Anda di halaman 1dari 11

Tuhfat al-Nafis

Kitab Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Al Haji.




Tuhfat al-Nafis.
Tuhfat al-Nafis (Hadiah Berharga) merupakan sebuah karangan sejarah, karangan Almarhum
Raja Ali Al Haji, Riau pada 1885.
Secara ringkasnya, ia menceritakan bagaimana pembabitan orang-orang Bugis bermula dan
cemerlang di Tanah Melayu.
Pada pendapat saya, setelah membaca dan mengkaji isi kandungan Tuhfat Al Nafis, saya mendapati
pengarangnya, Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji kurang objektif dalam penulisan Tuhfat Al Nafis. Hal ini
kerana setelah meneliti kandungan Tuhfat Al Nafis, terdapat beberapa bukti dan beberapa aspek yang
menunjukkan pengarang kurang objektif dalam penulisannya.

Pengarang Tuhfat Al Nafis bersifat kurang objektif dalam penulisannya kerana penulis mempunyai
sentiment pro Bugis. Tema Tuhfat Al Nafis lebih cenderung cerita-cerita raja dan masyarakat Bugis atau
lebih dianggap sebagai Bugis-centric . Hal ini dapat dilihat apabila pengarang bersifat antagonis terhadap
suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang sebenarnya mempunyai hubungkait
keturunan dengan kaum Bugis. Dalam hal ini pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan
Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Cellak . Selain itu, pengarang juga memberi anggapan yang negatif
terhadap kaum Melayu. Syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah melayu hal yang
demikian itu, maka terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Pengarang
sebenarnya ingin mempengaruhi pembaca dengan memasukkan elemen-elemen yang positif tentang
Bugis dan menyebelahi Bugis. Kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan keran pengarang lebih condong
terhadap kaumny sendiri.

Selain itu, pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafisiaitu penulis cuba
menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis. Ini dapat dilihat apabila pengarang cuba mempengaruhi
pembaca mengenai kehandalan pahawan Bugis. Kecondongan Raja Ali terhadap semangat Bugis
menyebabkan beliau lebih menggambarkan tantang kehandalan pahlawan-pahlawan Bugis yang
sememangnya handal dalam peperangan sehingga mereka dapat memegang beberapa jawatan tinggi
dalam tampuk pemerintahan kerajaan Melayu Johor pada ketika itu . Dalam penulisan Tuhfat Al Nafis,
pengarang cuba menyatakan bahawa setiap kali campur tangan 5 Bersaudara Opu Bugis berjaya
menyelesaikan masalah perebuhatan takhta antara dua pihak yang bersengketa. Selain itu juga,
pengarang juga mempengaruhi pembaca mengenai kehandalan pahlawan Bugis dalam peperangan dan
menyelesaikan masalah yang timbul dalam sesebuah negeri di samping menceritakan mereka adalah
pahlawan yang gagah, berani dan tidak gentar menghadapi musuh . Contohnya, pengarang ada
menceritakan Lima Opu Besaudara membantu Sultan Muhammad Zainuddin untuk mendapatkan takhta
pemerintahan Kerajaan Matan yang Sebelum ini dikuasai oleh Pangeran Agung .

Pengarang juga kurang objektif terhadap penulisan Tuhfat Al Nafis. ini dapat dilihat apabila pengarang
cuba menjatuhkan maruah Raja Kecil dengan mempertikaikan cara kelahiran Raja Kecil. Maka tatkala
baginda itu hampir mangkat, maka Encik Pong itu pun makan mani baginda itu konon., waktu baginda
itu datang berahikan isterinya peri, maka terpancarlah mani baginda itu. Lalu disuruhnya makan kepada
Encik Pong. Maka jadilah bunting Encik Pong . Pengarang bersikap prejudis terhadap Raja Kecil dengan
mempersoalkan cara kelahiran Raja Kecil. Hal ini adalah kurang objektif kerana cara kehamilan Encik
Pong adalah sangat aneh dan tidak logik serta tidak dapat diterima akal fikiran. Selain itu juga,
pengarang cuba menghina cara Encik Pong mengandungkannya Di sini dapat dilihat bahawa pengarang
cuba mempengaruhi pembaca dengan menimbulkan konflik kepada pembaca mengenai Raja Kecil
bukan merupakan anak gahara iaitu anak kepada Sultan Mahmud Syah.

Di samping itu juga, kredibiliti pengarang juga turut di pertikaikan kebenarannya dan dapat dilihat
secara langsung kurang objektif apabila memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang
cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis. Adalah Sitti Mallangkik itu
pada setengah kaul Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon . Perkataan konon yang digunakan
oleh pengarang telah menimbulkan keraguan. Pengarang seolah-olah menggambarkan cerita yang
disamapaikan adalah tidak benar dan tidak boleh dipercayai oleh pengarang sendiri. Pengarang juga
keliru dengan penjelasan tersebut. Pada hakikatnya Puteri Balkis tinggal di Saba yang merupakan sebuah
kerajaan. Selain itu juga, Puteri Balkis merupkan isteri kepada Nabi Sulaiman. Hal ini adalah mitos
semata-mata kerana pengarang ingin memberikan keabsahan tentang kedatangan Bugis di Johor-Riau.
Karya Melayu yang menggambarkan asal usul Bugis dapat dilihat dalam Tuhfat Al Nafis dan salasilah
Melayu dan Bugis. Kedua karya ini mengisahakan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan
mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah keturunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan
Puteri Balkis. Perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti Mallangik, yang
berkuasa di Palangi(ada yang mengatakan Selangi). Wanita itu kemudian menikah dengan Raja Bugis
yang Berkuasa di Luwuq .

Walaubagaimanapun, kredibiliti pengarang boleh dipertikaikan dan secara langsung pengarang dilihat
kurang objektif . Menurut Collingwood, ahli sejarah mesti membentuk semula fikirannya apa yang telah
berlaku dalam fikiran watak-watak yang hal mengenai mereka ditulisnya . Pengarang memasukkan
unsure-unsur mitos untuk mengagung-agungkan kaum Bugis. Pengarang juga tidak dapat membuktikan
kesahihan cerita tersebut.

