Anda di halaman 1dari 4

TITAS TOPIK 4 : ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU DAN PERANANNYA DALAM

PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

1.0 Teori kedatangan Islam ke Alam Melayu

 Terdapat 3 teori kedatangan Islam ke tanah Melayu iaitu dari arab, cina dan India

1. Arab

 Maharaja Derbar Raja II, raja kedah telahpun diislamkan oleh Sheikh Abdullah bin
Sheikh Ahmad al-Qaumiri al-Yamani
 Terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama “Tashih”
 Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada
abab ke 7 masihi
 Hubungan perdagangan antara tanah melayu dengan arab sudah lama terjalin
 Pedang-pedagang Islam yang tertumpu di Yaman turut menjalankan aktiviti
pedagangan dengan Asia Tenggara terutama untuk mendapatkan barangan seperti
kapur barus, kemenyan dan sebagainya.

2. India

 Para sarjana seperti SQ Fatimi, Morison Harison, RA Kern dan Snouck Hurgronje
berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam
penyebaran Islam malalui perdagangan.
 Ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diri dan
mendapatkan perlindungan di India dan juga di Alam Melayu
 Masyarakat nusantara memandang India bagi mendapatkan khidmat penasihat dan
bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan.

Bukti

 Penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297
Masihi
 Didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu
niasan di kedua-dua tempat
3. China

 Zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun650 Masihi


 Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke Nusantara dari China
melalui Canton dan Hainan pada kurun ke 9 Masihi
 Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang
menyebabkan seramai 100 000 orang asing terbunuh
 Ramai orang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang

Bukti

 Hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China yang dikatakan tela
berlau sejak sebelum kelahiran Agama Islam
 Pedagang antara arab dengan China secara tidak langsung mewujudkan hubungan
antara China dengan kepulauan Melayu.

2.0 Kesan dan Pengaruh Islam dalam tamadun Melayu

1. Sikap mementingkan ilmu –berkembangnya pendidian dan institusi pendidikan formal

2. Sistem pemerintahan Islam- Institusi kesultanan

3. Institusi ekonomi – Baitulmal

4. Kesenian Islam – seni khat, seni bina dan seni ukir masyarakat

5. Perniagaan mempunyai unsur halal

6. Amalan riba, penipuan dan penindasan dilarang

7. Lahir semangat jihad untuk menentang penjajah

8. Mutu Bahasa dan kesusasteraan Melayu ditingkatkan – tulisan jawi

9. Cara hidup dan budaya Islam diasimilasikan ke dalam masyarakat Asia Tenggara

10. Undang-undang Islam menggantikan undang-undang adat


3.0 PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang terbesar dalam menyumbang ke arah


kelangsungan tamadun Malaysia. Peranannya dapat dilihat dalam Pembinaan Negara
Bangsa, Pandangan Semesta Melayu Islam, Peranan Islam Sebagai Agama Rasmi dan
Peradaban dan Budaya Melayu.

Perbinaan Negara Bangsa

Negara adalah suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh
sebuah kerajaan. Bangsa pula merujuk kepada kumpulan manusia dalam satu ikatan
negara. Negara bangsa pula merupakan masyarakat pelbagai etnik, agama dan budaya
mengamalkan sikap persefahaman dan toleransi dalam suasana yang harmoni. Orang
Melayu perlu mengambilkira peranan penting kaum-kaum lain. Bahasa Melayu harus terus
menjadi wahana budaya dan sebagai penyalur kebudayaan kebangsaan Malaysia.

Pandangan Semesta Melayu Islam

Tamadun Melayu adalah pemangkin kepada pembentukan pandangan semesta Malaysia


berasaskan ajaran Islam. Tamadun Melayu Islam pada asasnya telah dibina di atas enam
dasar pandangan semesta iaitu Islam Agama Wahyu, Allah Sebagai Pencipta, Konsep
Pembalasan, Mementingkan Nilai, Konsep Kesederhanaan dan Konsep Akauntabiliti.

Peranan Islam Sebagai Agama Rasmi

Agama Islam dan adat Melayu penting dalam kelangsungan tamadun Melayu sebagai asas
Tamadun Malaysia. Sejarah membuktikan bahawa Islam telah diisytiharkan sebagai agama
rasmi di Melaka dan mampu membina sebuah institute, undang-undang dan jawatan
pentadbiran. Islam mengatur segala aspek kehidupan manusia aspek-aspek seperti
kepercayaan, peribadatan, pembentukan akhlak, mualamat dan munakahat. Islam bukan
sahaja menjadi unsur dalam takrifan Melayu malah juga menjadi agama Persekutuan.
Termaktub dalam Fasal 3 Perlembanganan Persekutuan bahawa Islam adalah agama
Persekutuan dan setiap raja atau sultan adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam
Persekutuan. Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain bebas
diamalkan oleh orang-orang bukan Melayu dan bukan Islam dalam Persekutuan.

Peradaban dan Budaya Melayu

Peranan budaya Melayu amat penting dalam usaha kelangsungan tamadun Malaysia.
Budaya dan peradaban Melayu pemangkin kepada tamadun Malaysia jika mengamalkan
ciri-ciri seperti Masyarakat yang Berilmu, Kekuatan Ekonomi dan Pengurusan Harta,
Masyarakat Penyayang dan Toleransi.

Anda mungkin juga menyukai