Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN,


SARAWAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2016
SEMESTER 1 TAHUN 4

KOD KURSUS : KKWK 3013

NAMA KURSUS :
KEUPAYAAN KEWANGAN

TUGASAN 2 :
PORTFOLIO KEWANGAN

Nama Pelajar : MUHAMMAD FAUZAN BIN AZIZ


Angka Giliran : 2016312340036
No. Kad Pengenalan : 970215035559
Kumpulan/Unit : PISMPSN 1616
Nama Pensyarah : EN. ABDUL RAHIM BIN ROSLIE
Tarikh Hantar : 3 OKTOBER 2019
KANDUNGAN FOLIO

Perkara

Pengenalan
Trenda Menjustifikasikan Perniagaan
Latar belakang perniagaan
Rancangan Pentadbiran
Rancangan Pemasaran
Rancangan Operasi
Rancangan Kewangan
Jadual Pelaksanaan Perniagaan
Rumusan
Rujukan
Pengenalan

Saya bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual alat-alat komputer dan servis
komputer. Pada zaman yang serba canggih ini, produk dan servis berasaskan komputer
dan barangan elektronik sangat diperlukan oleh golongan globalisasi terutama golongan
muda yang menggunakan alat-alat tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Penggunaan alat-alat gajet tersebut akan menyebabkan alat-alat tersebut mudah untuk
rosak kerana penggunaannya yang sering dibawa ke mana-mana dan penggunaannya
sangat meluas akan mengakibatkan golongan muda ini untuk membuat servis dan membeli
peralatan-peralatan gajet tersebut..

Masyarakat kini amat menggemarkan menggunakan komputer dan komputer riba untuk
melakukan kerja-kerja pejabat dan pembelajaran terutamanya di peringkat pengajian tinggi.
Penggunaan ini meningkatkan keperluan masyarakat terhadap kedai komputer di suatu
kawasan yang tidak mempunyai kedai komputer. Hal ini amat sesuai untuk membuka kedai
komputer yang mempunyai kadar servis yang murah berbanding harga di kedai lain untuk
memastikan ia mendapat sambutan yang hangat dari golongan muda yang biasanya terdiri
daripada pelajar universiti yang masih lagi tidak bekerja.

Perniagaan yang dirancang ini akan menyediakan produk-produk dan servis komputer
seperti perkakasan komputer dan pembaikian komputer. Hal ini merupakan suatu perkara
yang mendapat permintaan yang tinggi sekiranya diletakkan di kawasan yang mempunyai
banyak universiti kerana kebanyakan pelajar memerlukan servis dan produk komputer di
sekitar universiti kerana pelajar tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk membeli di kedai
yang lagi jauh. Oleh itu, servis komputer seperti format komputer, pemasangan software
serta pembaikian komputer akan dilakukan secara COD yang mana saya akan mengambil
komputer mereka pada tempat yang dijanjikan dan setelah siap akan dipulangkan kembali
kepada pelajar tersebut.
Trenda menjustifikasikan perniagaan ini

Analisa potensi pelaburan

Industri teknologi maklumat (ICT) makin meningkat perkembangannya dengan meningkatnya


penggunaan ICT dalam setiap aspek dalam kehidupan termasuklah dalam aspek kehidupan
peribadi, aspek perniagaan, aspek perbankan bank, dan kehidupan seharian (Hanafizadeh,
Ghandchi, & Msoud Asgarimehr, 2017). Teknologi dalam telefon pintar dan komputer yang
mempunyai Internet telah mengubah cara hidup manusia dalam menjalani kehidupan dalam
alam pembelajaran dan juga alam pekerjaan. Semua perkara dalam alam tersebut banyak
menggunakan komputer untuk menyampaikan idea dan menjalani pengurusan di pejabat
mahupun di tempat pembelajaran. Pembekal-pembekal peralatan komputer mula bertambah di
serata tempat.

Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang telah dilaksanakan perniagaan ini
mempunyai potensi yang baik untuk berjaya dan berkembang sekitar 7% hingga 15% setahun.

Oleh kerana ianya masih berada di tahap awal perniagaan ianya mempunyai potensi yang
cukup besar dan luas untuk dikembangkan di masa hadapan, perniagaan ini akan
menumpukan perhatian terhadap perkhidmatan yang berkualiti dan berpatutan terhadap pelajar
universiti.

Melalui usaha berterusan untuk meningkatkan perniagaan ini, pengedaran risalah serta papan
iklan di kawasan pelajar universiti, perniagaan ini akan dapat menarik minat pelanggan yang
dari universiti di sekitar. Premis perniagaan terletak di tepi jalan utama merupakan kawasan
yang sangat strategik yang berdekatan di antara UMK dan IPG Kampus Kota Bharu. Kelebihan
pelanggan adalah tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan barangan dan servis komputer.

