Anda di halaman 1dari 3

Cara Mengajar Lompat Jauh: Bagi menjadi seorang jurulatih lompat jauh yang baik, seorang guru atau

jurulatih harus mengikut beberapa teknik dan butiran mengajar bagi membantu muri membuat lompatan yang jauh dengan teknik yang betul. Antara teknik dan butiran mengajar lompat jauh ialah: 1. Guru atau jurulatih haruslah mengarahkan murid melakukan larian menuju ke papan lonjak dengan cukup pantas dengan terkawal. 2. Setelah itu, guru atau jurulatih haruslah mengarahkan murid melonjak dengan kuat dan lutut kaki bebas diangkat tinggi ketika melonjak. 3. Bagi membantu murid membuat lonjakan yang baik, guru atau jurulatih boleh mengarahkan murid untuk mengayun kedua-dua belah tangan. 4. Sewaktu di peringkat layangan, guru atau jurulatih haruslah memastikan murid yang sedang melakukan lompatan memandang tepat ke hadapan. 5. Kedua-dua belah kaki mestilah dilunjurkan ke hadapan badan semasa murid bersedia untuk mendarat. 6. Sebagai langkah keselamatan, guru atau jurulatih haruslah mengarahkan murid menggerakkan badan ke hadapan supaya murid tidak jatuh ke belakang sewaktu mendarat. Gerakan ini dilakukan dengan menghayunkan tangan ke hadapan dan membengkokkan kaki semasa tumit murid mencecah ke tanah. Langkah-langkah dan cara mengajar sukan lompat jauh ini harus diaplikasikan oleh setiap guru atau jurulatih sukan lompat jauh agar murid yang dilatih dapat melakukan lompatan yang jauh dengan teknik yang betul.

Latihan Ansur Maju Lompat Jauh: Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, guru atau jurulatih haruslah menggalakkan murid mencuba beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak. Antara latihan ansur maju yang boleh dilaksanakan oleh guru atau jurulatih ialah: Latihan 1 Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan melepasi halangan bagi menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang lebih selesa digunakan untuk melonjak. Latihan 2 Berlari anak dan melangkah ke dalam kawasan mendarat. Aktiviti ini dibuat secara berulang-ulang. Tetapkan tanda permulaan larian. Tujuan latihan ini ialah untuk menumpukan perhatian murid kepada langkah larian yang sama. Latihan 3 Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Pelari atau murid tidak semestinya memijak papan lonjak. Latihan ini dilakukan berulang kali bagi membantu murid merasai keadaaan sebenar semasa melonjak ke atas. Murid hendaklah cuba melonjak seberapa tinggi yang boleh semasa melakukan latihan ini. Latihan 4 Gunakan tali sebagai halangan. Murid berlari dan melonjak. Semasa berada di udara, kaki bebas dibuka luas ke hadapan. Murid mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas dengan kaki du sebelah hadapan mencecah tanah dahulu. Latihan ini bertujuan memastikan pelompat dapat melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan semasa berada di fasa layangan. Latihan 5

Ulang latihan 4. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas supaya murid yang melakukan lompatan mendarat dengan kedua-dua belah kaki meluncur ke hadapan. Tujuan latihan ini ialah untuk memahirkan murid tentang cara mendarat yang betul. Latihan 6 Berlari pantas iaitu dalam lingkungan 11 hingga 13 langkah, melonjak dan mendarat. Gunakan dan sesuaikan tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merupakan latihan melompat jauh secara keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai