Anda di halaman 1dari 12

OLAHRAGA ( CSP 2071 )

GROUP D
KUMPULAN 1 : LOMPAT TINGGI

AHLI KUMPULAN

NAMA NO.MATRIK
AHMAD FAIZAL BIN BASIR D20141067614
WILFRED HENRY EMANG D20141067606
SITI MAISARAH BINTI AMRAN D20141067609
HAMIDAH BINTI BAJAH@BUSAIRI D20141067611
NOOR ADILA BINTI DARHMAN
SYUHERNA BINTI NANDU
AIDA BINTI MOHAMAD NOR

NAMA PENSYARAH :
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tarikh : 5 Mac 2015 Masa : 5.00ptg -7.00ptg


PELAN P&P
Hari : Khamis Bil.Peserta :

FOKUS Berkebolehan melakukan pelbagai gaya lompatan dalam acara lompat tinggi berdasarkan konsep pergerakan.

STANDARD PEMBELAJARAN :-  

a) Melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh berdasarkan kebolehan semula jadi.

b) Mengenalpasti kesedaran tubuh dari segi kebolehan melakukan lompatan berdasarkan gaya yang terdapat dalam acara lompat
tinggi.

c) Membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti

CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti 1 :- Pemanasan Badan


Aktiviti 2 :- Penerangan asas acara lompat tinggi
Aktiviti 3 :- Aplikasi Kemahiran
Aktiviti 4 :- Menyejukkan badan
Aktiviti 5 :- Refleksi

BAHAGIAN/ AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/ ALATAN/


MASA FOKUS P&P CATATAN

Aktiviti 1 :- 1. Pengajar mengarahkan peserta membuat satu barisan


-Pemanasan badan Bentuk kumpulan:
memanjang untuk melakukan regangan otot.
Memanaskan badan - satu barisan
(5 minit) 2. Wakil pengajar akan mengetuai aktiviti pemanasan badan
( 5 minit ) memanjang.
secara spesifik dalam acara lompat tinggi. - Seorang ahli
-Pelajar membuat 3. Pelajar yang lain mengikut apa yang dilakukan oleh wakil kumpulan
aktiviti regangan pelajar tersebut hingga regangan selesai. (pengajar)
mengetuai
aktiviti.

Nilai yang diterap:


- Mematuhi
arahan
BAHAGIAN/ AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/ ALATAN/
MASA FOKUS P&P CATATAN

Aktiviti 2 :- -2.1 : Pengenalan 1. Memberi maklumat ringkas tentang tentatif pengajaran dan - Nilai yang diterapkan
acara lompat tinggi pembelajaran. : memberi fokus
Pengenalan asas ( 5 minit ) semasa sesi P&P
acara lompat tinggi 2. Pengajar akan menerangkan sejarah acara lompat tinggi sebagai dijalankan
( 30 minit ) salah satu acara olahraga yang mula diperkenalkan dalam tahun
1887, dan menjadi sebahagian sukan Olimpik pada tahun 1896.

3. Mendedahkan atlit-atlit terkenal dalam acara lompat tinggi


seperti ………..

-2.2 Peraturan 1. Pengajar akan menerangkan peraturan-peraturan yang perlu


dipatuhi pelajar sebelum, semasa dan selepas acara lompat
tingi.

2. Pengajar akan menerangkan peraturan perlawanan acara lompat


tinggi

3. Pengajar perlu membuat undian bagi menentukan giliran pelajar


melalui percubaan
4. Pengajar tidak boleh menaikkan palang kurang daripada 2cm
pada setiap pusingan

5. Pengajar perlu memastikan pelajar melompat dengan sebelah


kaki

6. Pengajar perlu memastikan penambahan kenaikan palang tidak


dilakukan

7. Pengajar perlu menyediakan sebatang pengukur ketinggian bagi


mengukur rekod lompatan pelajar

8. Pengajar perlu memastikan jarak minimum landas lari ialah


15cm kecuali di dalam pertandingan

9. Pengajar perlu memastikan curam keselurahan maksimum


landasan dan kawasan melompat tidak melebihi 1250 ke arah
bahagian tengah palang

10. Pengajar perlu memastikan landasan tapak tempat melompat


adalah rata

11. Pengajar perlu memastikan tiang-tiang dipasang dengan kemas


mengikut ukuran yang diberikan

12. Pengajar perlu memastikan pelajar tidak memecut pada


permulaan larian

13. Pengajar perlu memastikan keselamatan pelajar terjamin


dengan menyuruh pelajar untuk memanaskan badan terlebih
dahulu sebelum melakukan lompatan
14. Pengajar perlu memastikan tempat daratan atau tilam selamat
untuk digunakan dengan memeriksa terlebih dahulu tempat
daratan tersebut

15. Pengajar perlu memastikan tiang berada ditempat yang rata bagi
mengelakkan tiang bergoyang atau jatuh

16. Pengajar perlu memastikan palang diletakkan dibelakang tiang


menghadap tempat daratan supaya ia jatuh kebawah apabila
disentuh dan tidak menyekat lompatan pelajar

-2.3 Peralatan

-2.4 Jenis/ Gaya -Terdapat 4 gaya lompatan iaitu Gaya Timur, Gaya Guling Barat, Gaya
Lompatan Gunting, Gaya Fosbury Flop

1. Gaya Timur
-Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30
darjah. Pelompat akan menggunakan 7-9 langkah dalam
lompat tinggi.

-Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari


sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada
sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan
berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

-semasa lonjakan, pelonjak akan melonjak dengan kaki luar


dan semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan
pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa
membuat lonjakan. Seterusnya dalam layangan, pelompat
mestilah kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang
dan juga bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak
condong kea rah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas. Dengan
itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas punggung
atau dengan dua belah kaki.

2. Gaya Guling Barat

Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang,


muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-
olah meniarap di atas palang.

- Fasa Penujuan
-Pelompat akan berlari sebanyak 7-9 langkah menuju ke
palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat
secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan
seditikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebgai
persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

- Fasa Lonjakan
-sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak,
pelompat hendak menolak dengan kuat. Tidakan melonjak ini
bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian
hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun
dengan kencang ke atas aras alang. Fasa lonjakan ini juga
dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke
atas.

- Fasa Layangan
-setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat
berada di dalam keadaan hamper selari dengan palang di
bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing
seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala
pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang.
Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan
untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan
badan tanpa diuruskan.

- Fasa Pendaratan
-Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya
dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang
badan.
3. Gaya Gunting
Fasa Penujuan
-Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah
dengan menggunakan 7-9 langkah.

Fasa Lonjakan
-Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak, kaki
melonjak di depan pinggul di hadapan bahu untuk
mencondongkan badan semamsa membuat lonjakan.

Fasa Layangan
-Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang. Bahu
berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah
palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.

Fasa Pendaratan
-Pelompat mendarat di atas punggu dengan dua belah kaki.

4. Gaya Fosbury Flop

- Fasa Penujuan
-Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Pelompat perlu
menggunakan larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir
secara melengkung.Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri
akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki
kanan manakala pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan
berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

- Fasa Lonjakan
-Pelnjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki
luar palang.
-kaki di hadapan badan, badan diteggakkan atau dicondong
sedikit ke belakang.
-kaki bebas diangkat tinggi dengan lutu dibengkokkan, tangan
yang dibengkokkan juga dihayun ke atas, serta lutu digerak
melintang badan untuk membantu pusingan badan.

- Fasa layangan
-Semasa di uadara, pelompat memandang palang sambal
melentikkan badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan,
manakala kedua-dua lutu dibengkokkan.
-Setelah melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan
gerakkan ke atas sambal mengangkat kepala ke atas.

- Fasa Pendaratan
-Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya

Anda mungkin juga menyukai