Anda di halaman 1dari 12

CARA SOLAT TAUBAT

.
1. Niat Solat Sunat Taubat:

.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk
Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah
Tasbih berikut 40 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.


Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini
termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan
beristighfar :
.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rul-Laa-
hil A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;

As-tagh-fi-rul-
Laa-hil A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta
Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-
tan wa-laa nu-syuu-raa.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan
Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku
taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan
tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai
kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ab-du-ka wa-a-naa
a-laa ah-di-ka wa-wa-di-ka mas-ta-th0-tu, a-uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na-tu, a-buu u-
la-ka bi-ni-ma-ti-ka a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-
nuu-ba il-laa an-ta.
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang
menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku
berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon
perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui
akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-
dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali
Dikau.
.
5. Baca Doa Taubat
.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon
ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa
yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak
mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang
Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan
seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih
dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu
di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan
pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya
Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang
dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu,
kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan
kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang!
.

Doa Taubat Dalam Rumi

pada 24/7/2015 - jumlah : 1552 hits

Doa Taubat dalam rumiBismillahirRahmanirRahim Robbigh Firlii Warhamni Watubb A layya Innaka
Antat Tauwabur Rahim Ya Tuhan ampunilah dan sayangilah aku dan terimalah taubatku
sesungguhnya EngkauMaha penerima Taubat dan Maha PenyayangAstaghfi...
Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang
paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1. Niatnya:

.
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5. Berdoa
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap
dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara
berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,: Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus
menerus (istiqamah) walaupun sedikit. (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
.
.
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

.
Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu
bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah!
Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau
berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang
melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan
kepada-Nyalah tempatku kembali.
.
.
2. Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rakataini


Lillahi taala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala.
.
.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
.
a)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b)
Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)
10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat
terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:

.
.
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca
oleh Rasulullah SAW ini:
.
.
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

\
.
Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam
semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan
bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar
cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar,
firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan
neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan
adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu
daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan
kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang
terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana
Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri.
Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan
pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah
kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga
serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara
seluruh alam.!

Anda mungkin juga menyukai