Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Pada asasnya, masalah obesity merupakan masalah kesihatan utama yang berlaku dalam
negara Malaysia. Sesungguhnya, masalah ini telah membelenggu negara Malaysia sejak
kebelakangan dan ia akan memberikan pelbagai implikasi negatif terhadap kesihatan
rakyat Malaysia di masa hadapan. Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa masalah
obesity ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang berlainan dan ia adalah wajar
untuk kita mengkajikan faktor – faktor yang terlibat tersebut.

Secara lazimnya, penerangan yang telah dikemukakan oleh I. L. Azpiazu, M. A. M.


González, J. Kearney, M. Gibney, and J. A. Martínez. (1998) telah menunjukkan bahawa
implikasi negatif yang akan disebabkan oleh masalah obesity terhadap seseorang individu
dalam jangka masa panjang. Pada asasnya, beliau berpendapat bahawa masalah obesity
ini akan menyebabkan seseorang individu menghadapi risiko untuk menghidapi pelbagai
jenis penyakit yang relevan dengan sistem kardiovaskular. Antara penyakit yang relevan
dengan sistem kardiovaskular adalah seperti askit jantung, tekanan darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya. Ini adalah kerana lemak dan juga kandungan kolestrol dalam
darah akan menyekat sistem peraliran darah. Dalam pada itu, saya juga berpendapat
bahawa masalah obesity ini juga akan menyebabkan seseorang individu mengalami
masalah kekurangan keyakinan semasa berhadapan dengan orang ramai berikutan saiz
badan mereka.

Sesungguhnya, kita mestilah mengambil pelbagai langkah yang drastik untuk


mengelakkan diri daripada masalah obesiti ini. Antara langkah yang perlulah dilakukan
adalah seperti memastikan kita selalu melakukan aktiviti senaman dan fizikal yang lain.
In iadalah kerana aktiviti fizikal dan senaman ini sangat penting untuk membantu kita
membakar lemak dan kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan kita. Maka, ia secara
langsung akan menyebabkan kita kelihatan kurus dan mengelakkan diri daripada
menghadapi masalah obesiti tersebut.
Sejajar dengan itu, suatu kajian yang sistematik akan dirancangkan dan dilaksanakan
terhadap 5 unit artikel yang membincankan tentang kesan, implikasi dan cara – cara
mengatasi masalah obesiti yang berlaku kepada pemuda – pemudi kebelakangan ini.
Semua perbincangan yang akan dilakukan dalam kertas kajian ini akan disokongkan
dengan menggunakan contoh yang relevan dan juga sesuai.
2.0 Ulasan Artikel

Secara lazimnya, perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian kertas kajian ini
adalah berfokus kepada 5 set artikel yang mana membincangkan isu yang berkaitan
dengan obesity. Antara aspek yang akan dibincangkan dalam lima artikel ilmiah ini
adalah seperti faktor – faktor yang menyebabkan obesiti, implikasi obesiti terutamanya
terhadap kesihatan dan cara – cara mengatasinya. Lima artikel yang dikajikan adalah
seperti yang disenaraikan berikut:

Artikel 01
Tajuk : Healthy Eating: The Preventive Factors among Malaysians
Penulis Artikel: Ismawati Sharkawi, Zainalabidin Mohamed & Golnaz Rezai (2014)

Artikel 02
Tajuk : Socio Demographic, Dietary and Physical Activity Determinants of Adolescent
Overweight and Obesity in Kelantan
Penulis Artikel: Sakinah H, Seong – Ting C, Rosniza R & Jayah KP (2012)

Artikel 03
Tajuk : The Obesity Epidermis in Malaysia: Seeking Solutions Through Public Health
Interventions and Policies.
Penulis Artikel: R. Mahathevan (2007)

Artikel 04
Tajuk : Prevelence of Obesity and Chronic Energy Deficiancy (CED) in adults
Malaysia.
Penulis Artikel: Ismail MN, Zawiah H, Chee SS, & Ng KK (1995)
Artikel 05
Tajuk : Weights of Obesity Factors Using Analytic Hierarchy Process
Penulis Artikel: Lazim Abdullah, & Fateen Najwa Azman (2011)

Secara lazimnya, penerangan yang dilakukan oleh kelima – lima orang penulis artikel ini
boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang utama. Antaranya ialah faktor – faktor
yang menyebabkan berlakunya obesiti, kesan ataupun implikasi negatif obesiti terhadap
manusia dan juga langkah – langkah mengatasi ataupun mengelakkan diri daripada
obesiti.

Faktor – Faktor yang Menyebabkan Obesiti

Kajian yang dilakukan terhadap kelima – lima artikel ini telah mendapati bahawa faktor –
faktor utama yang menyebabkan obesiti di kalangan ahli masyarakat adalah seperti
amalan pemakanan, amalan riadah, amalan pengurusan masa, dan amalan persekitaran.
Sesungguhnya, keempat – empat faktor ini adalah dicadangkan oleh Ismawati Sharkawi,
Zainalabidin Mohamed & Golnaz Rezai (2014) di mana beliau juga menerangkan
bahawa corak pemakanan merupakan faktor yang paling penting dan memberikan kesan
yang paling banyak terhadap berat badan seseorang individu. Dalam perkataan yang lain,
beliau telah bersetuju bahawa corak pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan
seseorang individu menghadapi masalah obesiti dengan lebih mudah berbanding dengan
faktor – faktor yang lain seperti amalan riadah, amalan pengurusan masa, dan amalan
persekitaran. Selain daripada itu, penerangan yang dikemukakan oleh Sakinah H, Seong –
Ting C, Rosniza R & Jayah KP (2012) juga menunjukkan bahawa amalan pemakanan
merupakan suatu faktor yang penting di mana menyebabkan seseorang individu
mengalami masalah obesiti dan seterusnya berkemungkinan menghadapi risiko sakit
jantung ataupun sebarang penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular di masa
hadapan.
Implikasi – Implikasi Obesiti

Secara lazimnya, kesemua penulis artikel ini telah bersetuju bahawa masalah obesiti ini
akan membawa pelbagai kesan dan implikasi negatif terhadap kesihatan seseorang
individu terutamanya dalam aspek kardiovaskular. Contohnya, Lam YL & Khor GL
(1997) telah berpendapat bahawa penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular
seperti sakit jantung adalah disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan
ataupun obesiti. Ini adalah kerana lemak dan kandungan kolestrol dalam badan akan
menyebabkan sistem peredaran darah terjejas dan seterusnya menyebabkan seseorang
individu menghadapi risiko strok ataupun sakit jantung di masa hadapan.

Pada asasnya, pandangan yang dikemukakan oleh salah seorang penulis artikel iaitu R.
Mahathevan (2007) telah menunjukkan bahawa masalah obesiti juga akan menyebabkan
seseorang individu hilang keyakinan terhadap diri sendiri terutamanya aspek bentuk
badan mereka. Dalam perkataan yang lain, mereka akan malu akan bentuk mereka yang
gemuk. Secara langsung, ia akan menyebabkan mereka meminggirkan diri daripada
orang ramai. Lama – kelamaan, mereka akan menghadapi masalah komunikasi dan sosial
dalam jangka masa yang panjang. Oleh yang demikian, R. Mahathevan (2007) juga
berpendapat bahawa masalah obesiti di Malaysia adalah semakin serious dan sewajarnya
mendapatkan tumpuan daripada semua pihak untuk menyelesaikannya.
Langkah – Langkah Mengatasi Masalah Obesiti

Sesungguhnya, penerangan dalam artikel – artikel yang dikajikan ini juga akan
melibatkan cara – cara untuk mengatasi masalah obesiti yang berlaku pada rakyat
Malaysia pada masa kini. Antaranya ialah cadangan yang dikemukakan oleh Ismawati
Sharkawi, Zainalabidin Mohamed & Golnaz Rezai (2014) telah menunjukkan bahawa
semua rakyat Malaysia perlulah menjaga amalan pemakanan mereka supaya sentiasa
dalam keadaan yang terimbang. Ini adalah kerana mereka berpendapat bahawa amalan
pemakanan yang terimbang merupakan antara kekunci yang begitu penting untuk
mengatasi masalah obesiti untuk seseornag individu. Dalam pada itu, Ismawati Sharkawi,
Zainalabidin Mohamed & Golnaz Rezai (2014) juga mencadangkan ahli masyarakat
supaya memakan lebih banyak sayur – sayuran dan buah – buahan serta mengelakkan diri
daripada makanan daging yang banyak.

Selain daripada itu, penerangan daripada Ismail MN, Zawiah H, Chee SS, & Ng KK
(1995) juga menunjukkan bahawa ia adalah sangat penting untuk seseorang individu
melakukan aktiviti senaman dengan sekerap yang mungkin. Ia adalah sangat penting
untuk membakarkan lemak dan juga kalori yang terkandung dalam tubuh badan mereka.
Secara langsung, ia juga akan mengelakkan seseorang individu daripada mengalami
masalah obesiti tersebut.
3.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah kegemukan ataupun obesity adalah semakin serious


dalam negara Malaysia. Ini adalah disebabkan amalan kehidupan dan pemakanan yang
tidak sihat di kalangan ahli – ahli masyarakat tempatan. Sememangnya tidak boleh
dinafikan bahawa masalah obesity ini akan membawa pelbagai masalah yang relevan
dengan kesihatan kepada rakyat Malaysia dan sewajarnya mendapatkan tumpuan
daripada semua pihak. Perbincangan dalam artikel yang dikajikan juga menunjukkan
bahawa ia adalah sangat penting untuk ahli – ahli masyarakat supaya mengamalkan
amalan pemakanan yang sihat serta mempergiatkan aktiviti senaman dalam masa lapang
untuk mengelakkan diri daripada masalah obesiti ini.
4.0 Rujukan

I. L. Azpiazu, M. A. M. González, J. Kearney, M. Gibney, and J. A. Martínez. (1998)


“Perceived benefits of, and benefits to, health eating reported by a Spanish
national sample,” Public Health Nutrition, vol. 2, no. 2, pp. 209-215, September
1998.

J. Adams, K. H. Priest, S. Ingimarsdóttir, J. Sheeshka, T. Østbye, and M. White. (200().


“Food advertising during children’s television in Canada and the UK,” Arch Dis
Child, vol. 94, pp. 658-662, May 2009.

K. Ganasegeran, S. A. R. A. Dubai, A. M. Qureshi, A. A. Al-abed, A. M. Rizal, and M.


Aljunid (2010). Social and psychological factors affecting eating habits among
University students in a Malaysian medical school: a cross-sectional study.
Nutrition Journal.

S. A. Fila. (2006). Applying the Theory of Planned Behavior to healthy eating behaviors
in urban Native American youth.International Journal of Behavioral Nutrition and
Physical Activity.

S. Deshpande, M. D. Basil, and D. Z. Basil (2009). “Factors influencing healthy eating


habits among college students: an application of the Health Belief Model,” Health
Marketing Quarterly, vol. 26, no. 2, pp. 145-164, 2009.

Anda mungkin juga menyukai