Anda di halaman 1dari 12

KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN KESUSASTERAAN

Md Hasri B Rajali
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Sidang Akademik 2012/2013
Sejarah & Arkeologi

PENGENALAN

Kesusasteraan dianggap bidang yang tidak pernah hilang dan pupus setiap kali zaman

berganti zaman, malah ia tetap mekar bagi umat-umat yang hidup melata bagi mengisi

kekosongan jiwa mereka. Hal ini kerana, bidang ini mempunyai keunikan dan kelainan

berbanding bidang yang yang lain dan juga bidang yang membawa keindahan pengalaman

sesebuah masyarakat. Ini dapat dilihat dalam artikel bertajuk “ Mencari Definisi

Kesusasteraan” oleh Ali Ahmad dan pandangan M.K Dangizer yang menyatakan “segala-

segalanya adalah kesusasteraan”, sekali gus mengangkat martabat kesusasteraan berbanding

bidang lain.

Dari segi etimologi, dalam bahasa Sanskrit bermaksud kata-kata dan bahasa latin pula

iaitu littera (letter) bermaksud kata bertulis atau bercetak. Menurut Haji Muhammad Salleh,

karya berupaya cereka dicipta dengan perantaraan bahasa dan alatan-alatan yang datang

bersama dan bukan berbentuk laporan atau esei. Sastera dalam bahasa Sanskrit disebut castra

(syastra) iaitu kitab suci, karya atau karangan, huruf dan buku. “su” pula bermakna indah,

lebih berfaedah dan baik manakala susastera ditakrifkan sebagai seni sastera atau seni
bahasa, secara umumnya persuratan.Ini dilengkapkan dengan apitan “ke-…-an”

menyimpulkan maksud kesenian bersifat halus, indah dan kata-kata suci.1

Dalam pengertian lain, perkataan sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra

atau syastera bererti kitab suci. Manakala susastera memberi maksud seni sastera atau seni

bahasa (persuratan). Namun, persoalannya adakah terdapat kebenaran keunikan dan kelainan

dalan bidang kesusasteraan seperti yang didukung oleh para pejuang kesusasteraan ? Namun

kenapa timbul juga kritikan atau tentangan ilmu kesusasteraan yang dikatakan sebagai tiruan

(mimesis) dan sebenar suatu refleksi minda atau imaginatif yang tidak membina pengetahuan

si peminat seperti yang dinyatakan oleh Plato ?

KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN KESUSASTERAAN

Keunikan ataupun keistimewaan selalunya berhubung kait dengan kesenian, maka kesenian

tersebut merangkumi bidang kesusasteraan yang mempunyai kehalusan penulisan dalam

karya – karya yang direka. Namun, kehalusan dan keindahan penulisan kesusasteraan ini

berbeza dengan penulisan bidang ilmu lain seperti bidang ekonomi, sains, undang – undang

dan sebagainya. Kehalusan yang diutarakan disini ialah kehalusan perasaan penulis karya

yang muncul melalui emosi, cita rasa dan gambaran kehidupan yang halus sifatnya dan

terhasil daripada nilai keindahan bahasanya. Sememangnya selaras dengan jiwa manusia

yang halus dan ghairah terhadap bentuk keindahan sesuatu benda. Contohnya, karya – karya

ekonomi yang tidak mempunyai nilai perasaan, moral, emosi dan daya tarikan untuk

menjiwai hati seseorang yang membaca berbanding hasil kesusasteraan yang mempunyai

unsur estetika yang mudah dihadamkan. Oleh itu, kebanyakannya karya kesusasteraan

mempunyai unsur luahan hati atau perasaan penulis seperti novel Sungai yang dikarang oleh

1
Siti Hajar Che Wan, “Ilmu Kesusasteraan”, dalam Jelani Harun(ed), Ilmu Kesusasteraan abad ke-21, (2004),
Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, hal 39.
Shanon Ahmad telah berjaya menyampaikan mesej tentang keperitan alam disebabkan oleh

perlakuan sebahagian manusia yang durjana. Mesej ini juga memberi peringatan kepada umat

manusia supaya tidak melupai tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi selaras dengan

nas al-Quran iaitu “ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku

hendak menjadikan khalifah dimuka bumi”2

Sehubungan itu, penggunaan bahasa juga menjadikan sebuah karya kesusasateraan

amat berbeza berbanding karya-karya lain. Ini berdasarkan seorang sarjana sastera Hashim

