Anda di halaman 1dari 36

Tuhfat Al-

Nafis
Oleh ;
Hifzhan Hidayat
Pengenalan
1. Tuhfat al Nafis merupakan sebuah karya Raja Ali Haji yang menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka,
Johor dan juga Riau.

2. Raja Ali Haji menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penjajahan dan penaklukan yang
mengandungi bayak siri peperangan antara Raja Melayu dan Raja Bugis.

3. Buku tersebut adalah hasil daripada catatan Raja Haji Ahmad, iaitu ayahanda kepada Raja Ali Haji, setelah Raja Haji
Ahmad wafat maka tugas penulisan disambung oleh Raja Ali Haji.

4. Tuhfat Al Nafis banyak menyelitkan unsur sejarah yang mencatatkan peristiwa dan pentarikhan yang tepat.

5. Gaya kepengarangan beliau yang lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis kepada beliau
sendiri berketurunan Bugis.

6. Bahkan setiap bab, Raja Ali Haji memperincikan secara mendalam tentang hubungan kerabat dan peristiwa yang
mengangkat orang Bugis sebagai pemerintah Johor yang meluaskan kuasa pemerintahan melalui pengembaraan,
pelayaran dan peperangan bersiri.
Isi Kandungan

Nilai, budaya &


01. pegangan hidup 03. Pemikiran dalam
Tuhfat Al- Nafis Tuhfat Al- Nafis

Karya dalam
02. Tuhfat Al- Nafis 04. Kesimpulan
NILAI
01
BUDAYA DAN
PEGANGAN
HIDUP
DALAM
TUHFAT AL-
NAFIS.
K O N S E P N I L A I B U D AYA
(nilai)
Kamus Dewan Edisi Keempat :
- nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf.

Md Rashid Md Idris et.al (2014)


- nilai diistilahkan sebagai ‘al qimah’ dalam bahasa Arab yang merujuk
kepada harga yang ditetapkan pada sesuatu.

Ketinggin nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam sendiri


memberikan pengaruh yang besar terhadap akal budi Melayu sehingga
hari ini.
K O N S E P N I L A I B U D AYA
(budaya)
Md Rashid Md Idris et.al :
- konsep budaya adalah elemen yang membezakan manusia daripada hidupan lain.

Budayyah merupakan bahasa Sanskrit yang membawa makna budaya yang bererti budi
pekerti atau akal. Khususnya, hal tersebut berkaitan dengan budi dan akal yang dimiliki
oleh manusia.

Budaya = culture dalam bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, konsep nilai budaya sebagai keseluruhan nilai tentang cara


hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan
kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan kelompok masyarakat.
BUDAYA MENGEMBARA ATAU
MERANTAU

Menghormati orang
Meraikan tetamu.
tua
Ini merupakan satu nilai yang penting dalam
Ditunjukkan oleh Opu Dahing Parani semasa baginda masyarakat Melayu. mengikut ajaran Islam, tetamu
pulang ke Siantan untuk melawat anak-anak baginda. hendaklah dilindungi dan dilayan sebaik mungkin. Ini
Baginda meminta izin dan perkenan ayahanda mentua ditunjukkan oleh Sultan Abdul Jalil yang
baginda terlebih dahulu. Setelah mendapat perkenan, menghormati tetamu baginda, Tuan Bujang dan
baginda bersiap-siap segala alatan perang untuk berangkat. Sultan Lambayang di Johor. Baginda mengadakan
Opu Dahing sangat menghormati orang tua apabila baginda keraian seperti adat istiadat raja-raja untuk mereka
mengutamakan pandangan dan menghormati keputusan dengan jamuan makan dan minum. Baginda
Sultan Abdul Jalil, ayah mertua baginda sebelum meraikan tetamu dengan meriah dan menghormati
melaksanakan apa-apa perintah kepada rakyat. mereka.
BUDAYA ADAT RESAM
( B E R P E G A N G T E G U H K E PA D A
A D AT R E S A M )

Masyarakat Melayu sangat berpegang teguh kepada adat istiadat


ataupun adat resam. Orang Melayu amat menjaga adat resam
termasuk pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan
diamalkan seperti warna kuning adalah warna diraja.

