Anda di halaman 1dari 4

Pada January 2011 telah bermula transformasi kurikulum sekolah rendah di Malaysia.

KBSR (Kurikulum Baru Sekolah) akan diperkukuh dan ditambahbaik menjadi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Transformasi ini melibatkan reka bentuk, organisasi, penegasan kurikulum. peruntukan masa dan pengurusan kurikulum. Umumnya pelaksanaan KSSR mempunyai prinsip pelaksanaan seperti pendekataan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, dan pendidikan seumur hidup. Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti,

penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira, kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif, kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental), percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni, jati diri dan semangat patriotisme, memahami dan menghayati budaya nasional. Dalam KSSR, pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna. Namun begitu, kumpulan kita telah mendapati beberapa kelemahan yang amat ketara di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Seperti yang dilihat semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), masalah telah timbul semasa guru membuat pentafsiran terhadap murid-murid melalui latihan atau ujian yang telah dibuat oleh mereka. kerjasama semua pihak, pelaksanaan baru ini tidak akan berjaya. Kami tidak setuju bahawa pelajar dapat belajar melalui kaedah penilaian dan kaedah dokumen standard prestasi KSSR adalah panduan untuk guru menambahbaik pentafsiran sekolah sejajar dengan pelaksanaan Petafsiran Rujukan Standard. Kami berpendapat bahawa kaedah pentafsiran ini adalah kurang sesuai kerana dokumen standard prestasi KSSR tidak mempunyai kandungan yang lengkap. Saya mencadangkan bahawa dokumen standard prestasi KSSR disemak semula dan memberikan balasan dan tindakan yang wajar secepat mungkin. Dokumen standard prestasi KSSR perlu mengandungi band dari peringkat lemah iaitu tidak tahu ke peringkat tertinggi.

Cadangan ini telah disokong oleh guru kelas tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu Miss Leong Yin Theng. ( merujuk Lampiran ) Pada zaman globalisasi ini, dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah dalam kalangan remaja dan murid-murid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Kami mencadangkan bahawa penerapan nilai murni melalui kelas Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral supaya dapat membendung kes keruntuhan moral dan jenayah dalam kalangan remaja dan murid-murid. Skema kurikulum harus mengambil kira penyesuaikan pembelajaran dengan keperluan sesebuah komuniti, ia harus membuat pilihan dengan niat meningkatkan kehidupan yang dilalui supaya masa depan akan menjadi lebih baik dari masa lampau. Cadangkan ini telah mendapat sokongan daripada puan pengetua SJK(C) Pokok Assam, Taiping. Beliau mengatakan bahawa sahsiah adalah terpenting dalam kehidupan. Beliau mengatakan bahawa guru bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan, malah membentuk sahsiah setiap pelajar. Selain itu, kumpulan kami juga mencadangkan bahawa mengurangkan bilangan murid di dalam satu kelas. Ini adalah kerana guru sukar menjalankan pembelajaran dan pengajaran yang efektif dalam keadaan bilangan orang murid yang ramai iaitu selama 30 orang dalam satu kelas. Guru tidak dapat mengawal dan memantau perkembangan murid dengan sempurna. Guru juga sukar menjalankan tugasnya dengan baik iaitu membuat pentafsiran terhadap perkembangan murid kerana terlalu banyak orang murid. Guru tidak dapat memainkan peranan yang penting bagi melaksanakan tugas penilaian terhadap murid. Cadangan ini iaitu mengurangkan bilangan murid dalam satu kelas telah disokong oleh Miss Beh Peck Nuy selaku Penolong Kanan Ko-kurikulum SJK(C) Pokok Assam, Taiping. Selain itu, kami juga mencadangkan bahawa masa peruntukan dalam kelas perlu dipanjangkan. Ini adalah kerana setiap murid

mempunyai tahap yang berlainan. Oleh itu, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengajar. Guru memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendedahkan ilmu pengetahuan yang lebih kepada murid-murid. Cadangan ini juga dapat sokong daripada Miss Beh Peck Nuy ( merujak Lampiran). Kami berpendapat bahawa faktor bilangan murid dan masa adalah faktor yang perlu diubahsuai demi mencapai keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Tambahan pula, kami juga mencadangkan bahawa kertas kerja yang perlu diisi adalah terlalu berat bagi para guru yang sedang mengajar murid tahun darjah satu dan dua. Guru tersebut perlu mengisi laporan tersebut secara foliport dan atau melalui internet. Disebabkan terlalu banyak kear dokumentasi, guru akan menjejaskan sumbangan pengajaran di kelasnya. Beliau juga gagal memupuk kreativiti dan inovatif dalam kalangan murid. Dari segi kesuntukkan masa, guru tidak ada masa yang secukupnya menyediakan alat bahan bantu (ABM) dan tidak mengupayakan Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan. Oleh yang demikian, Kami mencadangkan bahawa kertas kerja dapat dipermudahkan dengan mengurangkan laporan yang perlu dihantar. Walaupun guru dapat berpeluang mendekati dan memahami perkembangan kanak-kanak dengan teliti. Kami amat bersetuju dengan pandangan Miss Choy Donglin selaku Guru mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris dan guru kelas darjah tahun 2H. Beliau mengatakan bahawa guru merupakan individu yang memainkan peranan dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga yang bertanggungjawab merancang dan membina instrument supaya meningkatkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Malangnya, tanpa alat bahan menbantu yang menarik, sesi pengajaran tidak akan dijalankan dengan berkesan

Sebagai kesimpulannya, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Oleh yang demikian, kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Kejayaan transformasi kurikulum adalah memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Semua pihak adalah perlu mengading bahu dan menggembleng tenaga demi pencapaian keputusan yang cemerlang berdasarkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah selaras dengan matlamat wawasan 2020. Akhir kata, kami amat mengharapkan transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan dan cabaran abad ke-21. Semua pihak sama ada di dalam sekolah maupun di luar, yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung, harus bersedia menghadapi cabaran pelaksanaan KSSR.

Anda mungkin juga menyukai