Anda di halaman 1dari 11

TEMA 3 (3.1) KRITIKAN SOSIAL a) Sejarah Melayu 1. Mengkritik/kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja.

Contoh cerita: Singapura Dilanggar Todak. Dari cerita ini kekejaman raja yang dipaparkan ialah; Raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilikTuan Jana Khatib -> tilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan. Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala -> iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak. kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti; membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang. 2. Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah. Cerita Singapura di langgar todak. Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh. Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan. Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing-masing untuk menahan serangan todak". Akibatnya ramai rakyat/hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak. 3. Kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja/pemerintah Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana dia sangat cerdik dan pintar. Pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh). Jelas menunjukkan golongan raja mengguna-kan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga kepentingan golongan mereka sahaja. rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh samasekali menentang rajawalaupunternyata rakyat berada di pihak yang benar.

4. Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain. Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang -> kritikan terhadap sikap Sultan Mahmud Syah yang ingin seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa. Gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah -> bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang muda dan lainlain. Barang-barang ini sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan barang-barang tersebut. 5. Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata. Contoh: cerita peminangan Puteri Gunung Ledang. Gambaran kekejaman -> Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang. Menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya. Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda. Cerita Singapura dilanggar todak -> raja tidak menilai/menghargai nyawa rakyat jelata hingga sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing (sanggup memperalatkan nyawa rakyatjelata demi kepentingan diri). 6. Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya. Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang. Gambaran Sultan Mahmud tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah satu syarat peminangan). Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya (tetapi sanggup menyiksa rakyat) demi memuaskan nafsu serakahnya

b) Hikayat Abdullah Hikayat ini mengandungi segala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masa pemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayat ini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa 1) peristiwa yang berlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup pada zaman tersebut.Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaan Singapura dan pembangunannya pada awal abad ke -19. 2) Dalam hikayat ini, Munsyi Abdullah telah mengkritik gaya hidup dan kepercayaan masyarakat yang berbilang kaum di Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyul terutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal : usul makhluk makhluk ini serta cara untuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakan kebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. 3) Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullah telah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikut pandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh tokoh ini digambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidak mengulas lebih lanjut apakah kebaikan kebaikan tokoh yang dilakukan terhadap Munsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjung tinggi oleh Munsyi Abdullah. 19

c) Tuhfat Al-Nafis Pengarang Tuhfat Al Nafis bersifat kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis mempunyai sentiment pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau lebih dianggap sebagai Bugis-centric . 1) pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Cellak . 2) pengarang juga memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu. Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah melayu hal yang demikian itu, maka terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Pengarang sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca dengan memasukkan elemen-elemen yang positif tentang Bugis dan menyebelahi Bugis. Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong terhadap kaumny sendiri. 3) penulisan Tuhfat Al Nafisi aitu penulis cuba menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Ini dapat dilihat apabila pengarang cuba mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap semangat Bugis menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawan-pahlawan Bugis yang sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang beberapa jawatan tinggi dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada ketika itu . Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis, pengarang cuba menyatakan bahawa setiap kali campur tangan 5 Bersaudara Opu Bugis berjaya menyelesaikan masalah perebuhatan takhta antara dua pihak yang bersengketa. 4) pengarang juga mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah negeri di samping menceritakan mereka adalah pahlawan yang gagah, berani dan tidak gentar menghadapi musuh.Contohnya, pengarang ada menceritakan Lima Opu Bersaudara membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta pemerintahan Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung . 5) Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis. ini dapat dilihat apabila pengarang cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil. Maka tatkala baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda itu konon.,waktu baginda itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah mani baginda itu. Lalu disuruhnya makan kepada Encik Pong. Maka jadilah bunting Encik Pong .Pengarang bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini adalah kurang objektif kerana cara kehamilan Encik Pong adalah sangat aneh dan tidak logik serta tidak dapat diterima akal fikiran. Selain

itu juga, pengarang cuba menghina cara Encik Pong mengandungkannya Di sini dapat dilihat bahawa pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil bukan merupakan anak gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah. 6) Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut di pertikaikan kebenarannya dan dapat dilihat secara langsung kurang objektif apabila memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon . Perkataan konon yang digunakan oleh pengarang telah menimbulkan keraguan. Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang disamapaikan adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai oleh pengarang sendiri. Pengarang juga keliru dengan penjelasan tersebut. Pada hakikatnya Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah kerajaan. 7) Selain itu juga, Puteri Balkis merupkan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos semata-mata kerana pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan Bugis di Johor-Riau. Karya Melayu yang menggambarkan asal usul Bugis dapat dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah Melayu dan Bugis. Kedua karya ini mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan Puteri Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti Mallangik, yang berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu kemudian menikah dengan Raja Bugis yang Berkuasa di Luwuq . Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula fikirannya apa yang telah berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai mereka ditulisnya . Pengarang memasukkan unsur-unsur mitos untuk mengagung-agungkan kaum Bugis. Pengarang juga tidak dapat membuktikan kesahihan cerita tersebut. 8) pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang objektif berdasarkan cara kematian Raja Kecil. Ini kerana cara kematian Raja Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat daripada terkena tulahbesi kawi. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja Kecil yang yang merosot akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil untuk merebut takhta kerajaan Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi. Selain itu juga, pengarang juga menyatakan Raja Kecil menjadi telah menjadi gila serta memungkiri perjanjian dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah dengan Hikayat Siak yang menyatakan sebaliknya tentang kematian Raja Kecil. Menurut Hikayat Siak, Raja Kecil menjadi gila disebabkan oleh beliau terlalu sedih dengan kematian isterinya yang tercinta. Sementara itu, menurut Syair Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh kematian isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil menjadi bingung dan

menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua puteranya yang merebut takhta kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan. Maka kata Raja Alam, Aku yang tua, aku yang patut menjadi raja, dan Tengku Mahmud, Aku yang terlebih dahulu patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin sehari, mungkin bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang kurang objektif tentang cara kematian Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang juga telah menimbulkan keraguan serta persoalan yang sebenarnya tidak tepat dan bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis oleh pengarang tidak semestinya tepat kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada peristiwa tersebut yang boleh dipercayai. 9) Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila pengarang menyatakan bahawa lima Bersaudar Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta. Antara lima Bersaudara Opu Bugis ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Merewah, Opu Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan lima Opu Bersaudara itu bertujuan untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang kuat. Di sini pengarang menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis semata-mata. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman , Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.ini dapat membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah untuk mencari harta, peluang dan kedudukan nama dan juga mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis. pengarang cuba menonjolkan bahawa Bugis adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang berhijrah adalah untuk mendapatkan harta, kedudukan, nama dan jaga kekuatan semata- mata. 10) Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang objektif kerana pengarang menjadikan penulisannya sebagai tempat meluahkan perasan. Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan Tuhfat Al Nafis sebagai tempat untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang sudah sekian lama menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan pengarang bermusuhan dengan Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga, pengarang juga menggunakan Hikayat Siak sebagai sumber rujukan untuk penulisan Tuhfat Al Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba menaikkan imej Bugis yang dianggap sebagai pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang kuat. 11) Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh

seperti yang disangkakan. Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurnuan bugis. 12) Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu ada menyimpan persaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan Sulaiman. Pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum Melayu tidak baik dan tidak menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat dibuktikan apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan imej Bugis dengan menyatakan bahawa kaum Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di Johor Riau. Di dalam tuhfat Al Nafis juga ada menceritakan tentang pemeriksaan yang dillakukan oleh Sultan Sulaiman terhadap fitnah yang dilakukan oleh kaum Melayu adalah palsu semata-mata. 13) Walaupun, penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan tetapi berdasarkan penulisan pengarang terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis menghuraikan tarikh yang tepat bagi segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini adalah keobjektifan yang sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh kemangkatan Sultan Mahmud. Syahadan apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk Bendahara Menjadi Raja Johor. Adalah mangkatnya pada Hijrah sanat 1111 pada bulan Safar, hari Jumaat dan menggantikan kerajaanlah Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari Khamis, waktu loha dan Raja Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu . Ini jelas dapat dilihat pengarang menggunakan sumber yang benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana pihak.

PENDIDIKAN a) Sejarah Melayu 1) Penonjolkan tokoh-tokoh dan lama-ulama Islam. Antaranya Iskandar Zul-Karnian, yang merupakan tokoh pahlawan Islam yang terkenal gagah dan berani dalam menaikkan martabat Islam di dunia. Tokoh ini dikaitkan dengan asal usul keturunan raja Melaka yang bertujuan untuk menunjukkan keagungan raja-raja Melaka.Tokoh-tokoh lain yang disebut seperti tokoh pahlawan Islam yang terkenal Amir Hamzah, tokoh-tokoh nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Khidir. Sulalatus Salatin menceritakan pernikahan Raja Iskandar Zul-Karnain dengan Puteri Syahrul-Bariyah disempurnakan oleh Nabi Khidir. Mas kahwinnya sebanyak 300 ribu dinar emas (Cetera 1).Tokoh-tokoh pendakwah Islam, iaitu ulama-ulama Islam dari Asia Barat (TimurTengah) datang ke Melaka bertujuan mengembangkan agama Islam dan mengajar ilmu Islam berpusat di istana Melaka. Tokohtokoh tersebut seperti Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, dan Maulana Sadar Jahan.Tokoh-tokoh ini diberi penghormatan dan pengiktirafan tinggi di istana Melaka. Mereka sangat berpengaruh terutama dalam soal-soal berkaitan dengan hal-ehwal keagamaan. 2) Sulalatus Salatin juga terlihat dalam perjalanan adat-lstiadat dan perundangan yang diamalkan kerajaan Melaka. la meliputi hal-hal seperti upacara akad nikah kahwin, dan perayaan-perayaan hari kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raja Korban. Selain gambaran Islam juga dapat dilihat melalui adat berkhatan. 3) Unsur Islalm dalam Sulalatus Salatin juga ketara melalui penyebutan tentang kewujudan karya-karya Kesusasteraan Islam di Melaka contohnya Hikayat Muhammad Hanafiah dan Hikyat Amir Hamzah. Hikayat-hikayat ini dibaca oleh panglima-panglima Melaka untuk menaikkan semangat keperwiraan menentang musuh seperti Peringgi. (Sulalatus Salatin, hlm. 268-269) 4) Penceritaan dalam Sulalatus Salatin diselitkan dengan puisi Arab iaitu syair. Pengggunaan puisi atau bidalan Arab ini dalam menjelaskan sesuatu gambaran berkesan memberi nilai estetika pada teks tersebut. Lebih jelas menunjukkan keupayaan orang-orang Melaka menguasai seni sastera ini dalam penulisan karya agung itu. Perkara ini jelas dipaparkan dalam peristiwa Sultan Mahmud yang melihat kecantikan Tun Fatimah. Sulalatus Salatin menceritakan hal tersebut melalui syair Arab; 5) Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana igambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.Ulama-ulama, guru-guru agama dan pendakwah berkumpul di istana. Contohnya, Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka. Maulana

Yusuf mengajar tasawuf. Sultan Mahmud turut belajar ilmu agama.Kitab-kitab agama seperti Kitab Duri'l-Mazlum dibawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka. Sultan Mansur Syah turut belajar kitab ini. Diceritakan juga tentang utusan dari Melaka ke Pasai untuk menyelesaikan masalah-masalah berkait ilmu Islam kerana di Pasai ramai ulama-ulama berkumpul bermuzakarah tentang ilmu-ilmu keislaman. 6) Terdapat juga struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleret-leret dalam wasiat. Selain itu kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahari, sahibul hikayat dan Iain-IaiN.

