Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ ILMU PENDIDIKAN TAJUK: 10. KAEDAH PENGAJARAN 1.

Senaraikan tiga jenis tunjuk cara yang digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah 2. Untuk menghasilkan aktiviti pengajaran melalui tunjuk cara dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip tersebut. Huraikan prinsip-prinsip untuk menjalankan tunjuk cara. 3. Berikut adalah bukan definisi model persepsi, kecuali A. model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. B. penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. C. tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru.

SKEMA JAWAPAN: 1. - model hidup Model simbolik Model persepsi

2. i. Sebelum demonstrasi Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan. ii. Semasa demonstrasi Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.

Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.

iii. Semasa demonstrasi. Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

3. B

Anda mungkin juga menyukai