Anda di halaman 1dari 33

Definisi kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Kesihatan
Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan yang sesuai adalah perlu untuk memastikan pelajaran
Pendidikan Kesihatan yang anda sampaikan adalah seronok dan
pelajar-pelajar terus menunjukkan minat yang tinggi.
Mok Soon Sang (2003), mendefinisikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran sebagai cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Dengan ini konsep kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan adalah suatu siri tindakan anda yang
sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik
iaitu jangka pendek sesuatu pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan.
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan
Pendidikan Kesihatan adalah pelajaran yang menekankan amalan
gaya hidup yang sihat. Kaedah yang dicadangkan bagi Pendidikan
Kesihatan ini adalah pembelajaran melalui peningkatan
pengetahuan, pengalaman dan amalan yang meliputi :
i. penglibatan pelajar secara penghayatan ilmu.
ii. interaksi dengan anda, rakan dan masyarakat.
iii. penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan pelajar-pelajar
sebagai bukti pembelajaran.

1 Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan atau pemudahcaraan ialah kaedah yang
menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran supaya dapat
dijalankan dengan lancar. Kemahiran perbincangan merupakan
kemahiran yang sangat penting dan sesuai dijalankan sama ada
secara kelas atau secara kumpulan. Anda yang memainkan
peranan sebagai seorang fasilitator mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dengan pelbagai teknik mengajar yang
menarik seperti menyoal, menerang dan sebagainya.
Prinsip-Prinsip Kaedah Perbincangan
i. Pemilihan tajuk perbincangan berasaskan kepada pengalaman,
kebolehan
dan minat pelajar-pelajar supaya ramai pelajar
menyertai perbincangan itu.
ii. Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada pelajar
sebelum perbincangan dimulakan.
iii. Pengerusi dan pencatat harus dipilih daripada kalangan pelajar
untuk mengendalikan sesi perbincangan
iv. Pelajar-pelajar
harus
diberitahu
cara
dan
peraturan
perbincangan terlebih dahulu
untuk memastikan aktiviti
perbincangan berjalan dengan lancar.
v.

Semasa aktiviti perbincangan, anda harus menggalakkan dan


membimbing setiap
pelajar melibatkan diri secara aktif dalam
sesi perbincangan.

vi. Semasa sesi perbincangan, pelajar-pelajar digalakkan mencatat


idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa.
vii.Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatatkan haruslah
dirumuskan untuk pengerusi membuat ulasan.
viii. Sedikit masa harus diperuntukkan bagi anda atau pengerusi
membuat ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan
serta memberi pujian kepada pelajar pelajar yang telah
menyertai aktiviti perbincangan itu.

2 Kaedah Demonstrasi
Kaedah demonstrasi adalah suatu jenis kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran anda menunjukkan cara
atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan pelajar-pelajar.
Oleh itu kaedah demonstasi ini juga dikenali sebagai kaedah tunjuk
cara.
Prinsip-Prinsip Kaedah Demonstrasi
i. Sebelum Demonstrasi
a. Anda hendaklah menentukan tajuk, objektif dan kandungan
demonstrasi terlebih dahulu kepada pelajar-pelajar.
b. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkahlangkah demonstasi yang ditentukan.
c. Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan
semua pelajar dapat menyaksikannya dengan jelas.
d. Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau
bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.
e. Sebelum memulakan demonstrasi, anda hendaklah memberitahu
pelajar-pelajar tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak
diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya tanpa
melakukan sebarang kesalahan.
ii. Semasa Demonstrasi
a. Anda harus memandang ke arah pelajar semasa memberi
penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.
b. Sekiranya pelajar menunjukkan keraguan, anda hendaklah
menerangkan langkah itu sekali lagi.
c. Anda boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik
perhatian pelajar.
d. Pastikan semua pelajar dapat melihat demonstrasi serta
mendengar penerangan anda dengan jelas.

e. Jika ada masa anda boleh meminta seorang pelajar membuat


demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman
tentang cara-cara melaksanakannya.
iii. Selepas Demonstrasi
a. Bincangkan dengan pelajar-pelajar tentang bahagian-bahagian
demonstrasi yang penting untuk memastikan bahawa pelajarpelajar telah memerhatikan langkah langkah demonstrasi yang
telah ditunjukkan dengan betul.
b. Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka
boleh membuat rumusan dengan tepat.
c. Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi dengan
aktiviti demonstrasi pelajar atau mencatat langkah-langkah
demonstrasi dalam buku nota.

3 Kaedah Penyelesaian Masalah


Kaedah penyellesaian masalah memerlukan pelajar-pelajar
menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka
pelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang
ditimbulkan.
Prinsip-Prinsip Kaedah Penyelesaian Masalah
i. Soalan bermasalah harus diberikan sebaik sahaja pelajar
memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang
berkaitan.
ii. Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kepada kebolehan
dan pengetahuan lepas pelajar serta sesuai dengan pengalaman
mereka.
iii. Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, anda harus
membimbing pelajar memahami dan mengenal pasti masalah itu.
iv. Berbincang dengan pelajar pelbagai cara
membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

yang

mana

v. Elakkan memberi tunjuk cara anda tentang cara menyelesaikan


masalah iaitu segala proses pemikiran cara penyelesaian
masalah harus dijalankan oleh pelajar sendiri.
Kaedah penyelesaian masalah yang digunakan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan biasanya
melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing pelajar-pelajar
memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan,
mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan untuk
membolehkan mereka menyelesaikan masalah itu, memilih strategi
yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka untuk
menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

4 Kaedah Pengajaran Kumpulan


Kaedah pengajaran kumpulan boleh dijalankan dalam dua cara iaitu
membahagikan
pelajar-pelajar
mengikut
kebolehan
dan
membahagikan pelajar-pelajar dalam kumpulan yang mempunyai
pelbagai
kebolehan. Perancangan dan pengurusan kaedah
pengajaran kumpulan yang berkesan harus berlandaskan kepada
prinsip prinsip pengajaran kumpulan.
Prinsip-Prinsip Kaedah Pengajaran Kumpulan
i. Untuk memastikan pelajar-pelajar ditetapkan dalam kumpulan
yang sesuai, anda harus mengadakan penilaian dengan tujuan
mengetahui taraf pencapaian pelajar pelajar terlebih dahulu.
ii. Ketua kumpulan harus dilantik bagi setiap kumpulan untuk
membantu anda menguruskan aktiviti kumpulan, seperti
mengedar dan mengutip bahan-bahan pembelajaran serta
membimbing ahli-ahli kumpulannya menjalankan aktiviti
pembelajaran.
iii. Penyusunan kerusi-meja harus memudahkan pelajar-pelajar
untuk melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.
iv. Sebelum aktiviti kumpulan dimulakan, arahan yang jelas perlu
diberikan kepada pelajar-pelajar supaya mereka boleh mengikuti
sepenuhnya aktiviti itu tanpa sebarang kesilapan.
v. Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan harus disediakan
dengan cukup supaya setiap kumpulan boleh menggunakannya
dalam masa yang diperuntukkkan.
vi. Pelajar-pelajar dibenarkan bergerak dalam kumpulan mereka
atau berbincang dengan ahli kumpulan asalkan mereka tidak
mengganggu aktiviti pembelajaran yang sedang dijalankan.
vii.Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, anda haruslah beredar dari
kumpulan ke kumpulan untuk memberi bimbingan yang
sewajarnya.

viii. Selepas aktiviti kumpulan selesai dijalankan, anda haruslah


mengagihkan sedikit masa untuk perbincangan keseluruhan
kelas supaya setiap orang pelajar dapat mengetahui aktivitiaktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan-kumpulan lain.
5 Kaedah Simulasi
Kaedah simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan
yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang
sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satusatu masalah. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan
pelajar-pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang
teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara
penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.
Prinsip-Prinsip Kaedah Simulasi
i. Anda hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan
mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
ii. Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan ringkas
tentang masalah, peranan watak dan tempoh masa sesi simulasi
hendaklah diberikan.
iii. Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam pertuturan sebagai
pelakon. Ini akan menjamin aktiviti lakonan dapat dijalankan
dengan lancar.
iv. Semasa sesi simulasi, pastikan pelajar-pelajar lain yang menjadi
penonton benar benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti
lakonan itu.
v. Selepas sesi simulasi, anda hendaklah meminta pelajar-pelajar
memberi pandangan tentang cara-cara penyelesaian masalah
seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.
vi. Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara
pelajar pada akhir waktu pengajaran dan pembelajaran.

vii.Jika perlu, sediakan skrip lakonan dan edarkan kepada pelajarpelajar yang dipilih serta sediakan alatan seperti topeng untuk
pelakon.
Terdapat dua jenis kaedah simulasi yang biasa digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan di dalam bilik
darjah iaitu sosiodrama dan main peranan. Dalam kaedah simulasi
ini pelajar-pelajar akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan
cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura
pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, pelajarpelajar dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah
yang ditimbulkan. Masalah-masalah ini boleh melibatkan sesuatu
kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa peristiwa yang
berlaku di alam sekitar seperti di sekolah, jalan raya, pasar, kedai,
tempat awam dan sebagainya.
Sosiodrama merupakan aktiviti lakonan berdasarkan sesuatu cerita
yang lengkap, di mana skrip lakonan biasanya disediakan terlebih
dahulu untuk pelajar-pelajar yang dipilih berlakon supaya mereka
dapat membaca dan membuat persediaan. Main peranan pula
merupakan aktiviti lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan
pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip iaitu suatu situasi yang
direkakan dan ditimbulkan oleh guru.

6 Kaedah Projek
Kaedah projek adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa
hasil pembelajaran pelajar-pelajar akan menjadi lebih berkesan jika
mereka menaruh minat dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti
pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik.
Kaedah projek ini menyarankan bahawa pelajar-pelajar, belajar
melalui projek kaji selidik, projek hasil tangan dan projek lawatan.
Melalui kaedah projek ini, pelajar pelajar dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi
yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.

Prinsip-Prinsip Kaedah Projek Kaji Selidik


i. Anda harus menentukan tajuk kajian yang sesuai dengan
pengalaman, kebolehan serta kecenderungan pelajar.
ii. Tujuan dan langkah-langkah menjalankan kaji selidik harus
ditentukan terlebih dahulu dan diberikan kepada pelajar-pelajar
yang akan menjalankan kaji selidik.
iii. Untuk memudahkan pelajar-pelajar menjalankan kaji selidik,
anda boleh menyediakan alatan kajian seperti senarai semak,
soalan-soalan yang perlu dijawab serta bahan-bahan yang
diperlukan.
iv. Pastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap
pelajar dalam kumpulannya benar-benar melibatkan diri.
v. Bimbingan
dijalankan.

harus

diberikan

semasa

aktiviti

kaji

selidik

vi. Hasil kaji selidik harus dibincangkan dan penilaian dibuat


selepas aktiviti kaji selidik telah selesai dijalankan.
Prinsip-Prinsip Kaedah Projek Hasil Tangan
i. Tentukan objek hasil tangan yang diberikan adalah berdasarkan
minat dan kebolehan pelajar.
ii. Sediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk pelajar-pelajar
membuatnya.
iii. Berikan penerangan tentang langkah-langkah menghasilkan
objek itu.
iv. Tunjukkan contoh atau memberi tunjuk cara bagaimana
menghasilkan objek itu.
v. Tetapkan tempoh masa menyiapkan projek itu.
vi. Adakan perbincangan tentang hasil tugas yang telah dibuat oleh
pelajar.

vii.Pamerkan objek-objek yang dihasilkan dengan baik dan menarik


sebagai galakan.

Prinsip-Prinsip Kaedah Projek Lawatan


i. Sebelum Lawatan
a. Pilih tempat melawat yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yang
pelajar-pelajar baharu belajar.
b. Mendapat kebenaran daripada Guru Besar,pihak tempat
melawat, pihak polis serta ibu bapa pelajar.
c. Menguruskan kenderaan yang akan membawa pelajar-pelajar
ke tempat lawatan.

d. Memberi
taklimat
kepada
pelajar-pelajar
tentang
keselamatan,tingkah laku,tujuan serta perkara-perkara yang
hendak diperhatikan.
e. Menyediakan alatan kelenkapan yang perlu digunakan untuk
lawatan.
ii. Semasa Lawatan
a. Membahagikan pelajar-pelajar dalam beberapa kumpulan kecil
mengikut tajuk kajian masing-masing.
b. Memastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kajian.
c. Menjaga keselamatan pelajar-pelajar dan melarang mereka
bertindak sesuka hati.
d. Memberi penerangan
keraguan.

apabila

pelajar-pelajar

menunjukkan

iii. Selepas Lawatan


a. Adakan satu sesi perbincangan mengenai perkara-perkara yang
telah diperhatikan dan dicatatkan semasa lawatan.
b. Adakan aktiviti susulan seperti membuat model, melukis pelan
dan poster atau mempamerkan benda-benda yang dikumpulkan
dari tempat lawatan.

Definisi strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Kesihatan
Anda digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun
dan menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian pelajar-pelajar.
Dengan ini disarankan bahawa strategi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan hendaklah merangkumi
pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber agar pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan akan menjadi lebih seronok
dan berkesan.
Mok Soon Sang (2003), mendefinisikan strategi pengajaran dan
pembelajaran sebagai penentuan dan perancangan kaedah serta
teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang dalam
sesuatu pendekatan dengan berkesan.
Dengan ini konsep strategi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan adalah kebijaksanaan memilih serta
kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran
Pendidikan Kesihatan berdasarkan objektif yang telah ditentukan.
Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan
Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan hendaklah berdasarkan pertimbangan terhadap teoriteori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar.
Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan
pencapaian objektif yang berkesan.

1.

Strategi Kemahiran Berfikir

Strategi kemahiran berfikir merupakan satu proses menggunakan


minda sama ada untuk membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan interaksi antara
pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai dalam minda
individu.

Komponen Kemahiran Berfikir


i. Kemahiran Berfikir Kritis
Kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu nilai dan bersifat
evaluatif.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Mencirikan
Membanding dan membeza
Mengumpul dan membeza
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondorongan
Menilai
Membuat kesimpulan

ii. Kemahiran Berfikir Kreatif


Kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat
generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea yang
ada.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Menjana idea
Membuat inferens
Menghubung kait
Meramal
Membuat hipotesis
Mensintesis
Mengitlak
Menganalogi
Membuat gambar mental
Mereka cipta

iii. Kemahiran Berfikir Menaakul


Membantu sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara
logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.
a. Penaakulan secara induktif
b. Penakulaan secara deduktif

iv. Strategi Berfikir


Proses berfikir yang berperingkat dan mengandungi beberapa
langkah yang melibatkan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan
menaakul. Kesemuanya kemahiran yang digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke
arah mengkonsepsikan, membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah.
a. Mengkonsepsikan
b. Menyelesaikan masalah
c. Membuat keputusan
Penguasaan pelajar-pelajar dalam kemahiran berfikir menjadi lebih
berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan
pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan
adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan serta peta minda.
2.

Strategi Kemahiran Belajar Cara Belajar

Strategi kemahiran belajar cara belajar adalah proses untuk


memperolehi teknik belajar yang betul sama ada bersama guru atau
tanpa guru. Pelajar belajar menggunakan kemahiran belajar.
a.
b.
c.
d.
e.

Kemahiran mendengar
Kemahiran membaca
Kemahiran mencatat nota
Kemahiran menulis
Kemahiran mengingat

Kemahiran maklumat adalah keupayaan mengenalpasti dan


mengumpul maklumat secara berkesan melalui sumber
pembelajaran.
Sumber Pembelajaran
a.
b.
c.
d.

Berasaskan manusia
Berasaskan bahan bercetak
Berasaskan audio visual
Berasaskan komputer

Proses Mendapatkan Maklumat


a. Cari dari sumber pembelajaran
b. Kenal pasti maklumat
c. Nilaikan dan kumpulkan
Kemahiran Mendapatkan Maklumat
a.
b.
c.
d.

Menemuramah
Membuat rujukan
Merujuk kamus
Melayari internet

Gaya Pembelajaran
Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut
kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya
pembelajaran. Pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya
pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenalpasti gaya
pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Gaya pembelajaran
utama yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan ialah gaya pembelajaran visual, auditori,
kinestetik, kecekapan tangan, berkumpulan dan individu.
i. Gaya Pembelajaran Visual
Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat perkataan dalam
buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang
banyak, dapat belajar bersendirian dengan membaca buku dan
perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan
sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat.
ii. Gaya Pembelajaran Auditori
Pelajar belajar daripada perkataan yang dikemukakan, dapat
mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan
menggerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat
daripada mendengar pita audio, syarahan dan perbincangan kelas.

iii. Gaya Pembelajaran Kinestetik


Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan terlibat
secara aktif dalam aktiviti, lawatan dan main peranan. Kombinasi
rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar
memahami perkara baru.
iv. Gaya Pembelajaran Kecekapan Tangan
Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat
latihan amali dengan bahan seperti melakukan eksperimen di
makmal, membina model dan menyentuh serta menggunakan
bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar
memahami maklumat baru.
v. Gaya Pembelajaran Berkumpulan.
Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat
menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang
lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar
yang lain dan stimulasi daripada rakan membantu memahami
perkara baru.
vi. Gaya Pembelajaran Bersendirian
Pelajar belajar, berfikir dan memahami serta mengingat maklumat
baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan sesuatu
bersendirian.
Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih
dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut di
atas manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar
menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut di atas dan
hendaklah memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu
pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Kesihatan mereka.

3.

Strategi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Strategi teknologi maklumat dan komunikasi adalah menggunakan


teknoligi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi
i. Memberi peluang pembelajaran.
ii. Pembelajaran yang menarik minat pelajar.
iii. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan.
iv. Meningkatkan motivasi, kreativiti dan imaginasi.
v. Pembelajaran kendiri mengikut keupayaan individu.
vi. Melaksanakan eksperimen yang sukar dijalankan.
vii.Mengakses dan mengumpul maklumat yang sukar diperolehi.
viii.

Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pembelajaran


Tutorial
Teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran tutorial
adalah digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini
merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu
fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh
sistem dan latihan atau latihtubi yang disampaikan dan dikawal oleh
sistem.

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pembelajaran


Penerokaan
Teknologi maklumat dan komunikasi untuk pembelajaran
penerokaan adalah digunakan sebagai medium untuk mencari
dan mengakses maklumat daripada
CD-ROM, internet, portal maklumat dan sebagainya. Mengalami,
mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan
melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh
dikawal oleh pelajar.
Dalam pembelajaran penerokaan, pelajar boleh mengawal dan
menentukan maklumat yang diterima melalui teknologi maklumat
dan komunikasi. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana
pelajar hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan
ditentukan oleh sistem.
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Aplikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat aplikasi adalah
digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar
melaksanakan tugas pembelajaran bukan sebagai mekanisma
penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplotkan graf.
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Sebagai Alat Pemudah
Komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat pemudah
komunikasi adalah digunakan untuk memboleh pelajar dan anda
daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk. Kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam
pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi
pelbagai mod.
Dalam konteks penggunaan strategi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik
dan mesti digunakan. Strategi yang terbaik sebenarnya ialah

apabila penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai


dengan keperluan pelajar serta dapat membuahkan hasil yang
diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Dalam konteks
pengajaran, teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan
sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi manakala dalam
konteks pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi adalah sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi.

4.

Strategi Kecerdasan Pelbagai

Strategi kecerdasan pelbagai adalah daripada teori kecerdasan


pelbagai iaitu satu teori tentang kefahaman bahawa pelajar memiliki
kombinasi pelbagai kecerdasan dan kombinasi ini berbeza di antara
individu untuk menyelesaikan masalah.
Jenis Kecerdasan Pelbagai
Terdapat lapan jenis kecerdasan pelbagai yang melibatkan
kecenderungan potensi seseorang pelajar.

i. Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan
dan penulisan termasuklah kebolehan mengingat maklumat,
menyakini orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan verbal-linguistik dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah teka-teki,
teka kata, memberi idea, silang kata membezaka, persamaan dan
lain-lain.

ii. Kecerdasan Logik-Matematik


Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak
berhujah termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip
sebab-akibat serta kebolehan menjangka.

Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan logik-matematik dalam


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah merekod
ujian kesihatan, merekod fakta kesihatan, menyelesaikan masalah
kesihatan dan lain-lain.

iii. Kecerdasan Visual-Ruang


Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahan idea visual
dan ruang secara grafik.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan visual-ruang dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah peta
minda, melakar, melukis, permainan imaginasi, permainan berselirat
dan lain-lain.

iv. Kecerdasan Kinestetik


Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan
dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan kinestetik dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah berlakon,
manupulasi alat dan bahan, merasai, lakuan dalam aktiviti dan lainlain.

v. Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk kebolehan
mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan
tempo dalam melodi yang mudah.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan muzik dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah pergerakan berentak,
aktiviti ikut irama, menyanyi, memadankan perasaan kepada muzik,
menyedari ritma dan lain-lain.

vi. Kecerdasan Interpersonal


Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara
berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti
menggalakkan pelajar menyertai sesuatu projek.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan interpersonal dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah kerja
berkumpulan, pembelajaran koperatif, membuat
projek,
sumbangsaran, aktiviti melibatkan interaksi dalam kumpulan
dan lain-lain.
vii.

Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,


hasrat dan kehendak termasuklah kemahiran bagaimana seseorang
itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga
dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan
serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan intrapersonal dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah membina
self-esteem, meditasi, membuat refleksi berdasarkan pengalaman
serta perasaan dan lain-lain.

viii. Kecerdasan Naturalis


Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuhan, galian dan
haiwan termasuk rumput-rampai, batu-batan serta pelbagai flora
dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak
budaya dari segi pakaian dan makanan.
Contoh-contoh aktiviti aplikasi kecerdasan naturalis dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan ialah
pendidikan luar, lawatan sambil belajar, perkhemahan, mencari
harta karun dan lain-lain.
Proses penggunaan strategi kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan adalah secara
perkongsian, jaringan, kesepaduan, sisipan dan jalinan.

5.

Strategi Pembelajaran Masteri

Strategi pembelajaran masteri adalah merupakan pembelajaran


berkualiti dan sistematik untuk membolehkan semua pelajar
menguasai setiap unit pembelajaran berdasarkan kemampuan
sendiri dalam tempoh masa yang diperuntukkan sebelum
melangkah ke unit pembelajaran seterusnya.
Prinsip-Prinsip Strategi Pembelajaran Masteri
i. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang strategik dan
jelas.
ii. Semua pelajar dapat belajar mengikut kemampuan sendiri.
iii. Pelajar dapat menguasai unit pembelajaran mengikut urutan.
iv. Latih tubi atau latihan yang mencukupi semasa pengajaran.
v. Masa yang mencukupi diperuntukkan untuk menguasai setiap
unit pembelajaran.

Ciri-Ciri Strategi Pembelajaran Masteri


i. Hasil pembelajaran
pembelajaran.

ditetapkan

mengikut

hieraki

unit

ii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, berkesan,


menarik dan menggembirakan.
iii. Kepelbagaian bahan pengajaran
mencukupi, menarik dan berkesan.

dan

pembelajaran

yang

iv. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).


v. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk pelajar yang belum
menguasai aras masteri.
iv. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk pelajar yang telah
mencapai aras masteri.

Bagi melaksanakan
strategi pembelajaran masteri dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan langkahlangkah berikut perlulah diikuti iaitu :
i. Penentuan hasil pembelajaran
ii. Pengajaran dan pembelajaran
iii. Penilaian
iv. Tindakan susulan pemulihan dan pengayaan

Strategi pembelajaran masteri wajar dilaksanakan dalam


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan kerana guru
perlu menyedari bahawa pelajar pelajar mempunyai kebolehan dan
keperluan yang berbeza, kaedah-kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan serta menguasai
pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Oleh itu semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Kesihatan menggunakan strategi pembelajaran masteri
anda hendaklah mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar
adalah berbeza, kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajaran, kemudahan yang sedia ada dan masa yang
diperuntukkan untuk Pendidikan Kesihatan.

6.

Strategi Pembelajaran Kontekstual

Strategi pembelajaran konteksual adalah pembelajaran yang


menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian
individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Strategi
ini
menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on (melakukan) dan minds-on (berfikir).
Mengikut teori pembelajran kontekstual, pembelajaran hanya akan
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan
membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan
persekitarannya. Teori pembelajaran kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada
di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

Bentuk Strategi Pembelajaran Kontekstual


Dalam strategi pembelajaran kontekstual, objektif pembelajaran
dapat dicapaui melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk itu adalah
menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan
memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan hendaklah
mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran.
Pelajar yang melalui strategi pembelajaran kontekstual berupaya
mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada
situasi lain.

i. Bentuk Menghubung Kait (Relating)


Belajar dalam konteks menghubungkait pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup.
ii. Bentuk Mengalami (Experiencing)
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.
iii. Bentuk Mengaplikasi (Applying)
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi
boleh digunakan dalam situasi lain.
iv. Bentuk Bekerjasama (Cooperating)
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklumbalas dan
berkomunikasi
v. Bentuk Memindahkan (Transfering)
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan
atau membina daripada apa yang telah diketahui.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan,
strategi pembelajaran kontekstual perlu melalui proses motivasi,
pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian.
Kebolehan hands-on dan minds-on merupakan asas strategi
pembelajaran kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong
naluri ingin tahu pelajar dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti
bermakna kepada mereka.
Strategi pembelajaran kontekstual dapat membina keyakinan diri
kerana pelajar dapat memahami perhubungan antara teori dan
amalan. Strategi ini juga membina kumpulan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu

mendapat sokongan
dan
dorongan
industri.
Strategi
pembelajaran kontekstual ini dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara
diperingkat dunia.
7.

Strategi Pembelajaran Konstruktivisme

Strategi pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman


bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara
aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengalaman baru.
Ciri-Ciri Strategi Pembelajaran Konstruktivisme
i. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdailog dengan anda.
ii. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran.
iii. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
iv. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar.
v. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan
situasi dunia yang sebenar.
vi. Menggalakkan
eksperimen.

proses

inkuiri

pelajar

melalui

kajian

dan

vii.Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana pelajar


belajar sesuatu idea.
viii. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh
pelajar.
viiii.Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar
dan
menggunakannya sebagai panduan merancang
pengajaran.

Strategi pembelajaran konstruktivisme mempunyai kelebihan dari


segi lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih
kemahiran sosial dan lebih seronok.
i. Lebih Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baru, pelajar akan berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat
keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan
dan cabaran. Sebagai contoh, aktiviti mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi dan kesimpulan.
ii. Lebih Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih
jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan
pengetahuan baru. Seorang pelajar yang memahami apa yang
dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru
dalam kehidupan dan situasi baru.
iii. Lebih Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat meningati
lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif
dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
iv. Lebih Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk
membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini
menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani
menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

v. Lebih Kemahiran Sosial


Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang
lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran
sosial ini diperolehi apabila pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan
dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi. Lebih Seronok
Dalam strategi pembelajaran konstruktivisme, pelajar membina
sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan
mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus
belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.
Dalam strategi pembelajaran konstruktivisme, konsep
5E
hendaklah dipertimbangkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan iaitu :
i. Engage (merangsang rasa ingin tahu)
a.
b.
c.
d.

Tajuk dan tugasan


Menarik minat pelajar
Menjana rasa ingin tahu
Kemukakan soalan

ii. Explore (memenuhi rasa ingin tahu)


a.
b.
c.
d.

Menggunakan soalan untuk mencari


Membuat ujikaji
Menggalakkan kerjasama
Menggunakan soalan provokasi

iii. Explain (menerangkan konsep)


a. Menjelaskan konsep
b. Penjelasan daripada orang lain
c. Meminta justifikasi dan penjelasan

iv. Elaborate (meluaskan konsep kepada bidang lain)


a. Hubungkait konsep dengan bidang lain
b. Membuat hubungkait konsep dengan situasi sebenar
v. Evaluate (menilai pemahaman pelajar)
a. Menunjukkan pemahaman tentang konsep dan kemahiran
b. Menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar
c. Memberi soalan terbuka seperti mengapa dan apa pendapat
anda
Strategi pembelajaran konstruktivisme, dapat mengatur pelajar
melakukan kajian, menyediakan aktiviti di mana pelajar dapat
pengalaman melakukan tindakan iaitu pengetahuan dibina sendiri
oleh pelajar secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia
ada.
8.

Strategi Pembelajaran Akses Kendiri

Strategi pembelajaran akses kendiri adalah cara pelajar belajar


secara kendiri melalui pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran
serta menilai kemajuan sendiri. Pelajar mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
Ciri-Ciri Strategi Pembelajaran Akses Kendiri
i. Persekitaran pembelajaran fleksibel dan selesa tanpa tekanan.
ii. Mudah akses bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator.
iii. Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
iv. Belajar secara bersendirian atau kumpulan.
v. Belajar mengikut kadar dan kemajuan individu.
vi. Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri.

Kriteria Pusat Pembelajaran Akses Kendiri


i. Lokasi
a. Mudah dikunjungi pelajar
b. Senang diawasi guru
ii. Reka Bentuk
a.
b.
c.
d.

Ceria, selesa dan kondusif


Menggalakkan kunjungan pelajar
Tidak formal
Bebas tekanan

iii. Susun Atur


a. Bilik
b. Ruang, sudut dan laluan
c. Pusat mudah alih
Fungsi Pusat Pembelajaran Akses Kendiri
i. Menyediakan persekitaran yang selesa dan menarik.
ii. Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran.
iii. Memberi peluang kepada
pembelajaran yang berkenaan.

pelajar

untuk

menjalankan

iv. Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja pelajar


v. Berfungsi sebagai pusat pengajaran, kemahiran, amali dan
pembelajaran.

9.

Strategi Kajian Masa Depan

Strategi kajian masa depan adalah satu kemahiran yang


mempunyai strategi, alat dan teknik serta matriks bagi mengkaji
masa depan berdasarkan sejarah dan masa kini. Individu perlu
mampu membuat perubahan dan ramalan berdasarkan
pengetahuan dan maklumat yang sedia ada. Seterusnya perlu
menjangka kesan atau akibatnya dari trend atau bahan serta
mengawal dan mengendalikan perubahan supaya mendapat
manfaat yang maksimum dengan mengambil pertimbangan dalam
hal berkaitan dengan budaya, bangsa dan keagamaan.

Prinsip-Prinsip Strategi Kajian Masa Depan


Strategi kajian masa depan membolehkan pelajar-pelajar
menangani cabaran sebagai ahli masyarakat global yang
berperanan aktif pada masa depan. Terdapat empat prinsip strategi
kajian masa depan iaitu :
i. Prinsip Perubahan
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi,
industri, ekonomi dan sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu
tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk membuat keputusan
merancang.
ii. Prinsip Pandangan Jauh
Era globalisasi telah menyebabkan perhubungan fizikal dan sosial
di dunia dekat. Kejadian yang berlaku di sesuatu tempat akan
memberi kesan pada orang dan tempat yang lain. Kemahiran
berpandangan jauh memberi perlindungan daripada kesan kesan
tersebut. Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil
langkah langkah pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya
krisis itu masih berlaku, seseorang masih berupaya menangani
perubahan dan kesan daripada krisis tersebut.

iii. Prinsip Perancangan Strategik


Bayangan dan andaian tentang masa depan, boleh membentuk dan
mempengaruhi tindakan kita pada masa ini. Oleh itu, bayangan dan
andaian tersebut boleh digunakan dalam perancangan secara
strategik untuk mencapai masa depan yang diingini.
iv. Prinsip Pengupayaan
Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan
tentang masa depan mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan
kemahiran perancangan strategik, cara menangani masalah serta
cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda
kebimbangan dalam menghadapi perubahan atau sesuatu yang
tidak dijangka.
Strategi kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan boleh diperkenalkan melalui dua komponen
iaitu :

i. Kemahiran Asas Kajian Masa Depan


a. Membuat ramalan
b. Menjangka akibat
c. Mengendali perubahan

ii. Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Pemahaman konsep masa depan


Pengumpulan maklumat dan analisis trend
Ramalan dan analisis
Penggunaan imaginasi dan kreativiti
Strategi mengatasi kebimbangan
Proses inovasi sosial
Pembinaan senario
Penjelasan nilai dan masa depan
Pemahaman dimensi kemapanan

Strategi kajian masa depan boleh digunakan sebagai satu matriks


memandang ke hadapan yang melibatkan pelbagai unsur penting
kajian masa depan untuk memahami konsep kajian masa depan
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Unsurunsur matriks yang saling mempengaruhi strategi kajian masa
depan ialah konsep utama, kemahiran khusus, proses, kapasiti,
persepsi, isu, tema dan aplikasi.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan,
strategi kajian masa depan boleh digunakan dengan tiga cara iaitu
menggunakan matriks sepenuhnya, menyisipkan kajian masa
depan dalam pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan
unsur-unsur kajian masa depan sebagai induksi atau susulan
pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai