Anda di halaman 1dari 6

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

.
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan
mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada
perkara-perkara berikut:
.
1. Lafaz dan niat:
.

U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-laa.


Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.
2. Bacaan selepas Al-Fatihah
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)

ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta khudzuhu sinatun


walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal
ladziiyasy fa u indahu illaa biidznih, ya lamu maa baina aydiihim wa
maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in minilhimi illaa bimaa syaaa, wasia kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu
hifzuhumaa wa huwalaliyuul azhiim.
Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya
apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di
hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui
apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah
(IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa

berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi
Maha Besar (kekuasaanNya). [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)

Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa


lam yakun lahu kufuwan ahad.
Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada
pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.
.
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di
mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al-Fatihah, ayat Al-Kursi dan
Qulhu wallaahu Ahad.
.
.
3. Membaca Tasbih
.
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali
lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.


Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
dari golongan orang yang aniaya.
.
.

b. Atau Tasbih berikut 1 kali:

4. Wirid Selepas Solat Hajat


Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat
berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)

As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.


Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku
bertaubat kepada-Nya.
.

b. Zikir

Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.


Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)

Allaahumma shalli alaa Sayyidinaa Muhammadin wa alaa aalihii


Sayyidinaa Muhammadin.
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke
atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

Anda mungkin juga menyukai