b) Hikayat Abdullah 1) Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajari bahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagai kritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. 2) Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentang mengenai kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasa Allah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistic dan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau juga mengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,dalam karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan. Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yang kesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian Munsyi Abdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandung dalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yang diceritakan merupakan perkara yang betul betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20 ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentang membentangkan falsafah ini,

tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. 3) Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan. Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakan dalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita seperti karya karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidak diselitkan dengan cerita cerita dogeng seperti karya karya lain yang ditulis dalam zamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatu pemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialog dalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayu moden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepas kelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. 4) Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalam hikayat ini. Undang undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah Tuan Bangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris juga dikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran Munsyi Abdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagai tokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.S elain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegun dengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malays.

c) Tuhfat Al-Nafis 1) Pendidikan dalam karya Tuhfat Al-Nafis. Disenaraikannya tokoh-tokoh ilmuan dan pendidikan seperti yang terdapat dalam karya Tuhfat Al-nafis. Antara lain nama nama seperti Tuan Zain Al-Khatib, Syekh makhdum, Syekh Abd al-Rahman Misri, Syekh Ahmad Jibrati, habib Syekh Syakaf, syahab al-Din (Haji) 2) Tentang konsep pendidikan yang diutarakan oleh Raja Ali Haji. Dalam Tuhfat Al-nafis, beliau menulis bahawa, sumber utama ilmu dan asas kepada pendidikan adalah Al-Quran. Sebab itu terdapat petikan ayat AlQuran dalam karyanya. Pada pengarang, Pelajaran dan bacaan Al-Quran dan penyebaran ilmu agama disebutkan sebagai kewajipan baginda

3) Pendidikan dan pengetahuan menurut konsep Raja Ali Haji, mempunyai kaitan yang erat dengan adab dan akhlak. Misalnya dalam teks Tuhfat AlNafis terdapat pelbagai ajaran Raja Ali Haji mengenai budi bahasa yang dianggap sebagai kewajipan orang Muslim soleh dan raja yang adil. Seterusnya, beliau menambah, tujuan utama pendidikan adalah supaya mendidik manusia sebagai orang muslim soleh yang merupakan juga orang yang baik dan warganegara yang baik. Tujuan tersebut mengekalkan peranannya sehingga masa kini. 4) Pada Raja Ali Haji, Sejarah sebagai asas kesedaran kebangsaan dan rasa kebanggaan kebangsaaan. Peranan sejarah dan konsep sejarah dalam kehidupan intelektual masyarakat Melayu dikupas dengan teliti oleh beliau. Beliau menulis: shahdan di belakang ini kelak siapa siapa daripada anak cucuku hendak menghubungnya siarah ini patutlah, akan tetapinya dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang benar supaya terpakai Illa mamarri al-dahr wa al-ayyam wa sallallahu ala Sayyidina Muhammad Sayyid al-anam wa ala alihi wa ashabihi dza al-fadli al-kirami amin (TN 445 (471)). Juga beliau menekankan peri pentingnya tulisan berbentuk Ilmiah: perkataan dan karangan yang kemas supaya mudah menghafazkan dan memahamkan barang siapa yang berkehendak kepada memahamkan dia (TN 2.(4)). 5) Terdapat Ajaran dan Nasihat Raja Ali Haji tentang cara dan kaedah penulisan sejarah untuk tujuan penulisan ilmiah. Hal ini mencerminkan betapa pentingnya karya-karya sejarah dalam masyarakat Melayu Johor abad ke-18 dan ke-19. Fenomena ini jarang sekali ditemui terutama dalam menyelidiki prinsip-prinsip daya cipta atau kreativiti pengarang pada masa ini. 6) penekanan juga kepada penggunaan bahasa yang ikhlas, menggambarkan peristiwa-peristiwa yang benar, mengikut adat-istiadat dan peraturan islam, dan mengajar para pembaca menjadi orang baik, dan warganegara yang baik.

Anda mungkin juga menyukai