Anda di halaman 1dari 3

BIODATA TN HJ ABU BAKAR BIN AHMAD

GURU BESAR SK PARIT NAWI, MUAR, JOHOR


Segak bergaya putera mahkota,
Dimahkotakan dalam majlis yang meriah,
Izinkan saya membacakan biodata,
Didahului dengan lafaz Bismillah.
Bismillahirrahmanirrahim.....
Dilahirkan pada tanggal 3 Julai 1958 bersamaan dengan di
Muar.
Merupakan
anak
kepada
pasangan
. dan
.
Dibesarkan
dalam
sebuah keluarga besar iaitu seramai 8 orang adik-beradik
dan beliau merupakan anak ke 7.
Mendapat pendidikan awalnya di :
- SK Parit Keroma dari tahun 1965 hingga 1970
- SMK Dato Sri Amar Di Raja, Muar dari tahun 1971
hingga 1977
Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik memang
tidak
dapat
dinafikan.
Beliau
telah
mendapat
penganugerahan
ketua
kumpulan
dalam
kursus
kempimpinan di Maktab Perguruan Mohd Khalid pad atahun
1983. Beliau juga telah mendapat penghargaan AJK Khemah
Bahasa Inggeris di SK Parit Keroma Darat pada tahun
1996.pada tahun 2011, beliau juga pernah mendapat
penghargaan di Program Peningkatan Kualiti Kempimpinan
Sekolah (JPNJ).
Beliau telah mengikuti Latihan Asas Perguruannya di Maktab
Perguruan di Maktab Perguruan Mohd Khalid dari 1981
hingga 1983. Bermula dari sini, beliau mula melangkah
dengan lebih yakin dan berani untuk menempuhi
segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang

penuh mencabar. Kata orang, alah biasa tegal biasa dan


genggam bara
api
biar
sampai
jadi
abu,
begitulah semangat yang dimiliki oleh Tn Hj Abu Bakar Bin
Ahmad, Guru Besar SK Parit Nawi yang sangat dihormati
dan disayangi.
Memulakan tugas beliau sebagai seorang pendidik di :
- SK Rantau Panjang, Kulai, Johor pada tahun 1984
- SK LKTP Bukit Ramun Dari tahun 1985 hingga 1989
- SK Parit No 5 Dari tahun 1990 hingga 1994
- SK Parit Keroma Darat Dari tahun 1995 hingga 2010
Beliau memasuki bidang pentadbiran dengan menjadi Guru
Besar di
- SK Lubok, Batu Pahat Dari tahun 2011 hingga 2012
- SK Gersek dari tahun 2013 hingga 2014 dan
- SK Parit Nawi dari tahun 2014 hingga kini
Apalah gua memasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya,
Apalah guna bermain mata,
Jika tidak dengan sungguhnya.
Ambil gendang di Kampung Kandis,
Ditabuh ramai ditingkah biola,
Makin dipandang semakin manis,
Dilabuh hati menyala cinta.
Puteri bongsu memetik melati,
Tumbuh mewangi di tengah laman,
Gerak laku pancaran budi,
Baiknya pekerti hati tertawan.
Begitu indahnya pantun Melayu yang tersimpan pelbagai
maksud yang tersirat dan tersurat. Benar jugalah kata
pepatah, Kalau jodoh tak ke mana...,akhirnya dua hati ini

bersatu dengan ijab dan kabul dengan restu seluruh ahli


keluarga tercinta. Justeru bertautlah kasih berpautlah ikatan
sayang antara Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad dan pasangannya
Puan Hjh Jamilah Bt Ripin pada ..
Bertautnya kasih di Jabbar Rahmah,
Adam dan hawa menyulam rasa,
Anak-anak itu amanah Allah,
Pengikat kasih dan sayang keduanya.
Pucuk pegaga tumbuh melata,
Jadi ulaman penambat selera,
Anak itu seumpama permata,
Sejuk di mata damai di jiwa.
Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad dan pasangannya Puan Hjh
Jamilah Bt Ripin telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran 7
orang cahaya mata, iaitu 3 perempuan dan 4 lelaki.
Anak Ke
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Nama
Nur Husna Bt Abu
Bakar
Ummu Zahidah Bt
Abu Bakar
Mohd Anas Syahir
B Abu Bakar
Mohd Syakirin B
Abu Bakar
Mohd Syafiq B
Abu Bakar
Nabihah Bt Abu
Bakar
Mohd Syahmi B
Abu Bakar

Pekerjaan
Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak
Pegawai Farmasi Di Hospital Segamat
Pensyarah Kolej Professional Mara
Bandar Penawar
Pelatih Jurutera Pesawat Di Institut
Latihan Miri
Pelajar Kejuruteraan Kimia Di Curtin
Universiti, Miri, Sarawak
Guru Pelatih Di IPG Kent Sabah
Sedang Menduduki Spm 2016

Bak kata bidalan Melayu, benih yang baik, dilempar ke


mana-mana pun tetap memberikan hasil, begitulah juga
dengan Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad. Khidmat bakti beliau
sentiasa ditagih lantaran ciri-ciri kepimpinan yang telah

sebati dalam diri beliau serta semangat beliau yang


sentiasa membara dan tidak pernah mahu mengalah.
Bakat kepimpinan beliau sungguh menyerlah dan beliau
mempunyai wawasan pendidikan yang cukup tinggi dan
patut dicontohi.
Dan apa yang pasti beliau begitu prihatin terhadap anakanak didiknya malah sentiasa mengutamakan mereka
dalam banyak hal. Tidak pernah jemu dan mengalah dalam
usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada semua
anak didiknya, sejajar dengan prinsip kerja beliau jangan
beri dalih tapi katakana boleh. Seharusnya kita semua
meneladani sikap beliau ini.
Perlu
dinyatakan
di
sini,
sifat
keprihatinan
dan
kepemimpinan Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad begitu terserlah
dan sukar disanggah. Beliau telah membuat banyak
perubahan di SK Parit Nawi. Antaranya dengan memberikan
motivasi dan semangat kepada semua murid, mengadakan
kelas bimbingan dan klinik UPSR, melaksanakan program
turun padang dengan membuat permuafakatan
mesra
dengan para ibu bapa murid-murid yang akan menduduki
UPSR serta murid-murid Tahun 5 yang bakal menduduki
UPSR. Makna kata, sikap keprihatinan beliau terhadap anak
bangsa tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia.

Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya dan tidak


pernah lokek berkongsi ilmu dan wang ringgit.
Beliau
sanggup membelanjakan wangnya semata-mata ingin
melihat kejayaan anak-anak muridnya. Begitulah mulianya
hati Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad. Kebanyakan daripada
masanya dihabiskan dengan mengabdikan diri pada
tugasnya sebagai guru besar dan anggota masyarakat.

Beliau lebih mengutamakan tugasnya daripada perkaraperkara yang lain.


Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Ia menjadi kenang-kenangan.
Tenanglah tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Untuk berjaya kita perlu mendaki setangga demi setangga
sehingga ke puncak jaya, Begitu jugalah dengan Tn Hj Abu
bakar Bin Ahmad. Kecemerlangan dalam kepemimpinan
beliau memang terserlah dan tidak boleh disangkal lagi.
Sepanjang beliau menjadi pendidik, banyak sumbangan
yang telah diberikan. Antaranya

Penanda kertas BM Penulisan UPSR


Dilantik PGB Ko Kurikulum
Dilantik PGB Hal Ehwal Murid
Dilantik sebagai Penolong Kanan HEM
Dilantik menjadi Guru besar dari 2011 sehingga kini
Jawatankuasa sambutan Hari kebangsaan Dewan
Undangan Sg Abong
Jawatankuasa Program Motivasi Keindahan bersamamu
Jawatankuasa Jerayawara Sains/ teknologi
AJK PIBG

Jawatankuasa Diudara (JOTA)


ajk karnival ko kurikulum akademik dan
Penasihat pibg

Kecemerlangan beliau diteruskan lagi dengan dianugerahlan


anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 2002 dan
2009
Demikianlah serba sedikit biodata Tn Hj Abu bakar Bin
Ahmad, Guru Besar SK Parit Nawi yang jasa bakti beliau
akan dikenang sepanjang hayat kita dan hanya Allah swt
sahaja yang dapat membalasnya.
Terang bulan di malam hari,
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Kasih dan sayang ikhlas terpatri,
Rindu bertaut sepenuh jiwa.
Indah gemerlap bintang bercahaya,
Semilir berhembus berpuput mesra,
Rindu bertaut sepenuh jiwa,
Mesra terjalin indah terasa.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Bagi meneruskan majlis dengan ini dijemput yang diraikan
Tn Hj Abu bakar Bin Ahmad bagi memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai