Anda di halaman 1dari 9

HIPOTESIS TOPIK 3.

5: APLIKASI PRINSIP ARCHIMEDES


OLEH: MOHAMAD AZRUL BIN WAHID

DEFINISI HIPOTESIS
Pernyataan tentang sesuatu objek/peristiwa berdasarkan pemerhatian yang berupa penerangan yang mungkin betul atau tidak. Hipotesis dibina berdasarkan inferens yang dibuat. Hipotesis juga boleh merupakan pernyataan hubungan antara pembolehubah manipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Murid boleh: menjelaskan daya apung. Mengaitkan daya apung dengan berat cecair yang tersesar. Menyatakan prinsip Archimedes. Menghuraikan aplikasi prinsip Archimedes

KONSEP PRINSIP ARCHIMEDES


apabila sebuah benda sebagian atau seluruhnya tenggelam kedalam air, maka benda tersebut akan mendapat daya tujah yang mengarah ke atas yang besarnya sama dengan berat air yang disesarkan.

AKTIVITI 1
Memasukkan kedua-dua botol plastik yang sama saiz yang masing-masing penuh mengandungi dengan air garam dan minyak ke dalam air biasa. Memasukkan botol plastik yang lebih besar yang mengandungi minyak yang penuh daripada botol yang mengandungi air garam yang penuh ke dalam air biasa.

AKTIVITI 2
Ukur berat botol plastik yang mengandungi air garam di udara dan di dalam air. Sediakan bikar yang mempunyai corong melintang dan mengandungi air yang penuh kemudian letakkan botol plastik yang mengandungi air ke dalamnya dan ukur berat air yang disesarkan. Ulang langkah dengan menggantikan botol plastik yang mengandungi minyak

Anda mungkin juga menyukai