Anda di halaman 1dari 2

Rakan anda telah berjaya menjadi johan dalam suatu pertandingan

pidato peringkat kebangsaan.


Tulis surat kepada rakan anda untuk mengucapkan tahniah atas
kejayaannya itu.

43, Jalan Congkat,


Bandar Baru,
47000 Sungai Buloh
Selangor.

27 Julai 2021

Hai Sahabatku, Kalai yang berada di Pasir Gudang, Johor. Semoga


sentiasa sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Semalam, saya terbaca berita kejayaan saudari sebagai


pemidato terbaik bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah peringkat
menengah. Saya begitu bangga melihat kejayaan yang saudari
kecapi. Saudari dapat membuktikan bahawa anak pemandu lori
yang dibesarkan di kampung dan kehidupannya seperti kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang mampu berpidato dalam
bahasa kebangsaan kita.

Sejak kita belajar di sekolah rendah, saudari telah


menunjukkan minat yang mendalam untuk menjadi pemidato yang
berjaya. Saya tahu, saudari berusaha sungguh untuk mencapai
kejayaan ini. Di sini, saya mengucapkan tahniah kepada para guru
yang membimbingi saudari.
Saya berasa sangat gembira apabila menonton temu ramah
saudari di Astro Vizhuthugal. Dalam temu ramah itu, saya tertarik
oleh cara saudari belajar menguasai bahasa Melayu. Saudari
berjaya menguasai bahasa Kebangsaan kita ini oleh sebab
keyakinan dan ketabahan yang saudari miliki. Pada awalnya
saudari tidak begitu mahir bertutur dan berkomunikasi dalam
bahasa Melayu.

Sebagai kita berbangsa India memang kita mengalami


kesukaran bertutur dalam bahasa Melayu. Namun, saudari berani
mencuba bertutur dengan guru, Pengetua dan orang lain juga.
Perkara ini menjadi alah bisa tegal biasa kepada saudari. Saya
begitu lemah dalam mata pelajaran bahasa Melayu, apatah lagi
untuk menuturkannya. Saya ingin berkongsi rahsia kejayaan
saudari ini. Saya berharap agar saudari dapat memberikan
bimbingan supaya saya dapat mengatasi kelemahan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.

Saya berdoa semoga saudari akan terus berjaya dalam


kehidupan. Kejayaan ini dapat membuktikan bahawa kita harus
gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan.

Sahabatmu,
Kirtana

Anda mungkin juga menyukai