Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan terhadap Konsep Dasar Fiskal

Secara lazimnnya, pandangan yang telah diberikan oleh Blanchard, Olivier (2000) telah
menunjukkan bahawa dasar fiscal merupakan suatu dasar kerajaan untuk melakukan
perubahan dalam elemen pencukaian (T) dan juga perbelanjaan kerajaan (G) untuk mengatasi
pelbagai masalah ekonomi seperti inflasi dan juga kemerosotan ekonomi (deflasi).
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Blaug, Mark (1986) dan beliau telah
mengatakan bahawa di bawah dasar fiscal ini, kerajaan mempunyai tiga pilihan yang boleh
dilakukan sekiranya berlakunya sebarang masalah makroekonomi seperti inflasi dan deflasi.
Antara pilihan yang dimaksudkan adalah seperti yang disenaraikan berikut:
 Hanya melakukan perubahan terhadap pencukaian sahaja.
 Hanya melakukan perubahan terhadap perbelanjaan kerajaan sahaja.
 Melakukan perubahan pada pencukaian dan perbelanjaan kerajaan pada masa yang
sama.

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa dasar fiskal ini merupakan suatu dasar dan
peralatan yang begitu penting untuk digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk menstabilkan
ekonomi supaya perubahan yang mendadak pada tingkat harga umum tidak akan berlaku
(sama ada peningkatan ataupun penurunan tingkat harga umum). Selain itu, dasar fisikal ini
juga boleh dikatakan sebagai suatu dasar yang baik untuk mengembangkan ekonomi
sesebuah negara dan membantu negara mencapai tahap guna tenaga penuh (GTP) dengan
lebih berkesan.

Menurut pandangan yang telah diberikan oleh Dwivedi, D.N. (2001), kerajaan boleh
melakukan dasar fiskal secara mengembang ataupun menguncup dan ia adalah bergantung
kepada keperluan keadaan semasa ekonomi sesebuah negara. Keterangan ini turut
disokongkan oleh Heijdra, Ben J.; van der Ploeg, Frederick (2002) dan beliau telah
mengatakan bahawa penggunaan jenis dasar fiskal ini adalah berkesan utnuk mengatasi
masalah inflasi dan juga deflasi. Contohnya, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal
menguncup semasa negara sedang mengalami masalah inflasi dan dasar fiskal mengembang
akan diaplikasikan semasa sesebuah negara mengalami masalah pengangguran ataupun
masalah deflasi.
Oleh yang demikian, suatu kajian yang terperinci akan dilaksanakan dan dilakukan terhadap
dasar fiskal yang akan diaplikasikan dalam sesebuah negara. Antara aspek yang akan
dikajikan termasuklah bagaimana perubahan dalam aspek pencukaian (T) dan juga
perbelanjaan kerajaan (G) boleh memainkan peranan yang penting untuk menolong sesebuah
negara dalam usaha mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik serta menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan deflasi dan juga inflasi. Sesungguhnya, semua penerangan yang
dilakukan dalam kertas kajian ini akan disokongkan dengan menggunakan rajah dan contoh
yang sesuai.
2.0 Kepentingan Perubahan Perbelanjaan Kerajaan

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, fokus dan
tumpuan akan diberikan terhadap bagaimana perubahan dalam aspek perbelanjaan kerajaan
boleh memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan juga
mengatasi masalah seperti inflasi dan juga pengangguran. Semua penerangan akan
disokongkan dengan menggunakan rajah yang sesuai.

