Anda di halaman 1dari 2

Wiwin merupakan seorang murid MBK penglihatan yang belajar di kelas inklusif.

Kelas
inklusif Wiwin terletak di tingkat 3. Dia menghadapi masalah menaiki dan menuruni
tangga kerana tidak begitu yakin disebabkan pernah tergelincir dan terjatuh ketika
menuruni anak tangga. Sebagai seorang guru pendidikan khas yang anda perlu
membantu Wiwin menaiki dan menuruni tangga dengan betul.
Kemukakan dengan jelas teknik menaiki dan menuruni anak tangga menggunakan
tongkat untuk seorang murid MBK penglihatan dan berikan tujuan teknik tersebut
digunakan.
Jawapan:

Sebagai guru pendidikan khas, guru mestilah merancang terlebih dahulu


beberapa perancangan sebelum pelaksanaan dilaksanakan. Perancangan perlu
difikirkan untuk menentukan teknik yang sesuai untuk murid tersebut gunakan semasa
menaiki dan menuruni tangga dengan selamat. Jika tiada perancangan yang sesuai,
teknik yang digunakan murid juga akan salah mengakibatkan murid tersebut akan
trauma apabila berjumpa dengan tangga. Oleh itu, perancangan penting untuk
memikirkan teknik yang sesuai bagi murid turun dan naik tangga dengan betul. Oleh itu,
terdapat beberapa teknik dan cara menaiki dan menuruni tangga dengan betul
menggunakan tongkat putih. Teknik yang telah digunakan juga mempunyai fungsinya
masing-masing bagi membantu murid menaiki dan menuruni tangga dengan baik.
Antara teknik yang boleh digunakan untuk menaiki dan menuruni tangga adalah
teknik pencil drop. Teknik pencil drop merupakan teknik khas yang digunakan oleh
individu masalah penglihatan untuk menaiki tangga. Pencil drop dimulakan dengan
pegangan pencil grip dan tongkat berada dalam keadaan 90 darjah tegak untuk
mengukur ketinggian anak tangga. Setelah naik anak tangga pertama, kira setiap anak
tangga yang telah dinaikinya untuk memudahkan murid mengetahui bilangan anak
tangga. Selain itu, teknik yang boleh digunakan murid untuk menaiki dan menuruni
tangga adalah teknik clearing. Teknik ini digunakan untuk mengesan halangan di
hadapan individu masalah penglihatan. Dalam situasi ini murid dapat gunakan teknik ini
bagi mengenalpasti kedudukan tangga semasa menaiki dan juga mengesan lantai
apabila selesai menaiki tangga. Jelas diketahui bahawa teknik ini mempunyai fungsi
untuk mengesan anak tangga bagi meyakinkan murid untuk memijak lantai apabila
selesai menaiki anak tangga. Oleh itu, murid tidak akan teragak-agak semasa menaiki
dan menuruni anak tangga.
Untuk menuruni anak tangga pula, kedua-dua teknik ini masih boleh digunakan.
Namun terdapat lagi satu teknik yang sesuai digunakan untuk murid menuruni anak
tangga iaitu teknik diagonal ataupun dikenali sebagai teknik lintang. Teknik lintang
kebiasaanya digunakan untuk menelusuri jalan tegak dan menuruni tangga. Oleh itu,
murid juga boleh menggunakan teknik ini semasa menuruni tangga, setelah selesai
menuruni tangga menggunakan teknik diagonal, gunakan pula teknik clearing yang telah
dipelajari untuk mengesan kehadiran anak tangga jika ada dihadapannya. Dengan cara
iu, murid dapat menuruni anak tangga dengan selamat.
Secara kesimpulannya, murid dapat menaiki dan menuruni anak tangga dengan
selamat menggunakan teknik-teknik yang telah dijelaskan. Disamping itu, teknik-teknik
yang diajarkan tersebut adalah bersesuaian untuk mbk masalah penglihatan tersebut
yang mengalami masalah untuk menaiki dan menuruni tangga. Jadi dengan
perancangan dan pelaksanaan ini, murid dapat menaiki dan menuruni tangga dengan
yakin dan selamat.

Anda mungkin juga menyukai