Sultan Muhammad Syah merupakan raja Melayu yang pertama


meletakkan adat Melayu seperti warna kuning untuk warna diraja,
rakyat dilarang memakai warna kuning, larangan membuat rumah di
kawasan peranginan, balairung dan berpelantaran sepertimana istana
raja. Larangan lain ialah seperti rakyat dilarang bergelang kaki emas
keroncong kepala perak meskipun orang kaya yang memilikinya
melainkan ia anugerah raja kepada rakyat.
BUDAYA ORANG MELAYU DAN
KERIS
Dalam Tuhfat Al-Nafis juga menonjolkan falsafah orang Melayu
terhadap keris. Bagi masyarakat Bugis, keris mempunyai pengaruh
yang besar terhadap budaya masyarakat Melayu. pengaruhnya meluas
dari Selatan Sulawesi hingga ke Semenanjung Malaysia, Selatan
Sumatera dan Kepualauan Riau-Lingga terutamanya daripada segi reka
bentuk sampir dan hulu keris.

Keris Bugis ditempa pada umunya berfalsafahkan untuk mempertahankan


diri dan pertikaman. Oleh itu, bilah keris yang ditempa lebih tebal dan
berat bagi mendapatkan kekuatan dan kekukuhan.
BUDAYA BERDAGANG DAN ISLAM

Utamakan akidah
Berdikari.
Islam.
Nilai berdikari dapat dilihat melalui petikan tentang orang
Nilai Islam menjadi asas keoada tamadun Melayu.
Bugis yang mencari rezeki dengan menangkap ikan. Ia
nilai ini meletakkan kehendak dan kewajipan agama
merupakan pekerjaan yang halal untuk menjamin
sebagai hal yang lebih utama, iaitu tuntutan kepada
kelangsungan hidup. Dengan menangkap ikan, orang
perintah Allah mengatasi segalanya.
Melayu ketika itu tidak melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
Hal ini dapat digambarkan menerusi petikan di atas
apabila pedagang dari Jeddah menunaikan solat di
tepi pantai berhampiran pelabuhan sebelum
menjalankan jual beli di pelabuhan itu.
K O N S E P PA N D A N G A N H I D U P

Syed Naquib Al-Attas :


- pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal
dunia dan akhirat. Tujuannya adalah untuk menanggapi sesuatu berkaitan
Tuhan, manusia dan alam.

Orang Melayu dahulu menghasilkan idea berdasarkan sumber alam dan


menyelitkan pemikiran Islam berasaskan Al Quran dan as Sunnah.
PANDANGAN HIDUP TERHADAP
ISLAM
- Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan
perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi. Syed Muhammad Naquib
Al Attas (1972) menyatakan bahawa pandangan hidup mestilah bersumberkan
Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.

- Raja digambarkan sebagai golongan pertama yang memeluk Islam. Raja Kecil
Besar adalah Raja Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan
digambarkan mendapat hidayah ketika tidur dan apabila bangun, baginda
mendapati zakarnya telah dikhatankan.

- Pandangan Islam turut dizahirkan dnegan keadilan. Corak pemerintahan ketika


itu menunjukkan pemerintahan yang adil dan tingkah laku yang baik yang
seharusnya dicontohi.
PANDANGAN HIDUP TERHADAP ADAT
ISTIADAT

- Adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesebuah


masyarakat sehingga menjadi kebiasaan dan hukum yang harus dipatuhi. Jika
ditinggalkan, adat istiadat akan pupus. Namun adat isitadat juga tertakluk kepada prinsip
perubahan melalui muafakat dan perundingan ataupun pengaruh dari luar.

- Antara adat yang ditonjolkan dalam karya ini ialah warna kuning warna diraja. Ini
menyebabkan barang siapa yang memakai warna kuning seperti raja, akan terkena tulah.
NILAI ILMU DALAM TUHFAT AL NAFIS
Kamus Dewan Edisi Keempat :
Nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf.

Mohd Rashid Md. Idris :


- Nilai = ‘al-qaimah’ dalam bahasa Arab yang merujuk kepada harga yang ditetapkan atau
diletakkan kepada sesuatu. Dapat disimpulkan bahawa nilai merujuk kepada sesuatu yang
mempunyai harga yang tinggi terhadap sesuatu perkara.

Kamus Dewan Edisi Keempat :


Ilmu merupakan pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir dan batin dll.

Mohd Rashid Md. Idris :


- Ilmu adalah hal berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada
orang lain dalam pelbagai bentuk maklumat.
ILMU KEAGAMAAN

- Dalam karya ini, ilmu keagamaan banyak ditonjolkan melalui


pengetahuan agama golongan pemerintah. Antaranya ialah
Raja Ahmad sudah mempelajari tentang ilmu agama Islam
secara mendalam sehingga mampu menunaikan haji dengan
baik.

- Para pemerintah zaman tersebut mempelajari ilmu agama


melalui pedagang-pedagang atau ulama yang datang untuk
berdagang.
ILMU PELAYARAN

- Cara untuk melayarkan kapal dari satu tempat ke satu tempat yang
lain dengan aman sebelum mengalami dunia pemodenan.

- Masyarakat Melayu ketika itu sangat arif tentang dunia pelayaran dan
mereka akan menyediakan segala kelengkapan yang cukup sebelum
memulakan pelayaran.

- Aktiviti perdagangan juga melalui proses pelayaran dan ia dibuktikan


dengan kewujudan pelabuhan-pelabuhan besar seperti di Johor ketika
itu. Umat Islam juga menunaikan haji menggunakan kapal ketika itu.
ILMU PEPERANGAN
- Ilmu ini sangat penting untuk meluaskan jajahan takluk seperti yang
dilakukan oleh Belanda, Portugis, Acheh dan sebagainya. Ilmu ini
merangkumi segala kelengkapan, strategi dan taktik sebelum
menghadapi peperangan.

- Antara strategi peperangan yang dilakukan pemerintah Johor ialah


memberikan bantuan kepada Belanda untuk menyingkirkan Portugis
di Melaka. Sebagai balasan, Belanda membuat perjanjian istimewa
dengan Johor dan memberikan perlindungan kepada Johor daripada
serangan Acheh.

- Ini membuktikan pemerintah pada abad tersebut sudah mempunyai


ilmu peperangan yang tinggi untuk menjamin keselamatan negara.
ILMU FIRASAT

- Ilmu firasat merupakan pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka,


badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.

- Dalam Tuhfat Al Nafis, ilmu ini diperolehi melalui mimpi. Sebagai contoh,
pengembaraan anak-anak Bugis ke Tanah Melayu adalah didorong oleh
firasat yang diperolehi daripada mimpi, mereka akan menjadi pemerintah
yang berpanjangan di negeri Johor dan Riau.
NILAI ILMU PERDAGANGAN
- Perdagangan merujuk kepada perihal berdagang, urusan berniaga,
perniagaan biasanya antara negara-negara.

- Dalam karya ini, ia menunjukkan kepandaian golongan pemerintah


mengenai ilmu perdagangan. Pemerintah mengetahui strategi untuk
menjadikan negeri itu seabgai pusat perdagangan yang maju.

- Sebagai contoh, tanaman gambir mampu menjadi bahan mentah yang


sangat diperlukan dan laku dalam perdagangan. Hal ini membuktikan
bahawa golongan masyarakat pada masa itu sangat arif tentang ilmu
perdagangan.
02
Karya dalam
Tuhfat Al- Nafis
Nilai Estetik dalam Tuhfat Al- Nafis

 Sebagaimana karya agung yang lain,


Tuhfat Al-Nafis yang dikarang oleh Raja
Ali Haji juga mempunyai nilai estetiknya
yang tersendiri. Elemen ini boleh dilihat
dari beberapa sisi seperti, seni agama
dan seni bahasa. Aspek-aspek ini
bersifat subjektif dari aspek
penghayatan individu yang berbeza.
Nilai Estetik dalam Tuhfat Al- Nafis

Seni Agama Seni Bahasa


• Raja Ali Haji turut menyelitkan puisi tradisional dalam
• Dalam membawa keberlangsungan karya sejarah yang dipunyai
Tuhfat Al-Nafis bagi menggarap pelbagai warna
oleh Raja Ali Haji, beliau tidak sekadar mengetengahkan satu
sepanjang pengamatan pembaca. Puisi tradisional ini
elemen fakta yang bersifat satu cakupan informasi lampau
bukan sekadar memberikan keindahan dari sudut
semata tetapi beliau turut sama secara tidak langsung membawa
sastera tetapi turut mempunyai perkaitaanya tersendiri
sentimen keindahan agama secara halus. Sudut pandangan ini
dengan cerita dan nasihat yang ingin disampaikan.
memperlihatkan bahawa warna seni sastera yang dilakukan oleh
Antara pantun. Penggunaan pantun ini secara tidak
Raja Ali Haji ini mempunyai teknik dan gaya yang pelbagai. Sisian
langsung membuatkan pengamatan pembaca
keindahan agama yang disertakan oleh Raja Ali Haji ini
terhadap karya yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji itu
mempamerkan bahawa wujud pendedahan secara awal terhadap
lebih pelbagai. Pemikiran dan keindahan itu tidak
agama Islam pada zaman tersebut. Malah ia menunjukkan magis
terikat sekadar penglibatan satu sisi kefokusan semata
sentimen agama yang berkepentingan tidak kira dimana pun
tetapi turut sama melibatkan elemen-elemen lain.
seseorang individu itu berada. Nilai tersebut secara tidak
Elemen bahasa bukan sekadar diselitkan Raja Ali Haji
langsung membawa penghayatan pembaca terhadap sejarah ini
dalam aspek sastera pantun tetapi juga dari aspek
kembali kepada lahiriah dan rohaniah manusia yakni kembali
retorik.
kepada Tuhan.
Konsep Kepengarangan
 Dalam dunia sastera tidak kira sastera yang
bersifat moden ataupun bersifat tradisional,
estetik dan kepengarangan merupakan dua
aspek penting dan berjalan seiring bagi
mempengaruhi kedudukan sesebuah teks
dan juga seseorang sasterawan.Secara
harafiahnya kepengarangan bermaksud
penulisan terhadap sesuatu karya. Jika
dicungkil maksudnya dengan lebih
mendalam, kepengarangan merujuk kepada
keterampilan, kecerdikan dan kearifan
seseorang pengarang dalam berkarya.
Gaya Penulisan Berunsurkan Keislaman
 Raja Ali Haji merupakan seorang pengarang yang tidak asing lagi dalam
dunia sastera. Karya yang dihasilkan oleh beliau selalunya berteraskan
dan berusurkan agama islam. Perkara ini dapat dilihat melalui karya
terunggul beliau seperti Bustan Al-Katibin, Kitab Pengetahuan Bahasa
dan juga karya Tuhfat Alnafis. Unsur keislaman ini sangat terpancar
dalam karya tuhfat al-nafis . beliau menyentuh unsur keislaman
terutamanya kepada golongan pemerintah. Aspek keislaman yang
digunakan dalam karya tuhfat al-nafis adalah disebabkan latar belakang
Raja Ali haji yang sangat dekat dengan Agama Islam. Beliau terkenal
sebagai seorang yang alim serta mempunyai pengetahuan luas
berkenaan dengan dunia keislaman. Oleh sebab inilah tuhfat al-nafis
boleh dikatakan sebagai suatu karya yang dihasilkan berdasarkan
pengalaman realitinya pada masa dahulu. Sebagai contoh, jika diteliti
keseluruhan cerita Tuhfat al-Nafis, beliau banyak menyelitkan unsur
keislaman dalam sesebuah karya terutamanya dalam penggunaan kosa
kata bahasa arab yang diselitkan dalam naratifnya. Antara bukti utama
bahawa beliau banyak memasukkan unsur islam terutama dalam aspek
kosa kata arab ialah melalui perkataan terawal yang digunakan iaitu
perkataan bismillahir-rahmanir-rahim.Perkataan ini jelas menunjukkan
bahawa kalimah bismillah merupakn kalimah yang sangat dekat dengan
orang islam.
Teknik Naratif

 Boleh dikatakan penulisan Raja Ali Haji dalam karya Tuhfat Al-Nafis yang
terdorong menggunakan unsur naratif.  Beliau lebih menggunakan teknik
naratif dalam penulisannya kali ini mungkin disebabkan oleh pengalaman
yang dimiliki oleh beliau. Oleh sebab itulah karya penulisannya lebih bersifat
penceritaan raja-raja dari satu generasi ke generasi yang lain. Teknik ini dapat
dilihat melalui mukadimah pertama yang ditulis oleh beliau:

“Bi-smillahir-rahmanir-rahim. Maka pada ketika di dalam Hijrah al-Nabi salla


Allahu’alaihi wasallam seribu dua ratus delapan puluh dua tahun pada tiga
haribulan syaaban yang maha besar dan berbangkitlah hatiku bahawa
memperbuat kitab ini yang disimpan dan didalamnya menyatakan salahsilah dan
perjalanan dan tawarikh dan segala khabar-khabar dari kisah Raja-raja
Mealayu serta Bugis dan kepada Segala anak-anak mereka itu.”  
  (Tuhfat Al-Nafis, 1982:1)
Unsur Mitos

Jika ditinjau semua karya-karya tradisional, pengarang tidak pernah ketinggalan untuk menyelitkan
unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Begitu jugalah dengan Raja Ali Haji, beliau juga tidak terkecuali
menyelitkan unsur mitos dalam penulisannya walaupun unsur mitos yang digunakan tidak keterlaluan.
Penggunaan unsur mitos ini kadangkala merupakan gaya yang digunakan oleh pengarang untuk
menarik minat pembaca mendekati dengan lebih dekat naratif yang dibaca. Bukan itu sahaja,
penggunaan mitos yang digunakan oleh pengarang bertujuan untuk menunjukkan kuasa atau darjat
yang dimiliki oleh seseorang. Begitu juga halnya dengan karya Tuhfat Al-nafis, Raja Ali Haji
menggunakan unsur mitos untuk menonjolkan darjat yang dimiliki oleh seseorang raja atau pemerintah.
Contoh petikan yang menunjukkan penggunaan unsur mitos ialah:

Syahadan apabila mangkatlah Raja BesarMuda itu maka menggantikan puteranya yang bernama Raja Tengah.
Syahadan apabila mangkatlah Raja Tengah itu maka menggantikan kerajaannya puteranya yang bernama Raja
Kecil Besar. Syahadan kata sahibul hikayat inilah raja yang adil lagi saksama pada zaman itu, danialah Raja
Melayu yang mula-mula masuk ugama Islam, yang bermimpikan berjumpa hadrat Nabi kita Muhammad
sallaAllahu ‘alaihiwasallam, yang diajar oleh Rasulullah sallaAllahu ‘alaihiwasallam, dengan mengucap dua
kalimat syahadat, iaitu: asyhadu al la ilahailla’llahu, waasyhaduanna Muhammadan Rasulu’llahi: serta
terkejut daripada tidurnya, dilihatnya zakarnya sudah terkhatan.”
   (Tuhfat Al-Nafis, 1982 :5)
Teknik Dialog
Walaupun boleh dikatakan teknik kepengarangan yang
digunakan oleh Raja Ali Haji dalam karya unggulnya iaitu
Tuhfat Al-Nafis banyak menyelitkan teknik naratif, beliau juga
tidak ketinggalakn untuk mempelbagaikan corak
penulisannya dengan memasukkan unsur-unsur lain karya ini.
contohnya teknik dialog. Berdasarkan analisis yang dibuat,
Raja Ali Haji turut memasukkan beberapa rangkap dialog bagi
memperkayakan jalan ceritanya. Contoh rangkap dialog yang
digunakan ialah:

“Syahdan apabila sudah berbayarlah hutang-hutang itu maka


Yang Dipertuan Muda pun bertitah dengan air matanya, Cih!
Orang kaya apa boleh buat? Sudah jadi darah daging busuk
hanyir pun apalah yang hendak dikata lagi? Jikalau sekira-
kiranya tidak inilah ketikanya, saya mehlai-balaikan negeri riau
ini. Cis ! sampai hatinya memperbuat saya semua anak-anak
Bugis sekalian sudah begini pula jadinya,”
 (Tuhfat Al-Nafis, 1982:158)
03
Pemikiran
Dalam Tuhfat
Al- Nafis
Pemikiran dalam Tuhfat Al- Nafis
- Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan oleh
pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan
signifikan. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri memilih bahan,
mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej, mutiara dan
permata karya.

- Tiga Jenis Pemikiran Dalam Tuhfat Al-Nafis

1. Pemikiran bersifat Pro-Bugis


2. Pemikiran cenderung untuk meletakkan objektif sejarah
3. Pemikiran masyarakat Bugis yang berfikiran oportunis kepada peluang
Pemikiran Bersifat Pro- Bugis
- Antara pemikiran Raja Ali Haji yang dilihat bersifat pro-bugis dalam penulisannya dalam Tuhfat al-Nafis
termasuklah apabila beliau mendakwa bahawa Hang Tuah yang merupakan seorang panglima dalam zaman
Kesultanan Melayu Melaka itu adalah merupakan seorang yang berketurunan Bugis.

- Selain itu, Raja Ali Haji juga dilihat mengangkat darjat suku Bugis dengan menyatakan bahawa orang-orang
Bugis adalah merupakan keturunan baginda Nabi Muhammad S.A.W.

- Pengarang Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum
Minangkabau.

- Tuhfat al-Nafis juga menyentuh mengenai pemakaian raja-raja dan masyarakat Melayu pada zaman
kesultanan Melayu.
Pengarang membuat penelitian mengenai falsafah pemakaian dalam karya Tuhfat al-Nafis.

Contohnya jenis pemakaian Diraja yang terdapat dalam karya:


Syahadan baginda Sultan Muhammad Syah inilah raja Melayu mula-mula meletakkan adat Melayu seperti
kekuningan yang tertentu kepada raja jua; melainkan kekuningan itu jika diambilkan baju dan kain dan destar, maka
(yang) (tiga) perkara itu boleh”
(Tuhfat al-Nafis, 1998: 8)
Pemikiran Cenderung Meletakkan Objektif Sejarah

- Pemikiran Raja Ali Haji dalam mengarang Tuhfat al-Nafis lebih cenderung
untuk meletakkan objektif sejarah ketika menulis.

- Walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang bersifat pro-bugis, namun


penulisannya masih lagi menggunakan sumber-sumber luar dalam
menguatkan hasil penulisannya.

- Antara sumber luar yang menjadi rujukan Raja Ali Haji termasuklah
sumber dari Terengganu, Siak, Selangor dan Pontianak.

- Selain itu, sumber dalaman yang digunakan oleh Raja Ali Haji
termasuklah catatan-catatan yang sedia ada dalam istana Riau serta hikayat-
hikayat Bugis dari Sulawesi dan Makassar.
Pemikiran Cenderung Meletakkan Objektif Sejarah

- Walaupun Tuhfat al-Nafis adalah sebuah karya sejarah, unsur-unsur metos, dongeng dan
lagenda masih mempengaruhi karya ini.

- Namun, unsur metos yang terkandung dalam karya ini tidak banyak kerana Raja Ali Haji
lebih mementingkan kebenaran daripada kepalsuan.

- Pada bahagian awal karya ini, Raja Ali Haji telah menceritakan kelebihan, kehebatan dan
keajaiban yang berlaku mengenai kelahiran atau asal usul keturunan raja-raja.

- Karya Tuhfat al-Nafis ini juga ada mengisahkan kisah Daeng Celak bermimpi. Mimpi itu
kononnya menjadi satu petanda dan ramalan penguasaan dan kebesaran yang akan dicapai
oleh keluarga Bugis lima bersaudara di alam Melayu.

- Penulisan Raja Ali Haji juga boleh dijadikan manifestasi corak pemikiran masyarakat pada
zaman itu yang sememangnya memandang raja sebagai manusia yang mempunyai kelebihan.
Pemikiran Cenderung Meletakkan Objektif Sejarah

- Pemikiran Raja Ali Haji dalam penulisannya adalah berbeza dengan penulisan hikayat-
hikayat sebelumnya.

