oren. Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar. Tambahan pula, masakan
ibu sungguh enak dan berkhasiat.

Kemudian, kami bermain bola tampar di pantai. Pemandangan di pantai indah nian. Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai
kenang-kenangan. Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.

Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang. Kami membuang sampah-sarap ke dalam
tong sampah demi menjaga kebersihan pantai. Selepas itu, kami pulang dengan gembiranya. Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang
menyeronokkan.

Tajuk 43.1 ( Perkelahan yang menarik )

87
Kamu dan keluarga kamu telah pergi berkelah di satu tempat perkelahan. Tuliskan sebuah catatan tentang perkelahan kamu itu. ( Catatan
)

Ahad, 25 Mei 2018.

7.00 pagi

Pagi-pagi lagi suasana di rumahku sudah riuh. Ini disebabkan adik-beradikku sibuk membuat persiapan untuk pergi berkelah di pantai Port
Desaru, Kota Tinggi seperti yang dijanjikan oleh ayah. Ibu sibuk menyiapkan bekalan makanan yang hendak dibawa seperti nasi ayam, kuih-
muih, buah-buahan dan minuman.

8.15 pagi

Kami sekeluarga bertolak dari rumah dengan menaiki kereta Proton Saga. Perjalanan ke Pantai Desaru mengambil masa selama satu jam.
Ketika kami sampai, ramai pengunjung sudah membanjiri Pantai Desaru.

9.45 pagi

Ayah mencari tempat yang sesuai untuk kami berteduh. Kemudian aku membentang sebidang tikar di bawah sepohon pokok yang rendang.
Aku, abang dan adik membantu ibu mengangkat barang-barang lalu meletakkannya di bawah pokok itu. Ibu menyusun barang-barang dan
membuka bekalan yang dibawa.

10.00 pagi

Selepas menukar pakaian, kami adik-beradik bermandi-manda di kawasan gigi air sahaja. Ayah memerhatikan kami dari tepi pantai sebagai
langkah berjaga-jaga. Setelah puas bermandi-manda, kami naik ke pantai dan membina istana pasir bersama-sama.

12.30 tengah hari

Setelah dua jam kami bermandi-manda dan membina istana pasir, ibu memanggil untuk menikmati makanan enak yang dimasak oleh ibu.
Kami makan dengan berselera kerana kelaparan dan keletihan. Sambil menjamu selera, kami menikmati suasana nyaman pantai Desaru dan
melihat gelagat orang ramai yang ada di situ.

3.00 petang

Kami mengemas semua barang yang dibawa dan memasukkan ke dalam kereta. Kami pun bertolak pulang. Kami sungguh gembira dan
berpuas hati dapat berkelah di situ. Semasa dalam perjalanan pulang, ayah berjanji akan membawa kami berkelah di Pantai Desaru lagi pada
cuti yang akan datang.

Tajuk 44 ( Biografi Ibu Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Ibu Saya”. Tulis karangan kamu selengkapnya. ( Cerita )

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita ke dunia. Mereka menanggung kesakitan dan bergadai nyawa ketika melahirkan kita. Kesakitan
yang dialami hilang sebaik-baik sahaja mereka melihat kita lahir ke dunia dengan selamat dan dalam keadaan fizikal yang sempurna. Sebaik-
baik sahaja kita lahir ke dunia, ibu memelihara kita sejak kecil dengan sepenuh kasih sayang yang tidak berbelah bagi.

Ibu saya bernama Fauziah binti Ahmad. Beliau berumur 34 tahun. Beliau berkulit cerah dan tinggi lampai. Ibu saya berbadan
kurus dan berambut panjang. Saya sangat menyayangi ibu saya kerana bagi saya, jasa ibu sangat besar. Ibu dengan dibantu oleh ayah telah
menjaga saya dengan baik sekali. Saya tidak merasakan bahawa saya kekurangan kasih sayang daripada ibu dan ayah saya.

Ibu saya bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Hulu Kelang. Ibu saya sudah lapan tahun mengajar di
sekolah tersebut. Ibu seorang guru yang tegas tetapi sangat penyayang. Beliau sangat disenangi oleh murid-murid dan rakan sejawatannya.
Kasih sayang murid-murid terhadap ibu saya terserlah semasa sambutan Hari Guru. Beliau akan menerima pelbagai cenderamata dan kad
ucapan daripada murid-muridnya sama ada yang masih bersekolah di sekolah itu ataupun yang telah meninggalkan bangku sekolah.

Sebagai seorang ibu, beliau sangat tegas dalam mendidik kami empat beradik. Beliau sentiasa mengutamakan disiplin dalam
mendidik kami. Walaupun tegas, beliau sangat penyayang dan baik hati. Setiap hari selepas pulang dari mengajar, beliau akan memasak
hidangan makan malam untuk kami. Beliau menyajikan makanan yang berkhasiat dan memastikan kami mengambil makanan yang
seimbang untuk menjaga kesihatan kami. Beliau mendidik kami bagai menatang minyak yang penuh.

Ibu gemar menanam bunga untuk mengisi masa lapangnya. Oleh sebab itu, halaman rumah kami sentiasa indah dan keadaan
ini memberikan keselesaan kepada kami. Ibu juga suka membaca buku dan memasak pelbagai jenis resipi pada hari minggu. Ibu sentiasa
mendidik kami agar menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti utama untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Menurut ibu, membaca
merupakan aktiviti yang amat bermanfaat.

Sejak kecil juga, ibu telah mendidik kami agar sentiasa mengutamakan kebersihan dalam setiap aspek. Ibu mendisiplinkan kami
agar menjaga kebersihan kawasan rumah sama ada di dalam atau di luar rumah. Ibu juga mengingatkan kami agar sentiasa menjaga
kebersihan diri. Menurut ibu, kebersihan asas kesihatan. Jika kita hidup dalam persekitaran yang bersih, kita akan sentiasa sihat dan
88
terhindar daripada penyakit. Kita juga akan disenangi ramai jika mengutamakan kebersihan diri.

Hakikatnya, saya berasa bangga kerana mempunyai ibu yang hebat seperti beliau. Saya sentiasa berdoa agar ibu sentiasa sihat
dan hidup dengan bahagia di samping ayah dan kami empat beradik. Saya berjanji bahawa saya akan membalas jasa ibu setelah saya
dewasa nanti. Saya akan menjaga ibu dengan baik seperti mana ibu menjaga saya dengan sepenuh kasih sayang.

Tajuk 44.1 ( Biografi Bapa Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Ayah Saya”. Tulis karangan kamu selengkapnya. ( Cerita )

Saya mempunyai seorang bapa kesayangan. Nama bapa saya Mohammad Nasrul bin Abdul Kadir. Bapa berumur 40 tahun. Bapa saya seorang
yang tinggi dan berbadan tegap. Bapa saya merupakan seorang yang rajin dan baik hati.

Bapa saya seorang pekebun. Tiap-tiap pagi, bapa akan pergi ke kebun untuk bekerja. Kerjanya termasuklah membajak tanah,
menanam biji benih sayur, menyirami sayur dan mengutip sayur yang matang. Selepas itu, bapa saya akan menghantar sayur yang sudah
dikutip itu ke pasar untuk dijual bagi menampung kehidupan kami. Bapa rajin bekerja untuk menyara hidup kami keluarga.

Pada masa lapang, bapa suka membaca surat khabar untuk mengetahui berita terkini. Dia juga suka berbual-bual dengan kawan-
kawannya di kedai kopi. Bapa merupakan seorang yang peramah. Oleh itu, dia dapat bergaul mesra dengan kawan-kawannya.

Selain itu, bapa saya gemar berjoging di kawasan taman rekreasi pada waktu petang untuk menjaga kesihatan badannya. Justeru,
bapa saya sentiasa sihat dan cergas melakukan kerja-kerja sebagai seorang pekebun.

Bapa saya suka makan nasi lemak. Bapa juga pandai memasak. Kadangkala, bapa memasak nasi lemak untuk kami. Minuman
kegemaran bapa saya ialah teh tarik. Bapa juga suka makan kuih koci inti kelapa yang dibungkus dengan daun pisang.

Saya sayang akan bapa saya dan berjanji akan membalas jasa bapa saya apabila dewasa kelak.

89
Tajuk 44.2 ( Biografi Guru Saya )

Tulis karangan yang bertajuk “Guru Kesayangan Saya”. Tulis karangan kamu selengkapnya. ( Cerita )

Guru merupakan insan yang paling penting dalam mencorakkan hidup seseorang murid. Tanpa bimbingan dan didikan guru, pastinya saya
dan rakan-rakan saya tidak akan dapat menikmati kehidupan yang cerah pada masa depan.

Guru yang paling saya sayangi di sekolah saya ialah Cikgu Khairul. Saya amat menyayangi Cikgu Khairul kerana beliau seorang
guru yang baik hati dan bertanggungjawab. Beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Semasa mengajar, beliau begitu
tegas tetapi pandai berjenaka. Oleh itu, saya dan rakan-rakan yang lain tidak pernah rasa bosan mengikuti pengajaran yang disampaikan
oleh beliau.

Cikgu Khairul juga pandai mengambil hati murid-muridnya. Apabila kami melakukan kesalahan, beliau tidak akan memarahi kami.
Beliau akan membimbing dan menasihati kami supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Sekiranya ada masa lapang, Cikgu Khairul
akan berbual-bual dengan saya dan rakan-rakan
saya. Cikgu Khairul akan bertanyakan masalah yang kami hadapi terutama dalam bidang pelajaran. Beliau sangat mengambil berat dan
prihatin terhadap anak-anak didiknya.

Pada sebelah petang, Cikgu Khairul akan melatih kami bermain bola baling. Beliau merupakan jurulatih bola baling di sekolah
saya. Teknik permainan yang diajar oleh Cikgu Khairul banyak membantu pasukan bola baling sekolah saya meraih kejayaan dalam setiap
pertandingan.

Kami amat bersyukur kerana mempunyai guru yang bertanggungjawab dan penyayang. Kami sayang akan Cikgu Khairul dan
menganggapnya sebagai ibu kami. Segala jasa dan pengorbanan beliau, amat kami hargai dan akan dikenang sampai bila-bila.

Tajuk 44.3 ( Biografi Sahabat Saya )

Tulis satu cerita tentang sahabat kamu.

Saya mempunyai seorang sahabat karib yang bernama Siti Suhaila. Umurnya 12 tahun iaitu sebaya dengan umur saya. Kami selalu bersama-
sama baik di sekolah mahupun di luar sekolah.

Kami bersama-sama menunggang basikal ke sekolah pada setiap hari. Kami juga belajar di dalam kelas yang sama. Siti Suhaila
merupakan seorang sahabat yang tidak kedekutilmu. Dia selalu berkongsi ilmu dengan saya dan rakan-rakan.

Kami sering mengunjungi perpustakaan untuk membawa buku pada waktu


rehat. Pada waktu petang juga kami akan pergi ke perpustakaan yang berdekatan dengan rumah untuk membawa buku.

Selain itu, Siti Suhaila aktif dalam bidang sukan. Dia telah mewakili sekolah dalam permainan badminton sehingga ke peringkat
negeri. Salah satu keistimewaan Suhaila ialah dia pandai melukis. Dia sering menyertai pertandingan melukis baik di sekolah mahupun di
luar sekolah.

Saya berasa sangat bertuah dapat berkawan dengan Suhaila kerana banyak ilmu pengetahuan yang saya peroleh daripadanya.
Semoga persahabatan kami kekal selama-lamanya.

90
Tajuk 44.4 ( Biografi Sahabat Saya )

Tulis satu cerita tentang sahabat kamu.

Sahabat diertikan sebagai orang yang paling rapat dengan kita. Boleh dikatakan semua orang mempunyai sahabat karib dalam kehidupan
seharian. Tanpa sahabat, mungkin seseorang itu akan digelar kera sumbang.

Sahabat karib saya bernama Azizan bin Razif. Kami belajar di dalam kelas yang sama. Kami mula berkawan semenjak prasekolah
lagi. Azizan selalu membantu saya terutamanya dalam subjek Sains. Dia amat meminati subjek
Sains dan bercita-cita ingin menjadi angkasawan.

Kami memang kerap dilihat ke mana-mana bersama, sama ada pada waktu persekolahan ataupun selepas balik dari sekolah.
Kebetulan, kami juga rakan sekampung. Malah, saya turut membantunya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kami kerap mengulang kaji
pelajaran bersama-sama.

Ketika waktu susah, Azizan banyak memberikan perangsang kepada saya. Pernah suatu ketika saya gagal dalam mata pelajaran
Sains kerana kurang bersedia. Dialah insan yang membakar semangat saya untuk bangkit kembali. Katanya, gagal sekali bukan bermakna
gagal selama-lamanya.

Begitulah akrabnya hubungan kami hingga kadangkala saya bermalam di rumahnya. Dia juga sudah biasa dengan keluarga saya.
Kami sentiasa ingat akan tarikh lahir, minat masing-masing, dan makanan kegemaran masing-masing.

Saya berasa amat beruntung kerana dikurniakan seorang sahabat sejati. Kami berjanji akan sentiasa bersahabat selagi hayat
dikandung badan.

Tajuk 44.5 ( Biografi Tokoh yang Dikagumi )

Tulis suatu karangan yang bertajuk “Tun Doktor Mahathir Mohamad”.

Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tegas. Pelantikan beliau merupakan satu
kebanggaan bagi negara kita .

Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu
Seberang Perak selama dua tahun. Selepas itu, beliau belajar di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Semasa Perang Dunia Kedua,
pelajaran beliau terganggu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, beliau menyambung pelajarannya semula di sekolah yang sama sehingga
lulus peperiksaan "Senior Cambridge" .

Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura dalam bidang perubatan. Pada tahun 1953, beliau
dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).
91
Pada tahun 1964, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kota Setar Selatan. Dengan pemilihan ini, beliau mula bergiat secara
aktif dalam bidang politik.

Sewaktu Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau adalah salah seorang daripada tiga orang Naib
Presiden UMNO Malaysia. Setelah Tun Abdul Razak meninggal dunia, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Kemudian, beliau melantik Datuk Seri Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pula.

Apabila Tun Hussein Onn uzur dan meletakkan jawatannya, Datuk Seri Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang keempat, iaitu pada 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Pada 10 Mei 2018, beliau sekali lagi ditabalkan sebagai Perdana Malaysia
yang ke-7. Ini merupakan kali kedua beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Beliau kini terus menjalankan tugasnya dengan cemerlang walaupun telah mencapai usia 93 tahun. Ternyata usia bukan
penghalang bagi beliau untuk terus menabur bakti kepada negara.