Analisa potensi pelaburan akan dilaksanakan di dalam portfolio ini dengan menggunakan
pengurusan kewangan untuk memastikan kesejahteraan kewangan dalam jangka masa yang
panjang.
Latar Belakang Perniagaan

Nama syarikat kami ialah Bado Computer & Services Sdn. Bhd.. Objektif syarikat kami adalah
untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan produk dan servis yang
berkualiti dengan harga yang berpatutan. Perniagaan kami akan beroperasi di Pengkalan
Chepa, Kota Bharu. Tujuan perniagaan ditempatkan di sana adalah kerana populasi penduduk
di sana adalah kebanyakannya adalah daripada golongan pelajar universiti iaitu Universiti
Malaysia Kelantan dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Oleh itu, penggunaan
komputer dan alat gajet amat banyak di kawasan tersebut. Perniagaan ini dijangka akan
beroperasi pada tahun 2021 kerana proses untuk mencari pembekal dan tapak operasi kedai
mengambil masa yang lama.

1 Nama Bado Computer & Services Sdn. Bhd.

2 Alamat email bado@gmail.com

3 Jenis perniagaan Kedai computer

4 Tarikh bermula 2021

5 Waktu operasi Isnin-Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

perkhidmatan

Bado Computer & Services dikelolakan sepenuhnya oleh saya dan rakan kongsi saya. Seorang

pengurus dalam kalangan pekerja akan dilantik sebagai ketua untuk menguruskan kedai

semasa ketiadaan saya dan rakan kongsi yang lain. Oleh kerana syarikat kami merupakan

syarikat yang bermodal kecil, oleh itu setiap rakan kongsi akan mengeluarkan wang simpanan

sendiri untuk melaburkan ke dalam perniagaan ini.


Latar belakang rakan kongsi

Latar belakang pemilik (rakan kongsi)


Latar belakang rakan kongsi 1
Jawatan Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi
Nama Muhammad Fauzan bin Aziz
No. IC 970215035559
Tarikh lahir: 15 Februari 1997
Umur 22 tahun
Jantina Lelaki
Alamat tetap PT 259, Kg. Tokku, Kota Jembal, 16150 Kota Bharu, Kelantan
No. telefon 013-8824604
Modal sumbangan RM15,000

Latar belakang rakan kongsi 2

Jawatan Pengurus Kewangan dan Pemasaran


Nama Nurul Anis Syuhada binti Aziz
No. IC 891202-03-5483
Tarikh lahir: 21 Jun 1989
Umur 24 tahun
Jantina Perempuan
Alamat tetap PT 259, Kg. Tokku, Kota Jembal, 16150 Kota Bharu, Kelantan
No. telefon 013-9177777
Modal sumbangan RM15,000
Rancangan pentadbiran

Berikut adalah struktur organisasi pentadbiran :

Pengurus : Muhammad Fauzan Aziz

Penolong Pengurus : Nurul Anis Syuhada binti Aziz

Pekerja Am:

1. Mohd Syukri bin Rosle (Tukang baiki)


2. Muhammad Naim Mustaqim bin Muslan (Tukang Baiki)
3. Mohd Dhameri bin Awang Mumin (Tukang Baiki)
4. Mohd Haizuan bin Jakrin (Salesman)
Rancangan Pemasaran

Barangan yang ditawarkan

Terdapat 4 kategori perniagaan dan servis yang ditetapkan dalam Bado Computer & Services

iaitu:

 Perkakasan komputer

 Pembaikan komputer

 Perkhidmatan memasang software

 Software Windows seperti antivirus, Adobe Photoshop dan sebagainya

Belian dari pembekal dibuat secara tunai dan bayaran tertunda selama 1 hingga 3 bulan.
a. CONTOH:

Senarai Harga Produk dan Perkhidmatan yang disediakan:

Item

Harga Unit/Bilangan Harga (RM /seunit)

Format komputer 1 30.00

Backup komputer (10 GB) 1 10.00

Memasang Microsoft Office 1 40.00

Memasang Adobe Photoshop 1 20.00

Fotostat putih hitam 1 RM0.10

Fotostat warna 1 RM0.20

Logitech Wireless Keyboard + 1 69.00


Mouse MK240

Logitech G103 Prodigy 1 69.00

Logitech M185 1 55.00

Logitech X50 Wireless 1 98.00


Bluetooth Portable Speaker

Logitech M185 Mouse 1 55.00

Logitech M331 Wireless 1 68.40


Mouse

Mechanical Gaming GM5020 1 26.00


3200DPI

AVF X Series 6D AGM-X15 1 26.80


Margin keuntungan diambil sebanyak 20% pada permulaan perniagaan untuk menarik
pelanggan untuk membeli barangan di perniagaan ini. Hal ini akan memastikan pelanggan akan
lebih tertarik untuk membeli barangan di perniagaan ini kerana perbezaan harga berbanding di
kedai-kedai lain.

