Anda di halaman 1dari 16

KAEDAH DEMONSTRASI

KAEDAH DEMONSTRASI
Demonstrasi

adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Kaedah demonstrasi melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid.

Tujuan

kaedah demonstrasi adalah untuk membolehkan murid-murid melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan murid-murid mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru. Demonstrasi menggunakan bentuk komunikasi pendengaran serta penglihatan. Kaedah ini biasanya digunakan bagi menyampaikan pengetahuan dan kemahiran.

PRINSIP-PRINSIP DEMONSTRASI
Sebelum demonstrasi
Guru

hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan demonstrasi. Alatan dan radas perlu disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan.

Tempat

demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikannya dengan jelas. Guru perlu memastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. Guru hendaklah memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan.

Semasa demonstrasi
Guru

harus memandang ke arah murid-murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi. Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan sekali lagi. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

Guru

juga perlu memastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan dengan jelas. Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman murid-murid.

Selepas demonstrasi
Guru

boleh membincangkan dengan muridmurid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting. Guru juga boleh membincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat. Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

Jenis-jenis Demonstrasi
Model hidup Model simbolik Model persepsi

Model hidup merujuk kepada model yang sebenar digunakan untuk melaksanakan demonstrasi. Model simbolik merujuk kepada demonstrasi yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru. Model persepsi pula merujuk kepada penggunaan rakaman video yang menayangkan sesuatu demonstrasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KEBERKESANAN DEMONSTRASI
Laras

bahasa yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan demonstrasi. Gestur atau komunikasi tanpa berbahasa guru, iaitu pergerakan tangan, kepala dan air muka guru. Peralatan yang digunakan mestilah cukup besar dan seberapa ringkas yang boleh. Alatalat yang kompleks akan melindungi apa yang hendak ditunjukkan.

Demonstrasi

mestilah mudah dilihat oleh semua

murid. Kedudukan murid-murid diatur supaya setiap murid dapat melihat demonstrasi dan mendengar dengan jelas percakapan guru. Dalam kelas yang mempunyai ramai murid, murid-murid yang berdekatan dengan demonstrasi boleh duduk manakala murid-murid yang lebih jauh boleh berdiri. Murid-murid terlibat secara aktif dalam demonstrasi. Guru melatih melakukan demonstrasi terlebih dahulu.

KELEBIHAN-KELEBIHAN DEMONSTRASI
Murid-murid

dapat mencontohinya dengan lebih tepat serta lebih mudah untuk mereka melaksanakan sendiri. Murid-murid mendapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh. Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Memperkukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah untuk melaksanakannya.

Guru

dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku semasa murid melakukannya. Mutu persembahan murid-murid dapat dipertingkatkan. Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan cara demonstrasi. Mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya.

KELEMAHAN-KELEMAHAN DEMONSTRASI
Memerlukan

perancangan dan persediaan

yang teliti. Kurang berkesan sekiranya demonstrasi itu hanya menunjuk dan mencerita tanpa meminta maklum balas. Sukar digunakan dengan baik sekiranya objek-objek yang digunakan terlalu kecil. Demonstrasi mungkin menggalakan peniruan tanpa kefahaman.

SEKIAN, TERIMA KASIH!

Anda mungkin juga menyukai