Anda di halaman 1dari 12

Kumpulan PMPSH

Jamsari Alias Mashitoh Yaacob Mohamad Sabri Mohd Harun Najah Nadiah Amran Rozita Ibrahim Zulkifli Mohamad Zurina Mahadi

Ringkasan stesyen PSH


Unmanned station Stesyen ini akan mengukur elemen-elemen motivasi diri dan elemen-elemen terarah kendiri yang dilahirkan oleh pelajar melalui penulisan refleksi diri pelajar. Stesyen ini menayangkan video tentang situasi dalam sebuah bilik kuliah di mana satu sesi kuliah sedang berlangsung. Tontonan video ini berlangsung selama 3 minit 7 saat. Selepas itu, pelajar perlu menulis refleksi tentang video yang ditonton arahan terperinci tentang penulisan refleksi ini dan Modul PD (Bab 4: PMPSH) disediakan sebagai rujukan di stesyen ini. Masa yang diberikan untuk pelajar menulis refleksi ini adalah selama 7 minit.

Arahan kepada Pelajar

Sinopsis
Satu tayangan video akan ditayangkan di stesen ini. Filem ini berkisar kisah pelajar Fakulti Kejuruteraan di Imperial College, sebuah fakulti terbaik yang menjadi rebutan pelajar pintar untuk menjadi seorang jurutera yang hebat. Seorang pelajar, Rancho, cuba melawan budaya pembelajaran di kolej tersebut yang sangat rigid dan konservatif sehingga pelajar sanggup melakukan apa saja untuk lulus dalam peperiksaan. Bagi Ranchos budaya ini tidak akan membangunkan masa depan mereka.

Soalan untuk pelajar


Berdasarkan video ditayangkan tersebut, anda sebagai seorang pelajar universiti dikehendaki menulis satu refleksi tentang ciri-ciri seorang pelajar sepanjang hayat.

Panduan kepada pemeriksa

Aspek yg dinilai kemahiran yg dinilai

Sgt baik 9-10

Baik 7-8

Sederhana 5-6

Lemah 3-4

Sangat Lemah 1-2

Huraian ringkas mengenai klip video. Pelajar memberi huraian tentang perasaannya terhadap klip video Pelajar mempamerkan analisis yang kritikal terhadap klip video yang ditonton - pandangan, andaian, konteks, tempat, masa, situasi dll. Pelajar mempamerkan kebolehan mensintesis ciri-ciri pembelajaran sepanjang hayat di dalam klip video yang ditayangkan. - Refleksi tentang perbezaan antara 2 orang pelajar yang menjawab soalan pensyarah dalam video tadi dan refleksi tentang perkaitan antara 2 jenis pelajar yang menjawab soalan pensyarah dalam video tadi dengan apa yang diperlukan oleh diri pelajar jika beliau ingin menjadi lifelong learner. Kebolehan pejajar untuk menyatakan pengajaran yang diperolehi daripada klip video yang ditonton. -Refleksi tentang pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perlukan untuk menjadi lifelong learner, dan refleksi tentang cara untuk pelajar

Fasa 1: Huraian video


Huraikan tentang video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk:
Masa Tempat Siapa yang terlibat dalam video itu

Fasa 2: Kaitkan dengan perasaan


Nyatakan perasaan positif dan negatif anda:
seronok, lega atau rasa ada faedah daripada video yang ditonton.

Menyampah, kecewa dll.

Fasa 3: Menilai
Kaitkan pengalaman pembelajaran anda dengan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas dalam video tersebut Nyatakan apakah perbezaan antara 2 orang pelajar yang menjawab soalan pensyarah dalam video tadi? Kaitkan 2 jenis pelajar yang menjawab soalan pensyarah dalam video tadi dengan apa yang diperlukan oleh seseorang jika beliau ingin menjadi lifelong learner.

Fasa 4: Mengambil pengajaran daripada pengalaman menonton video tadi


Apa yang dapat anda pelajari daripada video tadi? Apakah perkara baru yang anda pelajari daripada tontonan video tadi? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang anda perlukan untuk menjadi lifelong learner?

Bagaimanakah caranya untuk anda mencapai matlamat sebagai lifelong learner?

Panduan kepada Pemeriksa


Sediakan maklum balas yang konstruktif kepada pelajar anda. Tanya kepada pelajar apakah kekuatan dan kelemahan mereka yang perlu ditambah baik. Berikan komen anda tentang penulisan reflektif mereka dengan menekankan tentang elemen yang baik terlebih dahulu dan kemudian bahagian-bahagian yang perlu ditambah baik. Bantu pelajar untuk mengenalpasti keperluan pembelajaran kemahiran PSH dan bagaimanakah cara untuk mencapainya. Di akhir sesi ini, sila isi borang penilaian yang disediakan untuk setiap pelajar dan hantarkan kepada Pengurus PD.

Anda mungkin juga menyukai