Anda di halaman 1dari 19

TUTORIAL 2

Mengumpul dua cerita mitos dan dua cerita lagenda

CERITA RAKYAT : MITOS

PENGENALAN / KONSEP
Menurut Taib Osman, cerita mitos biasanya menceritakan kisah dewa-dewa dan tuhan. C. Hooykaas pula dalam bukunya Penyedar Sastera menyatakan cerita ini bersifat keagamaan dan mengandungi unsur-unsur ajaib iaitu merupakan kepercayaan asal usul sesuatu bangsa atau keturunan. William R. Bascom pula menyatakan bahawa mitos ialah prosa rakyat yang dianggap oleh kolektifnya sebagai benar-benar terjadi dan suci (keramat). Tokohnya pula terdiri daripada golongan dewa atau makhluk setengah dewa. Peristiwa yang berlaku pula bukan di alam yang kita kenali. Mitos juga mengandungi cerita asal bermulanya kehidupan dan kematian , bentuk khas binatang, bentuk topografi, kisah perang dan sebagainya.

CIRI-CIRI
kebanyakan kejadian dan perkara yang berkaitan dengannya dipercayai benar-benar terjadi oleh masyarakat pendukungnya

walaupun cerita yang berlaku adalah aneh dan sukar dimengertikan, tetapi menjadi sungguh penting kepada masyarakat khalayaknya
Dari segi strukturnya pula, mitos biasanya merupakan cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa motif dan plotnya pula mudah cara penuturannya pula disertai upacara yang tertentu dan hanya boleh dituturkan oleh orang yang tertentu sahaja

Bagi masyarakat khalayak pula, cerita mitos dianggap sebagai suci dan keramat tokoh-tokoh yang terdapat dalam cerita mitos biasanya berkaitan dengan makhluk penting dalam pengertian budaya dan masyarakat khalayak termasuk tuhan-tuhan, dewa-dewi atau makhluk lain seperti penunggu, jembalang dan sebagainya cerita mitos merupakan lambang kepada masyarakat khalayak kerana ketahanannya bergantung pada kekuatan, kepercayaan, dan penerimaan, masyarakat khalayaknya.

JENIS-JENIS

Cerita Mitos Rasmi


Cerita Mitos Politik

Cerita Mitos Popular


Cerita Mitos Asal usul

Cerita Mitos Rasmi

Cerita Mitos Popular

Cerita mitos rasmi adalah mengenai tuhan yang merupakan sandaran kepercayaan. Dasar kepercayaan ini dijadikan mitos apabila dimasukkan ke dalam sebuah cerita. Sebagai contoh, dalam Hikayat Raja Khandak, tuhan menurunkan malaikat membantu Nabi Muhammad SAW bagi menentang tentera kafir di bawah pimpinan Raja Khandak. Tujuan memasukkan watak-watak tuhan, Nabi Adam AS, Nabi Muhammad SAW adalah untuk menarik perhatian dan meyakinkan masyarakat terhadap hikayat tersebut.

Cerita mitos popular selalunya mengisahkan tokoh dewa, separuh dewa atau separuh tuhan yang dimasukkan ke dalam sesebuah cerita. Sebagai contoh Ikan Nun dikatakan sebagai binatang yang telah menyelamatkan Nabi Nuh. Dalam Hikayat Si Miskin, ikan ini dikatakan telah menyelamatkan Marakarmah yang dicampakkan ke dalam laut.

Cerita Mitos Politik Cerita mitos politik mengisahkan seorang tokoh kebangsaan yang dianggap sebagai manusia agung kerana mempunyai hubungan dengan manusiamanusia istimewa atau dengan tuhan. Tokoh-tokoh ini kemudiannya mendapat tempat istimewa dalam sesebuah negara atau kerajaan. Sebagai contoh, dalam Hikayat Raja-raja Pasai, dikatakan Merah Silu memeluk agama Islam terus daripada Nabi Muhammad yang menemui baginda di dalam mimpi.

Cerita Mitos Asal usul Cerita mitos asal usul lazimnya mengisahkan sesuatu kejadian luar biasa yang mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak mendirikan dan menamakan sesuatu tempat. Sebagai contoh, nama Melaka diambil sempena dengan kejadian pelanduk yang menendang anjing buruan raja dan kebetulan tempat raja berteduh di bawah pohon yang bernama Melaka.

GAYA BAHASA
Penggunaan gaya bahasa dalam cerita mitos terdiri daripada pelbagai jenis bagi menampakkan unsur keindahan dan kecantikan Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos : Penggunaan rangkap ulang, pantun, mantera, gurindam

terdapat penggunaan bahasa pertuturan harian dalam cerita-cerita prosa tradisional. Penggunaan bahasa pertuturan ini biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan.

Terdapat juga penggunaan bahasa perbandingan. Kebiasaannya, bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati dengan dibandingkan secara langsung dengan objekobjek alam.

Penggunaan bahasa istana terutamanya apabila penceritaan tentang raja-raja

Penggunaan kata pangkal ayat biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan seperti maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya

CONTOH CERITA MITOS

Cerita Mitos Asal usul


Cerita Mitos Politik

MITOS ASAL USUL KEJADIAN DI DUNIA

HIKAYAT RAJARAJA PASAI

CERITA RAKYAT : LAGENDA

PENGENALAN / KONSEP
Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin iaitu Legendrus yang bermaksud sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan digunapakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu. Menurut James Dananddjaja, legenda adalah prosa rakyat yang dianggap oleh yang empunya cerita sebagai suatu kejadian yang sungguh-sungguh pernah terjadi. Robert A Georges dalam American Folk Legend menyatakan legenda ialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa lampau atau masa yang terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.

CIRI-CIRI
Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat pendukungnya. Sebagai contoh, pembentukan Gunung Jerai di Kedah dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai.

Tokoh bagi cerita legenda ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.

Wataknya pula terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan, kegagahan yang luar biasa dan sebagainya

Kebiasaannya, tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita lagenda menjadi idola dalam masyarakat

Cerita lagenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai sejarah tempatan.

latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi mempunyai hubung kait antara masa silam dengan masa kini.

JENIS-JENIS
LAGENDA TEMPATAN Merupakan tokohtokoh legenda yang diambil dari sejarah tempatan atau direka sendiri oleh orang Melayu pada masa dahulu. Legenda tempatan pula boleh dibahagikan lagi kepada legenda setempat, legenda kebangsaan dan legenda Islam LAGENDA LUAR Menceritakan mengenai tokoh-tokoh yang sangat popular di dunia meresap masuk ke dalam cerita legenda Melayu. Sebagai contoh, Iskandar Zulkarnain, Muhammad Ali Hanafiah dan sebagainya

GAYA BAHASA
Penggunaan gaya bahasa dalam cerita mitos terdiri daripada pelbagai jenis bagi menampakkan unsur keindahan dan kecantikan Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita mitos : Penggunaan rangkap ulang, pantun, mantera, gurindam

terdapat penggunaan bahasa pertuturan harian dalam cerita-cerita prosa tradisional. Penggunaan bahasa pertuturan ini biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan.

Terdapat juga penggunaan bahasa perbandingan. Kebiasaannya, bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati dengan dibandingkan secara langsung dengan objekobjek alam.

Penggunaan bahasa istana terutamanya apabila penceritaan tentang raja-raja

Penggunaan kata pangkal ayat biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan seperti maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya

CONTOH CERITA LAGENDA

LAGENDA MAHSURI

PUTERI GUNUNG LEDANG

Anda mungkin juga menyukai