Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENYESUAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH (PDPR)

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani


Kelas : Tahun 4 Cemerlang
Medium PdPR : Aplikasi What’sapp, Youtube, Google Meet dan Google Form
Tempat : Sekitar rumah masing-masing.
Hari : Rabu
Tarikh : 4 Ogos 2021
Bil Murid : 29 orang
Masa : 10.50 am – 11.50 am
Tajuk : Mengejar Juara – Asas Berlari
Standard Kandungan : 1.9 Melakukan asas berlari dengan lakuan yang betul

2.9 Mengaplikasikan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas berlari

5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti

Standard Pembelajaran : 1.9.1 Berlari dalam laluan lurus dan selekoh dengan pelbagai kelajuan

2.9.1 Menyatakan perbezaan lakuan berlari antara laluan lurus dengan laluan selekoh

5.3.3 Memberi dan menerima maklum balas secara terbuka

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


Psikomotor : Boleh berlari dalam laluan lurus dan selekoh dengan pelbagai kelajuan (TP2)

Boleh menyatakan perbezaan lakuan berlari antara laluan lurus dan selekoh (TP2)
Kognitif

Boleh berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti olahraga asas berlari (TP6)

Afektif
Tema : Pelaksanaan
Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan – Kreativiti dan Inovasi.
(EMK)
Kemahiran Berfikir Boleh menyatakan perbezaan lakuan berlari antara laluan lurus dan selekoh
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah melakukan teknik asas berlari
Penerapan Nilai Sanggup menerima cabaran berkeyakinan diri dan keseronokan bermain
Penilaian Pdpc Senarai semak (Rekod Prestasi Murid), Lembaran kerja (Quizwhizzer).
Bahan Bantu Belajar : Telefon Pintar / Komputer Riba, Slaid powerpoint, Video pengajaran, Quizwhizzer
Langkah /
Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa

Permulaan Set Induksi 1. Guru mengambil kehadiran murid melalui google Tujuan aktiviti
(5 Minit) Aktiviti pemanasan badan meet regangan.
2. Guru memulakan pengajaran dengan - Meningkatkan suhu
menunjukkan video set induksi badan untuk melakukan
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video aktiviti seterusnya.
4. Guru menunjukkan video pemanasan badan - Memastikan badan
5. Murid-murid melakukan pemanasan badan bersedia.
sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru melalui - Mewujudkan
video keseronokan.
Perkembangan Langkah 1: Aktiviti : Larian Lurus Link Video :
(30 Minit) Guru menerangkan maksud dan 1. Murid-murid mendengar penerangan guru yang
menunjukkan demonstrasi berkaitan maksud postur badan semasa BBM :
postur badan semasa membuat membuat larian - Powerpoint
larian 2. Murid melihat contoh gambar dan video - Video
demonstrasi larian dalam laluan lurus
PAK-21 : Pembelajaran
3. Guru menerangkan aspek yang penting semasa
melalui media.
berlari dalam laluan lurus
4. Guru meminta murid untuk membuat
demonstrasi di rumah

Nota :
Postur badan larian lurus
 Tegakkan kepala dan halakan pandangan ke
Postur badan larian lurus
hadapan
 Condongkan badan ke hadapan
 Tinggikan lutut
 Gunakan bebola kaki

Langkah 2: Aktiviti : Larian Selekoh BBM :


Guru menerangkan postur 1. Murid-murid mendengar penerangan guru - Powerpoint
badan semasa membuat larian berkaitan postur badan semasa membuat larian - Video
selekoh dan menunjukkan video di selekoh
PAK-21 : Pembelajaran
lakuan 2. Murid melihat contoh gambar dan video melalui media.
demonstrasi larian semasa di selekoh
3. Guru menerangkan aspek yang penting semasa
berlari di selekoh
4. Guru meminta murid untuk membuat
demonstrasi di rumah
Nota :
Postur badan larian selekoh
 Ayun tangan kiri menghala ke hadapan
 Rendahkan bahu ke arah selekoh
 Ayunkan tangan kanan menyilang badan
menghala ke dalam
 Gunakan bebola kaki untuk menolak badan ke
Postur badan larian
hadapan
selekoh
Kemuncak Permainan Quiz : 1. Murid-murid perlu menjawab kuiz pengukuhan Kaedah PdPC
15 Minit ‘Live Quizwhizzer’’ secara live Pembelajaran berpusatkan
2. Murid perlu menekan link yang diberikan oleh murid.
guru di ruangan mesej Google Meet
3. Murid-murid menjawab semua soalan kuiz yang
diberikan secara individu
Kaedah PdPC
Penutup 1. Aktiviti Cooling Down 1. Murid-murid melakukan aktiviti cooling down Pembelajaran berasaskan
10 Minit berdasarkan video lakuan guru dalam google guru.
meet yang disediakan.

BBM
2. Rumusan 1. Google meet
2. Video demonstrasi
2.1 Pengukuhan Psikomotor
- Soal jawab dengan pelajar KB

tentang pelajaran yang diajar Membanding beza


Membuat perkaitan

2.3. Pengukuhan Kognitif Nilai & Sikap


- Soal jawab dengan pelajar Yakin Diri

tentang perbezaan postur badan


semasa larian lurus dan larian di
Fasa Penutup
selekoh Aktiviti Cooling Down

1. Penyejukkan badan dapat mengelakkan murid


daripada mendapat kecederaan
2. Otot-otot yang telah digunakan perlu dikendurkan
supaya kembali cergas
3. Dapat menilai tahap kefahaman dan pencapaian
murid

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Kekuatan Isu / Perkara yang difokus:

Penggunaan teknologi dan multimedia dalam bahan pengajaran menjadikan pembelajaran lebih menarik, efektif dan memudahkan
murid untuk memahami proses pembelajaran. Penggunaan slide powerpoint interaktif dan rakaman video lakuan memudahkan lagi
murid-murid memahami ansur maju dan kemahiran asas berlari dalam laluan lurus dan selekoh. Murid-murid juga dapat melihat
dengan lebih jelas tentang postur badan semasa membuat larian laluan lurus dan juga selekoh melalui gambar dan video yang
ditunjukkan. Aktiviti live quiz menggunakan Quizwhizzer juga menarik dan membuatkan murid lebih bersemangat untuk bersaing
antara satu sama lain dalam menjawab soalan pengukuhan yang diberikan

Kelemahan Isu / Perkara yang difokus:

Objektif pembelajaran dari segi kognitif tidak berjaya dicapai secara keseluruhannya kerana guru tidak membuat perbandingan
tentang postur badan semasa larian lurus dan larian di selekoh. Keadaan ini sekali gus menyebabkan murid tidak dapat menyatakan
perbezaan postur badan semasa larian lurus dan selekoh. Selain itu, kelemahan dari segi teknik penyoalan dari guru juga perlu
diperbaiki. Guru perlu menggunakan perkataan atau ayat yang lebih ringkas, dan senang difahami oleh murid.

Cadangan untuk Saya perlu meneliti dengan lebih terperinci tentang objektif pembelajaran agar saya dapat menyediakan bahan yang betul dan tepat
memperbaiki serta mencapai objektif pembelajaran. Saya juga perlu bertanya kepada guru pembimbing dan pensyarah untuk mendapatkan maklum
kelemahan balas awal mengenai aktiviti pengajaran yang telah saya rancang. Selain itu, saya juga perlu memperbaiki teknik penyoalan saya
dengan menggunakan ayat yang lebih ringkas dan laras bahasa yang rendah agar murid-murid dapat memahami dengan lebih mudah
dan jelas
Disemak oleh Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan Tandatangan
: Nama : : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai