Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dan Syukur kepada Hadrat Ilahi atas limpah kurniaNYA memberikan
kesihatan kepada saya untuk terus berkarya demi memberi pendedahan kepada anak bangsa.
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad, para Itrah Ahli
Baitnya dan seluruh warisnya. Semoga kita semua beroleh manfaat....
Sedikit update dalam kesempatan yang sempit ini buat tatapan semua pembaca setia disini...

Bom Jangka!
*Baca artikel ini sebelum meneruskan pembacaan disini...
*Jangan baca jika kita tidak bersedia menerima sesuatu diluar jangkaan.
*Jangan lupa sampaikan kepada keluarga terdekat kita tentang perkara ini. Talian hayat
terakhir kita.
1. Kenderaan rasmi POTUS iaitu The Beast telahpun tiba ke negara kita pada hari ini (24
April 2014).
2. Ia diiringi oleh beberapa rombongan bersama seperti sebuah Chopper, beberapa buah
kereta pengiring rasmi dan askar pengiring.
3. USS Kidd telah lama berlabuh di Pelabuhan Klang.
4. Tinggal lebih kurang 48 jam sahaja lagi dari sekarang sebelum US Air Force One tiba di
Subang membawa sekujur jasad bernama Obama atau lebih dikenali sebagai Obomba dan
saya suka memanggilnya Obomba. Lucu bila ada orang kata saya tak tahu mengeja nama
Obama. Sedangkan kalau kita sebut Obomba, orang-orang di Russia dan Iran sudah faham
apa maksud kita.
5. Obomba sudah rasmi mahu datang ke Malaysia pada 26 April 2014 ini. Tak lama lagi,
Malaysia akan menjadi sebuah bom jangka.
6. Obomba sudah pun mengkomfemkan dirinya untuk masuk ke Universiti Malaya pada
tarikh 27 April 2014 dan ke MAGIC pada hari yang sama di Cyberjaya. Di UM, Obomba
akan merasmikan satu dana pemuda a.k.a Youth. Pada 26 April 2014 akan berlangsungnya
makan malam rasmi bersama Raja-raja di Istana Negara. Dif-dif kehormat akan tiba di sana
dan dikawal rapi. Pada siang harinya 27 April 2014, Obomba akan ke Masjid Negara untuk
bertemu para Imam-imam masjid seluruh negara kita.
Persoalannya...... Obomba nak jumpa pak imam ni nak buat apa??? Cari Imam Mahdi
kaaaa???
7. Pada tarikh 26 hingga 28, saya sarankan kepada rakyat agar tidak keluar ke Kuala Lumpur
hinggalah ke Putrajaya. Kerana akan ada seal yang dibuat sepanjang hari tersebut meliputi

segi tiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang, Jalan Imbi, Bulatan Cheras dan beberapa lokasi
lagi sehingga ke Putrajaya dan Jalan Duta. Rujuk gambar di bahagian bawah atau klik sini
untuk pembacaan.
8. Oh ya, saya baru mendapat info, sebenarnya kepulauan Spratly telahpun dijual kepada
China. Harta khazanah dalam MH370 telahpun terkubur di lautan dalam. Kemungkinan amat
tinggi, bahawa MH370 tidak akan dinaikkan sekiranya perjanjian dengan US berjaya. Ini
kerana, MH370 akan merugikan pihak yang menaikkannya kelak sekiranya perjanjian
mereka berjaya. Namun sekiranya perjanjian antara US dan Malaysia gagal, maka barulah
MH370 dinaikkan demi kepentingan-kepentingan tertentu bagi mengugut kita.
9. Kesemua tuntutan Obomba dalam Trans Pacific Partnership telahpun dipersetujui pihak
Malaysia dan hanya menanti masa untuk ditandatangani oleh Dato Seri Najib. Berdoalah agar
perjanjian ini digagalkan...
10. Selain TPP, terdapat 8 perkara lagi yang dituntut oleh Obomba yang masih
disembunyikan oleh pihak kerajaan dan pihak US iaitu berkisar tentang sekuriti, militer dan
juga khazanah negara.
11. Ada banyak lokasi khazanah alam Melayu yang tersimpan kemas di atas muka bumi ini
Semenanjung ini.
12. Kesemua itu akan digunakan bagi dua tujuan. Bergantung kepada siapa yang
mengeluarkannya.
13. Sama ada tujuannya mahu menegakkan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAWAW atau
untuk menegakkan Islam palsu yang bakal dibawa Dajjal.
14. Dajjal akan datang dengan pakaian Islam. Dia akan menyamar sebagai pak Imam yang
akan diikuti ramai orang.
15. Sekarang, sejak kebelakangan ini ramai yang bercerita tentag Hudud.
16. Saya gusar sekiranya Dajjal datang membawa Hudud dan sistem Khilafah kelak. Betapa
ramainya umat Islam termasuk para Ulamak yang akan mengikutinya.
17. Semoga kita semua diberi peluang kelak untuk membuka mata tatkala fitnah Maha
Dahsyat itu telah tiba di negara kita.
18. Masanya dah tak lama. Lambat laun akan tiba. Masa di mana fitnah Dajjal yang terbesar
sampai ke tanah air kita. Mungkin dua tiga tahun lagi. Itupun setelah isu khazanah di alam
Nusantara ini selesai dan isu genocide di Syam berakhir.
19. Semua ini akan berlaku selaras dan seiiring dengan apa yang Rasulullah SAWAW pernah

sabdakan satu masa dahulu.


20. Akan bangkit Islam itu daripada arah Timur. Mereka akan diiringi oleh para pemuda yang
hati mereka bagaikan kepingan besi.
21. Kalau kita baca sekali faham dan sekali imbas, maka jika adanya kebangkitan Islam
daripada Timur berlaku dan berpaksikan pemuda, pasti kita akan ikut dan follow.
22. Tapi pernahkah kita terfikir? Bahawa, Dajjal itu akan datang dengan membawa
penipuan????? Dan Dajjal itu juga akan menipu kita selaras dengan apa yang Rasulullah
SAWAW sabdakan????
23. Pernahkah kita terfikir, kelak Dajjal juga akan datang dengan membawa Islam dari arah
Timur dan dia akan menggunakan Islam itu sendiri untuk menipu daya umat Islam????
24. Pernahkah kita terfikir, bahawa Dajjal itu sendiri adalah seorang manusia biasa yang
mana sangat cantik paras rupanya. Tidak seperti yang digambarkan di dalam Hadis, yakni
bermata buta sebelah kiri, berdahi tertulis Kaf Fa Ra, berbadan pendek, rambut kerinting dan
sebagainya....
25. Alangkah kepalangnya tatkala kita mendapati bahawa hakikat Dajjal itu tidak sama
dengan apa yang kita faham daripada Al-Hadis.
26. Kerana itulah, kita harus berpandukan dengan penjelasan daripada Itrah dalam apa jua
ilmu Islam agar kita tidak terkeluar daripada landasan ilmu yang telah digariskan oleh
Rasulullah SAWAW kepada kita melalui para Itrah Ahli Baitnya.
27. Akhir zaman ini ramai orang akan tercari-cari khazanah.
28. Mengenai khazanah akan saya bahaskan kelak dalam satu artikel yang akan ditulis pada
awal minggu hadapan InsyaALLAH.
29. Artikel itu akan membicarakan apakah kaitan para Itrah Ahlul Bait dengan khazanahkhazanah yang ada ini semua.
30. InsyaALLAH saya akan membahaskannya sedikit demi sedikit. Tetapi sebagai
permulaan, ada baiknya tuan-tuan puan-puan bacalah artikel ini dahulu sebagai pembukaan.
"Duka Sultan Tidak Bertakhta".
31. Artikel tersebut telah saya tulis pada tahun lalu ketika terjadinya tragedi Lahad Datu. Ini
semua berkisar perebutan takhta, kekuasaan dan harta. Begitu juga dengan tragedi hilangnya
MH370. Ia sama juga, berkisarkan harta. Yang menjadi mangsa, rakyat tidak bersalah.
32. Itulah apa yang telah Baginda Rasulullah SAWAW sabdakan sebagai Al-Wahn. Yakni

takutkan mati dan cintakan dunia.


33. Berbalik kepada topik asal artikel ini. Mengapa saya katakan bom jangka?
34. Kerana negara kita sudah sampai ke satu tahap di mana, anytime jika tersalah petik picu,
ia akan meletup dan hancur lebur.
35. Jika kita bijak memutuskan suis atau fius, maka selesai masalah. Namun ada halangan
lain sedang menanti.
36. Di dalam kerajaan kita telah lama berlaku ketirisan. Ketirisan demi ketirisan ini telah
menular sangat dalam. Asal ada dana masuk sahaja mau di paw nya.
37. Sejak bermulanya pemeritnahan Pak Lah, Malaysia telahpun secara rasminya memasuki
NWO yang diasaskan oleh Yahudi di US.
38. Ketika itu, banyak perubahan telah berlaku...
39. Bisnes antara Malaysia dan Isreal telah terjalin.
40. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas arahan burung helang.
41. Pak Lah telah membawa masuk lobi-lobi Isreal dan US.
42. Banyak lagi lah kalau nak diceritakan.... Macam sembang di kedai kopi. Macam tu lah
banyaknya.
43. Maka, Dato Seri Najib hanya sekadar meneruskan legasi yang ditinggalkan Pak Lah.
44. Apabila para pemimpin negara gagal memikul amanah dengan jujur dan baik, maka sudah
pasti akan ada bala menanti kita dipenghujungnya.
45. Takutlah dengan Janji ALLAH dan RasulNYA kepada kita semua.
46. Seperti contoh, khazanah di Pulau Nangka. Sudah ramai yang kecohkan tentang perkara
ini sejak pertengahan April 2014.
47. Sedangkan khazanah itu sebenarnya telahpun diketahui sejak bertahun lamanya.
48. Ada rakan-rakan saya sudah ke sana dan masuk sendiri melihat khazanah yang ada pada
2011 dan 2012.
49. Namun, mengapa hanya pada bulan ini baru mereka nak kecohkan kisah tentang
khazanah di Pulau Nangka??

50. Mana pergi cerita khazanah di Palekbang?? Siapa conquer??


51. Ini semua cerita disebalik cerita bagi mengelirukan orang ramai. Kita disuruh fokus
kepada Pulau Nangka atas beberapa sebab, sebaliknya kita lupa fokus lain.
52. Tujuan mereka menghebohkan mengenai Pulau Nangka adalah tak lain tak bukan, kerana
masih tercari-cari waris empunya harta intelek di Pulau Nangka.
53. Kepada yang masih mencari, kalau nak kenal boleh hubungi saya. Tapi sediakan
pengerasnya, wang Ringgit Malaysia sebanyak Dua Juta Lima Ratus Ribu Ringgit Sahaja.
54. Nanti saya beritahu siapa orangnya....
55. Oh ya, Obomba datang Tanah Melayu nak mintak apa selain TPP, 8 perjanjian militer dan
merasmikan beberapa acara???
56. Obomba datang nak cari kunci !!!!
57. Dia tertinggal kunci itu disini......... kerana tuan empunya kunci ada disini.
58. Kuncinya harus ada, sebelum masuk ke dalam pintunya.
59. Bak kata P. Ramlee.... "Ini Harta Ahmad Albab" yang punya. InsyaALLAH akan
dibahaskan dalam artikel akan datang tentang perkara ini dengan lebih mendalam.
60. Maksud tujuan Obomba datang ke sini adalah bagi menyelesaikan isu dana, khazanah dan
juga kekuasaan US - Malaysia yang sedang diperingkat terakhir sebelum boleh dilakukan
satu peralihan kuasa besar. Ini bererti, para pemimpin negara kita sedang cuba
'menggadaikan' negara sendiri dan juga menjadikan tanah ini seperti sebuah bom jangka yang
akan meletup bila-bila masa sahaja.
Ingattttttt !!! Tanah Melayu ini ada penjaganya.......... ada tuan tanahnya !! Naga yang sedang
tidur, sudahpun mula bangkit. Namun masih dalam mood mamai lagi. Jangan sedarkan sang
Naga kalau belum bersedia bertempur !
Berdoalah demi kelangsungan hidup kita semua. Berdoalah agar semua harta khazanah alam
Melayu kita tidak disalahgunakan oleh tuan empunya badan dan pihak kerajaan. Berdoalah
agar orang-orang yang masih ada Islam di dalam dirinya tidak terjebak melakukan ketirisan
itu. Berdoalah agar kelak satu masa nanti, kita akan menjadi salah seorang penegak agama
Islam yang dibawa oleh Baginda Muhammad Rahmatan Lil 'Alamiin.
InsyaALLAH, doakan juga kesihatan dan juga keselamatan saya disamping dimurahkan
rezeki untuk meneruskan usaha saya memberi pendedahan kepada rakyat sejagat. Doakan

juga agar saya diberikan kesempatan dan kelapangan waktu untuk terus berkarya demi
pengetahuan anak bangsa kita.

Anda mungkin juga menyukai