Tajuk 46 ( Temu ramah Murid Cemerlang )

92
Tajuk 46.1 ( Wawancara Olahragawan Sekolah )

93
Tajuk 47 ( Tindakan Membantu Rakan yang Tercedera )

Kamu dan rakan-rakan sedang melakukan aktiviti semasa pelajaran Pendidikan Jasmani. Tiba-tiba salah seorang rakan kamu menjerit
kesakitan. Ceritakan tindakan kamu dan rakan-rakan lakukan untuk membantu rakan kamu yang menjerit itu.

Seperti biasa, setiap hari Selasa pagi, saya dan rakan-rakan sekclas menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti Pendidikan Jasmani ini
bermula pada 7.45 pagi hingga 8.45 pagi.

Kami berasa sangat seronok mengikuti kelas Pendidikan Jasmani ini kerana kami dapat bermain dan mengeluarkan peluh. Ketika
sedang seronok mengikuti aktiviti yang diadakan tiba-tiba rakan saya menjerit kesakitan.
94
Saya dan beberapa orang rakan saya pun terus berlari ke arah rakan kami yang menjerit tersebut. Kami bertanya mengapa dia
menjerit. Rakan saya yang dikenali dengan nama Ayu menunjukkan kakinya yang berdarah. Rupa-rupanya Ayu telah terpijak serpihan kaca
yang terdapat di padang tersebut.

Saya dan rakan-rakan pun memapah Ayu ke bilik rawatan dan memintanya bertenang. Saya mengambil peti kecemasan dan
mengeluarkan ubat lalu membersihkan luka pada kakinya. Selepas itu, saya pun membalut lukanya. Salah seorang rakan saya telah pergi ke
pejabat guru dan memberitahu guru bertugas iaitu Cikgu Zahri tentang kejadian yang berlaku.

Saya telah menasihati Ayu agar berehat sambil menunggu Cikgu Zahri tiba. Cikgu Zahri telah membawa Ayu yang cedera ke klinik
yang berhampiran. Kemudian saya dan rakan-rakan pun meneruskan pembelajaran kami pada hari tersebut.

Tajuk 47.1 ( Tindakan Membantu Murid yang Kehilangan Duit )

Kamu dan seorang rakan sedang berjalan ke kantin untuk rehat. Semasa dalam
perjalanan kamu ternampak seorang murid tahun satu sedang menangis. Ceritakan tindakan kamu dan rakan ketika itu.

Loceng rehat berbunyi, aku dan Marina terus menuju ke kantin untuk makan. Sambil beratur untuk membeli makanan. kami berbual-bual
tentang pelajaran. Tiba-tiba kami ternampak seorang budak lelaki sedang menangis di tepi kantin sekolah.

Aku mengajak Marina ke arah budak lelaki itu untuk mengetahui perkara yang berlaku. Kami menuju ke arah budak lelaki itu
dengan segera. Aku bertanya sebab budak itu menangis.

Setelah beberapa kali memujuknya dengan pelbagai cara. akhirnya budak lelaki itu memberitahu bahawa dia kehilangan wang
untuk membeli makanan. Dia menangis kerana sedih dan terasa lapar.

Aku dan rakanku mengajak budak itu mencari wangnya di dalam kelas. Setelah puas mencari di dalam meja dan begnya, wang tersebut tidak
ditemui. Kemudian. kami berdua membawa budak tersebut bertemu dengan guru kebajikan murid sekolah kami dan menceritakan perkara
yang berlaku. Setelah beliau berpuas hati dengan penerangan aku serta pengakuan budak tersebut. beliau memberikan wang sebanyak tiga
ringgit kepada budak itu.

Kemudian, aku, Marina dan budak lelaki itu segera menuju ke kantin untuk membeli makanan. Aku membantu budak lelaki itu
membeli makanan dan minuman. Selepas itu, kami duduk di tempat yang disediakan dan makan bersama-sama. Budak lelaki itu
mengucapkan terima kasih atas pertolongan
kami berdua.

Loceng berbunyi sekali lagi menandakan berakhirnya waktu rehat. Kami menuju ke kelas masing-masing dengan segera untuk
meneruskan pelajaran. Aku dan Marina berasa gembira kerana dapat membantu murid yang ditimpa masalah.

Tajuk 47.2 ( Tindakan Membantu Mangsa Kemalangan )

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu ternampak sebuah kereta melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Ceritakan tindakan-
tindakan yang kamu lakukan.

Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya ternampak sebuah kereta terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Saya sebenarnya
sudah mengagak sesuatu akan berlaku kerana kereta itu bergerak sangat laju.

95
Tanpa membuang masa, saya mengayuh basikal lebih laju menuju ke arah kereta itu. Apabila tiba, saya dapati kereta itu remuk
di bahagian depannya. Pemandunya pula cedera parah.

Saya segera membuka pintu supaya pemandu itu dapat keluar. Bagaimanapun, usaha saya tidak bermakna kerana pemandu itu
telah pengsan. Dia tersandar di kerusinya dengan darah mengalir di kepala.

