Anda di halaman 1dari 2

Pada tahun ini kamu akan menduduki Peperiksaan Akhir Tahun.

Pelbagai persediaan telah kamu


lakukan.

Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang persediaan kamu itu.

Siti Nurhaliza binti Tajudin,


Lot 2005, Kg Panchor Kemumin,
16100 Pengkalan Chepa,
Kelantan.
12 JULAI 2018
.
Menemui sahabatku, Aisha binti Morhaji yang kini berada di Bintulu, semoga berada dalam keadaan
sihat wal’afiat.
Saudari
Apa khabar saudari? Saya di sini dalam keadaan sihat sejahtera. Demikian juga harapan saya
terhadap saudari sekeluarga. Bagaimana keadaan pelajaran saudari? Saya berharap saudari sentiasa
beroleh kejayaan yang cemerlang setiap kali menghadapi ujian. Tambahan pula pada tahun ini kita
akan menghadapi peperiksaan yang penting yang akan menentukan hala tuju persekolahan kita pada
tahun-tahun mendatang.

Saudari yang dikasihi,

Tentunya saudari sedang sibuk membuat pelbagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Akhir
Tahun nanti. Saya di sini juga demikian. Pelbagai persiapan telah dan sedang saya lakukan. Setakat ini,
saya belum lagi tidak hadir ke sekolah. Pada saya, kehadiran ke sekolah sangat penting kerana setiap
hari pasti ada sahaja topik baharu yang akan diajar oleh cikgu. Jika kita ketinggalan, maka sukarlah
untuk kita memahami topik atau tajuk tersebut.
Selain itu, saya juga mengulangkaji pelajaran pada waktu petang. Hal ini saya lakukan agar perkara
yang diajar oleh guru di sekolah akan kukuh di ingatan saya. Saya juga membuat latihan dengan
menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas.

Pada waktu malam pula saya akan menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh guru. Melalui
tugasan ini saya dapat menambahkan kefahaman saya terhadap sesuatu tajuk. Hal ini akan
meningkatkan prestasi pencapaian saya.

Pada hari minggu pula, saya akan belajar bersama-sama rakan-rakan yang tinggal berdekatan
rumah saya. Kami mengadakan kumpulan perbincangan. Segala topik pembelajaran yang tidak
difahami, kami akan bincangkan bersama-sama. Dengan cara ini kami dapat berkongsi idea dan
pandangan serta membetulkan kesilapan.

Bagaimana pula dengan saudari? Saya berharap agar saudari dapat pula menceritakan kepada saya
persiapan yang saudari lakukan. Manalah tahu jika saya dapat mencontohinya demi meningkatkan
pencapaian saya.

Sekian dahulu untuk kali ini. Saya berharap agar kita dapat bersua lagi pada warkah yang akan
datang.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
SITI NURHAJIZA

Anda mungkin juga menyukai