Selain itu, pengarang Tuhfat Al Nafis juga kurang objektif berdasarkan cara kematian Raja Kecil. Ini
kerana cara kematian Raja Kecil serta keadaan Raja Kecil yang hilang akal akibat daripada terkena
tulahbesi kawi. Pengarang menceritakan bahawa kedaulatan kerajaan Raja Kecil yang yang merosot
akibat apabila tercetusnya pergaduhan antara putera-putera Raja Kecil untuk merebut takhta kerajaan
Siak sejak sebelum kemngkatan baginda lagi. Selain itu juga, pengarang juga menyatakan Raja Kecil
menjadi telah menjadi gila serta memungkiri perjanjian dengan Sultan Sulaiman. Ini adalah bercanggah
dengan Hikayat Siak yang menyatakan sebaliknya tentang kematian Raja Kecil. Menurut Hikayat Siak,
Raja Kecil menjadi gila disebabkan oleh beliau terlalu sedih dengan kematian isterinya yang tercinta.
Sementara itu, menurut Syair Perang Siak ada menyatakan Raja Kecil gila bukan disebabkan oleh
kematian isterinya atau melanggar janji dengan Sultan Sulaiman . Sebaliknya Raja Kecil menjadi bingung
dan menghadapi tekanan akibat daripad persengketaan kedua-dua puteranya yang merebut takhta
kerajaan Siak. Syahadan di dalam hal itu antara anak-anak itu selalu berbantah beratas-atasan. Maka
kata Raja Alam, Aku yang tua, aku yang patut menjadi raja, dan Tengku Mahmud, Aku yang terlebih
dahulu patut menjadi raja kerana aku anak gahara. Maka di dalam hal itu mungkin sehari, mungkin
bertambah kharabatan . Ini dapat dinyatakan bahawa pengarang kurang objektif tentang cara kematian
Raja Kecil. Selain itu juga, pengarang juga telah menimbulkan keraguan serta persoalan yang sebenarnya
tidak tepat dan bercanggah. Dalam hal ini, fakta yang ditulis oleh pengarang tidak semestinya tepat
kerana tiada bukti yang boleh dipastikan daripada peristiwa tersebut yang boleh dipercayai.
Pengarang Tuhfat Al Nafis dilihat jurang objektif apabila pengarang menyatakan bahawa lima Bersaudar
Opu Bugis berhijrah ke Johor-Riau dan Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta. Antara lima
Bersaudara Opu Bugis ialah Opu Daeng Parani, Opu Daeng Menambun, Opu Daeng Merewah, Opu
Daeng Cellak dan Opu Daeng Kemasi. Bagaimana pun, kedatangan lima Opu Bersaudara itu bertujuan
untuk mencari harta kekayaan, kedudukan nama dan pengaruh yang kuat. Di sini pengarang
menggunakan penulisannya adalah untuk meningkatkan imej Bugis semata-mata. Ini dapat dilihat
setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman , Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan
dengan gelaran Yang Dipertuan Muda.ini dapat membuktikan bahawa penghijrahan mereka adalah
untuk mencari harta, peluang dan kedudukan nama dan juga mempunyai sokongan pengaruh. Hal ini
adalah bertentangan dengan penulisan Tuhfat Al Nafis. pengarang cuba menonjolkan bahawa Bugis
adalah baik. Ini kerana pengarang juga berketurunan Bugis. Tujuan lima Bersaudara Opu ini datang
berhijrah adalah untuk mendapatkan harta, kedudukan, nama dan jaga kekuatan semata- mata.
Selain itu, penulisan Tuhfat Al Nafis adalah kurang objektif kerana pengarang menjadikan penulisannya
sebagai tempat meluahkan perasan. Ini dapat dilihat apabila pengarang menjadikan Tuhfat Al Nafis
sebagai tempat untuk menceritakan kegiatan keluarga Siak-Minangkabau yang sudah sekian lama
menjadi musuh nenek moyang mereka. Disamping itu, juga, keturunan pengarang bermusuhan dengan
Raja Kecil atas perebutan Siak dengan Bugis. Selain itu juga, pengarang juga menggunakan Hikayat Siak
sebagai sumber rujukan untuk penulisan Tuhfat Al Nafis. melalui penulisannya juga, pengarang cuba
menaikkan imej Bugis yang dianggap sebagai pahlawan yang handal dan mempunyai pengaruh yang
kuat.

Selain itu, pengarang lupa bahawa permusuhan antara Raja kecil dan Raja Sulaiman semakin meruncing
adalah disebabkan oleh campur tangan Bugis di Johor- Riau. Pada hakikatnya Bugis mempunyai
agendanya yang tersendiri. Mereka bukanlah golongan yang berpengaruh seperti yang disangkakan.
Oleh itu, pengarang menerapkan sentimen kebugisan kerana pengarang sendiri berketurnuan bugis.
Pengarang juga dilihat kurang objektif apabila pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu
ada menyimpan persaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan
Sulaiman. Pengarang cuba mempengaruhi pembaca dengan menyatakan kaum Melayu tidak baik dan
tidak menyebelahi mereka secara halus melalui penulisannya. Ini dapat dibuktikan apabila pengarang
menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan membuat fitnah terhadap kaum Bugis
untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor Riau. Sealin itu, pengarang cuba meningkatkan
imej Bugis dengan menyatakan bahawa kaum Bugis lebih mulia daripada kaum lain yang ada di Johor
Riau. Di dalam tuhfat Al Nafis juga ada menceritakan tentang pemeriksaan yang dillakukan oleh Sultan
Sulaiman terhadap fitnah yang dilakukan oleh kaum Melayu adalah palsu semata-mata.
Walaupun, penulisan Tuhfat al Nafis mempunyai kecondongan tetapi berdasarkan penulisan pengarang
terdapat juga keobjektifan dalam Tuhfat al Nafis.Ini dapat dilihat apabila penulis menghuraikan tarikh
yang tepat bagi segala peristiwa kelahiran, kemangkatan dan pertabalan. Ini adalah keobjektifan yang
sebenar. Pengarang juga ada menghuraikan tentang tarikh kemangkatan Sultan Mahmud. Syahadan
apabila baginda itu mangkat maka segal orang-orang besar negeri Johor pun mengangkatlah akan Datuk
Bendahara Menjadi Raja Johor. Adalah mangkatnya pada Hijrah sanat1111 pada bulan Safar, hari
Jumaat dan menggantikan kerajaanlah Bendahara Tun Habib, pada delapan haribulan Rabiul Awal, hari
Khamis, waktu loha dan Raja Sulaiman pun lahir ke dunia pun waktu itu . Ini jelas dapat dilihat
pengarang menggunakan sumber yang benar dalam penulisannya tanpa condong kepada mana-mana
pihak.

Selain daripada sistem pentarikhan, penggunaan aku dalam penulisan pengarang adalah objektif. Ini
kerana pengarang berada ditempat kejadian dan pengarang mengalami sendiri kejadian tersebut.
Disamping itu juga ia menunjukkan pengarang menunjukkan peristiwa itu berlaku depan mata
pengarang sendiri. Ini dapat dilihat apabila pengarang sendiri menyatakan, demikianlah khabar dari
orang tua entahkah apa ertinya aku pun tak tahu. Wallahualam mana-mana aku lihat dan aku dengar
dan aku lihat dalam sejarah itulah yang aku suratkan. Begitulah yang digambarkan oleh penulis tantang
kejadian yang berlaku ketika pengarang berada di tempat kejadian.

KESIMPULANNYA.

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan terhadap Tuhfat Al Nafis, pengarang adalah kurang objektif
terhadap penulisannya. Pengarang iaitu Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Hal ini dapat dibuktikan
apabila pengarang condong kepada kaum Bugis iaitu pengarang sendiri merupakan keturunan Bugis.
Oleh yang demikian, pengarang bersifat antagonis terhadap kaun lain. Jadi jelaslah bahawa penulisan
Tuhfat Al Nafis sebenarnya kurang objektik walaupun terdapat keobjektifannya.

BIIBLIOGRAFI

BUKU.

Anhar Gonggong, 2003. Menelusi Jejak Warisan Sastra Dunia; La Galigo dan Kejayaan Bugis di Tanah
Melayu (Riau), Indonesia, Pusat Studi La Galigo
Arbaiyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Ampang/hulu Kelang, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Eh. Carr, terjemahan Ab. Rahman Haji Ismail, 1984. Apakah Sejarah. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd Yusof Mohd Noor, 1997. Salasilah Melayu dan Bugis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji(ed) 1997, Tuhfat Al Nafis. Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.




Thufat Al-Nafis
Pengenalan

Teks Tuhfat al-Nafis sememangnya sebuah teks yang tidak asing lagi terutamnya di
kalangan para sejarajwan yang mengkaji sejarah Johor- Riau Lingga danTanah Melayu,
umumnya. Walaupun sesetegah sarjana beranggapan teks ini tidaklah sepopular teks-teks sejenis
dengannya seperti Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai dan sekurang-kurangnya Hikayat
Merong Mahawangsa.1[1] Namun demikian, kita dapati pengarang teks ini lebih terkehadapan
berbanding dengan pengarang teks yang sezaman dengannya. Ini dapat dilihat dari segi
penggunaan sumber dan pemberian tarikh atau jangka waktu sesebuah peristiwa yang
diperihalkan dalam teks ini. Ini menyebabkan teks ini lebih istimewah berbanding dengan teks
pensejarahan Melayu yang lain. Namun demikian, tidak dapat dinyatakan dengan tepat
berhubung dengan tarikh teks ini dikarang. Oleh itu, berdasarkan pendapat ramai, teks ini
dikarang sekitar penghujung abad ke-18 sehingga pertegahan abad ke-19.
Pada hari ini, salinan atau naskah teks ini terdiri daripada enam salinan termasuk naskah
yang telah ditemui di Terengganu dalam tulisan jawi. Antara naskah tersebut adalah naskah yang
dimiliki oleh W. Mexwell yang telah disalin pada 1890
Latar Belakang Pengarang Tuhfat al-Nafis
Berdasarkan pendapat para sejarahwan, Raja Ali Haji merupakan individu yang
berperanan besar dalam mengarang teks Tuhfat al-Nafis. Namun demikin, terdapat juga pendapat
yang mengatakan teks ini merupakan sebuah tekas yang dikarang bersama oleh Raja Ali Haji
dengan ayahnya iaitu Raja Ahmad.
Walau apapun, dalam melihat kencenderungan atau kecondongan pengarangan teks ini,
para pengkaji haruslah melihat latar belakang pengarang teks ini. Sehubungan itu, saya akan
cuba menghuraikan latar belakang Raja Ali Haji dan secara tidak langsung akan dapat
menjawap persoalan berkenaan dengan kecenderungan pengarangan tekas ini.
Raja Ali Haji merupakan anak kepada Raja Ahmad (Raja Ali Haji bin Raja Ahmad) yang
dikaitkan dengan teks ini. Raja Ahmad atau Engku Haji dilahirkan pada 1778 dan mangkat pada
1878, semantara Raja Ali Haji dilahirkan pada 1804 dan mngkat lebih awal daripada ayahnya
iaitu pada 1872.2[2] Raja Ahmad iaitu ayah kepada Raja Ali Haji juga adalah anak kepada Raja

