Anda di halaman 1dari 1

1.

Apakah konsep dan pengertian cerita mitos mengikut pandangan sarjana tempatan dan
sarjana Barat?

Menurut pandangan sarjana Melayu seperti Ismail Hamid, mitos adalah mitologi melayu. Ia
merupakan suatu bentuk penceritaan yang lebih menumpukan tentang pandangan Alam
Melayu sebelum kedatangan Islam. Menurut sarjana Barat pula iaitu Dick Hertoko
menyatakan bahawa mitos mengatasi makna penceritaan yang mana isi kandungannya
lebih padat daripada rangkaian peristiwa yang menghiburkan.

2. Jelaskan fungsi cerita mitos.

Fungsi cerita mitos ialah menggambarkan dan memuliakan golongan raja. Golongan raja
dianggap memiliki kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya,
asal usul raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan
peristiwa luar biasa. Dalam teks Sulalatus Salatin, kemasukan Islam dapat dilihat melalui
peristiwa Raja Kecil Besar dislamkan oleh Nabi Muhammad melalui mimpinya. Selain itu,
fungsi yang kedua ialah kritikan sosial. Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan
buruk tingkah lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir
kezaliman Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang
sehingga terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang
todak. Fungsi yang seterusnya ialah menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah
negeri. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di
tempat tersebut. Contoh, pembukaan Melaka kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa
pelanduk putih menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil
yang selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil
pada suatu hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan kuasa lain.

3. Nyatakan konsep dan pengenalan Cerita lagenda.

Legenda adalah jenis prosa naratif yang dianggap pernah terjadi oleh si pencerita dan
pendengarnya. Legenda berhubungan dengan asal mula benda atau tempat. Tokoh utama
dalam legenda adalah manusia. Legenda ditokohi manusia walaupun ada kalanya memiliki
sifat-sifat luar biasa, dan seringkali juga dibantu makhluk-makhluk ajaib. Legenda juga kerap
kali dipandang sebagai "sejarah" kolektif (folk history), walaupun "sejarah" itu tidak tertulis
dan telah mengalami distorsi sehingga seringkali dapat jauh berbeda dari cerita aslinya.
Sehingga dapat disimpulkan bahwa legenda memang berhubungan erat dengan sejarah
kehidupan di masa lampau meskipun tingkat kebenarannya seringkali tidak bersifat murni.
Dalam hal ini legenda bersifat semihistoris.

Anda mungkin juga menyukai