Sasaran dan saiz pasaran

Berdasarkan pantauan yang dijalankan, tumpuan perkhidmatan adalah lebih kepada pelajar
dan golongan belia. Golongan ini dianggarkan lebih kurang 70% daripada penduduk sekitar.
Jumlah sasaran dijangkakan dalam lingkungan 7,000 orang (70% x 10,000 orang). Setiap
orang akan berbelanja dalam anggaran RM30.00 untuk sebulan bagi aksesori komputer,
perkhidmatan, telefon dan lain-lain. Jumlah saiz pasaran adalah 7,000 (RM30.00 x 7,000 orang)

Ancaman perniagaan

 Pesaing baru

Pesaing baru mungkin akan muncul akibat peningkatan permintaan untuk perkhidmatan
komputer dan gajet. Oleh hal yang demikian, pesaing baru akan mencabar dan kemungkinan
strategi penjualan akan diubah untuk memastikan bahawa ia agak sesuai dengan keadaan
semasa dan ekonomi semasa pelajar universiti supaya mereka akan lebih tertarik untuk
mendapatkan perkhidmatan di kedai ini.

 Kuasa dan Kekuatan Pesaing yang Ada

Nama syarikat pesaing Kekuatan/kelebihan Kelemahan/keburukan

Sterk Computer Mempunyai pekerja yang banyak Menawarkan perkhidmatan


untuk menservis komputer servis yang mahal berbanding
kedai lain

Risiko
 Turun naik harga barangan

Turun naik harga barangan merupakan risiko yang perlu dihadapi. Hal ini demikian, barangan-
barangan elektronik kadang-kadang akan menurun dan naik menurut permintaan pelanggan di
seluruh negara. Perubahan teknologi dari yang lama kepada teknologi yang baru akan
menyebabkan harga barangan yang lama akan terus menurun dengan mendadak.

 Kuasa beli pengguna menurun

Kuasa beli pengguna menurun kemungkinan berlaku akibat ekonomi Malaysia yang semakin
merudum akibat politik semasa negara. Hal ini demikian berlaku kerana isu-isu semasa seperti
pemboikotan barangan selain barangan Bumiputera. Hal ini akan menyebabkan hanya
sesetengah barangan sahaja akan dibeli oleh pelanggan.

 Teknologi yang baru menyebabkan teknologi sedia ada makin lapuk

Barangan teknologi merupakan barangan yang sofisfikated yang mana ia akan sentiasa
dikemaskini kepada yang lebih baik (Business Insider, 2019). Hal ini akan menyebabkan
barangan yang dibeli oleh perniagaan akan mudah dan cepat lapuk sekiranya tidak dijual dalam
masa yang singkat. Oleh itu, perniagaan ini perlu pandai menjangka untuk membeli stok
dengan teknologi yang sedia ada.
Ramalan Jualan

BULAN JUMLAH (RM)


JAN 30,000.00
FEB 32,000.00
MAC 34,000.00
APRIL 30,000.00
MEI 50,000.00
JUN 60,000.00
JULAI 30,000.00
OGOS 33,000.00
SEPT 34,000.00
OKT 35,000.00
NOV 15,000.00
DIS 30,000.00
JUMLAH 413,000.000

Strategi penjualan

1.1.1 Strategi promosi

Promosi hanya terhad kepada penyediaan risalah dan edaran di sekitar kawasan kampus
serta masyarakat kampus UMK dan IPGKKB. Oleh kerana terdapat produk dan
perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal, terdapat beberapa pembekal besar yang
telah melantik Bado Computer & Services sebagai pengedar sah mereka dan dalam
pengiklanan produk mereka nama perniagaan ini akan dimasukkan ke dalam iklan mereka. Ini

1.1.2 Strategi harga

Harga ditetapkan dengan mengguna kaedah cost-plus (Ab. Aziz Yusof, 2003). Margin
keuntungan bagi setiap perkakasan dan komputer adalah sebanyak 20% . Harga juga
berbeza jika bayarannya secari tunai. Bado Computer & Services akan menyediakan harga
yang murah dan produk serta perkhidmatan yang berkualiti.
Rancangan Operasi

Carta aliran proses

Pintu masuk

Jualan

Kaunter servis
laptop

Kaunter
pembayaran

Keluar
Mesin dan peralatan

Mesin dan peralatan akan dibeli sebagai aset tetap untuk memulakan perniagaan ini. Aset tetap
akan diletakkan di dalam tempat operasi tersebut.

Jenis Harga seunit (RM) Bil Jumlah (RM)


Komputer RM3000.00 2 RM6000.00
Mesin fotostat RM2000.00 1 RM2000.00
Pencetak warna RM700.00 2 RM1400.00
hitam
Peralatan pejabat RM20,000.00 - RM20,000.00
Penghawa dingin RM1500.00 3 RM4500.00
Mesin cash register RM3,000.00 1 RM3,000.00
Papan tanda RM300.00 2 RM600.00
Ubah suai premis RM10,000.00 - RM10,000.00
perniagaan
JUMLAH RM47,500.00

Stok aksesori komputer

Di samping membeli harta tetap, pembiayaan kewangan akan merangkumi seperti bawah untuk
membeli stok.

Anggaran keperluan tersebut adalah:

Perkara Harga Seunit Bil Jumlah


Dakwat pencetak hitam RM30.00 30 RM900.00
Dakwat pencetak RM80.00 10 RM800.00
warna
Toner mesin fotostat RM170.00 2 RM390.00
Kertas A4 putih RM15.00 5 RM75.00
Pelbagai jenis aksesori - - RM10.000
komputer dan
pembaikian
JUMLAH RM12,165.00
Susun atur ruang operasi
Perbelanjaan pengurusan dan operasi

Bado Computer & Services menggaran perbelanjaan pengurusan dalam sebulan seperti yang
berikut:

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


1. Gaji pengurus 1,200.00
2. Gaji pekerja 1,550.00
3. Elaun perubatan 250.00
4. KWSP dan PERKESO 230.00
5. Sewa Lot Perniagaan 2,000.00
6. Air dan elektrik 2,000.00
7. Telefon dan Internet 700.00
8. Alat Tulis dan Belanja Pejabat 600.00
9. Perjalanan dan Pengangkutan 500.00
10. Keraian dan Promosi 500.00
11. Penyelenggaraan Kedai dan Mesin 400.00
12. Belanja Pelbagai & Kontigensi 200.00
JUMLAH 10,130.00
Rancangan Kewangan

Kos pelaksanaan perniagaan

Berdasarkan perancangan untuk menjayakan perniagaan ini, kami akan memohon


pinjaman dan sumber sendiri terlebih dahulu sebelum memulakannya yang dianggarkan kos
pelaburan diperlukan adalah seperti di bawah.

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


1. Mesin dan peralatan RM47,500.00
2. Stok Aksesori RM12,165.00
3. Belanja Pengurusan RM10,130.00
JUMLAH RM69,795.00

Sumber pembiayaan perniagaan

Berdasarkan kos perancangan perniagaan Bado Computer & Services memerlukan sejumlah
RM69,795.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja) bagi membiayai kos permulaan operasi
untuk memulakan operasi perniagaan ini. Pembiayaan ini akan dibiayai oleh pihak MARA
sebahagiannya dan modal sendiri oleh rakan kongsi seperti di bawah.

Modal sendiri (Ahli kongsi) Nilai Sumbangan

Muhammad Fauzan bin Aziz RM 15,000.00

Nurul Anis Syuhada binti Aziz RM 15,000.00

Pinjaman MARA RM 39,795.00

Jumlah RM69,795.00
Jadual bayaran balik pinjaman

Jumlah Pinjaman : RM 39,795.00

Kadar Faedah: 5%

Jangka bayar balik : 5 Tahun

Kaedah : Bayaran Bulanan

Tahun Pokok (RM) Faedah (RM) Jumlah Baki Pinjaman


Bayaran (RM) (RM)
1 7,959 1989.75 10,023 31,836
2 7,959 1989.75 10,023 23,877
3 7,959 1989.75 10,023 15,918
4 7,959 1989.75 10,023 7959
5 7,959 1989.75 10,023 0.00
Bado Computer & Services Sdn. Bhd.
Penyata Pendapatan
Bagi Tahun 2021
Bado Computer & Services Sdn. Bhd.

Penyata Aliran Tunai

Bagi Tahun 2021


Anggaran penyata pendapatan untung rugi bagi tempoh satu tahun mengambil kira jangkaan
pertumbuhan pendapatan sekitar 7% hingga 15% sahaja.

Bado Computer & Services Sdn. Bhd.

Penyata Untung Rugi

Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021


Bado Computer & Services Sdn. Bhd.
Kunci Kira-Kira
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
RM RM RM
ASET SEMASA
Tunai 47,500.00
Stok akhir 1,500
49,000
ASET TETAP
Komputer 6000
(-) Susutnilai terkumpul 1500
4500
Mesin pencetak 1,400
(-) Susutnilai terkumpul 200
1,200
Barangan pejabat dan 10,040
pembaikian
(-) Susutnilai terkumpul 1000 9,040
14,740
JUMLAH ASET 63,740

LIABILITI SEMASA
Akaun belum bayar 1,000
Pemiutang 50,000
LIABILITI JANGKA
PANJANG
Pinjaman 39,795.00
EKUITI
Modal 69,795.00
Untung bersih 848,120.8
JUMLAH LIABILITI 63,740
DAN EKUITI
Jadual Pelaksanaan Perniagaan

Tinjauan pemasaran
Tempoh: satu bulan

Penyediaan
Perancangan
Pengurusan Kewangan
Tempoh: Sebulan

Permohonan Pinjaman
Tempoh: enam bulan

Penyediaan hasil
Tempoh: enam bulan

Pengembangan
perniagaan
Tempoh: 3 tahun

Tinjauan pemasaran telah dilakukan selama sebulan. Hal ini telah dilakukan untuk menganalisis
potensi pelaburan yang ada di suatu tempat dan komuniti. Melalui tinjauan tersebut, kami telah
mendapati bahawa pelaburan kedai komputer merupakan satu idea yang baik dan akan
menguntungkan perniagaan ini. Oleh hal yang demikian, potensi pelaburan ini dinilai
menggunakan perancangan pengurusan kewangan dengan membuat portfolio untuk menilai
jangkaan untuk melaksanakan perniagaan ini. Pinjaman akan dibuat selepas perancangan
dibuat dan akan siap sedia untuk melaksanakan perniagaan. Dalam tempoh 3 tahun sekiranya
jangkaan tersebut berlaku, perniagaan ini akan dikembangkan dengan lebih pesat dengan
membina tempat operasi yang baru di tempat yang luas dan lebih strategik seperti di pusat beli
belah yang mana ia merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai yang tidak
hanya tertumpu kepada pelajar universiti sahaja. Hal ini merupakan perancangan jangka masa
yang panjang untuk mengembangkan perniagaan ini di samping mengekalkan harga yang
berpatutan dengan kualiti yang terbaik.
Rumusan

Dengan perancangan kewangan yang telah dirancang, Bado Computer & Services Sdn. Bhd.
diyakini akan dapat dimulakan dan berkembang maju mengikut perancangan dan jangkaan
yang telah dibuat. Hal ini demikian akan mengikut perkembangan trenda kewangan semasa
yang akan mempengaruhi perniagaan ini dari segi keuntungan. Dengan modal yang telah
dirancang, perniagaan ini akan menarik minat orang ramai terutamanya pelajar-pelajar universiti
dan orang di sekitar.

Semakin lama perniagaan ini di alam dunia perniagaan, perniagaan ini akan dinaiktaraf kepada
yang lebih maju dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana segala untung akan dibuat
modal pusingan supaya dapat digunakan dari masa ke semasa. Tumpuan utama ditumpukan
kepada menyediakan perkhidmatan dan perkakasan yang berkualiti tinggi dengan harga yang
berpatutan. Hal ini demikian kerana perniagaan ini menfokuskan kepada pelajar-pelajar
universiti yang belum bekerja dan mereka akan memerlukan servis dengan harga yang
berpatutan.
Rujukan
Ab. Aziz Yusof. (2003). Prinsip Keusahawanan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Abbas Pourhosein Gilakjani. (2013). Factors Contributing to Teachers’ Use of Computer


Technology in the Classroom. Universal Journal of Educational Research, 262-267.

Abu Bakar Hamed. (2006). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Sintok: Universiti
Utara Malaysia.

Business Insider. (2019, October 1). How Business Keep Up With Technology. Retrieved from
Business Insider: https://www.businessinsider.com/sc/how-businesses-keep-up-with-
technology?IR=T

Hanafizadeh, P., Ghandchi, S., & Msoud Asgarimehr. (2017). Impact of Information Technology
on Lifestyle: A Literature Review and Classification. International Journal of Virtual
Communities and Social Networking.

Maktab Kerjasama Malaysia. (2010). Rancangan Perniagaan. Petaling Jaya: Maktab Kerjasama
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai