Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH TUNJUK CARA(DEMONSTRASI)

Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru
mendemonstrasi cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid.

Sebelum demonstrasi

- Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih


dahulu.

- Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi


yang ditentukan.

- Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat


menyaksikan dengan jelas.

- Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin
boleh mengakibatkan kemalangan.

- Guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinya supaya mereka
dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan.

Semasa demonstrasi

- Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti
demonstrasi yang dijalankan.

- Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu


sekali lagi.

- Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

- Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar
penerangan guru dengan jelas.

- Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi
sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara
melaksanakannya.
Selepas demonstrasi

- Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan
memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah
ditunjukkan dengan betul.

- Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat


rumusan dengan tepat.

- Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui


aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah
demonstrasi dalam buku nota.

JENIS-JENIS TUNJUK CARA

Model hidup
Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi.

Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk
mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.

Model simbolik
Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara
bertulis,bergambar atau arahan guru.

Model persepsi
Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya
suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain
tidak ingin diketepikan.
‘MODEL 4C’

Kreativiti (creativity),

Dalam pdp, guru mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada
soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi
berfikir.

Pemikiran kritis (critical thinking),

Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan
dengan cara teknik penyoalan yang betul. Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan
KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritikal.

Kolaborasi (collaborative)

Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain.
Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak
strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain

Komunikasi (communication).

Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan
bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan,
penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi
pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.

Anda mungkin juga menyukai