1[1] Muhammad Yusof Hasim, Pensejarahan Melayu : Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu
Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hal. 449.
2[2] Ibid. hal. 454-456.
Haji (marhum mangkat di Ketapang, Melaka) yang merupakan Yang Dipetua Muda ke-4 Johor-
Riau. Manakala Raja Haji pula adalah anak kepada Daeng Celak (Yang Dipertua Muda ke-2
Johor-Riau) bin Daeng Relaka (Opu Tanderibureng) daripada keluarga Bugis di Sulawisi iaitu
tempat asal Bugis Opu lima bersaudara.
Selain daripada faktor keturunan yang memperngaruhi Raja Ali Haji lebih pro-Bugis,
faktor latar belakang hidupnya juga banyak mempengaruhi beliau. Belaiu dibesarkan di istana
Riau, pernah menjawat beberapa jawatan penting kerajaan seperti penasihat raja-raja Riau,
menjadi pakar undang-undang, guru agama dan hakim di Riau. Justeru itu, berdasarkan latar
belakang keturunan dan kehidupan Raja Ali Haji seperti di atas, jelaslah menunjukkan beliau
mempunyai hubungan atau pertalian darah yang amat kuat dengan Opu Bugis lima bersaudara
dan yang dikaitkan dengan keturunan Raja Bugis di Sulawisi.
Oleh itu, dalam mengarang teks ini, kita dapati beliau lebih bais atau lebih cenderung
dengan suku kaum Bugis. Ini adalah amat bertepatan dengan apa yang dikatkan oleh Arbaiyah
Moham Nor iaitu beliau mengatakan tema Tuhfat al-Nafis dikatakan lebih cenderung kepada
cerita Raja-raja dan rakyat Bugis @ boleh dianggap sebagai Bugis centric.3[3] Belaiu juga
sedaya upaya menjadikan Tuhfat al-Nafis sebagai alat untuk mempertahankan kedudukan suku
Bugis dalam Kesultanan Melayu terutamnya Johor.4[4]
Kecenderungan Raja Ali Haji Dalam Tuhfat al-Nafis
Sememangnya tidak dapat dinafikan, bahawa apabila kita membaca dan menliti
kandungan teks Tuhfat al-Nafis, ia menunjukkan pengarang teks ini lebih pro-Bugis atau
cenderung kepada suku kaum Bugis. Sebaliknya memberi gamabaran yang negatif atau yang
tidak baik kepada musuh-musuh kaum Bugis terutamanya Raja Kecil dan suku kaumnya di
Minangkabau serta juga kaum Melayu sendiri. Ini dapat diperjelaskan dengan melihat peristiwa
atau episod-episod tertentu yang diperihalkan oleh pengarang dalam teks ini. Antaranya adalah
seperti berikut :
a) Perihal Raja Kecil dan Opu Bugis Lima bersaudara.
Pada awal teks ini lagi, kita dapat meneliti betapa baisnya raja Ali Haji dalam mengarang
teks ini. Ini dapat dibuktikan dengan caranya mengungkapkan hal-hal yang berkaitan dengan
Raja Kecil dan Opu Bugis Lima Bersaudara. Seperti yang diketahui umum, raja Kecil Kecil
merupakan musuh utama kepada Opu Bugis Lima Bersaudara. Maka dengan itu, kita dapati Raja
Ali Haji seboleh mungkin memberi gambaran yang negatif kepada Raja Kecil. Ini dapat di teliti
melalui bahagian-bahagian yang diperihalkan oleh raja Ali Haji dalam teks ini, misalnya:

3[3] Arbaiyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2002, hal. 125.
4[4] Mardiana Nordin, Pensejarahan melayu-Johor Sebagai Sumber Sejarah Negeri Johor dan
Negri-negeri Melayu yang Lain (ed) Penilain Semula Sejarah Dalam Perubahan Semasa:
Kaedah dan Sumber, Kertas Seminar, Universiti Malaya, 19-20 Disember 2003, hal. 3.
Adalah Encik Pong itu dipakai memang oleh baginda itu, telah bunting memeng,
konon.Waktu baginda mangkat, orang-orang tengah bergadukan hal baginda itu. Maka
encik Pong dilarikan oleh Panglima Bebas,dibawahnya ke Pagar Ruyung, kepada puteri
Janilan, lalu encik Pong beranak disitu, iaitu laki-laki.5[5]
Jika dilihat secara sepintas lalu, sememangnya petikan di atas tidak banyak memberi
kesanyang negatif kepada Raja Kecil. Maka dengan itu, kita dapati untuk mencapai motifnya,
Raja Ali Haji cuba memberi gambaran seterusnya tentang asal-usul Raja Kecil dalam situasi
yang lebih buruk. Oleh itu, dalam tekas ini beliau menyebut:
Tatkala baginda mangkat, Zakarnya berdiri. Maka tidak ada orang yang berani
menanam Baginda itu. Maka mesyuratlah segala menteri apa sebab pekerjaan itu,
sangat ajaib. Maka kata daripada isi istana:adalah baginda tengah berahikan Encik
Pong itu, maka baginda itu pun mangkat. Maka takbir segala menterinya (yang) baginda
itu takut tiada meninggalkan anak cucu yang bangsa daripadanya.Maka disuruhnya
orang besar-besar itu akan Encik Pong itu setubuhdengan baginda itu konon, pada
ketika itu. Maka apabila selesai baharulah rebah zakar baginda itu. Maka encik Pong
pun buntinglah konon.6[6]
Dalam masa yang sama, Kecenderungan Raja Ali Haji dapat dilihat dengan jelas,
bilamana beliau memerihalkan latar belakang Upu-upu Bugis Lima Bersaudara. Keadaan ini
sebenarnya adalah bertujuan utuk memberi gambaran kepada para pembaca bahawa di kalangan
Upu-upu Bugis merupakan daripada keturunan yang baik-baik berbanding dengan Raja Kecil.
Dengan cara ini raja Kecil berharap, para pembaca akan memeberi persepsi yang positif kepada
kaum Bugis. Maka tidak hairanlah, perihal-perihal yang baik-baik sahaja diberi kepada Upu-upu
Bugis dalam Tuhfat al-Nafis, cotohnya:
Adalah puteranya (Tendari Burung Daeng Ralaka) yang lima orang itu baik-baik
belaka parasnya, serta dengan sikap pahlawannya. Akan tetapi Upu Daeng Celak yang
tersangat baik parasnya, memberi ghairah hati perempuan-perempuan
memandangnya7[7]

b) Peristiwa Perjanjian Antara Bugis dengan Minangkabau untuk menyerang Johor-Riau
Dalam mencerita peristiwa berkenaan perjanjian antara Bugis dengan Minangkabau
untuk menyerang Johor-Riau, Raja Ali Haji juga telah meberi satu pentafsiran atau gambaran
yang berfihak kepada pihak Bugis. Beliau telah mengeksplotasi peristiwa ini untuk memeberi