2.1 Pertumbuhan Ekonomi

Pada asasnya, pendapatan negara boleh dipertingkatkan melalui usaha kerajaan


mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dalam negara tersebut. Cara – cara bagaimana
pendapatan dan output sesebuah negara boleh dipertingkatkan melalui perubahan
perbelanjaan kerajaan (G) adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang berikut:

Rajah 1.0 Kesan Perubahan Perbelanjaan Kerajaan (G) Terhadap Pertumbuhan


Ekonomi
Seperti yang telah dipaparkan dalam rajah 1.0 di atas, keseimbangan asal negara adalah
tercapai di peringkat Y= AE0 ataupun Y = C + I + G0 di mana output negara pada perinkat
ini adalah Y0. Sesungguhnya, peningkatan perbelanjaan kerajaan (G) akan
mempertingkatkan jumlah perbelanjaan agregat dalam negara ini. Ini adalah kerana
perbelanjaan kerajaan (G) merupakan salah satu elemen dalam perbelanjaan agregat dalam
negara dan penambahan perbelanjaan agregate ini boleh ditunjukan melalui peralihan keluk
AE dari AE0 = C + I + G0 ke AE1=C + I + G1. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan
output negara ataupun pendapatan negara dari Y0 ke Y1. Maka, kita boleh menyimpulkan
bahawa peningkatan elemen perbelanjaan kerajaan (G) akan secara langsung meningkatkan
pendapatan negara dan seterusnya mengembangkan ekonomi untuk sesebuah negara tersebut.
2.2 Cara – Cara Mengatasi Masalah Deflasi / Pengangguran

Secara lazimnya, kewujudan pengangguran adalah disebabkan kegagalan sesebuah negara


menggunakan sumber pengeluaran dengan cekap terutamanya dalam aspek tenaga buruh.
Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada Mankiw, N. Gregory (2014) dan
beliau telah mengatakan bahawa masalah pengangguran akan berlaku semasa negara belum
mencapai tahap guna tenaga penuh. Dalam perkataan yang lain, sumber pengeluaran belum
digunakan secara maksimum. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan akan mempertingkatkan
penggunaan perbelanjaan kerajaan dan kesan peningkatan perbelanjaan kerajaan (G) terhadap
masalah pengangguran adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:

Rajah 2.0 Cara – Cara Mengatasi Masalah Pengangguran / Deflasi Melalui Perubahan
Perbelanjaan Kerajaan (G)
Seperti yang telah dipaparkan dalam rajah 2.0 di atas, keseimbangan pendapatan asal negara
ini tercapai pada tahap Y = C+ I + G0 iaitu pendapatan negara ataupun output negara adalah
Y0. Sesungguhnya, pendapatan negara pada tahap guna tenaga penuh adalah Y GTP dan nilai
Y0 yang kurang YGTP daripada telah menunjukkan bahawa negara ini belum menggunakan
sumber pengeluaran dengan berkesan dan maksimum. Dalam pada itu, keadaan ini juga
menyebabkan lompang deflasi sebanyak EF berlaku dalam ekonomi ini. Oleh yang
demikian, ini telah menunjukkan bahawa berlakunya masalah pengangguran dalam negara
ini. Untuk mengatasi masalah, kerajaan akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dan
peningkatan perbelanjaan kerajaan (G) ini secara langsung akan meningkatkan perbelanjaan
agregat (AE) dalam pasaran. Keadaan ini boleh ditunjukkan melalui peralihan keluk
permintaan agregat dari AE0 = C+ I + G ke AE1= C+ I + G1 dan peralihan keluk AE ini
secara langsung akan berjaya untuk menutup lompang deflasi sebesar EF dan juga
meningkatkan pendapatan negara / output negara dari Y0 ke YGTP. Dengan itu, masalah
pengangguran yang berlaku dalam ekonomi yang dikajikan ini dapat diatasi.
2.3 Cara – Cara Mengatasi Masalah Inflasi

Secara lazimnya, masalah inflasi berlaku berikutan output ataupun pendapatan negara semasa
melebihi pendapatan pada tahap guna tenaga penuh. Dalam perkataan yang lain, permintaan
agregat (AE) adalah melebih pendaptan negara (Y). Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan
akan mengurangkan perbelanjaan kerajaan (G) dan cara bagaimana pengurangan
perbelanjaan kerajaan (G) dapat mengatasi masalah inflasi adalah seperti yang diterangkan
berikut:

Rajah 3.0 Cara – Cara Mengatasi Masalah Inflasi Melalui Perubahan Perbelanjaan
Kerajaan (G)

Seperti yang telah dipaparkan dalam rajah 3.0 di atas, keseimbangan pendapatan asal negara
ini tercapai pada tahap Y = C+ I + G iaitu pendapatan negara ataupun output negara adalah
Y1. Sesungguhnya, pendapatan negara pada tahap guna tenaga penuh adalah Y GTP dan nilai
Y1 adalah melebihi YGTP dan perbelanjaan agregat (AE) juga melebih pendapatan negara (Y)
pada tahap ini. Keadaan ini telah menyebabkan lompang inflasi sebanyak EF berlaku dalam
ekonomi ini. Untuk mengatasi masalah inflasi, kerajaan akan menurunkan perbelanjaan
kerajaan (G) dan penurunan perbelanjaan kerajaan (G) ini secara langsung akan menurunkan
perbelanjaan agregat (AE) dalam pasaran. Keadaan ini boleh ditunjukkan melalui peralihan
keluk permintaan agregat dari AE = C+ I + G ke AE0= C+ I + G0 dan peralihan keluk AE ini
secara langsung akan berjaya untuk menutup lompang inflasi sebesar EF dan juga
menurunkan output egara dari Y1 ke YGTP. Dengan itu, masalah inflasiyang berlaku dalam
ekonomi yang dikajikan ini dapat diatasi.
3.0 Kepentingan Perubahan Pencukaian (T)

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini, fokus dan
tumpuan akan diberikan terhadap bagaimana kerajaan akan melakukan perubahan ke atas
sistem pencukaian untuk tujuan mempertingkatkan ekonomi, menyelesaikan masalah
pengangguran dan juga inflasi yang berlaku. Semua penerangan dan perbincangan akan
diserta dan disokongkan dengan menggunakan rajah yang sesuai.

3.1 Pertumbuhan Ekonomi

Pada asasnya, kerajaan akan melakukan dasar fiskal yang mengembang untuk
mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi dan salah satu opsyen yang penting dalam dasar
fiskal yang mengembang adalah menurunkan cukai yang akan dipungut daripada orang
dalam masyarakat. Sesungguhnya, penurunan cukai yang dipungut akan memberikan impak
yang besar terhadap pendapatan yang boleh digunakan di kalangan ahli masyarakat tempatan.
Dalam perkataan yang lain, penduduk tempatan akan memiliki lebih banyak pendapatan
boleh guna dan ia secara langsung akan meningkatkan jumlah perbelanjaan isi rumah (C)
dalam ekonomi. Kesan peningkataan perbelanjaan isi rumah (C) terhadap pertumbuhan
ekonomi akan diterangkan berdasarkan rajah yang berikut:

Rajah 4.0 Kesan Perubahan Pencukaian Terhadap Pertumbuhan Ekonomi


Secara lazimnya, rajah 4.0 di atas telah menunjukkan bahawa keseimbangan asal negara
adalah tercapai di peringkat Y= AE0 ataupun Y = C + I + G0 di mana output negara pada
perinkat ini adalah Y0. Sesungguhnya, penurunan cukai yang dikenakan oleh kerajaan akan
meningkatkan pendapatan boleh guna di kalangan ahli masyarakat tempatan dan sekaligus ia
akan mempertingkatkan perbelanjaan isi rumah (C). Ini akan mempertingkatkan jumlah
perbelanjaan agregat (AE) dalam negara ini. Ini adalah kerana perbelanjaan isi rumah (C)
merupakan salah satu elemen dalam perbelanjaan agregat dalam negara dan penambahan
perbelanjaan agregate ini boleh ditunjukan melalui peralihan keluk AE dari AE0 = C + I +
G0 ke AE1=C + I + G1. Oleh yang demikian, ia akan meningkatkan output negara ataupun
pendapatan negara dari Y0 ke Y1. Maka, kita boleh menyimpulkan bahawa penurunan cukai
yang dikutip akan secara langsung meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya
mengembangkan ekonomi untuk sesebuah negara tersebut.
3.2 Penyelesaian Masalah Pengangguran

Secara umum, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang mengembangkan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pengangguran ataupun deflasi. Untuk dasar
fiskal yang mengembang ini, kerajaan mempunyai tiga pilihan yang utama dan salah satu
pilihan yang penting ialah mengurangkan cukai (T) dalam sesebuah ekonomi. Kesan
pengurangan cukai dan bagaimana ia dapat mengatasi masalah pengangguran akan
diterangkan dengan jelas berdasarkan rajah yang berikut:

Rajah 5.0 Cara – Cara Mengatasi Masalah Pengangguran / Deflasi Melalui Perubahan
Pencukaian (T)
Seperti yang telah dipaparkan dalam rajah 5.0 di atas, keseimbangan pendapatan asal negara
ini tercapai pada tahap Y = C+ I + G0 iaitu pendapatan negara ataupun output negara adalah
Y0. Sesungguhnya, pendapatan negara pada tahap guna tenaga penuh adalah Y GTP dan nilai
Y0 yang kurang YGTP daripada telah menunjukkan bahawa negara ini belum menggunakan
sumber pengeluaran dengan berkesan dan maksimum. Dalam pada itu, keadaan ini juga
menyebabkan lompang deflasi sebanyak EF berlaku dalam ekonomi ini. Oleh yang
demikian, ini telah menunjukkan bahawa berlakunya masalah pengangguran dalam negara
ini. Untuk mengatasi masalah, kerajaan akan menurunkan cukai (T) yang dikutipkan dan
penurunan cukai (T) ini secara langsung akan meningkatkan perbelanjaan isi rumah (C) dan
akibatnya ia juga akan mempertingkatkan perbelanjaan agregat (AE) dalam pasaran. Keadaan
ini boleh ditunjukkan melalui peralihan keluk permintaan agregat dari AE0 = C+ I + G ke
AE= C+ I + G dan peralihan keluk AE ini secara langsung akan berjaya untuk menutup
lompang deflasi sebesar EF dan juga meningkatkan pendapatan negara / output negara dari
Y0 ke YGTP. Dengan itu, masalah pengangguran yang berlaku dalam ekonomi yang dikajikan
ini dapat diatasi.
3.3 Penyelesaian Masalah Inflasi

Secara lazimnya, kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal menguncup semasa ekonomi
negara sedang mengalami masalah inflasi dan perlaksanaan dasar fiskal menguncup ini akan
melihat usaha kerajaan untuk meningkatkan jumlah cukai (T) yang akan dikutip daripada
orang ramai. Sesungguhnya, peningkatan sistem pencukaian (T) ini akan mengurangkan
pendapatan boleh guna sesebuh masyarakat dan ia secara langsung akan menjejaskan
perbelanjaan isi rumah (C) di kalangan ahli masyarakat tersebut. Akhirnya, ia akan
menjejaskan perbelanjaan agregat (AE) dalam ekonomi. Cara – Cara bagaimana peningkatan
cukai (T) dapat mengatasi masalah inflasi akan dijelaskan berdasarkan rajah yang berikut:

Rajah 6.0 Cara – Cara Mengatasi Masalah Inflasi Melalui Perubahan Pencukaian (T)
Seperti yang telah dipaparkan dalam rajah 6.0 di atas, keseimbangan pendapatan asal negara
ini tercapai pada tahap Y = C+ I + G1 iaitu pendapatan negara ataupun output negara adalah
Y1. Sesungguhnya, pendapatan negara pada tahap guna tenaga penuh adalah Y GTP dan nilai
Y1 adalah melebihi YGTP dan perbelanjaan agregat (AE) juga melebih pendapatan negara (Y)
pada tahap ini. Keadaan ini telah menyebabkan lompang inflasi sebanyak EF berlaku dalam
ekonomi ini. Untuk mengatasi masalah inflasi, kerajaan akan meningkatkan jumlah cukai
yang akan dipungut daripada orang ramai dan peningkataan sistem pencukaian ini secara
langsung akan mengurangkan pendapatan boleh guna dalam ekonomi. Dengan itu,
perbelanjaan isi rumah (C) akan dikurangkan. Sesungguhnya, pengurangan perbelanjaan isi
rumah (C) ini akan memberikan impak ataupun kesan pengurangan terhadap perbelanjaan
agregat (AE) dalam pasaran. Keadaan ini boleh ditunjukkan melalui peralihan keluk
permintaan agregat dari AE1 = C+ I + G1 ke AE= C+ I + G dan peralihan keluk AE ini
secara langsung akan berjaya untuk menutup lompang inflasi sebesar EF dan juga
menurunkan output egara dari Y1 ke YGTP. Dengan itu, masalah inflasiyang berlaku dalam
ekonomi yang dikajikan ini dapat diatasi.
4.0 Perbincangan terhadap Perbezaaan Signifikan Penggunaan Perbelanjaan Kerajaan
(G) Dan Cukai (T) Dalam Mengatasi Masalah Makroekonomi

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa perubahan dalam perbelanjaan kerajaan (G)
akan memberikan impak yang lebih besar dan signifikan berbanding dengan perubahan
dalam sistem pencukaian (T). Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada
Mankiw, N. Gregory (2014) dan beliau telah mengatakan bahawa perubahan dalam
perbelanjaan kerajaan (G) akan memberikan kesan secara langsung terhadap pendapatan
negara dalam sesebuah ekonomi kerana perbelanjaan kerajaan sendiri merupakan salah satu
elemen dalam perbelanjaan agregat (AE = C + I + G). Akan tetapi, perubahan dalam sistem
pencukaian tidak akan memberikan impak yang langsung terhadap pendapatan negara. Ia
akan memberikan impak terhadap perbelanjaan isi rumah (C) sebelum mempengaruhi jumlah
perbelanjaan agregate (AE) dalam sesebuah ekonomi. Oleh yang demikian, impak yang
berlaku terhadap perbelanjaan agregat dan pendapatan negara lebih rendah berbanding
dengan perubahan perbelanjaan kerajaan (G). Contoh bagaimana wujudnya perbezaan di
antara impak yang diberikan terhadap perbelanjaan agregat (AE) dan pendapatan negara oleh
perubahan cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh ditunjukkan dan dibincangkan seperti
berikut:

CONTOH
Diberikan nilai MPC untuk sesebuah negara adalah 0.75 dan kerajaan mempunyai pilihan
sama ada meningkatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM500 juta ataupun menurunkan
cukai sebanyak RM500 juta. Kajian akan dilakukan terhadap kesan perubahan yang akan
dibawa oleh perubahan perbelanjaan kerajaan (G) dan pencukaian (T) ke atas pendapatan
negara ini.

(A) Perubahan yang diakibatkan oleh perubahan perbelanjaan kerajaan (G)

Sebagai langkah yang pertama, kita perlulah mencari nilai pengganda untuk ekonomi ini dan
ia boleh ditunjukkan seperti yang berikut:
1
m
1  mpc
1
m
1  0.75
1
m
0.25
M=4

Selepas itu, kita akan menggunakan formula berikut untuk mencari perubahan pendapatan
negara,
∆Y = pengganda X ∆G
= 4 X 500
= RM2000 juta
Maknanya, perubahan perbelanjaan kerajaan (G) sebanyak RM500 akan menyebabkan
pendapatan negara berubah sebanyak RM2000 juta.

(B) Perubahan yang diakibatkan oleh perubahan Pencukaian (T)

Sebagai langkah yang pertama, kita perlulah mencari nilai pengganda untuk ekonomi ini dan
ia boleh ditunjukkan seperti yang berikut:
1
m
1  mpc
1
m
1  0.75
1
m
0.25
M=4

Selepas itu, kita akan menggunakan formula berikut untuk mencari perubahan pendapatan
negara,
∆Y = pengganda X MPC X ∆T
= 4 X 0.75 X 500
= RM1500 juta
Maknanya, perubahan pencukaian (T) sebanyak RM500 akan menyebabkan pendapatan
negara berubah sebanyak RM1500 juta.
Maka, ini jelas telah membuktikan bahawa perubahan perbelanjaan kerajaan (G) adalah lebih
signifikan dan penting untuk membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan negara
ataupun mengatasi masalah pengangguran (deflasi) berbanding dengan penurunan sistem
pencukaian yang sedia ada.

Akan tetapi, strategi peningkatan cukai adalah lebih cenderung untuk digunakan oleh kerajan
sekiranya ekonomi sedang mengalami inflasi terutamanya inflasi tarikan permintaan.
Menurut penerangan yang telah diberikan oleh Heijdra, Ben J.; van der Ploeg, Frederick
(2002), kewujudan inflasi tarikan permintaan adalah berikutan kewujudan jumlah permintaan
yang banyak dalam masyarakat. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlulah mengurangkan
permintaan agregat yang sedia ada melalui pengurangan kuasa beli pengguna dalam
masyarakat. Sesungguhnya, ia boleh dilakukan dengan berkesan melalui peningkatan sistem
pencukaian (T) dalam negara. Ia akan menyebabkan pendapatan boleh guna dalam
masyarakat telah menurun dan secara langsung telah mengehadkan perbelanjaan isi rumah
(C). Dengan itu, inflasi tarikan permintaan boleh diatasi dengan lebih mudah.
5.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dasar fiskal merupakan suatu dasar kerajaan untuk melakukan
perubahan dalam elemen pencukaian (T) dan juga perbelanjaan kerajaan (G) untuk mengatasi
pelbagai masalah ekonomi seperti inflasi dan juga kemerosotan ekonomi (deflasi). Untuk
mengatasi masalah makroekonomi seperti inflasi ataupun deflasi, kerajaan mempunyai tiga
pilihan yang boleh dilakukan dalam dasar fiskal yang dilaksanakan. Tiga pilihan yang
dimaksudkan adalah hanya melakukan perubahan terhadap pencukaian sahaja, hanya
melakukan perubahan terhadap perbelanjaan kerajaan sahaja ataupun melaksanakan
perubahan pada pencukaian dan perbelanjaan kerajaan pada masa yang sama. Sesungguhnya,
impak yang akan diberikan ke atas perbelanjaan agregat adalah paling maksimum sekiranya
kerajaan melakukan perubahan pada pencukaian dan perbelanjaan kerajaan pada masa yang
sama. Dalam pada itu, kerajaan juga cenderung untuk melakukan dasar fiskal mengembang
semasa ekonomi sedang mengalami kemeseletan ataupun pengangguran. Di bawah dasar
fiskal mengembang ini, kerajaan akan sama ada menurunkan cukai yang dikutip ataupun
meningkatkan perbelanjaan kerajaan ataupun melakukan kedua – dua pada masa yang sama.
Untuk masalah inflasi pula, kerajaan akan melakukan dasar fiskal menguncup di mana sama
ada meningkatkan cukai yang dikutip ataupun menurunkan perbelanjaan kerajaan ataupun
melakukan kedua – dua pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, kesan perubahan
perbelanjaan kerajaan (G) akan memberikan impak yang lebih besar terhadap perbelanjaan
agregat dan pendapatan negara berbanding dengan sistem pencukaian. Akhirnya, strategi
peningkatan cukai adalah lebih cenderung untuk digunakan oleh kerajan sekiranya ekonomi
sedang mengalami inflasi terutamanya inflasi tarikan permintaan.
6.0 Rujukan

Blanchard, Olivier (2000). Macroeconomics. Prentice Hall. ISBN 0-13-013306-X.

Blaug, Mark (1986), Great Economists before Keynes, Brighton: Wheatsheaf.

Dwivedi, D.N. (2001). Macroeconomics: theory and policy. New Delhi: Tata McGraw-
Hill. ISBN 978-0-07-058841-7.

Heijdra, Ben J.; van der Ploeg, Frederick (2002). Foundations of Modern


Macroeconomics. Oxford University Press. ISBN 0-19-877617-9.

Mankiw, N. Gregory (2014). Principles of Economics. Cengage Learning. ISBN 978-1-305-


15604-3.

Anda mungkin juga menyukai