Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN ANSUR MAJU

Gaya Straddle

Langkah 1 :

            Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan.  Kaki

yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan

lonjakan apabila melakukan lompatan.

Langkah 2 :

            Adakan beberapa barisan menghadap sesuatu tanda yang telah disediakan di

atas tanah.  Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah

dipilih untuk membuat lonjakan.

Langkah 3 : 

Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki

kanan.  Kedudukan pelatih pula ialah, pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan

berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan

lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang.

Langkah 4 :

 Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan

palang agar memberi keyakinan kepada pelatih.  Ikatan sesuatu tanda seperti kain putih

di tengah-tengah tali getah itu tadi.  Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan

tahap lompatan.

Langkah 5 : 
            Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan.  Ini diikuti dengan
arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda
yang telah diikat pada tali getah tadi.  Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada
paras pinggang sehinggalah paras bahu.
Langkah 6 : 

            Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk

melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut ;-

a)    Kedudukan badan hendaklah disandarkan ke belakang.

b)    Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan.

c)    Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan.

d)    Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan

dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.

Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan

penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas.  Ini belum lagi aksi bagi
memutar melintasi palang.  Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya
loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan.

Langkah 7 :

            Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikan ditali getah yang menggantikan

palang.  Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikan adalahgaya straddle.

Langkah 8 : 

            Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran.  Kedudukan

sekarang adalah berpasangan.  Satu demonstrasi cara membuat putaran diperkenalkan

dan dilakukan.  Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke

atas.  Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki

sebelah lagi.  Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. 

Oleh itu, secara otomatik badan akan terputar ke arah sisi.  Perkara yang harus

ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkut ke bawah.  Kepala perlu

direndahkan, manakala tangan diturunkan.

Langkah 9 :
            Bangku panjang disediakan dan diletakkan di sisi tilam.  Satu langkah diambil di

atas bangku.  Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulang belikat di

atas tilam.  Bangku dikeluarkan.  Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah.

Langkah 10 :

            Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian

landas.  Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan.

LATIHAN-LATIHAN PERSEDIAAN

1.  Latihan Garisan


      Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang.  Pendekatan melompat pada
sudut 45 darjah digunakan.  Kaki dihayunkan kehadapan dan lompatan dibuat melintasi
palang dengan pendaratan kaki yang sama.  Kesesuaian latihan ini adalah untuk
peserta yang baru mempelajari gaya ini.

2.  Latihan Pergerakan Kaki


     Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai.  Sudut 45 darjah
digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian.  Latihan melompat melepasi
palang dilakukan dan pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. 
(Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang
dan tilam digunakan untuk mendarat).

3.  Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki

      Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat serta menendang sesuatu

objek yang digantungkan.  Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan

berhati-hati kerana ia agak merbahaya.

4.  Latihan Melonjak


      Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala

pelompat.  Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat

lonjakan yang lebih bertenaga.

5.  Latihan Gulingan Badan

     Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di

bahagian kaki pelompat.  Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat gulingan

badan pada aras yang lebih tinggi.  Pergerakan badan akan mendahului pergerakan

kaki yang berpusing di atas palang.  Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui

latihan ini.

LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

Langkah 1 :
Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa
mendarat.  Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan
aktiviti-aktiviti seterusnya.

Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas

belakang.  Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan

mendarat.  Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan.  Pelajar atau

atlit diarahkan untuk berdiri di ats kotak itu dengan keadaan badan yang lurus dan

tegak.  Kemudian badan dijatuhkan ke belakang.  Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk

keyakinan seterusnya. 

Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan

badan di bahagian belakang bahu.  Dagu hendaklah dirapatkan pada dada.  Perlu

ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang.  Untuk peneguhan,

semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola

sepak).  Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut dan semasa jatuhan, bola

itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun.  Ini bertujuan untuk hayunan

tangan yang lebih mantap.  Semasa aktiviti ini, kaki hendaklah dalam keadaan

kangkang sedikit.

Langkah 2 :
            Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah 1 digunakan.  Segala
perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah 1.  Pelajar dikehendaki dan
diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit.  Ia bertujuan untuk mengangkat badan. 
Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan
kedua belah kaki.  Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan
keyakinan.

Langkah 3 :

            Kotak dalam langkah 2 digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. 

Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. 

Pengasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu diasingkan

di kiri dan kanan tempat melompat.

            Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan

kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan

melompat. Perlu ditekankan bahaya tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah 2. 

Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang

sebenar.