5[5] Thufat al-Nafis, edisi 1965, hal. 13.
6[6]
7[7]
kesan yang baik kepada Bugis. Ini kerana, apabila kita melihat Hikayat Siak, sememngnya
hikayat ini telah memberi kesan yang buruk kepada Upu-upu Bugis Lima Besaudara. Justeru itu,
dalam memerihalkan semula peristiwa tersebut, Raja Ali Haji telah mengunakan peristiwa ini
untuk menunjukkan bahwa pihak Raja Kecillah yang bersalah dalam peristiwa ini. Raja Ali Haji
mengatakan (berdasarkan teks), Raja Kecillah yang sebenarnya telah berjumpa dengan Upu-upu
Bugis Lima bersaudara untuk melanggar Johor. Akan tetapi, pihak Bugis telah menolak
pelawaan tersebut kerana pada fikiran mereka, itu adalah tipu dan muslihat Raja Kecil sahaja.
Justeru itu, Raja Ali Haji mengungkapkan dalam teks ini :
Syahdan di dalam tengah-tengah bersiap akan alat peperangan itu maka Opu-opu
Bugis yang berlima beradaik itu pun tibalah ke Bnegkalis datang daripada mengembara.
Maka berjumpalah ia dengan Raja Kecil. Maka Raja Kecil pun mengajaklah ia
melanggar negeri JohorMaka tiada ia mahu. Maka didalihkannya hendak ke Langat
dahulu, mencari muafakat dengan Bugis yang di Langat itu. Maka tiadalah jadi Bantu
membantu itu.8[8]
C) Bantuan Bugis Kepada Johor-Riau Unutk Mngalahkan Raja Kecil.
Di dalam episod ini, Raja Ali Haji telah menyebut kisah ini agar ianya berpihak kepada
Bugis. Maka berkatalah ia:
Maka Menjawablah Opu Dahing Parani, seperti saya semua adik-beradik sama saja
yang patut kepada hati baginda Sultan Sulaiman saya terimalah, akan tetapi yang saya
seorang, tiada saya mahu jadi raja kerana saya ini yang tua sekali, tiada lain hanyalah
mencari ketetapan saudara saya yang berempat ini.Maka menjawab pula Opu Dahing
Menambu, saya ini tiada sanggup menjadi Yang Dipertua Muda di tanah barat
ini.kerana saya sudah berjanji dengan Sultan Mantan akan memelihara akan negeri
Mempawa, tiadalah saya mahu mengecilkan hati mertua saya itu. Maka menjawablah
dahing Celak , saya ini selagi ada abang saya ini, iaitu Kelana Jaya Putera, tiada saya
mahu menjadi Yag Dipertua Muda. Maka menjawablah Opu Dahing Kemasi , adapun
saya ini tada berhajat manjadi Yang dipertua Muda di tanah barat kerana jauh amat
dengan Bugis, bersalahan jikalau seperti di Manatan dan Sambas itu mana
kemuafakatan abang-abang sayalah . Menjawabpula Kelana Jaya Putera, Adapun saya
jikalau bercerai dengan saudara-saudara saya, tiada saya mau menjawab Yang Dipertua
Muda di tanah barat ini. Demikianlah kata sekalian Opu-opu Bugis itu.
Dengan melihat petikan di atas, Raja Ali Haji telah sedaya upaya cuba memberi satu
gambaran yang baik kepada Opu-opu Bugis Liam Bersaudara berhubung dengan kedatangan
mereka ke Johor khasnya dan Tanah Melayu, umumnya. Lantaran itu, tidak hairanlah apabila
Raja Ali Haji mengarang satu bnentuk petikan yang menunjukkan bahwa Opu-opu Bugis Lima
Bersaudara bukannya gilakan atau mahukan kuasa. Sebaliknya ianya telah diberi sukarela oleh
Sultan Sulaiman. Namun demikian penipuan Raja Ali Haji tidak dapat disembunyikan apabila
kita melihat petikan seperti berikut:

8[8]
.Berjanji raja Sulaiman dengan Opu-opu itu, salah satu Opu-opu itu menjadi Yang
Dipertua Muda turun-tumurun.
Perjanjian ini sebenarnya adalah perjanjian yang dibuat atas permintaan Opu Bugis
tersebut.9[9] Justeru, disini kecendongan atau bais Raja Ali Haji amat jelas sekali beliau
memutar belitkan fakta yang dibuat oleh Opu Bugis itu sendiri.
d) Yam Tuan Muda Johor membunuh Seluruh Keluarganya.
Kecenderungan Raja Ali Haji kepaa pihak Bugis seterusnya dapat dilihat dalam peristiwa
Yam Tuan Muda membunuh seluruh keluarganya. Beliau memerihalkan episod ini dalam
Tuhfat al-Nafis, seperti berikut:
.Maka Raja Muda pun mengamuk pula, kerana fikirnya daripada isterinya diambil
Minangkabau, diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Yam
Tuan Muda itu mengamuk menyerbukan diri
Bagi merendah-rendahkan lagi pihak Raja Kecil dan Minangkabu, Raja Ali Haji
menambah lagi iaitu:
Syahdan, itulah kata Raja Kecil, Hai sayangnya Isteri Yag Dipertua Muda itu dibunuh,
jikalau tiada dibunuhnya aku ambil, aku buat bini kerana termasyhur isteri Raja Muda
itu baik rupanya, tiadalah bandingnya di dalam Johor ini..
e) Raja Kecil Memperolehi semula Isterinyaa, Tengku Kamariah.
Manakala dalam episod ini, Raja Ali Haji terus memberi gambaran yang buruk kepad
pihak musuh Opu Bugis iaitu Raja Kecil. Dalam peristiwa ini, Raja Ali Haji telah mengunakan
hujah keingkaran Raja Kecil terhadap perjanjian yang dibuatnya dengan Sultan Sulaiman unutk
menjatuhkan Raja Kecil. Dengan cara ini, Raja Ali Haji telah dapat memberi sesuatu yang baik
kepada keturunannya. Maka berkata Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis selepas peristiwa Raja
Kecil meningkari perjanjian tersebut:
Maka raja Kecil pun sudah berubah akalnya maka apabilaSudah hilang Tengku
Kamariah itu, maka Raja Kecil pun selalunya gila sekali, lalu ia tidur di kubur isterinya
Maka Raja Kecil pun jatuhlah sakit sangat di dalam gilanya itu, Maka tiada berapa
lamanya mangkatlah, innalilahi wa inna ilahi rajiun.
f) Peperangan Antara Minagkabau dengan Bugis di Kedah dan kemangkatan Daeng
Parani.



Semantara dalam episod ini, kita dapati Raja Ali Haji telah menafikan kemangkatan
Daeng Parani bukannya dibedil oleh Raja Kecil. Sebaliknya beliau mengatakan kemangkatan
Daeng Parani dengan takdir Allah Taala serta sampai janjinya. Sebenarnya, tujuan Raja
Ali Haji berbuat sedemikian adalah untuk menunjukan kehandalan Opu Bugis Lima Bersaudara
khususnya dan kerabat Bugis, umumnya yang tidak dapat dikalahkan oleh Raja Kecil melainkan
bukan takdir Allah. Raja Ali Haji dalam episod tersebut mengatakan :
.maka dengan takdir Allah Taala serta dengan sudah sampai janjinya, maka Opu Dahing
Parani pun kenalah peluruh meriam tentang dadanya. Maka iapun mangkatlah
Justeru itu, merujuk petikan di atas, ia menunjukkan kepada kita bahawa Raja Ali Haji
dengan sedaya upaya memberi gambaran yang baik kepada Bugis bagi memenuhi motif
pengarangan teks ini iaitu bagi memertabatkan keduduakn Bugis walaupun peristiwa tersebut
tidak berpihak kepada Bugis.
Dalam pada itu, Raja Ali Haji bukan sahaja menunjukkan bais atau cenderung kepada
keluarga Bugis dalam mengolah atau mengarang teks ini, bahkan kita juga dapati Beliau juga
didapati mengambil sikap yang sama dalam memberi pentafsiran kepada sumber yang
diperolehinya. Misalnya penggunaan sumber dari Siak (sirah dari Siak)

Anda mungkin juga menyukai