Dengan tenaga yang ada, saya memapahnya keluar. Setelah itu, saya baringkannya agak jauh dari situ. Saya bimbang kalau-kalau
kereta itu terbakar dan meletup kerana saya tercium bau minyak.

Setelah itu, saya ke tepi jalan untuk menahan kereta, lain yang melalui jalan itu. Sebuah kereta berhenti dan saya menjelaskan keadaan
sebenar. Pemandu yang cedera parah itu kemudian segera dibawa ke hospital.

Pemandu kereta itu selamat. Sewaktu saya melawatnya di hospital, dia mengucapkan terima kasih. Saya berasa sungguh gembira
kerana telah memberi
pertolongan kepada orang yang memerlukan.

Tajuk 48 ( Menyambung Cerita – Awal Cerita )

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba...............
Sambung cerita tersebut.

Aku baru selesai mengikuti kelas tambahan subjek Matematik. Aku segera mengambil basikal aku di tempat letak basikal. Tiba-tiba, aku
dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa susah hati dan gelisah.

Aku cuba mencari kunci basikal aku di tempat letak basikal tetapi masih tidak dijumpai. Jam tanganku menunjukkan hampir pukul
6.00 petang. Aku berasa takut kerana kawasan itu sunyi.

Aku menuju ke arah pondok telefon yang berhampiran. Nasib aku baik kerana mempunyai duit syiling. Aku terus menelefon ibuku
untuk memberitahu perkara yang berlaku. Ibu meminta aku bertenang dan berpesan agar aku menunggunya datang menjemput aku.

Setengah jam kemudian, ibuku pun tiba. Dengan pantas, aku membantu ibu mengangkat basikal untuk dimasukkan ke dalam
kereta. Kemudian, ibu memandu keretanya ke kedai membuat kunci untuk menempah kunci basikalku yang baharu.

Aku berasa gembira setelah kunci basikal siap dibuat oleh tuan kedai itu. Semenjak kejadian itu, aku tidak lagi berbasikal bersama
kawan-kawan ke kelas tambahan. Ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke kelas tambahan kerana bimbang akan
keselamatanku jika peristiwa seperti itu berulang. Sebaliknya, aku dihantar oleh ayah setiap kali ada kelas tambahan.

Aku sungguh sedih kerana tidak dapat menunggang basikal ke sekolah. Inilah akibatnya orang yang cuai. Mulai hari itu, aku
sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.

Tajuk 49 ( Menyambung Cerita – Akhir Cerita )

96
Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.

....aku bersyukur kepada Tuhan. Kedua-dua rakanku terus memelukku sambil menitiskan air mata.

Aku sungguh kecewa dengan keputusan peperiksaan yang aku peroleh baru-baru ini. Begitu juga dengan kedua-dua rakan karibku, iaitu
Aisyah dan Mimi. Kami kecewa dengan keputusan peperiksaan tersebut kerana kurang baik, bahkan merosot berbanding peperiksaan
sebelumnya.

Setelah berbincang bagi membaiki masalah tersebut, akhirnya kami membuat keputusan untuk belajar bersama-sama dengan
menubuhkan kumpulan belajar. Kemudian, kami berbincang untuk menentukan masa dan tempat yang sesuai untuk kami berkumpul.

Akhirnya kami bersetuju berkumpul pada setiap petang Jumaat di rumah kami secara bergilir-gilir. Kami belajar bermula pada
pukul 4 petang hingga pukul 6 petang. Jika ada kelapangan pula, kami akan pergi ke perpustakaan untuk membuat rujukan dan sebagainya.

Aku sangat seronok belajar secara berkumpulan kerana melalui cara ini kami dapat berbincang untuk menyiapkan kerja rumah
atau membuat latihan. Kami juga dapat bertukar-tukar nota. Aku berasa lebih bersemangat untuk belajar kerana banyak masalah pelajaran
sebelum ini berjaya diatasi setelah kami belajar bersama-sama.

Semakin dekat waktu peperiksaan, kami semakin kerap membuat perbincangan bersama. Tibalah masanya keputusan UPSR
diumumkan. Akhirnya kami berjaya mendapat keputusan yang sungguh cemerlang iaitu kami mendapat 6A. Aku bersyukur kepada Tuhan.
Kedua-dua rakanku terus memelukku sambil menitiskan air mata.

Tajuk 49.1 ( Menyambung Cerita – Akhir Cerita )

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.

....aku bersyukur kepada Tuhan. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

Aku sungguh kecewa dengan keputusan peperiksaan yang aku peroleh baru-baru ini. Keputusan peperiksaan tersebut kurang baik, bahkan
merosot berbanding peperiksaan sebelumnya. Cikgu Azam memarahi aku kerana tidak berusaha untuk membaiki kelemahan aku.

Aku diam. Dalam hati, aku bertekad untuk belajar dengan lebih gigih. Bagiku, kata-kata Cikgu Azam itu ada benarnya.

Sejak peristiwa itu, sikap aku berubah. Aku tidak mengganggu kawan-kawanku lagi. Aku menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran. Selain itu, aku mengulang kaji pelajaran tanpa jemu.

Perubahan sikap aku disedari oleh kawan-kawanku. Mereka melemparkan pelbagai sindiran kepadaku. Namun demikian, Aku
tetap bersabar. Kini, peperiksaan Percubaan UPSR bermula. Aku berjaya menjawab setiap soalan dengan yakin. Aku tidak menghadapi
masalah kerana kali ini aku mempunyai persediaan yang cukup.

Apabila keputusan Percubaan UPSR diumumkan, aku tersenyum gembira. Aku mendapat 6A. Cikgu Azam menghampiriku sambil
menepuk-nepuk bahunya. Cikgu Azam meminta semua murid meneladani sikap aku yang cekal berusaha menuntut ilmu. Oleh sebab itu, dia
berjaya dengan cemerlangnya, kata Cikgu Azam lagi.

Aku bersyukur kepada Tuhan. Akhirnya aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan UPSR.

97
Tajuk 50 ( Suasana Pasar Tani )

Anda berpeluang mengikut ibu anda ke pasar tani. Gambarkan suasana di pasar tani itu. ( Cerita )

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi.Dari jauh sudah kelihatan beberapa deret payung besar berwarna putih dan hijau di suatu kawasan. Orang
ramai mula membanjiri kawasan tersebut.

Apabila tiba di kawasan itu, kelihatan para peniaga sibuk melayan pelanggan-pelanggan mereka. Ada yang menjual sayur-sayuran
dan buah-buahan. Ada juga yang menjual daging seperti daging kambing, lembu dan ayam. Ada juga yang menjual ikan air tawar.

Suasana pada pagi itu agak bising dengan suara para penjual dan pembeli. Jeritan para penjual untuk melariskan barang jualan
mereka kedengaran di sana sini. Keadaan seperti ini menjadikan suasana perniagaan berjalan dengan begitu meriah.

Masa berlalu, semakin ramai orang yang datang untuk membeli barang keperluan. Kebanyakan yang datang ke pasar tani ini
membeli sayur-sayuran dan daging. Hal ini demikian kerana sayur-sayuran dan daging yang dijual di sini lebih segar jika dibandingkan di
tempat-tempat lain.Hasil dagangan mereka ini sebenarnya adalah hasil tanaman mereka sendiri.

Di pasar tani kita dapat melihat berbagai-bagai ragam manusia, tidak kira lelaki atau perempuan. Keadaan pasar sangat sibuk dan sempit
sehingga kita terpaksa berjalan dengan berhimpit-himpit. Kadang kala keadaan bersesak-sesak itu sungguh merimaskan.

Keadaan pasar tani tidak menyenangkan, terdapat berbagai-bagai bau seperti bau ikan, bau sampah dan lain-lain. Hal ini boleh
menyebabkan kita berasa loya dan jijik dengan persekitaran yang kotor. Ketidakselesaan ini sewajarnya diambil berat oleh semua pihak.

Apabila hari semakin meninggi, orang ramai beransur-ansur kurang. Para peniaga mula mengemas barang-barang mereka dan
pulang. Kawasan yang bising itu kini menjadi lenggang.

Tajuk 50.1 ( Suasana Pasar Malam )

Anda berpeluang mengikut ibu anda ke pasar tani. Tulis karangan cerita tentang pengalaman kamu mengunjungi pasar malam di tempat
tinggal kamu itu.

Pasar malam yang dibuka seawal pukul 3:30 petang, biasanya diadakan seminggu sekali. Laluan yang dijadikan lokasi pasar malam
akan ditutup lebih awal untuk memberi kemudahan kepada para peniaga menyusun barangan jualan mereka.

Selepas waktu maghrib, deretan lampu dari gerai-gerai yang beroperasi mulai bergemerlapan menerangi medan beli-belah ini.
Apabila sesak, suasana akan menjadi bingit. Keadaan riuh-rendah dengan aktiviti tawar-menawar dan laungan suara peniaga
mempromosikan barangan jualan mereka menjadikan suasana riuh-rendah di segenap penjuru.

Pelbagai produk dijual di pasar malam. Antaranya, pakaian, bahan mentah, perkakas dapur dan makanan segera. Pakaian,
aksesori wanita, barang-barang permainan, teks bacaan, bahan audio, ubat-ubatan tradisional, barangan terpakai juga boleh didapati di
pasar malam.

Kendatipun begitu, tidaklah semua pengunjung yang datang ke pasar malam berhasrat untuk berbelanja. Ada yang hanya
menjamu mata, ada yang mundar-mandir memperagakan penampilan dan ada juga yang menjadikan pasar malam sebagai medan
pertemuan peribadi.

Gerai yang sering memonopoli kunjungan ialah gerai yang menggunakan kemudahan audio untuk mencanangkan barangan
jualannya. Pembesar suara saling bergema dari pelbagai arah untuk mempropagandakan jualan lelong, memperkenalkan ubat-ubatan
tradisional serta mempromosi teks ceramah tentang lagu-lagu pujaan masa kini atau filem terkini yang “panas” di pasaran.

Pasar malam lazimnya akan beransur-ansur lengang selepas pukul 11:00 malam. Pada ketika itu para pembeli sudah mahu
beredar meninggalkan kawasan pasar malam. Para peniaga pula sibuk berkemas dan menyimpan segala barangan jualan serta
membersihkan tapak gerai masing-masing.

98
Tajuk 51 ( Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan )

Tulis karangan tentang kebaikan makan buah-buahan tempatan. ( Fakta )

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian,
rambutan, manggis dan lain-lain lagi. Buah-buahan ini mudah didapati dan murah pula harganya.

Rakyat Malaysia digalakkan membeli dan mengambil buah-buahan tempatan sebagai satu daripada sajian makanan harian
kerana buah-buahan tempatan masih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan pelbagai jenis zat dan
vitamin dalam buah tersebut. Kandungan zat dan vitamin ini sangat baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan ini juga boleh didapati dengan banyak sekali apabila tiba musimnya. Pokok buah-buahan seperti pisang
dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi sekiranya kita tinggal di kampung. Kita juga lebih mudah untuk
mendapatkan buah-buahan ini tanpa perlu pergi ke kedai serta tidak perlu mengeluarkan wang untuk membelinya.

Buah-buahan tempatan juga ada sebahagiannya kita boleh jadikan perasa makanan ataupun jus minuman yang enak, lazat, dan
menyelerakan. Buah tembikai, jambu batu, dan belimbing sangat sesuai dijadikan jus minuman sejuk. Jus segar ini selain enak rasanya, jus
ini juga mengandungi zat
dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan dan tumbesaran kanak-kanak.

Pengeluaran buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih gemar memilih
buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Secara tidak langsung kita telah membantu negara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, untuk menanamkan semangat patriotisme, cinta akan tanah air, kita sangat digalakkan makan buah-buahan
tempatan kerana buah-buahan ini banyak kebaikannya. Tambahan pula, buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-
buahan import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira yang kaya mahupun yang miskin.

Tajuk 52 ( Gaya Hidup Sihat )

Tulis karangan tentang amalan gaya hidup sihat. ( Fakta )

Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam kehidupan setiap insan kerana kesihatan kita diibaratkan anugerah Allah yang amat
berharga. Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam. Bersenam dapat mengelakkan diri kita daripada penyakit
yang berbahaya.

Selain bersenam, kita juga mesti beriadah bagi menenangkan emosi dan fikiran. Riadah dapat mengembalikan kecergasan minda
kita setelah penat belajar atau bekerja. Jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan melalui beriadah atau berehat.

Selain itu, kita juga haruslah makan makanan yang seimbang bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya, kita mestilah makan
mengikut piramid makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak boleh kurang atau lebih daripada piramid makanan. Ini dapat
mengelakkan diri kita daripada masalah obesiti yang mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa, kita haruslah makan makanan bagi mempratikkan amalan gaya hidup sihat.

Selanjutnya, dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat mengelakkan diri kita daripada banyak penyakit.
Contohnya, penyakit seperti diabetis, kegagalan buah pinggang, obesiti, dan sebagainya. Penyakit kronik seperti ini tidak boleh diubati
dengan senang. Bak kata pepatah,
“mencegah lebih baik daripada mengubati”. Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat ini tidak diamalkan tentulah banyak kesan
yang kurang menyenangkan atau kesan buruk akan kita hadapi.

Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen-kempen dan program-program tertentu untuk memberitahu peri
pentingnya gaya hidup sihat kepada rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentingnya kesihatan mereka. Dalam pada itu, kerajaan juga
harus membina banyak pusat sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas.

Kesimpulannya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Kesihatan sangat vital
sekali berbanding dengan benda-benda lain. Jika badan sihat, semua kerja menjadi, hasilnya pun berkualiti.

Tajuk 53 ( Kepentingan Makanan Seimbang )

Tulis karangan tentang kepentingan makanan seimbang . ( Fakta )

Manusia memerlukan makanan untuk bergerak dan bekerja. Tanpa makanan, udara dan air manusia tidak akan hidup. Oleh itu, untuk
meminjam tubuh badan yang kuat dan sihat, kita amat memerlukan makanan seimbang lagi berkhasiat.

99
Apabila badan kita kuat dan sihat, penyakit tidak mudah menyerang kita. Makanan yang berkhasiat juga dapat membina
otak yang cerdas. Apabila otak kita cerdas kita dapat belajar dengan sempurna. Kesihatan tubuh badan atau kecergasan fizikal dan
kecerdasan mental juga perlu semasa kita melakukan sesuatu pekerjaan.

Makanan yang berkhasiat merupakan makanan yang mengandungi cukup protein, vitamin, karbohidrat, dan mineral.
Makanan-makanan jenis ini terdapat banyak di sekeliling kita. Makanan yang mahal harganya tidak semestinya berkhasiat.

Oleh hal yang demikian, pastikan bahawa makanan yang kita makan setiap hari mengandungi khasiat yang diperlukan oleh
tubuh badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau sangat penting dimakan kerana terdapat vitamin yang banyak untuk keperluan
tubuh badan. Makanan berkhasiat sudah tentu menjamin kehidupan yang cemerlang.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah jelas dan dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Oleh itu, dengan
mengamalkan amalan pemakanan seimbang, negara dapat melahirkan pekerja yang produktif.

Kesimpulannya, janganlah kita memilih makanan hanya berpandukan pada gerak hati kita kerana nafsu makan kita hanya
akan memilih makanan yang sedap-sedap tanpa memikirkan kesan buruknya. Secara diam makanan ini akan mengundang penyakit
serta menjejaskan kesihatan kita. Kita perlu mengambil langkah pencegahan sebelum terlambat. “Tepuk dada tanya selera”.

Tajuk 54 ( Surat Tidak Hadir ke Sekolah )

Andaikan bahawa anda diserang demam panas. Anda tidak dapat hadir ke sekolah selama dua hari. Tulis surat kepada guru anda untuk
memberitahu keadaan anda. Tulis surat tersebut.

Arif bin Ibrahim


Parit 9, Ban 2,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
__________________________________________________________

Guru Tahun 6 Usaha,


Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan. 30 JANUARI 2019.

Cikgu,

Tidak Dapat Hadir ke Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya Arif bin Ibrahim murid Tahun 6 Usaha ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana
diserang demam panas.

2. Saya telah mendapatkan rawatan daripada doktor. Doktor menasihati saya supaya berehat selama dua hari. Saya berharap agar
masa rehat selama dua hari itu membolehkan saya pulih seperti sediakala.

3. Bersama-sama dengan surat ini, saya sertakan surat akuan daripada doktor untuk makluman dan tindakan cikgu. Saya berharap
agar saya cepat sembuh dan dapat datang ke sekolah seperti biasa.

4. Saya akan kembali ke sekolah setelah tempoh cuti sakit saya tamat. Saya berjanji akan menyalin segala nota selama saya tidak hadir ke
sekolah. Saya juga berharap agar cikgu dapat membantu saya untuk mengikuti mana-mana pelajaran yang tertinggal.

5. Sekian untuk makluman dan tindakan selanjutnya daripada pihak cikgu. Semoga penjelasan saya ini dapat menjelaskan ketidakhadiran
saya ke sekolah.

Kerjasama daripada cikgu, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Arif Ibrahim
( ARIF BIN IBRAHIM )
Murid Tahun 6 Usaha,

100
SK Parit 9, 45400 Sekinchan.

Tajuk 54.1 ( Surat Memohon Mengadakan Lawatan )

Andaikan bahawa anda Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu.Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar anda untuk memohon mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor.
__________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor. 3 MAC 2019.

Tuan,

Lawatan sambil Belajar ke Kuala Lumpur

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur selama dua
hari.

2. Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk mendedahkan bahan-bahan yang berkaitan dengan mata pelajaran
Bahasa Melayu di samping menambahkan pengetahuan murid-murid mengenai bandaraya Kuala Lumpur kepada murid.

3. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 hingga 13 Mac 2019


Hari : Sabtu dan Ahad
Bilangan Murid : 34 orang
Bilangan Guru : 5 orang

4. Kami berjanji akan memanfaatkan lawatan ini dengan sebaik yang mungkin demi kecemerlangan kami. Di samping itu, kami juga akan
menjaga nama baik sekolah sepanjang lawatan ini berlangsung.

5. Saya berharap agar permohonan untuk mengadakan lawatan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Kerjasama daripada tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Anas baharum
( ANAS BIN BAHARUM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SK Parit 9, 45400 Sekinchan.

101
Tajuk 54.2 ( Surat Memohon Mengadakan Lawatan )

Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda akan menganjur kuiz Bahasa Melayu periangkat sekolah. Selaku setiausaha, anda dikehendaki
menulis sepucuk surat kepada Guru Besar sekolah anda untuk memohon kebenaran menggunakan dewan dan peralatan sekolah.

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor.
__________________________________________________________

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Parit 9,
45400 Sekinchan,
Selangor. 10 JUN 2019.
Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Menggunakan Dewan dan Peralatan Sekolah
Saya Faiz Zainuddin selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini, ingin memohon kebenaran untuk menggunakan dewan dan
peralatan sekolah pada 16 Ogos 2019.
2. Hal ini demikian kerana Persatuan Bahasa Melayu akan menganjurkan kuiz Bahasa Melayu pada tarikh tersebut.
3. Kami akan memastikan kebersihan dewan terjaga sepanjang kuiz itu berlangsung. Untuk tujuan tersebut, kami telah pun melantik
ahli jawatankuasa khas untuk mengendalikan peralatan.
4. Saya berharap agar tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Hal ini demikian kerana kami perlu membuat persediaan
awal untuk memastikan kuiz ini berjalan lancar.
Kerjasama pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Yang benar,

Anas baharum
( ANAS BIN BAHARUM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
SK Parit 9, 45400 Sekinchan.

102

Anda mungkin juga menyukai