Langkah 4 :

            Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit

dengan layangan.

i)
               Kaki yang paling dekat dengan palang hendaklah di kilas bebas untuk mendapatkan daya

putaran pada badan.

ii)        Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya
    

dan ketinggian yang baik dan sempurna.


Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai
suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini.

Langkah 5 :
            Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. 
Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari landas dengan
lengkungan disediakan.  Palang hendaklah berada di paras yang rendah.  Pada
mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian
landas.  Ini cuba beberapa kali.  Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikiti
sekiranya lompatan berjaya dilakukan. 
            Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari

landas 9 hingga 11 langkah.  Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak

laju.

PENEGASAN DAN PEMERHATIAN


1.    Disiplin peraturan dan giliran, serta disiplin melakukan gerakan wajib diberi perhatian
dan penegasan.

2. Semasa sesuatu aktiviti sedang dijalankan, guru atau jurulatih perlu memerhati

dan membuat penerangan kepada atlit jika ada sesuatu perkara yang boleh

memperbaiki lagi lakuan dalam lompatan.

3. Pelajar-pelajar yang lain adalah digalakkan untuk memerhati lakuan rakannya

untuk mendapat teknik yang betul dan dapat memberi perhatian sekiranya ada

perlakuan yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesalahan.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DI DALAM ACARA LOMPAT TINGGI


UNTUK GAYA FOSBURY FLOP 
BIL PERKARA FORMULA PENERANGAN
1. Hukum F1 = F 2 1.    Semasa lonjakan, tolakkan sebelah kaki ke
Newton bumi
ketiga 2.    Hayunkan tangan dan kaki hendaklah
berhampiran dengan badan supaya
mencapai lonjakan yang maksimum
2. Pusat Graviti     Semasa pusingan badan, pelompat
mengekalkan pusat gravity untuk mencapai
stability.
    Pelompat menahan pergerakan ke bawah

sebelum melonjak ke atas supaya pusat


gravity beralih ke bahagian hadapan
melibatkan komponen menegak.
3. Stabiliti 1.    Badan dilentikkan ke belakang semasa
lonjakan untuk offset pusat gravity supaya
pelompat sentiasa cuba mencari stability.
2.    Larian dilakukan secara perlahan ke pantas,
langkah pendek ke langkah panjang
sebelum membuat lonjakan.
4. Geseran 1.     Kasut hendaklah jenis spike supaya
menghasilkan daya yang lebih besar dengan
permukaan trek semasa larian.

5. Momentum MV 1. Pelompat hendaklah mempunyai jarak


larian yang cukup supaya pelompat dapat
halaju yang meksimum bagi jarak itu untuk
menghasilkan momentum yang maksimum
juga kerana momentum = masa X halaju.
6. Daya 1.    Badan hendaklah melentik ke belakang
centrifugal semasa melepasi palang.
dan 2.    Semasa melepasi palang, kaki diluruskan
centripetal manakala kepala mendongak ke atas bagi
menghasilkan lompatan yang sempurna.

PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan
termasuk olahraga.  Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini
dibincang dengan ringkas :-
a)    Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

i)
                               Pergerakan Mendatar (Linear Motion)

ii)        Pergerakan Menegak (Vertical Motion)


                    

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada

pergerakan menegak.

A – Pergerakan Mendatar

B – Pergerakan Menegak

C – Vektor Resultant

1)    Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.


2)    Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.

3)    Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan

layangan dalam bentuk parabola C.

b) Momentum
   

Halaju dan momentun adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. 


Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju iaitu kuantiti pergerakan yang dikandung
oleh sesuatu jasad.  Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum
jasad itu akan bertambah.

            Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya

hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi

supaya dapat menghasilkan momentun yang lebih untuk membawa badan pada takat

yang lebih tinggi.  Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke

atas.

c)    Daya Sentrifugal

  Daya Sentrifugal

  Daya Sentripetal

  Daya Ikut Tangan

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya

sentrifugal.  Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk suatu bulatan,

pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan

satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan.  Daya yang bertindak

ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal.  Kedua-dua daya ini dilaksanakan hanya

apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sedang bertindak kepada pusat

bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada

titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.
Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan

konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal .

d)   Putaran
Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang
adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan ‘inderect’.  Putaran ‘direct’ dicapai semasa atlit ada
kontrak dengan bumi manakala putaran ‘indirect’ semasa atlit tidak mempunyai kontrak
dengan bumi.

            Putaran ‘indirect’ dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas

setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e)    Graviti dan Pusat Graviti


Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan
pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya
supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.

Ketinggian yang boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat

graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang.  Walau bagaimanapun gaya-

gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit

mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

            Jasad-jasad A dan B yang kedudukannya menegak didapati pusat graviti

masing-masing agak jauh di atas palang.  Manakala dalam jasad C, terdapat

kedudukannya yang leper membolehkan pusat gravity adalah sangat hampir pada

palang.

PRINSIP AKSI – REAKSI


Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki

meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segmen tertentu dalam badan


secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikut

itu di angkat.

            Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan

sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di bahagian badan

yang lain.

            Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh

badan akan turut terangkat.  Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan

kuat untuk menghasilkan putaran badan.  Dengan ini kedua belah kaki akan dapat

melepasi palang.  Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. 

Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan

mudah.

            Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi

dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan

menegak.  Prinsip-prinsip tersebut penting untuk acara lompat tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON
Prinsip-prinsip biomekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :-

1)    Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju

yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah

keadaannya.

2)    Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan

pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.

3)    Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitudnya

tetapi pada arah yang bertentangan.


BUTIR-BUTIR MENGAJAR

Lompat tinggi terbahagi kepada 4 fasa yang utama iaitu:


1.    Fasa penujuan ( Approach )
2.    Fasa lonjakan ( Take-off)
3.    Fasa layangan ( Bar Clearance )
4.    Fasa Pendaratan ( Landing )

1.         Fasa penujuan


        Penujuan atau larian landas merangkumi larian lurus dan larian lengkung ( Curved )

         Dalam larian lurus lebih kurang 3 hingga 6 langkah diambil.

         Semasa larian lurus, belakang badan di tinggikan ( upright runk )

         Tambahkan kelajuan larian dengan langkah yang lebih besar dan kuasa.

         Condongkan ke dalama semasa larian lengkung, Bahu yang di dalam lengkung lebih

rendah daripada bahu yang di dalam lengkung.


         Teruskan penambahan kelajuan larian.

2.         Fasa Lonjakan


        langkah yang terakhir lebih pendek. Kaki lonjak mesti , mesti mendarat cepat aksi ‘

acceleration ‘
         Tumit arah ke kawasan mendarat. Kaki tidak sepatutnya selari dengan hadapan

kawasan mendarat.
         Kaki yang bukan kaki lonjak dinaikkan cepat ke kedudukan horizontal dan

mengekalkan kedudukan begitu.


         Tangan dihayun ke atas ketinggian kepala dan kekalkan kedudukan.

3.         Fasa Layangan


3.1 Selepas melonjak, teruskan degan kaki yang bukan kaki lonjak dalam kedudukan
horizontal.
3.2  Gerkkan tangan kiri sebagai pendahulu melepasi palang.
3.3  Angkat pinggul semasa melepasi palang.
3.4   Apabila pinggul sudah melepasi palang, dengan cepat kepala mendekati dada.
4.         Fasa Pendaratan
        Mendarat dengan keseluruhan belakang dan disokong dengan tangan.

         Jarakkan lutut semasa mendarat.

PROSEDUR LOMPATAN

            Jarak untuk mengambil larian sebelum melompat tidak dihadkan. Peserta juga
boleh memilih sudut atau penjuru yang dia suka untuk lompatan. Bahan-bahan yang
sesuai seperti sapu tangan boleh juga digunakan untuk menanda tempat bagi membuat
lompatan
.
            Ketinggian paras lompatan untuk permulaan setiap pusingan akan ditentukan
oleh pengadil sebelum acara dimulakan. Setiap peserta akan diberi tiga peluang untuk
membuat lompatan bagi setiap paras ketinggian. Peserta yang gagal melepasi palang
selepas tiga peluang melompat akan terkeluar daripada pertandingan. Pemenang akan
ditentukan oleh peserta yang membuat lompatan yang tinggi. Sekiranya terdapat
keputusan seri maka, disemak pula rekod lompatan sebelum ini.

            Contah rekod lompatan adalah seperti di bawah:


Nama                                     1          2          3
Ali                                           X         X         /
Abu                                         X         /           /

            Ali berjaya melompat melepasi palang pada percubaan yang ketiga manakala
Abu pula berjaya pada percubaan kedua. Oleh itu Ali akan diumumkan sebagai
pemenang walaupun paras ketinggian adalah sama, dan kedua-duanya gagal melepasi
ketinggian berikutnya setelah tiga percubaan diberikan. Ketinggian palang diukur secara
menegak, iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari 
bahagian atas palang. Setelah tamat sesuatu paras ketinggian, pengadil akan mengukur
ketinggian baru sebelum peserta dibenarkan melompat.

Anda mungkin juga menyukai