Awang menyatakan sastera merupakan ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Seperti yang kita tahu, bahasa merupakan satu metode perhubungan dan komunikasi utama

masyarakat untuk menghubungkan sesama sendiri. Oleh itu, bahasa sastera juga diwujudkan

bagi memberi kelainan atau ia dengan bidang ilmu yang lain. Maka, bahasa sastera

mempunyai unsur ketaksaan (ambiguities) /konotatif bermaksud beberapa makna

daripada satu kata.3 Hal ini disebabkan oleh kebijaksanaan penulis ataupun pengubah karya

mengubal sebuah karya yang mempunyai nilai intrinsiknya sendiri. Misalnya petikan sajak

“Cintaku Jauh di Pulau” oleh Chairil Anwar:4

Manisku jauh di pulau,

Kalau ku mati, dia mati iseng sendiri

(Lihat Chairil Anwar, Rivai Apin,Asrul Sani,1958, hlmn 10)

Perkataan “pulau” tidak semestinya merujuk kepada daratan yang dikeliling air dan

penuh dengan tumbuhan. Kemungkinan kekasih Chairil berada di gunung, di hutan atau lain

tempat tetapi objektifnya sesuatu tempat yang jauh dan terlalu kesepian. Malah “manisku”
2
Surah al-Baqarah ayat 30.
3
Ali Ahmad, “Mencari Definisi Kesusasateraan”, dlm Hamzah Hamdani(ed), Konsep dan Pendekatan
Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 23.
4
Ali Ahmad , Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 129.
mungkin membawa konotasi yang bermaksud kedamaian jiwa atau erti hidup yang selama

dicari oleh Chairil. Keseluruhannya, terdapat isi tersurat pada sajak dan tersirat pada

pengertian sajak yang seakan-akan menimbulkan percambahan aktiviti intelektual dan

retorika.

Bidang kesusasteraan juga tidak dapat lari daripada unsur intelektual walaupun

karyanya tidak dapat menjadi sumber rujukan, bahkan ada ahli falsafah klasik seperti Plato

sendiri mengutuk kesenian sebagai bidang yang tidak menambah ilmu pengetahuan dan juga

merupakan tiruan kepada objek fizikal semata-mata. Namun, anak muridnya Aristotle telah

memperbaiki konsep tersebut yang digelar konsep imitasi.5 Berbalik kepada keunikan

intelektual dalam sastera akan wujud apabila kita mengkaji dari aspek isi, bahasa, dan bentuk

kesusasteraan tersebut, .Contohnya , penggunaan bahasa sastera itu juga selalunya terpendam

perasaan dan pengalaman manusia yang realiti. Hal ini kerana terdapat penggubahan bahasa

sastera yang berunsur tone, tekanan, perlambangan, perbandingan yang tidak diperlukan

oleh bahasa sains dan bahasa ilmu. Dalam bahasa sastera juga terdapat banyak unsur bunyi

seperti aliterasi, asonansi; bunga bahasa seperti metafora dan simile bermaksud menarik

kefahaman pembaca terhadap pengalaman yang lebih utuh.

Sememangnya, karya kesusasteraan selalunya mempunyai kelainan berbanding

bidang lain kerana pemakaian bahasa yang amat melibatkan soal nilai.6 Nilai yang

dikatakan selalunya ditafsirkan secara subjektif tetapi nilai tersebut mempunyai bentuk

keobjektifannya sendiri. Hal ini kerana, semua bidang bahasa mempunyai sistemnya masing-

masing kecuali bahasa sastera yang tidak terikat dengan sistem yang tidak rigid (ketat) seperti

yang terdapat dalam bahasa sains dan bahasa ilmu. Misalnya,ketetapan makna dalam bahasa

5
Aristotle, “Poetics A”, 1448: 5-8, dalam Lok (ed), Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle, (1997), Pulau
Pinang, Universiti Sains Malaysia, hal 32-33.
6
Ali Ahmad , Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 7.
sains tidak pula mempunyai maksud lain kerana ia tetap malar (tidak berubah maksudnya).

Misalnya, dalam bidang sains, biotik bermaksud benda yang hidup manakala abiotik pula

ialah benda bukan hidup. Persoalannya, disini adakah ahli kaji biologi terdapat tafsiran

berbeza (subjektif) terhadap takrif biotik dan abiotik ?, kesimpulannya takrifannya tetap sama

dan tidak terdapat makna tersirat seperti yang berlaku dalam bidang kesusasteraan. Misalnya

kita ambil baca petikan Sajak “Insan Itu Tiada Lain dari Kelalaian” oleh Shafie Abu Bakar :

Insan itu amat cinta pada kesementaraan,

Seribu tahun kalau diberi belum kecukupan,

Kepastian menjelang memohon lagi ditangguhkan,

Kesan datang berulang lagi,

Tiada guna ditangisi tempahan amalan,

Insan itu tiada lain dari kelalaian.

Petikan bait terakhir sajak ini dapat kita tafsirkan sebagai sebuah puisi sastera melayu-

agama yang mengambarkan umat manuisa amat mementingkan kekayaan walaupun sudah

diberi tempoh yang banyak untuk mencarinya. Sajak ini dapat dirumuskan untuk memberi

kesedaran umat manusia bahawa dunia ini hanya sementara dan ladang ibadat untuk menuju

ke alam akhirat.7

Selain itu,terdapat keistimewaan yang lain ada pada bidang sastera seperti

mempunyai organisasinya sendiri dan jelas berbanding karya yang lain menggunakan

bahasa sebagai medium utamanya sahaja. Namun dalam karya sastera seperti puisi selain

bahasa terdapat unsur imej dan bunyi yang menyumbang kepada pembentukan makna dalam

organisasi yang lebih besar. Samalah seperti sebuah epik, yang mempunyai unsur motif dan

7
Ali Ahmad , Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 135.
tema, watak dan perwatakan yang memberi nilai instristik kepada epic tersebut.8 Misalnya,

epik Mahabrata yang menceritakan sejarah kepahlawanan Hindu menerapkan nilai

keagamaan dan juga boleh menjadi sumber rujukan fakta sejarah India(Hindu) tersebut.

Seperti mana yang kita tahu, karya epik ini juga berjaya membantu para sejarawan untuk

membongkar sistem sosial sebuah tamadun. Maka, nilai sebegini telah menarik manusia

untuk mencerapkan kemanusiaan kedalam jiwa mereka, ini amat berlainan dengan karya

Sejarah yang hanya menyuapkan fakta dan data kepada manusia.

Salah satu ungkapan yang menarik perhatian dalam bidang kesusasteraan iaitu

“segala-galanya adalah kesusasteraan” daripada M.K Danziger dalam buku Critical Reader.

Adakah ini bermaksud semua bidang ilmu di dunia ini seperti undang-undang, politik,

falsafah dan lain-lain berindukkan sastera. Ini bermaksud setiap manusia di dunia ini yang

berlatarkan bidang lain juga turut menerima pengaruh sastera dan boleh menjadikan sastera

ini sebagai satu displin ilmu dalam kehidupan mereka. Maka tidak hairanlah, seorang tokoh

berkulit hitam benua Afrika, Chinoe Achebe sebagai pengarang yang mempunyai latar

belakang yang yang bukan mengkhusus dalam sastera boleh berkarya sehinggakan mendapat

pengiktirafan karyawan berjaya daripada kerajaan sendiri.9

Dalam pengertian ilmiah, sastera telah melepasi sempadan dunia ataupun mengauli

masyarakat dunia melalui dunia genre sasteranya, malah ini mengakibatkan berlakunya

pertautan bangsa dengan ragam. Hal ini kerana disiplin sastera yang unggul ini telah

menyentuh satu ruang lunjuran mencakupi benua. Misalnya, apabila kita ingin memenuhi dan

merenungi gaya kehidupan bangsa India dalam Kesusteraan Benua Kecil India.10 Maksudnya,

8
Ibid, hal 9 – 10.
9
Siti Hajar Che Wan, “Ilmu Kesusasteraan”, dalam Jelani Harun(ed), Ilmu Kesusasteraan abad ke-21, (2004),
Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, hal 39.
10
Siti Hajar Che Wan, “Ilmu Kesusasteraan”, dalam Jelani Harun(ed), Ilmu Kesusasteraan abad ke-21, (2004),
Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, hal 40.
begitu mudah untuk kita mengenangi kehidupan masyarakat India walaupun terpisah dengan

lautan. Namun, persoalan lain tentang ungkapan M.K Danziger mungkin bermaksud

“kesusasteraan itu memanusiakan manusia” yang mewujudkan atau menjana identiti

manusia. Seperti mana yang berlaku dalam Tamadun India , para sarjana sejarah tidak

mempunyai sumber rujukan kecuali karya epik Gilgamesh dan Mahabrata tentang sistem

pemerintahan tamadun tersebut. Masalahnya, karya epik merupakan karya sastera yang tidak

boleh menjadi sumber rujukan atau sumber ilmu kerana karya sastera dikatakan mempunyai

unsur imaginatif dan halusinasi penulis. Namun, para sarjana sejarah terpaksa menggunakan

epik tersebut menjadi salah satu bahan rujukan mereka. Jelaslah, bahawa karya kesusasteraan

mampu memperjuangkan keunikan dan estetikanya sendiri.

Keunikan kesusasteraan bukan sahaja melibatkan emosi dan perasaan tetapi ia mampu

meracuni dan mempengaruhi akal dan fikiran logik. Jika akal mampu menguasai emosi dan

perasaan, maka kesusasteraan mampu mempengaruhi emosi dan perasaan. Jadi,

kesusasateraan boleh mempengaruhi akal fikiran manusia. Oleh itu, keindahan sastera tidak

terletak pada bentuknya, tapi termasuk isinya.Hal ini kerana kalau isinya kotor atau beracun,

walaupun indah bentuknya maka ia tidak dapat menukar sesuatu isi itu menjadi harum.

Misalnya, adakah manusia meminati bunga yang cantik luarannya tapi tidak mempunyai

haruman. Maka isi yang revolusioner yang dipadu dengan bentuk seni patut digelar sastera

agung berbanding isi reaksioner dipadukan dengan bentuk indah tetapi meracuni fikiran

manusia.11 Contohnya, karya dekaden penulis-penulis borjuis barat seperti Eliot, Kafka dan

sebagainya. Disini juga dikaitkan karya yang boleh mempengaruhi akal manusia supaya

melakukan sesuatu tindakan, misalnya saya kaitkan dengan pemberontakan di Filipina pada

11
Kassim Ahmad, “Teori dan Prinsip-prinsip Kritikan Sastera” dlm Hamzah Hamdani(ed), Konsep dan
Pendekatan Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal 43 – 44.
abad ke-18 yang dipimpin oleh Jose Rizal merupakan karyawan yang telah menghasilkan

banyak novel, majalah dan sebagainya seperti Noli Me Tangere sebagai medium untuk

membangkitkan rakyat tempatan supaya menentang pihak Sepanyol. Kesimpulannya, Jose

Rizal berjaya mempengaruhi rakyat menggunakan bahan sastera untuk menentang pihak

penjajah.

Terdapat ahli pengkaji cuba mengikuti dasar penyelidikan sains, hal ini kerana

keinginan untuk mendekatkan metodolgi penyelidikan kajian kesusasteraan setelah berlaku

perkembangan sains. Ada usaha untuk memindahkan kaedah sains kepada pengkajian sastera

seperti tentang keobjektifan, sifat tidak personel, dan kepastian, malah ada yang

menggunakan musabab saintifik untuk menerangakan fenomena kesusasteraan dalam tugas

melihat kesan terhadap ekonomi, sosial, dan politik. Malangnya, penerapan kaedah saintifik

tersebut gagal kerana sastera tidak dapat tidak melibatkan nilai. Ini bermaksud terdapat nilai

kewibawaan dan keteguhan sastera yang masih berpegang kepada sistem sistematik

dan tidak diakui sebagai saintifik. Akhirnya, kesusasteraan telah membuktikan

keunikannya apabila ia tidak dapat menerima pelbagai metode saintifik. Maka cukuplah

bidang sastera berpegang kepada dasar “literary scholarship has its own valid method which

are not always those of the natural sciences but are nevertheless intellectual methods”

(Austin Warren and Rene Wellek, Theory of Literature, 1963:16.12

Keunikan kesusasteraan juga terserlah apabila ia mampu menjadi medium kawalan

sosial.13 Ini bermaksud ia diberi satu “hak” untuk memberi kebaikan dan keburukan kepada

pemikiran masyarakat. Disini kita melihat keistimewaan sastera berkuasa mempengaruhi akal

logik manusia apabila pena yang dipegang karya dihasilkann oleh akal karyawan sama ada

bersih ataupun kotor seumpama sebuah penyelidikan yang dikendalikan oleh ahli kimia

12
Ali Ahmad , Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 20 -21.
13
Dr Siti Hajar Che Wan, nota kuliah Pengantar Kesusasteraan, 27.02.2011.
apabila hasilnya boleh membawa kebaikan atau keburukan. Maka, ini bermaksud karyawan

mampu menggunakan medium ini untuk membawa manusia kearah kebaikan (makruf) atau

da’wah. Oleh itu, bidang sastera yang dikatakan M.K Dangizer, “kesusasteraan adalah

segala-galanya”. Banyak karyawan terulung menggunakan kemahiran kesusasteraan untuk

membentuk nilai moral manusia atau masyarakat, misalnya karyawan terkenal Habiburahman

atau junior Hamka dan karyanya yang berunsur psikologi Islam seperti novel “Dibawah

Naungan Kaabah”, “Ayat – Ayat Cinta” dan lain- lain. Novel “Dibawah Naungan Kaabah”

salah satu novel psikologi Islam yang mudah diterima oleh setiap masyarakat kerana ia

memaparkan latar belakang masyarakat sekarang khususnya pendirian orang muda yang

meletakkan unsur kecantikan yang paling utama dalam mencari pasangan hidup.

Sememangnya jelas setiap manusia diberi hak untuk menentukan pasangan hidup masing-

masing dan menginginkan zuriat yang sempurna. Persoalannya, adakah kita harus

meninggalkan kepentingan agama demi mengejar nafsu kecantikan semata-mata,

sehinggakan Rasulullah sendiri menekankan umatnya supaya mencari pasangan yang tinggi

ilmu agama, selepas itu baru menjejaki unsur keturunan dan kecantikan. Ini akan secara

manualnya akan mengubah pemikiran masyarakat.

KESIMPULAN

Jelaslah ilmu kesusasteraan sememangnya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri

jika dibandingkan ilmu lain. Ini dapat dilihat dalam perkembangannya di Malaysia, apabila

para pengarang cuba menerokai persoalan-persoalan melalui teknik pengolahan yang lebih

sofistikated dan akan memberi cabaran kepada para pembaca. Pelbagai ciptaan cerpen, sajak,

cereka, puisi, dan sebagainya mula turut menjadi tumpuan bidang lain seperti perfileman dan

drama kerana banyak novella mula difilemkan seperti “Ayat-ayat Cinta” karya
Habiburahman turut menyimbang setinggi-tingginya pengiktirafan kepada sastera. Maka

disini dapat kita lihat kemampuan dan keunikan karya kesusasuteraan bukan sahaja kerana

mampu melegakan perasaan manusia bahkan mampu menjadi alat kawalan sosial dan

pemikiran pembacanya.
BIBLOGRAFI

Ali Ahmad, “Mencari Definisi Kesusasateraan”, dlm Hamzah Hamdani (ed), Konsep dan
Pendekatan Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad , Pengantar Kesusasteraan, (1994), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad, Mengharungi Lautan Zaman : Kesusasteraan dan Keunggulan, dalam Jelani
Harun (ed), Ilmu Kesusasteraan abad ke-21, (2004), Pulau Pinang, Universiti
Sains Malaysia

Aristotle, “Poetics A”, 1448: 5-8, dalam Lok (ed), Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle,
(1997), Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Hamzah Hamdani, Konsep dan Pendekatan Sastera, (1988), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kassim Ahmad, “Teori dan Prinsip-prinsip Kritikan Sastera” dlm Hamzah Hamdani (ed),
Konsep dan Pendekatan Kesusasteraan, (1988), Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Che Wan, “Ilmu Kesusasteraan”, dalam Jelani Harun (ed), Ilmu Kesusasteraan
abad ke-21, (2004), Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.
PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HKA 101/2 – PENGANTAR KESUSASTERAAN

SEMESTER II, SIDANG AKADEMIK 2011/2012

TAJUK SOALAN : Rujuk artikel “ Mencari Definisi Kesusasteraan” oleh ali


ahmad dan pandangan M.K Dangizer yang menyatakan “ Segala-galanya
Adalah Sastera”. Bersandarkan artikel dan pandangan tersebut, bincangkan
keunikan dan keistimewaan kesusasteraan berbanding ilmu lain.

NAMA : MD HASRI BIN RAJALI

NO KAD PENGENALAN : 910723-13-5623

NO MATRIKS : 110258

TAHUN : 1

TARIKH :

NAMA PENYELIA : PROF MADYA SITI HAJAR BT CHE SALLEH

PENSYARAH ILMU KEMANUSIAAN

Anda mungkin juga menyukai