Anda di halaman 1dari 15

2.2 TENIK-TEKNIK PENGAJARAN 2.

21 DEFINISI Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Teknik mengajar diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianut. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Manakala menurut Edward M. Anthonypula mendefinisikan teknik adalah satu muslihat, strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Terdapat beberapa teknik-teknik mengajar iaitu :

Belajar sambil main Main peranan Bercerita Pemudahcaraan Perbincangan Sumbangsaran Koperatif / kolaboratif Pemudahcaraan

Perbincangan Kaedah inkuiri penemuan Penyelesaian masalah (Theory of constraints)

Kaedah Tematik
Demonstrasi

Tunjuk Cara

Penyelesaian masalah

2.212

Belajar sambil main

LANGKAH-LANGKAH

Perancangan

Permulaan

Permainan

Penilaian

Perbincangan

Penutup

Menentukan permainan serta peraturan permainan dan masa permainan.

Menerangkan Murid-murid tujuan, peraturan, cara dan masa permainan. bermain manakala guru bertugas akan mengawas, memerhati dan membimbing murid.

guru menilai hasil permainan

Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

Murid-murid mencatat rumusan dan menyimpan alat permainan

2.212

Main peranan

Main peranan bermaksub melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjejaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempratikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimanakan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau

memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik main peranan ialah:

LANGKAH-LANGKAH

1. Guru menerangkan mengenai situasi bermasalah, peranan watak-watak dan tempoh lakonan 2. Guru memilih beberapa murid menjadi pelakon. 3. Murid-murid memainkan peranan masing-masing. 4. Guru berbincang dengan murid prestasi lakonan murid-murid dan cara penyelesaiannya. 5. Guru membimbing murid membuat catatan dan rumusan.

2.213

Bercerita

Merupakan salah

satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ia merupakan latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Teknik dapat meningkat penguasaan kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara juga memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan bercerita ialah:

LANGKAH-LANGKAH

1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid. 2. Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan ,gambar, topeng, pantung untuk menarik minat dan perhatian murid. 3. Pandangan terus ke muka murid secara bergilir2 spy melibatkan murid. 4. Memastikan suara jelas/lantang & variasi ransangan aspek nada/intonasi. 5. Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan. 6. Selepas bercerita, aktiviti susulan harus diadakan.

2.214

Pemudahcaraan

Ciri-ciri

1. Teknik penyoalan menggunakan satu siri soalan utk membimbing murid menemui sesuatu kesimpulan. 2. Percontohan pilih contoh yg sesuai spy mewakili keseluruhan aktiviti/tugasan agar murid dapat menyemburnakan aktiviti. 3. Scaffolding - bantuan sosial diberi dgn membahagikan aktiviti/tugasan kpd bbrp langkah kecil mengikut kefahaman murid sehingga mrk mencapai kejayaan. 4. Pengarahan guru menyampaikan arahan-arahan dengan jelas. 5. Penstrukturan kognitif guru membekalkan kerangka mental yang dapat membawa kefahaman terhadap pelajarannya.

2.215

Perbincangan Prinsip-prinsip

1. Pemilihan topic perbincangan berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid. 2. Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid. 3. Pilih pengerusi dan pencatat dalam kalangan murid. 4. Peraturan perbincangan juga diberitahu kepada murid. 5. Semasa sesi perbincangan, guru hanya memainkan peranan sebagai fasilitator. 6. Pada akhir perbincangan, guru dan pengerusi membuat rumusan dan ulasan.

Peringkat permulaan kemukakan soalan perbincangan terang tujuan perbincangan hurai peraturan/panduan perbincangan bahagi murid-murid kepada kumpulan

Langkahlangkah

Peringkat perbincangan Ahli-ahli mencadangkan idea penyelesaian. pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

Peringkat membuat penilaian dan rumusan. Pelapor membentang idea-idea. Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan. Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang disetujui.

2.216

Sumbangsaran

Prinsip-prinsip

Topik perbincangan sesuai dgn kebolehan dan minat murid Ahli kmpulan terdiri drppelbagai kebolehan Cadangan dan idea yg dikemukakan walaupun salah, tidak boleh dikritik. Rumusan hanya dibuat pada akhir perbincangan Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukan cadangan. Ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W untuk menjana idea. (what, why, who, where, when)

2.217

Kaedah kaedah inkuiri penemuan

LANGKAH-LANGKAH

1. Mengenal pasti topik kajian memilih topik mengikut kebolehan murid bincang tujuan kajian dgn murid 2. Merancang strategi penyelesaian meramal/membuat hipotesis tentukan cara menjalankan kajian 3. Mengumpul maklumat yg berkaitan melalui pemerhatian/eksperimen mencatat maklumat 4. Mengkaji & menganalisis maklumat menginterpretasi/mentafsir maklumat 5. Membuat generalisasi atau rumusan

2.218

Penyelesaian masalah (Theory of constraints)

Penggunaan TOC (Theory of constraints) membantu murid menggunakan kemahiran berfikir dan komunikasi secara sistematik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah.

1. Teknik awan selesai masalah konflik Contoh seperti main peranan, perbincangan, sumbangsaran, pemudahcaraan.

2. Teknik sebab dan akibat membimbing murid memikir tentang akibat sesuatu idea, tingkah laku, kejadian dan lain-lain. Tiga teknik TOC Contoh seperti kemaihran berfikir secara kritis dan kreatif.

3. Teknik mencita-cita kejayaan digunakan untuk selesai masalah berkaitan dengan cabaran Memerlukan teknik merancang secara kolaboratif & sistematik dan kemahiran berfikir secara sistematik & logik.

LANGKAH-LANGKAH

1. Kesedaran & mengenal pasti masalah Penyataan masalah Menentu apa yg perlu diubah Menentu objektif penyelesaian

2. Mengenal pasti cara penyelesaian masalah. Menentu apa perubahan yang berlaku .

3. Pelaksanaan cara penyelesaian masalah Mengendalikan proses perubahan

2.2 19 Kaedah Tematik

LANGKAH-LANGKAH

1. Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-topik kecil. 2. Terdapat kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3. Pilihan tema sesuai dgn minat, kebolehan, pengalaman dan berkait rapat dengan kehidupan harian 4. Merangkumi skop yg luas pelbagai bidang

2.220

Demonstrasi

Prinsip-prinsip

1. Sebelum demonstrasi Guru menentukan topik, objektif dan kandungan demonstrasi Alatan disedia dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan Tempat demonstrasi hendak disediakan Pastikan keselamatan Sebelum demonstrasi, guru hendak memberitahu murid tujuan serta aktiviti yang hendak diperhatikan 2. Semasa demonstrasi Guru harus memandang ke arah murid semasa penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendak menerangkan langkah sekali lagi Guru menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi Jika ada masa, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali 3. Selepas demonstrasi Bincang dengan murid tentang bahagian-bahagian demonstrasi yang penting Bincang dengan murid tujuan demonstrasi supaya murid boleh membuat rumusan dengan tepat Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi

1. Perancangan Tentu topik & objektif Rancang langkah2 demonstrasi Sedia alat/ralas Susun tempat demonstrasi

2. Pelaksanaan Langkah-langkah terang tujuan demon guru membuat demon Guna alat/radas ikut langkah-langkah yang disediakan guna kaedah menyoal untuk menarik perhatian

3. Latihan murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemaihran guru membetulkan kesilapan murid

4. Penutup Bincang dgn murid aktiviti yg telah dijalankan murid membuat rumusan

2.221

Koperatif/kolaboratif

Prinsip-prinsip

1. Murid libat diri secara aktif dan koperatif dalam pemblejaran kumpulan 2. Murid-murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab berkongsi 3. Kemahiran interaksi sosial dipupuk 4. Murid diletak dalam kumpulan. Guru dan murid menetap peranan masingmasing. 5. Guru sebagai fasilitator

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


http://bobezani.tripod.com/teknik.htm Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik? http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

Anda mungkin juga menyukai