Anda di halaman 1dari 2

Draf kerja kursus sastera

-Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), tradisional dapat ditakrifkan sebagai serius dan abadi
nilainya, mutunya yang tinggi serta menjadi salah satu standard kepada yang lain

Jika dikaji, prosa tradisional ini merupakan salah satu bentuk kesusasteraan yang masih dapat
kekal sehingga kini dan secara tidak langsung telah menjadi sumber pengetahuan,
pengajaran, amalan atau sumber orang-orang Melayu terutamanya kepada pihak luar.

Sejarah prosa tradisional bermula daripada pengaruh agama Hindu dan Buddha. Walau
bagaimanapun, pengaruhnya ini tidak memberikan kesan perkembangan kepada prosa
tradisional ini. Hal ini kerana, bahasa yang digunakan agak sukar untuk difahami.

Apabila munculnya kedatangan Islam pada anggaran abad ke-14 hingga 16, prosa tradisional
ini mempunyai peningkatan yang maju.Hal ini kerana, pada masa itu istana memainkan
peranan sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu dan pada masa yang sama
penulis juga giat aktif dalam mengarang karya-karya baharu berdasarkan arahan raja

Sastera: Penghasilan kreatif yang mengandungi imaginasi para pencipta supaya dapat
membuat gambaran berkaitan nilai "world view" itu sendiri Rakyat: Masyarakat biasa yang
hidup secara kolektif Sastera Lisan: Menurut Zaidan et al. (2000), merupakan suatu ungkapan
yang dilafazkan daripada mulut ke mulut serta hasil kebudayaan lisan dapat diselaraskan
bersama-sama sastera tulisan dalam masyarakat moden Jika dikaji, terdapat beberapa ciri
yang menarik berkaitan sastera rakyat ini. Antaranya, sastera ini telah diwariskan secara
lisan. Seterusnya, sastera ini bersifat lamadan wujud dalam berbagai-bagai variasi.
Kemudian, sastera ini dapat dikenali sebagai hak milik kepada semua masyarakat. Tambahan
pula, sastera ini juga mempunyai fungsi yang tersendiri dan mempunyai plot yang seakan-
akan sama.

Jika diteliti, sastera ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian utama yang dikenali sebagai
naratif dan bukan naratif, di mana naratif dapat dikenali sebagai cerita rakyat, mitos dan
legenda. 1)Mitos Mitos dikenali sebagai sebuah cerita yang dianggap benar-benar berlaku
dan dianggap sifatnya suci oleh empunya cerita tersebut. Antara ciri yang dapat diketahui
ialah mitos ini ialah mitos ini mengandungi peristiwa aneh, telah memberikan kesan yang
mendalam kepada masyarakat dan berlaku pada suatu ketika dahulu. Jika diteliti, mitos ini
juga dapat dikenali sebagai mitos politik, institusi sosial dan asal usul. 2)Legenda Legenda
dapat dikenali sebagai suatu yang benar-benar berlaku tetapi tidak suci. Antara ciri yang
dapat diketahui ialah latar masanya tidak hanya berkaitan masa dahulu tetapi pada masa yang
sama juga sedikit sebanyak mempunyai hubung kait dengan zaman silam tersebut.
Kemudian, berkisahkan tokoh mahupun pahlawan. Menurut masyarakat Melayu, legenda ini
juga dapat dikenali daripada berbagai-bagai jenisnya. Pertama, legenda keagamaan yang
menceritakan berkaitan orang-orang alim. Kedua, legenda perseorangan yang mempunyai
kaitan dengan tokoh-tokoh tertentu. Ketiga, legenda tempat yang menceritakan berkaitan asal
usul suatu tempat tersebut. Akhir sekali, dapat dikenali sebagai legenda tokoh

3) Cerita Rakyat Cerita rakyat ini tidak dianggap benar terjadi seperti mitos dan legenda.
Namun, cerita rakyat ini dianggap sebagai hiburan , menegakkan keadilan dan mengandungi
nilai-nilai moral dan sindiran. Cerita rakyat ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis.
Pertama, cerita berkaitan binatang yang dapat menggambarkan sikap seperti seseorang
manusia. Kedua, cerita daripada penglipur lara. Ketiga, cerita berunsurkan jenaka yang dapat
memberikan perasaan geli hati dan keseronokan apabila mendengarnya. Keempat, dikenali
sebagai cerita teladan yang menfandungi unsur-unsru moral yang dapat diguna pakai dalam
pendidikan.

Pada awalnya, sastera tulisan ini telah wujud apabila kedatangan Islam pada abad ke-15 dan
mempunyai perkembangan dalam istana Pertama, dapat dikenali sebagai sastera undang-
undang yang menjadi sebagai bahan kajian sistem pemerintahan. Kemudian, sastera epik
yang dikenali sebagai sastera pahlawan yang bersifat sejagat. Selain itu, sastera panji yang
mengandungi kisah percintaan, peperangan dan penggambaran. Akhir sekali, sastera
keagamaan yang mempunyai fokus utama berkaitan kisah-kisah yang telah menggambarkan
kehebatan Nabi Muhamad SAW semasa membuat penyebaran agama Islam ke seluruh dunia

Anda mungkin juga menyukai