- Walaupun tujuan penulisan Tuhfat al-Nafis masih berkisar pada salasilah raja-raja Melayu
dan Bugis, namun penulisannya menggambarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang
ditulis dengan lebih memberikan tumpuan kerana sebab musabab suatu peristiwa itu berlaku.

- Selain itu, bagi memastikan penulisan beliau dianggap benar dan tepat, Raja Ali Haji juga
dilihat cuba meletakkan penggunaan tarikh dalam peristiwa yang dicatatkan dalam karyanya itu.
Pemikiran Masyarakat Bugis yang Berfikiran Oportunis kepada Peluang

- Berdasarkan peristiwa yang telah dicatatkan oleh Raja Ali Haji dalam penulisannya,
pemikiran masyarakat Bugis dilihat sebagai seorang yang berfikiran oportunis kepada peluang dan
keadaan yang ada dalam pelbagai peristiwa.

- Masyarakat Bugis dalam penghijrahan mereka keluar dari Makassar dalam kisah Daeng
Lima Bersaudara telah menunjukkan bagaimana mereka mampu untuk mengambil kesempatan ke
atas pertikaian yang berlaku antara Sultan Bendahara Tun Abdul Jalil dan Raja Kechil dari Siak
yang cuba untuk merebut takhta kerajaan Johor-Riau.

- Disebabkan kepintaran Daeng Merewah lima bersaudara, akhirnya mereka berjaya


mendapatkan kuasa politik dalam istana Johor dengan memegang jawatan Yamtuan Muda. Raja
Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis turut menjelaskan bagaimana berkuasanya Yamtuan Muda dalam
istana Johor pada ketika itu. Menurutnya dalam karya Tuhfat al-Nafis:
“Yamtuan Besar (Sultan) menjadi seperti perempuan sahaja; jika diberi makan baharu
makan ia; Yamtuan Muda menjadi seperti laki-laki; dan jika datang satu-satu hal atau apa
jua bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda”.
Kesimpulan
1. 3.
Buku Tuhfat Al-Nafis adalah karya yang bersifat hitoriografi Raja Ali Haji boleh dikatakan sebagai seorang
yang memaparkan sejarah kerajaan bugis yang terdapat tokoh karya agung yang telah banyak berjasa
di Johor. Pengarang yang merupakan orang bugis dilihat kepada dunia penulisan. Beliau telah menulis
sangat bias dalam penulisannya, sehingga semua benda banyak karya dalam pelbagai bidang seperti
yang ada di alam Melayu ini ingin dikatakan berasal bidang keagamaan, kesusasteraan, bahasa,
daripada Bugis. Sejarah dan ketatanegaraan.

2. 4.
Sebagai kesimpulannya, karya yang telah dihasilkan
Namun begitu, di dalam karya ini ditonjolkan nilai, oleh Raja Ali Haji adalah berasaskan ilmu pengetahuan
nilai budaya, pandangan hidup dan suasana yang diperoleh sejak kecil. Kitab-kitab beliau sangat
masyarakat pada ketika itu. Namun begitu, nilai-nilai sesuai dijadikan panduan dan iktibar oleh masyarakat
dan pandangan hidup tersebut tidaklah dinyatakan masa ini dalam menjalani kehidupan seharian.
dengan jelas, melainkan perlu satu pengkajian untuk Diharapkan agar semua karya Raja Ali Haji yang bagus
mengenal pasti hal-hal tersebut. seperti ini dipelihara dan boleh dijadikan bahan rujukan
kepada generasi akan datang.
Rujukan
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rashid Md Idris, (2011). Nilai Melayu dalam Pantun. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Rashid Md Idris dan rakan-rakan (2014). Karya Agung Melayu. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidkan
Sultan Idris.

Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji, (1997). Tuhfat Al-Nafis. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas, (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Virginia Matheson, (1982). Tuhfat Al-Nafis Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Virginia Matheson, (1991). Tuhafat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai