Pendaftaran : Kemahiran : Penyoalan Dan Pengesanan Mata Pelajaran : Pendidikan Islam ( Adab Dan Akhlak Islam ) Tajuk : Adab Dalam Kehidupan Bersosial : Adab Amar Maruf Dan Nahi Mungkar Tujuan Am : Supaya pelajar dapat memahami konsep amar maruf dan nahi mungkar Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat : 1. Memahami dan menyebutkan pengertian amar maruf nahi mungkar. 2. Menjelaskan cara-cara yang yang sepatutnya dalam melaksanakan amar maruf nahi mungkar. Alat Bantu Mengajar : Video amar maruf nahi mungkar : Power point Isi Pengajaran :
1. Maksud amar maruf nahi mungkar
Tarikh : Hari :
Mengajak, menyuruh dan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleh syarak. 2. Cara-cara melakukan amar maruf nahi mungkar Cara yang berhikmah Nasihat yang baik Berbincang dengan cara yang baik
Langkah-langkah Pengajaran : Langkah Permulaan Aktiviti Pengajaran Guru Guru memberi salam kepada para pelajar. Aktiviti Pembelajaran Pelajar Para pelajar menjawab salam guru. Bahan Bantu Mengajar/Catatan
Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bacaan doa yang diketuai oleh salah seorang pelajar.
Para pelajar mengaminkan doa yang dibaca oleh salah seorang daripada rakan mereka secara beramairamai.
Guru mempertontonkan video amar maruf nahi mungkar kepada para pelajar dan menanyakan pemahaman mereka tenteng video tersebut.
Para pelajar menonton video amar maruf nahi mungkar kemudian menyatakan apa yang mereka faham hasil tontonan tersebut.
Laptop/ LCD
Perkembangan
Guru meminta salah salah seorang pelajar untuk memberikan maksud amar maruf nahi mungkar mengikut pemahamannya.
Pelajar memberikan maksud amar maruf nahi mungkar mengikut pemahaman dan pengetahuannya kepada guru.
Slide Guru menjelaskan secara terperinci maksud amar maruf nahi mungkar. Para pelajar mendengar penjelasan guru dengan teliti. Teknik : Syarahan
Guru meminta manamana pelajar untuk membacakan slide tentang cara-cara melakukan amar maruf nahi mungkar.
Salah seorang pelajar membacakan slide caracara melakukan amar maruf nahi mungkar secara sukarela.
Slide
Guru bertanyakan kepada beberapa orang pelajar tentang signifikan caracara yang disarankan. Penutup Guru bertanya kepada mana-mana pelajar berkenaan dengan apa yang telah dipelajari.
Guru meminta beberapa orang pelajar untuk menjelaskan semula maksud amar maruf nahi mungkar dan cara-cara melaksanakannya seperti yang telah dipelajari.
Salah seorang daripada pelajar menjawab soalan yang diajukan secara sukarela. KBKK : Merumus, mengingat Para pelajar kembali, menjelaskan kepada pemahaman guru tentang maksud amar maruf nahi mungkar dan cara-cara melaksanakannya seperti yang telah dipelajari
Guru menutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sedikit sumbang saran dan ucapan salam.