Anda di halaman 1dari 9

Bincangkan unsur mitos dan legenda dalam karya-karya sastera sejarah

Anakronisme Istilah anakronisme berasal daripada perkataan anachronus yang merupakan cantuman dua perkataan iaitu ana dan chronus. Ana bererti bertentangan chronus pula bermaksud masa. Justeru itu, anakronisme adalah suatu konsep dan persoalan yang menyentuh tentang masa iaitu adakah masa itu bersalahan atau bertentangan dengan waktu yang sebenarnya. Dalam pengertian kesusasteraan, anakronisme dimaksudkan tentang kesalahan dalam meletakkan susunan waktu yang berhubung dengan sesuatu peristiwa, orang, tempat dan bahasa. Contohnya suatu peristiwa dan orang itu terkeluar dari masa yang sebenarnya atau diletakkan pada masa yang salah. Harry Shaw dalam Concise Dictionary of Literacy Terms menyatakan bahawa anachronism ini berasal dari perkataan Greek yang bermaksud to be late dan anakronisme ini dinyatakan sebagai an anachronism is on error in chronology; placing event, items or language expression in the wrong period. Contoh yang diberikan oleh Harry Shaw ialah berkaitan dengan pemerintahan Monarki. Monarki sebenarnya merupakan satu anakronisme pada abad ke 20 ini. Charles Duffy dan Henry Pettit juga memberikan definisi yang sama dengan Harry Shaw. Mereka menyatakan anakronisme adalah kesilapan dalam meletakkan sesuatu benda, orang dan situasi yang mustahil untuk wujud dalam masa tersebut tetapi diwujudkan oleh pengarang. Contohnya dalam karya Shakespeare berjudul Julius Caesar, dentingan jam telah dimasukkan dalam setting. Pada hal, zaman tersebut jam belum tercipta untuk menunjukkan bahawa anakronisme memberi maksud tentang kesalahan atau kesilapan dalam meletakkan sesuatu tidak kira sama ada benda, orang, bahasa, ataupun tempat dan masa. Perkara-perkara tersebut tidak wujud tetapi pengarang memunculkannya dalam hasil karya mereka. Dalam penulisan karya yang melibatkan sejarah terutamanya sejarah awal, adalah sukar untuk mengelakkan daripada tidak memasukkan anakronisme. Keadaan ini berlaku kerana anakronisme mempunyai fungsinya yang tersendiri. Umpamanya, pengarang terkenal mark Twain dengan sengaja telah menggunakan anakronisme bertujuan untuk menyindir secara gurauan dalam A Connecticut Yankee in King Arthurs Court.

Seperkara lagi yang perlu dinyatakan ialah anakronisme ini kurang digalakkan dalam sesebuah hasil karya kerana ia menghilangkan keyakinan pembaca terhadap pengarang, namun jika pengarang dapat menggunakan anakronisme tersebut dengan sebaik mungkin, maka ia tidak akan mencacatkan karya sastera, malahan ia mampu memberi kelainan kepada pembaca. 1. Anakronisme watak atau tokoh 2. Anakronisme peristiwa 3. Anakronisme latar 4. Anakronisme bahasa MITOS Mitos ialah sejenis cerita rakyat yang mengisahkan tentang manusia atau makhluk dan peristiwaperistiwa luar biasa yang tidak rasional atau yang tidak dapat diterima oleh akal biasa. Mitos juga bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang diterima bulat-bulat tanpa bukti, seperti mitos yang terdapat dalam sesetengah agama. Hooykaas pula berpendapat, mitos dalam konteks penulisan Sastera Melayu lama bercorak sejarah sebagai cerita dewa-dewa. Cerita seperti ini lazimnya didorong oleh unsurunsur keagamaan dan unsur ini ada kaitan dengan asal-usul seorang raja. Juga dibungai oleh unsur-unsur yang sangat ajaib. Jenis-jenis Mitos:i. ii. iii. iv. Mitos asal usul keturunan raja-raja Mitos asal- usul nama tempat atau sesebuah negeri Mitos asal- usul kedatangan Islam Mitos berkaitan dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib

LEGENDA Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat Melayu yang kerap digunakan oleh pengarang sastera sejarah. Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkan unsur-unsur keajaiban daripada aspek rohaniah, tetapi sebaliknya lebih menekankan keistimewaan-keistimewaan luaran seperti ketangkasan, kepahlawanan, kebal, kekuatan dan sebagainya. Oleh yang demikian tarikannya atau penerimaannya adalah segi kemungkinan ia berlaku di alam nyata lebih daripada hubungan dengan adat dan kepercayaan agama. Tambahan pula legenda lebih senang wujud di

dalam pengalaman pembaca-pembaca kerana unsur ini kerap tumbuh di mana-mana dan sepanjang waktu. Ia lebih bersifat tempatan dan mendekati kepada tanggapan sejarah, walaupun pada tahap persepsi masyarakat yang kurang mementingkan rasional. Legenda di dalam sastera sejarah dapat dikaji daripada peranan watak-watak yang boleh dibahagikan mengikut stratifikasi sosial yang tertentu. Cerita legenda adalah satu genre cerita rakyat berbentuk prosa yang wujud dalam mana-mana masyarakat atau budaya. Robert a. Georges (dalam Mohd. Khalid 1989) merumuskan beberapa ciri cerita legenda iaitu sebagai sebuah cerita atau naratif yang berunsurkan sejarah yang baru berlalu dan dipercayai benar berlaku oleh pencerita dan pendengarnya. Berdasarkan penjelasan George ini, Mohd. Khalid Taib mengemukakan pula satu definisi legenda yang disesuaikan dengan ciri tempatan yang berikut: Legenda adalah sebuah penyataan yang selalunya bercorak cerita, berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingati oleh masyarakat berkenaan; yang mungkin menghubungkan pengalaman masa lampau dengan yang kekinian. Legenda dipercayai benar oleh penyampainya dan oleh mereka yang menerima penyampaian cerita itu, terutama sekali apabila wujudnya tanda-tanda di muka bumi yang seolah-olah mengsahihkan sesuatu cerita legenda. Sehubungan dengan pandangan di atas, Low Kok On (2001) menyimpulkan bahawa cerita legenda ini sebagai sebuah cerita atau naratif dalam bentuk pengucapan lisan yang kisahnya mungkin berkenaan dengan manusia yang diterima benar oleh masyarakat tempatan. Kisah legenda itu biasanya adalah cerita yang bercampur aduk antara fakta sejarah dan unsur imaginasi yang dimiliki oleh masyarakat yang berkomunikasi tentangnya. Latar tempatnya benar-benar wujud dan latar masanya masa pula meliputi zaman kontemporari, baru berlalu dan juga zaman lampau. Cerita-ceria ini juga dikaitkan dengan tanda-tanda alam sebagai bukti kebenaran untuk mengsahihkan sesuatu kisah yang dituturkan oleh pemiliknya. Sungguhpun terdapat cerita legenda yang agak panjang tetapi kebiasaannya, isi kandungan cerita ini ringkas dan pendek serta tidak mempunyai plot yang skematik kerana ia tidak berorientasikan penceritaan (story oriented).

Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat Melayu yang kerap digunakan oleh pengarang sastera sejarah. Tidak seperti mitos, legenda kurang memperlihatkan unsur-unsur keajaiban daripada aspek rohaniah tetapi sebaliknya lebih menekankan keistimewaan luaran seperti ketangkasan, kepahlawanan, kebal, kekuatan dan sebagainya. Oleh yang demikian tarikannya

atau penerimaannya adalah dari segi kemungkinan ia terjadi pada alam nyata lebih daripada hubungan dengan adat dan kepercayaan agama. Tambahan pula legenda lebih senang wujud di dalam pengalaman pembaca-pembaca kerana unsur ini kerap tumbuh. Ia lebih bersifat tempatan dan mendekati kepada tanggapan sejarah. Secara ringkasnya, legenda dapat dijelaskan kisahkisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu yang kemungkinan besar pernah hidup dalam sejarah. Lantas, keunggulan tokoh ini dikaitkan dengan watak-watak istimewa seperti gajah berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuasaan batin yang luar biasa dan sangat masyhur pula pada sejarah tempatan sesuatu masyarakat. Pada masyarakat setempat, tokoh legenda selalunya dipercayai wujud tanpa menilai sama ada kewujudannya itu terbukti atau tidak. Terdapat dua jenis legenda dalam sastera sejarah iaitu legenda tokoh dan legenda nama tempat. Legenda tokoh ini memfokuskan kepada keistimewaan yang ada pada seseorang tokoh yang benar-benar wujud manakala legenda nama tempat pula ialah cerita-cerita yang berkaitan dengan bagaimana sesebuah tempat itu mendapat nama. Di dalam legenda tokoh pula, terbahagi kepada lima bahagian iaitu legenda kepahlawanan, pemimpin yang berkarisma, legenda orang alim, legenda pendosa dan akhir sekali legenda yang mempunyai sifat istimewa. Perbincangan ini akan difokuskan kepada legenda kepahlawanan, legenda pemimpin yang berkarisma dan legenda tokoh yang mempunyai sifat istimewa. LEGENDA TOKOH PEMIMPIN Legenda berhubung tokoh pemimpin ini dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin, melalui watak Sultan Alaud Din Riayat Syah. Diceritakan baginda telah keluar menyamar dan menyerang pencuri-pencuri yang bermaharajalela di Melaka. Hal ini menunjukkan kepintaran yang dimiliki oleh seorang raja dalam menyelesaikan masalah rakyatnya. Baginda sanggup keluar menyamar sebagai orang biasa dan menangkap sendiri pencuri-pencuri yang begitu ramai sewaktu pemerintahannya. Tindakan yang dilakukan itu telah berjaya menghalang pencuri-pencuri bermaharajalela di Melaka dan menjadikan kehidupan rakyat Melaka kembali aman. Sikap bertanggungjawab dan kecekapan yang dimiliki oleh baginda sebagai seorang pemimpin menyebabkan beliau dihormati dan disanjungi oleh seluruh rakyatnya melalui kepimpinan yang ditunjukkannya. Contoh sikap kepintaran dan kecekapan dapat dibuktikan melalui petikan di bawah:

Sebermula maka tersebutlah dalam Melaka pencuri terlalu buas, orang kehilangan pun tiada berhenti lagi sentiasa malam. Setelah Sultan Alaud Din Riayat Syah mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu mashygul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai terlalu mashygul, setelah hari malam, maka baginda pun memakai cara pakaian para pencuri. Maka baginda berjalan menyamar, tiada membawa teman; ( Sulalalatus Salatin: 173) LEGENDA TOKOH KEPAHLAWANAN Sifat kepahlawanan dan kewiraan tokoh merupakan tanda pengenal tokoh tersebut di mata masyarakat. Peranan pembesar raja adalah amat ketara hingga terlihat seolah-olah peranan merekalah yang sebenarnya meningkatkan imej Melaka. Hang Tuah merupakan seorang tokoh hulubalang Melaka bergelar Laksamana yang menjadi lambang kegagahan orang Melayu Melaka seluruhnya. Orang-orang Melayu begitu mengagung-agungkan kekuatan dan kesetiaan tokoh pahlawan yang terbilang ini. Hang Tuah dikatakan memainkan peranan yang penting sebagai pembesar Melaka dalam meningkatkan imej Melaka. Ketokohan Hang Tuah dapat digambarkan dalam petikan bergelar Laksamana imej Melaka. Ketokohan Hang Tuah dapat digambarkan dalam contoh petikan berikut: Syahadan akan Hang Tuah janganlah dikatakan lagi, pertama rupa dengan sikapnya, cerdik lagi perkasa dengan hikmatnya, lagi berani, tiada dapat seorang pun menyamainya; dialah sahaja yang lebih daripada yang lain. Apabila ada orang mengamuk dalam Melaka itu, apabila tiada terkembari oleh orang lain, maka Hang Tuahlah dititahkan Sultan mengembari dia. Diceritakan orang empunya ceritera selama Hang tuah dalam Melaka itu, ia membunuh orang mengamuk tujuh puluh empat orang, barang yang tiada dapat siapa-siapa mengembari dia, maka ialah mengembari; demikianlah peri Hang Tuah dalam Melaka. Jikalau ia bergurau sama muda-muda disingsinya lengan bajunya, maka ia memengkis katanya, Laksamana akan lawanku, Maka jadi disebut-sebutlah namanya oleh samanya Laksamana. Maka Sultan Mansur Syah pun turut menyebut Hang Tuah itu Laksamana. ( Sulalatus Salatin: 119)

Hal ini jelas menunjukkan kebesaran dan kegagahan Melaka adalah kerana mempunyai tokoh seperti Hang Tuah. Kegagahannya diagung-agungkan sehingga pengarang Sejarah Melayu cuba meyakinkan bahawa manusia yang bernama Hang Tuah itu benar-benar wujud dalam sejarah Melaka. Selain itu, kehadiran Hang Tuah memperkuatkan lagi konsep daulat, tuah, dan derhaka masyarakat Melayu. Hang Tuah menjadi simbol kepada ketiga-tiga konsep ini. Hal ini jelas dapat dilihat daripada kesanggupan Hang Tuah membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri iaitu Hang Jebat telah menderhaka demi menunjukkan taat setia kepada raja. LEGENDA TOKOH SIFAT ISTIMEWA ORANG BIASA Kekuatan, keberanian dan keistimewaan yang dimiliki oleh golongan rakyat biasa juga turut diagungkan. Badang merupakan antara tokoh yang dianggap sebagai legenda kerana beliau adalah seorang tokoh yang gagah dan pahlawan di Singapura. Kekuatannya mengatasi kekuatan yang pernah dimiliki oleh seorang manusia biasa. Dengan menggunakan kekuatannya, akhirnya Badang menjadi seorang yang terkenal. Dari seorang hamba ia dibebaskan menjadi rakyat biasa kerana berjasa kepada tuannya. Kemudian Badang dilantik oleh raja Singapura sebagai Raden dan seterusnya dilantik menjadi hulubalang. Kemasyuran Singapura hingga dikenali di benua India dan Perlak dibina daripada kegagahan Badang, dapat dicapai apabila jaguh kuat dari benua Keling iaitu Nadi Bijaya Pikrama dan Benderang dari Perlak. Pengarang Sejarah Melayu sengaja mewujudkan tokoh-tokoh kuat legenda tersebut sebagai satu daya untuk menunjukkan kekuatan mental dan fizikal orang-orang Melayu di Singapura berbanding dengan orang dari Perlak dan Benua Keling sendiri. Kekuatan dan kegagahan Badang dapat dilihat dalam contoh petikan di bawah: Maka oleh seri Rakna Wikrama disuruh bergusti dengan Badang, maka barang main pahlawan Keling itu semuanya tewas juga. Maka ada sebuah batu di hadapan balairung itu terlalu besarnya, maka kata Nadi Bija Niakra pada Badang, Mari kita berkuat-kuatan pada mengangkat batu ini; barang siapa tiada terangkat ialah alah. Maka sahut Badang, Baiklah, angkat oleh tuan hamba dahulu. Maka oleh Nadi Bija Niakra diangkatnya, tiada terangkat. Maka disungguh-sungguhnya, terangkat hingga ke lutut, lalu dihempasnya ke tanah. Maka katanya kepada Badang, sekarang berganti tuan hambalah pula. Maka kata Badang, baiklah. Maka oleh Badang diangkatnya batu itu dengan sebelah tangannya, dilambunglambungnya, lalu dilontarkannya di kuala. Itulah batunya tersandang yang ada

sekarang di hujung tanjung Singapura itu. Maka oleh hulubalang Keling isi ketujuh buah kapal serta dengan kapalnya sekali, diserahkan kepada Badang. Maka ia bermohom kepada duli baginda, lalu belayar ke benua Keling. ( Sulalatus Salatin: 51) Kehebatan orang biasa juga dapat dilihat pada watak seorang budak dalam kisah Singapura diserang todak. Dalam Sejarah Melayu diceritakan muncul seorang budak yang pintar dalam peristiwa Singapura dilanggar todak. Peristiwa itu telah mengorbankan ramai rakyat kerana tidak dapat menahan serangan todak yang banyak itu dengan hanya berkubukan betis seperti yang diperintahkan oleh raja. Kehadiran seorang kanak-kanak itu mencadangkan supaya digunakan batang pisang bagi menghalang serangan todak tersebut sekali gus dapat mengelakkan ramai lagi rakyat yang akan berkorban akibat peristiwa serangan todak tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa kepintaran akal yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut begitu dikagumi masyarakat dalam menyelesaikan serangan todak yang melanda Singapura. Namun begitu, kehebatan yang dimiliki oleh kanak-kanak itu dicemburui oleh pembesar-pembesar Singapura sehingga menimbulkan fitnah ke atas dirinya. Akibat fitnah yang dilemparkan itu, kanak-kanak tersebut telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Raja Singapura.

KESIMPULAN Rumusannya, wujudnya unsur-unsur legenda dan mitos dalam Sejarah Melayu dapat

memberikan kita penafsiran yang berbagai-bagai. Tidak hairanlah ramai daripada sarjana-sarjana sastera khususnya daripada kalangan orientalis memberi nilaian yang rendah terhadap sastera sejarah. Mereka yang menganggap sastera sejarah sebagai hasil yang sepatutnya mencatatkan data-data sejarah mempunyai perspektif yang salah terhadap konsep sejarah dari kaca mata pengarang Melayu tradisional. Di dalam pemikiran masyarakat Melayu, kejadian berdasarkan fakta kemas kini tidak bererti apa-apa tanpa dihubungkan dengan kepercayaan yang berkaitan dengan perhubungan raja dan rakyat. Oleh itu, mitos dan legenda amat diperlukan bagi memperjelaskan martabat raja dan kedudukan di dalam sistem masyarakat Melayu lama. Di samping itu, kewujudan mitos dan legenda bukan sahaja melahirkan kesan kepada imej watak-watak raja dan bangsawan Melayu tetapi juga mempunyai fungsi di dalam melahirkan perspektif waktu dan juga memperjelaskan sesuatu fenomena. Mitos dan legenda wujud bersama-sama fakta sejarah dan berpadu dalam memenuhi tujuan berkarya. Cara ciri-ciri ini dibina dapat dilihat dengan jelas apabila tiap-tiap karya itu diteliti dari sudut kesusasteraan dan tidak dari sudut ilmu lain. Hal-hal ini sengaja diwujudkan dengan tujuan tertentu. Menghubungkan sesuatu tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya dengan unsur-unsur ghaib adalah satu hal yang istimewa, sebab masyarakat ketika itu amat menyanjung raja. Sanjungan itu lahir sesuai pula dengan fungsinya memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung. Di sebaliknya unsur-unsur ini juga dijadikan sebagai fungsi yang bertentangan dengannya, mengkritik pihak-pihak yang berkenaan dengan cara yang amat sinis, halus tetapi penuh dengan cara amat sinis, halus tetapi penuh dengan unsur simbolis.

RUJUKAN A.Samad Ahmad (ed.0. 1970. Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu ). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad. 1987. Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Ahmad. 2000. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamal Ariffin. t.t. Iktisar sejarah sastera Melayu klasik dan moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian teks Melayu klasik terpilih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Zahrah Ibrahim (ed.). 1986. Sastera Sejarah: Interpretasi dan penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai